Jangan Menangis Sayang 16


Aku terjaga dari lena mimpi yang panjang di saat aku mendengar lantang suara jeritan ibu yang memanggil dari luar. Terpisat-pisat aku bangun dari katil lantas aku menguap. Aku toleh jam yang menunjukkan jarum ke angka 9.

Aku bangun lalu menghadap meja solek yang terletak sedikit jauh dari katil. Dengan rambut yang sedikit serabai menghadirkan satu gelak ketawa dari mulut. Kolar baju tidur warna biru yang kupakai sedikit senget di bahu. Huh, kalau ade mane-mane lelaki yang tengok aku bangun tido ni, sure dah lari lintang pukang. Buruk jugak muke aku bila bangun tido ni… Hihi…

Aku masih terdengar jeritan ibu yang meminta aku bangun. Aku sahut panggilan itu.

“Shima dah bangun lah, ibu! Jap lagi Shima datang…”

Tingkap bilik aku buka seluasnya lalu udara pagi menerpa masuk. Selesai mandi dan memakai T-Shirt dengan seluar jeans yang sudah lama tidak kupakai, aku bergerak meninggalkan bilik lantas hala tuju yang pertama, dapur!!!

“Wah..harumnya bau bihun ni.. Macam sedap aje…” aku memuji lantas mencubit sedikit bihun dengan dua jariku. Ibu dengan panas memukul tanganku.

“Cube bersopan sikit! Shima tu, anak dara! Ada ke anak dara bangun pagi-pagi terus macam ni? Kot-kot la nak tolong ibu buat sarapan pagi, kan? Ni tak, asyik nak membuta aje.. Bile nak berubah perangai yang kuat tido tu, hah??” bising Puan Rafida. Aku hanya angkat bahu.

“Ibu, nanti Shima keluar dengan Ipul. Semalam Ipul janji nak bawak Shima keluar jalan-jalan kat bandar..”

“Ye la tu.. suke la kan, Ipul Shima dah balik tu…?”

“A’ah la, ibu! Shima tak sangka Ipul datang cari Shima balik setelah bertahun-tahun tinggalkan Shima dari kecik dulu.. Kalau bukan ibu yang mengecam Ipul tu, agaknye sampai bile-bile pun Shima tak tahu yang dia tu Ipul.. Yela, dulu masa Shima keje, Ipul selalu ganggu Shima tau, ibu! Selalu usik Shima..” aku membalas sambil tersenyum, teringat kembali kenangan lepas. Aku mula menyuapkan bihun goreng ke dalam mulut setelah mencedoknya dari mangkuk besar.

“Ibu tahu itu Ipul. Sebab tu ibu…, bagitahu kat Shima,” ujar ibu lambat-lambat. Aku dapat mengesan perubahan riak di wajah ibu namun aku menyangkal dengan segala kemungkinan yang cuba hadir di hatiku. Ibu seperti menyembunyikan sesuatu.. Entah apa..

Tiba-tiba ada bunyi hon kereta di luar. Bingkas aku bangun lalu menghabiskan suapan yang terakhir. Sambil mengunyah bihun di dalam mulut, tanganku ligat membasuh pinggan dan cawan yang aku gunakan tadi.

“Shima pergi dulu, ibu!” aku meminta izin lalu menyalami tangan ibu.

“Jaga diri baik-baik ye, Shima..!” pesan ibu..

Beberapa langkah kaki ku dihayun meninggalkan ruang makan, aku bertembung dengan ayah lalu terlanggarnya.

“Shima, nak ke mana ni? Kelam kabut aje…?” tanya ayah.

“Keluar dengan Ipul sekejap! Nanti petang Shima balik ye, ayah..” beritahuku lalu turut menyalami tangan ayah. Berlari aku mendapatkan Ipul.

“Lama tunggu?”

“Tak lah, baru sampai ni..”

“Dah breakfast ker? Kalau belum kite breakfast kat rumah Tembam sekejap..” pelawa aku..

“Eh, takpela.. Kite makan kat luar…” jawab Syariful sedikit gugup. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati lebih-lebih bila teringatkan hal semalam. Pandangan Encik Nazri yang sinis dan tajam itu..

Lalu kereta Syariful meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Shima.


*************


“Rafida, kenapa awak buat macam tu pada anak kita, Shima? Kalaulah dia tahu budak tu bukannya Ipul yang selama ini dia tunggu, macam mana perasaan dia nanti? Kenapa awak beria-ia mengatakan budak tu, Ipul??”

“Saya tak mahu Shima tu dikecewakan oleh Fendi tu lagi, bang! Awak tahu tak malu yang kita tanggung sejak hari tu..? Sampai sekarang saya masih mendengar cemuhan dari jiran tetangga kita ni. Naik berbirat telinga ni, bang! Sebelum ni, Shima banyak kali menolak pinangan yang sentiasa datang ke rumah ni. Bila kita setuju dengan pinangan si Fendi pulak, Fendi buat hal. Pertunangan yang patutnya dibuat, dibatalkan. Sedangkan segala persiapan dah kita buat. Bile tak jadi macam tu, jiran mula mengata. Abang memang tak rasa sebab abang kerja kat luar. Saya yang selalu datang bertandang ke rumah jiran-jiran yang dengar tempiasnya. Malu, bang..! Malu..!!” jelas Puan Rafida, murung wajahnya. Wajah Puan Rafida seakan meminta simpati dari suaminya. Encik Nazri menggelengkan kepala.

“Siapa suruh awak pergi rumah mereka? Ada abang suruh??” soal Encik Nazri pula. Puan Rafida terdiam. Mengerti akan kesalahan yang dibuatnya. Puan Rafida gemar berjalan ke rumah kawan-kawan dan jiran-jiran. Ketiadaan suami yang sering ke ladang dan anak tunggalnya pula yang berkerja di ibu kota menambahkan kesunyiannya.

“Awak, soal jodoh,ajal dan maut, itu kerja Tuhan! Kita tak dapat nak halang.. Mungkin tiada jodoh antara Shima dan Fendi. Awak pun tahu kenapa sebelum ni, Shima menolak pinangan yang selalu hadir tu kan? Shima masih menunggu Ipul nya.. Bersabarlah untuk sedikit waktu lagi. Ipul yang sebenar belum meluahkan isi hatinya kan?? Awak pun tahu tentang itu. Berikan mereka sedikit masa untuk kenal cinta yang patut hadir tu. Cinta tu sudah berputik. Cuma tuan empunya yang belum sedar. Awak faham kan??”

Puan Rafida mengerti kata-kata suaminya. Sedikit senyuman tercalit di bibir.

“Abang, saya mintak maaf! Nampaknya saya dah timbulkan masalah baru. Bila Shima balik nanti, saya akan terangkan pada dia ye…?” pinta Puan Rafida. Bihun goreng yang tersedia di dalam mangkuk besar diletakkan dalam pinggan di hadapan suaminya. Encik Nazri mula menjamah bihun goreng itu..

“Mmm.. sedap! Sama macam bihun goreng yang awak buat masa kita mula-mula kawin dulu.. Sebab tu abang sayanggg… kat awak..!!” balas Encik Nazri mesra lantas cuba mencubit manja pipi isterinya. Puan Rafida sempat mengelak lalu dia ketawa kerana cubitan itu tidak sempat singgah di pipi tuanya.


*************

“Ipuk, kite nak pergi mane ni??” aku bertanya apabila melihat pemanduan Syariful yang mula jauh meninggalkan bandar Kuantan. Sekelilingku kini adalah hutan dan bukit. Kereta yang membanjiri lebuhraya aku pandang saling potong-memotong barisan di sebelah kanan kami. Barangkali naluri kelakian Syariful tercabar lalu lelaki di sebelahku ini mula menekan pedal minyak dan kereta mulai laju.

Kereta yang aku naiki mula memotong barisan dan melewati satu persatu kereta yang memotong kami tadi. Honda City yang berubah make-up dari design asal yang aku naiki bersama Syariful makin laju memecut. Aku akui kereta Syariful ini sudah diubah seperti kereta racing dan mampu memecut laju seandainya kereta ini ada di litar Sepang..

Hatiku mula berdebar kencang seraya perasaan panik mula menerjah masuk ke mindaku. Ralit pula aku memerhati jarum had meter laju di depan stereng. 160 km/j..!!!

“Ipul, tolong perlahankan kelajuan kereta ni.. Tembam takut laa…!” aku bersuara. Aku sedar wajahku sudah pucat ketika ini. Tanganku erat menggenggam kusyen yang aku duduk itu. Syariful memandang ke arahku. Dia tersenyum nipis.

Nafas aku tarik kelegaan apabila jarum had laju mulai menurun dari angka yang menakutkan aku tadi. Dan kereta Syariful mula membelok dan mengambil line di sebelah kiri.

“Kite nak ke mana ni??” aku mengulang pertanyaan mula-mula tadi.. Syariful mendiamkan diri. Aku mula tak sedap hati. Beberapa minit kemudian aku merasa kehangatan tangan Syariful yang mula meramas-ramas tanganku. Segera aku menolak tangan Syariful.

“Tembam tak suke la…” aku dengar ketawa yang tercetus dari mulut Syariful.

“What?? Tembam..??”

Kelakar sangat kah nama itu…? Bukan kah kami kawan semasa kecil..? Mustahil Syariful lupa.. Ahh.. Mungkin peredaran masa juga meninggalkan segala kenangan dulu…

“Ye la.. Itu kan nama panggilan mase kecik dulu.. Takkan Ipul sudah lupe..?? Ibu pun ade bagitau cerita kite mase kecik kannn..?”

Aku pasti semalam ibu ade cerita pada aku, yang dia ade juga bercerita sedikit tentang kenangan kami kepada Syariful.

“Ape hubungan Shima dengan Fendi..?” pertanyaan Syariful menimbulkan kehairanan.
Mmm… tiba-tiba saja Syariful bertanyakan tentang Fendi. Ada rasa kurang senang di hatiku.

“Kenapa Ipul nak tahu..? Seperti yang Ipul nampak sebelum ni, hubungan Shima dan Fendi sekadar antara staff dan bos.. Lagipun, kenapa Ipul nak tanya tentang hubungan kami..?”

“Now..??”

Aku memandang ke kiri. Wajah Syariful kini terpampang di layar mataku. Serius aku melihat wajah lelaki di sebelahku ini. Ada sedikit riak cemburu di mukanya, agaknyalah… Hehe.. macam lah aku ni pandai meramal kan..??

“Tem…mmm…. Shima belum berpunya lagi kan…?” pertanyaan yang terluncur dari mulut Syariful mengejutkanku. Aku paling wajahku ke cermin kereta di sebelah kiri. Hutan-hutan yang menghijau menggamit pandangan.

“Mungkin ya…mungkin.. tidakk!” jawabku ragu-ragu. Entah! Aku sendiri tidak tahu dengan perasaanku. Semalam baru aku sedar tentang sesuatu. Sesuatu yang selama ini aku cuba tepis biarpun ia datang berkali-kali. Seringkali aku menidakkan perkara itu namun ia seakan menghantuiku. Dan bayang-bayang dia seringkali muncul dalam mimpiku sejak kami tidak bersua lagi.

“Kita nak pergi mane ni?” aku masih mengulang soalan yang sama. Hatiku mula diburu kebimbangan. Manakan tidak, aku kini mengikuti seorang lelaki yang tak berapa aku kenal biarpun kami dulu pernah berkawan rapat.. Lelaki yang aku belum kenal hati budinya. Aku tahu aku sepatutnya meletakkan kepercayaan kepada lelaki di sebelahku namun hati kecilku seakan tidak mengizinkannya. Kenapa??

“Ipul nak kidnap Shima!” jawab Syariful, keras.

“Apaaa..??”

Sekilas wajah itu aku pandang sekali lagi. Ada nada marah di wajah itu. Apakah kata-kata aku tadi menyinggung perasaannya..? Aku perasaan Syariful mula menekan laju pedal minyak….

Reaksi anda : 

8 Response to "Jangan Menangis Sayang 16"

  1. ::cHeeSeCaKe:: says:
    March 27, 2009 at 6:38 PM

    isk2..jgnla shima terjatuh kt syariful lak..
    sean fendi..nk shima ngn fendi gak..!
    fendi..cpatla bertndak..!sblm terlambat..hehehe.

  2. Miss Kira says:
    March 27, 2009 at 7:21 PM

    nak lg..
    ipul bwa shima g mna..
    fendi ni bila la nak gtau prasaan dia kat shima

  3. MaY_LiN Says:
    March 28, 2009 at 12:55 AM

    ipul tu cam org jahat jer..

  4. lydia says:
    March 29, 2009 at 2:00 AM

    ipul tu menyamar ye...wah...jahat tul la...tapi dia nak bw shima gi mana tu? risau gak ni...fendi pula tak pandai nak cari shima kat kampung...padahal tau jugak katne rumah shima...lembap tul...nanti kang si shima tu jatuh kat tgn org lain...eeiii...tak nak la...

  5. nurhakim says:
    March 29, 2009 at 8:11 AM

    ipul 2 spa ek???
    ttb je mncul mngaku best friendz shima ms kcik..
    truk tul lah...
    hope fendi cpat2 lah dtng slmatkn shima..
    xnk pe2 jd kat shima..huhu

  6. Anonymous Says:
    March 29, 2009 at 10:08 AM

    sambung lah lagi....cepat sikit ye.

  7. keSENGALan teserlah.. says:
    March 30, 2009 at 9:04 PM

    huh...
    kalo si syariful tuh wat pape kat shima,
    hope fendi dtg slamtkan..
    huhu..
    fendi tuh ipul kan?
    kan?kan??
    hehehee..
    cian kat shima..isk2..

  8. ceritaku MEMORIKU says:
    May 12, 2009 at 3:49 PM

    warghhhh
    saiful tu jht kerw
    -na'dz

Post a Comment