Secarik Kasih Di Hujung Nafas 4


Diari merah itu ditutup rapat setelah nafasnya ditarik dalam-dalam memasuki rongga jantung dan hati. Jantung yang sepatutnya berdegup normal berdenyut dengan kencang. Betapa terkejutnya Safira setelah mengetahui hal yang sebenarnya terjadi di sebalik semua yang berlaku sebelum ini. Ketika ini, pelbagai jenis rasa yang bercampur aduk di hati dan fikiran Safira.

“Ya Allah..!!!”

Hanya itu sahaja ungkapan yang termampu lahir di bibir mungil Safira. Selebihnya fikiran Safira tidak dapat mencerna kata-kata lain. Seolah-olah bibirnya terkunci. Setitis demi setitis air matanya membanjiri kelopak mata. Safira membiarkan manik-manik jernih itu jatuh ke pipi. Tidak mampu lagi dia nak menghalang.

Apatah lagi nasibnya yang kini mula terumbang-ambing. Semua yang mengenalinya mula menjauhkan diri. Termasuk lah teman rapat apatah lagi keluarga sendiri. Safira sudah dibuang keluarga. Apa lagi yang mampu dilakukan Safira untuk menegakkan keadilan? Insan yang sepatutnya bersama-sama berjuang mencari kebenaran telah tiada di alam fana ini. Di mana lagi kekuatan Safira?? Apakah dengan adanya diari itu mampu menutup segala keaiban yang memalitkan kotoran di wajah Safira?? Mampukah nota kecil lakaran tangan arwah Fahmi itu mampu membersihkan namanya semula..? Safira tahu hanya Dato’ Razali saja yang memahaminya. Hanya lelaki itu seorang..!!

Tidak mudah keaiban yang tercemar mampu ditutup dengan barang yang sekecil cuma. Tiada siapa yang akan percaya nukilan arwah Fahmi itu yang menyatakan mereka berdua mangsa yang teraniaya. Orang akan mendabik dada mengatakan sesiapun mampu menghasilkan diari sebegitu. Siapa yang akan mempercayai Safira? Berat dugaan yang Safira tanggung namun sedetik hatinya cuma mampu berdoa agar suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar semula. Entah kenapa, tangan Safira tergerak semula untuk membuka kembali lembaran diari itu. Perkataan yang terconteng dengan dakwat biru itu dibacanya sekali lagi..

24 Januari 2008..

Hari ini aku menerima panggilan dari teman serumah Safira, Ika. Katanya, rumah mereka dimasuki pencuri. Sebaik panggilan ditamatkan, aku segera ke rumah Safira. Aku tak mahu apa-apa terjadi pada Safira. Kes kecurian sekarang sudah membabitkan nyawa. Aku tak mahu nyawa orang yang aku sayang hilang begitu sahaja. Sebaik tiba di depan pintu rumah, aku mengetuk pintu. Tingkap rumah pun terkunci. Adakah pencuri berada di dalam? Macam mana lah rumah pangsapuri begini pun boleh dimasuki pencuri. Kadang-kadang aku hairan juga. Kalau ade bunyi bising yang aneh, sudah tentu jiran sebelah boleh dengar.

Aku memasang telinga. Macam sunyi aje kat dalam rumah ni. Tiba-tiba pintu terbuka dan tanganku ditarik masuk ke dalam. Mataku sempat menangkap kelibat seseorang. Ika!! Ada seorang lagi tetapi aku tidak dapat nak cam kerana belakang leherku tiba-tiba dipukul benda yang keras.. Lepas tu aku tidak tahu apa yang terjadi. Yang aku tahu, sebaik sedar, aku lihat ada lebih kurang lima orang lelaki berkopiah putih mengelilingiku. Aku lihat tubuhku sekadar berseluar pendek. Apa sebenarnya terjadi??

Aku diminta keluar. Bila keluar dari bilik, terus aku tergamam.

‘Ya Allah! Dugaan apa yang Kau berikan pada kami ini?’

Aku dan Safira kena tangkap khalwat?? Tak mungkin.. Aku tahu ini angkara Ika dan yang seorang lagi tu.. tapi siapa seorang lagi tu? Aku sendiri tak sempat nak beritahu Safira keadaan yang sebenar. Safira pun macam tak percaya sahaja kat aku. Setiap kali aku cuba nak bagitahu, Safira memarahiku. Aku tahu, dengan keadaan kami, sesiapa pun akan melenting. Apatah lagi ditangkap khalwat. Kejadian ni betul-betul memalukan aku…Juga memalukan kekasih hatiku, Safira.

20 Mac 2008..

Hari ni aku akan diijabkabulkan dengan Safira. Betapa hatiku gembira kerana ini merupakan saat yang kunantikan sekian lama. Percintaan yang tersemi selama dua tahun akhirnya membuahkan ikatan rasmi antara kami. Akad nikah yang bakal menghalalkan hubungan antara dua hati. Yang bakal menyemarakkan lagi mahligai kasih kami berdua.

Tapi… entah mengapa sejak peristiwa penangkapan khalwat kami itu, Safira tidak seceria dulu. Seolah-olah kami orang asing dalam dunia kami sendiri. Safira seringkali membuat hal sendiri hinggakan dalam seminggu, aku sekadar mampu mendengar suaranya sekali sahaja. Kalaupun Safira menjawab panggilanku, dia seolah-olah memperlakukan aku seperti tidak wujud di hatinya.

‘Safira, apa salah abang?? Bukannya abang mahu kisah kita jadi begini. Abang tak pinta ia berlaku. Abang sendiri mengharapkan kita dapat mengakhiri hubungan ini dengan kerelaan dan kesediaan hati kita. Tapi tegarnya Safira memperlakukan abang yang tidak bersalah ini.. Bukan salah abang bila ini yang berlaku. Bukannya abang yang pinta keaiban ini... ’

Aku tahu Safira bersedih kerana ikatan yang bakal terjalin ini berlaku tidak pada waktu ketikanya. Aku tahu Safira masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri. Petang ni, aku akan ambil baju pengantinku. Harapnya baju tu dah siap.. Baju pengantin yang telah direka mengikut impian Safira dulu. Walaupun aku tahu Safira tidak suka akan apa yang berlaku ini, sebolehnya aku mahu mencapai impiannya. Sebab sesedih manapun Safira, aku tetap ingin jadi pengantin lelaki kacak yang mampu menggembirakannya di hari bahagia... Aku mahu nampak tampan di mata Safira.. Aku ingin Safira melihatku dalam pakaian pengantin itu.

‘Safira..Abang tetap sayang Safira walaupun ada kebencian yang bertandang di hatimu.. Abang redha andai suatu ketika kita tidak mampu bersatu sebagai suami isteri namun abang berharap Safira lah yang akan menjadi bidadari abang di syurga nanti. Kelak abang akan nantikan Safira di pintu syurga-Nya...’

Rupa-rupanya Fahmi seakan mengetahui ajal maut yang akan menjemputnya. Fahmi sedar dia tidak mampu menjadi pengantin lelaki buat Safira. Safira mula rasa bersalah memperlakukan Fahmi sedemikian rupa.

‘Andai perkara itu tidak terjadi… Kiranya mampu masa berundur… Akan kusemi cintamu di hati nan satu ini, Fahmi..!’

Safira mula merasakan matanya semakin berat. Anak mata sudah mengecil. Tanpa disedari, Safira sudah pun terlelap. Membiarkan isi kandungan diari merah itu terbuka dan dibaca angin yang lalu.. Lena lah tidur Safira ditemani air mata.

******************




Jam sudah menunjukkan angka 7.30 pagi. Pintu pagar sekolah akan ditutup sebentar lagi. Beberapa orang pengawas sekolah yang berpakaian biru muda mengawal di tepi pintu pagar itu. Embun pagi sudah lama menghilang. Sinaran matarhari mula menampakkan bayangnya.

Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki datang agak lewat. Pakaian selekeh hingga meneyebabkan mereka ditegur pengawas bertugas. Pengawas sekolah mencatit nama mereka biarpun dihambur dengan kata-kata yang sedikit kesat.. Begitulah gelagatnya pelajar-pelajar sekolah di zaman kini. Entah apa yang mempengaruhi mereka. Adakah kepesatan teknologi yang mengubah mereka? Ataupun ketidakprihatinan ibubapa yang seringkali mengabaikan mereka?

Cikgu Syafik memusing stereng kereta untuk memasuki kawasan Sekolah Menengah Seri Andalas. Decitan tayarnya yang mengeluarkan sedikit api mengejutkan beberapa orang guru lelaki yang masih berbual kosong di tempat letak kereta. Terbeliak mata mereka melihat warna oren garang kereta Proton Gen-2 milik Cikgu Syafik itu.

“Tukar warna lagi la tu..!!”

Setiap kali pun, itulah yang sering meniti di bibir kebanyakan guru lelaki sekolah itu. Sikap Cikgu Syafik yang seringkali menukar aksesori keretanya menimbulkan buah mulut orang. Mampukah gaji setakat lulusan ijazah itu menukar semua aksesori itu?
Aksesori yang kadangkala mencecah ribuan ringgit itu hanya mampu dibeli golongan kaya sahaja.

“Korang semua nak hairan apanya? Cikgu Syafik tu bukannya ada kekasih pun. Mestilah belanjanya banyak habis kat kereta kesayangan dia tu… Lain lah kalau ada perempuan yang sangkut kat dia, dah tentu belanjanya habis untuk perempuan tu..”


Guru-guru itu menanti masa untuk perhimpunan hari Isnin. Seperti biasa, itulah perkara yang sering berlaku setiap kali adanya perhimpunan. Bukannya hendak mengemas apa yang patut di bilik guru sebaliknya menghabiskan masa berbual bersama rakan sekerja. Cikgu Syafik juga tidak ketinggalan ikut sama.

“Hai…cikgu! Kenapa lambat ni? Mimpi apa malam tadi?” tegur Cikgu Zakaria yang tinggi lampai itu setelah melihat Cikgu Syafik yang baru keluar dari keretanya. Sambil mengeluarkan sebatang rokok dari kotaknya, Cikgu Zakaria terus menghembus asap setelah api dicucuh pada rokok itu.

Inilah senario yang sering terjadi di Sekolah Menengah Seri Andalas. Tidak sehebat nama sekolahnya lantaran telatah guru-guru muda di situ yang langsung tidak mengambil peduli peraturan sekolah. Bukankah sekolah adalah salah satu tempat larangan merokok? Kalaulah begini gelagatnya bagaimana pelajar di situ dapat mencontohi perbuatan baik?

“Mimpi yang menarik juga lah, Cikgu Zakaria! Seorang puteri yang indah rupawan menerima lamaranku.. Bahagianya hidup kalau ia benar-benar terjadi kan, cikgu?” balas Cikgu Syafik sambil menguntum senyuman di bibirnya.

“Tak usah nak berangan lah, Cikgu Syafik! Mustahil ada puteri yang inginkan cikgu! Sedangkan ramai guru perempuan di sekolah ini tak kira lah muda ataupun andartu yang sudah cikgu pikat, tak satu pun yang melekat di dahan cinta cikgu tu.. Barangkali cikgu kena mandi bunga ni…!” ucap Cikgu Naim sedikit mengejek lantas ketawa sinis.

“Hmm…!!” Cikgu Syafik mendengus geram. Menyumpah-nyumpah dirinya sendiri. Benar kata Cikgu Naim. Entah kenapa tiada perempuan yang sudi menyambut kasihnya Apakah cintanya tidak sehebat cinta Laila dan Majnum? Di sekolah itu, sudah beberapa guru perempuan cuba ditagih cinta mereka namun mereka tidak melayannya. Apakah yang kurang pada dirinya?

Cikgu Syafik meraba-raba wajahnya. Dia bukan tidak kacak. Wajahnya sedap mata memandang. Dengan alis kening yang sedikit lebat, lesung pipit yang sentiasa terbit di pipi bila senyum terukir, anak mata yang berwarna coklat, dan mukanya jarang sekali menjadi tempat jerawat bertamu. Persis Fahrin Ahmad!

Namun tiada seorang pun yang seakan menyedari kelibat cintanya. Mungkin benar kata-kata Cikgu Naim, perlu mandi bunga supaya tuah itu memunculkan diri di hadapannya.

Akibat cinta yang sering ditolak sang gadis, Cikgu Syafik seakan takut untuk menjelmakan dirinya dalam dunia cinta lagi. Bimbang penolakan itu berlaku sekali lagi. Malunya tiada kepalang. Cikgu Syafik seringkali menjadi bahan gurauan senda guru-guru lelaki di sekolah itu. Malah statusnya sebagai bujang terlajak menyebabkan ibu bapa di kampung selalu bising.

Dalam ramai-ramai guru lelaki, bolehlah dikatakan hanya Cikgu Syafik yang belum berkahwin. Sedangkan dia antara guru yang paling lama bermastautin di sekolah itu. Kalau ada guru lelaki muda yang masuk sekalipun, tak sampai setahun, pasti guru itu menjadi kepunyaan si dara. Hanya Cikgu Syafik yang ternanti-nantikan jodohnya sahaja.

“Aku dengar ada guru muda yang masuk ke sekolah kita hari ini..!” bicara Cikgu Faizal menyentuh gegendang telinga Cikgu Syafik.

“Lelaki??” tanya Cikgu Zakaria lalu puntung rokok yang sudah kecil ditunjal-tunjal dengan hujung kasutnya.

“Kalau lelaki, buat apa aku beria-ia cerita pada kamu semua? Sudah tentu guru perempuan! Dengarnya masih muda belia, lingkungan umur 26 rasanya.. Dia bertukar dari sekolah bandar di Gombak dulu.. Hari ini hari pertama dia untuk melaporkan diri..”

“Nampaknya aku ada peluang lah..!” ujar Cikgu Naim sambil mengenyitkan mata kanannya. Cikgu Naim memang terkenal dengan perangainya yang gatal dan buaya darat itu. Sentiasa dahagakan perhatian wanita muda sedangkan umurnya saja sudah mencecah empat puluh. Sudah beristeri dua dan mempunyai enam orang anak dari kedua-duanya.

“Kamu ni, Cikgu Naim! Sudah-sudah lah tu! Isteri dua orang kat rumah tu siapa nak jaga nanti? Bagilah peluang kepada orang muda di sebelah tu…” balas Cikgu Faizal sambil memuncungkan mulutnya ke arah Cikgu Syafik. Cikgu Syafik tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi. Sedangkan rasa takut mula bersarang di dalam hatinya. Apakah ini peluang diharapkan selalu muncul itu? Macam mana kalau gagal lagi?

“Pasti guru perempuan tu cantik kan? Maklum lah guru muda..” puji Ckgu Naim sedangkan hakikatnya dia sendiri belum pasti.

Cikgu Zakaria, Ckgu Faizal dan Cikgu Syafik sekadar senyum memerhatikan telatah Cikgu Naim itu. Kalau dah namanya lelaki, ditambah pula dengan perangai miangnya itu, memang bukan lelaki lah namanya.. Bagaimanalah nasib guru baru itu nanti??

*****************


“Baiklah, para pelajar! Hari ini kita akan menyambut kedatangan guru baru ke sekolah ini. Diperkenalkan, Cikgu Safira!” lantas suara pengetua bergema di sekitar tapak perhimpunan yang menghimpunkan lebih kurang seribu pelajar. Pelajar bertepuk tangan meraikan kedatangan guru baru itu. Ada bunyi siulan yang mengusik Safira..

Safira yang duduk di barisan paling hujung di antara guru perempuan itu bangun lalu menundukkan kepala tanda hormat. Seraya senyuman terukir di bibirnya yang bersalut lisptik merah jambu yang tidak berapa terang warnanya.

“Wah.. cantiknya cikgu baru tu.. Boleh lah kita usha kann..?” terdengar suara nakal berbisik. Kawan di belakang terus mengetuk kepalanya. Pelajar lelaki nakal itu berpaling ke belakang dan mendengus geram lalu digosok perlahan-lahan kepala yang sakit.

Tak jadi hendak marah kerana yang mengetuk kepalanya tadi adalah pengawas perempuan memakai tag nama ‘ DARIN ’ yang ditugaskan mengawasi barisan pelajar lelaki.

“Syhh… Senyap! Tak nampak pengetua tengah berucap ke?” kata Darin geram. Kalau diikutkan hati, malas rasanya menjaga barisan pelajar lelaki ini. Mereka ni suka buat bising. Tak tahu etika ketika berada di perhimpunan. Namun hendak buat macam mana, pengawas perempuan perlu menjaga barisan lelaki, begitu juga sebaliknya.

Pelajar nakal itu menjelir lidahnya. Kemudian beberapa orang pelajar yang berada berdekatan pelajar nakal itu bersiul pula mengenakan Darin. Merah padam muka Darin dibuatnya.

“Fakhri, Naufal dan Wafir! Ke depan sekarang!” laung pengetua dengan mikrofonnya. Serentak semua pelajar berpaling melihat pelajar yang dimaksudkan.

“Berdiri di situ!” sambung pengetua lagi. Hukuman biasa yang selalu mereka dapat.

“Mereka ni lagi! Kenapalah suka sangat buat hal? Memang ‘muka tembok’ betul lah..!” terdengar suara pelajar lain berbisik. Memang tak sah kalau setiap perhimpunan tiada muka pelajar bertiga untuk berdiri di depan. Hukuman kerana membuat bising. Pengetua sendiri sudah arif dengan kenakalan pelajar yang bertiga itu.

Safira kembali duduk di kerusinya. Guru perempuan yang berada di sebelahnya memberinya senyuman. Sambil menghulurkan tangan,

“Saya, Cikgu Durriyah! Guru Matematik di sekolah ini!”

Safira menyambut salam itu.Permulaan bagi satu kehidupan. Kehidupan lama yang Safira telah tinggalkan. Dan Safira membalas senyuman Cikgu Durriyah. Serentak keduanya berpaling ke hadapan. Menatap ratusan wajah anak-anak kecil yang kian meningkat dewasa. Di sinilah, mereka sebagai guru menabur jasa dan bakti melalui ilmu yang dicurahkan.

Hampir lima belas minit pengetua yang bernama Cikgu Ibrahim itu berucap. Pagi yang tadinya sejuk dibasahi embun kampung kian hangat disimbahi teriknya sang mentari yang telah lama menampakkan diri.

Setelah berhimpun dekat satu jam, akhirnya pelajar dan guru-guru bersurai. Masing-masing mula bergerak ke destinasi. Pelajar ke kelas mereka dan guru ke dalam bilik guru yang terletak di bangunan B. Guru-guru yang akan mula mengajar menyiapkan bahan pengajaran mereka. Beberapa guru yang belum sampai masa mengajarnya sibuk menjaja mulut bercerita itu dan ini. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Anita, Cikgu Swee Lin dan Cikgu Noreen!

“Kau tahu, semalam aku pergi ke Kuala Lumpur! Suami aku ajak berjalan-jalan di sana. Wah.. banyaknya tempat untuk membeli belah. Semuanya dijual dengan harga yang murah! Rabun mata aku tengok barang-barang di sana..” bersungguh-sungguh Cikgu Noreen mencanang cerita. Tambahan pula Cikgu Noreen baru sahaja pulang dari cuti bulan madunya. Suaminya, guru sekolah itu juga, Cikgu Faizal. Dengan gaya gedik yang dibuat-buat, cukup menggambarkan Cikgu Noreen berasal dari kawasan bandar

Dengan pakaian yang sentiasa bertukar fesyen serta aksesori yang menghiasi tubuhnya, membuatkan pelajar dan guru mengenali Cikgu Noreen yang sebagai ratu fesyen. Biarpun pemakaian Cikgu Noreen sentiasa ditegur pengetua, ia bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Pengetua tidak mahu pelajar-pelajar mempelajari sesuatu yang bakal menghabiskan kewangan ibubapa mereka. Memanglah Cikgu Noreen tidak berpakaian seksi tetapi aksesorinya mahal-mahal belaka. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, semuanya berharga lebih dari gaji seorang guru berkelulusan ijazah.

Setelah ditunjukkan tempat baru untuk Safira, Cikgu Durriyah meminta diri untuk memulakan sesi pengajarannya. Safira menganggukkan kepala tanda mengizinkan. Lalu Safira merebahkan badan di belakang kerusi yang bersalut kapas lembut itu. Selesanya…
Safira memerhatikan mejanya yang masih kosong lalu mengalihkan pandangan ke meja Cikgu Durriyah yang letaknya bersebelahan sahaja. Meja itu penuh dengan barang-barang..

‘Suatu hari nanti meja aku pun akan penuh macam tu juga’

Safira berkata kepada dirinya sendiri. Lalu bibir mengukir senyum lagi. Teringat Safira akan kenangan lampau yang sebolehnya tidak mahu dikenang lagi. Setelah tiga bulan selepas kejadian yang memalukan itu, Safira mohon untuk berhenti kerja di syarikat tempatnya bekerja masa itu. Tidak sanggup lagi menghadapi kutukan dan hinaan yang semakin lama bernanah di dalam hati.

Bila mengetahui ada peluang untuk pelajar lepasan ijazah mengambil kursus perguruan di dada akhbar, segera Safira memohonya. Safira berharap dia akan dapat memulakan hidup yang baru setelah tamat kursus itu nanti. Sekurang-kurangnya Safira terlepas dari cacian masyarakat sekeliling. Sejak itu, Safira mula bertekad untuk berbakti kepada anak bangsa. Selagi terdaya, Safira sebaik mungkin akan cuba menyembunyikan rahsia silan yang memeritkan itu.

Safira seolah-olah bayi yang baru yang baru dilahirkan sejak kakinya melangkah kali pertama pagi tadi di Sekolah Menengah Seri Andalas itu. Seperti bayi kecil yang belum ternoda dari dosa dan ibarat kain putih yang belum tentu hasil coraknya. Sebegitu lah yang dirasa Safira. Semoga hari ini menjadi hari baru dalam hidup Safira…

Reaksi anda : 

Jangan Menangis Sayang 24


Ketika ini, aku duduk berteleku di tepi birai katil. Malam sudah lama melabuhkan tirainya. Sinaran rembulan memantulkan cahayanya menerangi kegelapan malam ini. Kini aku merenung inai merah yang menyaluti sebahagian jari-jariku. Ibuku yang membantu meletakkan inai di jari ini, dua malam lepas. Tubir kelopak mata sudah kering disapa angin malam. Aku sendiri tidak berdaya lagi untuk bercanggah pendapat dengan ibu dan ayah tentang Fendi, lelaki yang kini sah bergelar suamiku. Dan di saat ini, aku bakal menghadapi malam pertama pernikahanku. Dadaku sudah lama berdegup kencang. Ahh.. kan elok kalau bukan aku yang jadi isteri mamat sewel tu..!

Sedikit demi sedikit, kisah beberapa hari lepas kembali menerjah ke dalam minda. Aku masih ingat kejadian petang itu, ketika aku baru pulang bersama Fendi,

“Ibu, ape makna semuanya ni..??” jeritan nyaringku memecahkan keriuhan suasana di rumah yang bagaikan ingin menyambut pesta.


Aku sendiri tidak pasti pesta apa yang bakal disambut di rumahku namun dari jenis hiasan yang tergantung di sekitar rumah membuatkan aku teringatkan sesuatu. Makcik-makcik pula aku lihat berada di dapur membuat kerja mereka. Semuanya memandang aku sambil tersenyum. Huh, tak pernah-pernahnya mereka ni nak tegur apatah lagi senyum. Ye la..semua tu sebab cara kasar aku ni.. Lebih-lebih lagi melihat seorang makcik tu.. Yang memang dari dulu tak suka aku sejak aku menolak pinangan anaknya itu.

Tambahan pula sewaktu aku melihat pakaian yang tergantung di sudut almari menguatkan lagi andaian yang bersarang ketika ini di fikiran. Tidakkah tindakan ini terburu-buru sedangkan aku sendiri belum bersedia untuk menghadapinya?? Bila pula keluarga Fendi datang mengulangi lamaran sebelum ini..? Semua ini menimbulkan kemusykilan di hati.

“Ibu minta Shima jangan lah terkejut dengan apa yang Shima nampak sekarang ni..! Kami buat semua ni bukannya untuk menyeksa Shima. Kami rasa keadaan sekarang dah tak selamat selagi Shima belum berkahwin. Kami rase ini mase yang elok untuk Shima berumahtangga. Sebab tu kami bersetuju dengan peminangan Dato’ Azman untuk menikahkan Shima dengan anaknya, Fendi secepat yang mungkin. Jadi… kami fikir ini saat yang pling sesuai untuk Shima..!” jelas ibu sebaik meluru masuk ke dalam bilikku.

“Shima, kenapa muka Fendi lebam aje ayah tengok?” tiba-tiba satu soalan menangkap di halwa telingaku. Ayah berdiri di belakang ibu. Mukanya mengharapkan jawapanku.

“Macam mana nak bersanding esok kalau dah muka biru macam tu..?” bicara ayah seolah-olah menyeksa batinku. Dengan persoalan yang belum terungkai itu membuatkan kepalaku seakan pening dibuatnya.

"Siapa kate Shima nak kawin ni?" aku cuba menolak apa yang sedang berlaku ini.

"Jangan buat malu kami, nak! Cukup lah dulu sekali kita dapat malu.. Mungkin dulu sebab Fendi yang mulakan dulu tapi sekarang takkan Shima nak batalkan pula..?"

“Fendi bertumbuk dengan kawan Shima, ayah!” aku berharap jawapan aku cukup untuk menghentikan bebelan ayah selepas ini. Lemah saja jawapanku.

“Habis, macam mana nak bersanding atas pelamin esok?” ulang ayah lagi. Aku meraup mukaku.

“Kita minta saja mak andan solek wajah Fendi tu, biar lebam tu tak nampak nanti..” usul ibu pula.

“Shima.. malam ni Shima akan dinikahkan, tau! Ibu harap Shima jangan lah menolak lamaran dari Fendi tu lagi.. Kalau boleh, jangan buat kecoh malam ni. Semua ni untuk kebaikan Shima juga..!”

“Tapi, ibu…. Shima tak cinta pun kat Fendi tu.. Fendi suka susahkan Shima. Suka memerintah Shima buat itu, buat ini. Shima benci lah kat Fendi tu. Lagipun perkahwinan tanpa cinta takkan bahagia..” tuturku membela diri. Sebolehnya aku cuba untuk mengelak dari menjadi isteri mamat yang pernah ku label kan gila dan sewel dulu.

Selebihnya aku cuba menutup rasa yang selama ini membaluti hatiku.. Aku akui selama ini aku cuba melindungi rasa cinta yang mula membuahkan benih-benihnya namun sikap Fendi membuatkan aku meluat dengannya. Sikapnya yang sering memaksa membuatkan aku berfikir semula haruskah aku menyintainya..??

Paling aku sakit hati bila Fendi menyembunyikan identitinya selama ini. Orang yang sekian lama aku cari sejak dulu tanpa aku sedar rupanya selama ini berada di sisiku. Aku memang tak sangka dia adalah Ipul yang sememangnya aku nantikan sekian lama. Aku ingatkan aku boleh gembira bila dapat menemuinya tapi sikap menipunya itu membantutkan hatiku yang ingin bergembira ini. Aku mengharapkan Ipul akan sentiasa menemaniku walaupun tindakannya kadang-kadang merimaskanku. Bisakah aku menerima lelaki penipu seperti Fendi itu??

“Fendi tak pernah berniat nak tipu Shima. Masa yang tidak mengizinkan Fendi untuk berterus terang.. Shima kena faham.. ” ibu mengusap-usap bahuku. Ibu seakan-akan mampu membaca fikiranku. Dibawanya aku duduk di tepi katil.

"Fendi tak pernah faham hati Shima, bu...!"

“Tak mudah seorang lelaki untuk meluahkan rasa sayangnya pada seorang perempuan. Ego sentiasa berada di carta paling atas di hatinya itu. Semua lelaki mempunyai ego yang tinggi. Itu lah sebabnya kita sebagai perempuan ditakdirkan mempunyai hati yang lembut. Hanya dengan kelembutan seorang wanita yang mampu mencairkan ego lelaki itu. Juga tidak bermakna cinta sebelum kahwin boleh membahagiakan kita. Walaupun berkahwin atas dasar suka sama suka, penceraian boleh juga terjadi.. Cuba Shima tengok pasangan zaman sekarang.. Ramai yang bercerai kan..? Biarpun dulu mereka kata mereka saling cinta-mencintai, kalau jodoh mereka setakat itu, nak buat macam mana? Cinta boleh dipupuk setelah berkahwin. Cara begitu lagi afdal kan..??” bicara ibu mula menusuk ke kalbu.

Lagaknya bagai pakar dalam soal cinta. Begitu arif membicarakan soal hati setiap kali kami berbual. Aku amat arif tentang itu. Selama ini pun, ibu yang banyak menasihatiku. Mungkin kerana hanya aku seorang anaknya, kami begitu rapat tak ubah seperti sahabat karib. Seiring itu, air mata terus mengalir. Ayah pula sudah lama menghilang dari bilikku.

“Ibu dan ayah dulu tak pernah bercinta pun. Kami hanya bercinta selepas kahwin. Percayalah, cinta sesudah kahwin lagi hebat nikmatnya. Kalau Shima sanggup hadapinya, Shima akan rasai kemanisan cinta itu.. Percaya pada ibu ye, sayang??” pujukan ibu membuatkan hatiku cair.

Kerana nasihat ibu, aku bersetuju untuk bernikah dengan Fendi. Aku bersetuju untuk menyerahkan segala aturan hidupku padanya. Masih jelas di pendengaran saat Fendi melafazkan akad nikahnya ke atas ku sekaligus saksi-saksi di sebelah mengucapkan ‘sah’ tanda akad itu diterima.

“Assalammualaikum, Shima!”

Satu suara yang sememangnya tidak asing lagi padaku kedengaran di hujung telinga. Segera aku mengangkat wajahku lantas melihat Fendi yang mula mengatur langkah masuk ke kamar pengantin kami. Ahh.. Jauhnya aku mengelamun hingga tak sedar malam semakin menghampiri siang.

Aku akui biarpun perkahwinan kami diadakan tergesa-gesa, ibu dan ayah tetap memastikan kesempurnaan dalam kenduri ini. Buktinya, lihat sahaja hiasan dalam kamar pengantin ini, cukup membuatkan aku kagum. Ibu tetap ingin melihat bilik pengantin anaknya yang seorang ini cantik. Ibu, terima kasih yee...!

Pastinya semua ini memerlukan belanja yang besar. Aku tahu keluarga Fendi banyak membantu melancarkan kenduri ini. Tentunya mereka tiada masalah dalam soal belanja. Duit hantaran yang kuterima sama seperti peminangan yang dulu iaitu RM20,000.. Duit itu cukup untuk segala belanja di rumahku ini.

Terpinga-pinga aku bila Fendi mula berada di sisiku. Aku terkejut tatkala merasakan bahuku diramas lembut oleh jemari Fendi.

“Ape ni, Fendi? Please jangan sentuh saye!” ucapku sedikit kasar. Tersentak Fendi mendengar kata-kata yang lahir dari bibirku. Aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh berkata kasar begitu. Agaknye sebab aku masih belum menerima hakikat yang aku adalah isterinya.

“Kenapa, Shima? Ape salahnya saya menyentuh awak? Awak dah sah sebagai isteri saye..” balas Fendi, lembut.

“Saye tak suke awak, tahu tak??” marahku. Dengan tiba-tiba, air mata mengalir lagi.. Fendi menyembamkan mukaku di dadanya. Dan aku terus menghamburkan air mata di situ. Ahh.. kenapa ayat ini yang keluar ni..? Ishh..lidah ni...

“Tapi.. saye suke awak! Saye suke awak dari awak kecil lagi, Shima. Hingga sekarang pun perasaan tu masih ade. Malah rase sayang tu makin dalam. Saye suke melihat sikap awak yang tak seperti perempuan lain tu. Awak tak gedik macam perempuan di luar sana. Mungkin sebab sikap awak yang kasar tu menyebabkan saye sayang pada awak. Saye boleh lihat ade kelembutan dalam kekasaran awak tu. Sebab tu, saye tak mahu lepaskan awak kali ni. Saye tahu pernikahan kite ini mengejutkan awak, tapi percayalah.. saye mampu untuk bahagiakan awak..” ucap Fendi sambil mengusap-usap kepalaku.

“Tapi saye tak suke awak menipu saye!!”

“Please awak..! Bukannya saye berniat nak menipu awak dulu tu.. Saye terpaksa. Melihat awak yang sedikit pun tak melayan saye.. membuatkan saye rase ingin selalu dekat dengan awak. Sebab tu saye buat macam-macam kat awak. Saye cuma nak awak ade selalu dengan saye.. Saye tak suke awak layan orang lain selain saye..”

“Saye… tetap tak suke awak..!!”

“Awak nak saye buktikan macam mana lagi, Shima? Saye dah lakukan segalanya demi awak. Saye sanggup bersusah payah nak selamatkan awak. Saye cintakan awak. Saye sakit hati bile tahu awak diculik Syariful hari tu. Saye tak mahu lihat orang yang saye sayang disakiti macam tu. Awak tau tak, saye hampir gile bile tau awak hilang dan diculik Syariful..? Saye hilang akal nak mencari awak di mana…”

“Awak sayang saye kan..? Cinta saye kann…? Dari dulu, sejak awak kerja dengan saye. setiap kali saye melihat sinaran mata awak.. ia memberitahu perasaan awak pada saye.. Cuma awak malu nak mengakuinya, kann?? Awak takut nak luahkannya. Awak memang ade simpan perasaan pada saye…. Lepas ni kalau boleh, saye nak awak terus pakai macam dulu tau.. Sama sewaktu awak jadi staff saye.. Penampilan ala-ala tomboy tak sesuai untuk isteri saye.. Seorang wanita harus jaga penampilannya, baru suami tambah sayang…” senyum Fendi mengejekku. Lantas saja aku menjarakkan tubuhku dari Fendi.

Siot betul! Mamat ni memang dah lama tau aku suke kat die.. Opps.. silap! Mamat ni dah bergelar suami aku pun. Tak baik tau panggil die mamat lagi. Sebab memang bukan namanya pun.. Tapi.. betul ke sinaran mataku yang memberitahunya? Entah-entah die tipu kot…

Aku hanya melihat senyuman kambing mulut Fendi. Huh, senyum-senyum kambing pun masih nampak hensemnya. Kambing pun ade yang hensem kan..? Cuma mereka ni, manusia selalu labelkan bahawa kambing memang tak mandi.. Korang fikir kan, macam mana kambing nak mandi kalau takde bilik air, sabun atau syampu..? Hah, cuba jawab soalan aku ni.. Hihi..

Aku tidak tahu hendak membuat apa. Lebih kepada melayan perasaanku sahaja. Sedangkan Fendi semakin erat memeluk tubuhku. Aku pula rasa bagaikan dihargai.. Fendi, kenapa awak mahu saya jadi isteri awak…? Mm… Soalan itu hanya berlegar-legar di fikiran..

“Kite tidur ye…! Hari pun dah lewat malam.. Esok ada kerja yang belum di settle kan..” Fendi menarik selimutnya..

“Tapi…..??”

“Kenapa..?”

“Takkan awak nak tidur sini..? Awak tidur la kat luar…” aku teragak-agak memberitahu. Sebenarnya aku takut.. kalau-kalau malam ni…

“Awak… Mane ade pengantin lelaki yang kena tidur kat luar di malam pertamanya. Nanti ibu awak bising la.. Jangan risau, malam ni takkan ade ape-ape yang berlaku. Take your time, okey!” bisik Fendi di cuping telinga. Serasa meremang bulu tengkukku..

Terus Fendi mencapai selimutnya lalu membalut tubuh. Aku terkebil-kebil melihat tindakan spontannya. Tidak tahukah dia, aku ada di sebelahnya ini..? Kot-kot la nak ucap selamat malam dulu ke atau bagi first kiss.. Haha.. Aku pula yang mengarut..!! Dah terlebih gatal la pulak...!

Belum pun sempat aku menutup mata, telingaku menangkap bunyi handphone Fendi. Aku sudah berkira-kira mahu menjawabnya atau membangunkan Fendi supaya dia sendiri menjawabnya. Belum pun sempat tangan aku mencapai handphone itu, tangan Fendi terkeluar dari selimut lantas menjawab panggilan itu..

“Okey, encik! Kami akan datang pagi esok ke sana!” balas Fendi lalu mematikan talian telefonnya.

“Kenapa, awak?”

“Esok kite ke balai polis. Ade berita tentang Syariful..!” kata Fendi. Aku hanya mendiamkan diri tatkala bibir Fendi menyebut nama Syariful. Bencinya aku mendengar nama lelaki kejam itu....! Arghhhh.....!!!

P/S : Hai..korang semua! Nantikan episod terakhir JMS ni.. Dah nak habis dah... Apepun thanks sebab setia and sudi membaca karya yang tak seberapa ni..

Reaksi anda : 

Jangan Menangis Sayang 23


“Shima!!!”

Serentak itu tubuhku terdorong ke belakang setelah menyedari lenganku ditarik. Nyaris saja tubuhku dilanggar oleh sebuah kereta yang laju menuju ke arahku tadi. Jantungku mula berdegup kencang. Seolah-olah baru selesai membuat larian pecut 1000m. Pemandu itu pula membunyikan honnya berkali-kali. Barangkali mulut pemandu itu menyumpah-seranahku. Mungkin marah dengan tindakan ku yang seolah-olah cuba untuk membunuh diri sedangkan aku pula sebaliknya. Aku sendiri tidak sedar kakiku sudah melangkah ke tengah lebuh raya.

“Kalaupun awak nak bunuh diri, jangan lah buat di depan saye..! Awak boleh pergi terjun lombong ke atau terjun bangunan mane-mane pun asalkan bukan di depan saye. Awak ingat saye suke ke tengok orang yang saye sayang selama ni mati di depan saye?? Awak tak sayang nyawa awak sendiri ke? Awak tahu tak, saye tak sanggup nak kehilangan awak, Shima! Cukuplah sekali saye kehilangan awak dulu! Shima… Shima….! Awak dengar tak ni..?” Fendi menjerit.

Ketika ini kami bersandar di tepi kereta Fendi. Entah mengapa kepala ini, ku rasakan pening sangat menyebabkan aku sudah terlentok di bahunya. Badanku juga seolah-olah lemah tidak berdaya. Sejak dari dalam kereta Fendi, terlalu banyak yang aku fikirkan. Lebih-lebih lagi setelah mendengar penjelasan Fendi tadi..

Bukannya aku tidak dapat menerima hakikat bahawa Fendi adalah Ipul yang kucari selama ini. Cuma aku sedikit terkejut. Kerana aku rase kebenaran yang baru ku ketahui itu terlalu cepat menyesakkan dadaku. Walaupun hatiku meminta untuk menerima penjelasan itu sekaligus menamatkan teka-teki yang bersarang di jiwa, naluri pula semacam menidakkan perkara itu. Bukan begini caranya untuk meluahkan rasa cinta. Tapi… ahh….!

“Saye dengar lah.. Telinga saye belum pekak lagi.. Yang awak suke sangat kat saye ni, kenapa? Dah la menipu saye.. Tiba-tiba cakap yang awak tu Ipul saye. Ipul saye takkan buat kejutan begini… Ipul saye takkan tipu saye.. Selama ni awak rahsiakan tentang diri awak tu…”

“Awak jangan la cakap macam tu..! Saye tak berniat pun nak tipu awak. Mase saya datang masuk meminang awak dulu, saye terkejut melihat gambar awak semasa kecil dulu. Saye tak sangka saye akan meminang budak kecil yang jadi kawan saye dulu. Dan saye takkan lupe janji saye kat awak.. Memang mula-mula saye tak suke dengan pinangan tu tapi papa dan mama pujuk saye.. Mereka kata saye takkan menyesal kalau terima gadis yang saye pinang tu..! Saye pun tak sangka awak adalah Tembam saye. Sebab penampilan awak jauh berbeza. Lagi-lagi bile melihat adegan awak mase saye datang tu..Mm…!” terus saja Fendi ketawa tanpa menyambung ayat yang tergantung itu.

Entah apa yang lucunya. Aku tahu lah aku pernah buat adegan memalukan tu tapi jangan lah nak ungkit benda tu.. Benda dah lepas. Tengok tu.. Fendi masih lagi dengan sisa ketawanya. Sakit kepala mula datang lagi.

Fendi yang mula merasakan ade objek berat berada di bahunya merenggangkan jarak antara kami. Bahuku digoncang hebat oleh Fendi sedangkan kepalaku sudah terhuyung-hayang mengikut rentak goncangan tangan Fendi di bahuku. Aku lihat pandangan gelap di hadapanku seakan ada dua bayang…

“Kenapa dengan awak ni??” Fendi masih terus bertanya, cemas aku lihat wajahnya ketika itu sebelum aku mula merasakan pandangan sudah mulai kelam. Serasa tak terdaya aku nak menjawabnya…

“Awakkk…. Kepala saye pening sangat! Saye…saye.. rase nak pitam aje…”

Sebaik aku menuturkan kata-kata itu terus aku rebah ke tubuhnya….

*****************


Natasya menggeliat bangun dari tilamnya sebaik mendengar deringan loceng yang bising itu menganggu lenanya. Dalam keadaan yang separuh mamai itu, Natasya mencapai jam locengnya untuk mematikan bunyi bising itu. Natasya cuba membuka kelopak matanya walaupun dirasakan amat berat sekali. Jarum jam menunjukkan ke angkas 9. Lama dia termenung.. Hari ini hari Ahad.. Entah apa aktiviti yang hendak dilakukan hari ini.

Dengan berpakaian tidur, Natasya bergerak perlahan-lahan untuk ke dapur. Jalannya yang tidak berapa betul itu menyebabkan kakinya tersepak pasu bunga yang terletak di tepi dinding. Nasib baik lah tidak pecah pasu itu. Tekaknya tadi haus tiba-tiba. Semasa membuka pintu peti sejuk, ada secebis kertas terlekat di pintu dengan tulisan yang amat besar. Mata Natasya segera dibulatkan..

“Natasya, aku pergi dulu! Aku ingat aku nak ke luar negara. Aku rase Malaysia ni dah tak selamat untuk aku lagi.. nanti kalau papa dan mama tanya.. beritahu saja aku ada urusan kerja di Australia. Pandai-pandailah ko handle parents aku tu, ok?? Thanks bagi tumpang tidur di rumah ko ni..! Bye…”

Natasya mengeluh geram.. Tak habis-habis kena berjawab dengan Dato’ yang seorang ni merangkap pakciknya sendiri. Mulut mengalahkan murai tercabut ekor aje.. Kadang-kadang hairan juga Natasya, ada juga lelaki yang mulutnya jenis murai… Siapa lah yang boleh tahan dengan papa Syariful tu.. Bising tak tentu pasal. Apasal la pakcik aku ni boleh dapat title ‘Dato’ tu…??

“Tapi elok juga mamat sorang ni takde kat umah aku ni. Kang tak pasal-pasal kena tangkap!! Maunya malu tak keluar rumah aku esok.. Mmm aku nak pergi mana hari ni ye??”

Natasya berkata-kata sendiri. Jus orange yang diambilnya tadi sudah dituang di dalam gelas. Lalu diteguk air itu. Setelah tinggal separuh, Natasya meletakkan gelas itu sebaik mendengar nyanyian dari handpone dari dalam bilik. Berlari-lari anak Natasya ke biliknya untuk menjawab panggilan itu..

Melihat nama yang tertera di skrin handphone membuatkan jarinya pantas menekan ‘Yes’

“Hai.. bos!! Mimpi ape pagi-pagi ni? Hari ni kan off? Or maybe bos nak ajak saye keluar….?” riang sekali suara Natasya. Berbunga rasenya impian di hati untuk keluar dating dengan bosnya itu. Lagipun memang itu yang diharapkan selama ini.

Fendi yang berada di talian membetulkan suaranya bila mendengar jeritan nyaring setiausaha barunya.

‘Huh, tak habis-habis dengan gedik minah seorang ni! Ingat aku kemaruk sangat dengan kau?? Perasan lebih aje.. Ingat aku tak kenal ko sape??’

Hati kecil Fendi berbisik. Selebihnya Fendi rase menyampah. Mengingatkan tujuan asalnya menelefon Natasya, Fendi bersuara…

“Saye fikir awak tahu tujuan saya call awak ni.. Saya harap awak ingat dengan perjanjian kita.. Kerja awak sebagai setiausaha peribadi semetara saya akan tamat hari esok.. Sebab saye dah jumpe setiausaha saya sendiri.. Esok awak sudah boleh packing barang-barang di tempat awak.. Sebab esok saya akan bawak dia ke tempat awak tu.. Saya harap semasa dia datang, awak sudah tiada lagi di ofis saya! Awak faham kannn..??”

Hampir terjatuh handphone yang dipegang Natasya. Macam mana dia boleh lupa dengan perjanjian itu? Perjanjian yang menyatakan jawatan setiausaha peribadi yang dipegangnya hanya bersifat sementara. Segala butiran mengenai perjanjian itu telah dibaca dan ditandatangani. Natasya tahu bila-bila masa sahaja dia boleh berhenti. Mustahil lah Fendi tahu rancangannya dengan Syariful tu..

Dulu. setelah beberapa hari bekerja, Natasya mula mempunyai niat untuk memikat Fendi. Siapalah yang tidak kenal dengan Fendi. Ketampanan yang dimiliki dan kekayaan keluarganya membuatkan semua perempuan tergilakannya termasuk lah Natasya sendiri. Kerana itulah, Natasya lupa akan perjanjian itu. Hanya setelah Fendi menyebutnya sebentar tadi barulah Natasya teringat akan perkara itu. Nak menyesal pun sudah tiada gunanya. Kerana sehingga ke saat inipun, Natasya gagal memikat Fendi. Entah seiapalah perempuan yang membuatkan bosnya itu gila bayang. Pernah juga diselidiknya namun hanya sedikit maklumat saja yang yang diterimanya. Cuma dia tahu nama perempuan tiu ialah Shima. Siapa Shima tu? Anak lawyer ke? Atau anak majistret?? Huh…!!!Sebaik saja penggantinya ditemui, Natasya harus meletak jawatan dengan segera.

Itulah kenyatan yang dihadapi Natasya sekarang. Kaku sekejap Natasya di situ. Panggilan Fendi di corong handphone sudah tidak kedengaran lagi..

“Tak guna ko, Fendi!! Ingat ko anak orang kaya, ko tampan, punya syarikat besar, ko boleh hentikan aku sesuka hati..? Ko jangan ingat aku tak boleh cari kerja lain lepas ni.. Aku pasti lepas ni aku boleh jawatan lagi bagus dari yang ini. Boleh jalan lah dengan syarikat ko tu.. Huh, tak hingin aku nak hadap muka ko lagi…! Buat sakit hati saja!!” Natasya mengomel geram. Sakit rasa hatinya itu. Ingatkan tadi Fendi mahu mengajaknya keluar tetapi rupa-rupanya disebabkan perjanjian yang dibuat tidak lama dulu.

Dicampak handphone mahal itu lalu badannya berkecai menjadi dua. Natasya mahu melihat siapa penggantinya esok. Selagi tak tengok penggantinya esok, dia tak puas hati.. Natasya tahu esok hari terakhirnya di syarikat Fendi itu.

***********

"Huh, ko ingat aku tak tahu hubungan ko dengan Syariful tu? Perangai dua kali lima aje dengan Syariful tu… Patutlah korang tu jadi sepupu.. Memang ngam pun...”

Fendi mencebik bibir. Fendi masih ingat sewaktu dia mencari setiausaha baru dulu, Syariful datang berjumpa dengannya dan beria-ia mencadangkannya untuk mengambil kawannya bekerja di tempat Fendi. Masa itu, Fendi tahu sikap Syariful bagaimana meskipun mereka berkawan baik. Fendi tidak senang dengan perangai buaya darat si Syariful itu.

Disebabkan itu, Fendi mengambil masa selama seminggu untuk mempertimbangkannya. Dalam tempoh itu, dia cuba menyiasat perempuan yang dicadangkan oleh Syariful. Pernah sekali Fendi cuba mengekori perempuan itu. Memang gedik dan perasan bagus. Ketika itu, syarikatnya memang memerlukan setiausaha kerana sejak peninggalan Shima, banyak kerja yang terpaksa dilakukan. Fendi terpaksa menerima Natasya walaupun hatinya tidak mahu. Jadi sebelum berlaku apa-apa, Fendi menyediakan perjanjian untuk setiausaha barunya dan Fendi bersetuju untuk mengambil Natasya.

Fendi memandang Shima yang masih lena.

‘Kasihan kat Shima. Agaknya sebab banyak berfikir, dia jadi pening. Aku pun asyik susahkan dia saja..’

Fendi cuba mengejutkan Shima.

“Shima..!!”

Fendi menampar-nampar lembut pipiku yang ketika itu sedang lena di dalam kereta. Terpisat-pisat aku bangun sambil mata terkebil-kebil. Sesudah aku celikkan mata,

“Kite kat mane??” Fendi hanya senyum tanpa menjawab pertanyaanku. Kepala yang sedikit pening itu aku pegang.

“Shima pening lagi ke? Nak saye bawak pergi klinik tak? Saye tengok pucat aje bibir tu.. Kite pegi check doctor ye??” lembut saja suara lelaki ini kedengaran di halwa pendengaranku. Prihatinnya Fendi ni.. Tapi bile mengenangkan peristiwa semalam….

“Anak ibu dah balik!! Ya Allah, rindunya ibu kat Shima..! Shima okey tak ni??” ucapan yang bertalu-talu singgah ke cuping telinga. Aku memandang ke wajah yang menyebut namaku sebentar tadi. Ibu?? Pipiku dicium berkali-kali. Aku memandang sekeliling.. Ohh.. rupanya aku dah sampai di kampungku.

“Sudah-sudah la tu..! Bawak lah Shima masuk dalam dulu. Bagi die berehat.. Nanti kalau takde tenaga mase majlis tu, kan susah kite nanti? Lagipun, banyak perkara kite kena buat ni..” beritahu suara seseorang. Majlis??

Segera aku berpaling menghadap wajah itu. Ayah!! Tiba-tiba sahaja air mataku merembes keluar. Pilunya rasa hati ini. Segera aku keluar dari kereta Fendi. Lantas tubuhku dipeluk oleh ibu. Ayah yang berada di belakang ibu hanya menggeleng kepala melihat telatah si isteri.

“Shima bukan anak awak seorang je.. Tak lama lagi ade orang lain akan peluk die.. Lagi erat dari awak tu..Yang akan jaga anak awak tu. Mmm… Bagilah dia bernafas dulu. Biarkan die berehat. Tengok badan Shima tu, lemah saja..! Shima okey kan? Jangan difikirkan sangat perkara yang lepas..” ayah menepuk-nepuk bahuku sambil matanya menjeling pada Fendi. Ada sesuatu yang aku tak faham ke??

Terus aku menuju kebilik yang sudah beberapa hari ku tinggalkan. Sesampai dibilikku,

“Ibu!! Ayah!! Ape dah jadi dengan bilik Shima ni??”

Mak aihh..! Bukan main cantik lagi..! Sekali aku tengok, warna bilik ni macam warna kegemaran aku aje.. Warna hijau daun pisang. Lepas tu aku pandang baju warna krim yang tergantung di depan pintu almari. Kenapa macam baju nikah aje ni…?? Takkan lah……..????

Reaksi anda :