Jangan Menangis Sayang 22

Ternganga aku melihat tindakan Fendi yang menumbuk Yazid bertalu-talu. Siap berguling-guling lagi. Tak dapat aku nak bayangkan ape yang akan terjadi kat muka diorang yang konon-kononnye hensem tu.. Ish.. Hensem ke? Entah la, ape yang pasti lepas ni sah lah muke diorang pasti lebam kebiruan..

Tengok ni.. Diorang masih lagi wat aksi ganas.. Dah siap boleh label 18 SG! Tak dapat kat muka, kat badan tu menjadi sasaran tangan mereka berdua. Aku tengok pun dah macam WWF je.. Mesti dah patah riuk tulang mereka berdua ni. Diorang ni tak tahu malu ke? Bergaduh di khalayak ramai?


Tak dapat aku nak leraikan pergaduhan itu sebab ia melibatkan lelaki yang aku kenal. Nanti kalau aku masuk campur, dengan aku sekali agaknya lebam juga. Lelaki ni bukannya boleh dibaca sangat perangai diorang. Kenapalah salah seorang dari diorang ni langsung tak nak mengalah?

“Kurang ajar! Patutlah hati aku tak senang aje mase dok menunggu kat toilet tadi.. Nak terkucil pun tak senang! Aku dah agak mesti ko ade hati kat girlfriend aku ni kan..? Dari tadi lagi aku tengok, bukan main lagi ko renung si Shima ni ye..? Mata pun dah naik juling! Perangai ko pun same, macam ‘binatang’ tuu…!” jerkah Fendi sambil menggenggam tangannya untuk melepaskan tumbukan lagi sekali. Tengok tu, dah ber ‘kau aku’..

‘Binatang’ yang dimaksudkan mestilah Syariful tu.. Tangan kiri Fendi dah mencengkam kuat kolar baju kemeja Yazid. Perbuatan Yazid yang menyakiti Shima tadi benar-benar mengundang kemarahan Fendi. Hilang rasa hormatnya kepada Yazid.

“Memang aku ada hati kat Shima. Dah lama…”

“Tapi ko bertepuk sebelah tangan kann…?” perli Fendi sambil tersenyum sinis.

Riak wajah Yazid terus berubah. Hatinya panas mendengar kata-kata Fendi. Tanpa berfikir panjang, Yazid menerpa ke arah Fendi membuatkan kedua-duanya terbaring lagi atas lantai. Yazid terus melepaskan sakit hatinya ke muka Fendi. Masing-masing dah berdarah di muka. Bila melihat Fendi menumbuknya, Yazid turut membalas. Mungkin dah sifat lelaki, pantang dicabar. Suka sangat bergaduh.. Macam dua lelaki depan aku ni la. Hanya disebabkan aku.. Glamour juga aku ni.. Hihi..

Keadaan makin genting. Aku pun dah tak sanggup nak tengok lagi.. Aku tengok orang kat sekeliling tak membantu pun.. Mereka ingat ini filem Hindustan ke apa…

Stop it!! Kalau macam ni, sampai pagi esok pun tak selesai..! Perangai macam budak-budak! Tak malu ke orang tengok?” pekikku. Segera aku menarik tangan Fendi.

“Awak ke tepi, Shima! Saya nak selesaikan hari ni jugak!” balas Fendi lalu menolak aku dan melepaskan tanganku. Fendi meluru pada Yazid. Huh, memang tak makan saman punye! Tengok tu..diorang bertekak lagi.. Ni yang malas ni.. Baik aku jadi pemerhati setia aje kat tepi ni. Kang makin dilayan, makin panjang pula pertengkaran mereka.

“Ko ape peduli? Shima memang milik aku dari dulu lagi! Aku yang jaga kebajikan dia semasa dia jadi staff aku. Aku yang bayar gaji dia. Aku yang lihat dia hari-hari.”

“Ko ingat bile ko bayar gaji dia ni, dia akan tunduk kat ko..! Akan sayang kat ko? Ko memang mimpi di siang hari la, brother!”

“Kau yang datang lewat dalam hidup dia..! Ko patut pergi dari hidup dia! Shima milik aku, Fendi!”

What?? She’s yours? Jangan mimpilah. Sebelum ko datang dalam hidup dia, aku yang terlebih dahulu muncul. Aku kenal dia sejak dia kecil lagi. Sebelum dia masuk sekolah tadika, tau tak? Dari pagi hingga ke malam aku bersama dia. Kami kawan sepermainan. Ko tau tentang itu ke? Tak kan?? Shima sendiri memang kenal aku. Aku Ipul dan Shima tu Tembam! Shima memang milik aku sejak dulu lagi… Ko takde hak nak halang aku.. Betul kan, Shima??”

Fendi mengharapkan jawapan dari aku sedangkan aku dah kaku di situ. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Ke aku yang salah dengar? Tapi aku rasa aku belum menghadapi masalah pendengaran lagi setakat ni.

Aku adalah Tembam dan dia adalah Ipul? Diakah Ipul yang selama ini aku cari? Orang yang aku nak tuntut sangat janji masa kecil dulu? Lelaki yang membuatkan aku nanar mencarinya sedangkan dia rupanya sentiasa berada di depan aku selama ini..

“Ya Allah!!”

Kenapa aku tidak perasan akan kewujudan dia di sisiku selama ini..? Kenapa aku tak boleh mengecamnya? Fendi adalah Ipul aku? Sukarnya aku nak percaya! Kalau dia tahu aku Tembam, kenapa selama ini dia mendiamkan aje hubungan antara kami? Kenapa Fendi tak berterus terang bahawa kami sudah lama kenal? Kalau lah dia tahu aku adalah Tembam sebelum dia masuk meminangku dulu, kenapa dia mendera perasaanku selama aku menjadi setiausahanya? Mengapa Fendi seringkali memintaku berbuat perkara yang tak ingin aku lakukan? Fendi, tolong jawab persoalan aku ni. Makin pening aku dibuatnya…

Aku lihat Yazid mengesat bibirnya yang berdarah. Matanya yang bersinar menahan kemarahan. Mungkin geram bila mengetahui dia bakal gagal dalam pertarungan berebutkan cintaku..

“Jom kite balik! Kite tak jadi pergi kenduri lelaki yang perangai macam ‘binatang’ ni! Saye tak nak awak kena benda yang sama lagi, sama macam Syariful tu buat! Saye tak hingin hadir sebagai tetamu dalam kenduri kawin dia ni..!” marah Fendi sambil menunding jarinya ke arah Yazid.

Yazid yang terduduk di atas lantai. Fendi dah tarik tangan aku membuatkan badanku terikut sama tertarik. Terkial-kial aku membetulkan langkah kaki yang sumbang pergerakannya.

Masa tu ingatan aku memang kosong. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan. Sebabnya otak aku dah bercelaru. Antara percaya atau tidak dengan kenyataan yang baru aku dengar sebentar tadi.. Tak dapat aku nak tafsirkan samada aku kini sedang gembira ataupun sedih. Gembira sebab aku sudah bertemu dengan Ipul atau sedih sebab Ipul yang aku harapkan menjadi payung pelindung aku telah menipuku selama ini..

Sekarang aku sedang menaiki kereta Fendi. Aku melihat meter kelajuan yang mencapai 140 km/j. Aku rasa macam ada atas angin aje.. Kecut sedikit perut aku dibuatnya. Dari tadi lagi aku membisu. Seolah-olah mulutku terkunci. Sedangkan dalam hatiku, telah meronta-ronta untuk mengetahui perkara sebenar dari Fendi. Lengan Fendi yang sedang memegang stereng aku pegang lalu kuusap lembut.. Sebenarnya aku nak lembutkan hati Fendi yang tengah membara itu.

“Fendi, kenapa ni? Jangan la diikutkan sangat perasaan marah tu.. Saye dan Yazid bukan ada ape-ape pun. Yazid tu aje yang minat kat saye.. Bukan saye minat kat die pun..!”

“Huh..!!”

“Fendi, jangan la macam ni ye? Kereta ni dah makin laju ni.. Saye… saye takut la..!”

Suara aku dah terketar-ketar masa tu.. Aku takut kalau berlaku sesuatu antara kami. Hari semakin gelap di luar. Bunyi petir berdentum kedengaran.. Mesti tak lama lagi hujan akan turun lebat ni. Tiba-tiba tubuhku terdorong ke depan. Rupa-rupanya Fendi membrek secara tiba-tiba di tepi jalan. Terdengar bunyi decitan tayar. Nasib baik lah aku pakai tali pinggang. Kalau tidak, mungkin dahiku sudah berbenjol sekarang.

Fendi menarik nafas lantas tangannya meraup wajah tampannya itu. Fendi mengadu sakit. Bibirnya yang pecah dan pipinya bengkak akibat insiden yang langsung tak diingininya. Fendi mencapai kotak tisu yang berada di kerusi belakang. Fendi menyandarkan tubuh ke kusyen keretanya. Matanya tertutup perlahan. Tangannya cuba mengesat darah-darah di muka.


"Biar saye lap darah tu.. Lepas ni kite ke hospital? Saye tak mahu wajah awak membengkak nanti.." aku menawarkan bantuan. Timbul rasa kasihan pula. Fendi bergaduh demi mempertahankanku.

“Shima, sekarang awak dah tahu siapa saye kan? Saye lah orang yang selama ini awak cari, Shima! Selama ni, saye terlalu rindukan Tembam saye.. Saye rindukan kenangan zaman kecik kite dulu! Saye rindukan saat manis kite dulu.. Kalau boleh, saye nak awak sentiasa ade dengan saye dari kecil hingga dewasa. Tak sangka kite berpisah juga.. Saye terpaksa mengikut ayah ke bandar.. Awak tau, sejak kite berpisah, saye selalu demam, Shima. Deman sebab rindukan awak. Saye rindukan keletah awak..” ujar Fendi.

"Jangan banyak bercakap, Fendi! Saye tengok luke awak ni dah makin teruk. Kite ke hospital ye?"

Kini badan Fendi dan aku sudah saling berhadapan. Fendi cuba untuk berbual denganku. Fendi tidak mengendahkan kata-kataku tadi.. Susah sangat ke untuk ke hospital?

“Sebelum ni, saye tak tahu macam mane nak berterus terang dengan awak.. saya tak reti nak tangani sikap awak sebelum ni.. Ibu awak bagitau, awak dah banyak kali menolak lamaran dari lelaki-lelaki yang berniat nak menjadikan awak sebagai isteri.. Kadang-kadang saye jadi takut. Takut kalau awak menolak lamaran saye.. Kenapa awak menerima pinangan saye dulu..??”

“Kite balik, Fendi? Awak tak takut ke kalau-kalau kite kena tangkap basah kat sini? Dah la gelap aje kat luar tu… Kalau awak tak mahu pergi hospital, kite balik rumah….!”

Tanpa menghiraukan pertanyaannya, aku mengajak pulang. Entah berapa lama lagi kami boleh sampai di rumah. Hujan mula turun rintik-rintik.

“Bagaimana kite nak kena tangkap basah, Shima? Lain lah kalau kite ade luar dari kereta ni. Sure basah punyer kena air hujan tu..! Nanti saye leh call pejabat agama minta tangkap kite kat sini? Nak ke? Saye call sekarang yerr…?” Fendi cuba bergurau dalam keadaan sakitnya.

Segera aku merampas handphone Fendi. Fendi tersenyum-senyum.. Eii.. menyampah pulak tengok si kerang busuk ni tersengih macam tu.. Perangai masih macam dulu jugak.. Suke nak mainkan aku.. Entah ape yang dia dapat bile buat begini kat aku..

“Cantiknye pipi awak! Colour pink!” Fendi menyakatku.

Tiba-tiba bunyi petir berdentum. Disebabkan terkejut, tanpa aku sedar, aku terpeluk Fendi, erat. Takutnye. Makin kuat pula dentuman petir dengan kilat sabung menyabung..

“Shima… Saye takkan lupe janji kite dulu.. Saye akan kotakan janji tu.. saye orang yang berpegang pada janji, Shima! Tapi.. saye nak kenal awak dulu, Shima.. Sebab tu sebelum ni, saye bersikap macam tu….” Fendi berterus terang dalam nada berbisik. Fendi mengambil peluang yang ada untuk menyatakan perasaannnya. Fendi mengeratkan pelukannya. Entah mengapa, aku rasa selamat dalam pelukan Fendi.

“Macam tu?”

“Ye la.. buatkan awak jadi seperti perempuan lain.. Yang macam perempuan tulen!” Fikiranku mula mengingatkan kisah lalu yang memaksa aku memakai baju kebaya yang menampakkan likuk tubuhku. Yang membuatkan orang mengingatkan ku sebagai pramugari AirAsia itu. Mane mungkin aku boleh lupekan semua tu..

“Awak! Awak fikir saye ni bukan perempuan tulen lah yer?? Awak ingat saye ni lelaki ke?” segera aku meleraikan pelukan kemas Fendi.

“Dah tak nak peluk saye lagi ke?” Fendi mengusik.

“Sudahlah! Kite bukan muhrim. Mane boleh peluk?” tiba-tiba ada nada kesal pada suaraku. Tindakan spontan itu yang membuatkan aku melupakan agama Allah yang satu itu. Tak sepatutnya aku merelakan pelukan itu biarpun aku yang memulakannya. Entah kenapa, tiba-tiba aku menangis.

“Shima..! Kenapa ni?” kalut Fendi melihatku.

“Kite…kite…”

“Kenapa, Shima? Ape yang menyebabkan awak menangis ni” Fendi bertanya lalu menongkat daguku.

“Kite tak patut peluk tadi! Kite bukan suami isteri pun….” jelasku.

“Sudahlah..Jangan menangis lagi. Saye akan bertanggungjawab..! Kite akan kawin, Shima! Awak sudi kan jadi isteri saye…??”

Aku merenung Fendi. Terlalu sukar untuk aku menjawabnya. Aku…aku… tak mampu!

Lantas aku buka pintu kereta.. Entah kenapa aku rase hatiku bagai dicarik sembilu.. Pedihnya.. Aku tak dapat nak terima Fendi bersikap macam tu.. aku cuba berlari meninggalkan kereta Fendi namun silauan cahaya kereta yang bertentangan menyebabkan mataku seakan berpinar..

“Shima!!!!!!!!!”


Jangan Menangis Sayang 21


“Dah la tu, tak usah menangis lagi..! Awak kan dah ada dengan saya sekarang ni..?” pujuk Fendi bila melihatku menangis tidak henti-henti. Ketika ini kami berada dalam bilik hotel tadi. Kami duduk di atas katil. Yazid ada bersama-sama kami. Bahu sudah terhenjut-henjut menahan tangis.

Aku cuba bersandar di bahu Fendi namun Fendi menolaknya dengan lembut. Aku terkesima dengan tindakan Fendi itu. Mataku menyorot ke wajahnya minta pengertian. Nak bermanja sikit pun tak boleh ke??

“Yazid ada di sini..” bisik Fendi perlahan. Ahh.. Barangkali Fendi malu dengan perlakuanku sebentar tadi. Tapi… kenapa Fendi layan aku macam ni..? Bukan ke dulu dia juga yang ketagih dengan cintaku…? Sampainya hati Fendi.. Huhuhu… Bunga-bunga cinta tengah mekar dalam hati ni..

“Jangan menangis, sayang! Nanti kita bincang tau.. Tapi buat masa ni, cover la dulu walaupun tak sabar nak peluk saye ni… Nanti dah kawin, lebih dari peluk pun saye kasi tau…” gurauan Fendi membuatkan mata yang kecil kerana menangis tadi terbeliak. Aku terus menampar-nampar dada bidang Fendi. Langsung tak menyedari kelibat Yazid yang sedang memerhatikan kami.

“Tak malu..! Siapa nak kawin dengan awak..? Perasannn!!” aku mencebik bibir. Selebihnya aku dah malu.. Hihi..

Ahh.. kenapa indahnya perasaan ku saat ini?? Aku rase macam gembira sangat bile Fendi yang datang menjemputku. Semalam tu aku sebut nombor die ke? Entahlah.. aku tak perasan pulak, yang aku tau semalam memang dalam fikiran aku kosong sangat. Entah apa yang aku ingat. Cume yang aku tau, aku nak balik rumah aje.. Tak sabar nak jumpe ibu dan ayah..

Yazid pula sudah terbatuk-batuk kecil. Dia meluat kot tengok gelagat ala-ala manja kami. Memang aku sengaja buat begitu. Ada sebabnya. Naluri aku yang bagi tahu. Kata naluriku, nanti ada sesuatu yang akan berlaku antara aku dan Yazid. Entah apa agaknya. Ceh.. aku sekarang macam dah ade deria keenam pulak!


Sekarang aku dah kena tukar panggilan Yazid dengan menambah perkataan Encik di depannya. Lebih-lebih lagi Fendi dah ade depan aku sekarang. Kang tak pasal-pasal Fendi melenting. Bukannya aku boleh baca pun perangai tak normal Fendi ni. Kang angin puting beliungnya datang, aku yang naya. Tapi.. rase cam formal pulak! Teringat sewaktu aku menjadi staff Encik Yazid dulu

“Masa untuk check out! Mari…” ajak Yazid kepada kami. Aku dan Fendi sama-sama bangun. Sebelum langkah kaki terakhir meninggalkan bilik hotel itu, aku menoleh ke belakang. Rasanya tiada apa yang tertinggal. Lantas pintu aku tutup perlahan.

“Nanti sebelum balik, kita makan dulu ye..?” pelawa Yazid. Aku menganggukkan kepala. Fendi tidak berkata apa.

Kami duduk di sebuah meja yang berhampiran dengan meja reception tadi. Di situ kelihatan beberapa orang sedang menjamu selera. Ku toleh jam dinding yang tergantung di lobi hotel. Fendi turut memandang arah yang sama. Nampaknya Fendi sedikit resah. Kenapa agaknya..??

“Ada masalah ke?” aku bertanya. Yazid sudah hilang entah ke mana. Katanya nak jenguk kereta sekejap.

“Shima, saya mintak maaf. Saya datang terlalu awal. Sebaik terima panggilan, hati ni tak sabar nak jumpe awak...” beritahu Fendi.


Aik.. takkan itu yang merisaukannya sedari tadi? Tadi bukan main lagi.. Menggatal semacam pun ade juga... Aku pun dah ‘terjoin ‘ sama.. Hehe..

“Kenapa pula saya nak marah kat awak? Itu bukannya satu kesalahan pun. Ada sesuatu yang mengganggu awak ke?” balasku pula. Aku sedikit ragu dengan kelakuan Fendi. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

“Syariful…”

“Kenapa dengan dia? Dah kena tangkap ke? Baguslah.. dia tu hanya menyusahkan orang saja. Ingat saye ni perempuan apa, senang-senang nak ajak kawin. Secara paksa pula tu.. Seumur hidup, saye tak pernah diculik. Selalu orang culik budak-budak aje. Ni dah besar panjang macam ni, dah boleh jadi mak orang pun kena culik gak! Tak gentlemen langsung, Syariful tu.. Kenapa Syariful boleh jadi kawan awak, Fendi? Dia tu jahat tau..!!” kata ku dengan panjang lebar.


Fendi sudah ketawa kecil mendengar bebelanku. Aku pula nampak makin bersemangat mengutuk Syariful tu. Memang kalau sesiapapun berada di tempat aku, dah tentu hati pun panas. Habis semuanya aku keluarkan..

Kalau Syariful tu dah kena tangkap, baru senang hidup aku ni.. Tak lah kena kacau dengan dia lagi. Agaknya mesti Syariful berdendam dengan aku sekarang ni.. Ye la sebab dia tak dapat apa yang dia mahu..

Pandangan mata aku sorotkan pada Fendi. Kenapa lah mamat ni gelisah semacam aje? Tadi elok-elok aje dia ketawa. Lepas tu resah semula. Tak faham aku dengan mamat seorang ni. Macam laki mati bini aje.. Soalan aku pun tak berjawab.. Kenapa dengan Syariful tu..? Kan dah kena tangkap..? Agaknye la..

“Pihak polis masih belum dapat tangkap Syariful lagi.. Tak tahu dia di mana.. Saya takut…takut…”

“Takut? Takut ape?”

“Kalau-kalau dia berdendam dengan awak nanti.. Saya tak mahu awak diapa-apakan. Saya.. saya sayang kan awak, Shima!”

Luahan Fendi tu membuatkan jantung yang berdengup normal tadi tiba-tiba terhenti. Betul ke apa yang diluahkan Fendi ni..? Ayat yang sama, yang pernah diluahkan Fendi sebelum ini. Fendi bukan ke main-main lah sebelum ni? Sudah berulang kali dia meluahkan perasaannya. Selama ini aku anggap kata-kata itu tidak serius tapi hari ini telingan ini mendengarnya sekali lagi.

Lagipun aku tak rase aku ni perempuan taste dia pun. Namun jauh di sudut hati, aku pun suke kan dia juga tapi bagaimana Ipul buah hati kesayangan aku tu..? Kalau aku terima si Fendi ni, maknanye sia-sia lah penantianku selama ini.. Alahai… bila lah aku boleh jumpe dengan Ipul aku tu..? Entah kan hidup entah kan mati..

Selagi belum bertemu empat dengan Ipul aku tak dapat nak terima Fendi. Aku mahu tahu Ipul tu hidup lagi ke.. Kalau lah dia berpunye sekalipun, takpe. Aku redha andai telah tersurat di azali lagi dia bukan jodohku. Aku cuma mahukan kepastian supaya senang hatiku yang selama ini resah kerana nanar mencari cinta pertama yang tiada hujungnya itu. Yazid datang menghampiri kami. Di tangan terdapat sampul surat berwarna merah jambu. Tertulis namaku di situ. Sampul apakah itu..??

“Esok majlis kawin saya, Shima! Saya nak jemput awak datang. Awak.. mesti datang tau?” ajak Yazid sambil menghulurkan sampul itu. Aku menyambutnya. Lantas isi dalamnya ku tarik keluar.

“Bawak lah kawan Shima ni sekali ye?” sambung Yazid sambil menunjuk ke arah Fendi. Fendi mengumam senyum. Yazid pula tersenyum kelat. Entah kenapa.

“Agaknye kalau kami terus ikut Yazid pergi balik kampung Yazid terus pun okey gak kan? Lagipun kiranya dah dekat jugak la ni..” tanya Fendi seakan meminta pendapatku. Tak mau!! Aku dah penat ni.. Jomlah balik rumah terus..

Aku rasa nak menjerit aje tapi suaraku tak keluar pula. Pakaian pun takde bawa, inikan pula nak bertandang ke rumah orang. Pergi kenduri pula tu.. Buat malu aje..

“Soal pakaian, awak jangan risau.okey? Saya akan sediakan. Kite pergi ye..? Seronok jugak kalau dapat tengok orang jadi pengantin ni. Sekurang-kurangnye, kita tau apa yang patut dibuat bila time kita nanti pulak!” usul Fendi, perlahan. Aduhh.. Fendi ni macam serius pulak..!

Tapi betul ke ni..? Takkan aku nak terima dia kot..? Ipul aku tak ketemui lagi. Macam mana ni..? Nak pilih Fendi ke Ipul ye??

************


“Kenapa, Farida? Ipul yang telefon kan..? Dah jumpe Shima, kan? Sihat tak anak kita tu..?” pertanyaan yang bertalu-talu itu, menyesakkan nafas Puan Farida.

“Kot iye pun, tanya lah satu-satu. Ni tak, naik semput kita dibuatnya..”balas Puan Farida setelah meletakkan gagang telefon.

“Menantu saya okey kan?” Dato’ Azman pula mencelah. Puan Farida menggeleng-gelengkan kepalanya. Buang tabiat apa dua lelaki tua ni? Tak sabar-sabar. Bagilah duduk dulu ke..

“Entahnya abang ni.. Farida tak cakap apa-apa lagi kan? Jangan lah main serbu macam tu..” kata Datin Zalia pula. Kesian melihat bakal besannya terkial-kial mencari jawapan.

“Shima elok-elok aje, bang..! Sekarang ada bersama Ipul. Ipul bagitau mungkin mereka lambat balik sebab nak ikut kawan Shima tu pergi kenduri di Perlis tu. Kata Ipul, kawan Shima tu yang menyelamatkan Shima tu. Ipul rasa terhutang budi sebab tu dia setuju untuk hadiri kenduri kawan Shima tu. Sekurang-kurangnye kehadiran mereka berdua boleh lah dikatakan mengenang jasa kat kawan Shima tu..”

“Alhamdullillah, selamat juga Shima tu ye, bang! Kalau dah macam tu, kite terus kan planning kite yang semalam tu.. Rasenya tak perlu kite tangguhkan lagi.. Ni pun dah tangguh sempai setahun.. Kalau tak, agaknye sekarang ni kita bakal menimang cucu, kan bang?” balas Datin Zalia lalu tersenyum memandang Puan Farida.

Sekarang mereka sudah memanggil Fendi dengan panggilan manja semasa kecilnya. Elok rasenya dikembalikan semula nostalgia lama. Kerana menurut Fendi, sehingga sekarang, Shima belum tau siapa Fendi yang sebenarnya. Puan Farida sendiri memberitahu kenapa lamaran sebelum ini, Shima menolaknya. Semuanya gara-gara Ipul…….!!!!!!!

**************

“Sempat lagi bakal pengantin baru tu shopping kann?? Tapi kenapa riak wajahnya macam tak gembira aje..? Macam ade sesuatu yang merunsingkan Yazid tu..” bisik Fendi tatkala matanya menyorot tingkah laku Yazid yang sedang membelek pakaian wanita itu. Agaknye sedang membeli untuk bakal isterinya esok.. Mungkin untuk dijadikan hadiah buat isteri tercinta.

Aku memandang lesu wajah bekas bos lamaku. Lama kuperhatikan wajah itu. Dari semalam memang aku perasan keadaan Yazid. Yazid seolah-olah memendam rasa. Seolah-olah tidak gembira dengan apa dan yang akan sedang berlaku nanti. Yazid seperti tidak gembira dengan perkahwinannya esok. Apa yang berlaku sebenarnya?

Bila dikenang kembali, aku tidak menyangka akan bertemu lagi dengan Yazid. Seingatku sejak berhenti kerja dari kilang itu, kami terus tidak berhubung. Tambahan pula, kedudukan Yazid sebagai ketuaku sedikit sebanyak membataskan pergaulan kami. Level antara kami sangat berbeza. Yazid adalah seorang ketua sedangkan aku..? Sekadar pekerja biasa. Mana mungkin kami boleh menjadi kawan malah lebih dari kawan pun aku tak mampu. Masakan pipit boleh terbang bersama enggang..

“Jom makan.. Yazid dah siap shopping tu..”

Tersentak aku dari lamunan yang panjang. Jauhnya fikiranku melayang. Makan lagi ke? Maunye aku gemuk macam ni.. Rasanye baru tadi aje kami makan.

Yazid… kalau lah aku mampu memutar kembali waktu dulu, sudah pasti aku takkan melukakan hatimu.. Aku tahu mengapa kau bermuram hari ini..Namun aku juga tidak mampu menolak hati ini. Tengoklah.. Dengan Fendi pun hatiku masih belum terbuka. Hati ini dah terlalu lama memendam rasa terhadap teman lama. Teman lama yang aku nantikan sekian lama. Kalau lah dia tidak pernah muncul dalam hidupku, aku pasti aku akan menjadi milikmu..

***********

“Awak.. Saya nak pergi toilet jap. Berbual la dengan Yazid yer.. tapi jangan lebih-lebih tau!” pesan Fendi lalu mencuit hidungku. Tak sempat aku nak tepis, Fendi sudah berlalu dengan gelak ketawanya. Entah apa yang melucukan, yang pasti Fendi gembira dapat bertemu denganku.

Sebaik bayangan Fendi hilang dari pandanganku, Yazid dengan beraninya merenung dalam mataku. Tidak senang duduk aku dibuatnya.

“Shima, saya nak tanya satu soalan.. Siapa Fendi tu?”

Fuh…! Nasib baik milo ais yang ku sedut ini tidak tersembur keluar. Soalan jenis apa ini? Takkan aku nak jawab Fendi tu tunang tak jadi aku kot.. malu lah.. Nak kata boyfriend pun bukan sebab antara kami tak pernah declare pun..

“Bos saya!” itu saja yang mampu kujawab. Tak nak lah lebih-lebih.

“Tapi dari kata-katanya, saya tau ade sesuatu antara korang, betul kan? Berterus-terang aje lah, Shima! Tak perlu nak sorok-sorok!”

“Kenapa saya perlu sorok-sorok? Lagipun Encik Yazid sendiri nak kawin esok kan..? Takkan beri kesan pun dalam kehidupan baru Encik Yazid.. Rasenya takde kena mengena dengan Encik Yazid. Betul tak?”

“Ia memberi kesan dalam hidup saya lepas ni, Shima! Awak sendiri tau saya dah lama sukekan awak. Kenapa awak tolak saya? Saya ni tak cukup hensem ke? Tak cukup kaya? Semua yang pompuan nak, saye boleh kasi, Shima! Apa saja awak minta, saye boleh tunaikan.. Kalau awak sudi menerima saya sekaranag, saye sanggup batalkan majlis kawin saye tu.. Kite kawin ye Shima?”

What?? Kawin.. Yazid melamar aku ke ni..? Bermimpi kah aku..? Tapi darahku terus menyirap ni.. Dah nak mendidih. Boleh pulak Yazid ni samakan aku dengan perempuan lain yang mata duitan. Encik Yazid.. awak memang silap menilai saya!! Dan lagi satu, aku ni bukannya perempuan yang akan merosakkan kebahagiaan yang sedang dicipta esok. Tak mungkin aku akan menjadi punca pembatalan majlis seorang kaum hawa seperti ku..

“Memang Encik Yazid cukup hensem di mata pompuan lain tapi bukannya di mata saya! Saya tau Encik Yazid.. kaya orangnye tapi tak kaya langsung dengan budi bahasa. Kata-kata Encik Yazid tu dah membuktikan tahap budi bahasa Encik Yazid terhadap orang pompuan seperti saye. Saye tau Encik Yazid orang terpelajar, mempunyai kelulusan yang tinggi tapi saya bukan melihat semua itu. Saya melihat dari pangkal hatinya. Saya mahukan lelaki yang benar-benar menyayangi saya. Yang boleh terima saya sebagai teman sehidup semati hingga akhir hayat saye..! Saya bernasib baik bukan saya yang menjadi pengantin Encik Yazid hari esok.. Saye…”

“Shima.. dari dulu lagi saye cintakan awak.. saye…..”

“Cukuplah Encik Yazid. Baru sekarang saye mendengar dari mulut Encik Yazid sendiri, yang Encik Yazid tu cintakan saye. Maknanye. gosip tu dulu, betul lah.. Satu kesilapan kita bertemu semalam. Satu kesilapan juga bile Encik Yazid yang menyelamatkan saye.. Kalau lah orang lain mungkin saye akan berterima kasih kerana menyelamatkan saye.. tapi bile..Encik Yazid yang menyelamatkan saye..lebih-lebih lagi dengan kata-kata tadi tu.. saye terpaksa berfikir dua kali untuk ucapkan terima kasih.. Saye kecewa dengan sikap awak, Encik Yazid!”

Terus aku bangun dan cuba berlalu dari situ. Tapi tangan kasar Yazid merentap pergelangan tanganku.

“Lepas lah….”

“Kenapa saye perlu lepaskan awak..? Awak tahu dari dulu lagi saye mahukan awak.. Kenapa awak tak terima saye? Ape lebihnya Fendi nak dibandingkan dengan saye?”

“Sakitlah.. Lepaskan saye..! Jangan buat saye hilang sabar… Awak..!!!! ” aku memekik sekuat hati. Hilang sabarku. Semua orang yang ada di tempat makan hotel memandang gelagat kami. Malunya aku tak usah nak cerita lah.. Fendi ni pun satu.. Time macam ni lah, dia nak terkucil pulak! Huh…!

Dahiku dah berkerut menahan sakit. Kenapa Yazid berubah secara drastik ni? Semalam aku tengok elok aje.. Adakah dia pun nak buat macam Syariful buat aku jugak? Fendi……. Tolong saya…….

“Bukk!!”


Secarik Kasih Di Hujung Nafas 3


“Abang, usir perempuan tu dari sini! Perempuan tu bawa sial dalam keluarga kita! Perempuan tu dah malukan kita dan sekarang dia dah ragut nyawa satu-satunya anak lelaki kita! Usir dia, bang!! Saya benci diaaa….!” Datin Sofea memekik. Meraung dia di sisi jasad anaknya. Fahmi sambil cuba ditenangkan oleh suaminya. Tetamu yang hadir memandang cuma.

Tak disangka Fahmi akan meninggalkan mereka semua. Fahmi mengalami kemalangan teruk sewaktu mengambil pakaian pengantinnya. Keretanya berlanggar dengan lori minyak yang memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba. Kereta Fahmi terus mencium belakang lori itu menyebabkan separuh badan kereta masuk di bawah lori.

Semuanya persiapan yang dilakukan agak tergesa-gesa terpaksa dibatalkan.. Majlis akad nikah bertukar menjadi majlis tahlil arwah. Hati ibu mana yang tidak pilu mengenangkan satu-satunya anak yang lahir dari rahimnya meninggalkan dunia ini dengan keadaan begitu. Fahmi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kehilangan darah yang banyak. Sedih hatinya mengenangkan Fahmi. Bacaan Yassin bergema ke seluruh rumah.

“Kau keluar!! Aku benci tengok kau!! Kau ingat kedatangan kau kat sini boleh rawat hati yang sakit ni, hah?? Pergi…!”

Datin Sofea bersuara keras untuk menghalau Safira dari rumah agamnya.. Nafasnya turun naik menahan marah. Betapa degilnya perempuan yang dicintai sepenuh hati oleh Fahmi ini. Biar diherdik berapa kali pun, Safira tetap tidak berganjak dari rumah itu. Air mata Safira semakin laju menuruni pipi halusnya. Dato’ Razali memandang ke arah Safira. Timbul perasaan belas kasihan terhadap perempuan muda itu. Kerana tidak mahu Safira berterusan menjadi mangsa herdikan isterinya, dibawanya Safira ke bilik bacaan.

“Maafkan papa, Safira! Papa rasa kehadiran Safira tak diperlukan di sini. Papa harap Safira boleh pergi dari sini…” pnta Dato Razali dengan lembut.

Mana mungkin dia berkata kasar dengan gadis yang sedang dirobek hatinya itu. Dato’ Razali tahu, hanya dengan kelembutan yang bisa mencairkan hati gadis itu sekarang. Hanya kelembutan yang boleh menghentikan tangisan Safira. Panggilan papa sudah lama digunakan sejak Safira bercinta dengan Fahmi lagi. Dato’ Razali mengusap lembut rambut Safira. Safira tidak ubah seperti anaknya jua…

‘Kasihan gadis ini… Hidupnya tiada berteman kini. Orang sekeliling mula mencemuh.. Safira anakku, sabarlah.. Papa tahu kamu tidak bersalah. Papa tahu..!!’ desis Dato’ Razali.

Dato Razali jadi kasihan melihat Safira. Walaupun Safira yang dituduh membuat onar bersama anaknya, Dato Razali tidak menyalahkan Safira. Wajah polos Safira seakan menceritakan bahawa Safira dan Fahmi tidak bersalah. Barangkali takdir yang mengkehendaki begitu.. Dan takdir juga yang membawa anaknya pergi untuk selamanya. Dato Razali redha dengan semua itu.

Beribu simpati terbit di hatinya. Dato Razali kasihankan Safira. Dato Razali tahu betapa anaknya, Fahmi begitu menyintai Safira. Dato Razali tahu Safira keseorangan sekarang. Tiada sesiapa di sisi gadis itu. Bagaimanakah kehidupannya nanti? Lebih-lebih lagi setelah kehilangan Fahmi?

“Safira, anakku! Andai papa punya seorang lagi anak lelaki, akan papa kahwinkannya dengan Safira. Papa kasihankan Safira. Bersabarlah menghadapi dugaan hidup ni.. Papa tahu perit untuk Safira tanggung semuanya tapi percayalah andai Safira tabah, kebahagiaan pasti muncul di kemudian hari. Papa akan sentiasa doakan Safira. Moga Safira bertemu jodoh yang lain..” nasihat Dato Razali lalu dikesatnya air mata gadis itu.

Safira membisu seribu bahasa sejak memasuki bilik bacaan itu.. Cuma kedengaran tangisan kecil yang tidak kuat sahaja. Cuba dikumpulkan kekuatan di dalam diri. Sudahlah kehadirannya tidak diundang, pandangan serong dari puluhan mata yang memandang seakan mencucuk hatinya. Sakit rasanya. Safira merenung jarinya yang berinai. Inai yang tidak sekuat mana pun warnanya. Warna inai yang merah itu seakan pudar, sepudar hatinya kini. Inai yang dibuat sendiri lantaran tiada siapa yang ingin membantunya.

“Tidak mengapa, papa! Safira… Safira sedar siapa diri ini. Hajat di hati nak menumpang kasih dengan keluarga ini tapi sayangnya ia tak kesampaian. Mungkin bukan di sini kebahagiaan yang Safira cari. Takpelah, papa. Bukan jodoh Safira bersama Fahmi. Jika itu yang ditakdirkan, Safira redha… Terima kasih, papa sebab kasihan pada diri ini. Tiada siapa yang beri kekuatan pada Safira melainkan papa seorang..”

Kolam mata Safira dilimpahi lagi dengan air mata. Mudahnya air jernih itu mengalir. Barangkali ia turut bersimpati dengan nasib Safira. Dato’ Razali memeluk Safira. Dia berharap pelukan itu mampu menenangkan kemarau yang melanda hidup gadis itu.

Dato Razali bangun menghampiri rak buku-buku bacaannya. Di situ terselit satu buku kecil berwarna merah. Diraih buku itu dalam pegangannya. Dato Razali memandang Safira.

“Sehari sebelum Fahmi accident, Fahmi minta diari ini diberikan pada Safira. Fahmi jelaskan pada papa yang kes hari tu memang bukan salahnya. Tidak terlintas pun di hatinya nak dapatkan Safira dengan cara kotor tu. Safira, papa minta maaf! Papa ada terbaca diari ni. Bukan papa berniat buruk, papa cuma mahu tahu bagaimana hati anak papa tu pada Safira. Kalau Safira baca diari ni, papa pinta janganlah Safira terkejut besar dengan tulisan Fahmi. Rambut manusia sama hitam tetapi hati lain-lain. Papa sendiri tak menyangka! Andai Safira bertemunya kelak, jangan ada dendam terbuku di hati.”

“Jika Safira perlukan semangat dan nasihat dari papa, janganlah segan-segan menghubungi papa. Safira tahu nombor papa kan? Papa sentiasa ada untuk memberi semangat buat Safira. Papa dah anggap Safira macam anak papa sendiri,” sambung Dato’ Razali.

“Terima kasih, papa!” ucap Safira perlahan lantas diambil diari itu. Mungkin di sini akan terungkai apa yang sebenarnya terjadi dulu. Dato Razali menepuk-nepuk bahu Safira.

‘Hai, anakku… bersabarlah. Papa doakan dirimu sentiasa diulit kebahagiaan. Biarpun lambat, pasti ia akan mencari kamu kelak!’

Jangan Menangis Sayang 20

“Eh, kenapa awak nangis ni, Shima? La..takkan tak biasa dengan saya pula?” tegur Yazid bila melihat aku mula merembeskan air mata. Entah la, dengan tiba-tiba aku teringat kat Fendi. Apalah agaknya yang dia buat sekarang? Fendi tak tahu ke aku dalam kesusahan ni? Takkan dia berdiam diri aje..? Atau dia memang langsung tak mahu pedulikan aku?

Aku memandang gelagat beberapa pasangan kekasih yang sedang menjamu selera di hentian rehat Tapah ini. Usik-mengusik dan bermanja dengan pasangan masing-masing. Bila lah agaknya aku akan dapat menikmati itu semua. Air mata ku makin deras keluar. Sedihnya hati bila mengenangkan selama ini aku tidak pernah bercinta dan memberi cintaku pada lelaki yang mencintai aku..

Contohnya yang sangat jelas adalah lelaki di hadapan ku kini. Aku tahu dulu Yazid pernah melamar aku untuk menjadi kekasih hatinya namun aku menolaknya mentah-mentah. Alasan yang kuberi, aku bukannya perempuan melayu terakhir yang selalu didambakan oleh lelaki sejati sepertinya. Perwatakanku yang seakan-akan lelaki itu telah menutup pintu hatiku untuk melihat cinta lelaki di luar sana.

Aku sebenarnya takut untuk menghadapi kenyataan yang suatu hari kelak lelaki-lelaki itu akan meninggalkanku kerana tidak boleh menerimaku seadanya. Aku lebih selesa dengan diriku yang dulu. Tiada gangguan dari lelaki miang bila aku jadi begini. Malah aku seronok kerana ibu bapa ku sendiri tidak menghalang cuma sejak beberapa bulan yang lalu sahaja, ibu sudah menegurku untuk berubah.

Sejak peminangan Fendi diterima dulu, aku mula berubah sedikit demi sedikit. Pada mulanya memang aku menentang keras lebih-lebih lagi sejak aku bekerja di bawah pengawasan Fendi yang merangkap bos aku. Tetapi lama kelamaan aku sudah terbiasa dengan pakaian wanita itu. Malah aku rasa bahagia sekali kerana aku mula menarik perhatian Fendi.

Walaupun ketika itu, kasih sayang aku terhadap lelaki yang bernama Fendi itu mulai bercambah, aku sering menafikannya dengan perbuatanku. Bermacam cara aku lakukan agar Fendi membenci aku. Niatku cuma satu. Aku percaya kan cinta pertama walaupun ianya sekadar cinta monyet.

Entah la.. Naluri ku kuat mengatakan aku akan bertemu dengan Ipul dan janji kami akan bersatu kelak. Aku tahu Ipul juga berharap sedemikian.

“Shima!” panggilan Yazid mengejutkan aku dari lamunan. Lalu aku tersentak. Lantas aku seka air mata yang menuruni pipi.

“Kenapa ni? Ada apa-apa yang saya boleh bantu, tak? Awak tak cerita pun kat saya bagaimana awak boleh berada di lebuh raya tadi keseorangan saja.. Itukan bahaya??” ujar Yazid lalu merenung aku meminta penjelasan.

Aku cuba membalas renungan Yazid tetapi kemudiannya aku menunduk memandang lantai konkrit berwajahkan marmar biru muda itu. Berat rasanya hatiku untuk meluahkan apa yang terisi di dada ini. Seolah-olah aku merasakan Yazid tidak sesuai untuk berkongsi masalah dan cerita denganku. Kenapa??

Mungkin kerana aku tidak rapat dengan Yazid. Mungkin juga kerana Yazid seorang lelaki yang tidak mampu menjadi pendengar setiaku. Aku lebih mengharapkan seorang lelaki yang mampu mendengar cerita dari bibirku ini. Seorang yang boleh membantu aku untuk ceria dan keluar dari masalah yang membelenggu.

“Shima, mungkin awak boleh kasi no telefon keluarga awak di kampung? Atau sesiapa sahaja yang boleh menjemput awak. Rasanya tak elok pula saya membiarkan awak mengikut saya balik kampung. Takut lain pula jadinya..”

Barangkali Yazid sudah lelah menanti aku membuka mulut sedari tadi. Aku faham kiranya itu yang Yazid rasakan. Namun kata-kata terakhir Yazid tadi menimbulkan persoalan.

‘Takut lain pula jadinya…’

Apa maksud Yazid ni? Apa yang ditakutnya? Sepatutnya aku yang lebih takut darinya. Manalah tahu kalau tiba-tiba Yazid ni bernafsu melihat aku lalu melakukan sesuatu yang di luar kawalan. Ya Allah! Jauhnya telahan aku ni. Yazid lelaki baik. Tak mungkin akan berlaku kejadian yang tak diingini antara kami. Minta-minta lah dijauhkan.. Aminnn…

Yazid mengeluarkan handphonenya. Yazid merenung kembali pada ku..

“Nombor..???”

Entah apa yang aku ingat. Tanpa aku sedar, bibirkan menuturkan satu nombor telefon seseorang…

**************


“Kenapa aku tengok ko monyok aje hari ni? Semalam dan semalam punya semalam..ko pergi mana? Puas aku dail nombor ko...! Langsung tak terangkat. Ko tau papa ko cari ko?”

Syariful memandang sekilas. Geram pula rasanya. Orang tengah penat dan dilanda masalah ni, dia ni pula menambahkan satu lagi masalah.. Huh, geram sungguh!!

“Kenapa ko tak cakap aku pergi outstation kat Sabah ke, Sarawak ke?? Bagi tutup mulut orang tua tu..! Kan senang?” marah Syariful.

Sedikit kecut wajah Natasya melihat wajah Syariful itu. Huh, kalau dah marah, habis hilang kehenseman wajah lelaki ini. Dah macam anak beruk aje..!

“Ko ingat aku kuli ko, staff ko? Yang nak kena berjawab dengan papa ko tu? Ini bapak singa yang tanya aku, ko tau tak? Takkan aku nak menipunya pula? Ko sedar tak yang dia tu papa ko? Bukannya papa aku.. Kenapa pula aku yang kena menjawabnya?” Natasya cuba menentang. Sakit hatinya bila kena marah begitu. Bukannya dia ada buat salah pun.

“Aku penat! Buatkan aku air!” arah Syariful lalu menghempaskan badan di sofa.

Syariful berhajat untuk bersembunyi di rumah Natasya. Syariful tahu kekecohan yang dilakukannya pasti membuatkan Fendi tidak akan berdiam diri. Syariful tidak mahu Fendi mencarinya. Untung juga Fendi tidak di mana terletaknya kediaman Natasya ni meskipun Natasya adalah setiausahanya.

Kondominium yang didiami Natasya itu memang luas. Cukup dengan perabotnya. Untung si Natasya ni. Walaupun tak kerja, rumah yang didiami bukan sebarang rumah. Hanya golongan elit atau orang ternama saja mampu memilikinya.

“Amboi.. kalau ko nak minum, pergila ambil sendiri! Rumah aku ni bukannya hotel yang nak kena layan makan minum orang saja. Tak kuasa aku nak layan ko!” balas Natasya lalu menghilangkan diri di dalam biliknya.

Syariful mendengus geram. Tak guna punya perempuan! Sepupu sendiri minta air pun tak nak buat? Perempuan apa lah dia ni.. Patutlah satu jantan pun tak lekat!

************


“Saya dah telefon orang tu. Nanti dia akan jemput awak! Saya akan turunkan awak di perhentian bas nanti. Awak naik bas ke Kuantan pagi esok. Malam ni saya akan teman kan awak. Saya pun dah penat memandu ni. Kita tempah hotel nanti. Kita tidur di hotel malam ni, okey?” usul Yazid.

Aku sekadar mengangguk lemah. Aku pun memang penat ketika ini. Beberapa minit kemudian, aku dan Yazid menapak masuk bilik hotel yang telah ditempah Yazid. Ruang bilik yang sedikit luas itu kupandang sepi. Entah kenapa kesunyian seakan menggigit tangkai hatiku sekarang ini. Kalau lah kini aku berada di rumah ku sendiri…

Tuala yang dilipat rapi di atas tilam itu aku capai lalu aku masuk ke bilik air. Nasib baik lah hotel ini ada menyediakan air panas jadi tidak lah aku kesejukan malam ini. Seusai mandi, aku memakai pakaian yang dibeli Yazid tadi. Dalam keadaan begini, Yazid masih sempat membeliku pakaian. Baiknya hati Yazid padaku. Aku harap Yazid tidak marah dengan tindakan ku yang menolaknya dulu.

Mataku mula terpejam.. Indahnya ku rasakan malam ini tanpa gangguan dari sesiapapun lebih-lebih lagi Syariful..!! Lenanya...

Ketukan pintu bertalu-talu menyapa gegedang telinga. Mata ku buka dan terpisat-pisat bangun. Siapa lah yang datang ni..?

Dalam keadaan sedikit mamai, aku melangkah untuk membuka pintu yang semakin kuat gegarannya. Saat ku buka,

“Fendi!!”

Secarik Kasih Di Hujung Nafas 2


Keesokan paginya, Safira menerima kedatangan Dr. Zafwan dan Puan Hanita, ibubapa Safira. Bersama mereka turut ada adik Safira iaitu Safura, Safwita dan Syakila. Mereka yang terlalu kecil untuk mengetahui hal yang terjadi dalam keluarga mereka sekadar menjadi pemerhati.

‘Panggg!!!!!’

Berbirat rasanya pipi Safira terkena tamparan yang begitu kuat itu di pipinya. Safira
menggosok pipinya. Rasa kerdil dirinya di hadapan Dr. Zafwan dan Puan Hanita. Sempat ekor matanya memandang wajah mereka berdua. Wajah yang penuh dengan api kemarahan.

“Apa Safira dah buat ni? Safira tak malu ke menconteng arang ke muka kami? Apa salah kami sampai Safira sanggup buat benda yang memalukan ni? Inikah didikan agama yang ayah beri dulu? Inikah yang uztaz dan uztazah ajar semasa sekolah agama dulu? Kenapa, Safira? Kenapa…????” jerit Dr. Hazwan bagai nak gila.

Puan Hanita cuba menenangkan suaminya namun tidak mampu menurunkan suhu kemarahan yang makin menggila itu. Bengis mukanya ditatap Safira. Safira jadi takut menghadapi amukan itu namun Safira perlu cekal. Bukan salahnya!

“Ayah, Safira tak salah. Safira tak buat benda tu pun. Safira tak tahu Abang Fahmi ada dalam rumah ni. Safira tak salah, ayah!” Safira berkeras menolak tuduhan yang tidak berasas itu. Kenapalah malangnya nasib Safira hari ini?

Sudah lah semalam ditangkap khalwat bersama kekasih sendiri, hari ini Safira menerima tamparan pula dari ayahnya, Dr. Zafwan. Selama ini tidak pernah wajahnya menerima tamparan yang sebegitu.

“Dari dulu lagi, ayah suruh Safira kahwin. Umur Safira sesuai untuk berkahwin. Safira bukannya muda lagi. Tapi Safira tak nak. Banyak alasannya. Muda lagi la.. Tak puas kerja lagi la.. Alasan tu dah kuno. Tak elok bercinta lama-lama. Sekarang apa dah jadi? Sikap Safira yang degil dan hati batu tu menyusahkan kami.”

“Ayah, Safira baru setahun memulakan kerja ini. Safira sudah jelaskan pada ayah dulu kan..? Safira baru berusia 25 tahun. Masih banyak pengalaman belum ditimba lagi. Safira nak cari pengalaman tu..”

“Kenapa Safira begitu kejam? Memalukan kami begini. Di mana kami nak letak muka ni? Jiran tetangga dah tahu hal ni.. Sampai hati Safira malukan mak..!” Puan Hanita bersuara sambil menahan tangisnya. Masih terngiang-ngiang suara umpatan jiran-jiran semalam sewaktu mereka sekeluarga membuat kenduri doa selamat meraihkan kecemerlangan anaknya, Safwita yang cemerlang dalam SPM nya. Di saat itu juga, panggilan telefon yang diterima menghancurkan kegembiraan mereka meraikan kejayaan Safwita.

Di kala mereka gembira, berita duka menyapa keriangan mereka. Manakan hati si ibu tidak sakit mendengarnya.

“Sudah! Ayah tak mahu dengar apa-apa lagi. Ayah menyesal ada anak macam Safira! Sangat-sangat menyesal!! Mulai hari ni, Safira bukan anak ayah lagi! Selepas ni, ayah tak mahu tahu apa-apa dari Safira. Hidup atau mati Safira, ayah tak mahu ambil kisah lagi. Susah senang Safira tanggung sendiri. Segala belanja ayah takkan hulurkan lagi. Safira sendiri dah kerja. Ayah takkan bantu lagi. Ayah mahu semua kad kredit dipulangkan. Pandai-pandai Safira hidup sendiri lepas ni.. Jangan jumpa kami lagi lepas ni..”

Bagaikan dilanda tsunami hidup Safira kini. Hanyut segala kekuatan hidupnya selama ini dibawa arus kemarahan seorang lelaki bernama ayah.

Segala kemewahan yang diberi juga telah ditarik semula. Safira dan adik-adik cukup dimanjakan dengan kemewahan namun tidak pula mereka berlebih-lebih. Mereka tahu had mereka. Pekerjaan ayah Safira sebagai seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri membuatkan mereka sekeluarga mampu mengecapi kemewahan yang diidamkan semua orang.

“Sudah! Mari kita balik. Kita tak layak hidup bersama anak yang memalukan begini.”

Dr. Zafwan menarik tangan anak-anak perempuannya yang lain. Terkedek-kedek mereka mengikut. Puan Hanita turut membontoti dari belakang. Sayu hati Safira melihat mereka yang mula pergi jauh dari hidupnya. Bagaikan gelap dunia ini.

Puan Hanita terlalu sakit hati. Biarpun naluri kecilnya menyatakan anak sulungnya itu tidak bersalah, namun malu yang dapat menguasai mindanya. Tambahan pula suaminya turut berkecil hati dengan apa yang terjadi.

Luluh jiwanya. Tidak disangka anak yang dikandung selama sembilan sepuluh hari itu memalitkan lumpur ke muka mereka. Anak yang menyebabkan dia tidak lalu makan selama janin di dalam perut itu dulu yang mecarikkan warna hitam dalam lakaran kebahagiaan keluarga mereka. Betapa susahnya mengandungkan Safira, inikah yang dia dapat?

**********

Sebulan kini peristiwa itu sudah berlalu. Jiran sebelah-menyebelah sudah tahu apa yang terjadi. Kerana itu, Safira jadi malu untuk keluar rumah. Untuk pergi ke tempat kerja pun Safira terpaksa keluar secara diam-diam. Bertolak pukul 6 pagi sedangkan hari masih terlalu awal. Safira tidak mahu menjadi umpatan orang sekeliling bila mereka bertembung dengannya.

Zulaikha, teman serumah dan sepejabat sudah menjauhkan diri. Mungkin Zulaikha malu mendapat teman seperti Safira.. Zulaikha malu mengakunya sebagai teman. Safira ingat kehadiran Zulaikha setelah keluarganya pulang ke rumah pagi itu.

Setelah penat cuping telinganya menahan caci maki dari Dr Zafwan dan Puan Hanita, Safira terpaksa pula menebalkan muka menerima kutukan dari Zulaikha.

“Kau sedar tak apa yang kau dah buat ni? Kau buat maksiat dalam rumah kita ni..!! Aku betul-betul tak sangka kawan yang selama ini bersama aku siang dan malam melakukan perbuatan terkutuk tu…!” marah Zulaikha.

“Ika, aku tak buat benda tu. Sumpah! Aku tak buat benda jijik tu. Aku masih ada maruah, Ika! Aku bukannya perempuan sekeji yang kau bayangkan!” Safira menafikan kata-kata Zulaikha. Memang bukan dia yang hendak semua tu terjadi.

“Perempuan macam kau ni ada maruah lagi? Setelah apa yang terjadi, kau ingat kau suci, kau ingat kau perempuan yang baik ke? Kau tahu, tiada lelaki yang hendak perempuan kotor dan busuk macam kau ni! Aku benci kau, benci!!” jerit Zulaikha di saat Safira menggenggam tangannya. Terlepas pegangan itu. Bergetar naluri Safira.

Sakit hati Safira mendengar perkataan perempuan ‘kotor’ dan ‘busuk’ itu. Sebak rasanya menerima tuduhan yang tidak berasas itu.

“Aku tidak sejahat itu, Ika! Percayalah… aku bukan begitu…” Safira tetap menangkis. Pantang baginya menyerah kalah.. Tapi mengapa Zulaikha tetap tidak percaya? Sedangkan sebelum ini, susah senang mereka bersama.

‘Ya Allah! Apalah salahku hingga aku harus menerima dugaan sebegini hebat? Aku tak mampu menerimanya. Aku tak mampu menanggung malu yang bukan disebabkanku.. Kenapa harus dituduh aku yang tidak bersalah ini?’

Terduduk Safira di sofa bewarna biru lembut itu. Berjurai air matanya.

“Tak perlu kau menangis, Safira! Air mata kau tak dapat menahan aku untuk menerima kau sebagai kawanku lagi. Aku nak pergi dari sini. Aku nak pergi ke tempat yang ada perempuan suci dan pandai menjaga maruahnya. Bukan seperti kau!! Mulai hari ni, kita bukan kawan lagi…”

Safira tidak mampu menahan Zulaikha dari pergi. Di mata Zulaikha, Safira dapat merasakan api kebencian yang meluap-luap. Sejauh itukah Zulaikha memarahinya? Benci sangat Zulaikha pada Safira…

Kerana kejadian itu juga, Safira akan dinikahkan pada malam ini. Fahmi bersedia mengahwininya biarpun mendapat halangan dari keluarga Fahmi. Biarpun sebelum ini hubungan mereka direstui, Safira dapat merasakan kehadirannya dalam keluarga Fahmi tidak disenangi keluarga lelaki itu lebih-lebih lagi ibu Fahmi.

Tajam pandangan mata Datin Sofea semasa masuk meminangnya beberapa hari yang lalu. Kasar tangan Datin Sofea menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Safira. Tiada kelembutan di wajah Datin Sofea sewaktu Safira menyalami tangan bakal ibu mertuanya itu.

Biar apa pun yang terjadi mulai malam ini, Safira akan sah bergelar isteri kepada kekasihnya, Fahmi. Meskipun pernah terdetik segala ini dirancang oleh Fahmi, jauh di sudut hatinya, ada perasaan halus yang menidakkannya.



*************

Safira merenung kosong siling di dalam biliknya. Terasa sunyi rumah itu. Tiada siapa bersamanya kini. Tiada mak andam yang perlu menyoleknya. Tiada gelak ketawa dari adik-adik perempuannya. . Tiada kawan membantunya menyarung pakaian pengantin berwarna putih itu ke tubuhnya. Segalanya dilakukan sendiri. Safira keseorangan menanti rombongan tok kadi dan pengantin lelakinya.



Lama sudah Safira menanti. Pantas saja tangannya mencapai handphone Nokia 6120 itu ke tangannya. Safira sudah berkira-kira untuk menghubungi Fahmi. Teragak-agak jari jemari untuk menekan punat handphone itu. Haruskah dihubungi lelaki itu..? Adakah lelaki itu tidak jadi berkahwin dengannya? Ahh… Segera andaian itu dibuang jauh dari mindanya.

Tiba-tiba handphone Safira bergetar diiringi melodi indah nyanyian Faizal Tahir. Safira merenung skrin handphone untuk memastikan panggilan dari siapa tapi tiada nama yang tertera. Hanya nombor yang tidak dikenalinya terpapar di situ. Punat ‘Yes’ ditekan lalu ditekap ke telinga.

“Apa……..?????”

Bulat mata Safira tatkala mendengar suara di talian itu. Handphone Safira terlepas dari tangan. Tidak percaya dengan berita yang disampaikan. Sekali lagi sebak di dada bertandang lagi. Air mata yang menitis tidak mampu dibendung. Tergamam terus Safira di bucu katil.

Perlahan-lahan pandangan Safira kelam lalu Safira tidak sedarkan diri di situ.

Jangan Menangis Sayang 19

Dua bulan sebelum….

Natasya melihat buku menu yang terhidang di depan matanya. Satu persatu butiran menu itu ditatapnya. Anak mata digerakkan dari atas ke bawah. Entah mana satu makanan yang akan menjadi pilihan. Bosan rasanya menanti orang yang seringkali tidak menetapi janjinya. Sebenarnya sudah beberapa kali buku menu itu beralih tangan. Sekejap di tangan Natasya dan sekejap kemudian di atas meja.

Pelayan lelaki yang seorang ini dari tadi terpacak di depan Natasya. Dari wajahnya, terkesan rasa tidak puas hati melihat kerenah pelanggan perempuannya ini. Sudah beberapa minit dia menanti pesanan perempuan itu.

‘Nak order ke tak nak ni’

Pelayan lelaki ini berbisik sendiri. Geram bertandang di hatinya. Kerenah perempuan ini membantutkan kerjanya yang lain. Sudah dekat sepuluh minit bertenggek di tepi mejanya menanti pesanan terkeluar dari bibir perempuan ini..

“Adik, saya order sekejap lagi la ye..?” akhirnya Natasya bersuara setelah sekian lama membisu. Pelayan lelaki itu menganggukkan kepala lalu beredar dari meja itu.

“Hah! Ko ni apasal? Cam ayam berak kapur aje..” tegur Atikah bila melihat wajah masam Jay.

“Tu, hah! Pompuan gedik dari alam mana ntah datang. Entah berapa minit aku tunggu tadi, ingat dia nak order makanan ke atau minuman.. Punye la lama membelek menu tu.. Kepala aku ni, ko dah nampak asap kan? Tunggu rentung aje tadi..!” perli Jay terhadap perempuan yang dimaksudkannya.

Atikah memandang perempuan yang dimaksudkan. Atikah menggeleng-gelengkan kepala. Melihat pakaian perempuan itu, huh, memang mengucap panjang Atikah.

‘Kalau suami aku nampak aku pakai macam pompuan tu, maunya esok aku tak hidup lagi.. Seksi betul! Dah la kulit putih melepak..Kan elok kalau benda tu semua disembunyikan...’

Atikah bermonolog sendiri. Atikah meneruskan kerjanya. Sebentar lagi suaminya pasti akan datang menjemput. Jay yang baru masuk shift itu akan menggantikan tempatnya nanti. Atikah mengelap pinggan yang basah sebelum disusun di tepi meja.

Natasya memandang setiap orang yang keluar masuk restoran itu. Hari ini adalah hari ketiga dia berada di bandar Kuantan ini. Kedatangannya ke sini sekadar untuk bercuti bagi menghilangkan kebosanan yang melanda. Entah dari mana pula Syariful mendapat tahu akan kehadirannya di sini.
Setiap kali ternampak wajah pegunjung yang masuk, hatinya hampa. Sepupu yang ditunggu dari tadi belum juga memunculkan dirinya. Entah apa hal yang penting sangat nak dibincangkan. Sampai tak boleh nak tunggu hari esok. Natasya melihat jam di tangannya. Sudah lebih setengah jam…

“Hai..sayang..!!” satu suara menegur dari belakang. Natasya mengangkat muka. Suara itu memang sudah familiar dengannya. Syariful mempamerkan senyuman kepada Natasya yang sudah kelat wajahnya.

“Sori..terlambat sedikit..!”

“Sedikit? Ko tau janggut aku dah tumbuh panjang ni. Ko nampak tak??” marah Natasya sambil menunjukkan dagunya.

Benci dengan perangai sepupunya yang seringkali terlewat setiap berlaku pertemuan antara mereka. Pasti Syariful sibuk mengejar gadis-gadis yang ketagih cintanya itu. Siapalah tak kenal Syariful, buaya darat yang kononnya handsome sangat tu.. kekayaan keluarganya menyebabkan dia jadi buruan dan impian setiap gadis yang inginkan hartanya sahaja. Tambahan pula Syariful anak bongsu yang pastinya manja dengan keluarga. Sudah tentu segala permintaan akan dipenuhi.

Natasya juga datangnya dari keluarga berada. Sama seperti Syariful. Sebab itu Natasya tidak kisah menjadi penganggur sekarang. Baginya hidup perlu enjoy…!!

Natasya sedikit meluat dengan sikap Syariful yang berlagak macho itu. Natasya tahu Syariful menjadi kegilaan kerana wajah tampannya. Sebab itu, Syariful sentiasa berbangga dengan kelebihannya itu.

Natasya mencebik bibir melihat Syariful melambai-lambaikan tangan kepada gadis muda disebelahnya. Kelihatan teruja gadis itu. Uhh..Menyampah..!!

“Ko ni still dengan perangai ko tu ye.. Hampir setahun kita tak jumpe.. Ko masih macam dulu gak!” Natasya melenting.

“Woo.. Relaks la! Yang ko marah sangat ni, kenapa? Datang bulan ke??” teka Syariful sambil tersenyum sinis.

“Hah, hal apa sangat yang ko nak jumpe aku ni??” soal Natasya tidak sabar. Jarinya menguis-guis alas meja.

“Aku dengar ko sekarang ni jadi ‘penganggur terhormat’..? ”

“So..what..???”

“Kat company member aku sekarang, ade jawatan kosong. Secretary.. untuk anak Dato’ yang handsome and glamour.. Aku rase jawatan tu sesuai dengan ko..” ujar Syariful tersenyum nipis. Dalam akal fikirannya, sudah terancang satu perkara yang bakal menguntungkan dirinya. Natasya pula sekadar alat yang dijadikan untuk membantunya.

“Anak Dato’? Single??” tanya Natasya pula tidak sabar. Senyum makin melebar.

Ini peluangnya memikat anak orang kaya setelah cerita lalu gagal. Kegagalannya memikat En. Yazid memang benar-benar mengundang malang buat Natasya. Berulang kali pintu hati lelaki itu diketuk namun gagal.

Keteguhan hati lelaki itu gagal untuk dicairkan. Lelaki itu langsung tidak memandangnya tetapi perempuan tomboy itu pula yang dipandangnya. Betapa sakit hati Natasya bila rakan-rakan sekerja mengutuknya dan mengatakan dia yang tulen seratus perempuan itu pun boleh kalah dengan perempuan yang sifatnya seperti tomboy itu.

Shima!! Ya, nama itu.. Sehingga ke saat ini, dendam Natasya terhadap Shima tidak pernah lumput. Bahkan ia semakin kekar di dalam ingatan Natasya.

Natasya tidak mengetahui rancangan Syariful itu. Di akalnya, hanya mahukan keseronokan dan kekayaan sahaja. Mungkin ini peluang yang sedang dinantikan. Peluang yang akan menjadikan dirinya tidak lagi dipandang rendah. Saat yang akan menjadikan apa yang terkubur dulu akan kembali mewarnai hidup Natasya.

“Weii… ko dah terbang ke mana? Eropah? Paris?” Syariful mengusik Natasya yang tersenyum sendiri. Tak tahu apa makna senyuman itu. Yang pasti, kedua-duanya ada rancangan tersendiri…

************

Yazid merenung sekilas dari cermin pandang belakangnya. Yazid jadi kasihan bila melihat wajah itu yang kelemahan dan nampak tidak bermaya. Apa yang dibuatnya di lebuhraya ini pada waktu malam sebegini..?? Fikiran yang runsing semakin runsing namun kerunsingan itu tidaklah seteruk yang dialaminya tadi. Yazid tahu hatinya kini seakan melonjak-lonjak riang saat terpandang wajah itu tadi.

Tak disangka dia akan berjumpa sekali lagi dengan perempuan yang pernah muncul dalam hidupnya dan pernah membuka pintu hatinya yang selama ini membeku.. Cuma Yazid hairan kenapa dia seperti tidak suka akan dirinya.. Adakah dia tidak memenuhi cirri-ciri lelaki impian yang diidamkan setiap wanita sepertinya??

Yazid memperlahankan volume radio yang terpasang sedari tadi. Dari bibirnya, keluar satu keluhan yang terasa amat berat untuk diluahkan. Kalau diikutkan hatinya, malas Yazid pulang ke kampungnya di Kuala Perlis itu. Dua hari lagi status bujangnya akan bertukar.. Itulah yang menakutkan Yazid..!!

*************


Betul-betul aku terlelap tadi. Sekarang mataku dah terpisat-pisat saat aku buka kelopak mataku ini. Aku tengok sekelilingku gelap aje tapi ada cahaya yang berbalam-balam menghujani persekitaranku sekarang. Bingung aku dibuatnya.. Adakah aku berada di dalam kereta Syariful lagi?

Setahuku, aku telah melarikan diri ketika Syariful bergerak ke dalam hutan untuk melepaskan hajatnya tadi.. Kakiku pantas menyusuri lebuhraya demi menyelamatkan diri. Keadaan yang makin lemah membantutkan pergerakanku. Sudah berulang kali aku cuba menahan kereta yang lalu namun tiada satu pun yang berhenti. Apa yang pasti sebelum aku tidak sedarkan diri tadi, ada sebuah kereta yang berhenti dan seorang lelaki keluar…..

Hah?? Lelaki…? Syariful ke itu..? Cemas nya dadaku kini. Sesak dengan seribu persoalan. Aku kini berada di dalam kereta Syariful lagi..? Tak dapat aku nak bayangkan.. aku takut.. Pastinya Syariful marah dengan tindakan ku tadi. Macam mana ni??

Aku diam tidak berkutik. Lama aku memandang belakang lelaki itu. Ada sedikit kelainan dengan tubuh itu. Dengan cahaya yang berbalam-balam, aku sedar aku bukan berada bersama Syariful tetapi lelaki lain yang tidakku kenali. Adakah lelaki ini berniat baik atau sebaliknya..?

“Sudah bangun, Shima..?”

Aku mendengar suara lelaki itu yang bertanyakanku tanpa menoleh ke belakang.. Kenapa aku rasa macam pernah dengar suara lelaki ini..? Lebih menghairankan, dia tahu namaku..

“Siapa awak..?” aku bertanya lemah. Cuba mengengsot menghampiri lelaki itu yang tekun memandu itu.

Lelaki itu berpaling lantas bibirnya mengukir senyuman padaku. Yazid!!!!

**************

“Shittt…!!” Fendi menumbuk stereng yang dipegangnya. Betapa berkecamuk hatinya sekarang. Berita yang disampaikan oleh ibu Shima sebentar tadi menyentap tangkai hatinya. Fendi benar-benar marah kini.

Puan Farida baru menerima panggilan daripada Syariful yang memberitahu Shima melarikan diri darinya. Habis disumpah seranahnya Syariful oleh ibu Shima itu. Syariful pula tidak mahu bertanggungjawab atas kehilangan Shima itu. Sebaliknya dia mengatakan Shima terlalu degil kerana tidak mahu mendengar cakapnya.

“Huh, bagaimana Shima nak dengar cakap ko, jantan keparat? Ko paksa Shima kawin ngan ko..? Cermin dulu diri ko tu.. Dengan sikap ko begini yang masih tidak berubah-ubah dari dulu, ingat akan ada pompuan yang sanggup kawin ngan ko? Kalau Shima yang ko nak, langkah mayat aku dulu!!” Fendi berkata-kata sendiri. Sakitnya hati tidak dapat dibendung lagi.

Merah padam muka Fendi ketika itu. Dato’ Azman yang berada di sebelah diam tidak terkata. Kecut perutnya melihat wajah Fendi saat itu. Boleh tahan jugak anaknya yang seorang ini mengamuk. Namun di dalam hati, Dato’ Azman tersenyum senang. Baru lah dia tahu anaknya ini benar-benar sayangkan perempuan itu.

Encik Nazri yang berada di kerusi belakang senyap seribu bahasa. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Encik nazri turut sakit hati malah bias yang dirasanya lebih teruk dari Fendi. Dia yang mengusul agar laporan polis dibuat sekali lagi atas kehilangan Shima. Hati bapa mana yang tidak senang bila mengetahui anak yang ditatang dan dijaga sepenuh hati kini hilang entah ke mana.

Fendi membelok ke kiri memasuki kawasan balai polis. Niat Fendi cuma satu Biarlah Syarfiul yang bersalah itu akan menerima balasannya. Fendi tidak mahu Syariful mendabik dada melakukan sesuka hatinya. Biar pun Syariful adalah kawannya, yang bersalah tetap bersalah.