Jangan Menangis Sayang 19

Dua bulan sebelum….

Natasya melihat buku menu yang terhidang di depan matanya. Satu persatu butiran menu itu ditatapnya. Anak mata digerakkan dari atas ke bawah. Entah mana satu makanan yang akan menjadi pilihan. Bosan rasanya menanti orang yang seringkali tidak menetapi janjinya. Sebenarnya sudah beberapa kali buku menu itu beralih tangan. Sekejap di tangan Natasya dan sekejap kemudian di atas meja.

Pelayan lelaki yang seorang ini dari tadi terpacak di depan Natasya. Dari wajahnya, terkesan rasa tidak puas hati melihat kerenah pelanggan perempuannya ini. Sudah beberapa minit dia menanti pesanan perempuan itu.

‘Nak order ke tak nak ni’

Pelayan lelaki ini berbisik sendiri. Geram bertandang di hatinya. Kerenah perempuan ini membantutkan kerjanya yang lain. Sudah dekat sepuluh minit bertenggek di tepi mejanya menanti pesanan terkeluar dari bibir perempuan ini..

“Adik, saya order sekejap lagi la ye..?” akhirnya Natasya bersuara setelah sekian lama membisu. Pelayan lelaki itu menganggukkan kepala lalu beredar dari meja itu.

“Hah! Ko ni apasal? Cam ayam berak kapur aje..” tegur Atikah bila melihat wajah masam Jay.

“Tu, hah! Pompuan gedik dari alam mana ntah datang. Entah berapa minit aku tunggu tadi, ingat dia nak order makanan ke atau minuman.. Punye la lama membelek menu tu.. Kepala aku ni, ko dah nampak asap kan? Tunggu rentung aje tadi..!” perli Jay terhadap perempuan yang dimaksudkannya.

Atikah memandang perempuan yang dimaksudkan. Atikah menggeleng-gelengkan kepala. Melihat pakaian perempuan itu, huh, memang mengucap panjang Atikah.

‘Kalau suami aku nampak aku pakai macam pompuan tu, maunya esok aku tak hidup lagi.. Seksi betul! Dah la kulit putih melepak..Kan elok kalau benda tu semua disembunyikan...’

Atikah bermonolog sendiri. Atikah meneruskan kerjanya. Sebentar lagi suaminya pasti akan datang menjemput. Jay yang baru masuk shift itu akan menggantikan tempatnya nanti. Atikah mengelap pinggan yang basah sebelum disusun di tepi meja.

Natasya memandang setiap orang yang keluar masuk restoran itu. Hari ini adalah hari ketiga dia berada di bandar Kuantan ini. Kedatangannya ke sini sekadar untuk bercuti bagi menghilangkan kebosanan yang melanda. Entah dari mana pula Syariful mendapat tahu akan kehadirannya di sini.
Setiap kali ternampak wajah pegunjung yang masuk, hatinya hampa. Sepupu yang ditunggu dari tadi belum juga memunculkan dirinya. Entah apa hal yang penting sangat nak dibincangkan. Sampai tak boleh nak tunggu hari esok. Natasya melihat jam di tangannya. Sudah lebih setengah jam…

“Hai..sayang..!!” satu suara menegur dari belakang. Natasya mengangkat muka. Suara itu memang sudah familiar dengannya. Syariful mempamerkan senyuman kepada Natasya yang sudah kelat wajahnya.

“Sori..terlambat sedikit..!”

“Sedikit? Ko tau janggut aku dah tumbuh panjang ni. Ko nampak tak??” marah Natasya sambil menunjukkan dagunya.

Benci dengan perangai sepupunya yang seringkali terlewat setiap berlaku pertemuan antara mereka. Pasti Syariful sibuk mengejar gadis-gadis yang ketagih cintanya itu. Siapalah tak kenal Syariful, buaya darat yang kononnya handsome sangat tu.. kekayaan keluarganya menyebabkan dia jadi buruan dan impian setiap gadis yang inginkan hartanya sahaja. Tambahan pula Syariful anak bongsu yang pastinya manja dengan keluarga. Sudah tentu segala permintaan akan dipenuhi.

Natasya juga datangnya dari keluarga berada. Sama seperti Syariful. Sebab itu Natasya tidak kisah menjadi penganggur sekarang. Baginya hidup perlu enjoy…!!

Natasya sedikit meluat dengan sikap Syariful yang berlagak macho itu. Natasya tahu Syariful menjadi kegilaan kerana wajah tampannya. Sebab itu, Syariful sentiasa berbangga dengan kelebihannya itu.

Natasya mencebik bibir melihat Syariful melambai-lambaikan tangan kepada gadis muda disebelahnya. Kelihatan teruja gadis itu. Uhh..Menyampah..!!

“Ko ni still dengan perangai ko tu ye.. Hampir setahun kita tak jumpe.. Ko masih macam dulu gak!” Natasya melenting.

“Woo.. Relaks la! Yang ko marah sangat ni, kenapa? Datang bulan ke??” teka Syariful sambil tersenyum sinis.

“Hah, hal apa sangat yang ko nak jumpe aku ni??” soal Natasya tidak sabar. Jarinya menguis-guis alas meja.

“Aku dengar ko sekarang ni jadi ‘penganggur terhormat’..? ”

“So..what..???”

“Kat company member aku sekarang, ade jawatan kosong. Secretary.. untuk anak Dato’ yang handsome and glamour.. Aku rase jawatan tu sesuai dengan ko..” ujar Syariful tersenyum nipis. Dalam akal fikirannya, sudah terancang satu perkara yang bakal menguntungkan dirinya. Natasya pula sekadar alat yang dijadikan untuk membantunya.

“Anak Dato’? Single??” tanya Natasya pula tidak sabar. Senyum makin melebar.

Ini peluangnya memikat anak orang kaya setelah cerita lalu gagal. Kegagalannya memikat En. Yazid memang benar-benar mengundang malang buat Natasya. Berulang kali pintu hati lelaki itu diketuk namun gagal.

Keteguhan hati lelaki itu gagal untuk dicairkan. Lelaki itu langsung tidak memandangnya tetapi perempuan tomboy itu pula yang dipandangnya. Betapa sakit hati Natasya bila rakan-rakan sekerja mengutuknya dan mengatakan dia yang tulen seratus perempuan itu pun boleh kalah dengan perempuan yang sifatnya seperti tomboy itu.

Shima!! Ya, nama itu.. Sehingga ke saat ini, dendam Natasya terhadap Shima tidak pernah lumput. Bahkan ia semakin kekar di dalam ingatan Natasya.

Natasya tidak mengetahui rancangan Syariful itu. Di akalnya, hanya mahukan keseronokan dan kekayaan sahaja. Mungkin ini peluang yang sedang dinantikan. Peluang yang akan menjadikan dirinya tidak lagi dipandang rendah. Saat yang akan menjadikan apa yang terkubur dulu akan kembali mewarnai hidup Natasya.

“Weii… ko dah terbang ke mana? Eropah? Paris?” Syariful mengusik Natasya yang tersenyum sendiri. Tak tahu apa makna senyuman itu. Yang pasti, kedua-duanya ada rancangan tersendiri…

************

Yazid merenung sekilas dari cermin pandang belakangnya. Yazid jadi kasihan bila melihat wajah itu yang kelemahan dan nampak tidak bermaya. Apa yang dibuatnya di lebuhraya ini pada waktu malam sebegini..?? Fikiran yang runsing semakin runsing namun kerunsingan itu tidaklah seteruk yang dialaminya tadi. Yazid tahu hatinya kini seakan melonjak-lonjak riang saat terpandang wajah itu tadi.

Tak disangka dia akan berjumpa sekali lagi dengan perempuan yang pernah muncul dalam hidupnya dan pernah membuka pintu hatinya yang selama ini membeku.. Cuma Yazid hairan kenapa dia seperti tidak suka akan dirinya.. Adakah dia tidak memenuhi cirri-ciri lelaki impian yang diidamkan setiap wanita sepertinya??

Yazid memperlahankan volume radio yang terpasang sedari tadi. Dari bibirnya, keluar satu keluhan yang terasa amat berat untuk diluahkan. Kalau diikutkan hatinya, malas Yazid pulang ke kampungnya di Kuala Perlis itu. Dua hari lagi status bujangnya akan bertukar.. Itulah yang menakutkan Yazid..!!

*************


Betul-betul aku terlelap tadi. Sekarang mataku dah terpisat-pisat saat aku buka kelopak mataku ini. Aku tengok sekelilingku gelap aje tapi ada cahaya yang berbalam-balam menghujani persekitaranku sekarang. Bingung aku dibuatnya.. Adakah aku berada di dalam kereta Syariful lagi?

Setahuku, aku telah melarikan diri ketika Syariful bergerak ke dalam hutan untuk melepaskan hajatnya tadi.. Kakiku pantas menyusuri lebuhraya demi menyelamatkan diri. Keadaan yang makin lemah membantutkan pergerakanku. Sudah berulang kali aku cuba menahan kereta yang lalu namun tiada satu pun yang berhenti. Apa yang pasti sebelum aku tidak sedarkan diri tadi, ada sebuah kereta yang berhenti dan seorang lelaki keluar…..

Hah?? Lelaki…? Syariful ke itu..? Cemas nya dadaku kini. Sesak dengan seribu persoalan. Aku kini berada di dalam kereta Syariful lagi..? Tak dapat aku nak bayangkan.. aku takut.. Pastinya Syariful marah dengan tindakan ku tadi. Macam mana ni??

Aku diam tidak berkutik. Lama aku memandang belakang lelaki itu. Ada sedikit kelainan dengan tubuh itu. Dengan cahaya yang berbalam-balam, aku sedar aku bukan berada bersama Syariful tetapi lelaki lain yang tidakku kenali. Adakah lelaki ini berniat baik atau sebaliknya..?

“Sudah bangun, Shima..?”

Aku mendengar suara lelaki itu yang bertanyakanku tanpa menoleh ke belakang.. Kenapa aku rasa macam pernah dengar suara lelaki ini..? Lebih menghairankan, dia tahu namaku..

“Siapa awak..?” aku bertanya lemah. Cuba mengengsot menghampiri lelaki itu yang tekun memandu itu.

Lelaki itu berpaling lantas bibirnya mengukir senyuman padaku. Yazid!!!!

**************

“Shittt…!!” Fendi menumbuk stereng yang dipegangnya. Betapa berkecamuk hatinya sekarang. Berita yang disampaikan oleh ibu Shima sebentar tadi menyentap tangkai hatinya. Fendi benar-benar marah kini.

Puan Farida baru menerima panggilan daripada Syariful yang memberitahu Shima melarikan diri darinya. Habis disumpah seranahnya Syariful oleh ibu Shima itu. Syariful pula tidak mahu bertanggungjawab atas kehilangan Shima itu. Sebaliknya dia mengatakan Shima terlalu degil kerana tidak mahu mendengar cakapnya.

“Huh, bagaimana Shima nak dengar cakap ko, jantan keparat? Ko paksa Shima kawin ngan ko..? Cermin dulu diri ko tu.. Dengan sikap ko begini yang masih tidak berubah-ubah dari dulu, ingat akan ada pompuan yang sanggup kawin ngan ko? Kalau Shima yang ko nak, langkah mayat aku dulu!!” Fendi berkata-kata sendiri. Sakitnya hati tidak dapat dibendung lagi.

Merah padam muka Fendi ketika itu. Dato’ Azman yang berada di sebelah diam tidak terkata. Kecut perutnya melihat wajah Fendi saat itu. Boleh tahan jugak anaknya yang seorang ini mengamuk. Namun di dalam hati, Dato’ Azman tersenyum senang. Baru lah dia tahu anaknya ini benar-benar sayangkan perempuan itu.

Encik Nazri yang berada di kerusi belakang senyap seribu bahasa. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Encik nazri turut sakit hati malah bias yang dirasanya lebih teruk dari Fendi. Dia yang mengusul agar laporan polis dibuat sekali lagi atas kehilangan Shima. Hati bapa mana yang tidak senang bila mengetahui anak yang ditatang dan dijaga sepenuh hati kini hilang entah ke mana.

Fendi membelok ke kiri memasuki kawasan balai polis. Niat Fendi cuma satu Biarlah Syarfiul yang bersalah itu akan menerima balasannya. Fendi tidak mahu Syariful mendabik dada melakukan sesuka hatinya. Biar pun Syariful adalah kawannya, yang bersalah tetap bersalah.


Reaksi anda : 

8 Response to "Jangan Menangis Sayang 19"

  1. mia amie says:
    May 8, 2009 at 7:11 PM

    nak g....best ar citer ni..x sabor nak tau endingnyer!!!!

  2. keSENGALan teserlah.. says:
    May 8, 2009 at 10:29 PM

    huhu..yazid nieh spe lak ek??
    lupe da..aiseh...kene bce blk la nieh..
    huhu..engtkan fendi yg jmpe si shima tuh..
    ngeeee..
    biar yazid kawen...
    shima still fendi punye..
    smbung2..

  3. MaY_LiN Says:
    May 8, 2009 at 11:14 PM

    yazid...?
    ala..mane fendi nie..

  4. ::cHeeSeCaKe:: says:
    May 9, 2009 at 2:27 AM

    ala..xnk la shima ngn yazid..lgpon yazid nk kawin kn..nk shima ngn fendi gak..fendi,cpt slamatkn shima..huhu

  5. cyah Says:
    May 10, 2009 at 12:07 AM

    ala naper x sambung lagi huhuhu...
    eleh mesti shima ngan fendi punyalah sebab fendi kan ipul tembam hehehe

  6. ikinluvbear says:
    May 10, 2009 at 9:03 PM

    huhu...
    keadaan tgh tgang neh...
    smbg agi...
    x sbarnyew...

  7. ikinluvbear says:
    May 10, 2009 at 9:04 PM

    besh2..
    keadaan tgh tgang neh...
    x sbar nk bce gi...

  8. ceritaku MEMORIKU says:
    May 12, 2009 at 4:09 PM

    yazid?
    sape lak nie?
    die jahat ke bek?
    mnta2 ah bek.
    sambung2
    ngeee
    nak fendi n shima
    ahakzz
    -na'dz

Post a Comment