Jangan Menangis Sayang 15

Jangan Menangis Sayang 15

Kokokan ayam di kala pagi sudah lama berlalu. Jam di dinding menunjukkan angka 10. Aku begitu tekun menyiang ikan keli yang dibeli ayah pagi tadi. Kalau ayah orang lain, rajin juga lah pergi memancing, ayah aku? Mm.. ayah kata, ayah bukannya jenis orang yang sabar. Kang tak pasal-pasal semua ikan dalam sungai tu kena tengking dengan ayah! Mahunya terkejut beruk ikan tu semua. Mati semua ikan… Hihi…

Memang betul kata ayah! Nak memancing ni perlukan kesabaran yang tinggi. Bukannya senang nak menunggu ikan makan umpan kita. Tu sebab ada di kalangan pemancing sanggup berkampung di tepi sungai semata-mata nak dapat ikan yang mereka mahu. Sanggup bermalam di hutan..

Aku?? Ishh.. takkan aku nak pergi memancing pulak. Itu kerja lelaki bukan perempuan macam aku.. Oppss.. Perempuan ke aku ni..? Mm… aku rasa aku dah betul-betul jadi seorang perempuan. Bak tajuk sebuah wayang tu, ‘Perempuan Melayu Terakhir’!

Semua tu gara-gara seorang lelaki yang pernah menjadi bos aku, Fendi. Entahlah, susah aku nak cakap pasal dia sekarang ni. Kalau boleh memang aku tak nak mengumpat pasal dia ni. Buat dosa kering jer..! Biarpun mamat ni selalu sakitkan hati aku tapi aku kira bernasib baik juga lah sebab dia aku dah berubah seratus peratus..

Ibu dan ayah pun senang tengok penampilan aku. Kata mereka, sejuk mata memandang! Habis tu, sebelum tak sejuk lah mata tu ye..? Mesti hangat je kelopak mata tu.. Dan panas sepanas Hot f..m radio kegemaran aku tu. Hihi..

Tiba-tiba aku terdengar suara orang memberi salam. Berkali-kali pula tu. Ingat nak pergi jenguk tapi aku fikir ibu mesti dah pergi tengok siapa pula gerangan orang di luar tu. Seminit…dua minit..tiga minit.. Ish.. mane ibu ni? Segera aku melangkahkan kaki ke ruang tamu. Entah berapa kali orang dah memberi salam.

Aku membetulkan kain batik yang tersarung di pinggang. Janggal juga rasanya pakai kain batik ni. Asyik rasa nak tertanggal aje..Sedar tak sedar tengah aku membetulkan kain batik tu, kaki aku dah tergam depan pintu. Aku tengok ade lah seorang mamat tu dok tersengih-sengih kat depan aku.

Aku perhatikan raut wajah mamat tu. Macam pernah tengok tapi kat mana ye…???

“Hai, saya Ipul, kawan Fendi…!”

Astaga..!! Mamat ni rupanya…baru aku ingat..!! Aku tepuk dahi. Macam mana lah aku boleh lupe mamat yang selalu dok usha aku setiap kali dia ke ofis Fendi ni dulu.. Apa niat dia datang ke sini?? Jauh-jauh pula tu.. Takkan Fendi yang suruh kot…?

“Dah lama saya berdiri di sini, tak nak jemput saya masuk ke?” tanya Syariful apabila melihatku yang tidak berganjak dari tempat aku berdiri tadi..
Macam mana ni? Takkan aku nak pelawa dia masuk? Ibu pula entah ke mana perginya.. Mana boleh aku ajak lelaki masuk dalam rumah.. Sekarang hanya ada kami berdua. Takut berlaku yang bukan-bukan aje.. Macam mana ye nak cakap dengan mamat ni.. Takkan nak halau pula.

“Errr…. Kalau kita borak-borak kat luar, takpekan..?” aku teragak-agak nak bertanya..

“Kenapa? Takde orang kat rumah ke? Saya kan tetamu.. Kot-kot la boleh rasa secawan kopi buatan awak kan…?” Syariful mencuba nasib.

“Awak nak air ke? Saya buatkan ye.. Awak tunggu kat sini…” aku membalas lalu masuk ke dalam rumah semula. Pintu aku tutup rapat. Boleh ke aku buat macam ni.. ? Ah.. lantaklah..

Aku menjenguk isi kabinet dapur. Tercari-cari serbuk kopi tetapi hanya teh yang ada dan gula. Air telah aku panaskan dalam cerek. Serbuk teh aku bancuh di dalam teko. Saat itu, fikiran aku terawang-awang. Kenapa ye Syariful datang ke rumah aku ni? Apalah niat dia agaknya..? Setahu aku, Syariful dan Fendi berkawan baik. Sudah tentu dia membawa perkhabaran dari Fendi, lelaki yang aku benci tu..

“Amboii.. bertuah punye anak! Kenapa biarkan tetamu kita berdiri kat luar tu tadi??” satu suara memekik dari belakang. Sudu yang aku gunakan untuk membancuh teko telah terpelanting ke tepi. Lantas aku mengurut dada kerana terkejut dengan pekikan itu. Aku menoleh ke belakang. Ibu!!

“Ibu ingatkan Shima dah berubah.. tapi masih berperangai macam dulu jugak! Kesian kat Ipul tu datang dari jauh… dibiarkan duduk di luar. Kan panas kat luar tu..” Ibu bersuara tenang. Aku pulak yang terbeliak biji mata.. Mana ibu tahu lelaki tu Ipul?

“Aaa.. Ibu, mane ibu tahu nama dia..?”

“La… itu kan kawan Shima masa kecik dulu.. Shima dah lupe ker??”

“Hah, ibu ingat ker?” Aku jadi panik. Betul ke itu Ipul aku?? Ah… Mengapa hatiku tiba-tiba berdebar kencang ni?? Kenapa aku rasa perasaanku berbunga riang?? Kalau la betul itu Ipul yang aku cari selama ni.. soalan pertama aku nak tanya kat dia, kenapa dia berdiam diri selama dia tegur aku dulu…? Adakah Ipul sengaja buat macam tu…? Kalau memang dia Ipul, salahlah sangkaan aku tadi yang kedatangan dia tu sebab Fendi..

Entah kenapa aku rasa gembira sangat ni.. Makin tak sabar pula rasanya aku nak jumpe Ipul walaupun tadi aku dah jumpe dia.. Ibu pula aku tengok dah hilang entah ke mana.. Macam tahu-tahu aje ibu ni. Sure nak kasi chance kat aku mengimbas kenangan lama dengan Ipul.. Ipul…aku nak datang..!!!!!!

**********

Dulang aku letakkan di bawah meja. Syarifull tersenyum memandang aku lalu tangannya mencapai cawan teh lantas dihirup teh itu.... Tak sempat aku nak halang, air bersembur keluar dari mulut Syariful..

“Tu la… Kan dah kena. Habis la bibir ko lepas ni, sure bengkak.. Tak sempat aku bagitahu ko air tu panas.. Haha…” Aku gelak sepuasnya.. Bukan lah niatku nak mengena.. Syariful pun gelojoh juga aku tengok. Terus dia teguk air teh yang masih panas itu. Syariful mengibas-gibas bibirnya.

Aku rasa aku macam dah kembali ke zaman dulu. Tiada lagi ‘saya’ dan ‘awak’ yang aku gunakan sebelum ni.. Aku rasa bebas nak bersuara dengan Ipul aku ni..

“Mm.. Shima, tembam, masa kecik yer…??” ujar Syariful bertanya padaku. Hah, Syariful tahu nama timanganku masa kecil..! Sah la memang dia Ipul aku..

Senyuman aku makin melebar. Aku anggukkan kepala. Tiba-tiba tanganku berubah drastic. Terus saja tanganku memukul-mukul manja dada Syariful..

“Ipul jahatla.. Kenapa tinggalkan Tembam dulu…?” aku bernada manja. Muka Syariful yang pada mulanya tampak terkejut berubah kemudiannya. Syariful menguntum senyum…

Reaksi anda : 

8 Response to "Jangan Menangis Sayang 15"

  1. keSENGALan teserlah.. says:
    March 13, 2009 at 2:27 PM

    ngeeeeee..
    xmo lar dye nieh ipul..
    nk fendi..
    mesty fendi suh ipul nie menyamar jd ipul time kecik kan..
    plis..
    wat arh cmtuh..
    huhu..
    nk shima ngn fendi..

  2. nana_yoong says:
    March 13, 2009 at 4:05 PM

    hehehhehe..
    apa da..ipul tu ipul tembamke?
    hehehhe
    nice.
    nak taw sejauh mane ipul boleh mengugat fendi

  3. ceritaku MEMORIKU says:
    March 13, 2009 at 4:48 PM

    aik.
    asal epul nie?

    xpaham2.
    bukan fendi kerw epul yg lame.
    ke ade kisah disebalik nie.
    agagagag.smbung2
    -na'dz

  4. zaza says:
    March 13, 2009 at 4:54 PM

    la,ingatkan fendi tu ipul..x bestlah mcm nie.. tapi pelik sikitlah..apa ek?

  5. MaY_LiN Says:
    March 13, 2009 at 11:46 PM

    ala...bukan fendi ke..?
    huhuhu

  6. Anonymous Says:
    March 14, 2009 at 5:00 PM

    eh..bukan ipul tu fendi ke?knp syariful pulak jd ipul.konfuse...!!!!!

  7. bidadari cinta says:
    March 15, 2009 at 1:23 AM

    hye kpd pembaca yg komen kat atas..so sweet dpt baca komen korang ni..nak tgelak pun ader..sy syg korg yang membaca karya ni..n pastinya sy nk wat korang always thibur ngan karya ni..muahhh!!!

  8. Anonymous Says:
    March 16, 2009 at 2:52 AM

    I want Fendi be Ipul, pleaseee....

Post a Comment