cerpen : Kalau Dah Cemburu


10 Disember 2008

“Abang pergi mana tadi? Baru sekarang nak balik? Ingatkan dah tak tahu jalan balik ke rumah…” sergahan Suriani, isteri yang kukahwini enam tahun lalu. Pantas dada ku urut lantaran terkejut dengan sergahan itu. Tapi aku juga yang salah kerana memasuki rumah bagai pencuri lagaknya. Sebenarnya aku takut mengejutkan seisi rumah.. Jadi masuk rumah pun diam-diamla..

“Kenapa belum tidur lagi ni?” Aku tidak menjawab pertanyaan Suriani. Tali leher yang kupakai kulonggarkan ikatannya. Aku melihat mata Suriani yang membengkak. Barangkali Suriani tak cukup tidur kerana menungguku.. Kasihan Suriani.

“Sue menunggu abang..”

“Tak payah lah Sue tunggu abang. Bukannya abang tak balik langsung punnn…”
“Sekarang memang abang balik ke rumah ni lagi.. Tapi mana tahu suatu hari nanti…”

“Shh…Jangan cakap yang bukan-bukan. Sue dah tak sayang abang lagi ke?”

Aku sekadar menarik simpati dari Suriani. Dia satu-satunya isteriku. Suriani satu-satunya wanita yang suatu ketika dulu mampu menggetarkan jiwaku saat aku kesunyian. Dialah yang menghiburkan aku saat aku perlukan kasih sayang dari seorang wanita. Aku bahagia berkahwin dengan Suriani walaupun dia bukannya pilihanku.. Sekadar pilihan keluarga tapi hingga sekarang kami bahagia. Mungkin kerana restu mak dan ayah yang mengiringi perkahwinan kami.

Tapi.. akhir-akhir ini sikap cemburunya makin menjadi-jadi. Agaknya dia sudah tak sayang padaku lagi?? Atau mungkin sayangnya bertambah padaku.. Mungkin dia cemburu kalau-kalau aku ada simpanan di luar.. Siapa yang tahu..

“Oo… tau pulak nak suruh Sue sayang abang yee..?” Suriani bingkas bangun dari katil kami lantas menghampiri bakul pakaian yang terletak di tepi pintu masuk bilik air. Mataku meliar mengikuti pergerakannya. Suriani menyelongkar isi bakul pakaian itu. Suriani macam mencari sesuatu saja.

“Abang nak Sue sayang abang kan?? Tapi abang sendiri tak sayang dengan Sue.. Ape ni?? Boleh jelaskan pada Sue?”

Sue menghulurkan satu kemeja putih padaku. Ada tanda merah di kolar kemeja itu. Ya.. tanda lipstick Bukannya aku tak tahu angkara siapa. Tapi.. kenapa Suriani macam tak perasan sesuatu..? Agaknya otak Suriani ligat memikirkan rasa cemburunya berbanding jawapan yang logik.

Segera aku berpaling ke belakang. Langkah kuhayun. Aku tersenyum. Memang cemburu Suriani makin kuat. Aku rasa badanku sudah melekit.. Terasa bilik air tu memanggil namaku.

“Abanggg…! Abang belum jelaskan perkara tu lagi.. Sue nak tahu sekarang jugak! Abang berfoya-foya dengan siapa semalam..? Abang!!”

Suriani memekik meminta penjelasan dariku.. Ahh.. Biarlah dia.. Nanti kalau dilayan takut perang dunia ketiga meletus pulak.. Kang rumah ni sah kena bom.. Bedilan bom bebelan dan periuk belanga kat dapur tu.. Fuh.. Baik aku mengelak!

Kesan lipstick yang kecil tu pun tak dapat kesan. Bukannya Suriani tak tahu anak perempuan mereka sudah pandai melaram sekarang. Habis alat make-up mamanya digunakan. Dan itu kesan bibir si kecil itu.. Mesti Suriani tak siasat ni, tu yang main tuduh je…

Jirusan air pancut rasa sejuk bagai menggigit tulang belakang. Tu lah.. siapa suruh mandi malam-malam ni..?? Hehe.. Aku bukannya sengaja balik lewat macam ni.. Kerja bertimbun di pejabat.. Esok pagi-pagi lagi ada meeting…



Hari tu hari minggu. Sememangnya waktu sebegini lah yang aku gunakan untuk berehat bersama keluargaku.. Kelihatan Suriani menatang dulang berisi air teh dan sepinggan goreng pisang menuju ke teratak buatan kami di taman halaman rumah. Masa tu aku sedang mencuci kereta dibantu dua orang puteri dan putera kami, Syikin dan Najmi. Gelak ketawa puteri dan putera kami berdua cukup menghiburkan. Biasalah kanak-kanak kecil kan. Tak sah lah kalau tak main air ni..

“Okey, sekarang giliran Sue pula cuci kereta abang ni.. Tentu abang dah lapar kann?? Sue dah buat goreng pisang kegemaran abang tu. Pergilah makan..” kata Suriani lalu mengambil pili air dari tanganku. Suriani menyambung kerjaku.

“Syikin, Najmi! Meh dekat dengan papa. Kita isi perut dulu yee!!” aku memanggil anak-anakku.. Terkedek-kedek anak-anakku berlari mendapatkanku. Aku mendukung Najmi dan Syikin membontoti dari belakang. Basah kencun baju mereka berdua lantas ku bawa ke teratak. Aku duduk di sisi Syikin dan Najmi yang berebut mendapatkan goreng pisang. Mereka berdua mengunyah makanan petang kami itu dengan mulut yang penuh. Ish.. Gelojoh sungguh anakku!!

Aku perhati Sue. Tekun dia menyudahkan kerjaku tadi. Setelah menjirus air, dia mengelap kereta kesayanganku.. Mm.. nampak berkilat kereta itu. Suriani memang rajin. Padanlah Suriani selalu dipuji ibuku a.k.a ibu mertuanya itu. Mak memang selalu memuji Suriani. Suriani pandai masakla, pandai kemas rumah, pandai ambil hati orang tuala.. dan macam-macam lagi.. Almaklumlah Suriani menantu pilihan ibubapaku.. Aku sekadar bersetuju dengan pilihan mereka walaupun ketika itu aku punya pilihan sendiri..



2 Jan 2002

“Tia keluar dari rumah abang!! Abang jijik dengan Tia, tau tak!!” aku memekik. Hilang rasa hormatku pada perempuan di depanku. Bergegar aku rasa kondominium yang aku duduk sekarang ni.. Panas hatiku melihat kelibat perempuan itu di rumahku. Mendidih api kemarahan yang merajai hatiku. Perempuan yang menjadi tunangku lapan bulan yang lepas memandang sayu ke arahku.

“Sampai hati abang buat Tia macam ni! Abang tak sayang Tia ke??” Tia memancing rasa simpatiku.. Meminta belas kasihanku.

Maaf Tia! Aku jijik lihat perempuan yang tak tahu malu macam ko ni.. Dulu memang aku sayang kat ko, cinta pada ko. Segunung harapan aku agar istana cinta kita selama ni akan terbina. Tapi sejak kejadian lepas, sayang tu dah terkubur dalam pusara cinta yang aku cipta.

“Abang, Tia minta maaf! Tia tak sengaja! Hal tu juga bukan dalam jangkaan Tia. Tia mengaku Tia terlalu mengikut rasa hati. Tapi Tia memang takde perasaan kat dia. Percayalah kat Tia, bang!”

Kerdil saja tubuh Tia aku pandang. Rasa nak humban dia keluar dari rumah ni.. Aku tak mahu jadi apa-apa pula di rumah ni walaupun Tia tunang aku. Ya..aku cukup menjaga batas-batas pergaulanku. Itu yang ibubapa ajar sewaktu aku kecil hingga aku meningkat dewasa..

Aku melemparkan suratkhabar yang aku baca semalam. Sakit hatiku membaca apa yang terpapar di dada akhbar. ‘SEORANG MODEL TERKENAL DITANGKAP KHALWAT BERSAMA KEKASIHNYA’.

“Kekasih? Siapa kekasih Tia sebenarnya? Bukan abang ker? Bukan abang ke yang jadi kekasih Tia sekaligus merangkap tunang Tia?? Kenapa wartawan menulis tajuk begini kalau bukan Tia sendiri yang mengaku? Tia ingat abang tak tahu sebelum ni, Tia memang bercinta dengan dia. Tia masih sayangkan dia kan? Sebab tu Tia buat abang begini? Kasih sayang abang tak cukup ke? Abang ikat Tia supaya pergerakan Tia sebagai mode, terkawal. Dari dulu lagi abang tak suka Tia jadi model. Kenapa Tia degil sangat?” aku meluahkan isi hatiku.

Geram aku memikirkan perangai Tia yang melampaui batas. Aku mengikat dia sebagai tunangku supaya dia sedar akan statusnya sekaligus membataskan pergerakannya . Aku mahu perangai dan kelakuannya nampak cantik di pandangan ibubapaku agar mereka tahu aku tidak tersalah pilih. Tapi.. ini yang aku dapat. Kasih sayangku tidak dihargai. Tia seakan tidak menyedari cincin yang tersarung di jarinya.

“Pulangkan semula cincin tu! Cincin tu hanya untuk perempuan yang layak saja. Yang tahu menghargai abang sebagai kekasihnya. Sebagai tunangnya.”

“Abang, sayang merayu sangat kat abang! Maafkanlah Tia. Tia tak bersalah dalam hal ni. Sudah lama Tia putus dengan dia. Sejak kita bertunang dulu dan sebelum kita bertunang, bang..! Jangan tinggalkan Tia! Tia sayangkan abang.. Juga cincin ni…” balas Tia sambil memandang cincin di jarinya. Digenggam erat jarinya. Tia tidak mahu melepaskan cincin itu..

“Dasar mata duitan!!” pekikku nyaring. Aku menolak tubuh Tia yang memeluk kakiku. Tia jatuh. Tanpa berlengah lagi, aku menarik cincin itu dengan paksa.
“Abang, sakit!!” adu Tia apabila aku menarik kasar cincin itu.

“Hati abang lagi sakit, Tia!! Sudah! Sekarang Tia keluar dari rumah abang. Abang taknak tengok Tia lagi. Minggu depan abang hantar ibubapa abang untuk putuskan pertunangan kita. Muktamad!!”

Aku meolak Tia ke depan pintu. Aku tak mahu aku pula yang ditangkap basah bersama Tia pula. Aku serik bercinta dengan Tia yang popular dengan ceritanya. Sejak bertunang dengan Tia, bermacam cerita aku dengar tentangnya. Lebih-lebih lagi melibatkan bekas kekasihnya, Roy. Sering aku menidakkan hal itu bila kawan-kawan sering bercerita tentang Tia. Tia keluar dengan Roy la, mereka diajak berlakon bersama la.. Selagi tak nampak depan mata, selagi tu aku tak percaya.

Kadang-kadang kerja aku sebagai pilot juga membataskan pengetahuanku tentang dunia hiburan. Walaupun Tia, tunangku itu seorang model berjaya, aku jarang mengambil tahu hal di sekelilingnya. Aku sekadar berpegang pada satu janji. Andai benar Tia mencintaiku pastinya dia tidak membuat hal di belakangku. Tapi.. ini yang aku dapat.. Argh…!!





25 Oktober 2002

“Aku terima nikahnya Wan Suriani Binti Wan Syukri dengan mas kahwinya RM 80, tunai.”

Aku melihat saksi-saksi menganggukkan kepala tanda sah. Alhamdullillah, akhirnya aku mendapat juga teman hidupku biarpun aku tidak mengenali siapa dirinya. Majlis pernikahanku berjalan dengan lancar. Segalanya diuruskan keluargaku. Aku mengikut segala perancangan mereka yang tidak mahu aku bersedih setelah tali pertunanganku dengan Tia diputuskan.

Ibu yang memilih isteri buatku. Kata ibu, Suriani menantu pilihannya. Semasa Tia aku cadangkan sebagai bakal isteriku, ibu membantah keras. Perempuan yang terlibat dalam dunia glamour, tidak boleh jadi menantunya. Ibu memang cukup pantang dengan semua itu. Namun mengalah juga bila ayah masuk campur untuk bersetuju dengan pilihanku.


Malam pertama aku bersama Suriani tidak seperti pasangan lain. Aku sendiri kaku bila bersamanya. Aku teragak-agak untuk menyentuhnya. Mungkin sebab masih tiada rasa cinta dan sayang untuknya lagi. Ya.. aku akan pupuk bila aku tinggal bersamanya kelak…

Tiga bulan berlalu. Alam rumahtangga sememangnya menyeronokkan. Aku kini sudah bertukar kerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat kenalan ayahku.. Aku bebas melakukan segalanya bersama isteriku. Sayangku pada Suriani mula bercambah. Dan aku senang dengannya. Cuma satu yang menjadi masalah buatku. Sikap Suriani yang mudah cemburu sedikit membebankanku.

Benar kata orang, cemburu itu tanda sayang tapi cemburu Suriani bukannya tanda sayang. Suriani seakan ingin mengongkongku. Setiap pegerakanku cuba dikawalnya sebaik mungkin. Kemana saja aku pergi, aku mesti melaporkan padanya. Ahh.. Suriani! Suriani…!




“Abang, kasut siapa ni?” pekikan Suriani mengejutkan aku. Ish.. Ni satu lagi perangai Suriani. Suka memekik. Entah ikut perangai siapalah.. Adoii…

“Janganlah terpekik macam tu.. Suara tu nyaring sangat la..” aku membalas sambil menunjuk ke arak Syikin yang menutup telinga dengan tangannya.

“Kasut perempuan mana dalam kotak ni? Abang nak hadiahkan kat sape? Tengok harganya, bukan main mahal lagi..” Suriani bertanya. Mimik mukanya menunjukkan tanda dia tidak puas hati.. Alahai.. isteriku…!

Aku melihat gelagat isteriku yang cuba menyelongkar isi kereta ku. Sabar je la…

“Gaun hitam sape ni, bang? Abang ni memang tak sayang Sue kan? Abang nak duakan Sue ye? Abang nak kawin lagi ke? Siapa pompuan tu? Tia??” Aku terkejut mendengar satu nama yang pernah muncul dulu terluncur dari bibir Suriani. Teruk benar tahap cembur Suriani..

“Hal lama abang jangan Sue nak ungkit pulak! Pompuan dah takde kena mengena dalam hidup abang lagi..!” aku memarahi Suriani. Hilang sudah sabarku. Aku segera berlalu ke dalam rumah dan mencapai telefon. Satu jam kemudian ibu mertuaku sampai.. Aku meminta ibu mertua menjaga Syikin dan Najmi kerana ada hal yang ku nak uruskan bersama Suriani.. Ibu mertuaku membawa Syikin dan Najmi menaiki kereta menuju ke rumah keluarga Syikin yang tidak jauh dari rumah kami..

Aku menarik nafas lega melihat kelibat kereta yang mulai hilang dari pandangan. Aku tak mahu Syikin dan Najmi melihat kami bergaduh hal yang remeh sebegini. Sekarang aku boleh bertekak dengan Suriani..

Aku menarik tangan Suriani ke ruang tamu.. Tangannya aku lepaskan di situ. Dadaku mula berombak.

“Apa yang Sue cemburukan sangat ni..? Kenapa banyak bertanya ni? Suka hati abang la nak belikan kasut dan gaun tu untuk siapa? Duit abang.. bukan duit sayang..”

“Abang tu suami Sue! Sue memang layak untuk bertanya pada abang. Dalam diam abang menduakan Sue. Tak mungkin semua barang tu untuk Sue. Dah lama kita kahwin, mustahil abang belikan barang begitu untuk Sue.. Siapa perempuan tu bang? Abang dah mula cintakan dia ke?”

Soalan bertalu-talu Suriani hingga di cuping telingaku. Panas telingaku dengan amarahnya.

“Abang tak pernah main kayu tiga di belakang Sue. Selama ni abang pergi dan pulang kerja. Yang abang tahu abang kena cari duit untuk biaya keperluaan keluarga kita. Tak mungkin abang ada masa untuk semua tu..”

“Jangan nak tipu Sue, bang! Sifat lelaki.. bukannya Sue tak tahu.. Bila umur makin meningkat… lelaki makin gatal.. Miangnya mengalahkan orang muda. Tentu abang ada niat kahwin lain kan…? Siapa dia tu, bang..?”

Suriani tetap tidak mengalah untuk mengetahui gerangan yang beraja di hati suaminya. Memang sejak berkahwin dengan lelaki itu, Suriani mula meletakkan lelaki itu tinggi di puncak hatinya. Betul-betul di tempat pertama. Cintanya buat suami tersayang. Kasih itu buat insan yang memberinya zuriat di muka bumi ini. Suriani tidak mahu berebut lelakiu itu dengan perempuan lain.. Lantaran itu rasa cemburu sering bersarang di hatinya. Kerana cinta itu makin bergunung.. Tak mungkin Suriani akan menyerahkan satu-satunya lelaki yang dicintai kepada perempuan lain.

“Takde siapala.. Sue…! Takkan abang nak buat macam tu pada Sue.. Abang bukan lelaki yang macam kat luar tu..Sue, kita dah lama kahwin. Masakan Sue masih tak percaya pada abang?”

“Abang bukan macam dulu.. Kebelakangan ni, seringkali abang balik lewat.. Abang dah jarang makan kat rumah.. Abang dah jarang bercakap dengan Sue..”

“Sue.. cukup lah tu.. Abang tak nak bertengkar dengan Sue..”

Aku berlalu dari menghadap wajah Suriani yang sedang menahan marah itu. Biarlah, aku tidak ingin memanjangkan butiran pertengkaran kami. Takut andai ada hal lain yang terjadi.. Nauzubillah… Minta-minta dijauhkan perceraian itu dalam hidup kami..

Ketika panjang langkah kakiku keluar dari rumah, telingaku menangkap jeritan nyaring suara Suriani yang melaungkan namaku.

“Abangg…….!”

“Sue…”

*********

Mundar mandir aku berjalan di hadapan bilik Dr Fazilah itu. Dr Fazilah adalah kawan lama Suriani. Kawan semasa sekolah menengah dulu. Kami sekeluarga sudah lama mengunjungi kliniknya untuk mendapatkan rawatan.

Resah di hati tak usah ceritalah.. Macam-macam terbayang dalam mindaku.. Sakitkah Suriani selama ini..? Aku akui sejak kebelakangan ini, wajah pucat Suriani seringkali terlayar di anak mataku ini. Bila aku tanyakan padanya, Suriani sekadar menggelengkan kepala menidakkan pertanyaanku..

Keadaan Suriani sudah aku khabarkan pada ibu mertuaku.. Tidak mahu ibu mertuaku itu kebimbangan. Aku memesan pada ibu supaya menjaga anak-anakku itu untuk beberapa jam lagi.

“En Haziq..! Masuk..!” pelawaan jururawat yang baru keluar dari bilik Dr Fazilah, aku terima. Segera aku mendapatkan doktor muda itu untuk bertanyakan keadaan isteriku.

“Kenapa dengan isteri aku, Fazilah?”

“Sue tu dah tahu dia pregnant, kenapa masih buat kerja berat lagi..?”
“Pregnant??”

“Ye.. kandungannya masih di peringkat awal.. Sue tak perlu buat kerja berat-berat.. Bimbang memudaratkan kesihatan.. Patutnya kandungan dari awal ni la yang perlu dijaga. Sue buat kerja apa tadi, Haziq? Mmm… nanti aku tuliskan senarai ubatnya dan dapatkan kat kaunter, ok??”

“Ok.. Berapa usia kandungan Sue?”

“La…ko tak tahu lagi ke?” Aku sekadar menggeleng.

“Dah masuk 3 bulan tu.. Jaga Sue elok-elok, Haziq!” pesan Dr Fazilah, aku iyakan.

Kini, aku berada di halaman rumah. Enjin kereta sudah kumatikan. Ku pandang Suriani di sebelah. Sejak dari klinik lagi, Suriani seakan tidak mahu memandangku. Aku mula digamit rasa bersalah. Mungkin Suriani sakit hati kerana aku memarahinya. Ini kali pertama aku meninggikan suara padanya. Selama ini aku sentiasa berlembut dengannya.. Kerana aku tahu hati seoarang perempuan tidaklah sekeras mana. Aku tidak ingin menyakitinya.

Sebaik saja pintu dibuka, Suriani meluru masuk ke dalam bilik. Aku mendengar esak tangisannya. Tersedu-sedu dia menahan tangisan. Aku merapatinya.

“Sue, maafkanlah abang! Abang bukannya nak marah Sue. Sue terlalu cemburu pada abang.. Kenapa? Selama ni Sue tak pernah bersikap macam tu.. Apa yang buat Sue jadi begini…” aku cuba berdiplomasi.

Suriani tidak menjawab sebaliknya muka ditembam ke bantal. Di situ dia menghamburkan air mata.

“Sue tak tahu kenapa.. Mungkin sebab ni…” balas Suriani lalu tangannya menghala ke perut. Aku tersenyum.. Sian anak papa ye.. Mama salahkan anak papa..! Tak baik betul mama ni..

“Sue.. baby yang belum melihat ke dunia lagi tu tak bersalah.. Kasihan baby tu.. Mama dia kuat cemburu sangatlah…”

“Tapi kasut dan gaun tu….. Untuk siapa?”

Aku tidak menjawab sebaliknya keluar dari bilik tu…

“Sue…” aku memanggil isteriku. Aku duduk disebelahnya lalu ke peluk bahu lembut itu. Aku usap belakang Suriani.. Pinggangnya kurangkul erat. Suriani turut membalas dan mengeratkan pelukan kami. Aku bisikkan ke telinga Suriani,

“Sue sayang…. Hari ni anniversary kita kan…? Dah 6 tahun pun… Abang bersyukur sangat kita masih bahagia dalam perkahwinan ni.. Abang sayang Sue sangat-sangat... Cinta abang juga untuk Sue.. Tiada duanya… Percayalah Sue… biarpun dulu Sue bukan pilihan abang, abang bersykur dikurniakan isteri sebaik dan secantik Sue…”

“Abang….”

“Baby ni….” aku angkat baju Suriani dan tanganku merayap di perutnya. Aku usap lembut perut Suriani yang masih kempis itu…

“Terima kasih sayang memberikan abang ‘hadiah’ anniversary yang tak ternilai untuk tahun ni… Abang akan jaga Sue dan anak-anak kita hingga akhir hayat abang.. Itu janji abang.. Itu juga ikrar nikah dan tanggungjawab abang sewaktu kali pertama melafazkan akad nikah pada Sue dulu… Terima kasih menjadi permata dalam hidup abang…”
“Sue sayang abang….” ungkapan Suriani menembusi pendengaranku. Senyuman terukir di bibir kami.

“Sudi tak malam ni Sue menemani abang untuk dinner anniversary kita tu..?”

Aku seakan melamar Sue. Tapi bukan untuk berkahwin tetapi untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami… Suriani menganggukkan kepala lalu menggenggam tanganku.

“Gaun ni… kasut ni untuk Sue pakai malam ni…”

“Jadi ini untuk Sue la…?”

“Tentulah.. Abang beli untuk Sue.. Bukan untuk orang lain… Tu lah, cemburu tak tentu pasal.. Alih-alih pengsan pulak…! Ishh… buat takut abang je tadi…” aku mula menghidupkan suasana ceria antara kami. Aku cubit hidung Suriani…Lantas pinggannya ku geletek… Suriani ketawa..

“Jangan cemburu lagi ye…”

Suriani diam tetapi di bibirnya tergaris senyuman buatku… Aku memeluk Suriani…

‘Sue… cemburu tu perlu ada dalam rumahtangga cuma abang harap janganlah keterlaluan…Sebab abang dah berjanji dengan diri abang… hanya Sue isteri pertama dan terakhir abang… Kasih sayang abang hanya untuk Sue dan anak-anak kita… Abang tetap akan bahagiakan Sue seperti mana Sue bahagiakan abang….Terima kasih sayang… Untuk hadiah yang berharga itu…….’












Reaksi anda : 

5 Response to "cerpen : Kalau Dah Cemburu"

  1. the sedow geng says:
    January 26, 2009 at 8:29 PM

    h0h0h0...
    boleyh po0m bce!!!
    agaggaa!!!
    swit~

  2. Anonymous Says:
    June 20, 2009 at 9:01 PM

    hahaha..
    kelakar pun ada gk..kah3

  3. angel_ieqaa Says:
    October 4, 2009 at 8:02 PM

    kan bagos klu kitewr bley jmpewr hsband cam 2..
    skank ney byk lelaki yang putar alam r...
    huhu..
    ske2...

  4. Anonymous Says:
    March 21, 2010 at 3:59 PM

    setuju ngn angel_ieqaa

  5. Anonymous Says:
    June 13, 2010 at 2:55 PM

    salam..
    best nya dpt suami mcm haziq..
    sgt penyayang...

Post a Comment