Jangan Menangis Sayang 13


“Shima, pelase..! Jangan buat saya macam ni. Saya tahu tindakan saya selama ni pada awak salah.. Saya terlalu sayangkan awak. Cuma saya ego! Saya tak mahu akui perasaan saya pada awak. Awak lah yang
saya
cari selama ni. Janganlah seksa perasaan saya ni lagi..” rayu Fendi. Biarlah dibuang jauh-jauh ego yang selama ini membelenggu.

Aku tidak mengambil peduli lagi dengan kata-kata Fendi. Mulai hari ni, aku bukan lagi setiausaha peribadinya. Yang perlu menjaga segala hal ehwalnya. Yang perlu mengikut segala arahannya. Aku letak notis berhenti kerja dua puluh empat jam di atas mejanya semasa makan tengah hari tadi.

“Shima, jangan pergi dari hidup saya! Saya perlukan awak di sisi saya. Tanpa awak, hidup saya tak bermakna, Shima! Saya akui saya terlalu bodoh memikirkan cara sebegini dengan membuat perjanjian yang karut tu supaya awak sentiasa dekat dengan saya. Sedangkan awak sepatutnya jadi diri awak sendiri. Tetapi saya dah ubah untuk mengikut segala citarasa saya. Juga saya nak awak ada semua perasaan terhadap saya. Benci, geram, sakit hati, garang, suke marahkaan saya, sayangkan saya, rindukan saya dan segalanya. Saya nak merasa perasaan tu dengan awak, Shima!”

“Saya bukannya orang yang layak untuk semua tu, Fendi! Saya bukannya perempuan yang perlu mengikut segala arahan lelaki. Saya mahu jadi diri saya sendiri. Saya tak mahu orang mengarahkan saya bermacam perkara yang karut marut ni! Saya nak bebas! Cukuplah, Fendi.. Saya tak perlukan awak untuk menyusun atur cara hidup saya. Saya akan berhenti kerja, Fendi. Saya harap awak dapat cari pengganti saya! Mungkin lebih baik dari saya…”

Aku ligat mengambil segala barangku di atas meja lalu kumasukkan ke dalam kotak. Habis licin meja yang aku sudah duduki beberapa bulan lalu dari segala barangku. Mungkin bukan di sini lagi rezekiku. Fendi pula dari tadi membontotiku dari belakang.

Aku mencapai pasu kristal yang pernah dihadiahkan Fendi dulu. Pasu kristal yang diberi untuk meraikan ulang tahunku. Seingatku, ini sajalah perkara baik yang Fendi lakukan padaku. Masa tu aku rasa terharu juga kerana Fendi ingat tentang tarikh lahir sedangkan aku tidak pernah memberitahunya. Mungkin dia tahu dari file profile staff di sini.

Apa motifnya di sebalik pemberian pasu kristal itu, tidak pula aku ketahui. Mungkin sebagai menghargai kerja ku selama ini.

Mendung wajah Fendi melihat aku yang sudah selesai mengemas. Beberapa staf lain termasuk Nurul turut tercengang mengetahui aku akan berhenti kerja. Nurul dari tadi memujukku agar membatalkan hasratku itu.

“Kenapa ko perlu berhenti, Shima? Ko tak sayangkan pekerjaan ini? Kalau semua ni disebabkan Fendi, maafkanlah dia! Barangkali perangainya kebudakan sedikit tapi percayalah, Fendi memang mempunyai perasaan pada ko, Shima!” beritahu Nurul.

Seperti biasanya, Nurul memujukku untuk tidak terasa hati dengan Fendi. Entah kenapa, Nurul seakan beria-ia cuba menyatukan aku dengan Fendi. Ada sesuatu yang aku tidak tahu ke??

Fendi pula sudah hilang entah ke mana. Agaknya dia sudah kepenatan memujukku. Biarlah, ini balasan yang kukira sesuai untuk membalas segala yang telah dilakukan padaku dulu.

“Shima, selama ko bekerja di sini, aku selalu perhatikan cara layanan Fendi pada ko! Dari segala gerak gerinya, aku tahu dia sudah jatuh cinta pada ko. Mungkin kerana egonya yang tinggi sebagai lelaki, Fendi tidak mampu meluahkan perasaan dia pada ko. Mungkin juga ada sesuatu yang menghalangnya. Tapi, percayalah, Shima, Fendi sayangkan ko lebih dari segalanya.”

“Kadang-kadang cinta tu akan datang tanpa kita sedar. Orang selalu mengatakan cinta itu buta, tiada nilainya. Kerana ia buta, cinta Fendi tu terarah pada ko tanpa ko sedar. Sebab cinta yang hadir dalam diri ko tu adalah cinta yang datang dalam keadaan yang ko tak rela. Cara cinta tu hadir tu juga menyebabkan ko makin membenci Fendi. Fendi menganggap dengan cara ini, ko akan sentiasa dekat dengan dia. Shima, berilah peluang pada Fendi tu. Aku tahu Fendi tak pernah meluahkan rasa cintanya pada ko, tapi ko tentu boleh tunggu saat yang sesuai itu. Tunggulah hingga Fendi benar-benar bersedia!” luah Nurul berdiplomasi panjang lebar denganku.

Aku tergamam dengan pengakuan Nurul. Mana dia tahu semua tentang Fendi tu..? Adakah Nurul memang berkawan dengan Fendi dari dulu. Kalau betul, kenapa aku tidak tahu? Selama ini aku hanya menganggap antara kami semua yang berada di ofis itu hanyalah rakan sekerja semata-mata.

Nurul mengenggam erat tangan kananku. Sinar matanya cuba memberikan keyakinan padaku. Keyakinan di mana kata-katanya tadi adalah benar.

Cuma aku yang masih meraguinya. Kerana di hatiku tidak pernah hadir perasaan itu. Juga kerana tindak tanduk Fendi yang menyusahkan aku. Entahlah, yang aku tahu kini, aku perlu segera meninggalkan tempat ini. Pasak Bumi Holding meninggalkan banyak kenangan pahit padaku dan rasanya aku sudah tidak mampu berdepan dengan kerenah Fendi lagi.. Aku inginkan diriku semula………

Reaksi anda : 

Jangan Menangis Sayang 12

“Saya dah janji dengan awak nak keluar hari ni kan?? Awak lupe ke? Atau awak nak saya cium awak baru nak ikut??

Mendengar kata-kata yang dibisikkan itu, terus aku menjarakkan diri dengan Fendi. Aku pandang tajam kepadanya. Fendi senyum melihat gelagat aku. Aku takkan terpedaya!!

Cium?? Ohh.. buat aku terkejut beruk! Fendi tu betul ke tak? Ishh.. tak boleh jadi ni!
Kelam kabut aku masuk rumah untuk bersiap. Siap dengan mulut ternganga plus terkejut..!

Macam mana lah aku boleh lupa? Ni mesti sebab malam tadi aku tidur lewat sangat. Melayan kerenah Nurul dan Ita yang ajak aku berbual tentang Fendi. Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang aku ceritakan pada mereka berdua. Yang aku tahu aku banyak nyatakan perasaan benci aku kat Fendi atas layanannya. Bukanlah aku minta dilayan bak seorang puteri.. cuma iyelah aku nak dilayan sebagai perempuan yang tak dipaksa-paksa untuk melakukan sesuatu yang aku tak suka.

Ahh..!! Memang aku benci kat Fendi tu. Disebabkan janji yang Fendi buat sendiri semalam sebelum pulang ke rumah, aku dah kalut pagi ni. Semalam selepas habis waktu kerja, Fendi panggil aku masuk biliknya.

“Benda ni dah lama saya saya aturkan cuma lambat sikit. Tahu-tahu sajalah, masing-masing sibuk kan..?” ujar Fendi memulakan mukadimahnya. Dahi aku dah tentunya berkerut. Tak faham langsung apa yang ingin Fendi utarakan.

“Esok, jam 8 pagi saya ambil awak di rumah awak. Saya nak awak bersiap-siap dan pakai baju kurung… Kita akan pergi ke suatu tempat..” sambung Fendi lagi. Lagi lah aku tak faham. Siap arahkan aku pakai apa yang dia suruh.. Ni memang tahap melampau ni.. Di luar waktu kerja pun Fendi nak arah aku..

“Esok cuti lah. Saya nak duduk rumah saja. Dan saya tak mahu diganggu!” aku berkeras.

“Saya tak kira! Saya nak awak ikut saya! Wajib!!” tengking Fendi.

Terkedu aku. Mamat ni kalau tak muncul dalam hidup aku walaupun sehari memang tak sah. Dia ingat aku ni kekasih dia ke nak usung aku ke mana sahaja yang dia suka?

“Saya tak suka awak paksa-paksa saya. Awak pergi sorang dah la.. Takpun ajak perempuan lain..” jawabku berani. Masa tu aku dah cekak pinggang pun. Bila-bila masa aja perang akan aku isytiharkan.

“Mana boleh awak takde. Saya dah register dan bayar atas nama awak sekali! Kenapa pulak awak tak nak pergi? Sudah, awak jangan nak tolak lagi. Ini perintah saya! Awak mesti ikut.. Kalau tak, saya potong gaji awak!!” herdik Fendi lagi.

“Potong lah.. ingat saya takut??”

Aku membalas semula. Tak suka betul hal kerja pun terikat sekali. Suka hati dia je nak aku ikut cakap dia..

“Kalau awak tak ikut jugak, saya buang awak dari kerja ni..!! Pilih antara dua..!!”

Fendi memberikan aku pilihan. Buang kerja? Takkan aku nak penganggur lagi sekali? Cukup lah aku menganggur di rumah dulu. Lama jugak tu, dekat enam bulan. Ibu pun dah mula bising. Katanya tak guna belajar tinggi kalau sekadar nak menghabiskan beras kat rumah. Bukannya nak kahwin lagi pun..

Uh.. jauhnya aku mengelamun.. Mulutku pula tak henti-henti membebel dari tadi. Tak sedar pula kaki aku dah melangkah ke dalam bilik air.. Malang memang tak berbau. Entah apa silapnya, mungkin lantai bilik air tu licin, terus aku jatuh tersembam di dinding bilik air.. Aduhh.. Sakitnya dahi aku..

Aku raba-raba dahi aku yang sedikit benjol. Bibir aku pula dah pecah dan mengeluarkan sedikit darah. Peritnya… Fendi punya pasallah ni.. Bencinyaaaa……..!!!!!!!

*************

“Jangan lah menangis sayang!! Sikit je tu… Meh sini, abang tuamkan dahi tu..!” pelawa Fendi dengan tuala putih yang dipegangnya. Sedikit basah tuala itu setelah direndam dengan air suam. Aku mencerlung mata ke arah Fendi. Sisa-sisa geram masih berbaki di dalam hati.

Sudah puas aku menangis di restoran itu. Banyak sudah manik-manik jernih yang menuruni pipi ini. Betapa hatiku sakit dengan apa yang terjadi hari ini. Bila aku ingatkan semula, sumpah, aku takkan mengikut Fendi lagi! Apa nak jadi pun jadilah!

Banyak mata yang memandang perlakuan kami. Peduli apa aku! Sakit hatiku tak sesakit dahi yang berbenjol ni. Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi. Aku menangis bukan kerana kesakitan di dahi, namun kesakitan di hati yang tercalar dek kelakuan Fendi. Aku perlu kuat untuk mempertahankan maruahku..

“Awak ni memang sengaja nak menyakitkan hati saya kan?? Ape awak bahasakan diri awak tu? Abang konon..” aku tolak tangan Fendi yang mula mendarat di dahi.. Bibir yang pecah aku raba. Masih terasa sakitnya.

“Shima, please! Maafkan abang! Abang tak sengaja nak malukan Shima hari ini. Semua tu di luar jangkaan abang. Abang tak berniat macam tu. Mari, abang bawakan ke klinik!” ajak Fendi merayu.

“Eii..tolong lah! Awak dah pijak-pijak maruah saya hari ini! Sedikit pun awak tak menepis kata-kata gurauan lelaki itu. Sebaliknya awak senyum tadi! Awak ingat saya ni boneka awak? Boleh dihina, dipermainkan sesuka hati! Apa hak awak nak ajak saya ikut kursus kahwin ni? Kita bukan pasangan kekasih pun! Jauh sekali pernah bercinta! Dan antara kita tiada perancangan kearah itu…”

“Awak tak pernah fikir sedikit pun perasaan saya! Saya terpaksa ikut segala arahan awak! Saya terpaksa berkelakuan seperti perempuan melayu terakhir. Untuk apa semua ni? Awak hantar pinangan dan bersetuju untuk bertunang tetapi awak hancurkan harapan keluarga saya! Awak terlalu kejam, Fendi! Terlalu kejam! Saya benci awak!!”

Aku memang sudah tidak dapat bersabar lagi. Apa, dia ingat dengan kata maaf tu boleh kutip balik maruah aku yang dah jatuh tu?? Perkataan maaf tu boleh putar semula kejadian yang berlaku sehingga sebelum aku bertemu dengan dia?? Apa salahku hingga dia membuat aku membenci dia??

“Lain kali kalau awak nak ambil kursus kahwin, awak ambil lah sorang-sorang!”

“Eh, awak ni! Kursus kahwin kena ambil sekali aje..! Takkan nak berkali-kali pulak? Mana ada orang ambil kursus kahwin tanpa bakal pengantin perempuannya…?”

“Siapa bakal pengantin awak tu? Jangan-jangan…..”

“Dah tentu awak! Siapa lagi?”

Yakin betul Fendi menjawab soalan aku. Sedangkan dia tak sedar segala kelakuannya selama ini sekadar menambahkan kebencian di hatiku. Mustahil aku nak jatuh cinta pada Fendi yang kuat memerintah.

Malu betul aku hari ni..! Gara-gara dahi yang berbenjol ni aku dimalukan depan orang ramai.. Mana nak letak muka ni…?? Teringat aku peristiwa pagi tadi,

“Wah..!! Bagus-bagus ye bakal pengantin zaman sekarang! Sakit-sakit pun datang jugak kursus kahwin ni…” ucap seorang ustaz di hadapan dewan sewaktu aku dan Fendi mengambil tempat duduk kami.. Kami sedikit lambat sampai ke dewan tu sedangkan peserta kursus yang lain dah separuh jam mendengar ceramah.

“Ala.. ustaz!! Mereka tak sabar nak kahwin tu… Kenalah cepat-cepat ambil kursus kahwin ni.. Hihihi…” sahut seorang peserta lelaki yang berbadan gempal diikuti gelak beramai-ramai peserta yang lain..

Malunya aku tak usah cakaplah.. Fendi pula tersenyum kambing.. Sakit hati aku tengok senyuman dia tu.. Masa tu aku rasa aku dah tak cair dengan senyuman Fendi sebaliknya dalam hati ni dah mengelegak api kemarahan aku tu.. Aku rasa muka aku pun dah merah..

“Eh.. agak-agaknya mereka dah kahwin semalam kot.. Tu yang berbenjol dahi tu…! Bibir pun bengkak semacam je.. Kena cium lah tu.. Ganas nya pasangan dia tu yee….” seorang lagi peserta lelaki mengusik aku. Geramnya.. Tapi aku terpaksa pendamkan dalam hati.. Dalam dewan tu ramai peserta. Aku kira mungkin dalam seratus lebih kot… Takkan aku nak bergaduh kat sini pulak?? Eii.. kalaulah Fendi di depan aku ni, dah lama aku terajang....

“Sudah! Sudah! Kita teruskan sesi ceramah kita pagi ni..” ustaz kat depan menamatkan sesi gurau senda yang langsung aku tak berkenan tu dengan sisa ketawanya.. Aku tengok ustaz tu geleng-geleng kepala. Dah tu, ustaz tu senyum pula.. Sama je dua kali lima dengan peserta yang perli aku tadi..

“Shima, i’ m so sorry! Mungkin sebab abang, Shima dapat malu tadi..” tutur Fendi perlahan. Fendi tetap menghulurkan tuala putih tadi. Gelagat kami dipandang beberapa pasang mata dalam restoran tu.. Fendi menekan dahiku dengan tuala tu.

“Jangan menangis lagi ye…! Abang betul-betul minta maaf! Abang tak sengaja..” sambung Fendi.

“Memang sebab awak, saya dimalukan macam ni..! Tak pernah lagi saya dikenakan macam tadi, tau tak?? Awak ingat dengan kata-kata maaf awak tu, saya akan lembut hati..? Awak ni…” aku tak mampu meneruskan kata-kata bila esak tangisku kembali menenggelamkan suara. Aku hiba sebenarnya. Tak pernah aku dimalukan sebegini.

Mungkin pada orang lain ia hanya perkara kecil. Disebabkan ini aku semakin membenci Fendi. Aku tak peduli. Lepas ni aku nak lancarkan mogok. Biarpun terpaksa bertahan hingga hari esok, aku tetap nak mogok pada Fendi.

************

Suara orang berbual kedengaran dari dapur. Saling bertingkah dengan bunyi kuali dan sudip. Haruman gulai ayam kampung membangkitkan selera. Sudah lama tak makan ayam kampung. Datuk Azman yang melewati ruang dapur masuk ke ruang tersebut.

“Rancak berbual!” sapa Dato’ Azman lalu melihat gulai yang sedang mendidih di dalam periuk. Aromanya yang mewangi menusuk ke hidung.

“Wanginya… Dah lama abang tak rasa gulai ayam kampung ni..! Entah berapa tahun kita tak makan, kan Lia?” ceria sungguh suara Dato’ Azman. Datin Zalia cuma tersenyum.

“Puan, saya hidangkan semua ni atas meja ye..” tanya Bibik Kina. Datin Zalia menganggukkan kepala.

“Memang dah lama, bang! Sejak kita pindah dari kampung tu… Bila berpindah ke bandar, kita beli ayam daging yang ada kat pasar tu.. Selalu pun macam tu dulu.. Susah nak dapat ayam kampung ni, bang! Selain harganya yang mahal, ayam kampung ni jarang kita boleh beli di bandar ni..” terang Datin Zalia panjang lebar sambil tangannya ligat menyusun pinggan untuk dibawa ke meja makan.

“Bibik kan ada. Kenapa susah-susah nak buat semua kerja tu..? Tak lembut dah tangan tu..” soal Dato’ Azman.

“La.. abang ni..! Tak salah pun buat kerja ni.. Ini memang kerja orang perempuan pun.. Lia dah tua, bang! Mana nak lembut tangan ni. Abang tu, hah! Pergilah kat depan. Tengok tv ke, baca paper ke…!”
“Ala.. abang datang sini nak bermanja-manja ngan Lia!” tutur Dato’ Azman lembut. Dato’ Azman mengusap tangan Datin Zalia.

“Ish.. abang ni! Tua-tua macam ni nak menggatal pulak! Nampak dek bibik nanti, kan malu?” Datin Zalia membalas sambil menepis tangan suaminya.
Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam di depan rumah.

“Mama! Papa!” jerit Nida. Segera beg di tanganya diletak atas lantai lalu memeluk Datin Zalia yang baru selesai meletak pinggan di meja makan. Bibik Kina berlalu ke dapur untuk mengemas.

“Laa.. Nida! Balik tak nak pun bagitahu kat mama ye…” ucap Datin Zalia lalu mencium pipi Nida. Nida anaknya yang sulung. Jarang balik ke rumah namun sentiasa menghubungi mereka mengkhabarkan tentang dirinya.

“Kawan serumah tak ikut sekali ke?” soal Dato’ Azman setelah mengambil tempat duduk di meja makan.

“Taklah.. Masing-masing ada hal, papa! Biasalah nak jumpa buah hati pada hari minggu, pa…!”

“Jom lah makan sekali! Untung Nida balik time lunch macam ni. Terus dapat isi tangki perut tu..” pelawa Dato’ Azman sedikit berjenaka. Nida tersenyum. Masing-masing sudah bersedia di meja makan. Setelah doa makan dibaca, mereka menjamu selera tengah hari itu.

Dato’ Azman, Datin Zalia dan Nida sudah selesai makan tengah hari. Setelah Bibik Kina mengemaskan meja makan, mereka beredar ke ruang tamu. Dato’ Azman mencapai remote control lalu menekan punat ‘ON’ tv Samsung di hadapannya.

Rancak pemberita TV3 itu menyampaikan berita terkini. Tekun pula Dato’ Azman mendengarnya. Belum pun panas sofa diduduki, Nida mengangkat punggung lalu menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

“Apa perancangan abang sekarang?”

“Perancangan apa? Lia izinkan abang kahwin satu lagi ke?” gurau Dato’ Azman.. Datin Zalia terus mencubit paha suaminya.

“Lia tengah serius ni, abang main-main yee…! Lia bercakap tentang Fendi tu.. Bila lagi kita nak rasa bermenantu ni?? Nak tunggu Nida tu, tahun depan baru merasa, bertunangnya dah lama kahwinnya yang lambat…”

“Nida tu kan tunggu tunang dia habis belajar kat oversea tu.. Kahwinkan Nida dulu baru Fendi..!” getus Dato’ Azman.

“Ala..bang..! Tunang Nida tu belum tentu lagi nak kahwin tahun depan, bang! Bukan apa tak tahu bakal menantu abang yang seorang tu suke sangat study. Kalau ada yang lagi tinggi dari Master atau Ph D tu, lagi budak tu nak sambung.. Apa kata kalau kita ulang semula meminang anak Rafida tu..? Saya memang dah berkenan dengan budak tu dari dulu lagi… Lagipun bukannya kita tak kenal mereka sekeluarga. Fendi suke atau tak kita paksa dia juga! Hantaran memang lah mahal tapi berbaloi, bang..! Shima tu memang sesuai untuk Fendi..” cadang Datin Zalia.

Entah kenapa sejak mereka hantar rombongan meminang tu, ingatan Datin Zalia tetap pada Shima. Walaupun nampak ganas macam lelaki, Datin Zalia tahu Shima sesuai untuk menjadi isteri anak lelaki tunggalnya itu. Di dalam diri Shima, masih ada kelembutan seorang wanita.

“Lia ni…, bukan ke kita dah batalkan peminangan tu? Nanti apa pula kata diorang ni, pasti mereka ingat kita ni suke memperbodohkan anak mereka.. Kita pun dah malukan keluarga mereka dengan membatalkan pertunangan tu.. Perkara macam ni mane boleh dibuat main-main aje…! Air muka mereka kita kena jaga juga..” nasihat Dato’ Azman.

Datin Zalia mencebik bibir. Kemudiannya terdengar keluhan kecil dari bibir itu.

“Hai mama! Kenapa ni? Masam je muka tu.. Takkan gaduh dengan papa kot??” jerit Nida berlari anak mendapatkan kedua orang tuanya. Selesai saja mandi dan solat, Nida turun ke tingkat bawah.

“Mama Nida ni, nak Nida kahwin hujung tahun ni..” bohong Dato Azman lalu mengenyitkan mata pada Datin Zalia. Datin Zalia menjegilkan matanya. Geram kerana namanya dikaitkan sekali dalam pembohongan tak dirancang itu.

“Iye ke, mama? Tapi rasanya Abang Zakuan tu belum bersedia nak kahwin lagi la, mama! Study pun tak habis lagi.. Biarlah dia habiskan study dia tu.. Ada jodoh kami, takkan ke mana punyela…” jelas Nida lalu mengambil tempat di sebelah Dato’ Azman.

Pantas saja tangannya mencapai remote control di genggaman Dato’ Azman lalu menukar siaran.

“Nida, papa nak tengok berita la..”

“Ala, tukar sekejap je..”

“Umur Nida sekarang dah 30 kan? Dah sampai masanya Nida berumahtangga! Nak tunggu sampai bila lagi? Nida tak bincang langsung perkara ni dengan Zakuan ke? Kahwin semasa belajar bukannya tak boleh pun..” nasihat Datin Zalia pula. Rasanya baik teruskan saja pembohongan tadi. Untung-untung dua anaknya sekailgus naik pelamin.

“Zakuan takut takde komitmen kalau kami kahwin sekarang! Fendi kan ada? Suruhlah dia kahwin dulu, ma!” usul Nida lagi. Bukannya Nida tidak tahu perangai adiknya yang seorang tu.. Beberapa bulan lalu, keluarganya sudah menghantar pinangan. Namun di saat akhir sebelum hari untuk bertunang, Fendi membatalkannya. Entah apa yang difikirkan Fendi hingga sanggup berbuat begitu sedangkan dia sendiri yang bersetuju.

Apapun, Nida tahu, pastinya sekarang Fendi sedang dilamun cinta. Fendi ada memberitahunya tentang perasaannya pada seorang perempuan. Dan bila diketahui gerangannya perempuan itu, memang Nida terkejut besar!!








Reaksi anda : 

Jangan Menangis Sayang 11



Pagi sabtu, aku dikejutkan dengan nyanyian dari handphone yang bising meminta diangkat. Aku gosok mata kuat-kuat sampai naik merah dibuatnya. Jam loceng dekat tepi meja aku jeling. Baru jam 7 pagi.. Makhluk alam mana lah yang sesat mengganggu masa aku membuta ni… Arghh.. Tension..!!

Lantas butang hijau aku tekan lalu kutekap di tepi telinga..

“Woii…minah!! Bangun..!!”

Mak oii…!! Terkejut aku! Terus mata yang layu terbuka seluas-luasnya. Gara-gara terkejut dengan jeritan dari talian itu, tubuhku terdorong ke belakang katil lalu berlaga dengan kepala katil.

“Adoii…” aku mengaduh sakit tanpa menyedari keluhan itu didengar dari makhluk di telefon itu.

“Hah, apa pasal tadi tu? Saya dengar macam bunyi orang jatuh katil je.. Baru lepas buat ‘projek’ ke?” tuduhan yang aku dengar tu, aduhh… geram aku dibuatnya.. Tak senonoh betul dia ni. Siapa dia ni?? Suara macam aku cam je..

“Kenapa pulak bila orang jatuh katil je, awak ingat buat projek..? Awak punye pasallah..! Sergah orang je keje awak.. Tau la awak tu bos! Tapi sekarang saya kat rumah bukannya kat ofis. Lagi satu, wayar kat otak awak tu dah pasang betul-betul ke? Kalau ada yang tercabut, mari datang rumah saya ni.. Bawak sekali skru ke, spanar ke, atau yang sewaktu dengannya. Senang saya nak repair otak awak tu..” aku menjawab geram.. Ishh.. mamat sewel ni kalau tak ganggu hidup aku memang tak sah lah.

Cukuplah kena ganggu kat ofis tu, ni di rumah pun nak ganggu aku.. Apa, dia ingat keje ganggu mengganggu ni termasuk dalam syarat-syarat perjanjian tu ke??

“Skru dah hamba siapkan, spanar pun dah hamba sediakan. Tunggu mekanik nya aje yang belum tiba… Mmm.. Saya ni pun memang nak ke rumah awak ni..”

Wah… lembut pulak suara mamat sewel ni.. Nak belajar sastera ke? Maaflah, aku tak khatam pun ilmu sastera ni…

“Dah!! Tak payah nak banyak songeh! Apa hal nya awak telefon saya pagi-pagi ni…?”

“Saja nak mengganggu orang melancarkan operasi air liur basi… Hehe….!!”

“Eii.. awak ni!! Menaikkan kemarahan saya ni..! Terus terang aje.. Kalau tak, saya matikan handphone ni..”

“Awak ni kan, garang nak mampus la…! Serupa macam harimau dalam zoo aje..”

Aku bangun dari katil lalu ke meja solek.. Aku pandang wajahku di cermin.. Hah, tengok tu.. Dah berasap kepala aku.. Siap macam penyanyi kumpulan Alleycats lagi, rambut aku ni.. Hehe..

“Sudah lah.. Saya nak sambung tido… Bye…!” Terus aku matikan talian..

Baik aku tidur… Fendi ni memang gila plus sewel.. Orang gila aje yang nak kat dia.. Nasib baik aku dengan dah tak ada apa-apa dengan dia..

Handphone terus aku off. Harap-harap tak ada gangguan dari sesiapa pun termasuk lah Fendi tu.. Aku baru saja nak terlelap bila tiba-tiba aku dengar namaku dijerit dari luar. Ditambah dengan bunyi loceng rumah yang amat membingitkan telinga. Terus aku bangun dari katil sambil menghentakkan kaki.

Aku selak langsir di tingkap. Aku pandang ke bawah. Aku melihat satu tubuh di balik pintu pagar yang terus menerus tangan tuan punya tubuh tu menekan loceng. Fendi ni memang nak kena!!

“Awak ni nak apa, hah? Tekan loceng macam nak pecah loceng tu..! Awak tak takut kena marah dengan jiran saya?? Ni.. nasib baik teman serumah saya tak ada. Kalau tak dah lama awak kena bamboo…” aku menjerit memarahi Fendi. Fendi yang berada di luar pintu pagar tersenyum. Nurul dan Ita awal-awal lagi dah keluar rumah. Semalam diorang cakap nak balik kampung..

“Tak takut pun… Kalau diorang tanya kenapa saya buat bising kat sini, saya jawab lah isteri saya ni tak nak bukakan pintu.. Kan senang..?” tokok Fendi.

“Siapa yang nak jadi isteri orang gila macam awak ni..?”

“Awak lah…!”

“Awak ni mengada-ngadalah!!” aku bukakan pintu pagar dan memberi laluan untuk Fendi masuk.

“Tak boleh masuk rumah! Duduk di sini saja..” aku berkata sambil menunjukkan kerusi yang sememangnya tersedia di luar rumah. Fendi tersenyum lagi.. Tanda memahami. Alahai.. Fendi oii…! Cair aku dengan senyuman manismu itu..Ehh.. Aku tak boleh jatuh hati kat Fendi ni.. Perangai tak serupa orang..

“For you…” ujar Fendi lantas menghulurkan sejambak bunga mawar berwarna merah yang disembunyikan di belakang tubuhnya.. Wah.. cantiknye…! Terkesima terus aku.. Tak sangka aku yang bos aku ni romantic orangnya. Dan tanpa aku duga, aku mengambil bunga mawar itu terus aku hidu baunya.

“Auchummmm……!”

Aku terbersin. Ya Allah! Lupa pula aku ni alah pada bunga. Terus aku hulurkan semula bunga mawar pada Fendi.

“Ambik balik bunga ni…! Awak sengaja nak bagi saya sakit ye..?”

“Tak lah.. Awak kan suka bunga?”

“Awak ni nyanyuk ke? Berapa banyak bunga awak bagi kat perempuan lain? Awak tahu kan saya ni alah pada bunga..?”

Bengangnya aku.. Dah banyak kali aku bagitahu kat Fendi aku tak suka bunga. Nanti aku sakit.. Lebih-lebih lagi bunga mawar ni. Harum tu memang lah harum, wangi lagi.. Tapi dah aku alah, nak buat macam mana?

“Bunga yang kat ofis tu…?”

“Itu bunga plastic la.. Takkan awak tak tahu..? Setiap kali masuk ofis awak terbau apa dalam bilik awak tu..?”

“Bunga mawar ni lah..!”

“Awak ni memang lah… Tak pandai langsung dalam hal perempuan! Sebelum saya keluar dari bilik awak, saya sembur pewangi dalam bilik awak, tau tak! Sudah lah, malas nak bertekak! Kenapa datang rumah saya pagi-pagi macam ni..? Hari ni kan Sabtu. Saya nak rehat.. Tak nak diganggu!”

“Awak ni yang nyanyuk agaknya. Awak lupa apa saya bagitahu awak semalam sebelum balik kerja..?”

“Bagitahu apa?” otakku memang tak dapat berfungsi pagi-pagi macam ni.. Katil tu dah memanggil-manggil aku untuk masuk beradu atasnya.

“Cuba awak ingat?”

“Ish.. awak ni! Bagitahu ajelah..!”

Fendi merapati aku lalu membisikkan sesuatu di telingaku. Ternganga terus aku. Alamak, macam mana aku boleh lupa ni???????




Reaksi anda : 

Jangan Menangis Sayang 10


“Hihihi….! Hahaha…..!” aku ketawa sakan malam tu. Teringat kejadian tadi di mana aku menjadi wartawan dalam selimut..

“Ya Allah! Ape kena dengan ko ni, Shima? Ketawa macam pontianak mengilai je aku tengok…!” sergah Nurul di sebelah. Masa tu kami bertiga tengak syok tengok Cerekarama kat TV3 lakonan Zamarul Hisham.. Pelakon pujaan Ita tu. Entah apa yang syoknya kat Zamarul Hisham tu pun aku tak tahu.. Ita menjeling padaku. Mungkin dia geram kerana ketawaku tadi mengganggu konsentrasinya menonton tv tu..

“Takde apa-apa! Just teringat hal kat ofis tadi…”

“Mm.. ade something yang fun untuk ko kongsi dengan kami kan?? Citelah… Macam mana hubungan ko dengan Fendi? Korang dah bercinta erk?? Fendi ade luahkan perasaan die kat ko ke?” bertubi-tubi aku kena tembakan peluru berpandu bebelan Nurul. Ceria semacam je aku tengok muka Nurul bila bertanya hal si Fendi ni. Takkanlah dia suka aku couple dengan bos kami tu?

“Bos ko tu, tengah tunggu puteri badak sumbu turun dari zoo kayangan kat atas angin tu… Ada paham?? Pasal tu la aku gelak…! Giler ape.. nak tunggu orang yang dia cinta zaman tok nenek dia dulu.. Entah-entah puteri dia tunggu tu dah beranak pinak..” akhirnya aku membuka mulut tentang apa yang menggelikan hatiku.

“Ish ko ni… Tak baik kutuk bos tau, tak berkat gaji ko dapat!!”

Memang sejak aku kerja satu ofis dengan Nurul ni, mulutnya tak terlepas dari berkata tentang bos kami tu.. Hensem la.. baiklah.. Agaknya buta mata sebelah Nurul ni kot.. Singa tu dia kata baik? Asyik mengaum je kerja Fendi tu kat aku. Pantang salah sikit, huh, bising!

Aku masih ingat ada pada suatu hari tu, Fendi baling fail kat aku. Fuh…nasib baik tak berbenjol dahi aku ni.. Ingat aku ni atlet ke nak main baling-baling?

“Kerja yang senang macam ni, awak tak boleh buat ke? Banyak yang salah. Lagi satu kenapa time appointment saya dengan client asyik salah time..? Awak ada dengar betul-betuk tak jam berapa mereka nak appointment dengan saya? Ke tengok awak tu tak berkorek?”

“Saya dah catit betul-betul la, Fendi!”

“Hello…! Kat ofis jangan panggil saya dengan nama, tau tak? Nanti apa staff lain akan ingat?”

“Tapi kita kan nak bertu......”

“Shh… Saya tak mahu tahu tentang itu.. Tutup buku, ok?”

Adoii… malang betul aku dapat Fendi.. Nasib baik juga lah sekarang dia tak jadi nak meneruskan hubungan kami.. Aku pun bukannya suka sangat kat mamat sewel ni.. Gila! Asyik nak kena ikut cakap dia jerr….!

Aku memandang Nurul. Eii.. minah ni, kenapalah? Dari tadi tengok aku…
“Ko ni apahal? Pandang macam nak telan aku je…”

“Saja.. suke! Rugi lah kalau takde lelaki yang minat kat ko ni..”

“Kenapa pulak mereka rugi?”

“Sebab ko sekarang dah cantik.. Sebelum ni tak pernah aku tengok ko pakai make-up. Sekarang benda tu dok berkepit je dengan ko…”

“Bukan aku nak pun ber make-up tu, bos ko yang giler tu la… Ada ke patut dia cakap aku tak cantik? Hari-hari kena solek nak bagi dia tengok. Geram aku dibuatnya! Tension aku ….!!”

Kadang-kadang aku hairan bin ajaib jugalah dengan Nurul ni.. Hampir setiap hari dia tanya hal aku dengan Fendi. Iyelah.. setiausaha dengan bos, takkan takde skandal kot..? Itulah yang selalu Nurul cakap kat aku. Ada masanya berdesing juga telinga ni dengar soalan sensasi macam tu.. Tapi aku buat bodoh je… Malas aku nak bergosip dan buat cerita panas kat tempat kerja.

“Bos tu minat ko kot…? Sebab tu suruh ko solek cantik-cantik. Mestilah dia nak buah hati ni sentiasa up to date..” sampuk Ita, tiba-tiba berminat nak join perbualan aku dengan Nurul..

Laa… patutlah cite kat tv dah habis.. Jam pun dah berdeting dua belas kali.. Nasib baik esok cuti..Jangan lah diorang tahu aku ni dah pernah dirisik orang.. Lebih-lebih hal bertunang yang tak jadi tu.. Malu aku nanti…

“Mustahil Fendi minat aku…! Aku tak suke pun kat die! Benci adalah…!!”

“Tak baik tau membenci seseorang tu… Dibuatnya orang tu yang jadi pasangan ko esok…. hah, naya! Silap hari bulan ko pun tangkap feeling dengan die…”

“Korang pun janganlah doakan aku macam tu pulak! Aku tak nak lah dengan Fendi tu…”

“Tak nak konon! Hari-hari bercerita pasal Fendi, tak jemu pula.. Takkan sikit pun ko takde perasaan kat die…?” Amboi… Nurul ni bukan main lagi cuba perangkap aku..

“Takde ape laa….! Orang macam aku ni sape nak…” tiba-tiba aku buat muka sedih..Trick la…Tapi kawan aku yang dua orang ni memang tak makan saman punya…!

“Buruknye….laa…! Padan lah tadi dia jadi pontianak…Haha…”

“Tapi silap satu je… Pontianak mane ade rambut pendek..!”

Ciss…! Sempat lagi mereka berdua kutuk aku tu.. Takpe, nanti aku buat rambut ni jadi panjang....! Kalah rambut korang tu..

Terus aku tunjal dahi si Nurul ni. Mengadu sakit terus dia.. Padan muka! Sape suruh dia menyebelahi Fendi tu.. Lepas tu aku tengok Nurul dah sengih balik.. Sah lah tak sakit dahi dia ni.. Kepala batu ape??

Nurul tersenyum lagi. Ligat otaknya memikirkan sesuatu.. Entah apa jenis mentol yang bernyala atas kepala tu. Tu… tengok dah kuning mentol tu…!!! Tinggg!!!

Reaksi anda : 

Jangan Menangis Sayang 9


Kini sudah lima bulan lebih aku bekerja di bawah pengurusan Fendi. Aku pun dah tahu semua mengenai cara-cara kerjaku sebagai setiausaha peribadi kepada Fendi. Malah aku pun dah lali dengan sikap Fendi yang sering memarahiku tak tentu pasal gara-gara aku kurang mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan.

Manusia manalah yang sanggup ikut semua syarat gila Fendi tu. Aku je yang boleh tahan.. Aku pun tak tahu setakat mana kesabaran aku akan teruji dengan syarat tu. Perempuan zaman dulu lain lah.. Memang dah biasa berpakaian macam tu tapi aku..?

Rimas aku dibuatnya. Kalau memudahkan pergerakan aku takpelah juga. Ini hampir-hampir nak tersungkur aku bila aku terpaksa berkejar setiap kali Fendi menjerit memanggil aku menyiapkan tugasan.

Tapi kini aku mula biasa dengan keadaan begini. Ya.. aku kena belajar menghadapi suasana baru ni.. Rambut sudah kusanggul hari-hari dengan penyepit rambut yang beraneka bentuk tu. Tubuhku tersarung dengan kebaya milik mama Fendi. Mm.. mama ke? Eh, bukan lah… Kami dah tak jadi kahwin jadi aku tak patut memanggil mama Fendi sebagai mama.

Tapi macam mana pendaftaran kursus kahwin tu? Aku dah bagi ic dan bayaran kepada orang yang berkenaan. Siot betul! Kursus tu pun aku kena bayar sendiri. Bukan aku nak pun.. Kedekut tahi hidung masin betullah si Fendi.. !!!

Kenapa aku nak kena daftar kursus tu sekali dengan Fendi? Ni yang buat aku makin keliru.. Entah apa motif Fendi? Kata tak nak kahwin dengan aku tapi pergi daftar kursus kahwin bersama-sama. Entah-entah Fendi ni sengaja nak kenakan aku tak?

Sedang aku leka menaip isi kandungan pembentangan mesyuarat semalam, aku disapa seseorang di hadapan meja..

“Cik, nak tumpang tanya, boleh??”

Melihat wajah yang tersengih-sengih di hadapanku itu, aku hairan. Apahal pulak ni?

“Tanya apa?”

“Kat sini ke tempatnya nak booking tiket AirAsia ke Bangkok?” tanya lelaki itu lagi lalu tersenyum.

“Hah??” Kaget aku dibuatnya. Ada ke patut dia ingat aku ni kanuter tiket kapal terbang? Nak merasa aku punya penyepak ke??

“La… saya tanya ni, saya boleh booking tiket kat sini kan?”

“Aaa……..” Ish.. apesal suara aku tak terkeluar ni.. Takkan ada emas kot kat dalam mulut ni..?

Ya Allah, kenapa aku ni? Tiba-tiba jadi patung kat sini.. Soalan lelaki di hadapan ni aku belum jawab lagi… Kenapa ni?? Alahai… Hensemnya lelaki ni… Cair aku dibuatnya. Lebih-lebih lagi melihat dia tersenyum tadi.. Alis mata yang cantik terbetuk di wajahnya, matanya yang sedikit sepet persis seorang lelaki Cina, hidung yang mancung terletak.. Tubuhnya, mm… nampak sasa… Bagai nak gugur jantung ni… Oo…aku sudah terpikat padamu..

“Ehem…! Cik salah seorang pramugari ke?”

“Err…..?”

Fendi keluar dengan membawa beberapa fail. Fail itu diletakkan atas meja.

“Eh, Ipul? La.. datang sini tak bagitau kat aku….!” Separuh menjerit Fendi melihat teman seuniversitinya dulu, Syariful atau dipanggil dengan Ipul.

Hah, Ipul?? Ipul kah itu…? Mungkin dia ni Ipul aku tu? Masih ingatkah Ipul padaku?? Terus saja aku kembali ke alam nyata. Aku membetulkan pakaianku.

“Er… encik tanya apa tadi?”

Terangkat terus kening lelaki tu. Hairan! Tadi bukan main membisu je.. Alih-alih ada suara pula patung ni..

Fendi yang mendakap tubuh Syariful turut hairan. Mm.. ada apa-apa aku tak tahu ke? Bisik Fendi di dalam hati. Tajam mata Fendi merenung aku .

“Jom masuk bilik aku.. Boleh kita borak-borak..!” ajak Fendi sambil menepuk-nepuk belakang Syariful

“Memang itupun tujun aku datang.. Aku harap tak ganggu kau kerja..”

“Tak lah.. I’m boss… hihi…” Fendi tergelak sendiri. Menyampah..!

Mereka berdua masuk ke dalam bilik.. Hampir saja pintu bilik mahu tertutup rapat, muka lelaki itu terjegul di muka pintu..

“Cik.. saya nak booking tiket tau…! Nanti saya datang ambil.. Haha….”

La…gelak pulak dia.. Huh, nasib baik muka ko tu hensem sikit dari bos aku tu.. Kalau tak, sekali lah korang berdua tu aku adun dan tambah perencah dalam mangkuk umpatan aku ni…

Di dalam bilik, Fendi mempelawa Syariful duduk di sofa yang memang tersedia di bilik itu. Fendi menekan intercom dan memintaku menyediakan minuman untuk mereka berdua..

“Cantik ‘pramugari’ ko? Siap berkebaya merah lagi.. Nasib baik ni ofis, kalau kat kampung, sah-sah kena kejar dengan lembu jantan yang bertanduk” usik Syariful sambil membuka butang lengan baju kemejanya. Dilipat hingga ke siku. Mungkin sedikit kepanasan kerana memakai kemeja lengan panjang. Fendi tersenyum cuma. Tahu apa yang bersarang di fikiran temannya.

“Setiausaha baru aku tu… Baru beberapa bulan dia bekerja.. Ko ingat die tu apa? Anak ayam ker boleh main kejar?? ” Fendi membalas.

“Anak ayam yang cantik dan cute.. Hihi.. Kalau begitu cantik setiausaha ko, ingat aku pun nak satu jugaklah…”

“Weii… tadi kata die anak ayam..! Takkan nak dengan anak ayam kot..?”

“Cute apa… Rasa nak cubit-cubit ajer… Geram tengok pipi die..”

“Waaa…… Ko mana boleh cubit die…? Die tu aku punya staf…! Aku je yang boleh cubit dia..”

“Aku tahu lah.. tapi… ko mana boleh cubit die tu.. Bukannya bini ko pun…! Haha….” terus saja Syafirul ketawa sakan menyakat Fendi. Fendi menumbuk bahu Syariful tanda geram. Bergegar rasanya bilik Fendi dengan ketawa mereka berdua. Aku yang membawa dulang berisi cawan tu boleh rasa gegarannya. Macam nak runtuh bangunan ni pun ada. Entah apa yang lucunya.. Agaknya macam ni la kalau lelaki gelak ye.. Macam jin afrit pun ada..

“Ko ingat dia tu ada kembar ke?” soal Syariful setelah tawanya reda.. Soalan Syariful tidak berbalas apabila ekor matanya menangkap kelibatku yang masuk lalu air teh itu aku hidangkan di hadapan mereka. Aku perasan gelagat lelaki yang bersama Fendi tu. Galak matanya menelanjangi tubuhku. Seolah-olah aku tidak berpakaian. Aku jadi tak keruan.

“Erk… Fendi.. Saya keluar dulu…!” pintaku lalu segera beredar. Aku tak mahu tubuh ini menjadi mangsa mata si keranjang itu. Huh, itu penilaian pertamaku pada kawan Fendi. Agaknya semua kawan Fendi macam tu kot?? Mata miang keladi…! Pantang nampak perempuan, naik juling.

“Tak berkelip mata ko pandang setiausaha aku tu… Kang tak pasal-pasal lebam biji mata ko tu…! Ko fikir dia tu macam pompuan lain yang ko selalu kejar kat U dulu…?’

“Relaks la.. Yang ko marah sangat ni, kenapa? Takkan cemburu kot…?Aku bukan pandang awek ko pun…!” bersahaja jawapan yang terlontar dari bibir Syariful. Panas saja hati Fendi mendengarnya namun Fendi berjaya menurunkan suhu apinya itu bila memikirkan Syariful adalah temannya.

“Hari tu aku datang rumah ko.. Mama ko ada bagitahu something.. Amboi nak buat nasi minyak tak ajak kawan yer…!”

“Tak jadi lah, kawan!! Aku dah batalkan pun… Aku memang rasa nak kahwin tapi bukan dalam masa yang terdekat dan juga bukan dengan die…!”

“La…ko nak kahwin dengan siapa sebenarnya ni..? Ko nak tunggu bidadari kayangan turun ke bumi ke?”

“Adalah… Hahaha….!!!”

“Ko ni masih macam dulu ye.. Tak pernah nak ambil serius pun…”

“Ko nak tahu aku tunggu siapa….?”

“Siapa?”

Aku yang di sebalik pintu bilik Fendi terus memasang telinga. Nak tahu juga siapa yang berjaya mendapat tempat di hati Fendi, bos aku tu..












Reaksi anda :