Jangan Menangis Sayang 18

Fendi mengelap peluh yang menitik di dahinya dengan saputangan yang dihulurkan Puan Farida sebentar tadi. Dada yang berdebar-debar tidak mampu menutup rasa takut yang menjalari tubuhnya. Entah kenapa penyakit lamanya datang kembali. Lebih-lebih lagi melihat papanya, sekadar tersengih melihatnya.

Puan Rafida merenung wajah lelaki muda di hadapannya. Dilihat wajah yang sedikit cuak itu.. Entah kenapa rasa kasihan muncul dalam fikirannya. Namun dalam masa yang sama hatinya sakit mengenang perilaku lelaki muda itu yang mempermainkan anak tunggalnya, Shima.

Dato’ Azman ralit meneguk kopi panas yang terhidang di hadapannya. Sedari tadi, ditiup-tiup kopi yang panas itu agar mudah sejuk.. Memang enak kopi buatan besannya itu.. Oppss.. bakal besan!!

“Perangai Nazri masih macam dulu-dulu jugak yerr?? Suke mengenakan orang!” tegur Datin Zalia seraya senyum kepada perempuan yang pernah menjadi jirannya suatu ketika dulu..

“Tu la.. Entah lombong mane yang dia jatuh tadi.. Habis berminyak muka dan tubuh abang Nazri tu.. Sekali tengok dah macam orang minyak aje.. Tu yang si Fendi ni terkejut beruk tu. Entah hantu mana!!” jawab Dato’ Azman lalu tergelak.

Dari tadi, Dato’ Azman melihat wajah redup Puan Farida. Barangkali tidak suka akan kedatangan mereka. Namun apa boleh buat, Encik Nazri sendiri setuju membantu walaupun ada sedikit halangan akan berlaku nanti.

Puan Farida hanya tersenyum tawar. Hatinya terasa serba salah. Antara mahu atau tidak sahaja dia melayan kerenah tetamu di hadapannya itu. Kerana mereka ini lah yang membuat aib mereka sekeluarga dulu.. Masih terngiang-ngiang di telinganya umpat nista yang diterimanya dulu..

“Kenapa ye pihak lelaki nak batalkan pertunangan ni? Persiapan sudah terurus.. Tiba-tiba saja tak jadi..” Mak Timah mula mengumpat di dapur..

“Entah la… Ada la tu masalahnye..” sahut yang lain pula. Riuh seketika dapur itu.

“Agaknye pihak lelaki dah tahu yang si Shima tu dah ‘ditebuk tupai’ kot… Tau –tau ajelah berapa banyak pinangan sebelum ni ditolak kan?? Tu mesti sebab Shima takut lelaki yang akan jadi pasangannya nanti tau pasal tu.. Lagi-lagi budak si Shima tu bukannye macam perempuan pun.. Ganas semacam aje.. Ala-ala tomboy pun ade.. Kamu semua bukan tak tahu Shima tu kan kerja di Kuala Lumpur sana.. Kebanyakan perempuan kalau dah tempat tu..memang sah laaa….” Mak Timah yang memang terkenal dengan mulut murainya terdiam melihat kelibat Puan Farida yang masuk ke dapur..

Semuanya senyap!

“Hah, kenapa tak cakap lagi yang anak aku tu buruk perangainye..? Macam jantan? Amboii.. mentang-mentang anak aku tu dah banyak kali menolak pinangan sebelum ni, korang semua nak burukkan anak aku la ye.. Korang sedar tak siapa yang datang meminang anak aku tu? Anak korang jugak kan?? Yang tergila-gilakan anak aku tu..”

“Anak aku tolak pinangan anak korang tu bersebab, tau tak? Ingat perkara kahwin ni boleh dibuat main-main..? Selama ni korang cakap yang bukan-bukan pasal anak aku.. Ingat aku tak tahu..? Korang fikir anak korang tu baik sangat ke??” marah Puan Farida lagi.

Semua yang berada di dapur diam. Wajah Puan Farida ketika sudah merah padam. Penat sudah dia memendam rasa. Kali ini dia patut pertahankan anaknya itu.

“Farida, Shima mane? Dari tadi saya tak nampak dia?” tanya Datin Zalia sekaligus mematikan lamunan Puan Farida. Tersentak Puan Farida dengan soalan Datin Zalia itu.

“Err… Shima keluar dengan kawan dia! Tak tahu la pergi mane. Katanya ke bandar..” balas Puan Farida gugup.

“Mm…!”

“Tapi dah lama juga kan Shima ke bandar tu kan..? Dari pagi tadi lagi.. Tak balik-balik pun.. Entah di bawa kemananya si budak Ipul itu..” ujar Encik Nazri lagi. Fendi yang membuang pandang ke tingkap di sisinya berpaling. ‘Ipul??’

“Ipul mane ni, Makcik Farida?” soal Fendi tak sabar-sabar. Takkan lah……?

Fendi mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena di sini. Ipul tu mesti Syariful, kawannya yang menjadi musuh dalam selimut selama ini. Bukannya Fendi tidak tahu perangai Syariful tu macam mana. Ya Allah! Shima…

“Entah lah.. Katanya kawan Shima.. Mm.. Ape namanya penuhnya, bang? Lupe pulak saya!” ujar Puan Farida seraya memandang suaminya.

“Kalau tak silap pakcik, Syariful!” beritahu Encik Nazri lambat-lambat.

Shitt!!!” balas Fendi geram. Tangannya digenggam erat.

“Kenapa ni, Fendi? Kalut semacam aje...?” Tanya Dato’ Azman terkejut melihat perubahan tiba-tiba Fendi.

Bukannya Fendi tidak tahu Syariful itu ada hati pada Shima. Bukannya Fendi tidak ambil peduli yang selama ini Syariful berdendam padanya kerana kisah lalu mereka. Fendi pasti Syariful akan membalas dendam terhadap apa yang berlaku sebelum ini. Sekarang ni, Shima pula yang menjadi mangsa.

“Aku tak boleh biarkan ni..!” jerit Fendi geram. Kata-kata lebih ditujukan pada dirinya sendiri. Dato’ Azman terkejut lagi. Apa sebenarnya yang berlaku ni..?

“Eh, Fendi! Nak ke mana tu..? Apa yang telah berlaku ni?” Dato’ Azman cuba meminta penjelasan. Fendi tidak menjawab pertanyaan Dato’ Azman sebaliknya jari menekan pantas mencari nombor telefon Sfariful di handphone nya.

“Hello, Ipul! Ko kat mane, hah? Apa ko dah buat pada Shima..? Ko jangan nak buat benda gila!!” marah Fendi bile panggilan dari talian sebelah sana disambut.

“Wooo… Relaks la kawan! Aku belum buat ape-ape lagi.. Tapi sekejap lagi aku akan buat sesuatu yang ko kata giler tu..!” balas Syariful lalu ketawa kuat.

“Baik ko bagitau aku, ko kat mane ni? Apa ko nak buat dengan Shima tu..? Ko tau kan dia tu hak aku? Ko jangan nak buat sesuatu yang tak masuk akal!” amarah Fendi sudah tidak dapat dibendung lagi. Fendi takut Syariful akan melunaskan dendam yang selama ini terbuku.

“Hak apa, Fendi? Antara ko dan dia belum ada apa-apa ikatan yang boleh mengesahkan Shima tu milik ko! And aku bila-bila masa boleh jadikan dia pengganti Rina! Ko tau tentang itu kan..? Ko rampas Rina dari aku dan sekarang aku nak ko rase apa aku rasa sebelum ni..!” balas Syariful.

“Ko memang tak guna, Ipul..!!!”

Fendi tidak mahu Shima menjadi mangsanya. Shima perempuan suci yang tak patut dianiaya hanya kerana dendam antara mereka berdua. Puan Farida, Encik Nazri, Datin Zalia, dan Dato’ Azman hanya berdiam tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Sedangkan di dalam hati melonjak-lonjak untuk tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi. Paling penting, kemana Shima akan dibawa oleh Syariful itu..?

**********************


“Sayang, abang nak sayang makan dulu! Ambil nasi bungkus ni.. Makan ye sayang..! Malam nanti kita nak ‘kerja’ tau..! Abang tak mahu sayang takde tenaga malam nanti..” bisik Syariful manja ke telingaku. Tangannya pula mendarat di bahuku. Naik geli badan aku dibuatnya. Aku boleh merasakan nafas Syariful yang dekat di telingaku. Sayang?? Wekk.. nak muntah aku dibuatnya..

Aku mendengus geram. Kurang ajar betul mamat ni..! Senang-senang dia cuba nak menyentuh aku yang tidak mampu melawan ni. Otak die ni ade masalah ke? Suruh aku makan tapi tangan yang terikat ni dia tak leraikan.

“Awak bodoh atau biol, hah? Saya nak makan guna apa? Tangan saya terikat ni.. Lepaskan saya, setannnn!!” aku menjerit sekuat hati. Entah di mana kami berhenti sekarang ni. Aku tahu tadi Syariful berhenti di satu perhentian untuk membeli makanan dan kemudiannya Syariful memandu lalu kami berhenti di tepi jalan ni. Aku pandang kawasan sekeliling. Hutan!! Ishh.. takut pulak aku! Buatnya ada harimau keluar dari hutan ni, dan ngap aku.. Ishh.. Tak sanggup aku nak fikir..

Aku memandang Syariful yang tersengih-sengih. Sengih macam kambing aje..! Bodoh! Mamat ni memang gila betul. Menyesal aku ikut dia ni. Tak pasal-pasal kena kawin dengan mamat kambing ni. Oh no!! Aku tak mahu kawin dengan mamat kambing. Busuk..! Perangai pun macam iblis!!

“Okey, sayang..! Abang lepaskan ye.. tapi..jangan cuba-cuba lari dari abang tau..!” bisik Syariful lagi. Aku rasa bulu tengkuk aku dah naik dah ni.. Entah kenapa aku rasa geli mendengar Syariful memanggil aku sayang..

Tadi aku dengar dia ada dapat panggilan dari seseorang. Fendi! Ya, aku tahu Fendi yang telefon Syariful ni tadi.

‘Fendi, tolong saya! Saya tak nak kawin dengan Syariful ni. Selamat kan saya, Fendi!’

Aku hanya boleh menjerit dalam hati saja.. Huh, kalau lah aku ada kuasa, dah lama aku hantar isyarat kat hati Fendi tu supaya dia boleh mendengar suara aku ni.. Kan aku tengah mintak tolong ni.. Tapi boleh ke dia dengar? Ish.. aku ni dah banyak sangat mengarut ni.. Macam mana aku nak terlepas dari mamat ni, ye??

****************

Fendi baru sahaja keluar dari balai polis sebaik sahaja membuat laporan polis. Tapi kata-kata polis tadi sedikit meresahkan hatinya. Shima belum hilang 24 jam lagi jadi pihak polis tidak boleh melakukan apa-apa lagi. Kalau lah macam ni, terpaksa lah bertindak sendiri dulu. Pun begitu, polis berjanji mereka akan cuba memantau kes ini.

Fendi masuk ke dalam kereta. Handphone yang diletakkan atas kerusi di sebelahnya di ambil. Ada mesej yang masuk!

Syariful : Fendi, mlm ni aku akan jadikan pompuan kesygan ko tu sbg permaisuri ati aku.
Jgn ingt ko akn dpt die. Dia akn jadi hak aku, tau? Haha..

Fendi : Ko jgn nak jd setan, tau tak! Shima tu hak aku!

Syariful : Sorila kawan. Beberapa jam lg, Shima to be my wife..Daaa….

Syariful terus mematikan talian handphone nya. Baru puas hati! Syariful tahu pastinya saat ini Fendi menyumpah dirinya. Biarlah, yang penting hati nya puas dan dendam lama tertunai malam ini. Dan satu bonus bagi Syariful bila melihat Shima yang diam-diam berisi ni akan jadi miliknya sekejap lagi..

‘Tak sangka Shima ni memang cantik.. Kecantikannya yang tersembunyi..’

Syariful tersenyum memikirkan kata-katanya. Teringat setiap kali dia datang ke ofis Fendi semata-mata untuk mengusik Shima yang badannya mengalahkan potongan badan seorang model. Lekuk pinggangnya yang menggiurkan..

Syariful mencapai handphone nya satu lagi. Didail satu nombor yang tersimpan di dalam memori. Sementara menanti panggilan disambung, mata Syariful menjeling ke arah Shima yang terbaring di kerusi belakang kereta. Kelihatan nyenyak. Shima tidur, mungkin dia keletihan.

***************

Aku membuka mataku perlahan-lahan sambil melihat reaksi Syariful yang sedang menanti panggilan dari seseorang. Syariful membelek-belek handphone di tangan. Aku terfikir-fikir ketika ini, bagaimana aku hendak terlepas dari tangan Syariful yang gila ni..

Seminit..dua minit..tiga minit…empat minit… Aku memandang Syariful yang begitu asyik dengan handphone nya. Huh! Kalau macam ni, susah la aku nak melepaskan diri. Tali yang mengikat tanganku semula, telah aku rungkaikan. Tunggu masa sahaja. Kadang-kadang aku pejam kan mata bila terlihat anak mata Syariful memandangku. Mungkin Syariful ingin memastikan samada aku sudah terjaga atau belum..


Tiba-tiba aku melihat wajah Syariful yang sedikit berkerut di dalam kegelapan malam ini. Entah kenapa wajahnya begitu.

“Aduhh.. masa ni lah perut buat hal pulak! Ish.. Hutan ni dah la gelap! Kat mane aku nak melepas ni..?” rungut Syariful lebih kepada dirinya sendiri. Aku yang mendengar dah tersenyum, ini lah saat yang aku boleh loloskan diri aku dari cengkaman Syariful. Yess!!

Aku menjenguk-jenguk ke luar tingkap. Bayang Syariful sudah menghilang di balik hutan. Segera aku bangun lalu membuka pintu kereta dengan perlahan-lahan. Sakit di pergelangan tangan masih terasa namun aku perlu kuat untuk melepaskan diri tika ini.

Lebuh raya bercahaya dengan lampu kereta yang bersimpang siur. Aku memandang ke arah lebuh raya itu. Fkiran ku mula buntu. Tak tahu ke mana jalan yang harus aku ikut. Aku berlari sejauh mungkin dari kereta Syariful. Terhincut-hincut kaki ku melangkah. Entah sudah berapa lama aku berjalan. Kaki mula terasa sakit. Sudah banyak kali aku cuba menahan kereta-kereta yang lalu, tiada satu pun yang berhenti..

Aku menarik nafas. Aku pandang sekeliling.. Hutan yang gelap seakan menggamit pendanganku. Terasa macam nak masuk aje dalam hutan. Mungkin ada pondok ke atau apa-apa kat dalam tu. Aku dah keletihan.. Nasi bungkus yang Syariful hulurkan tadi memang aku tak jamah sedikit pun. Sekarang perut dah start mengeluarkan bunyi yang entah apa muziknya.

Langkah kaki semakin lemah aku rasakan.. Untuk kali yang ke penghabisan aku melambaikan tangan menahan kereta yang lalu. Kepala sudah mula berpinar-pinar. Dan di saat itu, mataku sempat melihat ada cahaya kereta yang menghala ke arahku. Ada kelibat seorang lelaki di dalamnya. Aku sudah tidak berdaya lagi..lalu mata terpejam dan lepas tu aku dah tak tahu apa yang terjadi…..

Reaksi anda : 

Secarik Kasih Di Hujung Nafas 1


Tuk! Tuk! Tuk!

Kedengaran pintu rumah sewa Safira yang terletak di Pangsapuri Taman Gemilang, Pinggiran Batu Caves diketuk dari luar. Safira yang baru sahaja memakai apron dengan sebelah tali kecilnya terlondeh di lengan terkesima sebentar. Dengan keadaan rambut panjangnya yang sedikit serabai dan baju T-Shirt yang kusut, pantas sahaja kakinya melangkah ke ruang depan. Ketukan pintu pula semakin bertalu-talu.

“Sekejap ya..! Saya bukakan pintu ni..” sahut Safira memberitahu gerangan yang ingin bertandang ke rumah sewanya itu.. Tidak sabar nampaknya orang yang berada di luar itu.

“Maafkan kami..! Kami dari JAIS. Kami terima laporan ada maksiat berlaku dalam rumah ni. Boleh kami masuk??” beritahu salah seorang lelaki yang berkopiah di hadapan Safira. Ada lima orang semuanya. Safira jadi kaget sebentar. Betulkah apa yang didengarnya?

Maksiat?? Macam mana pula ini boleh berlaku? Mustahil aku buat maksiat dalam rumah ni memandangkan aku seorang saja..! getus hati kecil Safira. Kehairanan mula menyinggah di tebing hati Safira.

“Saya rasa encik semua ni salah terima laporan kot..” Safira menafikan kata-kata lelaki itu. Selama ini aku cukup menjaga maruahku. Mustahil aku akan sia-siakan amanat ibubapa yang begitu percaya untuk aku tinggal di pangsapuri ini, desis hati Safira.

“Apapun, biar kami masuk ke dalam untuk periksa dulu..!” pinta seorang lagi lelaki dalam kumpulan itu. Tiada lagi cara lain lalu akhirnya Safira mengangguk. Mengapa mesti takut kalau tak buat salah? Lalu diberi laluan untuk memudahkan semua lelaki itu masuk ke dalam dan menjalankan kerja mereka..

Rumah pangsapuri sewa yang mempunyai dua bilik itu diperiksa. Safira yang menunggu di ruang tamu berdiam diri. Biarpun ada sedikit rasa cuak dihatinya, Safira cuba menepis perasaan itu. Biar ada ketakutan yang bertamu di hati, Safira cuba menyangkalnya.

Tiba-tiba saja matanya tertancap pada kelibat seorang lelaki yang sangat dikenali Safira keluar dari dalam bilik teman serumahnya, Zulaika. Diikuti oleh lelaki-lelaki dari jabatan agama di belakangnya. Lelaki itu tidak berbaju dan sekadar berseluar pendek.

Fahmi!! Bagaimana dia boleh ada di sini? Kenapa dia boleh berada di rumah ini? Berkerut dahi Safira memikirkannya. Badan Safira pula mula menggeletar ketakutan. Pucat lesi mukanya. Ketika ini, Safira mula merasakan mukanya panas membahang.

Macam mana Safira tak sedar Fahmi berada dalam rumah tu? Ketika Safira baru pulang dari kerja tadi, dia tidak sempat mengetuk pintu bilik Zulaika, kelaziman yang dilakukannya sebelum ini untuk mengetahui temannya itu sudah pulang atau belum. Begitu banyak persoalan yang timbul di benaknya. Arghh.. Semakin pening kepala Safira bila diberitahu dan disahkan bahawa dia ditangkap khalwat bersama Fahmi, kekasihnya sendiri.

Beberapa minit kemudian, Safira, Fahmi, dan pengawai pencegah maksiat itu keluar dari rumah sewa yang didiami Safira bersama seorang temannya yang bernama Zulaikha. Safira perasan akan pandangan jiran sekeliling yang melihatnya. Ada beberapa orang makcik kelihatan berbisik-bisik.

Mereka berdua di bawa ke pejabat agama daerah Gombak untuk diambil keterangan. Jauh di simpang jalan, beberapa meter dari rumah itu, ada senyuman terukir di bibir seorang perempuan. Perempuan itu seakan berpuas hati dengan rencananya. Berjaya juga apa yang dirancang!!

***********

“Betul encik! Saya tak tahu bagaimana dia ni boleh berada di dalam rumah saya. Saya balik dari kerja terus ke dapur untuk memasak. Saya tak masuk pun dalam bilik tu. Lagipun itu bilik kawan saya…”

“Kalaupun itu bilik kawan awak, awak tetap didapati bersalah. Dalam Islam, haram hukumnya bila lelaki dan perempuan bukan muhrim berdua-duan dalam rumah. Kami tangkap awak berdua bila kami dapati hanya awak berdua saja di dalam rumah. Habis dengan keadaan awak berdua yang sedikit berserabut tadi tu, awak ingat kami boleh percaya? Kami tahu awak berdua dah buat benda tu kan..? Awak berdua orang Islam. Pasti ada sesuatu yang akan berlaku. Bila lelaki dan perempuan itu berduaan, pasti akan muncul pihak ketiga. Awak berdua tahu siapa pihak ketiga tu kan? Lagi satu antara awak berdua tiada ikatan yang sah di sisi agama.. Yang mengesahkan awak berdua suami isteri…” panjang syarahan yang diberi oleh pengawai agama di hadapan Safira dan Fahmi. Safira dan Fahmi termangu di kerusi mereka.

“Tapi encik.. kami tak ada buat apa-apa pun! Saya diberitahu rumah tu dimasuki pencuri oleh kawan saya sendiri. Sebab tu saya datang nak membantu.. Sampai saja di rumah, tiba saya dipukul dari belakang. Saya pengsan. Saya sedar bila encik masuk dalam bilik tu. Saya sendiri hairan bagaimana saya hanya berseluar pendek masa tu..” bersungguh-sungguh Fahmi mempertahankan dirinya.

Fahmi tahu dirinya tak bersalah. Mustahil untuk Fahmi melakukan perbuatan tidak senonoh itu kepada Safira. Matanya memandang ke arah Safira.

Safira adalah kekasihnya. Kekasih yang telah disemai rasa cinta sejak dua tahun lalu. Bukannya dia tidak kenal gadis naïf di sebelahnya. Fahmi tahu wajah itu dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang terjadi itu telah menconteng arang di muka keluarga mereka sedangkan mereka tidak bersalah. Biarpun bermati-matian menangkis tuduhan, ia tak semudah itu untuk disangkal.

Hampir dua jam mereka berdua di situ. Diberi kaunseling dan mereka dianggap sebagai pasangan yang ditangkap khalwat. Ibubapa kedua-duanya pun turut dipanggil dan ada bersama mereka. Saat itu juga, Safira terasa mahu pitam. Pipinya sudah basah dek air mata yang tidak segan silu menuruni pipi. Terasa ada batu besar yang menghempap kepalanya. Namun digagahinya juga untuk pulang ke rumah yang membawa nasib malang dalam kehidupan itu. Wahai hati, tabahlah!!

************

Teksi yang membawa mereka berdua berhenti di hadapan Pangsapuri Taman Gemilang. Masing-masing keluar setelah membayar tambang. Muram wajah Safira tatkala membuka pintu rumah. Mukanya masih tertunduk di atas lantai koridor. Rasa malu mula menguasai diri. Bimbang bagaimana penerimaan jirannya apabila mengetahui hal yang berlaku. Lebih-lebih teman serumahnya!

“Erk.. Safira! Abang minta maaf atas kejadian yang berlaku ni. Abang tak sangka benda macam ni boleh berlaku pada kita.. Abang minta maaf…!” pinta Fahmi sungguh-sungguh. Mereka berdua saling berhadapan. Safira masih tidak memandang ke arah Fahmi. Tetap melihat lantai konkrit yang menampung kakinya. Rasa sakit hatinya masih berbekam di sanubari..

“Safira, abang betul-betul minta maaf! Safira jangan takut ye.. Abang akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Cinta abang takkan berubah pada Safira..” Fahmi masih lagi memujuk Safira yang sejak dalam teksi lagi membisu..

“Abang tak perlu minta maaf kalau betul abang tak bersalah..” ringkas jawapan Safira namun hatinya berbekas dengan amarah. Tunggu masa untuk diletupkan saja tetapi berdayakah dia untuk memarahi lelaki di hadapannya kini? Safira tahu itu bukan salah mereka namun bagaimana hendak membuktikannya. Selama ini pun mereka berdua cukup menjaga batas pergaulan mereka.

“Cuma Safira sedikit hairan, bagaimana abang boleh berada di dalam rumah Safira? Dengan berkeadaan begitu…?” sambung Safira inginkan penjelasan. Berjurai lagi manik-manik jernih itu. Safira menyekanya dengan jari. Safira tidak mahu Fahmi menganggap dia wanita yang tidak tabah menghadapi dugaan.

“Bukankah abang dah jelaskan depan pengawai agama tu.. Safira pun tak percaya kat abang? Bagaimana harus abang jelaskan perkara sebenar berkali-kali andai Safira tidak percaya kat abang? Apa yang abang bagitahu, itulah sebenarnya. Safira ingat abang suka masuk rumah yang didiami gadis seperti Safira? Abang pun tahu batas agama. Didikan agama yang mak dan ayah beri masih kuat dalam diri ini. “

“Patutlah bila petang tadi, Safira call abang, abang offkan handphone. Inikah surprise yang abang beritahu semalam tu? Surprise inikah yang abang nak beri pada Safira? Dengan memalukan Safira? Kenapa abang tak bagitahu abang berada di rumah Safira hari ni..?” tuduh Safira.

“Safira jangan lah bertindak kejam dengan menghukum abang begini. Tuduhan tu terlalu berat untuk abang terima. Percayalah… abang tak tahu bagaimana ini berlaku. Bateri handphone abang sudah habis. Bukan ini surprisenya. Abang fikirkan malam ini abang nak bawa Safira pergi dinner.. Tapi abang dapat panggilan mengatakan rumah Safira dimasuki pencuri. Sebab tu…”

“Abang baliklah. Tinggalkan Safira sendirian.. Safira perlukan ketenangan..” potong Safira tidak membenarkan Fahmi menghabiskan ayatnya. Semakin banyak kata yang terluah di bibir kekasihnya itu, semakin sakit hatinya. Air mata dari tadi tidak berhenti membanjiri pipinya. Seakan air sungai yang terus menerus mengalir.

“Baiklah… abang balik dulu. Esok abang datang jumpa Safira ye.. Satu abang nak ingatkan pada Safira, mungkin apa yang berlaku ni ada hikmahnya yang kita tak tahu..Abang tetap akan bertanggungjawab. Kita segerakan pernikahan yang kita rancang sebelum ini. Kita tak perlu bertangguh lagi. Abang pergi dulu..” lembut suara Fahmi meminta diri untuk pulang.

Fahmi masuk ke dalam kereta Proton Waja nya yang diparkir di tempat parking.
Nampaknya Safira tidak mempercayai kata-katanya. Wajah marah dan kebencian terpapar di muka kekasihnya itu.. Bukankah mereka pasangan kekasih? Seharusnya ada sifat saling mempercayai antara mereka. Ya Allah! Kenapa aku jadi begini?

Safira sudah terlentang di atas sofa. Matanya tajam memandang kipas yang ligat berputar. Malu, sedih marah dan geram bertandang di fikiran tanpa dipinta. Mungkin itu refleksi dari urat saraf otaknya. Di anak matanya seakan terbayang skrin kejadian yang berlaku tadi. Benar-benar di luar jangkaannya..

Safira percayakan Fahmi hampir seratus peratus. Tapi tiba-tiba kepercayaan itu luntur dek peristiwa memalukan itu. Itukah jalan paling mudah yang difikirkan Fahmi setelah berkali-kali Safira menangguhkan perkahwinan mereka kerana Safira masih belum bersedia? Tidak sabarkah Fahmi untuk hidup bersama Safira? Sedangkan Safira masih muda dan terlalu betah untuk mengharungi alam rumahtangga. Percintaan mereka selama dua tahun itu akan terkuburkah?

Semasa Fahmi menjelaskan hal yang berlaku tadi, tiada tanda Fahmi berbohong dengan alasan yang diberinya. Riak wajahnya serius. Safira sendiri ingin mempercayai kata-kata Fahmi tadi tetapi entah akal halusnya menidakkan perbuatan itu..

Safira berkira-kira bagaimana mahu berdepan dengaan ibubapanya. Memang Safira sudah bertembung empat mata dengan ibubapanya tadi namun ada perasaan gusar di jiwanya. Sememangnya sudah terconteng arang di muka mereka. Pastinya mereka malu…

Reaksi anda : 

Siapa boleh ubati kesedihan saya ni..??

Sebelum tu, saya nak mintak maaf yer.. Saya terpaksa bekukan citer 'Jangan Menangis Sayang' ni.. Atau dalam kata lain saya stop kan sambungan citer ni.. Sedih la bile ada orang lain copy paste citer ni n masukkan dalam blog die tanpa izin saya. Tak tahu apa motifnya tapi rasenya tak salah kan minta izin untuk berbuat demikian..?Apa perasaan korang bile ada orang lain ciplak idea korang? Dah tentu hati sakitkan.. Macam tu jugak hati saya.. Saya akan sambung semula citer bile orang berkenaan membuat pengakuan die.. Tak salah kalau nak jadikan citer saya ni sbg koleksi tapi harap boleh beritahu saya..
Apepun sebagai gantinya, saya akan post kan citer baru saya dalam beberapa hari lagi..
Harap citer baru ni pun jangan la ade buat benda yang sama macam ni yer...kepada semuat peminat "Jangan Menangis Sayang", bile sampai waktu nanti, saya akan postkan sambungannya yer..Sori sesangat!!Love u always!!!

Reaksi anda : 

Petua mengetahui cinta pasangan hidup!!

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :

Ø Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

Ø Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

Ø Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

Ø Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

Ø Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.

Ø Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.

Ø Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

Ø Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

Ø Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

Ø Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurang an di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.
Ø Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

Ø Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.


P/S : Petua ni saya dapat dari email. Dikhaskan untuk mereka yang bergelar suami isteri. Bagi yang belum tu..sesuai gak sebagai petua korang sebelum nak melangkah alam baru...

Reaksi anda : 

Jangan Menangis Sayang 17


“Woii…!! Awak giler ke?? Lepaskan saya sekaranggg!!!” aku menjerit sekuat hati. Tekak kurasakan semakin perit. Hampir kelelahan aku dibuatnya. Sudah hampir sejam aku menjerit. Rasa-rasanya anak tekak pun boleh keluar ni...

Letih aku dibuatnya. Sedari tadi aku berhempas pulas meleraikan ikatan di tanganku namun hampa. Pedihdi pergelangan tanganku ini tak usah cerita la.. Bahuku juga sakit.. Kudratku sebagai seorang perempuan tidak mampu melepaskan aku dari masalah ini.. Tambahan pula dengan keadaan aku yang berbaring secara mengiring ini menyusahkan aku untuk cuba melepaskan diri.

Apa jenis lelaki Syariful, tak tahu lah aku.. Aku ingat sedikit belas kasihan pun tak ada dalam dirinya. Melihat aku terkial-kial cuba melepaskan diri hanya mengundang senyuman sinis yang menyakitkan hatiku di bibir Syariful.

Sudah dekat dua jam aku berada di kerusi belakang kereta Honda City milik Syariful. Aku tidak tahu ke mana aku di bawa pergi. Pertanyaan aku tidakterjawab dari tadi. Tiba-tiba perasaan kesal menyelinap di hati. Kesal kerana aku setuju untuk mengikutnya.

Aku cuba mencari wajah lelaki keparat itu. Pemanduannya yang menggila menakutkan aku. Gelak ketawanya berselang seli dengan suara radio yang terpasang. Kerancakan muzik yang lantang membingitkan halwa telingaku..

Aku cuba mengingati bagaimana aku boleh terikat begini.. Mungkin tadi Syariful tidak tahan dengan pertanyaanku, memberhentikan kereta di tepi jalan. Pintu dibuka lantas dengan tiba-tiba satu tamparan hinggap ke pipiku. Mataku berpinar-pinar lalu tidak sedarkan diri. Bila aku tersedar, aku menyedari aku kini berada di kerusi belakang dengan keadaan kaki dan tangan yang terikat.

Mati-mati aku ingatkan Syariful adalah Ipul yang aku cari selama ini, rupanya dia bukan Ipul aku! Ipul aku masih tidak ditemui lagi. Bagaimana aku boleh terpedaya dengan kata-katanya semalam?? Kata-kata ibu yang mengiyakan Syariful adalah Ipul ku..? Mungkin ibu turut terpedaya dengan kata-kata manis lelaki ini. Arghh….!!!

Syariful masih memandu lagi. Aku yang berada di belakang mula keletihan. Kata-kata Syariful sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinga,

“Berbulan-bulan saya ngorat awak, sedikit pun awak tak layan saya ye..! Awak ingat awak tu cantik sangat ke..?? Memang pada mulanya saya sendiri terpikat pada awak tapi bila mengetahui awak kepunyaan Fendi.., saya takkan berdiam diri. Huh, kalau bukan kerana dendam, saya pun takkan cari awak dan kidnap awak tu…! Dendam tu harus dilunaskan sekarang…!”

“Dendam? Apa maksud awak? Saya tak pernah berjumpa dengan awak sebelum ni, kenapa awak nak berdendam dengan saya?? Bile masa pula saya ni kepunyaan Fendi, hah??? Lepaskan saya…!!!”

“Lepaskan awak? Jangan mimpilah. Saya tak dapat Rina, awak pun boleh jadi gantinya..! Jangan ingat awak mudah terlepas dari saya… Haha…!”

“Dendam apa yang awak maksudkan ni, hah? Siapa Rina tu..? Apa kaitannya dengan saya..??” persoalan itu mula muncul di benak ku.

“Rina adalah tunang saya. Bekas tunang saya . Sekarang dia sudah menjadi arwah. Dia meninggal gara-gara Fendi.. Sebab tu, saya takkan lepaskan orang yang membuatkan saya kehilangan orang yang saya kasihi..”

“Ape kena mengenanya dengan saya..?”

“Saya dan Fendi dulu kawan satu universiti dan sebilik di kolej asrama. Saya dan Fendi selalu bersama. Sehingga pada tahun kedua, kami berdua terpilih sebagai AJK untuk menguruskan orientasi budak-budak tahun Satu yang baruk masuk di universiti itu. Dan di waktu itu, terdapat seorang pelajar perempuan yang menarik perhatian kebanyakan palajar senior lelaki. Salah satunya saya! Kerana kecantikan dia dan kelembutan dia yang memikat hati kami..” Syariful menarik nafas. Tangannya masih memegang stereng. Aku yang dibelakang merasa sedikit lenguh..

“Saye cuba tackle Rina banyak, memang susah nak dapatkan dia. Hampir setahun saye cuba kejar dia.. akhirnya cinta saya disambut baik. Masa tu hati saye memang berbunga-bunga. Siapa sangka gadis idaman satu universiti akhirnya jatuh ke tangan saya. Memang saye bangga dapat dia. Kerana saye dan Fendi berkawan baik, kami kerap kali berjumpe bertiga. Hanya bile kami perlukan masa private sendiri, baru saye keluar dengan Rina.. habis study kat u tu, saya terus dapat offer kerja. Setahun lepas tu saye dan Rina bertunang. Saye sangkakan hubungan saye selama ni baik saja tapi tak sangka Rina main kayu tiga di belakang saye. Dan yang saye paling tak sangka, lelaki yang menyebabkan tunang saye menduakan saye ialah kawan baik saye sendiri, Fendi..! Kerana die, saye purus tunang, tau tak! Awak ingat saye boleh maafkan orang yang menghancurkan hidup saye??” tengking Syariful.

Wah.. Berapi betul Syariful ni..! Aku yang baring kat belakang ni pun boleh kecut perut mendengar amarah lelaki ini. Semuanya kerana Fendi. Kemunculan Fendi dalam hidup Syariful mengkucar-kacirkan hubungan cintanya...

Tiba-tiba mindaku berlegar-legar dengan satu persoalan. Aku pernah menjadi pendengar setia masalah Fendi pada suatu ketika dulu. Sewaktu aku tidak tahan dikaca dek Syariful. Kenapa Fendi meminta aku tidak melayan Syariful lebih-lebih sedangkan mereka adalah kawan baik.

Cerita yang aku dengar dari mulut Syariful sekarang berlainan sekali dengan apa yang disampaikan Fendi waktu itu. Malah terdapat percanggahan di situ.

Fendi mengatakan Syariful adalah buaya darat yang sering mempermainkan kaum wanita seperti aku. Tambahan pula Syariful pantang melihat perempuan yang cantik-cantik. Semuanya dia nak sapu. Sifat Syariful yang playboy itu kurang digemari Fendi namun mengenangkan mereka adalah kawan, Fendi sekadar mampu memberi nasihat.

Namun tidak pula diceritakan tentang Rina, tunang Syariful tu.. Nampaknya ade cerita yang menarik perlu aku tahu di sini. Dan untuk megetahuinya, aku perlukan pastikan Syariful dan Fendi ada di depan aku supaya aku tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.

Mmm.. kalau lah benar Syariful buaya darat, habis Fendi pula bagaimana? Syariful mengatakan Fendi adalah pengacau dalam hubungannya dengan Rina.. Ah.. mana satu yang betul ni??

“Awak dengar sini! Kalau saye tak dapat ape yang saye mahu, Fendi jugak takkan dapat! Saye nak die rase apa yang saye rasa..! Berkali-kali saye tackle awak, awak tak layan saye.. Awak hanya layan Fendi saje.. Saya mahu bunga idaman saye hanya jadi milik saye seorang..Awak jangan ingat saya akan lepaskan awak kali ni.. Kite kawin lari di Siam..!!” ujar Syariful.

Syariful ketawa sekuatnya. Aku menjadi semakin geram. Kaki aku hentakkan pada pintu kereta dengan harapan pintu itu akan tercabut. Semakin aku hentak, semakin sakit kaki ini. Syariful menoleh ke belakang dan memandang aku. Melihat aku yang terkial-kial cuba melepaskan diri menyebabkan Syariful tersenyum sinis.

“Awak jangan ingat awak boleh larikan diri dari saya! Duduk diam-diam! Kejap lagi kita sampai..!”

‘Ya Allah, Tolong lah hamba Mu ini. Perjalanan yang jauh ini betul-betul memenatkan aku! Aku tidak mahu menjadi isteri lelaki keparat ini. Lepaskan aku dari masalah yang bukan aku cipta ini, Tuhan…!!’

******************

Fendi masih tercegat di dalam kereta. Segan rasanya untuk keluar menemui keluarga Shima, gadis yang ditolaknya untuk menjadi pasangan hidup dulu. Bagaimana penerimaan mereka nanti..? Malu yang ditanggung oleh keluarga itu pun belum lenyap lagi.

Semalam, Dato Azman memberitahunya mereka akan meminang sekali lagi Shima untuk dirinya. Fendi kaku mendengar kata-kata papanya. Betul ke?? Mahukah mereka menerima aku semula..?

“Tapi ingat…, papa sekadar bantu apa yang boleh papa bantu. Selebihnya Fendi kena usaha sendiri untuk tambat hati mereka. Dulu Fendi dah kecewakan mereka.. Kita yang mulakan dulu, kita jugak yang kena akhirkannya.. Fendi faham kan maksud papa..???”

Kata-kata Dato’ Azman seakan menusuk hingga ke kalbu. Aku yang mulakan, aku jua kena akhirinya..? Persoalan itu bermain-main di kotak minda Fendi.

‘Ya, aku perlu kuat untuk menerima apa yang bakal terjadi nanti.. !’ desis hati Fendi.

‘Tak kira sama ada mereka akan menerima aku kembali atau tidak, aku kena redha seandainya Shima bukan tertakdir milikku. Namun aku perlu pastikan janji yang aku buat mase kecik tu, akan terlunas kelak..! Cinta pertama yang membenihkan rasa saying itu akan aku ahkiri dengan ikatan suci itu.. Aku tak mahu aku dianggap penipu oleh Tembam…!’

Fendi melangkah keluar dari perut kereta. Sedikit goyah perasaannya kini. Bermacam-macam yang sudah bercampur aduk di dalam fikirannya. Hati Fendi berbelah bagi. Takut seandainya apa yang diimpikan tidak tercapai sebentar lagi.

MP3 yang dipasang dicuping telinga segera ditanggalkan. Lagu sama yang berputar sedari mereka bertolak dari rumah seperti masih terngiang-ngiang di telinga Fendi. Makna lirik lagu itu seakan sama dengan perjalanan hidup kisah Fendi dan Shima.. Ya, Ipul dan Tembam….!!

‘Sesuai benar lagu itu dengan kami.. Nadanya yang mendayu-mendayu benar-benar meruntun jiwa lelakiku.. Kalau impian itu tercapai, akan aku dengarkan lagu ini pada Tembam nanti..’

Fendi mula berjanji pada dirinya sendiri. Pandangan Fendi jatuh ke wajah Dato’ Azman.. Entah apa yang Dato’ Azman cuba sampaikan pada Fendi dengan mimic muka yang sebegitu. Mulut Dato’ Azman terjuih-juih cuba memberitahu sesuatu. Fendi cuba mengikut pandangan mata Dato’ Azman.

Kepala Fendi berpaling ke belakang. Di saat itu juga, mulut Fendi terus ternganga…

“Makk..!!!!”

Reaksi anda : 

Attention Please...!!!

Saya baru perasan sesuatu kebelakangan ni..ada orang yang tidak bertanggungjawab telah menyiarkan karya saya di Penulisan2u tanpa keizinan saya..kepada orang yang berkenaan, harap dihentikan perbuatan anda..Perbuatan anda mengundang rasa tidak senang hati saya..Juga menghilangkan mood saya untuk menyambung karya ini..Mungkin kerana ada pembaca yang tidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya menyebabkan orang berkenaan menyiarkan karya yang difotokopi dari blog ini..Kalau ianya disebabkan itu,harap dihentikan ya..Komen yang saya baca di Penulisan2u mengatakan ada pembaca yang telah membaca ending karya ini..Harap tidak berlaku lagi selepas ini.Salam.

Reaksi anda :