Kenapa mesti ada 'BERSIH'??

Hai, everyone..! Wahh.. rasanya dah lama aku tak berblogger.. E-Novel pun dok terperam aje.. Haha.. Citer dah siap cuma selalu lupa nak edit. Tak lama lagi aku nak post e-novel baru lak..! Tajuknya 'KEDUA'... Tapi sebelum tu, aku akan dulukan karya ni ke penulisan2u untuk tatapan korang tapi dalam bentuk cerpen la.. Then nanti aku akan panjangkan dalam versi novel di blog aku ni.

Hmm... ari ni nak citer.. pasal BERSIH.. Hebat betul penangan Dr Ambiga tu kann?? Aku nak pergi keje ke Bangi pun tadi jalan jem teruk! Then nasib baik keje aku ni memerlukan aku pergi ke site.. So tau lah sikit jalan-jalan sekitar Kajang dan Bangi ni. So.. untuk elakkan jem, aku ikut lah Sg Chua tadi..

Nasib kat Sg Chua tak jem teruk macam kat Silk Highway tu.. Kalau tak penat la kaki ni menekan clutch dan pedal minyak tu. Sure ramai orang dok menyumpah-nyumpah mereka yang buat perhimpunan BERSIH ni. Sebenarnya kalau diikutkan mereka boleh buat perhimpunan atau meluahkan apa yang mereka tak puas hati secara berhemah!

Apa guna ada media kan?? Kenapa tak salurkan kat situ..? Kan boleh buat secara aman..? Hairan betullah.. Akal digunakan untuk melakukan sesuatu yang bijak. Yang tak menyusahkan orang lain tapi sekarang dengan roadblocknya, dengan jem nya, dengan semua jalan menuju kl ditutup. Mm.. nampaknya semua orang tak boleh keluar rumah. Tak boleh dating, tak boleh nak jalan-jalan. Aku harap masa balik nanti, boleh lah aku balik rumah dengan aman.

Aku harap semua ni akan berakhir dengan baik. Tak mahu lah dengar ada orang cedera atau apa-apa yang buruk. Tak sanggup nak dengar yang Malaysia ni dah tak aman lagi. Kasihan datuk nenek moyang kita dulu bersusah payah mendapatkan kemerdekaan buat negara kita ni. Patutnya kita kena hargainya kan..?

Ok la..nak sambung kerja dah! Korang tunggu la je karya aku, ok???


8 Response to "Kenapa mesti ada 'BERSIH'??"

  1. Tini Says:
    July 9, 2011 at 4:31 PM

    sbb x da kebebasan medialah BERSIH wujud. salah stu tuntutan BERSIH ialah kebebasan media:) Lgipun yg buat jam tu polis punye hal. aplah yg diorang takut sgt smpai nak sekat sana sini. pdhal dh dberitahu yg perhimpunan ni prhimpunan aman.

  2. MaY_LiN Says:
    July 9, 2011 at 5:43 PM

    huhu..jam teruk..
    nyusahkan org len ja..
    bangi-KL
    dr kul 2lbh..kul 5.30 br smp umah

  3. ana Says:
    July 10, 2011 at 7:33 AM

    bersih memang nak buat secara aman. tapi media skg X TELUS. suka putar belit kenyataan dan x bagi fakta yg betul. BERSIH cuma nak 8 tuntutan yg adil. hak rakyat. bukan salah BERSIH kalu pihak polis yg tutup byk jalan. klu polis cekap,boleh control lalu lintas. =) PEACE.

  4. Rina Rahamat says:
    July 10, 2011 at 3:13 PM

    Ambiga tu dh dpt jumpa Sultan pun sebelum tu melalui Abdullah Badawi tp kenapa dia x serah je memorandum masa tu..mmg sengaja je lah tu nk carik perhatian..diaorang ni semua ada kepentingan politik memasing..

  5. Anonymous Says:
    July 10, 2011 at 3:48 PM

    http://www.solihinzubir.com/2011/07/ulasan-situasi-sebenar-perhimpunan.html
    u patut tgk ini....

  6. bidadaricinta says:
    July 11, 2011 at 11:44 AM

    kan elok kalau BERSIH pun perjuangkan knp harga barang semua naik sekarang... :)

  7. Anonymous Says:
    July 11, 2011 at 1:18 PM

    itu lah kita...sentiasa menuding jari pada kesalahan org lain...implikasi tiap satu perbuatan tidak diperhalusi...kerajaan dah cakap buat kat tempat tertutup..tapi x mau...dah kena gas pemedih mata lagi nak salahkan org jugak...bukan x boleh tuntut apa apa tapi biarlah secara terhormat...ni memanjang nak buat street demo...apa faedahnya...kalau x suka kerajaan ni nanti masa pilihanraya pangkah aje yang lain..apa susah...tapi nanti bila dah org lain memerintah ada jugak yang tak kena...pernah pergi tempat yg parti lain memerintah..habis hutan dibukit ditarah..jadi..adakah dia lebih baik dari pemerintah sebelumnya....fikir fikirkanlah...

  8. ana Says:
    July 15, 2011 at 12:40 AM

    cik anonymous
    Anonymous Says:
    July 11, 2011 1:18 PM,

    BERSIH da stuju nak buat kat stadium, tpi pihak polis n fru yang halang mereka. cuba perluaskan bahan bacaan anda. jgn baca satu sumber shaja, anda akan tahu kebenarannya.

    lagi satu, demo ni bukan nak protes kerajaan, tapi nak tuntut pilihanraya yang adil+bersih.

    =))

    p/s: byk pengundi hantu tau la ni

    http://muslimeen-united.blogspot.com/2011/07/bersih-20-rumah-kecil-dengan-88-orang.html

    kat sini ade bukti, u boleh try cek sendiri

Post a Comment