Malam tu, ibu dan ayah pakat gelakkan aku. Eii... naik geram dibuatnya. Patutnya masa tetamu tu ada tadi, diorang bagitahu la. Ini tak, dibiarkan keadaan aku macam tu sampai tetamu tu balik. Malu betulla...
Aku tengok bukan main suke ibu dan ayah sebab pinangan dah diterima. Tu pun sebab aku tak nak kecewakan mereka. Tak nak lah jadi anak derhaka. Tak cium bau syurga tau..!! Yelah..sebelum ni pun aku dah banyak kali menolak setiap lamaran yang datang ke rumah. Bukannya apa, aku ni masih tak bersedia lagi.. Dan dengan penampilanku yang agak kasar ragu-ragu juga lah nak terima lamaran mereka semua tu.. Bimbang bila dah bergelar isteri, terkejut beruk mereka tengok aku nanti.. Tapi kann... dalam kasar-kasar aku ni, ada jugak yang berminat nak jadikan aku permaisuri rumah tangga mereka.. Bukan seorang je, kalau diingat semula maunya dekat sepuluh lamaran yang datang dulu tu... Haha... ! Lariskan aku nii...??
Nak tahu apa yang menyebabkan aku malu petang tadi? Bila diingatkan semula, memang aku malu. Dah lah banyak mata yang tengok tadi. Patutlah mereka semua tersengih-sengih serupa kerang busuk. Aku pun tak terfikir tentang penampilan aku siang tadi. Yang aku tahu, aku mesti dah bersiap masa tu. Angkara ibu la ni.. Nak suruh aku bersiap lekas... Kalut dibuatnya.. Bukannya nak bagitahu ada tetamu penting datang.
Aku sendiri pun lupa yang aku dah campurkan air dalam bedak sejuk aku tu. Biasala time cuti ni kan.. Masa nak merehatkan muka la kononnye.. Hihi.. macam la aku ni suke sangat mencantikkan diri cam kaum sejenisku yang lain tu. Eh, mengaku pulak aku ni yang aku ni kaum sejenis yang tuu.......! Apalagi masa aku tempelkan bedak sejuk tu kat muka, wajah aku dah jadi lain. Tau-tau ajelah bila letak bedak sejuk kat muka jadi macam mana kan?? Dah jadi macam mak nenek.. Boleh tukar profession tu, jadi nenek kebayan tua. Rambut palsu entah hilang kat mana masa aku terjatuh depan bilik aku tu. Alamatnya tetamu tu nampak lah rambut aku yang serupa lelaki tu. Dengan baju yang amat lah besar tu, langsung tak kena dengan penampilanku yang kurus kering tu. Dah jadi pontianak fesyen mana ntah! Korang agakla, ada tak pontianak yang berambut pendek? Takdekan? Entahlah, malunye...!
Yang aku hairan lagi tu, mamat yang namanya Affendi tu tetap terima aku gak walaupun aku dah buat dia jadi malu tahap cipan petang tadi. Kalau lelaki lain, awal-awal lagi dah reject! Ingatkan bila aku letak hantaran tinggi-tinggi, mamat tu tak jadi nak ambil aku sebagai isteri. Tapi dia tetap nak aku jadi isteri dia. Entah apa yang dia nak dari aku sebenarnya. Awal-awal lagi dia dah tengok penampilan aku macam mana. Tingkah laku aku yang seperti lelaki itu seperti tidak menjadi hal buatnya. Lagipun bukannya aku pandai sangat dalam membuat kerja rumah.
Malam tu aku masuk tidur lebih awal dari yang sebelumnya. Tak larat aku nak berdepan dengan kerenah ibu dan ayah yang tak habis-habis gelakkan aku dari tadi. Bukannya nak tolong backup kan, lagi diperli adala...
"Entah apa fesyen Shima tunjuk kat depan bakal keluarga mentua ye?? Ada pertandingan ratu fesyen ke petang tadi? Ala-ala akademi fantasi tapi yang ni namanya akademi fesyen.. Hehe...Ramai jugak lah yang jadi jurinya tadi.. 'Cantik sangat' " perli ayah yang tersengih-sengih di tepi ibu sebentar tadi. Aku ketika itu baring di kusyen sambil menonton TV.
"Tu nasib baik jurinya terus bagi markah penuh tadi, kan abang!! Terus dapat hadiahnya dua bulan lagi.. Hai..untungnya anak kita ye bang... Tak sabar saya, bang!!"
"Lepas ni kamu kena ubah la, Shima! Jangan nak jadi jantan dah... Simpan rambut tu.. Bagi panjang sikit... Nasib baik nama tak bertukar. Kalau nama pun berubah, agaknya terus jadi laki kamu ni, Nama dah elok-elok ayah letak Nazatul Shima tu. Jangan nak tukar jadi Naza ke, Shim ke! Haram kamu tau tak??" sambung ayah lagi.
"Haram apenye, ayah! Ish.. tak baik tau kata haram.. Benda tak haram kata haram...!"
"Bukan itu maksud ayah! Ayah tak mahu lah anak ayah yang seorang ni jadi lelaki.. Ayah suke tau masa mula-mula dapat Shima dulu.. Ayah nak sangat anak perempuan.. Ni, ibu kamu ni......"
"Ala.. abang..! Biarlah.. Sekurang-kurangnya merasa gak saya ni ada anak laki walaupun Shima ni perempuan..."
"Hah, tu la kamu! Menggalakkan budak tu lagi. Untung la mereka nak ambik Shima tu jadi menantu. Walaupun muka tu tadi dah macam kena salut dengan tepung, budak bertuah ni boleh tunjuk garang lagi kat depan bakal laki dia tu... Sudahlah muka macam hantu...."
Aku terus menekup telinga dan berlari masuk ke bilik. Malu beb! Dah masuk dalam bilik dan kunci pintu pun aku masih mendengar gelak ketawa ibu dan ayah berselang seli sambil bercerita tentang hal petang tadi.. Malunya aku mendengar kata-kata kedua orang tuaku.
Ahh,, Lantak lah, yang akan kahwinnye, aku! Bukannya mereka.... Tapi...eii.. kenapa aku takut sangat ni...? Mm... Mana lah aku tak takut, tarikhnya dah nak dekat ni..
Dua bulan dari sekarang, aku secara rasminya akan menjadi tunangan orang. Tunangan kepada lelaki yang tidak kukenali hati budinya. Bersediakah aku untuk melangkah ke alam baru ni??
*************
Cuti dah habis semalam. Kini aku berada di depan rumah sewaku setelah lebih kurang empat jam memandu kereta dari kampung.. Penat rasanya memandu kereta Myvi yang kubeli bulan lepas. Ni pun puas kena dengar ceramah dulu. Perempuan tak elok naik motor la.. Nanti ada orang mengorat lah, takut accident la.. dan macam-macam lagi.. Mulut ibu mana boleh tutup. Ada aje yang nak ditakutkan kat aku.. Yela, sebelum ni aku pakai motor aje. Motor cabuk ayah aku. Haha.. cabuk-cabuk pun leh gak aku bawak merempit kat kota Kuala Lumpur ni. Taklah laju sangat.. cukuplah sekadar boleh aku bawa pergi kerja tu.. Semalam ayah aku dah ambil balik motor dia. Dah tak bagi aku bawak motor dah.. Katanya aku nak kena tukar zaman dah.. Entah zaman ape ntah aku pun tak tau la..
Kalau ade laki kan best, boleh gak dia yang memandu dan aku yang duduk sebelahnya. Ish..Ish.. Ape yang aku merepek ni? Kahwin pun tak lagi ada hati pulak nak ada laki.. Opss.. suami laa...! hehe...
"Shima..!" jerit kedua orang member serumahku serentak menyambut kepulanganku. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka. Tiba-tiba aje langkah mereka terhenti kat pintu pagar rumah sewa kami. Mulut tu dah ternganga dah.. Hah, pelik la tu...! Menyampah tul aku...
"Tutupla mulut tu dulu. Kang masuk lalat dalam mulut, baru tau.!! Siap bertelur lagi nanti... Kah!Kah!!"
Ceh, sempat lagi aku buat lawak antarabangsa kat depan diorang ni..
"Betul ke ko ni, Shima or alien cantik mana ntah erk??" soal Nurul yang dah mula mendekati aku. Dipandangnya aku atas dan bawah. Pastu Nurul belek-belek muke aku.. Siap pusing-pusingkan lagi badan aku ni.
"Tiba-tiba aje jadi cantik, buang tebiat ke?" Nurul menyapa dengan rasa terkejutnya. Bukan Nurul saja, Ita pun sama. Kagum lah tu..hehe..
"Apa? Selama ni aku tak cantik ker??"
"Cantiknyeee..........!" puji Ita..
"Woitt...! Ape ni? Pening aku!! Dah... Ke tepi..!! Kasi puteri raja ni nak lalu dulu.." Aku mengomel lagi. Aku try la jalan gedik-gedik kat depan diorang. Rasa nak patah jugak la tulang punggung aku ni... Saje nak tunjuk eksyen..Hihi...
Bukkk!!
Ayoo!! Appa!! Amma...!!!!
Sakitnya lutut dan kaki aku. Tumit kasut tinggi yang kupakai dah tercabut. Sial tul kasut ni. Mentang-mentang la aku tak pernah pakai ko.. Buat dajal kat aku yerr.. Ko malukan aku ye.. Tak guna punya kasut...
Aku tanggalkan kasut berwarna merah itu lalu dibaling kat tepi jalan... Sekali terkena kat seekor anjing yang lalu depan rumah.. Apa lagi, menyalak kuat la anjing tu siap nak kejar kami lagi.. Aku cepat-cepat buka lanngkah seribu masuk terus dalam rumah.. Nurul dan Ita aku tak tahu lah jadi apa.. Yang penting selamatkan diri dulu..
Kat belakang aku, Nurul dan Ita dah ketawa bagai nak runtuh halaman rumah kami tu... Dengar mereka gelak aje, aku cebikkan bibir. Buat-buat muka kesian la pulak!. Saje nak raih simpati diorang ni.. tapi.... gelak diorang makin menjadi-jadi pulak.. Si Ita pula dah guling-guling atas lantai tu sambil tekan perut dia. Ingat aku ni sarkas ke apa...? Mentang-mentanglah aku yang hampir nak dikejar anjing.. Taulah aku dah kacau ketenteraman anjing tu tadi.. Eii.. takpe... ade lori ada bas, ada hari aku balas...Sakitnya hati aku nii...
"Takde ole-ole ke, Shima? Penat kami tunggu ko ari ni.. Sampai sanggup cancel dating minah sorang ni!" kata Nurul sambil bibirnya dijuihkan kepada Ita dengan sisa ketawa yang masih ada. Tak guna punye member. Ole-ole yang ditanyanya dulu.. Ni masa nak balas dendam ni.. Tunggu la korang...!
"Ole-ole tarakk!!" kataku mengajuk cakap orang India..
"Takkan takde langsung? Punye lah lama samapi seminggu ko balik kampung, tak kan tak panjat langsung pokok kat dusun belakang rumah tu..?" giliran Ita pula menanya.
"Woii.. Ko ingat aku ni jantan ke nak panjat tu? Agak-agak la.."
"Eh, bukan sebelum ni ko jantan ke? Ke hulur ke hilir naik motor cabuk kononnye nak merempit mengalahkan orang jantan. Pakaian pun cam kaum tu gak.... Jalan pun ganas semacam jee...
Haha.. Lupelah pulak.. Ni apasal tukar dressing ni? Perubahan yang drastik ni.."
Nurul ku nampak macam kecik aje kat mataku ni. Rasa nak campak-campak aje biar sampai kat Brazil nun... Suka nak menyakitkan hatiku. Kot-kotla nak menggalakkan aku dressing macam ni lagi tapi memang lepas ni aku dah taknak pakai macam ni lagi. Boleh sakit seluruh badan aku ni. Tulang aku dah cukup keras sebelum ni tiba-tiba aje nak kena kembut pula.. Malas aku!
"Shima yang comel dan manis..! Tak sayang kat kami ke? Sian kami tau.. Meh aku cium ko!" bodek Ita.. Eii tak maula aku.. Nanti orang ingat kami lesbian pula. Ita dah mula cuba taktik membodek dia tu..
"Woit.. Shuh...! Ketepi! Tak yah nak bermanja aku.."
"Haha... Ko ingat aku betul-betul nak cium ko ke? Tak nak aku! Suruh cik abang ko aje yang cium! Mm.. macam ade bau semacamje! Bak sini kunci kereta ko!"
Ita merampas kunci yang berada di tanganku. Kuat betul deria bau Ita ni.. Hampeh betul!! Diorang tinggalkan aku dan menghampiri bonet kereta aku. Bila bonet dibuka aje, terlonjak-lonjak mereka berdua macam dapat loteri aje.. Memang hantu durian betullah!!!!!
"Hah, jangan lupa angkat sekali beg aku tu," jeritku yang dah terpacak depan pintu rumah kami sambil mencengkak pinggang...
"Tu dah tolong angkat beg tu, mana upahnya, Shima? Hehe..." gelak Ita, masih mengangkut durian.
"Ewah-ewah! Durian tu bukan upah ke? Dah naik busuk kereta aku disebabkan korang. Badan aku pun sama.. Habis satu kereta berbau.. Memang hantu durian betullah korang ni! Mentang-mentang lah sekarang ni musim durian.." aku membebel kat diorang. Alamatnya esok kena hantar kereta pergi cucilah. Nasib baik pesan ibu supaya meletakkan arang dalam kereta tu aku buat. Kalau tak maunya setahun bau busuk tu tak hilang..
Haii.. Apelah nasib dapat member serumah macam diorang ni.. Pantang aje tiba musim durian mesti suruh aku bawak buah tu dari kampung. Tau lah keluarga aku ada dusun durian kat belakang rumah tu. Kot la nak hulur sikit duit tu.. Ni tak, order pakai air liur aje, beb!! Uihh.. Nasib baiklah diorang ni member rapat aku kat sini.. So.. taklah aku berkira sangat... Cuma diorang ni tak lah spesis dengan aku yang berpakaian cam jantan ni.. Diorang ni memang perempuan melayu terakhir. Ayu je dari hujung kepala hingga ke kaki.. Hehe..
"Banyaknye ko bawak, Shima! Best la ko, Shima. Tak rugi aku cancel dating dengan tunang aku, si Farid tu.." ujar Ita lalu mengusung semua durian yang ada ke dapur.
"Dah macam kuli aje korang tu.. Hehe.. padan muka! Siapa suruh korang minta aku bawak? Hah, cepat sikit! Penat dah ke, Nurul?" aku bertanya kepada Nurul yang kelihatannya termengah-mengah mengusung durian tu. Memang besar dan berat buah yang aku bawa dari kampung tu..
Aku melepaskan penat di atas sofa empuk kami tu. Kucapai remote control TV dan menukar siaran. Entah drama apa yang diorang tengok tadi.. Macam tak best aje!! Hah, ni baru best... Aku terus melayan hingga mata mulai tertutup rapat...
**********
Sudah tiga hari aku berada di Kuala Lumpur. Maknanya tiga hari juga aku meninggalkan kampung halaman. Cerita tentang pinangan yang sudah keluargaku terima itu belum lagi kuceritakan pada Nurul dan Ita. Bukannya apa, takut diorang tu gelakkan aku aje.. Boyfriend pun takde, inikan pula nak kahwin. Maunya terkejut beruk diorang tu nanti. Bukannya aku tak tau perangai Nurul dan Ita tu macam mana..
"Shima! Lama tak nampak! Baru laa ni nampak hang punye batang hidung.. Amboii.. makin cantik nampaknye hang ni.. Berseri-seri aje aku tengok.." Hakim, teman sekerjaku cuba serkap jarang dengan loghat utaranya itu.. Masa tu aku tengah check stok wayering yang akan diguna esok. Kebetulan Johari ada sama membantu aku. Johari hanya tersenyum mendengar usikan Hakim itu.
"Hang ni pun... la ni memang la hang baru nampak aku.. Seronok ka pergi kursus? Kursus dua hari je tapi mintak cuti sampai seminggu. Awat lama sangat mintak cuti?" Aku pun terikut loghat utara si Hakim ni..
"Ala..hang pun sama jugak kan?? Bukannya aku tak tau hang pun cuti sama ngan aku.. Silap-silap staff lain ingat kita pergi nikah kat Siam tuu..."
"Kahwin dengan hang? Mintak dijauhkan la.. Tak hingin aku...!"
"Entahnya hang ni, Hakim! Awat nak bernikah kat Siam?? Punya la banyak tok kadi kat Malaysia, kat Siam juga nak pergi bernikahnya.. Takkan nak buat Shima ni jadi bini nombor dua kot..." Johari tiba-tiba menyampuk. Geram betul aku dengan lelaki dua orang ni.. Sedap-sedap kutuk aku ye.. Tau lah aku seorang je perempuan kat sini..
"Nombor dua pun ye... kahwin free pun iye...!! Haha...!!" gelak besar si Hakim dengan ayatnya tu.. Woo.. ingat aku barang murah ke? Ingat boleh dapat kat pasar malam tu..? Aku cuma mendengus geram.. Takpe..takpe..
Tadaa!!!"
Hakim menunjukkan tangannya. Ada tiga jari yang berinai. Aikk.. takkan dah kahwin kot!!
"Lepas ambik kursus hari tu, terus aku bertunang. Taknak la tunggu lama-lama. Aku ikat dulu si Najwa tu!" seraya Hakim senyum melebar.. Menerangkan apa yang terjadi sewaktu dia bercuti dulu. Aku tersenyum cuma.. Patutla berseri semacam aje.. Seri orang bertunang la katakan...
"Tak sabar nampaknya." Johari pula yang menyampuk.. Sama-sama menyakat Hakim. Serentak itu juga aku ketawa..
"Bunga idaman aku tu kan ramai peminat! Sendiri paham la.. Kang aku jugak yang gigit jari.."
Memanglah aku paham.. Aku kenal sangat dengan Najwa tu. Akauntan kat tempat aku ni.. Cantik orangnye. Sopan dan berbudi bahasa. Beruntung sungguh Hakim kerana mampu memilik Najwa itu. Aku dengar dah ramai lelaki kat tempat kerja aku ni cuba tackle Najwa tapi semuanya tak layan. Dengan Hakim ni, layan pulak! Tu yang aku heran tu... Apa yang lebihnya kat Hakim tu, tak tahu lah aku.. Sebabnya Hakim ni gila-gila sikit orangnye... Mungkin sebab tu Najwa suka kot.. Alaa.. Lantak lah, bukannya ade kaitan dengan aku pun... Hihi...
Tiba-tiba aje gelak ketawa dan perbualan kami terhenti.. Aikk! Ada malaikat lalu ke? Uhh.. Seram pulak aku.. Aku jeling Hakim dan Johari dengan ekor mata. Nampak mulut Johari muncung semacam aje sambil matanya cuba menunjuk ke belakangku.. Apa ni?? Segera aku berpaling... Alamak!!
**********
Di bilik penolong pengurus besar,
"Awak tau tak cuti hari tu saya tak luluskan?? Kenapa awak cuti jugak? Siapa bagi kebenaran awak untuk cuti..? Kalau cuti sehari dua takpelah juga, ni tak, cuti sampai seminggu. Nak kata kahwin, jari tak berinai pun... Ikut suke hati aje nak cuti yee..."
Berdesing betul telinga aku ni mendengar suara yang macam halilintar itu. Bergema rasanya bilik ni.. Kot iye pun nak marah, slow talk lah... Nama je bos nombor dua tapi perangai dia ni macam lah dia ketua dan pengurus besar kat sini... Taula awak tu tak lama lagi nak jadi bos besar..! Belum naik tahap tu lagi dah nak eksyen.. Perasan dia ni bos besar la tu... Menyampah betul!!! Dah la banyak soalan tadi. Entah mana satu aku nak jawab...
"Hakim tu cuti seminggu jugak, Encik Yazid..!!"
"Hakim tu tok sah nak cite la.. Memang saye dah approve cuti dia tu.. Lagipun dah lama dia apply.. Yang awak ni.. borang cuti pun lambat isi.. Esok nak cuti, hari ni baru apply... Ingat senang saya nak approve cuti semua staff kat sini..."
"Sebenarnya saye... saye...."
Ni yang aku betul-betul menyampah ni, tiba-tiba aje si minah paling gedik kat tempat kerja aku ni main masuk je bilik Encik Yazid tu... Siapa lagi kalau bukan Cik Natasha tu yang merangkap bakal isteri Encik Yazid ni. Itupun kalau lah mereka ade jodoh kan?? Hehe.. tak patut betul aku cakap macam tu kan? Macam la aku mendoakan mereka berdua ni takde jodoh. Terbantut terus aku nak bagi jawapan kat Encik Yazid. Tapi elok jugalah Cik Natasha ni masuk sebab aku sendiri pun tak terfikir lagi jawapan yang aku nak kelentong kat Encik Yazid..
"Sayanggg...! Kenapa u hantar report ni semula kat i? Yang u circle kat sini..sini... kenapa? Takkan salah lagi...? I dah check betul-betul report ni.. Takde yang salah pun..." suara manja Natasha kedengaran. Uihh... Bertaik telinga aku mendengarnya.. Silap-silap boleh cair taik telinga dengar suara manja Natasha ni.. Ada gak makhluk Tuhan yang spesis macam sotong lembik ni.. Lembut sangat... Naik menyampah dibuatnya..! Aku pun perempuan jugak tapi taklah gedik macam Natasha ni...
"Please, Natasha..! You jangan nak manja-manja sangat kat sini, boleh tak? Yang you main redah masuk bilik i ni kenapa? Tak reti lagi nak ketuk pintu tu dulu??" tengking Encik Yazid.
"Eh, you ni!! Dulu i tak ketuk pun, you kasi i masuk..." Natasha cuba bela diri..
"Dulu lain, sekarang dah lain.. Kita ada law kat ofis ni.. You ni langsung tak hormat i sebagai bos you kann??"
Hah, tu dia!! Kan dah dapat sebijik! Sape suruh cari nahas? Kan sendiri dah kena.. Natasha dengan rasa malu yang amat sangat segera keluar dari bilik Encik Yazid. Mesti dia malu sebab kena marah depan aku.. Nak pula Encik Yazid tu yang marah.. Lagilah malu... Tapi apasal Encik Yazid ni tiba-tiba aje naik angin..?? Takkan datang bulan kot?
"Awak, Shima! Jangan ambik cuti sesuka hati selepas ni. Seminggu sebelum nak bercuti, isi borang apply cuti dulu.. Awak ingat ini company bapak awak, awak boleh cuti sesuka hati? Jangan ulang kesilapan ini lagi, tau tak?"
"Memang lah ini bukan company bapak saya.. Saya makan gaji je kat sini.. "
Alamak, beraninya aku menjawab! Ish.. apalah mulut ni.. Berani betul dier! Hah, tengok tu muke Encik Yazid. Dah merah menyala pun.. Takut lah pula... Tapi memang bukannya aku nak sangat pun kerja kat sini.. Dah terpaksa.. Kalau tak, aku kena jadi penganggur terhormat kat kampung tu.. Tak pun tunggu orang masuk meminang aje.. Shima, sabar-sabar!!!
"Hah, menjawab!! Menjawab!! Tak berdisplin langsung awak ni ye... Awak nak saya potong gaji awak ke??" marah Encik Yazid lagi..
Alamak, ni yang malas ni.. Encik Yazid ni memanglah, sengaja nak buat aku lemah bila sentuh bab gaji ni... Dah lah gaji seciput je... Duduk kat kota besar macam Kuala Lumpur ni, mana cukup kalau nak banding dengan gaji aku sekarang... Geram betul dengan Encik Yazid ni..
"Hah, apa awak tunggu lagi kat situ..? Keluar sekarang!!!" pekik Encik Yazid..
Kurr...!! Merundum terus semangat aku.. Berkecai semangat tu jatuh kat lantai... Nyaring betul suara Encik Yazid ni.. Ingat aku pekak ke sampai nak terjerit-jerit?? Aku pun segera menapak keluar dari bilik Encik Yazid.. Perangai macam singa jadian je... Ketika aku berdiri kat luar bilik Encik Yazid, aku tengok kecoh semacam je ofis tu... Semua staff kelam kabut. Masing-masing berlari ke satu arah.. Ish..Kenapa tu? Apa yang terjadi kat sana?? Kenapa mereka berkumpul kat tempat tu?? Ni yang buat aku hairan ni? Ada ape ni??
Sudah Terbit!
2 years ago
January 16, 2009 at 2:32 PM
best gilak!!!