Jangan Menangis Sayang 11



Pagi sabtu, aku dikejutkan dengan nyanyian dari handphone yang bising meminta diangkat. Aku gosok mata kuat-kuat sampai naik merah dibuatnya. Jam loceng dekat tepi meja aku jeling. Baru jam 7 pagi.. Makhluk alam mana lah yang sesat mengganggu masa aku membuta ni… Arghh.. Tension..!!

Lantas butang hijau aku tekan lalu kutekap di tepi telinga..

“Woii…minah!! Bangun..!!”

Mak oii…!! Terkejut aku! Terus mata yang layu terbuka seluas-luasnya. Gara-gara terkejut dengan jeritan dari talian itu, tubuhku terdorong ke belakang katil lalu berlaga dengan kepala katil.

“Adoii…” aku mengaduh sakit tanpa menyedari keluhan itu didengar dari makhluk di telefon itu.

“Hah, apa pasal tadi tu? Saya dengar macam bunyi orang jatuh katil je.. Baru lepas buat ‘projek’ ke?” tuduhan yang aku dengar tu, aduhh… geram aku dibuatnya.. Tak senonoh betul dia ni. Siapa dia ni?? Suara macam aku cam je..

“Kenapa pulak bila orang jatuh katil je, awak ingat buat projek..? Awak punye pasallah..! Sergah orang je keje awak.. Tau la awak tu bos! Tapi sekarang saya kat rumah bukannya kat ofis. Lagi satu, wayar kat otak awak tu dah pasang betul-betul ke? Kalau ada yang tercabut, mari datang rumah saya ni.. Bawak sekali skru ke, spanar ke, atau yang sewaktu dengannya. Senang saya nak repair otak awak tu..” aku menjawab geram.. Ishh.. mamat sewel ni kalau tak ganggu hidup aku memang tak sah lah.

Cukuplah kena ganggu kat ofis tu, ni di rumah pun nak ganggu aku.. Apa, dia ingat keje ganggu mengganggu ni termasuk dalam syarat-syarat perjanjian tu ke??

“Skru dah hamba siapkan, spanar pun dah hamba sediakan. Tunggu mekanik nya aje yang belum tiba… Mmm.. Saya ni pun memang nak ke rumah awak ni..”

Wah… lembut pulak suara mamat sewel ni.. Nak belajar sastera ke? Maaflah, aku tak khatam pun ilmu sastera ni…

“Dah!! Tak payah nak banyak songeh! Apa hal nya awak telefon saya pagi-pagi ni…?”

“Saja nak mengganggu orang melancarkan operasi air liur basi… Hehe….!!”

“Eii.. awak ni!! Menaikkan kemarahan saya ni..! Terus terang aje.. Kalau tak, saya matikan handphone ni..”

“Awak ni kan, garang nak mampus la…! Serupa macam harimau dalam zoo aje..”

Aku bangun dari katil lalu ke meja solek.. Aku pandang wajahku di cermin.. Hah, tengok tu.. Dah berasap kepala aku.. Siap macam penyanyi kumpulan Alleycats lagi, rambut aku ni.. Hehe..

“Sudah lah.. Saya nak sambung tido… Bye…!” Terus aku matikan talian..

Baik aku tidur… Fendi ni memang gila plus sewel.. Orang gila aje yang nak kat dia.. Nasib baik aku dengan dah tak ada apa-apa dengan dia..

Handphone terus aku off. Harap-harap tak ada gangguan dari sesiapa pun termasuk lah Fendi tu.. Aku baru saja nak terlelap bila tiba-tiba aku dengar namaku dijerit dari luar. Ditambah dengan bunyi loceng rumah yang amat membingitkan telinga. Terus aku bangun dari katil sambil menghentakkan kaki.

Aku selak langsir di tingkap. Aku pandang ke bawah. Aku melihat satu tubuh di balik pintu pagar yang terus menerus tangan tuan punya tubuh tu menekan loceng. Fendi ni memang nak kena!!

“Awak ni nak apa, hah? Tekan loceng macam nak pecah loceng tu..! Awak tak takut kena marah dengan jiran saya?? Ni.. nasib baik teman serumah saya tak ada. Kalau tak dah lama awak kena bamboo…” aku menjerit memarahi Fendi. Fendi yang berada di luar pintu pagar tersenyum. Nurul dan Ita awal-awal lagi dah keluar rumah. Semalam diorang cakap nak balik kampung..

“Tak takut pun… Kalau diorang tanya kenapa saya buat bising kat sini, saya jawab lah isteri saya ni tak nak bukakan pintu.. Kan senang..?” tokok Fendi.

“Siapa yang nak jadi isteri orang gila macam awak ni..?”

“Awak lah…!”

“Awak ni mengada-ngadalah!!” aku bukakan pintu pagar dan memberi laluan untuk Fendi masuk.

“Tak boleh masuk rumah! Duduk di sini saja..” aku berkata sambil menunjukkan kerusi yang sememangnya tersedia di luar rumah. Fendi tersenyum lagi.. Tanda memahami. Alahai.. Fendi oii…! Cair aku dengan senyuman manismu itu..Ehh.. Aku tak boleh jatuh hati kat Fendi ni.. Perangai tak serupa orang..

“For you…” ujar Fendi lantas menghulurkan sejambak bunga mawar berwarna merah yang disembunyikan di belakang tubuhnya.. Wah.. cantiknye…! Terkesima terus aku.. Tak sangka aku yang bos aku ni romantic orangnya. Dan tanpa aku duga, aku mengambil bunga mawar itu terus aku hidu baunya.

“Auchummmm……!”

Aku terbersin. Ya Allah! Lupa pula aku ni alah pada bunga. Terus aku hulurkan semula bunga mawar pada Fendi.

“Ambik balik bunga ni…! Awak sengaja nak bagi saya sakit ye..?”

“Tak lah.. Awak kan suka bunga?”

“Awak ni nyanyuk ke? Berapa banyak bunga awak bagi kat perempuan lain? Awak tahu kan saya ni alah pada bunga..?”

Bengangnya aku.. Dah banyak kali aku bagitahu kat Fendi aku tak suka bunga. Nanti aku sakit.. Lebih-lebih lagi bunga mawar ni. Harum tu memang lah harum, wangi lagi.. Tapi dah aku alah, nak buat macam mana?

“Bunga yang kat ofis tu…?”

“Itu bunga plastic la.. Takkan awak tak tahu..? Setiap kali masuk ofis awak terbau apa dalam bilik awak tu..?”

“Bunga mawar ni lah..!”

“Awak ni memang lah… Tak pandai langsung dalam hal perempuan! Sebelum saya keluar dari bilik awak, saya sembur pewangi dalam bilik awak, tau tak! Sudah lah, malas nak bertekak! Kenapa datang rumah saya pagi-pagi macam ni..? Hari ni kan Sabtu. Saya nak rehat.. Tak nak diganggu!”

“Awak ni yang nyanyuk agaknya. Awak lupa apa saya bagitahu awak semalam sebelum balik kerja..?”

“Bagitahu apa?” otakku memang tak dapat berfungsi pagi-pagi macam ni.. Katil tu dah memanggil-manggil aku untuk masuk beradu atasnya.

“Cuba awak ingat?”

“Ish.. awak ni! Bagitahu ajelah..!”

Fendi merapati aku lalu membisikkan sesuatu di telingaku. Ternganga terus aku. Alamak, macam mana aku boleh lupa ni???????




Reaksi anda : 

8 Response to "Jangan Menangis Sayang 11"

  1. ~zuLaiFaH~bUdaK CuEk@! says:
    February 16, 2009 at 12:19 PM

    hu..hu..
    fendi nehh cartoon btoll laa..

  2. ~zuLaiFaH~bUdaK CuEk@! says:
    February 16, 2009 at 12:22 PM

    suke r ngan fendi nehhh..
    romantik siot..
    dush 100x

  3. keSENGALan teserlah.. says:
    February 16, 2009 at 12:44 PM

    sweeett sgt dorang..
    tp pendeknyer kak...
    xpuas bce adegan dorang nieh...
    nk lgi,,nk lgi...
    huhu...

  4. bidadari cinta says:
    February 16, 2009 at 12:46 PM

    ala..adik zulaifah oii..jgnlah di 'dush' watak fendi ni..nanti lebam, mcm mane nak pikat shima 2 ..? hehe.....

  5. ...De mYsTeRiOuS Me... says:
    February 16, 2009 at 2:05 PM

    ape yg fendi bgtau? i wonder..hehehe...swit gle dorg ni..ske2..

    nnt smbung lg tau..x puas bce ni..hehehe

  6. ~zuLaiFaH~bUdaK CuEk@! says:
    February 16, 2009 at 5:29 PM

    he..he...
    nk tau fendi ckp aper?~
    cartoo btoll la fendi tuhh~

  7. MaY_LiN Says:
    February 16, 2009 at 8:03 PM

    ala pendi nie..
    men bisik2 lak..
    nak dengar gak!!!

  8. ceritaku MEMORIKU says:
    February 23, 2009 at 10:47 AM

    sweet2
    -na'dz

Post a Comment