Jangan Menangis Sayang 4

“Wei, korang tengok rupe aku ni, camne? Ok tak??” Aku berlari-lari anak ke bilik yang menempatkan Nurul dan Ita. Waktu tu dah jam 8.05 pagi. Masa ada lebih kurang sejam untuk aku bertolak ke tempat interview. Kebetulan tempat tu adalah tempat kerja Nurul. Jadi aku pun tumpang dua kaki lah….

“Hah!!!”

Nurul dan Ita tergamam melihat aku. Terbeliak mata mereka memandang. Tak berkedip langsung mata mereka. Aku berdiri di depan pintu mereka sambil menggoyang kaki kananku. Lagak bagaikan seorang penyanyi rock saja.. Mungkin itu yang mengejutkan mereka. Alah.. bukannya mereka tak biasa tengok aku macam ni..Aku tersenyum nipis memandang mereka.



“Masyallah! Budak bertuah ni..! Ko baru bangun tido ke ape ni? Baju aku beli semalam tu mane? Tak pernah dibuat orang pergi interview kat mana-mana sekalipun, pakai seluar jeans dengan T-shirt aje..! Aku tau lah keje ko sebelum ni memang ko pakai macam tu pun.. Woitt, makcik!! Ko nak interview jawatan secretary, pakai lah yang sopan sikit.. Kalau macam ni, memang sah kena reject. Belum sampai depan pintu bilik interview pun ko dah kena tendang, tau tak!!” bebel Nurul dengan panjangnya.

Aku menutup halwa pendengaranku masa mendengar ceramah free dari pakar psikologi tak bertauliah itu. Siap tersengih lagi. Ita yang turut mendengar menggelengkan kepala.. Dengan sikat yang masih dipegangnya, Ita menyisir rambut ikal mayangnya lalu mengikatnya dengan pengikat rambut.

“Huh, boleh tahan gak ko ni membebel erk? Lepas ni aku kena beli kapas banyak-banyak!” aku bersuara bagi menghilangkan mulut murai si Nurul. Membuntang bijik mata Nurul.

“Nak buat apa dengan kapas?” soalan ala-ala bodoh Nurul terluncur dari bibirnya. Ita yang memahami maksud aku tergelak kecil.

“Nak sumbat telinga ni! Dah cair taik telinga aku kena bebelan panas ko tu.. Pagi-pagi macam ni enjin ko dah start kann??”

Sempat lagi aku menyindir Nurul sedangkan dia yang banyak menolong aku mencari pekerjaan ini. Bukannya apa saja nak cari sarapan hiburan pagi-pagi begini. Ita meneruskan gelaknya di dalam bilik. Nurul pula mendengus geram.. Sah-sah lepas ni Nurul masam muka kat aku..

“Hehe.. Ala Nurul, relaks la..! Jangan mare yee…!” aku memujuk Nurul.

“Sudahlah! Kalau ko takde hati nak keje dah, bagitau awal-awal. Tak lah aku nak membodek bos tu..”

“Eh, pandai pulak ko membodek yer…”

“Mestilah pandai! Aku kan anak Tuan Haji …”

“Tuan Haji Bakhil..!! Kah!Kah!Kahh…!” aku memotong percakapan Nurul diiringi gelak ketawa yang panjang. Nurul dengan geram membaling bantal Spongebobnya padaku.. Hehe.. nasib baik sempat mengelak. Spongebob Nurul dah pun mencium lantai..

“Aku ingatkan bolehlah ko ngan aku pergi keje sama-sama.. Tapi…harapanku musnah…!!”

Nurul berkata sedih.. Lantas diambilnya Spongebob kesayangannya itu. Mimik muka Nurul pun sudah berubah. Mungkin dia berharap aku dapat bekerja bersamanya. Akhirnya aku mengangkat tangan..

“Ok!Ok! Aku tukar pakaian sekarang. Puas hati??”

Riak muka Nurul berubah melihat kesungguhan aku. Segera Nurul menolak aku masuk ke bilik. Pantas saja tangannya membuka pintu almari dan mengeluarkan pakaian yang dibeli semalam..

“Pakai baju ni tau!!”

Aku merengus kecil sebaik kelibat Nurul menghilang di balik pintu. Huh! Baju ni aku nak kena pakai ke? Aduss…! Sah lah nanti semua orang pandang kat aku. Mesti nanti orang ingat pramugari Air Asia tu.. Dah lah tu Nurul siap mengofferkan dirinya untuk jadi tukang make-up aku semalam.

“Cepat sikit! Jap gi aku make-up ko…!”

Kedengaran suara jeritan Nurul dari biliknya. Memang kuat betul ingatan pompuan sorang ni…

Dua puluh minit kemudian, aku dah pun bersiap. Nurul mengangkat ibu jari tangannya menunjukkan tanda bagus. Mesti dia puas hati dapat mendandan aku hari ni.. Sebaliknya aku yang masam muke.

Sebaik saja aku bangun dari kerusi, hampir-hampir saja kakiku nak tersandung kat kaki kerusi tu. Fuhh.. nasib baiklah tak jatuh.. Patutlah dulu masa kecik-kecik bila aku nak berangan aje jadi ratu kebaya, mak aku sah-sah bangkang punye! Ratu tembam mana boleh jadi ratu kebaya. Mak kata ratu kebaya kena punya badan yang menggiurkan. Pendek kata boleh buat mata setiap laki tak terlepas pandang punye..!

Tu mak aku katalah.. Tapi bila Epul yang kata, aku boleh buat semua orang pandang aku kalau pakai baju kebaya ni.. Iye ker?? Entah lah.. Tapi memang aku tak nak pakai baju kebaya dah.. Teringat kisah pahit masa kecik… Aku try pakai baju kebaya.. Sendat giler.. Tak pasal-pasal jatuh basikal.. Malu beb!!

“Woii.. Dah berangan sampai mana? Dah sampai planet Marikh ker??” suara Ita mengejutkan aku yang sedang mengelamun.. Sambil menyandang beg tangannya, Ita menarik aku keluar.

“Nurul bunyikan hon tadi, ko tak dengar ke? Kan dah lewat ni.. Nanti lambat masuk keje, susah nak menjawab dengan bos dier tu...” giliran Ita pula membebel.. Alahai..

“Iyelah.. Aku gerak lah ni..”

Aku masuk ke dalam perut kereta Nurul. Nurul yang sudah memanaskan enjin keretanya tadi terus meluncur laju memasuki jalan raya. Di dalam kereta, Nurul memberikan tips yang kukira agak berguna untuk aku interview nanti. Nurul ni dah macam kakak aku.. Aku mengiyakan kata-katanya.

“Jangan lupa kenyit mata pada bos yang akan interview ko tu nanti...”

“Kenyit mata? Eh, Nurul! Bos ko tu kan dah kawin? Kalau Shima ni kenyit mata nanti, sure bos ko ingat Shima ni gatal!” bangkang Ita yang duduk di sebelah Nurul.

“Apa salahnya? Kenyit mata ajer.. Jangan risau, Shima! Bos aku tu duda berhias..”

“Duda berhias? Tak pernah dengar pun.. Kalau janda berhias tu pernah la aku dengar…”

“Samalah tu.. Duda berhias sebab bos aku ni kawin tak sampai dua hari jadi suami dah jadi duda..”

“Siannya..Hensem-hensem macam tu pun kena tinggal jugak yer…” Ita membalas kata Nurul.

“Isteri dier meninggal la..”

Aku membiarkan Nurul dan Ita bertekak di depan. Aku yang kat belakang ni hanya mendiamkan diri.. Mula terbayangkan macam mana rupa bos si Nurul ni.. Tapi dulu masa aku masih kerja kat tempat lama selalu jugak Nurul bercerita pasal bosnya itu.. Katanya handsome.. Kalah Brad Pitt.. Tapi pada ingatanku bos mestilah dah tua kan..? Perut buncit. Kepala separuh botak..Takkan muda-muda dah jadi bos…?




“Assalammualaikum…”

“Waalaikummussalam…”

Suara garau yang menjawab salamku dari dalam bilik Pengurus yang tagname nya bernama Saiful itu aku dengar setelah pintu ku ketuk.. Aku memulas tombol pintu lalu melangkah kaki ke dalam bilik itu. Dengan sekilas pandang, aku melihat seorang lelaki sedang tekun menyemak fail-fail yang ada di depannya.

Aku memandang sekilas bilik itu. Mm.. nampak kemas ajer.. Rajin jugak bakal bos aku ni kemas bilik..Eh!Eh! Belum interview lagi, mane boleh kata lelaki ni bos kan? Belum tentu aku dapat jawatan tu.. Kehadiranku seakan tidak disedari oleh lelaki itu. Wajahnya juga agak terlindung hingga aku belum bisa meneliti wajah yang dikatakan kacak oleh Nurul pagi tadi.

Tang mana kacaknya tu?? Tak nampak pun mukanya. Aku berdehem perlahan bagi mewujudkan suasana. Beberapa saat, tiada tindak balas berlaku. Pekak ke ape lelaki ni??

“Ehem..!!” kali ni aku berdehem sedikit kuat. Terangkat sedikit wajah lelaki itu. Dan anak matanya terus melihat aku. Aku juga memandang ke arahnya. Terjadi adegan renung-merenung antara kami.. Aku meneliti satu-satu riak wajahnya.. Tiba-tiba..

“Awak!!!”

Kami sama sama mengucapkan ayat yang sama. Ya Allah! Kecilnya dunia ni.. Boleh juga aku bertemu dengan dia walaupun syarat yang aku berikan dulu mengingatkan agar kami tidak bertemu sehingga hari yang bakal menyatukan kami kelak!

“Fendi! Apa awak buat kat sini?”

“Buat bodoh!!” ringkas jawapannya namun aku yang sakit hati. Takkan duduk kat ofis ni nak buat bodoh?

“Awak?” Fendi pula yang bertanya.

“Saya datang nak interview.”

“Oo..awak rupenye kawan Cik Nurul tu ye…?”

“Mmm……..”

“Ok, kita mulakan seisi interview kita.”

“Eh, takkan awak yang interview saya? Takde orang lain ker?”

“Awak nak siapa yang interview awak?”

“Sesiapa saja asalkan bukan awak…”

Aku lihat Affendi merenung tajam ke arahku. Affendi meletakkan pen yang berada di tangannya di atas meja. Kemudiannya bangun lantas duduk di sebelahku. Aku mengensot kerusi ke belakang sedikit. Ni, apahal nak dekat-dekat pulak? Takkan nak menggatal?

“Cik Nazatul Shima! Awak bos ke atau saya?”
“Err.. tak tahu!”

“Saya bagitau awak,ok? Saya selaku manager kat sini. Merangkap sebagai bos juga di company ni so saya punye suke la nak interview awak ke tak? Apa, awak ingat makcik tukang sapu sampah tu boleh interview awak ker??”

Apalah mamat sewel ni? Sebut orang yang tak kenal kat depan aku. Makcik tukang sapu sampah? Siapa dia tu? Mak Encik Affendi ni kot…?

“Siapa dia tu? Mak awak?”

“Siapa ape?”

“Ye laa… Makcik tukang sapu yang awak kata tadi.. Mak awak ker?”

“Wah!Wah!Wah..! Lancangnye mulut awak ni mengata mak saya yer? Hello nenek! Mak saya yang interview awak dulu untuk jadi calon isteri saye tau tak? Sekarang saye nak interview awak untuk keje kat ofis saya ni.. Ada apa-apa soalan?”

Aku mendiamkan diri.. Malas nak bertekak dengan Fendi ni.. Buang air liur aku je.. jadi sesi interview pun berjalan la.. Dalam masa interview tu, aku hairan juga.. Takkan aku seorang aje calonnya..? Tak nampak pun ade calon lain kat luar tu.. Lagi satu syarikat ni pun macam terpencil aje.. Dengan staff nya yang boleh dibilang dengan jari, aku jadi hairan boleh ker syarikat ni bertahan lama?

Entahlah.. Apa-apa hal pun balik nanti aku akan tanya Nurul…




“Assalammualaikum, Shima!

“Hah! Ibu…! Ada apa ibu tepon Shima ni? Ibu ngan ayah sihat ker? Rindunya Shima kat ibu…” aku menjerit kegirangan bila melihat nama yang tertera di skrin handphone.. Aku menghempaskan punggung si atas sofa.

“Ibu ngan ayah sihat.. Bile Shima nak balik kampung ni? Dah kena buat persiapan ni…”

“Persiapan? Persiapan ape ibu..?”

“Eh! Shima lupe ker? Kan Shima dah nak bertunang ni..”

“Ibu, kalau Shima tangguhkan dulu pertunangan boleh tak?”

“Mana boleh, Shima! Kita dah berjanji dengan orang. Kenalah tunaikan..”

“Kalau macam tu, boleh tak Shima batalkan pertunangan tu, ibu?” aku cuba memancing ibu untuk bersetuju dengan tindakanku.. Aku masih merasakan yang aku belum sampai seru lagi untuk mendirikan masjid.

“Harapan orang jangan lah dihampakan… Shima tu bakal nak jadi milik orang dah.. Famili kita dan pihak lelaki dah sama-sama bersetuju. Kenapa tak bantah dari dulu? Masa diorang hantar rombongan meminang tu? Shima pun ade sekali masa tu.. Benda kalau dah nak jadi jangan lah tak jadi pula…”

“Kalau Shima batalkan bermakna Shima nak malukan ibu dan ayah. Shima nak conteng arang ke muke kami ke? Jangan lah buat hal yerr…!” lembut suara ibu memujuk aku.. Pandai sungguh ibu bermain dengan kata-kata. Agaknye sebab itu ayah cair dengan ibu masa diorang bercinta dulu kot...

“Terpulanglah pada ibu… Shima anak ibu.. Anak tunggal ibu.. Mane boleh Shima ingkar kata-kata ibu..” aku bersuara lemah.. Bukannya aku tidak inginkan hubungan ini.. Bukannya aku ingin menjadi umat yang sesat gara-gara menolak sebuah penikahan yang Nabi Muhammad S.A.W sarankan..

Aku cuma keliru dengan perasaan sendiri. Aku keliru dengan janji seorang anak kecil yang pernah diucapkan suatu ketika dulu.. Walaupun orang kata ianya sekadar cinta monyet, tapi entah mengapa aku terlalu mengharapkan ianya akan terjadi dalam hidupku. Biarpun aku tahu ia mustahil untuk termeterai dalam hidupku..







Reaksi anda : 

Jangan Menangis Sayang 3


Aku betul-betul terkejut dengan apa yang terjadi.. Staff lain pun sama.. Malah boleh dikatakan suasana kat ofis macam kena bom. Kecoh aje.. Semuanya tak terkata apa.. Tinggal lagi lima belas minit untuk aku aku pergi ke bahagian kilang bagi meneruskan kerjaku. Time lunch pun dah nak habis tapi kebanyakan staff belum lagi keluar makan gara-gara insiden tadi..

“Buang tabiat ape, Cik Natasha tu..! Ade ke patut die lempang Cik Normah tu. Orang tu tengah bersedih, sekali kena lempang free.. Maunya tak meraung Cik Normah. Tu yang terus pengsan tu.. Muke aje cantik, perangai hodoh nak mampuss!!” marah Encik Aizat, staff pentadbiran di situ…

“Korang tak nampak ke Cik Natasha keluar dari bilik Encik Yazid tadi? Mukenye masam mencuka jee.. Sahlah kena api tadi dengan Encik Yazid.. Tu la..ingat girlfriend bos, boleh masuk sesuke hati je! Takde protocol langsung Cik Natasha tu…” ujar Natrah pula menambahkan cerita hangat di ofis tu. Sehangat Radio Hot.fm..

Beberapa pekerja kilang yang lain termasuk aku mulai beredar dari ofis tatkala melihat Encik Yazid yang berdiri di muka pintu biliknya. Baik blah dulu dari kena bamboo kemudian.

"Kesian betul aku tengok Cik Normah tu dengan Kak Tina.. Entah kenapa mereka kena berhenti kerja tu.. Dapat surat dari Encik Yazid, kena stop kerja. Sedihlah.. Pastu tak pasal-pasal dilempang dek Natasha tu.. Tu yang pengsan.." luah Johari tidak puas hati dengan apa yang berlaku itu.

"Hang tak tau ka? Ada tiga staff lain yang dapat surat yang sama.. Mendadak betui laa.. Awat lagu ni?? Company macam ade masalah je...." balas Hakim. Masa tu kami dalam perjalanan menuju ke kilang.

"Aku pun rasa begitu juga.. Sure la company ade masalah. Kalau tak, takkanlah berhentikan staff sampai lima orang sekaligus.. Kita kena tanya bahagian pengurusan ni, apa sebenarnya yang terjadi kat ofis tu.. Masalah apa yang mereka hadapi sampai macam ni sekali.. Korang kan tau Kak Tina tu hidupnya susah. Macam mana nak tanggung enam orang anak dia? Suami pula dah lumpuh. Selama ni pun, Kak Tina yang tanggung keluarganya. Kalau dah hilang kerja ni, mana nak cari duit untuk keluarga Kak Tina tu..?"

Aku pula bersuara setelah mendengar cerita semua tu.. Emosi betul aku dengan semua ni.. Tak tahu lah apa akan jadi dengan Kak Tina lepas ni... Kami meneruskan kerja dengan hati yang tak tenang. Takut sekiranya selepas ini giliran kami pula. Ni yang tak best ni.. Aku dah seronok kerja kat sini walaupun pendapatannya sekadar cukup makan aku seorang saja.. Seronok sebab aku dikelilingi kawan-kawan yang sporting dan begitu baik padaku lebih-lebih lagi Hakim dan Johari tu.. Walaupun mereka ni lelaki, tapi boleh masuk dengan aku.. Kadang-kadang ada juga staff perempuan lain yang join kami tapi aku, Johari dan Hakim memang best friends kat tempat kerja ni...

Jam kat tangan aku dah tunjuk pukul 6.15 petang. Aku segera ke bilik yang menempatkan peti-peti keselamatan bagi staff di situ. Aku mengeluarkan kunci loker lalu mengambil beg yang tersimpan kat dalam.. Tiba-tiba sahaja bahuku ditepuk dari belakang. Nyaris aku terloncat. Nasib baik jugalah aku bukannya dari keturunan melatah. Kalau tak, mahu haru jadinya! Bila aku berpaling ke belakang, aku melihat Johari yang tersengih-sengih itu. Ntah kenapa dengan mamat ni...

"Hah, ko nak ape ni?"

"Mm.. ko nak terus balik ke? Jom kita pekena teh tarik kat warung mamak hujung sana.."

Johari mengajak aku untuk minum petang. Setelah berkira-kira, aku setuju dengan pelawaannya tapi mengenakan syarat yang aku mesti balik sebelum Maghrib menjelang.. Johari terus menggangguk kepala tanda mengiyakan syaratku tadi.. Lepas tu aku membonceng motosikal Johari.. Nasib baik kedai mamat tu dekat.. Setelah mengambil tempat yang sesuai, kami memesan minuman.

"Minum air saja ke? Tak nak makan?" Johari bertanya setelah mamak India tu mengambil pesanan. Aku gelengkan kepala.. Perutku masih kenyang lagi dengan lunch tadi..

“Mm..bagus jugak! Jimat sikit duit aku ni.. Hehe…!”

“Oo..ko ingat aku ni nak menghabiskan duit ko..? Blah la.. Baru belanja air dah bising.. Tu belum suruh belanja kawin lagi tu…”

“Sape nak kawin ngan ko?? Eii.. taknak aku..” Johari mengangkat tangan dan memberi isyarat tak nak setelah melihatku dari atas dan bawah.. Amboi… mentang-mentang lah penampilan aku macam dia.. takut pulak…!! Ingat aku nak sangat kat ko…?

"Ko tahu sesuatu tak?" Johari bertanya padaku. Aku memandang Johari tepat ke anak matanya.

"Tau ape lak?" soalku kasar.. Penat masih belum hilang lagi.. Aku melihat sekeliling.. Beberapa orang Bangladesh yang minum berhampiran kami memandang padaku. Salah seorangnya merenungku lalu menghadiahkan senyuman yang padanya kukira agak manis untuk mengorat gadis tempatan sepertiku. Aku menjelirkan lidah. Menyampah betul! Ada hati nak mengorat aku la tu.. Johari yang perasan dengan perbuatanku tadi menggeleng-gelengkan kepala.

"Ko jangan perasan la, Shima! Diorang tu bukannya nak ngorat ko! Just pelik tahap cipan sebab ko ni 'unik' sangat.. Tu yang pandang tak berkelip mata tu... Well, aku tau lah ko ni makhluk sesat dari planet mane ntah.. Untung-untung esok ade alien jantan yang terpikat kat ko.. So aku syorkan baik ko terima aje lamaran alien jantan tu nanti. Bolehlah ko tinggal kat penempatan di angkasa lepas tu..."

“Aku dah terima pun lamaran dari alien yang ko kata tu..” Hah, tu dia! Kasi gempak sikit satu Kuala Lumpur ni..

Johari pula terlopong mendengar kata-kataku. Tak percaya kot? Tak pun dia ingat aku main-main. Pastu Johari gelak kuat-kuat. Entah apa yang lucunya. Aku pun segera menyiku Johari.

“Ko nak bagitau aku yang ko tu nak kawin ker? Hahaha.. Geli urat saraf aku ni.. Ade pulak yang sudi nak ambik ko jadi permaisuri alien erk? Malangnya orang tu…”

Aku unik sangat ke?? Rasanya tak kot... Aku sekadar berpakaian seperti lelaki dan rambutku ini memang dah lama aku potong pendek.. Bukannya ape, aku just nak simple dan tak mahu rimas serta berserabut nak membeli alat make-up or apa saja yang sewaktu dengan perempuan lain pakai tu...

"Hah, yang ko ajak aku minum ni, kenapa?"

"Aik, takkan tak boleh kot...? Selama ni mane ade ko tolak pelawaan aku ni.. Selalu kan kita lepak kat warung ni..? Takkan dah ade orang larang ko kuar dan minum ngan aku ni..?"

"Tau takpe! Lagi beberapa minggu ni, aku bakal jadi tunang orang!"
"Gulp..! Ko biar betul? Tak caya lah aku! Baru kejap tadi ko cakap dah terima lamaran alien. Ni ko kata nak bertunang pulak? Sapelah mamat malang yang dapat ko tu yerkk…?"

Johari meletuskan ketawanya kuat-kuat.. Naik pekak telinga aku dengar suara Johari yang tak payah pakai mikrofon ni... Kuat betul suara dia ni...! Bingit betul telinga aku. Orang Bangla yang dok pandang aku tadi memandang padaku lagi. Aku menunjukkan penumbuk padanya terus dia berpaling ke arah lain.. Hah, tau pun takut!!

"Wei, ko nak gelak pun, cover-cover lah sikit... Bernanah telinga aku ni dengar suara ko yang macam kingkong tu...! Dah lah mamat bangla tu dari tadi dok pandang aku.." Aku menjuihkan mulut ke arat Bangla tu. Johari yang tengah minum teh tarik dia tu terus memandang ke arah yang aku tunjukkan. Lalu Johari tersenyum..

"Bangla tu syok kat ko kot... Ala.. kira ko laku jugak la kan.. Ok ape? Daripada ko tak laku langsung... Haha...!" Johari ni kalau gelak memang la tak reti nak cover langsung.. Buat malu aku betul la.. Nasib baik lah ko ni bukannya balak aku... si Johari oii....!

"Sape yang jadi tunang ko tu?" Johari bertanya setelah gelaknya reda. Lepas tu aku tengok muka dia pun tegang semacam.. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.. Tak berani pulak aku nak tanya kenapa.. Entah kenapa dengan Johari ni. Berkawan denganJohari ni memang nak cari nahaslah… Sebabnya mood dia tu.. Sekejap elok, sekejap tak… Fuhh..Entah kenapa lah aku boleh bertahan kawan ngan malaun sorang ni..

"Ntahlah.. Aku tak berapa kenal sangat.. Famili aku aturkan.. Aku tukang setuju je la.. Ye la nak jadi anak mithali, kena ikut cakap parent kan??"

"Dah tu ko betul-betul suke lah mamat tu??"

"Aku tak fikir lagi nak suke ke tak. Dah aku tak kenal, nak suke apenya.. Lagi pulak nak jatuh cinta.. Eii..geli aku!!"

Aku menggoyangkan bahu tanda tak suka. Johari aku tengok serius aje bila bercakap hal bakal tunang aku ni.. Tapi aku tengok dari reaksi Johari dia macam tak suke je dengar aku cakap yang aku ni nak bertunang. Tapi kenapa dia ketawa tadi? Heran aku..

Mungkin Johari ada sebab buat begitu.. Aku dan Johari dah lama kawan sejak aku mula-mula masuk kerja kat sini dulu. Ada pada suatu hari tu, Johari luahkan perasaannya nak jadikan aku kekasih dia, tapi aku gelakkan dia sebab aku ingatkan Johari sekadar nak berlawak aje... Mana mungkin aku nak bercinta dengan dia. Aku tak pernah suka kat siapa-siapa pun.. Inikan pula Johari yang aku anggap sebagai teman sekerja saja. Lagipun aku tak suka nak bercinta ni.. Buang masa aje...

"Habis tu.. aku ni macam mane? Sampai hati ko, Shima!"

"Eh, yang ko emosional sangat ni, kenapa? Apa pulak dengan ko? Setahu aku, kita tak pernah feeling pun.. Kita kan best friend… Setakat best friend okey??” ulangku ..

“Tapi…..?”

“Cinta pun tak pernah! Jangan-jangan ko ni jatuh hati kat aku kott....?" Aku serkap jarang.. Saja nak main-main. Nak juga tahu perasaan jantan yang seorang ni kat aku bagaimana kan??

"Selama ni bila aku cuba ngorat ko, ko tak layan pun.. Ko asyik ingat aku main-main je.. Bunga yang ko selalu buang dalam tong sampah tu, ape? Kalau bukan dari aku? Siapa lagi yang nak suke kat ko kalau bukan aku.."

"Eh, ko cakap macam ni, macam lah takde lelaki lain yang suke kat aku! Macam la aku ni tak cantik sangat sampai takde orang nak pada aku.. Lagi satu macam mana aku nak ada perasaan kat ko? Selama ni kita baik sebab kita kawan. Tak lebih pun dari tu. Mungkin ko anggap kemesraan tu lain tapi bagi aku, layanan aku pada ko sama cam aku dengan Hakim.." Aku cuba berdiplomasi dengan Johari. Lelaki ni, kita kena berlembut sikit..

“Lagi satu, bunga tu aku tak minta pun! Yang ko belikan juga untuk aku, apesal?”

Naik hantu aku dibuatnya bila Johari tak berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Kami pun dah nak bertekak ni. Mengada-ngada betul! Dah aku tak suke kat die, nak paksa-paksa pulak!

Johari merenung tajam padaku. Geram lah tu.. Cintanya bertepuk sebelah tangan. Mungkin selama ni dia menganggap aku melayannya seperti seorang kekasih tapi aku tak pernah memberi harapan sebegitu padanya. Johari sekadar kawan.

Segera aku mengangkat punggung untuk pergi dari situ namun rentapan tangan Johari membantut pergerakanku. Johari menghalang aku dari pergi.

“Ko nak pergi mane tu? Nak tinggalkan aku lagi…?” soalan Johari aku biarkan sepi. Aku cuba melangkah juga namun……..

“Aku tak izinkan ko pergi dari hidup aku lagi, Shima!”

Wah-wah mamat seorang ni, ingat aku isteri dia ke? Tak izinkan konon.. Naik meluat pulak aku dengar ayat-ayat jiwang karat Johari ni. Nak kena ni… Kami kat warung mamak ni macam nak wat movie Hindustan pulak. Lagi lah menjadi movie tu sebab kebanyakan pelakon pembantunya tuuuuuu…yang kat belakang kami tu, siapa lagi kalau bukan mamat Bangla tu.. Memang macam dah kat Bollywood ni.. Silap satu aje.. hidung hero heroin dia tak mancung macam Bangla tu.. Kalau tak memang dah menjadi aksi kami ni.. Kuch Kuch Hota Hai ke… Tak pun Dil To Pagal Hai… Kuikui…

‘Johari! Aku nak balik lah.. Perempuan macam aku ni kan tak elok balik lewat sangat. Ko sendiri yang selalu pesan kat aku. Ko tak dengar azan dari masjid tu tadi? Dah Maghrib ni, aku nak balik, nak sembahyang. Aku tak nak jadi mahkluk Allah yang bertanduk dua tu..” jelasku pada Johari.

Johari mengangkat kening. Kemudian berpaling ke belakang. Agaknya dia malu kot…? Johari bangun setelah meletakkan bayaran untuk minuman kami di atas meja. Meninggalkan aku yang terkebil-kebil di situ. Aik, tak ajak aku balik pun…? Dah merajuk agaknya mamat ni.. Aku pun tak nak tunggu lama kat warung mamak ni.. Banyak betul ‘setan’ kat sini.. Tak nak aku kena usha ngan ‘setan’ kat warung ni.. Ape kelassssss!!! Hihi…


Terkejut beruk aku menerima surat dari bahagian pengurusan kilang. Akhirnya apa yang aku takutkan berlaku jugak. Lepas ni terpaksa lah aku cari kerja kat tempat lain. Yang hairannya, Johari tak terima surat tu pun. Maknanya dia akan terus kerja kat sini. Mungkin rezeki dia memang di sini.

Mm.. takpelah, mungkin rezeki aku kat tempat lain. Dan aku bersyukur sangat-sangat sebab lepas ni aku akan berjauhan dari Johari.. Tak sanggup nak berdepan dengan Johari. Sejak peristiwa kat warung mamak tiga hari lepas, aku dan Johari dah tak bertegur sapa. Kalau ade pun, Johari hanya tahu nak melenting aku.. Mentang-mentang lah dia tu senior aku…

Sebelum ni, setiap kesalahan aku ditegurnya dengan lembut tapi sekarang dia tahu nak marah saja. Walaupun kesalahan tu cume kecil aje tapi Johari marah aku depan semua pekerja lain..
Naik malu aku dibuatnya. Wah… gara-gara aku menolak cinta dia, ini lah tempiasnya yang terkena kat aku.. Memang mengucap panjang aku masa tu..

Dengan surat ni, aku boleh berambus dari kilang ni.. Aku akan menjauhkan diri aku dari Johari. Dan yang paling penting dari Cik Natasha yang gedik tu. Gedik mengalahkan sotong lembik ajer… Perasan bagus la tu…

“Huh, bagus!! Akhirnya minah yang mengacau jalan aku kat ofis ni akan blah dari sini.. Aman sikit dunia aku…” lontaran ayat-ayat dari bibir mungil Cik Natasha tu benar-benar menggugat kewanitaanku. Masa tu Cik Natasha dengan kawan baiknya, Elly yang sama gedik dengan dia. Takpelah, aku pun tak hingin nak lama-lama kat kilang ni.. Sah lah dua ekor pontianak ni nak mengata pasal aku..

“Lepas ni boleh lah ko teruskan agenda yang terbantut dulu tu kann??” tutur Elly lalu menjeling aku yang melewati di depan mereka. Lepas tu mereka gelak terbahak-bahak.

“Alaa.. ko ingat bos kita tu minat dengan minah tomboy tu..? Takde maknenya.. Gosip pasal abang Yazid aku tu minat dengan tomboy tu sekadar goreng pisang panas aje.. Sekejap je la.. pastu hilang.. Tak mungkin bos tu minat ngan pompuan tu.. Bos minat orang macam aku ni jee… Bos kita nak gadis yang ayu dan lemah lembut macam kita ni.. Baru lah boleh jadi menantu pilihan parents bos kita tu..!”

“Oo.. really? That’s mean aku pun boleh try jugak la ye…?”

“Banyak cantik muke ko..! Maybe ko pun nak merasa juga diberhentikan kerja macam minah tomboy tu..”

“Ko ingat aku betul-betul ke? Boyfriend aku tu nak letak mana? Pacak kan dia atas tiang? Aku kawan ko, dah tentu aku sokong ko… Ape pun, idea ko memang bernas.. Sekali cakap ko, semuanya bos percaya.. Cayala.... Haha..!”

Mendengar perbualan mereka berdua, naik loya tekak aku. Gedik nak mampuss!!! Terhalang hasratku nak bertemu dengan Encik Yazid. Aku nak tahu kenapa aku diberhentikan. Tapi bila aku dengar sendiri dari mulut Cik Natasha, aku dah dapat agak, kenapa aku diberhentikan.. Sahlah ini perbuatan minah gedik tu.. Gila kuasa betullah!! Mungkin betul apa yang mereka cakap tu.. Cik Natasha sekarang menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang sesiapa yang akan memusnahkan impiannya.

Sebab kebanyakan yang diberhentikan kerja tu semuanya rapat dengan aku. Mungkin ia ada kena mengena dengan aku??




“Eeii..geram betul aku dengan sotong lembik tuuu!! Dah la lembik, gatal nak mampus!” aku menjerit lantang hingga terkejut kawan serumahku, Ita. Masa tu dia tengak melantak Maggie. Habis tersembur keluar Maggie yang ada dalam mulut. Kesian pulak tengok dia..

“Ko ni kenapa? Terjerit-jerit macam orang gila aje…! Tengok habis Maggie aku ni. Sampai tumpah ko buat. Dah lah aku tengah kebulur ni.. Ko ganti balik!” marah betul Ita kat aku..

Ita bangun dari kerusinya lalu ke dapur untuk mengambil mop. Agaknya Ita nak lap lantai yang dah kotor tu. Terpelanting mangkuk Maggie tu kerana terkejut dengan jeritan aku tadi.. Alahai..! Sorilah, kawan.. aku tengah angin ni…

“Dalam dua minggu ni, ko asyik ulang kemarahan yang sama jer.. Relaks la.. Kerja lain kan ade lagi.. Ko dah apply ke belum kerja tu..? Hari-hari beli paper. Try nya tak jugak. Berlambak jawatan kosong tu kat paper.. Tapi aku tengok ko ni cam takde reaksi je dengan sume tu.. Kenapa?? Ko nak tunggu bulan tu jatuh kat riba ko ke? Aku agak kalau bulan tu jatuh kat ko sekalipun belum tentu ko larat nak pikul. Tak faham aku ngan ko ni..”

Aku pandang Ita yang tengah mengelap lantai sambil membebel tu. Bebel macam murai yang tercabut ekornya. Sabar je la.. Tapi memang betul katanya. Dah dua minggu aku jadi penganggur terhormat kat rumah ni.. Sebenarnya aku pun boring gak duduk rumah, tiada kerja yang nak dibuat.

“Aku geram lah bila difikirkan apa yang berlaku hari tu. Tak sangka Cik Natasha tu sanggup main kotor kat belakang aku. Dia bodek bos supaya aku diberhentikan. Sedangkan ramai lagi pekerja lain yang lembap kalau nak dibandingkan dengan aku ni.. Sudahlah kelayakan yang macam aku ni susah nak dapat kerja. Cik Natasha tu ingat aku heran sangat ke nak kerja kat kilang tu..? Mentang-mentang lah position dia lagi tinggi dari aku.”

“Apa nak susah? Sekarang ko tak perlu nak memlilih kerja sangat. Ko ambik saja apa yang ada.. Ko interview saja apa jawatan sekalipun. Janji ko dapat kerja!”

Ita meluahkan apa yang terisi di fikirannya. Betul jugak katanya. Tak patut aku memilih kerja sekarang… Tapi aku nak kerja kat mana??

Malam tu, Nurul yang baru balik dari tempat kerjanya terus menghulurkan satu borang padaku. Bila aku baca borang tu… Hah?? Borang permohonan jawatan personal secretary? Secretary tu aku tau la.. tapi kenapa mesti ada personal di belakangnya?? Takkan nak pergi mana-mana kena ikut bos pulak kot???

Konfius-konfius!! Ni nak isi ke tak nak ni…? Layak ke aku jadi secretary ni?? Selalunya nak jadi secretary kena cantik orangnya.. Kena pakai make-up, baju kurung, kasut tumit tinggi.. Yerkk!! Mana pernah aku jadi macam tu.. Takkan aku kena jadi gedik pulak? Takkan aku nak kena jadi sotong lembik macam Cik Natasha tu??

Mak aihh..! Dulu bukan main aku kutuk Cik Natasha tu, sekarang aku kena jadi macam die ke??
Eii.. pening-pening! Tapi kena isi jugak borang ni.. Penat-penat Nurul ambil bawa balik borang ni untuk aku.. Tak baik hampakan kawan. Lagipun aku cuma perlu isi je.. Belum tentu dapat lagi jawatan tu.. Apepun baik aku tidur dulu.. Krohh……..zzzzzzzz!!!



























Reaksi anda : 

Jangan Menangis Sayang 2

Malam tu, ibu dan ayah pakat gelakkan aku. Eii... naik geram dibuatnya. Patutnya masa tetamu tu ada tadi, diorang bagitahu la. Ini tak, dibiarkan keadaan aku macam tu sampai tetamu tu balik. Malu betulla...
Aku tengok bukan main suke ibu dan ayah sebab pinangan dah diterima. Tu pun sebab aku tak nak kecewakan mereka. Tak nak lah jadi anak derhaka. Tak cium bau syurga tau..!! Yelah..sebelum ni pun aku dah banyak kali menolak setiap lamaran yang datang ke rumah. Bukannya apa, aku ni masih tak bersedia lagi.. Dan dengan penampilanku yang agak kasar ragu-ragu juga lah nak terima lamaran mereka semua tu.. Bimbang bila dah bergelar isteri, terkejut beruk mereka tengok aku nanti.. Tapi kann... dalam kasar-kasar aku ni, ada jugak yang berminat nak jadikan aku permaisuri rumah tangga mereka.. Bukan seorang je, kalau diingat semula maunya dekat sepuluh lamaran yang datang dulu tu... Haha... ! Lariskan aku nii...??

Nak tahu apa yang menyebabkan aku malu petang tadi? Bila diingatkan semula, memang aku malu. Dah lah banyak mata yang tengok tadi. Patutlah mereka semua tersengih-sengih serupa kerang busuk. Aku pun tak terfikir tentang penampilan aku siang tadi. Yang aku tahu, aku mesti dah bersiap masa tu. Angkara ibu la ni.. Nak suruh aku bersiap lekas... Kalut dibuatnya.. Bukannya nak bagitahu ada tetamu penting datang.

Aku sendiri pun lupa yang aku dah campurkan air dalam bedak sejuk aku tu. Biasala time cuti ni kan.. Masa nak merehatkan muka la kononnye.. Hihi.. macam la aku ni suke sangat mencantikkan diri cam kaum sejenisku yang lain tu. Eh, mengaku pulak aku ni yang aku ni kaum sejenis yang tuu.......! Apalagi masa aku tempelkan bedak sejuk tu kat muka, wajah aku dah jadi lain. Tau-tau ajelah bila letak bedak sejuk kat muka jadi macam mana kan?? Dah jadi macam mak nenek.. Boleh tukar profession tu, jadi nenek kebayan tua. Rambut palsu entah hilang kat mana masa aku terjatuh depan bilik aku tu. Alamatnya tetamu tu nampak lah rambut aku yang serupa lelaki tu. Dengan baju yang amat lah besar tu, langsung tak kena dengan penampilanku yang kurus kering tu. Dah jadi pontianak fesyen mana ntah! Korang agakla, ada tak pontianak yang berambut pendek? Takdekan? Entahlah, malunye...!

Yang aku hairan lagi tu, mamat yang namanya Affendi tu tetap terima aku gak walaupun aku dah buat dia jadi malu tahap cipan petang tadi. Kalau lelaki lain, awal-awal lagi dah reject! Ingatkan bila aku letak hantaran tinggi-tinggi, mamat tu tak jadi nak ambil aku sebagai isteri. Tapi dia tetap nak aku jadi isteri dia. Entah apa yang dia nak dari aku sebenarnya. Awal-awal lagi dia dah tengok penampilan aku macam mana. Tingkah laku aku yang seperti lelaki itu seperti tidak menjadi hal buatnya. Lagipun bukannya aku pandai sangat dalam membuat kerja rumah.

Malam tu aku masuk tidur lebih awal dari yang sebelumnya. Tak larat aku nak berdepan dengan kerenah ibu dan ayah yang tak habis-habis gelakkan aku dari tadi. Bukannya nak tolong backup kan, lagi diperli adala...

"Entah apa fesyen Shima tunjuk kat depan bakal keluarga mentua ye?? Ada pertandingan ratu fesyen ke petang tadi? Ala-ala akademi fantasi tapi yang ni namanya akademi fesyen.. Hehe...Ramai jugak lah yang jadi jurinya tadi.. 'Cantik sangat' " perli ayah yang tersengih-sengih di tepi ibu sebentar tadi. Aku ketika itu baring di kusyen sambil menonton TV.

"Tu nasib baik jurinya terus bagi markah penuh tadi, kan abang!! Terus dapat hadiahnya dua bulan lagi.. Hai..untungnya anak kita ye bang... Tak sabar saya, bang!!"

"Lepas ni kamu kena ubah la, Shima! Jangan nak jadi jantan dah... Simpan rambut tu.. Bagi panjang sikit... Nasib baik nama tak bertukar. Kalau nama pun berubah, agaknya terus jadi laki kamu ni, Nama dah elok-elok ayah letak Nazatul Shima tu. Jangan nak tukar jadi Naza ke, Shim ke! Haram kamu tau tak??" sambung ayah lagi.

"Haram apenye, ayah! Ish.. tak baik tau kata haram.. Benda tak haram kata haram...!"

"Bukan itu maksud ayah! Ayah tak mahu lah anak ayah yang seorang ni jadi lelaki.. Ayah suke tau masa mula-mula dapat Shima dulu.. Ayah nak sangat anak perempuan.. Ni, ibu kamu ni......"

"Ala.. abang..! Biarlah.. Sekurang-kurangnya merasa gak saya ni ada anak laki walaupun Shima ni perempuan..."

"Hah, tu la kamu! Menggalakkan budak tu lagi. Untung la mereka nak ambik Shima tu jadi menantu. Walaupun muka tu tadi dah macam kena salut dengan tepung, budak bertuah ni boleh tunjuk garang lagi kat depan bakal laki dia tu... Sudahlah muka macam hantu...."

Aku terus menekup telinga dan berlari masuk ke bilik. Malu beb! Dah masuk dalam bilik dan kunci pintu pun aku masih mendengar gelak ketawa ibu dan ayah berselang seli sambil bercerita tentang hal petang tadi.. Malunya aku mendengar kata-kata kedua orang tuaku.

Ahh,, Lantak lah, yang akan kahwinnye, aku! Bukannya mereka.... Tapi...eii.. kenapa aku takut sangat ni...? Mm... Mana lah aku tak takut, tarikhnya dah nak dekat ni..
Dua bulan dari sekarang, aku secara rasminya akan menjadi tunangan orang. Tunangan kepada lelaki yang tidak kukenali hati budinya. Bersediakah aku untuk melangkah ke alam baru ni??

*************

Cuti dah habis semalam. Kini aku berada di depan rumah sewaku setelah lebih kurang empat jam memandu kereta dari kampung.. Penat rasanya memandu kereta Myvi yang kubeli bulan lepas. Ni pun puas kena dengar ceramah dulu. Perempuan tak elok naik motor la.. Nanti ada orang mengorat lah, takut accident la.. dan macam-macam lagi.. Mulut ibu mana boleh tutup. Ada aje yang nak ditakutkan kat aku.. Yela, sebelum ni aku pakai motor aje. Motor cabuk ayah aku. Haha.. cabuk-cabuk pun leh gak aku bawak merempit kat kota Kuala Lumpur ni. Taklah laju sangat.. cukuplah sekadar boleh aku bawa pergi kerja tu.. Semalam ayah aku dah ambil balik motor dia. Dah tak bagi aku bawak motor dah.. Katanya aku nak kena tukar zaman dah.. Entah zaman ape ntah aku pun tak tau la..

Kalau ade laki kan best, boleh gak dia yang memandu dan aku yang duduk sebelahnya. Ish..Ish.. Ape yang aku merepek ni? Kahwin pun tak lagi ada hati pulak nak ada laki.. Opss.. suami laa...! hehe...

"Shima..!" jerit kedua orang member serumahku serentak menyambut kepulanganku. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka. Tiba-tiba aje langkah mereka terhenti kat pintu pagar rumah sewa kami. Mulut tu dah ternganga dah.. Hah, pelik la tu...! Menyampah tul aku...

"Tutupla mulut tu dulu. Kang masuk lalat dalam mulut, baru tau.!! Siap bertelur lagi nanti... Kah!Kah!!"

Ceh, sempat lagi aku buat lawak antarabangsa kat depan diorang ni..

"Betul ke ko ni, Shima or alien cantik mana ntah erk??" soal Nurul yang dah mula mendekati aku. Dipandangnya aku atas dan bawah. Pastu Nurul belek-belek muke aku.. Siap pusing-pusingkan lagi badan aku ni.

"Tiba-tiba aje jadi cantik, buang tebiat ke?" Nurul menyapa dengan rasa terkejutnya. Bukan Nurul saja, Ita pun sama. Kagum lah tu..hehe..

"Apa? Selama ni aku tak cantik ker??"

"Cantiknyeee..........!" puji Ita..

"Woitt...! Ape ni? Pening aku!! Dah... Ke tepi..!! Kasi puteri raja ni nak lalu dulu.." Aku mengomel lagi. Aku try la jalan gedik-gedik kat depan diorang. Rasa nak patah jugak la tulang punggung aku ni... Saje nak tunjuk eksyen..Hihi...

Bukkk!!

Ayoo!! Appa!! Amma...!!!!

Sakitnya lutut dan kaki aku. Tumit kasut tinggi yang kupakai dah tercabut. Sial tul kasut ni. Mentang-mentang la aku tak pernah pakai ko.. Buat dajal kat aku yerr.. Ko malukan aku ye.. Tak guna punya kasut...

Aku tanggalkan kasut berwarna merah itu lalu dibaling kat tepi jalan... Sekali terkena kat seekor anjing yang lalu depan rumah.. Apa lagi, menyalak kuat la anjing tu siap nak kejar kami lagi.. Aku cepat-cepat buka lanngkah seribu masuk terus dalam rumah.. Nurul dan Ita aku tak tahu lah jadi apa.. Yang penting selamatkan diri dulu..

Kat belakang aku, Nurul dan Ita dah ketawa bagai nak runtuh halaman rumah kami tu... Dengar mereka gelak aje, aku cebikkan bibir. Buat-buat muka kesian la pulak!. Saje nak raih simpati diorang ni.. tapi.... gelak diorang makin menjadi-jadi pulak.. Si Ita pula dah guling-guling atas lantai tu sambil tekan perut dia. Ingat aku ni sarkas ke apa...? Mentang-mentanglah aku yang hampir nak dikejar anjing.. Taulah aku dah kacau ketenteraman anjing tu tadi.. Eii.. takpe... ade lori ada bas, ada hari aku balas...Sakitnya hati aku nii...

"Takde ole-ole ke, Shima? Penat kami tunggu ko ari ni.. Sampai sanggup cancel dating minah sorang ni!" kata Nurul sambil bibirnya dijuihkan kepada Ita dengan sisa ketawa yang masih ada. Tak guna punye member. Ole-ole yang ditanyanya dulu.. Ni masa nak balas dendam ni.. Tunggu la korang...!

"Ole-ole tarakk!!" kataku mengajuk cakap orang India..

"Takkan takde langsung? Punye lah lama samapi seminggu ko balik kampung, tak kan tak panjat langsung pokok kat dusun belakang rumah tu..?" giliran Ita pula menanya.

"Woii.. Ko ingat aku ni jantan ke nak panjat tu? Agak-agak la.."

"Eh, bukan sebelum ni ko jantan ke? Ke hulur ke hilir naik motor cabuk kononnye nak merempit mengalahkan orang jantan. Pakaian pun cam kaum tu gak.... Jalan pun ganas semacam jee...
Haha.. Lupelah pulak.. Ni apasal tukar dressing ni? Perubahan yang drastik ni.."

Nurul ku nampak macam kecik aje kat mataku ni. Rasa nak campak-campak aje biar sampai kat Brazil nun... Suka nak menyakitkan hatiku. Kot-kotla nak menggalakkan aku dressing macam ni lagi tapi memang lepas ni aku dah taknak pakai macam ni lagi. Boleh sakit seluruh badan aku ni. Tulang aku dah cukup keras sebelum ni tiba-tiba aje nak kena kembut pula.. Malas aku!

"Shima yang comel dan manis..! Tak sayang kat kami ke? Sian kami tau.. Meh aku cium ko!" bodek Ita.. Eii tak maula aku.. Nanti orang ingat kami lesbian pula. Ita dah mula cuba taktik membodek dia tu..

"Woit.. Shuh...! Ketepi! Tak yah nak bermanja aku.."

"Haha... Ko ingat aku betul-betul nak cium ko ke? Tak nak aku! Suruh cik abang ko aje yang cium! Mm.. macam ade bau semacamje! Bak sini kunci kereta ko!"

Ita merampas kunci yang berada di tanganku. Kuat betul deria bau Ita ni.. Hampeh betul!! Diorang tinggalkan aku dan menghampiri bonet kereta aku. Bila bonet dibuka aje, terlonjak-lonjak mereka berdua macam dapat loteri aje.. Memang hantu durian betullah!!!!!

"Hah, jangan lupa angkat sekali beg aku tu," jeritku yang dah terpacak depan pintu rumah kami sambil mencengkak pinggang...

"Tu dah tolong angkat beg tu, mana upahnya, Shima? Hehe..." gelak Ita, masih mengangkut durian.

"Ewah-ewah! Durian tu bukan upah ke? Dah naik busuk kereta aku disebabkan korang. Badan aku pun sama.. Habis satu kereta berbau.. Memang hantu durian betullah korang ni! Mentang-mentang lah sekarang ni musim durian.." aku membebel kat diorang. Alamatnya esok kena hantar kereta pergi cucilah. Nasib baik pesan ibu supaya meletakkan arang dalam kereta tu aku buat. Kalau tak maunya setahun bau busuk tu tak hilang..

Haii.. Apelah nasib dapat member serumah macam diorang ni.. Pantang aje tiba musim durian mesti suruh aku bawak buah tu dari kampung. Tau lah keluarga aku ada dusun durian kat belakang rumah tu. Kot la nak hulur sikit duit tu.. Ni tak, order pakai air liur aje, beb!! Uihh.. Nasib baiklah diorang ni member rapat aku kat sini.. So.. taklah aku berkira sangat... Cuma diorang ni tak lah spesis dengan aku yang berpakaian cam jantan ni.. Diorang ni memang perempuan melayu terakhir. Ayu je dari hujung kepala hingga ke kaki.. Hehe..

"Banyaknye ko bawak, Shima! Best la ko, Shima. Tak rugi aku cancel dating dengan tunang aku, si Farid tu.." ujar Ita lalu mengusung semua durian yang ada ke dapur.

"Dah macam kuli aje korang tu.. Hehe.. padan muka! Siapa suruh korang minta aku bawak? Hah, cepat sikit! Penat dah ke, Nurul?" aku bertanya kepada Nurul yang kelihatannya termengah-mengah mengusung durian tu. Memang besar dan berat buah yang aku bawa dari kampung tu..

Aku melepaskan penat di atas sofa empuk kami tu. Kucapai remote control TV dan menukar siaran. Entah drama apa yang diorang tengok tadi.. Macam tak best aje!! Hah, ni baru best... Aku terus melayan hingga mata mulai tertutup rapat...

**********

Sudah tiga hari aku berada di Kuala Lumpur. Maknanya tiga hari juga aku meninggalkan kampung halaman. Cerita tentang pinangan yang sudah keluargaku terima itu belum lagi kuceritakan pada Nurul dan Ita. Bukannya apa, takut diorang tu gelakkan aku aje.. Boyfriend pun takde, inikan pula nak kahwin. Maunya terkejut beruk diorang tu nanti. Bukannya aku tak tau perangai Nurul dan Ita tu macam mana..

"Shima! Lama tak nampak! Baru laa ni nampak hang punye batang hidung.. Amboii.. makin cantik nampaknye hang ni.. Berseri-seri aje aku tengok.." Hakim, teman sekerjaku cuba serkap jarang dengan loghat utaranya itu.. Masa tu aku tengah check stok wayering yang akan diguna esok. Kebetulan Johari ada sama membantu aku. Johari hanya tersenyum mendengar usikan Hakim itu.

"Hang ni pun... la ni memang la hang baru nampak aku.. Seronok ka pergi kursus? Kursus dua hari je tapi mintak cuti sampai seminggu. Awat lama sangat mintak cuti?" Aku pun terikut loghat utara si Hakim ni..

"Ala..hang pun sama jugak kan?? Bukannya aku tak tau hang pun cuti sama ngan aku.. Silap-silap staff lain ingat kita pergi nikah kat Siam tuu..."

"Kahwin dengan hang? Mintak dijauhkan la.. Tak hingin aku...!"

"Entahnya hang ni, Hakim! Awat nak bernikah kat Siam?? Punya la banyak tok kadi kat Malaysia, kat Siam juga nak pergi bernikahnya.. Takkan nak buat Shima ni jadi bini nombor dua kot..." Johari tiba-tiba menyampuk. Geram betul aku dengan lelaki dua orang ni.. Sedap-sedap kutuk aku ye.. Tau lah aku seorang je perempuan kat sini..

"Nombor dua pun ye... kahwin free pun iye...!! Haha...!!" gelak besar si Hakim dengan ayatnya tu.. Woo.. ingat aku barang murah ke? Ingat boleh dapat kat pasar malam tu..? Aku cuma mendengus geram.. Takpe..takpe..

Tadaa!!!"

Hakim menunjukkan tangannya. Ada tiga jari yang berinai. Aikk.. takkan dah kahwin kot!!

"Lepas ambik kursus hari tu, terus aku bertunang. Taknak la tunggu lama-lama. Aku ikat dulu si Najwa tu!" seraya Hakim senyum melebar.. Menerangkan apa yang terjadi sewaktu dia bercuti dulu. Aku tersenyum cuma.. Patutla berseri semacam aje.. Seri orang bertunang la katakan...

"Tak sabar nampaknya." Johari pula yang menyampuk.. Sama-sama menyakat Hakim. Serentak itu juga aku ketawa..

"Bunga idaman aku tu kan ramai peminat! Sendiri paham la.. Kang aku jugak yang gigit jari.."

Memanglah aku paham.. Aku kenal sangat dengan Najwa tu. Akauntan kat tempat aku ni.. Cantik orangnye. Sopan dan berbudi bahasa. Beruntung sungguh Hakim kerana mampu memilik Najwa itu. Aku dengar dah ramai lelaki kat tempat kerja aku ni cuba tackle Najwa tapi semuanya tak layan. Dengan Hakim ni, layan pulak! Tu yang aku heran tu... Apa yang lebihnya kat Hakim tu, tak tahu lah aku.. Sebabnya Hakim ni gila-gila sikit orangnye... Mungkin sebab tu Najwa suka kot.. Alaa.. Lantak lah, bukannya ade kaitan dengan aku pun... Hihi...

Tiba-tiba aje gelak ketawa dan perbualan kami terhenti.. Aikk! Ada malaikat lalu ke? Uhh.. Seram pulak aku.. Aku jeling Hakim dan Johari dengan ekor mata. Nampak mulut Johari muncung semacam aje sambil matanya cuba menunjuk ke belakangku.. Apa ni?? Segera aku berpaling... Alamak!!

**********

Di bilik penolong pengurus besar,

"Awak tau tak cuti hari tu saya tak luluskan?? Kenapa awak cuti jugak? Siapa bagi kebenaran awak untuk cuti..? Kalau cuti sehari dua takpelah juga, ni tak, cuti sampai seminggu. Nak kata kahwin, jari tak berinai pun... Ikut suke hati aje nak cuti yee..."

Berdesing betul telinga aku ni mendengar suara yang macam halilintar itu. Bergema rasanya bilik ni.. Kot iye pun nak marah, slow talk lah... Nama je bos nombor dua tapi perangai dia ni macam lah dia ketua dan pengurus besar kat sini... Taula awak tu tak lama lagi nak jadi bos besar..! Belum naik tahap tu lagi dah nak eksyen.. Perasan dia ni bos besar la tu... Menyampah betul!!! Dah la banyak soalan tadi. Entah mana satu aku nak jawab...

"Hakim tu cuti seminggu jugak, Encik Yazid..!!"

"Hakim tu tok sah nak cite la.. Memang saye dah approve cuti dia tu.. Lagipun dah lama dia apply.. Yang awak ni.. borang cuti pun lambat isi.. Esok nak cuti, hari ni baru apply... Ingat senang saya nak approve cuti semua staff kat sini..."

"Sebenarnya saye... saye...."

Ni yang aku betul-betul menyampah ni, tiba-tiba aje si minah paling gedik kat tempat kerja aku ni main masuk je bilik Encik Yazid tu... Siapa lagi kalau bukan Cik Natasha tu yang merangkap bakal isteri Encik Yazid ni. Itupun kalau lah mereka ade jodoh kan?? Hehe.. tak patut betul aku cakap macam tu kan? Macam la aku mendoakan mereka berdua ni takde jodoh. Terbantut terus aku nak bagi jawapan kat Encik Yazid. Tapi elok jugalah Cik Natasha ni masuk sebab aku sendiri pun tak terfikir lagi jawapan yang aku nak kelentong kat Encik Yazid..

"Sayanggg...! Kenapa u hantar report ni semula kat i? Yang u circle kat sini..sini... kenapa? Takkan salah lagi...? I dah check betul-betul report ni.. Takde yang salah pun..." suara manja Natasha kedengaran. Uihh... Bertaik telinga aku mendengarnya.. Silap-silap boleh cair taik telinga dengar suara manja Natasha ni.. Ada gak makhluk Tuhan yang spesis macam sotong lembik ni.. Lembut sangat... Naik menyampah dibuatnya..! Aku pun perempuan jugak tapi taklah gedik macam Natasha ni...

"Please, Natasha..! You jangan nak manja-manja sangat kat sini, boleh tak? Yang you main redah masuk bilik i ni kenapa? Tak reti lagi nak ketuk pintu tu dulu??" tengking Encik Yazid.

"Eh, you ni!! Dulu i tak ketuk pun, you kasi i masuk..." Natasha cuba bela diri..

"Dulu lain, sekarang dah lain.. Kita ada law kat ofis ni.. You ni langsung tak hormat i sebagai bos you kann??"

Hah, tu dia!! Kan dah dapat sebijik! Sape suruh cari nahas? Kan sendiri dah kena.. Natasha dengan rasa malu yang amat sangat segera keluar dari bilik Encik Yazid. Mesti dia malu sebab kena marah depan aku.. Nak pula Encik Yazid tu yang marah.. Lagilah malu... Tapi apasal Encik Yazid ni tiba-tiba aje naik angin..?? Takkan datang bulan kot?

"Awak, Shima! Jangan ambik cuti sesuka hati selepas ni. Seminggu sebelum nak bercuti, isi borang apply cuti dulu.. Awak ingat ini company bapak awak, awak boleh cuti sesuka hati? Jangan ulang kesilapan ini lagi, tau tak?"

"Memang lah ini bukan company bapak saya.. Saya makan gaji je kat sini.. "

Alamak, beraninya aku menjawab! Ish.. apalah mulut ni.. Berani betul dier! Hah, tengok tu muke Encik Yazid. Dah merah menyala pun.. Takut lah pula... Tapi memang bukannya aku nak sangat pun kerja kat sini.. Dah terpaksa.. Kalau tak, aku kena jadi penganggur terhormat kat kampung tu.. Tak pun tunggu orang masuk meminang aje.. Shima, sabar-sabar!!!

"Hah, menjawab!! Menjawab!! Tak berdisplin langsung awak ni ye... Awak nak saya potong gaji awak ke??" marah Encik Yazid lagi..

Alamak, ni yang malas ni.. Encik Yazid ni memanglah, sengaja nak buat aku lemah bila sentuh bab gaji ni... Dah lah gaji seciput je... Duduk kat kota besar macam Kuala Lumpur ni, mana cukup kalau nak banding dengan gaji aku sekarang... Geram betul dengan Encik Yazid ni..

"Hah, apa awak tunggu lagi kat situ..? Keluar sekarang!!!" pekik Encik Yazid..

Kurr...!! Merundum terus semangat aku.. Berkecai semangat tu jatuh kat lantai... Nyaring betul suara Encik Yazid ni.. Ingat aku pekak ke sampai nak terjerit-jerit?? Aku pun segera menapak keluar dari bilik Encik Yazid.. Perangai macam singa jadian je... Ketika aku berdiri kat luar bilik Encik Yazid, aku tengok kecoh semacam je ofis tu... Semua staff kelam kabut. Masing-masing berlari ke satu arah.. Ish..Kenapa tu? Apa yang terjadi kat sana?? Kenapa mereka berkumpul kat tempat tu?? Ni yang buat aku hairan ni? Ada ape ni??







































Reaksi anda :