Jangan Menangis Sayang 8



“Maafkan saye, Dato’! Mungkin perangai anak saye tu yang menyebabkan Fendi tak jadi nak bertunang dengan Shima. Tahu-tahu sajalah, Shima tu macam lelaki sikit perangai dia.. Dah banyak kali kami nasihat dia supaya berubah tapi budak zaman sekarang mana nak dengar cakap orang tua macam kite ni.. Mmm.. nampaknye tak jadilah kita berbesan yerr…?” suara Encik Nazri memecah keheningan petang itu. Sementara Puan Rafida baru keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi air minuman untuk tetamu yang datang.

Dato’ Azman mendongak kepala memerhati sekeliling ruang tamu itu. Nampak lain berbanding sebelumnya. Kelihatan cantik dihias. Sedikit keluhan terbit dari bibir lelaki itu. Sekejap kepalanya menggeleng. Hampa rasanya. Separuh persiapan sudah dilakukan.

Puan Rafida yang melihat telatah tetamunya turut mengeluh. Perlahan agar tidak didengari pasangan di hadapannya. Mulutnya yang sebelum ini becok tiba-tiba diam hari ini. Khabar yang diterima sebentar tadi seakan meragut bunga-bunga keriangan di sudut hatinya. Apalah agaknya nasib malang yang menimpa keluarganya kini? Sebelum ini lamaran yang datang singgah ke rumah ditolak mentah-mentah oleh anak tunggalnya. Alasannya, tidak bersedia!!

Kali ni bukan anaknya itu yang menolak lamaran sebaliknya keluarga pihak lelaki memutuskan ikatan yang bakal terbina.

‘Takpela, nak.. Barangkali bukan jodohmu dengan lelaki itu walaupun ibu mula menyukai dia tetapi lelaki itu tidak menyukaimu.. Mungkin persetujuannya dulu sekadar menggembirakan hati ibu bapanya. Atau mungkin lelaki itu bertemu perempuan yang lebih baik..’ Bisikan hati seorang ibu..

“Comel kan Shima masa kecil? Berisi betul pipinya.. Tentu nakal dia ni kan?” Dato’ Azman bersuara sambil memegang bingkai gambar Shima semasa kecilnya. Gambar yang diambil dari meja kecil di tepi kerusi itu ditatapnya. Shima yang comel memakai gaun merah yang besar sesuai sekali dengan badannya. Dengan mahkota yang terletak atas kepala, manisnya budak perempuan ni..!

Datin Zalia yang sama-sama melihat tersenyum.. Gambar bertukar tangan.

“Kalau tengok gambar ni, Shima nampak berisi sikit.. Bila dah besar, kurus pula..” Datin Zalia meluahkan isi hatinya. Sengaja tak ditekan perkataan ‘gemuk’. Takut tersinggung perasaan orang di hadapannya.

“Memang dia gemuk masa kecil.. Tapi tu la… masa naik tingkatan 3, dia demam panas. Terus jadi kurus…. Cuma kenakalanya waktu kecil tetap sama hingga habis sekolah..” beritahu Puan Rafida terus terang..

Agak lama Dato’ Azman dan Datin Zalia di rumah Encik Nazri dan Puan Rafida itu. Tujuannya bertandang ke rumah itu bersebab. Niat anaknya mesti diberitahu.. Biarpun lagi beberapa hari, majlis akan dilangsungkan. tuan empunya diri tidak mahu menyambung risikan yang dibuat dulu.. Bernasib baik kerana tetamu yang dijemput hanya saudara mara terdekat dan jiran tetangga. Tidaklah malu besar keluarga Encik Nazri.

Tiada diketahui puncanya. Apa yang Dato’ Azman dan Datin Zalia tahu, Fendi sudah ada kekasih hati.. Fendi, kenapa baru sekarang kamu bagitahu? Kenapa bersetuju untuk merisik perempuan ini andai di hatimu ada kasih untuk orang lain..??


*********


Tingginya matahari tegak di atas kepala. Kehangatan teriknya cahaya sang suria menggamit pandangan. Terasa bagaikan kelam. Sayup-sayup kedengaran lantang suara si ibu memanggil pulang anak lelakinya.

“Ipul..!! Balik.. Dah tengahari ni.. Kejap lagi nak solat jumaat.. Balik…makan..!!”

“Tembam, Ipul balik dululah yer.. Mak dah panggil tu. Esok sajalah kita main..!” ujar Ipul setelah menghentikan lariannya. Batasan sawah yang menghijau menerima kehadiran matahari sebagai sumber tenaga untuk pembesaran. Ipul berpusing ke belakang menghadap Tembam yang sedang menahan nafas yang tercungap-cungap.

Peluh yang menitik di dahi diseka dengan lengan. Tembam yang melihat keadaan itu pantas mengeluarkan saputangan berwarna kuning dari poket seluarnya. Dihulur kepada Ipul. Ipul teragak-agak untuk mengambil.

Tembam memandang Ipul yang keberatan mengambil saputangan itu. Tanpa diduga Shima mengelap dahi Ipul yang dibasahi peluh. Kaku tubuh Ipul sebentar. Tembam menarik tangan Ipul lalu mereka bergerak ke pohon yang rendung di tepi sawah. Sedikit redup berada di bawah pohon itu.

Ipul masih tidak bersuara. Badannya seolah-olah menerima kejutan elektrik.

“Ipul, kenapa ni? Senyap je.. Kata nak balik tadi..” Tiada reaksi dari Ipul. Seluar gambar Ultraman Ipul sudah dibasahi dengan lumpur sewaktu jatuh semasa bermain kejar-kejar tadi.

“Ipul….!!!” jerit Tembam nyaring. Berdesing telinga Ipul. Saat itu juga Ipul tersedar.

“Hah!! Nak ape? Main lagi ke?” balas Ipul sedikit kelam kabut. Selebihnya Ipul malu apabila sedar keadaannya tadi. Tentu Tembam fikir yang bukan-bukan. Ahh.. Apa sangatlah yang nak difikirkan oleh budak perempuan yang berumur 12 tahun ni.. Bukannya tahu apa-apa lagi..

“Bukanlah. Mak Ipul dah panggil tadi kann?? Kata nak balik.. Pergilah…”

“Petang ni main lagi ye..?”

“Eh, bukan Ipul nak main bola sepak dengan Ijam, Suresh dan lain-lain kat padang hujung kampung tu..? Semalam dah janji dengan mereka.. Tak baiklah lupa janji…” pesan Tembam.

“Ha’ah la.. Nasib baiklah Tembam ingatkan…” ujar Ipul lalu melipat kaki seluarnya hingga ke paras lutut.. “Teriam kasih yee…?” usik Ipul lantas mencubit pipi Tembam..

“Sakitla…” adu Tembam lalu menepis tangan Ipul. Ipul tersenyum lalu berlari meninggalkan Tembam. Tembam masih di bawah pohon dengan tangannya yang masih mengosok-gosok pipi. Shima menggelengkan kepala. Beberapa minit kemudian terpisahlah mereka mengikut laluan rumah masing-masing.

Tergedek-gedek Tembam berlari dengan gaun putihnya itu. Sampai di rumah,

“Ya Allah, Tembam!! Main kat bendang lagi..? Berapa kali mak cakap? Nak main pergilah tempat lain. Jangan kat sawah tu. Rosak padi orang nanti..” suara si ibu memarahi anak perempuannya.. Tersengih si Tembam mendengar bebelan si ibu.. Budak-budak… Masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

“Pergi mandi dulu. Pastu makan.. Mak dah masak ikan keli goreng kesukaan Tembam. Ajak ayah sekali..”

“Yeye… Makan..! Makan..!” Tembam menjerit kesukaan sambil bertepuk tangan..

Gembiranya Tembam.. Masa makan dah sampai. Tapi sebelum tu, mandi dulu… Lalala……..


*************

“Ipul nak pergi mana? Kenapa tinggalkan Tembam…??” Tembam mula menangis teresak-esak di tepi kereta yang bakal dinaiki Ipul sebentar lagi. Tembam mengesat air mata yang mengalir di pipi..

“Ipul nak pergi pekan. Mak kata kami duduk kat sana. Ipul pun belajar kat sana.”
“Jadi… Ipul nak tinggalkan Tembam lah ye…?”

“Taklah..”

“Ipul jangan lah pergi.. Cian kat Tembam.. Tembam nak main dengan siapa nanti?”

“Kan banyak kawan kat sini..” Ipul memujuk Tembam.

“Kawan Tembam… Ipul la…!”
“Janganlah macam ni.. Ipul janji.. Nanti Ipul datang lawat Tembam kat kampung ni.. Ipul pergi tak lama.. Nanti Ipul balik lah…”

“Huhuhu….. Ipul… jangan lah pergi… Nanti… nanti Ipul lupa kat Tembam…”

“Jangan menangis sayangku, Tembam! Tembam sentiasa dekat ingatan Ipul.. Ipul sayang kat Tembam… Ipul janji.. nanti Ipul datang jemput Tembam ye.. Kita sama-sama duduk kat pekan.. Boleh kita main bersama nanti..”

Ipul memujuk Tembam lagi.. Moga-moga hati Tembam sejuk..

“Ipul janji jemput Tembam nanti.. Jangan menangis lagi ye….”

Ipul mengesat air mata di pipi Tembam. Masa untuk berangkat. Ipul sudah masuk dalam kereta. Mak dan ayahnya sudah bersedia untuk bertolak. Ikatan sahabat antara keluarga Tembam dan Ipul akan terlerai tapi bukan untuk selamanya. Mak Ipul dan mak Tembam saling berpelukan.

Kereta mula bergerak.. Lori yang mengangkut barang-barang mereka mendahului kereta mereka.

“Tembam.. jangan nangis yee… Ingat Ipul selalu….” Ipul menjenguk keluar tingkap kereta sambil menjerit. Ipul melambaikan tangan hingga kereta hilang dari pandangan Tembam. Tembam turut melambaikan tanganya..

“Tembam.. jom balik….!” ajak mak Tembam…


**********


Shima terjaga dari tidurnya. Sedikit berpeluh tubuhnya. Diraup mukanya sambil bibir melafazkan ‘Astagfirullah’. Dicelik-celik kelopak matanya. Digagahkan juga anak matanya mencari-cari jam digital Mickey Mousenya. 4.30 pagi! Ya Allah, kenapa mimpi ini sering berulang? Kenapa kenangan lama tetap mengekori perjalanan hidupku?

‘Ipul, Shima rindukan Ipul! Ipul kat mane sekarang…? Sampai hati Ipul tak tunaikan janji Ipul dulu…’

Hati kecilku berbisik perlahan.. Pipi sudah dibasahi air jernih yang keluar dari kelopak mata. Lama mataku terkebil-kebil di atas katil. Kemudiannya aku rasa mengantuk lalu bantal kusorong di kepala. Terletak saja bantal di situ, mataku sudah terlelap…

6 Response to "Jangan Menangis Sayang 8"

  1. Anonymous Says:
    January 27, 2009 at 5:08 PM

    syok nyer..thx..bile ipul nak muncul ni..

  2. keSENGALan teserlah.. says:
    January 28, 2009 at 1:02 AM

    nggggee..
    rse2nye la kan..
    si ipul nieh fendi tuh,,
    nme pnjg dye saiful affendi kan..
    huhu..sbb engat agy mse shima nk msok keje g interview uh tag nme pengurus uh,,saiful..
    huhu..
    smbung2..

  3. Unknown says:
    January 28, 2009 at 4:53 PM

    btol2...aku stuju dgn kata2 kesengalan 2...
    mst ipul 2 sbnrnye fendi..
    x sabo tggu tau perkara sbnrnye..
    hehehehe

  4. Anonymous Says:
    January 28, 2009 at 6:36 PM

    tp cm xlogik plak, xkn makbpk ipul xkenal shima. kt diaorg dh tgok gmbr shima ms nk putuskan tunang....ape2 pun sy nk sgt bc citer nie smpi pghjgnya....

  5. SembilanPuluh says:
    February 1, 2009 at 7:51 PM

    salam.. tersesat, menyinggah, dan menumpang membaca di sini..

  6. Unknown says:
    April 26, 2009 at 2:39 AM

    sengal la kamu ni kesengalan...

Post a Comment