Jangan Menangis Sayang 4

“Wei, korang tengok rupe aku ni, camne? Ok tak??” Aku berlari-lari anak ke bilik yang menempatkan Nurul dan Ita. Waktu tu dah jam 8.05 pagi. Masa ada lebih kurang sejam untuk aku bertolak ke tempat interview. Kebetulan tempat tu adalah tempat kerja Nurul. Jadi aku pun tumpang dua kaki lah….

“Hah!!!”

Nurul dan Ita tergamam melihat aku. Terbeliak mata mereka memandang. Tak berkedip langsung mata mereka. Aku berdiri di depan pintu mereka sambil menggoyang kaki kananku. Lagak bagaikan seorang penyanyi rock saja.. Mungkin itu yang mengejutkan mereka. Alah.. bukannya mereka tak biasa tengok aku macam ni..Aku tersenyum nipis memandang mereka.



“Masyallah! Budak bertuah ni..! Ko baru bangun tido ke ape ni? Baju aku beli semalam tu mane? Tak pernah dibuat orang pergi interview kat mana-mana sekalipun, pakai seluar jeans dengan T-shirt aje..! Aku tau lah keje ko sebelum ni memang ko pakai macam tu pun.. Woitt, makcik!! Ko nak interview jawatan secretary, pakai lah yang sopan sikit.. Kalau macam ni, memang sah kena reject. Belum sampai depan pintu bilik interview pun ko dah kena tendang, tau tak!!” bebel Nurul dengan panjangnya.

Aku menutup halwa pendengaranku masa mendengar ceramah free dari pakar psikologi tak bertauliah itu. Siap tersengih lagi. Ita yang turut mendengar menggelengkan kepala.. Dengan sikat yang masih dipegangnya, Ita menyisir rambut ikal mayangnya lalu mengikatnya dengan pengikat rambut.

“Huh, boleh tahan gak ko ni membebel erk? Lepas ni aku kena beli kapas banyak-banyak!” aku bersuara bagi menghilangkan mulut murai si Nurul. Membuntang bijik mata Nurul.

“Nak buat apa dengan kapas?” soalan ala-ala bodoh Nurul terluncur dari bibirnya. Ita yang memahami maksud aku tergelak kecil.

“Nak sumbat telinga ni! Dah cair taik telinga aku kena bebelan panas ko tu.. Pagi-pagi macam ni enjin ko dah start kann??”

Sempat lagi aku menyindir Nurul sedangkan dia yang banyak menolong aku mencari pekerjaan ini. Bukannya apa saja nak cari sarapan hiburan pagi-pagi begini. Ita meneruskan gelaknya di dalam bilik. Nurul pula mendengus geram.. Sah-sah lepas ni Nurul masam muka kat aku..

“Hehe.. Ala Nurul, relaks la..! Jangan mare yee…!” aku memujuk Nurul.

“Sudahlah! Kalau ko takde hati nak keje dah, bagitau awal-awal. Tak lah aku nak membodek bos tu..”

“Eh, pandai pulak ko membodek yer…”

“Mestilah pandai! Aku kan anak Tuan Haji …”

“Tuan Haji Bakhil..!! Kah!Kah!Kahh…!” aku memotong percakapan Nurul diiringi gelak ketawa yang panjang. Nurul dengan geram membaling bantal Spongebobnya padaku.. Hehe.. nasib baik sempat mengelak. Spongebob Nurul dah pun mencium lantai..

“Aku ingatkan bolehlah ko ngan aku pergi keje sama-sama.. Tapi…harapanku musnah…!!”

Nurul berkata sedih.. Lantas diambilnya Spongebob kesayangannya itu. Mimik muka Nurul pun sudah berubah. Mungkin dia berharap aku dapat bekerja bersamanya. Akhirnya aku mengangkat tangan..

“Ok!Ok! Aku tukar pakaian sekarang. Puas hati??”

Riak muka Nurul berubah melihat kesungguhan aku. Segera Nurul menolak aku masuk ke bilik. Pantas saja tangannya membuka pintu almari dan mengeluarkan pakaian yang dibeli semalam..

“Pakai baju ni tau!!”

Aku merengus kecil sebaik kelibat Nurul menghilang di balik pintu. Huh! Baju ni aku nak kena pakai ke? Aduss…! Sah lah nanti semua orang pandang kat aku. Mesti nanti orang ingat pramugari Air Asia tu.. Dah lah tu Nurul siap mengofferkan dirinya untuk jadi tukang make-up aku semalam.

“Cepat sikit! Jap gi aku make-up ko…!”

Kedengaran suara jeritan Nurul dari biliknya. Memang kuat betul ingatan pompuan sorang ni…

Dua puluh minit kemudian, aku dah pun bersiap. Nurul mengangkat ibu jari tangannya menunjukkan tanda bagus. Mesti dia puas hati dapat mendandan aku hari ni.. Sebaliknya aku yang masam muke.

Sebaik saja aku bangun dari kerusi, hampir-hampir saja kakiku nak tersandung kat kaki kerusi tu. Fuhh.. nasib baiklah tak jatuh.. Patutlah dulu masa kecik-kecik bila aku nak berangan aje jadi ratu kebaya, mak aku sah-sah bangkang punye! Ratu tembam mana boleh jadi ratu kebaya. Mak kata ratu kebaya kena punya badan yang menggiurkan. Pendek kata boleh buat mata setiap laki tak terlepas pandang punye..!

Tu mak aku katalah.. Tapi bila Epul yang kata, aku boleh buat semua orang pandang aku kalau pakai baju kebaya ni.. Iye ker?? Entah lah.. Tapi memang aku tak nak pakai baju kebaya dah.. Teringat kisah pahit masa kecik… Aku try pakai baju kebaya.. Sendat giler.. Tak pasal-pasal jatuh basikal.. Malu beb!!

“Woii.. Dah berangan sampai mana? Dah sampai planet Marikh ker??” suara Ita mengejutkan aku yang sedang mengelamun.. Sambil menyandang beg tangannya, Ita menarik aku keluar.

“Nurul bunyikan hon tadi, ko tak dengar ke? Kan dah lewat ni.. Nanti lambat masuk keje, susah nak menjawab dengan bos dier tu...” giliran Ita pula membebel.. Alahai..

“Iyelah.. Aku gerak lah ni..”

Aku masuk ke dalam perut kereta Nurul. Nurul yang sudah memanaskan enjin keretanya tadi terus meluncur laju memasuki jalan raya. Di dalam kereta, Nurul memberikan tips yang kukira agak berguna untuk aku interview nanti. Nurul ni dah macam kakak aku.. Aku mengiyakan kata-katanya.

“Jangan lupa kenyit mata pada bos yang akan interview ko tu nanti...”

“Kenyit mata? Eh, Nurul! Bos ko tu kan dah kawin? Kalau Shima ni kenyit mata nanti, sure bos ko ingat Shima ni gatal!” bangkang Ita yang duduk di sebelah Nurul.

“Apa salahnya? Kenyit mata ajer.. Jangan risau, Shima! Bos aku tu duda berhias..”

“Duda berhias? Tak pernah dengar pun.. Kalau janda berhias tu pernah la aku dengar…”

“Samalah tu.. Duda berhias sebab bos aku ni kawin tak sampai dua hari jadi suami dah jadi duda..”

“Siannya..Hensem-hensem macam tu pun kena tinggal jugak yer…” Ita membalas kata Nurul.

“Isteri dier meninggal la..”

Aku membiarkan Nurul dan Ita bertekak di depan. Aku yang kat belakang ni hanya mendiamkan diri.. Mula terbayangkan macam mana rupa bos si Nurul ni.. Tapi dulu masa aku masih kerja kat tempat lama selalu jugak Nurul bercerita pasal bosnya itu.. Katanya handsome.. Kalah Brad Pitt.. Tapi pada ingatanku bos mestilah dah tua kan..? Perut buncit. Kepala separuh botak..Takkan muda-muda dah jadi bos…?




“Assalammualaikum…”

“Waalaikummussalam…”

Suara garau yang menjawab salamku dari dalam bilik Pengurus yang tagname nya bernama Saiful itu aku dengar setelah pintu ku ketuk.. Aku memulas tombol pintu lalu melangkah kaki ke dalam bilik itu. Dengan sekilas pandang, aku melihat seorang lelaki sedang tekun menyemak fail-fail yang ada di depannya.

Aku memandang sekilas bilik itu. Mm.. nampak kemas ajer.. Rajin jugak bakal bos aku ni kemas bilik..Eh!Eh! Belum interview lagi, mane boleh kata lelaki ni bos kan? Belum tentu aku dapat jawatan tu.. Kehadiranku seakan tidak disedari oleh lelaki itu. Wajahnya juga agak terlindung hingga aku belum bisa meneliti wajah yang dikatakan kacak oleh Nurul pagi tadi.

Tang mana kacaknya tu?? Tak nampak pun mukanya. Aku berdehem perlahan bagi mewujudkan suasana. Beberapa saat, tiada tindak balas berlaku. Pekak ke ape lelaki ni??

“Ehem..!!” kali ni aku berdehem sedikit kuat. Terangkat sedikit wajah lelaki itu. Dan anak matanya terus melihat aku. Aku juga memandang ke arahnya. Terjadi adegan renung-merenung antara kami.. Aku meneliti satu-satu riak wajahnya.. Tiba-tiba..

“Awak!!!”

Kami sama sama mengucapkan ayat yang sama. Ya Allah! Kecilnya dunia ni.. Boleh juga aku bertemu dengan dia walaupun syarat yang aku berikan dulu mengingatkan agar kami tidak bertemu sehingga hari yang bakal menyatukan kami kelak!

“Fendi! Apa awak buat kat sini?”

“Buat bodoh!!” ringkas jawapannya namun aku yang sakit hati. Takkan duduk kat ofis ni nak buat bodoh?

“Awak?” Fendi pula yang bertanya.

“Saya datang nak interview.”

“Oo..awak rupenye kawan Cik Nurul tu ye…?”

“Mmm……..”

“Ok, kita mulakan seisi interview kita.”

“Eh, takkan awak yang interview saya? Takde orang lain ker?”

“Awak nak siapa yang interview awak?”

“Sesiapa saja asalkan bukan awak…”

Aku lihat Affendi merenung tajam ke arahku. Affendi meletakkan pen yang berada di tangannya di atas meja. Kemudiannya bangun lantas duduk di sebelahku. Aku mengensot kerusi ke belakang sedikit. Ni, apahal nak dekat-dekat pulak? Takkan nak menggatal?

“Cik Nazatul Shima! Awak bos ke atau saya?”
“Err.. tak tahu!”

“Saya bagitau awak,ok? Saya selaku manager kat sini. Merangkap sebagai bos juga di company ni so saya punye suke la nak interview awak ke tak? Apa, awak ingat makcik tukang sapu sampah tu boleh interview awak ker??”

Apalah mamat sewel ni? Sebut orang yang tak kenal kat depan aku. Makcik tukang sapu sampah? Siapa dia tu? Mak Encik Affendi ni kot…?

“Siapa dia tu? Mak awak?”

“Siapa ape?”

“Ye laa… Makcik tukang sapu yang awak kata tadi.. Mak awak ker?”

“Wah!Wah!Wah..! Lancangnye mulut awak ni mengata mak saya yer? Hello nenek! Mak saya yang interview awak dulu untuk jadi calon isteri saye tau tak? Sekarang saye nak interview awak untuk keje kat ofis saya ni.. Ada apa-apa soalan?”

Aku mendiamkan diri.. Malas nak bertekak dengan Fendi ni.. Buang air liur aku je.. jadi sesi interview pun berjalan la.. Dalam masa interview tu, aku hairan juga.. Takkan aku seorang aje calonnya..? Tak nampak pun ade calon lain kat luar tu.. Lagi satu syarikat ni pun macam terpencil aje.. Dengan staff nya yang boleh dibilang dengan jari, aku jadi hairan boleh ker syarikat ni bertahan lama?

Entahlah.. Apa-apa hal pun balik nanti aku akan tanya Nurul…




“Assalammualaikum, Shima!

“Hah! Ibu…! Ada apa ibu tepon Shima ni? Ibu ngan ayah sihat ker? Rindunya Shima kat ibu…” aku menjerit kegirangan bila melihat nama yang tertera di skrin handphone.. Aku menghempaskan punggung si atas sofa.

“Ibu ngan ayah sihat.. Bile Shima nak balik kampung ni? Dah kena buat persiapan ni…”

“Persiapan? Persiapan ape ibu..?”

“Eh! Shima lupe ker? Kan Shima dah nak bertunang ni..”

“Ibu, kalau Shima tangguhkan dulu pertunangan boleh tak?”

“Mana boleh, Shima! Kita dah berjanji dengan orang. Kenalah tunaikan..”

“Kalau macam tu, boleh tak Shima batalkan pertunangan tu, ibu?” aku cuba memancing ibu untuk bersetuju dengan tindakanku.. Aku masih merasakan yang aku belum sampai seru lagi untuk mendirikan masjid.

“Harapan orang jangan lah dihampakan… Shima tu bakal nak jadi milik orang dah.. Famili kita dan pihak lelaki dah sama-sama bersetuju. Kenapa tak bantah dari dulu? Masa diorang hantar rombongan meminang tu? Shima pun ade sekali masa tu.. Benda kalau dah nak jadi jangan lah tak jadi pula…”

“Kalau Shima batalkan bermakna Shima nak malukan ibu dan ayah. Shima nak conteng arang ke muke kami ke? Jangan lah buat hal yerr…!” lembut suara ibu memujuk aku.. Pandai sungguh ibu bermain dengan kata-kata. Agaknye sebab itu ayah cair dengan ibu masa diorang bercinta dulu kot...

“Terpulanglah pada ibu… Shima anak ibu.. Anak tunggal ibu.. Mane boleh Shima ingkar kata-kata ibu..” aku bersuara lemah.. Bukannya aku tidak inginkan hubungan ini.. Bukannya aku ingin menjadi umat yang sesat gara-gara menolak sebuah penikahan yang Nabi Muhammad S.A.W sarankan..

Aku cuma keliru dengan perasaan sendiri. Aku keliru dengan janji seorang anak kecil yang pernah diucapkan suatu ketika dulu.. Walaupun orang kata ianya sekadar cinta monyet, tapi entah mengapa aku terlalu mengharapkan ianya akan terjadi dalam hidupku. Biarpun aku tahu ia mustahil untuk termeterai dalam hidupku..







Reaksi anda : 

5 Response to "Jangan Menangis Sayang 4"

  1. nana_yoong says:
    December 20, 2008 at 9:19 AM

    best..tp bila nak smbg..erm bidadari.jomla lawat blog sy pulak..

    http://sharethesweet.blogspot.com

  2. bidadari cinta says:
    December 20, 2008 at 2:03 PM

    thanks nana_young baca karya saye..saye dh lawat pun nana punye blog... :)

  3. artic_roses says:
    December 21, 2008 at 9:19 AM

    suke2...

    besh2 ngn gayw shima yg bsahaja tue..
    tjumpa gak dorang..

    nk lagiii...
    ^^

  4. ...De mYsTeRiOuS Me... says:
    January 16, 2009 at 2:42 PM

    mst fendi 2 ipul..kwn shima time kcik..bestnye...hehehehe

  5. Anonymous Says:
    March 3, 2011 at 3:58 PM

    Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

Post a Comment