Secarik Kasih Di Hujung Nafas 2


Keesokan paginya, Safira menerima kedatangan Dr. Zafwan dan Puan Hanita, ibubapa Safira. Bersama mereka turut ada adik Safira iaitu Safura, Safwita dan Syakila. Mereka yang terlalu kecil untuk mengetahui hal yang terjadi dalam keluarga mereka sekadar menjadi pemerhati.

‘Panggg!!!!!’

Berbirat rasanya pipi Safira terkena tamparan yang begitu kuat itu di pipinya. Safira
menggosok pipinya. Rasa kerdil dirinya di hadapan Dr. Zafwan dan Puan Hanita. Sempat ekor matanya memandang wajah mereka berdua. Wajah yang penuh dengan api kemarahan.

“Apa Safira dah buat ni? Safira tak malu ke menconteng arang ke muka kami? Apa salah kami sampai Safira sanggup buat benda yang memalukan ni? Inikah didikan agama yang ayah beri dulu? Inikah yang uztaz dan uztazah ajar semasa sekolah agama dulu? Kenapa, Safira? Kenapa…????” jerit Dr. Hazwan bagai nak gila.

Puan Hanita cuba menenangkan suaminya namun tidak mampu menurunkan suhu kemarahan yang makin menggila itu. Bengis mukanya ditatap Safira. Safira jadi takut menghadapi amukan itu namun Safira perlu cekal. Bukan salahnya!

“Ayah, Safira tak salah. Safira tak buat benda tu pun. Safira tak tahu Abang Fahmi ada dalam rumah ni. Safira tak salah, ayah!” Safira berkeras menolak tuduhan yang tidak berasas itu. Kenapalah malangnya nasib Safira hari ini?

Sudah lah semalam ditangkap khalwat bersama kekasih sendiri, hari ini Safira menerima tamparan pula dari ayahnya, Dr. Zafwan. Selama ini tidak pernah wajahnya menerima tamparan yang sebegitu.

“Dari dulu lagi, ayah suruh Safira kahwin. Umur Safira sesuai untuk berkahwin. Safira bukannya muda lagi. Tapi Safira tak nak. Banyak alasannya. Muda lagi la.. Tak puas kerja lagi la.. Alasan tu dah kuno. Tak elok bercinta lama-lama. Sekarang apa dah jadi? Sikap Safira yang degil dan hati batu tu menyusahkan kami.”

“Ayah, Safira baru setahun memulakan kerja ini. Safira sudah jelaskan pada ayah dulu kan..? Safira baru berusia 25 tahun. Masih banyak pengalaman belum ditimba lagi. Safira nak cari pengalaman tu..”

“Kenapa Safira begitu kejam? Memalukan kami begini. Di mana kami nak letak muka ni? Jiran tetangga dah tahu hal ni.. Sampai hati Safira malukan mak..!” Puan Hanita bersuara sambil menahan tangisnya. Masih terngiang-ngiang suara umpatan jiran-jiran semalam sewaktu mereka sekeluarga membuat kenduri doa selamat meraihkan kecemerlangan anaknya, Safwita yang cemerlang dalam SPM nya. Di saat itu juga, panggilan telefon yang diterima menghancurkan kegembiraan mereka meraikan kejayaan Safwita.

Di kala mereka gembira, berita duka menyapa keriangan mereka. Manakan hati si ibu tidak sakit mendengarnya.

“Sudah! Ayah tak mahu dengar apa-apa lagi. Ayah menyesal ada anak macam Safira! Sangat-sangat menyesal!! Mulai hari ni, Safira bukan anak ayah lagi! Selepas ni, ayah tak mahu tahu apa-apa dari Safira. Hidup atau mati Safira, ayah tak mahu ambil kisah lagi. Susah senang Safira tanggung sendiri. Segala belanja ayah takkan hulurkan lagi. Safira sendiri dah kerja. Ayah takkan bantu lagi. Ayah mahu semua kad kredit dipulangkan. Pandai-pandai Safira hidup sendiri lepas ni.. Jangan jumpa kami lagi lepas ni..”

Bagaikan dilanda tsunami hidup Safira kini. Hanyut segala kekuatan hidupnya selama ini dibawa arus kemarahan seorang lelaki bernama ayah.

Segala kemewahan yang diberi juga telah ditarik semula. Safira dan adik-adik cukup dimanjakan dengan kemewahan namun tidak pula mereka berlebih-lebih. Mereka tahu had mereka. Pekerjaan ayah Safira sebagai seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri membuatkan mereka sekeluarga mampu mengecapi kemewahan yang diidamkan semua orang.

“Sudah! Mari kita balik. Kita tak layak hidup bersama anak yang memalukan begini.”

Dr. Zafwan menarik tangan anak-anak perempuannya yang lain. Terkedek-kedek mereka mengikut. Puan Hanita turut membontoti dari belakang. Sayu hati Safira melihat mereka yang mula pergi jauh dari hidupnya. Bagaikan gelap dunia ini.

Puan Hanita terlalu sakit hati. Biarpun naluri kecilnya menyatakan anak sulungnya itu tidak bersalah, namun malu yang dapat menguasai mindanya. Tambahan pula suaminya turut berkecil hati dengan apa yang terjadi.

Luluh jiwanya. Tidak disangka anak yang dikandung selama sembilan sepuluh hari itu memalitkan lumpur ke muka mereka. Anak yang menyebabkan dia tidak lalu makan selama janin di dalam perut itu dulu yang mecarikkan warna hitam dalam lakaran kebahagiaan keluarga mereka. Betapa susahnya mengandungkan Safira, inikah yang dia dapat?

**********

Sebulan kini peristiwa itu sudah berlalu. Jiran sebelah-menyebelah sudah tahu apa yang terjadi. Kerana itu, Safira jadi malu untuk keluar rumah. Untuk pergi ke tempat kerja pun Safira terpaksa keluar secara diam-diam. Bertolak pukul 6 pagi sedangkan hari masih terlalu awal. Safira tidak mahu menjadi umpatan orang sekeliling bila mereka bertembung dengannya.

Zulaikha, teman serumah dan sepejabat sudah menjauhkan diri. Mungkin Zulaikha malu mendapat teman seperti Safira.. Zulaikha malu mengakunya sebagai teman. Safira ingat kehadiran Zulaikha setelah keluarganya pulang ke rumah pagi itu.

Setelah penat cuping telinganya menahan caci maki dari Dr Zafwan dan Puan Hanita, Safira terpaksa pula menebalkan muka menerima kutukan dari Zulaikha.

“Kau sedar tak apa yang kau dah buat ni? Kau buat maksiat dalam rumah kita ni..!! Aku betul-betul tak sangka kawan yang selama ini bersama aku siang dan malam melakukan perbuatan terkutuk tu…!” marah Zulaikha.

“Ika, aku tak buat benda tu. Sumpah! Aku tak buat benda jijik tu. Aku masih ada maruah, Ika! Aku bukannya perempuan sekeji yang kau bayangkan!” Safira menafikan kata-kata Zulaikha. Memang bukan dia yang hendak semua tu terjadi.

“Perempuan macam kau ni ada maruah lagi? Setelah apa yang terjadi, kau ingat kau suci, kau ingat kau perempuan yang baik ke? Kau tahu, tiada lelaki yang hendak perempuan kotor dan busuk macam kau ni! Aku benci kau, benci!!” jerit Zulaikha di saat Safira menggenggam tangannya. Terlepas pegangan itu. Bergetar naluri Safira.

Sakit hati Safira mendengar perkataan perempuan ‘kotor’ dan ‘busuk’ itu. Sebak rasanya menerima tuduhan yang tidak berasas itu.

“Aku tidak sejahat itu, Ika! Percayalah… aku bukan begitu…” Safira tetap menangkis. Pantang baginya menyerah kalah.. Tapi mengapa Zulaikha tetap tidak percaya? Sedangkan sebelum ini, susah senang mereka bersama.

‘Ya Allah! Apalah salahku hingga aku harus menerima dugaan sebegini hebat? Aku tak mampu menerimanya. Aku tak mampu menanggung malu yang bukan disebabkanku.. Kenapa harus dituduh aku yang tidak bersalah ini?’

Terduduk Safira di sofa bewarna biru lembut itu. Berjurai air matanya.

“Tak perlu kau menangis, Safira! Air mata kau tak dapat menahan aku untuk menerima kau sebagai kawanku lagi. Aku nak pergi dari sini. Aku nak pergi ke tempat yang ada perempuan suci dan pandai menjaga maruahnya. Bukan seperti kau!! Mulai hari ni, kita bukan kawan lagi…”

Safira tidak mampu menahan Zulaikha dari pergi. Di mata Zulaikha, Safira dapat merasakan api kebencian yang meluap-luap. Sejauh itukah Zulaikha memarahinya? Benci sangat Zulaikha pada Safira…

Kerana kejadian itu juga, Safira akan dinikahkan pada malam ini. Fahmi bersedia mengahwininya biarpun mendapat halangan dari keluarga Fahmi. Biarpun sebelum ini hubungan mereka direstui, Safira dapat merasakan kehadirannya dalam keluarga Fahmi tidak disenangi keluarga lelaki itu lebih-lebih lagi ibu Fahmi.

Tajam pandangan mata Datin Sofea semasa masuk meminangnya beberapa hari yang lalu. Kasar tangan Datin Sofea menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Safira. Tiada kelembutan di wajah Datin Sofea sewaktu Safira menyalami tangan bakal ibu mertuanya itu.

Biar apa pun yang terjadi mulai malam ini, Safira akan sah bergelar isteri kepada kekasihnya, Fahmi. Meskipun pernah terdetik segala ini dirancang oleh Fahmi, jauh di sudut hatinya, ada perasaan halus yang menidakkannya.



*************

Safira merenung kosong siling di dalam biliknya. Terasa sunyi rumah itu. Tiada siapa bersamanya kini. Tiada mak andam yang perlu menyoleknya. Tiada gelak ketawa dari adik-adik perempuannya. . Tiada kawan membantunya menyarung pakaian pengantin berwarna putih itu ke tubuhnya. Segalanya dilakukan sendiri. Safira keseorangan menanti rombongan tok kadi dan pengantin lelakinya.



Lama sudah Safira menanti. Pantas saja tangannya mencapai handphone Nokia 6120 itu ke tangannya. Safira sudah berkira-kira untuk menghubungi Fahmi. Teragak-agak jari jemari untuk menekan punat handphone itu. Haruskah dihubungi lelaki itu..? Adakah lelaki itu tidak jadi berkahwin dengannya? Ahh… Segera andaian itu dibuang jauh dari mindanya.

Tiba-tiba handphone Safira bergetar diiringi melodi indah nyanyian Faizal Tahir. Safira merenung skrin handphone untuk memastikan panggilan dari siapa tapi tiada nama yang tertera. Hanya nombor yang tidak dikenalinya terpapar di situ. Punat ‘Yes’ ditekan lalu ditekap ke telinga.

“Apa……..?????”

Bulat mata Safira tatkala mendengar suara di talian itu. Handphone Safira terlepas dari tangan. Tidak percaya dengan berita yang disampaikan. Sekali lagi sebak di dada bertandang lagi. Air mata yang menitis tidak mampu dibendung. Tergamam terus Safira di bucu katil.

Perlahan-lahan pandangan Safira kelam lalu Safira tidak sedarkan diri di situ.

Reaksi anda : 

6 Response to "Secarik Kasih Di Hujung Nafas 2"

  1. Anonymous Says:
    May 12, 2009 at 10:51 AM

    suspen la ape dah jadi, cik writer sambung cepat ye jgn lama2

  2. keSENGALan teserlah.. says:
    May 12, 2009 at 3:24 PM

    ngeeeee..
    sian gile kat safira..
    spe la yg rncang sume nieh..
    kijam tol orng tuh..
    huhu...
    ape jd pasnieh???
    smbung2..

  3. MaY_LiN Says:
    May 12, 2009 at 6:46 PM

    nape ni..
    fahmi eksiden ke...

  4. Miss Kira says:
    May 12, 2009 at 8:38 PM

    apa sdh jd...
    cpt skit smbg..
    x sbr nak tau ni.
    cian fira..
    spa la yg jhtsgt uat cam2..

  5. Anonymous Says:
    May 13, 2009 at 9:06 AM

    ade ape2 jd kt fahmi ker? wa..curious nye..! cpt2 smbung ye..cite ni wat org xsabar2 nk tau la kisah slanjutnye..huhu..

    -cheesecake-

  6. ...CiKdiDa... says:
    May 15, 2009 at 3:18 PM

    aku rase zulaika yg rncg sbnrnye..mst die ada jeles pape dgn safira 2..aku cm dh prnh bce cite tngkp bsh gni..hehehe...papepom..aku tggu next n3..nk tau ape yg buat safira x sdr 2..hukhukhuk

Post a Comment