Andai Bisa Kembali Detik Itu



“Abanggg…!! Cukup la tu..! Tak kasihan kah abang kat mama?? Mama tu orang tua kita, bang! Orang yang perlu kita jaga hatinya. Derhaka abang buat mama macam tu.. Abang tak takut ke dengan balasan Tuhan? Kenapa perlu ditendang dan disepak terajang orang yang selama ini membesarkan kita dengan kasih sayangnya??” rayu Qaireen sambil memeluk kaki abangnya untuk mengelak kaki itu menendang Puan Qaseh, mama mereka berdua. Puan Qaseh yang berada di sebelah Qaireen sudah mula menangis teresak-esak. Sampai hati anak sulungnya buat begitu.

“Arghhh!! Reen, jangan nak kacau abang! Suka hati abang lah nak buat apa-apa pun. Orang tua ni yang langsung tak guna..! Sebelum ada papa, semua yang abang nak, abang dapat! Sekarang, bila papa takde, abang tak dapat apa yang abang nak..! Kenapa sampai nak mintak cerai dengan papa? Kenapa sampai mintak kita berdua di bawah jagaannya. Kalau ada papa, hidup kita senang macam dulu..!” tengking Qhalid dengan bengis. Ditepis tangan Qaireen yang memegang kakinya itu.

Dua tahun lepas, Puan Qaseh dan suaminya bercerai dengan talak satu. Semuanya gara-gara kehadiran seorang perempuan yang kini sudah bergelar isteri baru kepada papa Qaireen tahu perempuan itu yang menggoda papanya hingga menyebabkan rumah tangga mama dan papa porak peranda. Encik Razif sudah mabuk kepayang dengan perempuan itu. Hingga menyebabkan dia mengabaikan isteri dan anak-anaknya.

Qaireen sedar mamanya tidak bersalah dalam hal ini. Mana mungkin Puan Qaseh yang yang curang terhadap suaminya. Status Puan Qaseh sebagai suri rumahtangga sepenuh masa tidak memungkinkan dia akan berlaku curang di belakang suami. Encik Razif, papa mereka yang menduakan cinta Puan Qaseh. Puan Qaseh tidak mahu dimadukan dan kerana itu, dia meminta cerai kerana tidak mahu berkongsi kasih. Pekerjaan Encik Razif sebagai doctor di klinik yang dibuka sendiri membuatkan Encik Razif dikenali ramai. Tambahan pula pekerjaan sebegitu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Maka tidak hairan lah, Encik Razif mampu berkahwin lagi. Salah seorangnya adalah Puan Hanita, perempuan yang kini menjadi isterinya itu.

Puan Qaseh tidak mahu suaminya yang menjaga anaknya itu. Puan Qaseh tahu sikap suaminya itu. Puan Qaseh takut bekas suaminya akan mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak mereka. Kerana itu, hak penjagaan diserahkan kepadanya setelah berhempas pulas di mahkamah. Ribuan ringgit banyak dihabiskan untuk membayar kepada peguam. Hinggakan Puan Qaseh jatuh miskin. Status Puan Qaseh yang sebelum ini menjadi suri rumah sahaja membuatkan dia terpaksa mencari kerja untuk mencari sesuap nasi meneruskan kesambungan hidup mereka anak beranak.. Puan Qaseh membawa anak-anaknya jauh dari bekas suaminya.

Qhalid menolak badan Qaireen. Melihat Qaireen yang tidak melepaskan kakinya menyebabkan tangan kasarnya dengan mudah terus menampar pipi mulus Qaireen. Qaireen meraba-raba mulutnya yang perit. Sakit rasanya. Matanya menatap wajah bengis itu. Hilang terus ketampanan abangnya. Qaireen memandang pula wajah mamanya. Mama sudah jauh terperosok ke dinding sana. Melihat wajah yang sedang mengerang kesakitan itu, Qaireen terus mendapatkan Puan Qaseh.

“Mama sakit kat mana? Mata mama dah bengkak tu..Kita pergi klinik yer..?” tanya Qaireen, prihatin. Qaireen membelek-belek wajah Puan Qaseh. Wajah itu penuh dengan lebam berwarna biru. Sedikit darah mengalir dari hidung Puan Qaseh.

“Tak perlu la, Reen! Mama lebam sikit je ni.. Esok baiklah..” balas Puan Qaseh menolak cadangan Qaireen.

“Abang tengok muka mama ni! Dah lebam sana sini. Abang memang kejam! Langsung tak kesian kat mama!” Qaireen meradang memarahi Qhalid. Wajah Qhalid ditenungnya.

“Kalau jadi apa-apa pada mama, Reen takkan maafkan abang! Abang tak patut buat mama macam tu, huh!!” Qaireen menrengus geram lantas tangan Puan Qaseh dipapahnya masuk ke dalam bilik.

“Mintak duit sikit pun, Reen dah bising! Bukannya abang mintak duit Reen, abang mintak duit mak!” balas Qhalid pula.

Qaireen menutup pintu bilik Puan Qaseh lantas dikuncinya dari dalam. Puan Qaseh di dudukkan di atas katilnya. Qaireen melihat wajah Puan Qaseh.

“Auchhh..!!” Puan Qaseh mengaduh sakit bila Qaireen menekan pipinya.

“Teruk betul abang tu, mama! Sejak akhir-akhir ni, abang selalu pukul mama! Abang nak buat apa dengan duit tu, mama?” Qaireen bertanya. Beg sekolah yang disandang sejak balik dari sekolah telah diletak di bawah. Qaireen memegang tangan Puan Qaseh.

“Tiada apa lah, Reen! Mungkin abang Reen tu nak buat beli barang agaknya..” Puan Qaseh membalas lemah.

“Beli barang apa? Rokok?Dadah? Kebelakangan ini, kelakuan abang lain sangat! Sejak bergaul dengan budak-budak tu, abang dah mula kurang ajar dengan mama! Mama tak boleh biarkan abang macam tu. Sekarang memang abang dah mula memukul mama, esok lusa, entah apa yang dibuatnya lagi kat mama.. Reen takut, kalau-kalau…”

“Reen, cukuplah tu!! Nanti abang kamu dengar, kita yang susah! Reen dah makan ke? Kalau belum, biar mama masakkan dulu. Tadi tak sempat nak masak. Mama baru saja balik dari kebun Pak Abu kamu tu..”

“Takpela, mama! Mama rehat aje.. Biar Reen yang masak!”

Puan Qaseh anggukkan kepala tanda setuju lalu tubuh anak perempuan tunggalnya menghilang dari pandangan.

**************

“Reen, kau dengar tak bos panggil tu..? Dah banyak kali tu..” jelas sekali lamunan Qaireen tentang kisah lampau yang sudah lima tahun berlalu tercantas dek suara garau rakan sepejabatnya, Harun. Mata Qaireen terkebil-kebil melihat tuan empunya badan berdiri di tepi mejanya.

“Hai, telinga kau tu dah berapa bulan tak korek, hah? Aku kata tadi, bos dah menjerit macam anak beruk kat bilik dia tu.. Nama kau dah bergema kat bilik tu!! Esok-esok bangunan ni runtuh sebab kau..!!”

Harun memerli di sisi Qaireen sambil tersenyum sinis. Qaireen baru teringat tentang fail yang diminya bosnya pagi tadi. Alamak! Macam mana ni?? Laporan tu belum siap edit lagi.. Habis lah kali ni…

“Awak ni reti kerja ke tak, hah? Baru tiga bulan masuk kerja dah buat perangai! Dari pagi tadi lagi saya minta dokumen ni.. Kenapa tak siap lagi..? Sekarang dah dekat pukul 2.. Saya nak jumpa client saya kejap lagi..Tangan awak tu dah berbalut ke sampai tak boleh nak siapkan kerja sikit macam ni..? Otak awak pergi mana? Atau awak dah tak nak kerja kat sini lagi. Tu… kat luar tu, banyak lagi orang menganggur yang boleh isi tempat awak sekarang ni.. kalau awak dah tak larat nak kerja kat sini lagi, awak boleh berhenti!!” nyaring sekali suara Encik Haris memekik di biliknya. Qaireen hanya mampu menundukkan kepala memandang lantai. Malunya.. Pertama kali kena marah macam ni…

“Saya… saya mintak maaf, bos! Bagi saya lima belas minit. Saya janji dokumen tu akan siap…” pujuk Qaireen terketar-ketar.

Deringan telefon menyelamatkan Qaireen. Sebaik berbual-bual dalam beberapa minit, Encik Haris meminta Qaireen keluar sekaligus menyuruhnya keluar dari bilik itu.

“Perempuan macam kau tak layak nak berdamping dengan aku! Kau boleh berambus dari hidup aku..! Kau ingat aku nak semula perempuan jalang macam kau ni..? Dalam bercinta dengan aku, kau bermain kasih dengan lelaki lain. Aku tak boleh terima pengkianatan dari perempuan macam kau! Get loss! Remember that, jangan sesekali kau kacau hidup aku lagi, perempuan sial!!!!” marah Encik Haris lalu menghempas telefon itu.

Semakin kacau perasaannya sekarang. Kerana perempuan itu, Encik Haris telah menunjukkan sifat marahnya kepada staff ofisnya. Sedangkan sebelum ini, Encik Haris dikenali sebagai ketua yang berhemah lembut dan dedikasi. Tiba-tiba rasa bersalahnya muncul di dalam hati. Qaireen….

Perempuan itu telah dimarahinya sebentar tadi. Dimaki hamunnya tanpa sedar. Sedangkan Encik Haris tidak berniat pun untuk memalukan perempuan itu.

Di mejanya, Qaireen menghamburkan air matanya. Pertama kali sejak bekerja di situ dia dimarahi sedangkan kesalahannya sedikit cuma. Qaireen memandang dokumen yang dipegangnya tadi lalu isinya diselak. Dalam keadaan matanya dipenuhi dengan air mata itu, Qaireen menyiapkan laporan itu.


“Please abang..! Mama ada kat mana sekarang? Abang tinggalkan mama kat mana? Reen rindu dengan mama.. Apa yang abang buat sampai mama takde dari rumah tu? Sampai hati abang buat mama kita macam tu..! Mana sifat keperimanusiaan abang tu..??” soal Qaireen.

“Ahh.. Sudah la!! Abang benci Reen sebut-sebut perempuan tua tu..!” tepis Qhalid. Dengan keadaan terhuyung hayang, Qhalid menolak tangan Qaireen yang mendarat di bahunya. Qhalid cuba berlalu masuk ke biliknya.

“Tengok keadaan abang sekarang ni. Jalan pun dah tak betul! Abang ambil dadah lagi ke? Bukan kah abang baru keluar dari pusat serenti tu..? Kenapa abang tak pernah berubah? Mama siang malam mendoakan kebaikan abang tapi apa yang abang balas pada mama? Mama kerja keras menyekolahkan kita berdua. Mama nak kita jadi orang berguna, bang! Tapi abanggg……?”

Terhenti Qaireen di situ. Lelah sudah rasanya menasihatkan abangnya. Sunyinya rumah itu sekarang. Kalau dulu, mama ada, rumah ini ada keceriaannya tapi sekarang Qaireen dapat rasakan kesuraman di situ. Qaireen tahu Puan Qaseh masih hidup tetapi Qaireen tidak tahu mamanya itu berada di mana sekarang. Berbuih mulutnya bertanya kepada Qhalid namun hanya jawapan bisu yang diterima.

‘Mama… Reen rindu pada mama! Mama ada di mana sekarang? Mama tak rindu pada Reen ke? Dah lama Reen cari mama?? Sejak Reen masuk universiti lagi, Reen dah tak jumpa mama. Bila tanya dengan abang, dia kata mama sihat aje.. Betul ke??’

Qaireen merintih sendiri. Pilu hatinya mengenangkan orang yang paling disayanginya tiada di sisi. Entah ke mana Puan Qaseh pergi. Qhalid pula seolah-olah gembira dengan ketiadaan mamanya. Kemana Qhalid sudah membawa mama mereka pergi. Takkanlah…???

“Abang, apa dah jadi pada mama? Ke mana abang dah hantar mama?? Jawab pertanyaan Reen ni..! Sejak Reen balik rumah ni, kelibat mama pun Reen tak nampak! Reen tak dengar sikit pun suara mama.. Abang..! Abang!!” jerit Qaireen sambil mengoncangkan bahu Qhalid.

Qhalid tidak mempedulikan jeritan adiknya itu. Dia lebih selesa berada dalam dunianya sendiri. Kekecewaan akibat perpisahan mama dan papa membuatkan Qhalid jadi begini. Kerana penceraian yang terjadi itu, Qhalid hilang rasa kasih sayang seorang ayah. Puan Qaseh berkeras mahu membesarkan mereka berdua. Puan Qaseh tahu kemampuan suaminya itu tidak dapat memberi kasih sayang yang sempurna buat buah hati cinta mereka itu. Qhalid pula menganggap dadah mampu menggembirakan hatinya sedangkan dia tidak sedar benda itu kini sedang menghancurkan hidupnya.

Qaireen tidak betah lagi untuk duduk di rumah itu. Melihat abangnya yang sudah tidak seperti manusia itu membuatkan dia sakit hati dan kecewa. Qaireen ingatkan mamanya mampu membesarkan mereka dengan kasih sayang yang tulus ikhlas namun pergaulan Qhalid serta sikap kurang ajarnya pada mama mereka membuatkan Qaireen kasihan melihat penderitaan mamanya. Bukan salah Puan Qaseh, Qhalid jadi begitu. Barangkali takdir Tuhan yang mengkehendakinya.

Qaireen keluar dari bilik Qhalid. Qhalid tidak mampu menyenangkan hatinya kini. Tiada guna bertanya lagi kepada abangnya itu. Qaireen bergegas menuju ke rumah jiran sebelah, Mak Salmah. Pasti jirannya tahu mamanya pergi ke mana. Dulu mama dan Mak Salmah rapat juga.

“Assalammualaikum..!”

Salam diberi. Sambil menantikan jawapan dari tuan rumah, Qaireen mengeluarkan handphonenya. Ada bunyi mesej masuk tadi. Lantas peti mesej masuk dibuka. Satu nombor yang tidak dikenali.

‘Mama ada di rumah papa sekarang! Reen datang lah ke rumah papa di alamat ini ya…….’

Qaireen tanpa berlengah lagi terus mendapatkan teksi untuk menuju ke rumah papanya. Alhamdullillah, mamanya masih hidup lagi. Qaireen bersyukur sangat kepada Tuhan. Hatinya ceria tiba-tiba. Orang yang paling dikasihinya akan diemui sebentar tadi. Mak Salmah pula tidak sempat bertegur dengan Qaireen bila melihat wanita muda tergesa-gesa meninggalkan perkarangan rumahnya. Kelam kabut nampaknya.

“Mama!!”

Jeritan Qaireen bergema ke seluruh rumah banglo itu. Saat terpandang susuk tubuh yang kurus itu, hati Qaireen dipaut rasa sedih. Berduyun-duyun rasa hibanya bertandang di hati. Betapa sedih Qaireen melihat wajah pucat lesi mamanya. Lantas tubuh itu dipeluk erat. Seakan tidak mahu melepaskan. Air mata Qaireen terhambur keluar.

“Mama pergi selama ni? Puas Reen cari mama. Dah tiga bulan Reen cari. Reen rindu sangat kat mama? Kenapa mama lari dari rumah? Abang pukul mama lagi ke?”

Pertanyaan demi pertanyaan terlontar dari bibirnya. Tidak puas hati Qaireen bila memandang wajah mamanya yang sayu. Papa Qaireen yang berada di sebelah hanya memandang dua beranak itu. Sedikit air mata terbit dari kelopak matanya. Lelaki itu menangis kah?? Tapi kenapa?

“Reen, maafkan papa, nak! Papa yang salah dalam hal ni. Papa tak sepatutnya kahwin dengan mama tiri Reen tu. Dia yang racun fikiran papa. Hinggakan papa ceraikan mama Reen. Papa tak sangka mama tiri Reen tu sanggup upah orang untuk hancurkan hidup abang kamu. Dia upah orang untuk berkawan dengan Qhalid dan kemudiannya pujuk dia untuk cuba dadah tu. Papa tak sangka busuk sungguh hati dia.. Papa minta maaf sebab dah ceraikan mama Reen dulu. Papa… papa kesal, Reen!”

Qaireen tidak terkata apa-apa. Tidak tahu bagaimana mahu tafsirkan hati papanya. Mungkin kematian Puan Hanita menyebabkan dia insaf. Puan Hanita khabarnya meninggal dunia dalam kemalangan setahun lepas. Papa Qaireen sendiri yang menceritakannya tadi. Mungkin kerana kesunyian atau kesilapan lalu membuatkan papa Qaireen menyesal dengan apa yang berlaku dulu.

Qaireen tidak sangka sama sekali abangnya tegar menghantar mama ke rumah orang-orang tua.. Kenapa sampai begitu sekali tindakan abang kandungnya? Abang Qhalid sudah membenci mama kah? Nasib baik papa mereka menjumpai mama sewaktu menghantar pesakitnya ke rumah orang-orang tua itu. Kalau tidak, tak tahu lah sampai bila Qaireen dapat berjumpa dengan mamanya.

“Reen, tak perlu risau lagi tentang mama! Mama dah setuju. Kita mulakan hidup baru dengan papa semula…” Puan Qaseh memujuk anaknya. Puan Qaseh tahu pasti anaknya akan setuju biarpun belum mendengar lagi jawapan dari Qaireen sendiri. Qaireen lembut hatinya dan mudah memaafkan.

“Tapi.. ma? Abang..??”

“Reen, mama nak kita hidup semula sebagai satu keluarga. Mama nak kutip semula sisa-sisa gembira yang tertinggal dulu. Mama tak mahu buat kesilapan lagi sampai menyebabkan abang Reen jadi begitu. Salah mama sebab tak mampu sediakan keperluan dia. ..”

“Ma.. bukan salah mama abang jadi begitu. Takdir telah tertulis abang akan macam tu.. Tak usah lah mama dan papa salah kan diri sendiri. Benda dah jadi kita tak boleh nak ubah. Kita bawa abang semula pulang ke rumah ni. Kita cuba pulihkan abang tu.. Ma, pa… Reen gembira saat sebab kita boleh bersatu kembali..”

Qaireen meluahkan isi hatinya. Qaireen tersenyum dalam tangis. Alhamdullillah, doanya selama ini agar keluarganya bersatu kembali termakbul. Tuhan Maha Berkuasa, pastinya akan memakbulkan doa-doa orang yang baik. Qaireen bertuah sangat kerana dengan pekerjaan baru yang diperolehinya telah membuktikan biarpun dibesarkan tanpa kasih sayang seorang papanya, mamanya adalah wanita terunggul dalam carta hatinya. Kasih sayang mama membuatkan Qaireen tekad mahu mengubah nasib keluarganya. Moga kelak sinar bahagia akan menjelma lagi..



P/S : Hai pembaca semua! Dalam saya mencari idea untuk menyambung JMS ni, cerpen ni yang terhasil pula. Sori sesangat belum dapat sambung JMS tu.. Apepun, hope enjoy reading this cerpen..

6 Response to "Andai Bisa Kembali Detik Itu"

  1. IDA MANSOR / IENA MANSOR says:
    July 10, 2009 at 5:47 PM

    hurmm...
    jalan cte agak meharukan sket lah,..
    teruskan menulis yer..
    i nak tgk xct chapter naty...

  2. anak laut says:
    July 12, 2009 at 12:39 AM

    salam...bidadari cinta,

    terima kasih singgah di anaklaut meninggalkan ulasan.:)

    p/s: cerita yang sangat menarik hati saya..

  3. bidadari cinta says:
    July 12, 2009 at 11:22 AM

    kpd ieda n anak laut..
    thanks atas komen anda!

  4. Kaseh Esmiralda says:
    July 12, 2009 at 2:55 PM

    nice job B.cinta...

  5. comei says:
    July 14, 2009 at 8:54 AM

    uishk kisah yang sgt t0uching huhu

  6. Anonymous Says:
    June 22, 2010 at 2:26 PM

    lor...so,wtak bos mati cam g2 jer ek~~

Post a Comment