~ PROLOG ~

Sempoi-sempoi bahasa angin petang bertiup membelah helaian rambutku yang sudah ku raut ke belakang. Ringan rambutku berbuai di atas kepala. Sejuknya angin di tepi pantai Cherating ini. Sudah dua hari aku berkampung di sini. Mengikuti suamiku yang menghadiri seminar berkenaan pengurusan syarikat. Ingatkan aku tak mahu ikut tapi Fendi beria-ia memujukku agar menemaninya sepanjang seminar itu. Takut nanti tak tahan menanggung rindu, katanya.. Mm.. ada-ada saja Fendi ni..!

Aku lagi takut sebenarnya, takut Fendi berjumpa wanita lain dan membuat onar di belakang ku.. Huhu.. boleh tahan jugak cemburu aku kan? Tapi Fendi ni pun bukan boleh percaya sangat. Dah namanya pun lelaki. Dalam Islam pun dah membenarkan lelaki boleh kahwin lebih dari seorang. Yang ni memang aku takut sangat sebabnya Fendi mempunyai pakej yang cukup sempurna untuk memikat wanita lain. Huh, takutnya aku..!

Sepatutnya aku tak boleh berprasangka buruk pada suamiku sendiri namun hati kecilku berbisik mengatakan Fendi pasti akan membuat sesuatu nanti. Entahlah, mungkin disebabkan ‘seseorang’ yang kini mengisi rahimku ini menyebabkan aku mudah terasa hati sedangkan dulu aku buat tak kisah saja. Malah kasih sayang yang Fendi tunjukkan padaku selama setahun lebih usia perkahwinan kami tak berbelah bagi. Fendi memanjai aku bagaikan puteri raja. Sepanjang pernikahan kami, kemahuanku tidak pernah ditolak. Sebaik mungkin Fendi cuba menggembirakanku. Katanya itu sebagai hadiah buat aku kerana sudi menerima cinta monyetnya.

Cinta monyet? Memang melucukan bila mengingati saat aku dilamar dan sepanjang aku ‘dibuli’ dulu, Fendi tidak henti-henti membuat aku marah. Ada saja yang dikenakan. Sakit hati dipermainkan belum tentu mampu menyembuhkan kelukaan di hati kala bertahun-tahun Fendi sepi tanpa berita. Tetapi melihat kesungguhan Fendi meluahkan cintanya padaku, aku bersetuju menabalkan diriku sebagai permaisuri di hatinya

“Opocot mak kau! Katak masuk dalam perigi buta!”

Tak pasal-pasal aku melatah. Salah satu tabiat baru aku sejak perutku ini membawa satu nyawa. Terkinja-kinja aku cuba melarikan diri bila melihat dua ekor katak yang tiba-tiba ‘terbang’ di hadapanku. Dibelakangku pula, suara orang ketawa terbahak-bahak menangkap jelas di cuping telinga. Aikk?? Macam ku kenal saja suara itu?? Mesti dia yang baling katak ni tadi…

Serentak itu aku berpusing ke belakang seraya mencekak pinggang. Mata sengaja ku jegilkan. Kononnya berpura-pura marahlah.

“Opss!!”

Lelaki itu menekup mulutnya. Tangan yang sebelah lagi ditekan-tekan ke perut. Tak puas gelak lagi lah tu..

“Hai, mak ‘belon’ !!” sapa Fendi sambil mengesat lelehan air mata yang berjurai dari kelopak mata. Tu la.. ketawakan orang sampai tak ingat dunia. Apa kes, gelak-gelak sampai nangis-nangis ni..? Mesti Fendi ingat aku takut pada katak macam masa aku kecil-kecil dulu. Sekarang ni, sorry lah, aku dah takut dah..!

Aku tarik muka masam. Mulut dah muncung macam itik ni.. Suka sangat mengenakan aku. Ada ke patut dikatanya aku ni ‘mak belon’?? Tak sedar ke dia yang buat aku jadi macam belon ni? Nasib baik tak berwarna warni.. Aku lepaskan lelah kerana terkinja-kinja tadi. Mana taknya, aku memang terkejut beruk tengok haiwan dua alam tu terbang ala-ala aksi ‘Superman’ tadi.. Buatnya katak tadi cakap ‘hello’ kat aku sure aku dah pengsan. Nasib baik jantung aku masih dalam kondisisi normal. Kalau tak, dah lama ‘jalan’ dah….

“Ala sayang ni.. Muda-muda macam ni tak elok merajuk.. Tambah-tambah lagi tengah mem’belon’ ni! Nanti baby keluar muke nya masam macam mama dia ni..!” usik Fendi lagi..

Terus aku hadiahkan Fendi satu cubitan maut. Dua jariku pantas saja mengepit lengan Fendi lalu aku pulas kecil-kecil.. Ni bukan macam kena gigitan semut dah ni…

“Adoiii! Sayang, sakit..!!!” jerit Fendi lalu menepis jariku. Dikipas-kipas lengannya sambil diusap-usap. Padan muka! Nak sangat kena dengan aku!

“Ape la sayang ni..! Sakit tau..” rajuk Fendi..

“Sape suruh abang usik sayang! Pandai-pandai aje kata sayang ni ‘belon’ ye..! Dia yang buat kita jadi ‘belon’..” aku membidas kata-kata Fendi…

“Alaa.. abang saje nak usik sayang.. Takkan itu pun nak marah kot..?” balas Fendi pula.. Huh, ingat aku tak tahu lah helah dia tu..

“Sayang tak nak dah dengan abang..! Abang jahat! Tak mau kawan!!” rajukku.

“Memang lah sayang tak kawan dengan abang! Sebab abang ni bukannya kawan sayang tapi suami sayang…”

“Eii.. saje je nak kenakan sayang yer?? Benci lah! Benci! Benci! Benci!” jeritku.. Pantas kaki menghayun langkah meninggalkannya. Terkejar-kejar Fendi dibuatnya.

“Sayang, hati-hati!” pekik Fendi dari jauh.. Aku tak mengendahkannya. Lalu…

‘BEDEBUK!!!’

“Adoi…sakitnye!!”

Aku meraba-raba punggungku. Sakitnya…! Tak pasal-pasal aku terlanggar kayu mati ntah..! Nasib aku jatuh atas pasir ni, lembut sikit. Kalau jatuh atas jalan,,?? Ishh.. tak mau ingatlah. Cepat-cepat aku usap perut yang kini dah memboyot!

‘Maafkan mama, sayang! Sebab tak hati-hati tadi..’

Aku bisikkan kata-kata itu ke perut.. Moga-moga benih cinta ku ini dengar ungkapan maaf dari mamanya..

Tu la padahnya kalau jalan pun masih ganas macam dulu. Fendi berlari mendapatkan ku.. Tapi keanehan membelit hatiku ini saat aku memandang ke bawah. Ada cairan jernih yang mengalir di situ... Dan aku……???

P/S ~ Sekadar mukadimah pertama untuk sambungan novel yang lepas.. Hadiah buat anda yang tidak berhenti menyokong bidadaricinta dalam 'JANGAN MENANGIS SAYANG'.. Cuma tajuknya saya tukar sikit. Novel baru tajuknya pasti baru kan?? Terima lah.. 'DAH TAK NANGIS DAH!"

Final : Jangan Menangis Sayang 25


Terkedek-kedek aku berjalan membontoti Fendi dari belakang. Ketika ini, kami dah sampai di balai polis. Dari semalam lagi, aku tertanya-tanya, Syariful dah kena tangkap ke?? Tapi soalan aku tak berjawab pun.. Bengang pun ade dengan mamat sewel ni!! Ish.. Ape lah celupar sangat mulut aku ni.. Tak baik tau..!! Fendi kan dah jadi my hubby.. Huhu..

"Kenapa dengan awak ni? Sikit-sikit nak tau pasal 'Ipul penipu' tu..! Sikit-sikit pasal Ipul tu..! Awak dah jatuh hati ngan penculik awak tu ke??" Fendi memerliku. Agaknya dia bengang sebab mulut aku yang comel ni tak berhenti-henti dari tadi nak tahu tentang lelaki jahat tu.


"Saye cuma nak tau, 'Ipul palsu' dah kena tangkap ke? Kite pergi balai ni nak buat ape??" aku masih lagi bertanya soalan yang sama. Iyela, selagi tak dapat jawapan tu, hatiku yang panas ni takkan reda.

Tiba-tiba Fendi merentap kasar tanganku. Sakit rasanya hingga membuatkan mulutku berhenti dari bertanya.

"Saye tak suke dengar awak membebel, tau tak? Lagi-lagi tentang lelaki tu.." balas Fendi geram berbaur cemburu.

Aku hanya membisu. Melihat wajahnya yang kemerahan bagai dibakar api tu, membuatkan aku hanya mengikut langkahnya. Sesampai kami di depan kaunter pertanyaan, kami dibawa ke lokap yang terletak sedikit jauh dari ruang kami masuk tadi. Bahagian belakang ni menempatkan semua banduan yang ditangkap kerana melakukan kesalahan.

Akhirnya kami sampai di satu bilik kecil. Bila kami masuk, ada satu cermin besar yang menghadap kami. Tidak lama kemudian beberapa orang lelaki dibawa masuk ke bilik sebelah. Rupa-rupanya kami dibawa untuk pengecaman. Tiba-tiba sahaja mataku menangkap kelibat lelaki yang sangat kukenal. Hatiku membara tiba-tiba namun aku sembunyikan juga perasaan yang kurang baik tu.. Takkan aku nak tunjuk depan pengawai polis ni kot..?

Fendi menganggukkan kepala sambil jarinya menuding ke arah lelaki itu. Pengawai polis itu dan Fendi berbual sekejap. Aku tidak lagi mendengar perbualan mereka sebaliknya fikiranku sudah jauh berterbangan entah ke mana. Mengingat kembali saat aku diculik Syariful dulu. Memang menakutkan.. Sebab aku hampir-hampir dikahwinkan dengan dia yang gila tu..

"Awak, dah selesai semuanya! Jom kite balik.." ajak Fendi. Aku hanya mengikut dari belakang. Namun bibirku memuncung ke depan tanda tak puas hati.

“Eh, kenapa tak masuk dalam kereta lagi ni..? Cepat lah, kite nak balik dah ni.. Banyak lagi plan kite lepas ni..!!” desak Fendi setelah keluar dari kereta. Melihat aku yang masih berdiri di tepi pintu kereta, Fendi datang menghampiriku.

Lantas Fendi membuka pintu keretanya. Sambil matanya melirik meminta aku masuk ke dalam.. Aku masih kaku di situ. Memang aku sengaja memberontak.. Sakit hati ini..

“Tuan puteri… Silakan masuk yerr..!! Kita nak pergi bersantap lepas ni..! Takkan dinda sanggup lihat kanda kelaparan di sini…??” ucap Fendi bermadah pujangga bak orang zaman dahulu kala sambil mengusap-usap perutnya yang kempis itu.. Selepas itu, tangannya menyentuh daguku sambil Fendi memberi senyuman paling manis ku kira.

Tiba-tiba hatiku jadi lembut cair bak lilin dibakar dengan api.. Lalu aku masuk ke dalam kereta. Fendi menutup pintu kereta lalu kami memulakan perjalanan untuk menjamu selera. Di dalam kereta, aku merenung jari yang bersalut dengan inai yang kemerahan itu.

“Kenapa ni, sayang?? Masam aje.. Tak suke keluar dengan abang ke?? Asyik tengok jari tu aje.. Tak percaya yang sayang tu dah kawin dengan lelaki hensem ni..??” Fendi bergurau. Kemudiannya, jari Fendi bergerak-gerak mengikut kerancakan muzik yang mengalun di radio.

Entah mengapa aku tengok Fendi gembira sangat hari ni.. Kenapa ye?? Takkan dia gembira dengan tertangkapnya Syariful tu..? Atau memang dia suka sebab tiada pengacau lagi dalam hubungan kami ni..?

Sebenarnya aku masih tidak percaya yang aku sudah tiga hari bergelar isteri kepada lelaki di sebelahku. Sepatutnya aku gembira kerana cinta pertama yang aku harapkan berakhir dengan perkahwinan menjadi kenyataan. Tambahan pula, Fendi adalah rakan sepermainan sejak kecil lagi. Dan aku patutnya lagi gembira sebab janji dulu termeterai juga..

“Sayang nak pergi berbulan madu kat mane? Cakap aje kat mane, abang boleh bawakan.. Untuk buah hati tercinta rela abang berenang ke lautan api, sayang.. Cakap lah nak pergi mana??” tanya Fendi sambil tangannya ligat memusing stereng membelok ke kiri.

Nampaknye Fendi sudah berani memanggil aku dengan panggilan sayang. Rasa macam dihargai aje tapi entah lah, aku rase hatiku belum mampu menerima Fendi sepenuhnya. Pandanganku terpampang di satu sign board sebuah restoran. Nampak macam mewah aje restoran ni..

“Jom, kite makan dulu! Pasal bulan madu tu, kita bincang lagi nanti, ok?” kata Fendi lalu memimpin tanganku untuk masuk ke restoran mewah itu.

*************

“Sayang, kenapa ni? Dah sehari kita kat kota Paris ni.. Sayang tak suke ke kita berbulan madu kat sini..?” aku mendengar suara bisikan manja Fendi di telingaku sambil tangannya sudah melingkar di pinggangku..

“Fendi, saya tak suke la macam ni.. Lepaskan saya..!” pintaku cuba melepaskan tangannya di pinggangku.

Aku tahu aku berdosa membuat Fendi begitu. Sehingga ke hari ini, setelah usia perkahwinan kami menjangkau selama sebulan, aku masih belum menjalankan tanggungjawabku sebagai isterinya. Baik dari segi zahir mahupun batin. Entahlah, aku sendiri merasakan tidak selesa untuk berada di sampingnya. Tidak tahu kenapa.. Yang pasti aku sendiri tidak dapat menerima diri Fendi seadanya. Aku paling benci dengan penipu. Fendi sudah menipuku dulu. Aku cuba untuk memaafkan kesalahan yang dilakukannya. Aku tahu kesalahan itu tidak sebenar mana pun namun jiwa ini seringkali menafsirkan yang tidak baik sahaja tentang suamiku itu. Bagaimana kelak nanti dia akan menipuku lagi? Bagaimana nanti kalau dalam diam-diam dia mencari yang lain dan menyembunyikan dariku..?

Pertama kali Fendi menipuku. Tidak mustahil selepas ini pun dia akan menipuku lagi.. Ibu seringkali menitipkan kata-kata nasihatnya untuk aku menerima Fendi seadanya. Kata ibu, Fendi tidak berniat untuk menyembunyikan kenyataan bahawa selama ini kami memang berkawan. Bahawa selama ini kami adalah kawan sedari kecil. Fendi memang nak bagitau hal yang sebenarnya namun masa tidak mengizinkan. Tambahan pula dengan penampilanku yang sebegini membuatkan Fendi ragu-ragu samada aku akan menerima dia ataupun tidak. Fendi kata gayaku seperti ini membuatkan dia berfikir hatiku pastinya keras dan tidak akan mampu menerima kenyataan itu..

Aku ketawa di dalam hati.. Gayaku yang ala-ala tomboy itu membuatkan Fendi menipuku?? Aku tidak percaya!! Sudah dua hari kami di kota Paris, London. Fendi membawaku untuk berbulan madu namun bulan madu ini tiada ertinya buat kami berdua. Sebab aku masih begini. Hakikat yang terjadi membuatkan aku menolak untuk menikmati saat bulan madu yang sepatutnya menjadi detik terindah buat pasangan yang baru berkahwin seperti kami ini.

Agaknya sampai bila lah aku akan begini? Aku tahu aku sudah menghampakan Fendi. Aku juga kasihan melihat Fendi yang sering bermuram sejak kami di sini. Sudah banyak kali dia cuba memujuk namun hatiku sekeras batu. Fendi pun barangkali sudah letih melayan kerenahku ini..

Aku melihat Fendi berlalu ke bilik air. Mesti dia nak mandi tu.. Bangun aje dari tidur terus nak peluk aku.. Eii… Tak kuasa aku nak melayan dia.. Wajahnya yang gelisah dapat kulihat tadi. Aku tahu dia sedih dengan sikapku ini. Aku patut berubah.. tapi…

“Abang nak keluar sekejap! Malam ni mungkin abang tak balik.. Kalau sayang nak keluar, sayang keluar la.. Abang izinkan..!” beritahu Fendi setelah siap berbaju T-Shirt. Gaya santainya itu membuatkan aku jadi tidak menentu. Alahai.. hensemnya suamiku… Sejak kami di sini, Fendi sudah membahasakan dirinya abang dan aku sebagai sayangnya.

"Abang tak balik malam ni..!"

Apa maksud Fendi, dia tak balik..? Fendi nak pergi mana? Tiba-tiba aku keresahan.

“Awak tidur kat mana?” aku bertanya.

“Tidur kat hotel lain..”

“Kenapa tak nak tidur kat sini..? Kenapa nak bazirkan wang aje..?”

“Buat ape nak tidur dengan orang tu kalau dah dia sendiri tak sudi..? Dah dua hari abang di sini. Abang datang ke sini sebab nak berbulan madu dengan isteri abang tapi dia…? Abang cuma nak rasa kasih sayang dia aje.. Tapi dia sikit pun tak sayang kat abang. Asyik mengatakan abang ni penipu saja. Abang dah penat.. Abang bukannya tunggul kayu!” balas Fendi sedikit kuat. Aku tersentak. Fendi marah kah dengan kelakuan aku ni..?

“Sudah lah Fendi! Jangan nak merajuk pulak! Saya malas nak pujuk-pujuk ni..” aku membalas lembut.

“Abang bukan merajuk tapi abang tak suke..! Abang sakit hati, tau tak?” bentak Fendi lalu menghempaskan pintuk bilik hotel kami dengan kuat. Aku terperanjat! Fendi betul-betul merajuk dengan aku.. Aku sudah membuat dia marah..

Ya Allah! Adakah aku berdosa membuat dia begitu?? Tapi aku tak salah. Hati ini yang salah. Hati ini yang tidak mahu menerima dia.. Apa harus kulakukan..??

*************

“Huhuhu…. Kak Nurul!!”

“Laa.. ko kenapa ni, Shima? Apesal menangis lak ni..? Something wrong??” tanya Nurul Asnida. Tidak disangkanya pagi-pagi begini dia sudah menerima panggilan dari adik iparnya yang merupakan kawan serumahnya dulu. Siapa sangka mereka kini sudah menjadi satu keluarga.. Nurul yang sememangnya sudah tahu lama mengenai Shima begitu gembira bila kawannya itu kini sudah menjadi sebahagian dari keluarganya.

“Fendi tu…”

“Kenapa dengan adik kak Nurul tu? Die buat yang ‘tak baik’ ke? Bagus la tu..” ujar Nurul Asnida sambil tersengih-sengih.. ‘Tak baik’ yang dimaksudkan, sendiri faham lah kan??

Bukannya dia tak tahu aku tak suka dengan Fendi yang sedikit gatal itu sejak aku kerja di syarikat mereka lagi. Nurul Asnida tahu adiknya itu memang suka denganku cume perangai gila-gilanya yang membuatku meluat dan benci.

“Fendi dah dua malam tak balik hotel, kak Nurul! Tak tahu la die pergi mana?”

“Adelah tu die pergi mana-mana.. Shima jangan risau. Fendi tahu jalan balik.. Adik akak tu dah biasa kat kota Paris tu.. Apepun selamat menjalani bulan madu yang best yer… Haha…”

Nurul Asnida ketawa di hujung talian sebelum perbualan antara mereka ditamatkan. Aku jadi malu sendiri bercampur sedikit geram kerana diusik kakak iparku. Kakak ipar yang sebelum ini merupakan teman serumah dan sepejabatku. Tak disangka rupanya Nuruk Asnida tu adalah anak majikanku dulu. Nasib baik lah aku dah berhenti kerja sekarang. Kalau tak, mesti dah lama aku malu ni…

“Shima bahagia tak dengan Fendi sekarang.. Jangan lah bergaduh lagi macam dulu yer.. Fendi dah jadi suami Shima sekarang.. Kalau boleh korang mesti bertolak ansur.. Jangan selalu nak berperang aje.. lagi satu…..”

Aku teringat semula kata-kata Kak Nurul tadi. Wah.. Dengan panjang lebarnya, Kak Nurul bersyarah secara percuma dengan aku. Panas lah juga telinga ni sampai rasanya dah cair kot taik telinga ni.. Sekarang ni aku dah bertapak di luar hotel. Tiba-tiba aje pekerja servis hotel meminta aku keluar. Katanya nak bersihkan bilik. Aikk.. pelik bin ajaib ni.. Takkan semasa pelanggan menginap dalam bilik, mereka kena datang bersihkan bilik pula? Bukan ke setelah pelanggan meninggalkan hotel baru mereka datang ke? Tapi aku pun malas nak bertekak panjang lebar dengan pekerja hotel. Biarlah mereka bersihkan bilik tu.. Elok juga aku ambil angin kat luar ni. Menghirup udara sejuk di kota Paris.

Sebenarnya aku tak tahu nak pergi mana. Kalau lah Fendi ada kan seronok. Boleh juga aku berjalan-jalan dengan. Sekarang ni aku tak tahu Fendi kat mana. Agaknya dia tengah berseronok dengan minah-minah saleh kat sini. Sudah jauh aku berjalan hinggakan kaki aku sudah mula terhencut-hencut. Semuanya sebab kasut tinggi ni. Kasut hantaran nikahku. Sudah lah merah menyala, tumitnya pula dekat dua inci. Manelah aku minat pakai kasut macam ni. Melambatkan perjalanan aje..

Aku melihat bangunan tinggi yang terhidang di depan mata. Menara Eiffil!! Ya Allah, tak sangkanya aku akan dapat melihat dengan mata kepalaku sendiri. Tapi sayang aku tidak melihatnya bersama-sama pasanganku. Sedihnya bile melihat pasangan kekasih yang berjalan mengelilingi Menara Eiffil itu. Cemburunya melihat kemesraan mereka.

Tiba-tiba aku merasai ada tangan yang melingkari pinggangku. Segera aku menahan tangan itu dari cuba memelukku erat namun ada kucupan hangat di pipiku. Rasanya dah merah pipiku. Aku memandang ke belakang. Fendi! Ya Allah, rindunya aku pada dia…

“Sayang kenapa? Macam jeles je tengok couple tu..!” usik Fendi seraya mencubit hidungku. Aku cuba menepis tetapi tak sempat.

“Awak pergi mana? Dah tiga hari tak balik? Kalau datang ke sini semata-mata nak tinggalkan saye kat bilik hotel tu, baik tak payah bawak saye bulan madu kat sini!” marahku. Sebenarnya aku sudah tidak larat menanggung rindu yang terlalu sarat di dalam hati ini

“Aik..! Sayang marah ke?” Aku terperasan sejak akhir-akhir ni, Fendi kerap memanggil ku ‘sayang’.

“Nampaknye sayang macam tak sabar nak rasa berbulan madu dengan abang! Sayang nak abang peluk macam mane? Macam ni? Atau pun sayang nak lebih dari itu? Abang boleh bagi..” usik Fendi lagi.

Makin erat pelukan hangat itu aku rasakan hingga. Makin merah mukaku saat ini. Saat ini aku mula rasa bahagia itu mula datang menjelma dalam hidup kami. Tetapi……

“Sayang jangan lah masam muka macam ni lagi. Abang janji takkan tipu sayang lagi.. I’m promise! You are my angel now! Abang takkan tipu sayang.. Sebab sayang, kita ada kat sini. Ni impian kita masa kecik dulu kan..? Berjalan-jalan di kota Paris sama macam dalam TV yang kite tengok dulu..”

Aku terharu mendengar kata-kata Fendi. Memang ini impian kami. Rupa-rupanya Fendi masih ingat tentang impian olok-olok kami yang tak mungkin kesampaian itu tetapi hari ini kaki kami sudah menjejak ke bumi Paris ini. Menghirup udara di negeri mat salih ini. Tiba-tiba saja air mataku menitik ke pipi.

“Jangan menangis lagi ye! Abang tak suke tengok sayang menangis macam ni.. Buat abang rasa sedih aje..”

“Sayang bukan menangis lah.. Terharu sikit je..”

“Mm.. nampaknya sayang dah bahasakan diri sayang dengan panggilan sayang tu.. Abang suke lah..”

Mukaku merona kemerahan lagi.. Malunye … Agaknya kalau tengok kat cermin macam udang terbakar kot.. Hihi..

“Sayang bahagia tak?”

“Tak!”

“What??”

“Sayang say it, sayang tak rasa bahagia pun..!”

“Kenapa??”

“Sebab tak rase pun bahagia tu.. Takde rase manis pun…! Pahit adalah…” giliranku pula mengusik Fendi. Fendi ketawa kelucuan. Barangkali germbira melihat perubahan sikapku ini.

“Ish.. Nakal lah sayang ni!” Fendi lalu mencubit hidung kecilku.. Tak sempat aku nak lari dah..

**************

Pesanan dari Fendi tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Gaun berwarna merah yang berada dalam pegangan tangan ku jatuhkan di atas katil. Merahnya, mak ngah!! Fendi ni memang suke warna merah ke? Dah banyak barang yang dihadiahkan Fendi padaku dan kebanyakannya warna ini..

Hehe.. Aku fikir Fendi sudah buang tabiat barangkali. Apahal agaknya dia minta aku pakai gaun ni tadi? Sudah lah seksi di bahagian dadanya. Mahu tersembul biji mata Fendi melihat aku nanti kalau pakai gaun ni..

“Aik, masih tak pakai-pakai lagi baju tu..? Cepat lah, kita dah takde masa ni…” rungut Fendi setelah keluar dari bilik air, Keadaannya yang sekadar bertuala tanpa berbaju menampakkan dadanya yang bidang. Tak sangka bila berkeadaan begini, suamiku ini nampak hensem pula… Dan semaki hensem.. Ishh.. Dadaku tiba-tiba berdebar pula.. Kenapalah ni?? Secarik senyuman tersungging di bibir.

“Sayang senyum sorang-sorang ni, kenapa?” tanya Fendi lantas menutup dadanya dengan tangan.. Hihi.. kelakar la pula, macam pondan aje aku tengok gayanya itu..

“Takkan malu kot??” aku bersuara nakal.. Sengaja mahu mengusiknya.

Fendi sudah ketawa. Lantas mengambil tempat di sebelahku. Matanya menikam matanya. Kami berbalas renungan. Terlalu asyik hingga aku tidak menyedari tangan kanan Fendi sudah mengusap-usap di belakangku dan tangan kirinya memegang bahuku.

Melihat aksi yang sudah ‘melebih-lebih’, aku terus menolak tubuh Fendi. Gelinya bukan main lagi. Aku sendiri jadi alpa dengan tindakannya tadi..

“Sayang malu ke?” tanya Fendi berbasi-basa. Saja la tu nak kenakan aku. Mengada-ngada betul..

“Tak jadi la malam ni kite pergi dinner yer..? Kite ‘dinner’ dalam bilik aje, ok?” Fendi mengenyitkan matanya. Memang nakal suamiku ini..

“Jangan lah main-main, abang! Sayang tak suke lah.. Dah lah, abang ke tepi! Sayang nak bersiap ni..” bingkas saja aku bangun dari sisinya namun aku terduduk semula. Fendi mengelus-ngelus bibirku.

“Cantik bibir sayang ni..! Abang rasa nak cium-cium je bibir ni..!”

“Ape abang ni..? Kata nak pergi dinner kan? Jom lah bersiap-siap!” aku mula rasa segan dengan aksinya itu. Malu pun ada juga..

“Sayang.. sayang abang tak??”

“Kenapa ni? Tanya soalan macam tu..? Sayang memang sayang kat abang. Jangan lah risau, hati sayang memang khas untuk abang seorang je..!” luahku. Aku rase tak rugi untuk aku meluahkan segalanya malam ini. Aku pasti Fendi juga begitu. Fendi menggenggam erat tanganku. Lalu dikucup tanganku dan dibawa ke dadanya.

“Sayang janji ye dengan abang! Jangan tinggalkan abang. Hanya maut aje yang pisahkan kita..”

“Sayang janji bang! Dah lah, jom bersiap..”

Aku mengajak Fendi buat kali terakhir. Hampir setengah jam kami bersiap. Segalanya aku mahu nampak sempurna. Setelah puas dengan solekan yang menempek di mukaku ini, aku bangun lalu mendapatkan Fendi yang sedang membetulkan tali lehernya. Formal lah pulak. Tapi tempat yang kami nak pergi ni memang kena berpakaian formal. Fendi lah yang beritahu aku tadi. Mm..mesti restoran mahal tu..!

“Abang!!”

Fendi terpana melihatku. Matanya terkebil-kebil dengan mulutnya yang ternganga.

“Nanti lalat masuklah!” aku menutup mulutnya yang ternganga. Aku sendiri rasa kurang selesa dalam gaun ini. Bahagian dadaku sedikit terdedah. Mata Fendi pula tertumpu ke arah ‘situ’.

“Abang rase, elok kite ‘dinner’ atas katil malam ni.. Kita boleh…”

“Abang ni, kenapa? Kate nak dinner kat restoran mahal tu kan? Abang dah tempah kan..? Dah lah mahal, kalau tak jadi kan rugi? Abang ni sengaja tau! Cuti kat sini masih ada seminggu lagi kan..? Sabarlah..”

Aku mula rasa tak puas hati. Fendi sudah mula minta yang bukan-bukan. Aku malu. Aku rasa aku belum bersedia tetapi Fendi pasti akan meminta juga. Relakah aku nanti? Ya Allah, aku harap Kau bukalah pintu hati ini untuk aku menerima Fendi seadanya. Juga aku harap aku bersedia untuk menempuhi alam baru ini...

**************

Malam ini aku terlalu seronok. Aku terasa bagaikan di dunia Cinderella. Menari bersama kekasih hati dalam alunan muzik yang lembut dan mengasyikan itu. Aku terasa bagai terbang di awan biru. Berkhayal bahawa hanya dunia ini milik kami berdua. Sungguh syahdu saat ini. Memang aku terleka dalam alamku sendiri.

“My princess! Can we dance together..?”

Fendi menghulurkan tangannya lalu kusambut tangan itu. Lantas kaki kami bergerak mengikut alunan muzik yang dimainkan. Muzik yang bernada lembut dan romantik itu menenggelamkan kami di dunia kami sendiri. Pandai sungguh Fendi memilih restoran ini.

Aku meletakkan tanganku di bahu Fendi manakala Fendi mengeratkan pelukannya di pinggangku. Wajah kami saling berdekatan. Berbalas renungan hingga menikam ke kalbuku.

“Sayang cantik sangat hari! Thanks sudi pakai gaun yang abang belikan untuk sayang. Memang sesuai dan... dan seksi!" Fendi memujiku.

"Thank for everything. Sebab walau macam mane abang buat kat sayang dulu, sayang still terima abang.. Abang cinta sayang dari dulu sampai sekarang dan hingga ke akhir hayat kita ini.. Sayang begitu juga kan??” sambung Fendi lagi.

Fendi berbicara romantic padaku. Aku hanya tersenyum malu mendengar bait-bait romantis itu. Saat itu juga, Fendi mencium dahiku. Lama..

“Sayang juga cinta pada abang hingga akhir hayat ini. Kita akan bina mahligai cinta kita dan sayang akan pastikan kebahagian akan datang setiap masa dalam hidup kita..”

Aku menuturkan janjiku padanya. Padanya yang kini telah bergelar buah hati dalam arena hidupku. Padanya yang telah kujadikan tempat meluahkan rasa sayang dan cinta ini. Buat dia yang menjadi panglima agung dalam rumahtangga kami yang bakal dimeriahkan dengan benih cinta kami kelak.. Sungguh hebat perasaan ini, rasa cinta dan kasih sayang yang merupakan anugerah tiada ternilai buat setiap insan yang lahir ke dunia ini.

‘Aku bersyukur padaMu, ya Allah! Kerana menjadikan cinta pertamaku adalah cinta terakhir dalam kehidupan aku yang bernama Nazatul Shima!’

Sekian-Tamatlah sudah cerita novel ‘Jangan Menangis Sayang’.. Terima kasih kepada semua peminat novel ini yang sudi menunggu karya ini hingga ke akhirnya..

Andai Bisa Kembali Detik Itu



“Abanggg…!! Cukup la tu..! Tak kasihan kah abang kat mama?? Mama tu orang tua kita, bang! Orang yang perlu kita jaga hatinya. Derhaka abang buat mama macam tu.. Abang tak takut ke dengan balasan Tuhan? Kenapa perlu ditendang dan disepak terajang orang yang selama ini membesarkan kita dengan kasih sayangnya??” rayu Qaireen sambil memeluk kaki abangnya untuk mengelak kaki itu menendang Puan Qaseh, mama mereka berdua. Puan Qaseh yang berada di sebelah Qaireen sudah mula menangis teresak-esak. Sampai hati anak sulungnya buat begitu.

“Arghhh!! Reen, jangan nak kacau abang! Suka hati abang lah nak buat apa-apa pun. Orang tua ni yang langsung tak guna..! Sebelum ada papa, semua yang abang nak, abang dapat! Sekarang, bila papa takde, abang tak dapat apa yang abang nak..! Kenapa sampai nak mintak cerai dengan papa? Kenapa sampai mintak kita berdua di bawah jagaannya. Kalau ada papa, hidup kita senang macam dulu..!” tengking Qhalid dengan bengis. Ditepis tangan Qaireen yang memegang kakinya itu.

Dua tahun lepas, Puan Qaseh dan suaminya bercerai dengan talak satu. Semuanya gara-gara kehadiran seorang perempuan yang kini sudah bergelar isteri baru kepada papa Qaireen tahu perempuan itu yang menggoda papanya hingga menyebabkan rumah tangga mama dan papa porak peranda. Encik Razif sudah mabuk kepayang dengan perempuan itu. Hingga menyebabkan dia mengabaikan isteri dan anak-anaknya.

Qaireen sedar mamanya tidak bersalah dalam hal ini. Mana mungkin Puan Qaseh yang yang curang terhadap suaminya. Status Puan Qaseh sebagai suri rumahtangga sepenuh masa tidak memungkinkan dia akan berlaku curang di belakang suami. Encik Razif, papa mereka yang menduakan cinta Puan Qaseh. Puan Qaseh tidak mahu dimadukan dan kerana itu, dia meminta cerai kerana tidak mahu berkongsi kasih. Pekerjaan Encik Razif sebagai doctor di klinik yang dibuka sendiri membuatkan Encik Razif dikenali ramai. Tambahan pula pekerjaan sebegitu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Maka tidak hairan lah, Encik Razif mampu berkahwin lagi. Salah seorangnya adalah Puan Hanita, perempuan yang kini menjadi isterinya itu.

Puan Qaseh tidak mahu suaminya yang menjaga anaknya itu. Puan Qaseh tahu sikap suaminya itu. Puan Qaseh takut bekas suaminya akan mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak mereka. Kerana itu, hak penjagaan diserahkan kepadanya setelah berhempas pulas di mahkamah. Ribuan ringgit banyak dihabiskan untuk membayar kepada peguam. Hinggakan Puan Qaseh jatuh miskin. Status Puan Qaseh yang sebelum ini menjadi suri rumah sahaja membuatkan dia terpaksa mencari kerja untuk mencari sesuap nasi meneruskan kesambungan hidup mereka anak beranak.. Puan Qaseh membawa anak-anaknya jauh dari bekas suaminya.

Qhalid menolak badan Qaireen. Melihat Qaireen yang tidak melepaskan kakinya menyebabkan tangan kasarnya dengan mudah terus menampar pipi mulus Qaireen. Qaireen meraba-raba mulutnya yang perit. Sakit rasanya. Matanya menatap wajah bengis itu. Hilang terus ketampanan abangnya. Qaireen memandang pula wajah mamanya. Mama sudah jauh terperosok ke dinding sana. Melihat wajah yang sedang mengerang kesakitan itu, Qaireen terus mendapatkan Puan Qaseh.

“Mama sakit kat mana? Mata mama dah bengkak tu..Kita pergi klinik yer..?” tanya Qaireen, prihatin. Qaireen membelek-belek wajah Puan Qaseh. Wajah itu penuh dengan lebam berwarna biru. Sedikit darah mengalir dari hidung Puan Qaseh.

“Tak perlu la, Reen! Mama lebam sikit je ni.. Esok baiklah..” balas Puan Qaseh menolak cadangan Qaireen.

“Abang tengok muka mama ni! Dah lebam sana sini. Abang memang kejam! Langsung tak kesian kat mama!” Qaireen meradang memarahi Qhalid. Wajah Qhalid ditenungnya.

“Kalau jadi apa-apa pada mama, Reen takkan maafkan abang! Abang tak patut buat mama macam tu, huh!!” Qaireen menrengus geram lantas tangan Puan Qaseh dipapahnya masuk ke dalam bilik.

“Mintak duit sikit pun, Reen dah bising! Bukannya abang mintak duit Reen, abang mintak duit mak!” balas Qhalid pula.

Qaireen menutup pintu bilik Puan Qaseh lantas dikuncinya dari dalam. Puan Qaseh di dudukkan di atas katilnya. Qaireen melihat wajah Puan Qaseh.

“Auchhh..!!” Puan Qaseh mengaduh sakit bila Qaireen menekan pipinya.

“Teruk betul abang tu, mama! Sejak akhir-akhir ni, abang selalu pukul mama! Abang nak buat apa dengan duit tu, mama?” Qaireen bertanya. Beg sekolah yang disandang sejak balik dari sekolah telah diletak di bawah. Qaireen memegang tangan Puan Qaseh.

“Tiada apa lah, Reen! Mungkin abang Reen tu nak buat beli barang agaknya..” Puan Qaseh membalas lemah.

“Beli barang apa? Rokok?Dadah? Kebelakangan ini, kelakuan abang lain sangat! Sejak bergaul dengan budak-budak tu, abang dah mula kurang ajar dengan mama! Mama tak boleh biarkan abang macam tu. Sekarang memang abang dah mula memukul mama, esok lusa, entah apa yang dibuatnya lagi kat mama.. Reen takut, kalau-kalau…”

“Reen, cukuplah tu!! Nanti abang kamu dengar, kita yang susah! Reen dah makan ke? Kalau belum, biar mama masakkan dulu. Tadi tak sempat nak masak. Mama baru saja balik dari kebun Pak Abu kamu tu..”

“Takpela, mama! Mama rehat aje.. Biar Reen yang masak!”

Puan Qaseh anggukkan kepala tanda setuju lalu tubuh anak perempuan tunggalnya menghilang dari pandangan.

**************

“Reen, kau dengar tak bos panggil tu..? Dah banyak kali tu..” jelas sekali lamunan Qaireen tentang kisah lampau yang sudah lima tahun berlalu tercantas dek suara garau rakan sepejabatnya, Harun. Mata Qaireen terkebil-kebil melihat tuan empunya badan berdiri di tepi mejanya.

“Hai, telinga kau tu dah berapa bulan tak korek, hah? Aku kata tadi, bos dah menjerit macam anak beruk kat bilik dia tu.. Nama kau dah bergema kat bilik tu!! Esok-esok bangunan ni runtuh sebab kau..!!”

Harun memerli di sisi Qaireen sambil tersenyum sinis. Qaireen baru teringat tentang fail yang diminya bosnya pagi tadi. Alamak! Macam mana ni?? Laporan tu belum siap edit lagi.. Habis lah kali ni…

“Awak ni reti kerja ke tak, hah? Baru tiga bulan masuk kerja dah buat perangai! Dari pagi tadi lagi saya minta dokumen ni.. Kenapa tak siap lagi..? Sekarang dah dekat pukul 2.. Saya nak jumpa client saya kejap lagi..Tangan awak tu dah berbalut ke sampai tak boleh nak siapkan kerja sikit macam ni..? Otak awak pergi mana? Atau awak dah tak nak kerja kat sini lagi. Tu… kat luar tu, banyak lagi orang menganggur yang boleh isi tempat awak sekarang ni.. kalau awak dah tak larat nak kerja kat sini lagi, awak boleh berhenti!!” nyaring sekali suara Encik Haris memekik di biliknya. Qaireen hanya mampu menundukkan kepala memandang lantai. Malunya.. Pertama kali kena marah macam ni…

“Saya… saya mintak maaf, bos! Bagi saya lima belas minit. Saya janji dokumen tu akan siap…” pujuk Qaireen terketar-ketar.

Deringan telefon menyelamatkan Qaireen. Sebaik berbual-bual dalam beberapa minit, Encik Haris meminta Qaireen keluar sekaligus menyuruhnya keluar dari bilik itu.

“Perempuan macam kau tak layak nak berdamping dengan aku! Kau boleh berambus dari hidup aku..! Kau ingat aku nak semula perempuan jalang macam kau ni..? Dalam bercinta dengan aku, kau bermain kasih dengan lelaki lain. Aku tak boleh terima pengkianatan dari perempuan macam kau! Get loss! Remember that, jangan sesekali kau kacau hidup aku lagi, perempuan sial!!!!” marah Encik Haris lalu menghempas telefon itu.

Semakin kacau perasaannya sekarang. Kerana perempuan itu, Encik Haris telah menunjukkan sifat marahnya kepada staff ofisnya. Sedangkan sebelum ini, Encik Haris dikenali sebagai ketua yang berhemah lembut dan dedikasi. Tiba-tiba rasa bersalahnya muncul di dalam hati. Qaireen….

Perempuan itu telah dimarahinya sebentar tadi. Dimaki hamunnya tanpa sedar. Sedangkan Encik Haris tidak berniat pun untuk memalukan perempuan itu.

Di mejanya, Qaireen menghamburkan air matanya. Pertama kali sejak bekerja di situ dia dimarahi sedangkan kesalahannya sedikit cuma. Qaireen memandang dokumen yang dipegangnya tadi lalu isinya diselak. Dalam keadaan matanya dipenuhi dengan air mata itu, Qaireen menyiapkan laporan itu.


“Please abang..! Mama ada kat mana sekarang? Abang tinggalkan mama kat mana? Reen rindu dengan mama.. Apa yang abang buat sampai mama takde dari rumah tu? Sampai hati abang buat mama kita macam tu..! Mana sifat keperimanusiaan abang tu..??” soal Qaireen.

“Ahh.. Sudah la!! Abang benci Reen sebut-sebut perempuan tua tu..!” tepis Qhalid. Dengan keadaan terhuyung hayang, Qhalid menolak tangan Qaireen yang mendarat di bahunya. Qhalid cuba berlalu masuk ke biliknya.

“Tengok keadaan abang sekarang ni. Jalan pun dah tak betul! Abang ambil dadah lagi ke? Bukan kah abang baru keluar dari pusat serenti tu..? Kenapa abang tak pernah berubah? Mama siang malam mendoakan kebaikan abang tapi apa yang abang balas pada mama? Mama kerja keras menyekolahkan kita berdua. Mama nak kita jadi orang berguna, bang! Tapi abanggg……?”

Terhenti Qaireen di situ. Lelah sudah rasanya menasihatkan abangnya. Sunyinya rumah itu sekarang. Kalau dulu, mama ada, rumah ini ada keceriaannya tapi sekarang Qaireen dapat rasakan kesuraman di situ. Qaireen tahu Puan Qaseh masih hidup tetapi Qaireen tidak tahu mamanya itu berada di mana sekarang. Berbuih mulutnya bertanya kepada Qhalid namun hanya jawapan bisu yang diterima.

‘Mama… Reen rindu pada mama! Mama ada di mana sekarang? Mama tak rindu pada Reen ke? Dah lama Reen cari mama?? Sejak Reen masuk universiti lagi, Reen dah tak jumpa mama. Bila tanya dengan abang, dia kata mama sihat aje.. Betul ke??’

Qaireen merintih sendiri. Pilu hatinya mengenangkan orang yang paling disayanginya tiada di sisi. Entah ke mana Puan Qaseh pergi. Qhalid pula seolah-olah gembira dengan ketiadaan mamanya. Kemana Qhalid sudah membawa mama mereka pergi. Takkanlah…???

“Abang, apa dah jadi pada mama? Ke mana abang dah hantar mama?? Jawab pertanyaan Reen ni..! Sejak Reen balik rumah ni, kelibat mama pun Reen tak nampak! Reen tak dengar sikit pun suara mama.. Abang..! Abang!!” jerit Qaireen sambil mengoncangkan bahu Qhalid.

Qhalid tidak mempedulikan jeritan adiknya itu. Dia lebih selesa berada dalam dunianya sendiri. Kekecewaan akibat perpisahan mama dan papa membuatkan Qhalid jadi begini. Kerana penceraian yang terjadi itu, Qhalid hilang rasa kasih sayang seorang ayah. Puan Qaseh berkeras mahu membesarkan mereka berdua. Puan Qaseh tahu kemampuan suaminya itu tidak dapat memberi kasih sayang yang sempurna buat buah hati cinta mereka itu. Qhalid pula menganggap dadah mampu menggembirakan hatinya sedangkan dia tidak sedar benda itu kini sedang menghancurkan hidupnya.

Qaireen tidak betah lagi untuk duduk di rumah itu. Melihat abangnya yang sudah tidak seperti manusia itu membuatkan dia sakit hati dan kecewa. Qaireen ingatkan mamanya mampu membesarkan mereka dengan kasih sayang yang tulus ikhlas namun pergaulan Qhalid serta sikap kurang ajarnya pada mama mereka membuatkan Qaireen kasihan melihat penderitaan mamanya. Bukan salah Puan Qaseh, Qhalid jadi begitu. Barangkali takdir Tuhan yang mengkehendakinya.

Qaireen keluar dari bilik Qhalid. Qhalid tidak mampu menyenangkan hatinya kini. Tiada guna bertanya lagi kepada abangnya itu. Qaireen bergegas menuju ke rumah jiran sebelah, Mak Salmah. Pasti jirannya tahu mamanya pergi ke mana. Dulu mama dan Mak Salmah rapat juga.

“Assalammualaikum..!”

Salam diberi. Sambil menantikan jawapan dari tuan rumah, Qaireen mengeluarkan handphonenya. Ada bunyi mesej masuk tadi. Lantas peti mesej masuk dibuka. Satu nombor yang tidak dikenali.

‘Mama ada di rumah papa sekarang! Reen datang lah ke rumah papa di alamat ini ya…….’

Qaireen tanpa berlengah lagi terus mendapatkan teksi untuk menuju ke rumah papanya. Alhamdullillah, mamanya masih hidup lagi. Qaireen bersyukur sangat kepada Tuhan. Hatinya ceria tiba-tiba. Orang yang paling dikasihinya akan diemui sebentar tadi. Mak Salmah pula tidak sempat bertegur dengan Qaireen bila melihat wanita muda tergesa-gesa meninggalkan perkarangan rumahnya. Kelam kabut nampaknya.

“Mama!!”

Jeritan Qaireen bergema ke seluruh rumah banglo itu. Saat terpandang susuk tubuh yang kurus itu, hati Qaireen dipaut rasa sedih. Berduyun-duyun rasa hibanya bertandang di hati. Betapa sedih Qaireen melihat wajah pucat lesi mamanya. Lantas tubuh itu dipeluk erat. Seakan tidak mahu melepaskan. Air mata Qaireen terhambur keluar.

“Mama pergi selama ni? Puas Reen cari mama. Dah tiga bulan Reen cari. Reen rindu sangat kat mama? Kenapa mama lari dari rumah? Abang pukul mama lagi ke?”

Pertanyaan demi pertanyaan terlontar dari bibirnya. Tidak puas hati Qaireen bila memandang wajah mamanya yang sayu. Papa Qaireen yang berada di sebelah hanya memandang dua beranak itu. Sedikit air mata terbit dari kelopak matanya. Lelaki itu menangis kah?? Tapi kenapa?

“Reen, maafkan papa, nak! Papa yang salah dalam hal ni. Papa tak sepatutnya kahwin dengan mama tiri Reen tu. Dia yang racun fikiran papa. Hinggakan papa ceraikan mama Reen. Papa tak sangka mama tiri Reen tu sanggup upah orang untuk hancurkan hidup abang kamu. Dia upah orang untuk berkawan dengan Qhalid dan kemudiannya pujuk dia untuk cuba dadah tu. Papa tak sangka busuk sungguh hati dia.. Papa minta maaf sebab dah ceraikan mama Reen dulu. Papa… papa kesal, Reen!”

Qaireen tidak terkata apa-apa. Tidak tahu bagaimana mahu tafsirkan hati papanya. Mungkin kematian Puan Hanita menyebabkan dia insaf. Puan Hanita khabarnya meninggal dunia dalam kemalangan setahun lepas. Papa Qaireen sendiri yang menceritakannya tadi. Mungkin kerana kesunyian atau kesilapan lalu membuatkan papa Qaireen menyesal dengan apa yang berlaku dulu.

Qaireen tidak sangka sama sekali abangnya tegar menghantar mama ke rumah orang-orang tua.. Kenapa sampai begitu sekali tindakan abang kandungnya? Abang Qhalid sudah membenci mama kah? Nasib baik papa mereka menjumpai mama sewaktu menghantar pesakitnya ke rumah orang-orang tua itu. Kalau tidak, tak tahu lah sampai bila Qaireen dapat berjumpa dengan mamanya.

“Reen, tak perlu risau lagi tentang mama! Mama dah setuju. Kita mulakan hidup baru dengan papa semula…” Puan Qaseh memujuk anaknya. Puan Qaseh tahu pasti anaknya akan setuju biarpun belum mendengar lagi jawapan dari Qaireen sendiri. Qaireen lembut hatinya dan mudah memaafkan.

“Tapi.. ma? Abang..??”

“Reen, mama nak kita hidup semula sebagai satu keluarga. Mama nak kutip semula sisa-sisa gembira yang tertinggal dulu. Mama tak mahu buat kesilapan lagi sampai menyebabkan abang Reen jadi begitu. Salah mama sebab tak mampu sediakan keperluan dia. ..”

“Ma.. bukan salah mama abang jadi begitu. Takdir telah tertulis abang akan macam tu.. Tak usah lah mama dan papa salah kan diri sendiri. Benda dah jadi kita tak boleh nak ubah. Kita bawa abang semula pulang ke rumah ni. Kita cuba pulihkan abang tu.. Ma, pa… Reen gembira saat sebab kita boleh bersatu kembali..”

Qaireen meluahkan isi hatinya. Qaireen tersenyum dalam tangis. Alhamdullillah, doanya selama ini agar keluarganya bersatu kembali termakbul. Tuhan Maha Berkuasa, pastinya akan memakbulkan doa-doa orang yang baik. Qaireen bertuah sangat kerana dengan pekerjaan baru yang diperolehinya telah membuktikan biarpun dibesarkan tanpa kasih sayang seorang papanya, mamanya adalah wanita terunggul dalam carta hatinya. Kasih sayang mama membuatkan Qaireen tekad mahu mengubah nasib keluarganya. Moga kelak sinar bahagia akan menjelma lagi..



P/S : Hai pembaca semua! Dalam saya mencari idea untuk menyambung JMS ni, cerpen ni yang terhasil pula. Sori sesangat belum dapat sambung JMS tu.. Apepun, hope enjoy reading this cerpen..