Dah Tak Nangis Dah 1

Fikiran Fendi seakan berserabut. Keadaannya sudah tidak terurus. Rambut yang tadinya tersisir kemas sudah kusut. Sudah hilang kekacakan wajahnya yang sering menjadi igauan di malam hari oleh Shima. Sudah hilang resahnya kini. Berganti pula dengan kerisauan yang mula mengetuk gegendang hatinya. Bertalu-talu rasa risaunya itu.

Semuanya telah bercampur aduk. Kaki Fendi sudah kepenatan kerana mundar-mandir di depan bilik ICU tu. Lampu merah masih lagi menyala. Bila lah agaknya lampu ni nak bertukar warna..?? Asyik merah sahaja. Macam lampu trafik!

Beberapa bunyi derapan kaki saling berlaga kedengaran di telinga. Saat itu Fendi menoleh ke sisi. Di matanya, bayang Puan Farida dan suaminya yang berjalan sedikit tergesa-gesa menggamit hati. Pasangan suami isteri itu mendapatkan Fendi.

‘Alahai..mak dan ayah mertua aku dah datang dah..!’

Fendi berkata di dalam hati. Rasanya tadi dia telefon mama dan papanya tapi sekarang yang datang keluarga mertuanya pula. Cepat betul mereka dapat berita Shima masuk hospital ni. Tahu lah Shima tu anak kesayangan mereka kan…

“Fendi, anak ibu macam mane? Dah lama ke dalam bilik tu..?” tanya Puan Farida dengan matanya menunjuk ke arah bilik ICU.

Fendi menggeleng tidak tahu. Ya, memang Fendi belum tahu lagi. Entah berapa jam agaknya doctor mengambil masa di dalam. Fendi tidak kira pun. Bimbang semakin beraja di hati. Mudah-mudahan Allah S.W.T menyelamatkan kedua-duanya.

Hati ibu mana tidak risau melihat anak yang dikasihi kini bertarung nyawa di situ. Bukan nyawanya sahaja malah satu lagi nyawa yang baru ditiup rohnya itu. Tambahan pula masih ada sebulan lagi untuk bakal cucunya melihat dunia ini. Puan Farida mendoakan keduanya selamat. Dan paling penting supaya Shima selamat melahirkan bayinya.

Tiba-tiba pintu ICU terkuak dari dalam. Tiga orang yang berpakaian putih keluar dari situ. Fendi mendapatkan mereka.

“Doktor, bagaimane dengan isteri saye?”

“Awak, suami pesakit?”

Fendi angguk kepala.

“Lagi 3 hari awak boleh bawa die balik! Buat mase sekarang kondisisi die lemah. Jadi kami akan tahan die di wad.”

“Kandungan isteri saye..?”

“Kandungan isteri awak……..?”


Fendi membawa bungkusan buah epal itu ke wad bernombor 34. Muram sahaja wajahnya. Kenapalah agaknya..?

“Sayang dah sihat?”

“Dah..” aku menjawab pendek.

Kepala ku toleh ke tempat lain. Pendek kata, tak pandang langsung wajahnya namun tanganku tetap mengambil bungkusan yang dihulurkan. Semarah-marah aku pun aku masih taat padanya sebagai suamiku. Sudah dua hari aku berkelakuan begini. Seolah-olah aku menyalahkan Fendi atas apa yang berlaku.

Geram sangat. Dia lah punca segalanya. Kalau tak, aku takkan masuk hospital busuk ni. Busuk?? Ye la.. memang busuk pun. Busuk dengan bau ubat. Pening kepala aku dibuatnya. Tak tahan betul! Loya tekak ni bile membayangkan aku sedang menelan ubat yang banyak itu. Eiii…..!! Lagi pula, lautan manusia yang membanjiri hospital ni buatkan aku terasa macam di dalam kubur saja. Semuanya memutih!

“Baby kite pun sihat kan..? Abang ade bawakan makanan untuk baby kita ni. Sayang makan ye..” pujuk Fendi. Ditunjukkan bungkusan kuning tu padaku.

Buah epal?

“Untuk baby saja ke? Untuk sayang mane?” tanyaku sedikit geram. Fendi kata die beli untuk baby. Habis, untuk aku mane?? Nak kasi aku berlapar ke? Mahunya aku jadi ibu mengandung paling slim tahun ni..

“Laa… biol ke ape ni? Buah ni kalau sayang makan, baby pun akan makan jugak! That mean, abang belikan untuk kamu berdua, insane kesayangan abang!” penjelasan Fendi buat aku terkedu.

Gaya percakapannya, memang buat aku sakit hati. Ya, Tuhan! Mengapalah aku dapat suami macam Fendi ni? Dengan isteri pun main hentam je cakapnya. Tak reti-reti nak bersopan ke? Biol?? Bahasa apakah itu?? Huhuhu…

“Marah??” tanya Fendi. Serentak Fendi menjalarkan jarinya ke hidungku lalu dicubit manja.

“Biol?? Habis abang tu ape, sengal??” aku membalas. Patut ke dia panggil aku biol? Nak kena ni….

Dari semalam, sejak aku sedar, tiada ungkapan maaf keluar dari bibir suamiku. Ego sangatkah suamiku ini?? Kenapa susah nak minta maaf dengan apa yang dah terjadi tu? Mana mungkin Fendi boleh melupai peristiwa semalam. Atau dia beranggapan dia tidak bersalah dalam hal ini.

Dalam tempoh yang singkat, ahhh…! Aku yang merasainya. Aku yang hampir keguguran. Aku takkan lupe sakit yang aku alami itu. Aku hampir-hampir kehilangan permata buah hatiku. Syukur aku masih diberi kesempatan untuk menjadi seorang ibu.

“Abang dah tak sabar nak tunggu ‘belon’ meletup! Ingatkan dah meletup semalam…. Auchhh…!” Fendi menggosok pahanya yang telah kucubit tadi. Hilang terus muka muramnya. Muram yang sengaja dibuatkan. Buat sakit hati tengok mimik muke Fendi ni. Tahu main-main saje..

“Rasakan! Punyalah takut sayang ni kehilangan baby kite, abang boleh cakap macam tu pulak! Abang ni tak sayang sayang ke?”

“Sayang…”

“Habis tu, kenapa abang ni asyik main-main saje.. Cakap benda serius pun abang boleh main-main. Perangai abang macam budak-budak je. Tak mature langsung! Buatnya jadi betul-betul…!”

“Syhhh….”

Jari telunjuk Fendi hinggap tepat dibibirku. Menamatkan kata-kataku sebentar tadi. Tahu pun takut! Lihat saja muka Fendi, serius la pulak!

“Jangan cakap benda bukan-bukan! Abang tak suke! Abang bergurau ade tempatnya. Ape yang abang buat sebelum ni sebab abang nak sayang happy saja. Takde makna lain. Abang nak cipta kenangan antara kite. Kenangan mase kecil yang separuh jalan saja. Kenangan bile kite dah kahwin ni. Semua tu akan jadi memori kite bersama. Abang mahu jadi insane yang pertama dan terakhir dalam hidup sayang. Insan yang berkongsi segala-galanya. Abang nak bile abang dah tiada kelak, ape yang abang buat ni akan ingatkan sayang pada abang. Abang cintakan sayang. Forever! Takde siapa boleh pisahkan melainkan ajal yang dijemput malaikat maut..!”

Aku terpana. Betul ke apa yang aku dengar ni..? Aku rasa macam kembali ke zaman kami bercinta dulu. Ceh..sejak bila lah kami bercinta ni?? Rasanya boleh tak kalau aku labelkan yang kami ni pasangan yang bercinta selepas kahwin?? Bukan seperti zaman sekarang ni, kena bercinta dulu baru kahwin. Mm.. apa-apalah.

Ade air hangat mengalir laju di pipi. Terkebil-kebil mataku menampung lebatnya air itu membanjiri kelopak mata kecilku. Bicara romantis Fendi tadi terasa menyerap ke kalbu ku. Sehebat itukah cinta Fendi padaku?

“Tapi… abang kalau bercakap tak pernahnye nak serius! Asyik main-main aje..! Menyampah!!”

“Abang main-main dengan sayang je.. Takkan sayang masih tak faham abang lagi..?”

Aku hanya tersenyum. Macam mana lah aku nak faham? Soal serius pun Fendi ambil mudah. Aku yang hampir-hampir keguguran lagi takut. Takut akan kehilangan bayi kami ini.

Kalau bukan sebab cinta, mana mungkin Fendi akan melamarku dulu. Kalau bukan kasih, takkan kini aku bergelar isteri tercintanya. Betapa hebatnya lautan dugaan yang kami renangi bersama, bukankah itu tandanya cinta Fendi padaku..??

Aku mengusap perutku. Rasa tertumpah kasihku pada janin di dalamnya. Salah satu bukti kesetiaan Farid. Benih cinta yang telah kami bajai bersama biarpun suatu waktu dulu aku kurang percaya dengannya. Penipuan beberapa bulan yang dilakukan menguji kesabaran hati seorang perempuan seperti aku.

“Doktor cakap lagi 3 hari, sayang dah boleh keluar hospital. Nanti kite beli barang baby ye..”

“Barang baby? Baby lambat lagi nak keluar..”

“Lambat apanya! Lagi beberapa bulan je nak keluar, tau! Pejam celik pejam celik.. dah sampai masa. Takpelah, kite siapkan awal-awal. Nanti tak lah kite kelam kabut!”

“Tak sabar-sabarlah abang ni…”

“Mestilah, anak pertama kan..?”

“Oooo…. Kalau anak kedua, ketiga, keempat, kelima…abang tak pentingkanlah mereka tu ye…? Taknak lah beli barang mereka…??”

“Kelima?? Sayang larat ke…? Kalau abang…sampai anak ke-11 pun abang sediakan keperluan mereka. Janji anak lelaki semuanya. Sebab abang nak jadi pengadil nanti..!”

“Pengadil ape pulak?”

“Pengadil masakan..”

“Abang ingat anak sayang tu pondan ke? Pertandingan masakan konon! Kalau semua lelaki, takkan semuanya kena memasak? Abang jangan nak salah didik anak kite..”

“Ishh… ape yang sayang merepek ni..? Takkan abang nak diorang jadi macam tu..? Abang nak satu team bola sepak tau... Adel ah kawan abang nanti…”

“Kawan sayang??”

‘Kawan sayang, abang la.. Siapa lagi….!”

Terus terhambur ketawa Fendi. Sempat juga dia mengenakanku. Nak kena luku ni..!
‘Bukkk!’

“Padan muke!!”

Aku jelirkan lidah dan naikkan ibu jari lalu kugoyangkan pada Fendi.

“Ape sayang ni? Mane aci buat abang ni..!”
Fendi mengusap kepalanya. Padan muka! Kan dah kena ketuk! Mentang-mentang aku sakit terlantar kat sini, ikut sedap mulut je nak usik aku. Tak sah kalau tak diusiknya setiap hari.

“Aci kat India ye…!”

Aku membalas. Huhu..dendam dah dilunaskan..! Terjegil biji mata Fendi dengar aku membalas katanya tadi. Sakit hatilah tu…!!


“Boleh lah..bang!!”

“Bosan lah duduk kat rumah ni..”

“Tak yah! Duduk je kat rumah. Bukannye abang suruh sayang kemas rumah atau basuh baju ke…”

“Lagi bosan kalau macam tu.. Takkan suruh sayang goyang kaki..? Nanti sayang tembam macam mane?”
“Abang suke!! Boleh buat bantal peluk setiap malam, kan??”

“Eeeiiiii!!”

Memang mati kebosanan lah aku duduk dalam rumah sebesar istana ni. Kalau ada orang gaji, tahan lah juga! Ada juga teman berbual aku. Tapi Fendi tak mahu. Fendi mahu hanya kami berdua berada didalam rumah ini. Sejak aku disahkan hamil dulu, aku dilarang membuat kerja rumah. Semua kerja akan dibuat Fendi selepas dia habis kerja. Mmm.. tak penat ke Fendi tu?

Balik kerja dari ofis, sambung buat kerja rumah pula. Sapu sampah, mop lantai, memasak, cuci baju, dan macam-macam lagi la.. Tak sangka aku, dalam perangainya yang suka mengusik aku tu, dia seorang yang rajin! Kalah aku yang perempuan ni. Patutnya kerja sebegitu diserahkan padaku. Macam mana lah mak mertua aku boleh didik Fendi sampai rajin macam ni..?

Aku membuka siaran Astro. Cerita yang menarik mewarnai TV Plasma 32” itu. Tapi.. cerita tu langsung tak menarik perhatian ku. Entah lah.. tahap kebosanan aku makin menjadi-jadi ni. Tak best lah duduk kat rumah..

Setelah 3 Hari Bergelar Isteri.. :)

Pejam celik, pejam celik dah 3 hari aku bergelar isteri..
Best sangat memasuki fasa baru ni..
Tak tahu nak ceritakan macam mana..
Kalau korang dah kahwin, korang tau lah..hehe..
Apapun buat suamiku, thanks abang coz sudi terima diriku sebagai teman mu..
Walaupun abang tak pandai berblog, aku tetap akan menyayangimu.. :P
haha...entah ape yang saya dah repekkan ni..
Kepada korang yang wish me gud luck tu.. thanks bebanyak tau..
Dua hari lagi saya akan masukkan n3 baru..tunggu tau..! :)

Nasihat Kehidupan

Nasihat Kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
J angan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMIBoleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 6K:-

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran

p/s : salam pembaca semua.. ini shj n3 yg sy leh masukkn dlm blog ni.. hope dpt diambil ilmunya buat kehidupan kita semua. n3 ni sy dpt dr email..bile dibaca, byk kata-kata yg mmg berkait dgn hidup kita seharian lebih2 lg buat yg sudah merasai cinta dan alam rumahtangga.jd sy ingin kongsikan dgn korg semua.. :)

Jadilah Seperti Aku

Namaku Nurul Huda. Berusia 27 tahun pada tahun ini. Sekarang aku dah berkerja di Ampang sebagai Ekskutif Jualan di sebuah syarikat menjual kereta di Ampang juga. Aku merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia di kampus Bangi. Sudah tiga tahun lebih aku menamatkan pelajaranku di sana.

Dalam keluarga aku dipanggil Huda saja. Merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik. Kakakku bernama Haida dan abang pula bernama Hanif. Masing-masing sudah berkahwin dan dikurniakan sepasang anak dengan pasangan mereka. Hanya aku saja yang belum berpunya.

Aku punya kisah yang ingin disampaikan pada semua. Mungkin ada yang akan simpati dan mungkin juga ada yang akan menghinaku. Kerana aku seorang perempuan. Insan yang paling lemah dan tidak berdaya untuk menangkis semua dugaan yang mendatang.

******

27 November 2007

Hari ini genap usiaku 25 tahun. Saat yang menggembirakan kerana dengan penambahan usia ini , ia sekaligus mematang fikiran. Sempena ulangtahun kelahiranku ini, dua majlis telah diadakan. Sambutan hari lahirku dan juga majlis pertunangan yang diadakan serentak pada hari yang kukira sudah cukup menggembirakan hati orang tuaku.

Ibu dan ayah adalah orang yang paling bertungkus lumus mengadakan kedua-dua majlis ini. Aku sebagai anak bongsu hanya menurut saja. Tidak mampu membantah walaupun dalam hati telah berdetik rasa kurang senang. Tak tahu kenapa tetapi sejak dari malam tadi, seusai aku solat istikharah, hatiku mula rasa kurang enak. Seakan-akan ada sesuatu akan berlaku.

Aku hanya mampu berdiam diri. Takkan hendak kukhabarkan rasa kurang senang itu pada ibu dan ayah. Setiap kali aku memandang wajah kedua-duanya, senyuman tidak lekang dari bibir mereka. Aku tahu ibu dan ayah amat gembira dengan pertunangan ini. Mereka gembira kerana bakal berbesan dengan sahabat lama mereka. Aku sendiri tidak kenal dengan bakal tunangku. Tidak pernah berjumpa walau sekalipun. Cuma aku kenal wajahnya melalui gambar yang ibu tunjukkan padaku pada minggu lepas. Yang kutahu, dia bekerja sebagai engineer di Klang.

“Huda!! Wah berseri-seri wajah kau ye..! Al-maklumlah dah bergelar tunangan orang sekarang ni..” tegur Amira lantas memeluk erat bahuku.

Aku tersenyum. Cincin yang tersarung di jari manis sebentar tadi kupandang. Sesuai benar dengan jari manisku. Pandai pula tunangku mencari cincin yang muat dengan jariku ini.

Amira adalah teman serumahku di Ampang. Kami juga bersahabat baik. Amira datang ke rumahku di Melaka ini bersama teman lelakinya, Ariffin. Ariffin yang berada di sebelah Amira turut mengucapkan tahniah padaku seraya menghulurkan sekotak hadiah yang berbalut cantik dan kemas. Apalah agaknya isi didalam kotak ini?

“Biasa sajalah, Amira!” aku merendah diri.

Padaku tiada apa yang istimewa tentang diri ini. Mungkin kerana kesan solekan di wajahku merubah penampilanku pada hari ini.

“Betul lah! Wajah kau cantik sangat hari ni. Sebelum ni, kau mana pernah bersolek kan? Kalau bersolek pun, nipis sangat! Tak nampak kecantikan kau yang sebenar. Aku fikir kalau bakal tunang kau tengok ni, sure lentok habis! Mesti dia puji kau nanti.. Oh ye… bakal tunang kau datang tak majlis ni..?” Amira memujiku. Ariffin sudah pun keluar meninggalkan aku dan Amira berbual-bual.

“Entahlah.. aku tak tahu pun.. Kau bukan tak tahu kan, lelaki mana ada datang waktu majlis tunang..”

“Zaman sekarang dah lain la.. Lelaki boleh datang time majlis tunang. Tak macam dulu, lelaki kena tinggal di rumah. Kau tak contact dia..?”

“Nombornya aku tak tahu pun..”
“Hah??”

“Majlis ni my parents aturkan. Aku ikut saja. Baik pada mereka, baik juga pada aku..” jawabku.

“Laa.. aku ingat kau kenal dia. Kau pernah jumpa dia tak ni..? Habis, dia memang setuju ke dengan pertunangan ni..?”

“Ibuku kata dia setuju. Aku tak pernah jumpa pun.. Ala.. lama-lama nanti, kami kenal lah. Ada tempoh setahun untuk kami kenal satu sama lain.”

“Tak sangka pula aku masih ada jodoh yang diaturkan famili. Kalau aku, cinta sebelum kahwin tu penting juga. Sebab masa tu kita dah kenal dan yakin dengan kasih sayang dia. Kau yakin kau akan cintakan dia kelak?”

“Masa akan tentukan..”
“Apapun, aku doakan kebahagiaan kau. Tahniah dari aku!”

Aku tersenyum lagi. Ya.. masa akan tentukan kasih sayang antara kami. Bukankah kata orang, pertunangan ini adalah saat terbaik buat kita mengenal pasangan kita sebelum melangkah ke alam rumah tangga kelak?? Alhamdullillah..sebaik selesai majlis tersebut, tiada perkara buruk yang berlaku. Itu hanya perasaanku sahaja barangkali.

*****

Tepat jam 5 petang, aku dikejutkan dengan panggilan telefon..

“Huarghhh….! Siapalah yang kejutkan aku time-time macam ni? Langsung tak kasi can untuk aku berehat. Dah lah hari ni hari Ahad.”

Aku mengomel sendiri sambil menguap. Aku menggeliat cuba membetulkan tulang di badan yang telah kurehatkan atas katil tengahari tadi. Aku mengambil handphone yang diletakkan atas meja.

“Assalammualaikum..!”

Opss!! Suara lelaki lah.. Siapalah agaknya ni..? Suaranya langsung aku tak kenal. Tak cam pun. Tak pun salah nombor kot..?

“Waalaikummussalam.. Cari siapa?”

Aku bertanya sebaik mungkin. Ingatkan nak tengking sebab mengejutkan aku petang begini tadi tapi bila dengar suaranya bagi salam, terus sejuk hatiku. Agaknya inilah kebaikan memberi salam. Yang dimulakan dengan kalimah suci.

“Cari Cik Nurul Huda!”

Cari aku? Kenapalah agaknya..? Takkan aku ada buat salah dengan lelaki semalam? Semasa aku pergi shopping semalam, tiada pula aku terlanggar orang atau memaki orang lain..

“Saya ni tunang awak! Awak dah lupa yang awak ada tunang iaitu saya??” sedikit tegas.

Hah??

“That’s mean selama kita bertunang ni, awak langsung tak ingatkan saya, kan??”

“Ape awak cakapkan ni?”

“Baguslah!”

Apa yang dia maksudkan ni? Tak faham aku. Bagus? Sangat baguskah kalau aku langsung tak mengingati dia? Pelik betul pemikiran dia ni. Hospital manalah yang dia ni terlepas agaknya..? Tapi…..

Iya lah.. Aku memang lupa yang aku ada tunang. Selain tak pakai cincin tunang yang disarungkan ke jari manisku dulu, aku sendiri tak ingat tarikh bertunang. Aku buat tak kisah saja. Sebab pertunangan ini bukannya atas kerelaanku. Sebab itu, apa saja yang berkenaan dengan lelaki itu aku letak di suatu tempat yang memang dikhaskan. Aku tak mahu mengingati status aku sekarang ni. Tiada maknanya buatku.

“Saya nak jumpa awak! Sangat penting! Petang ini awak free tak??”

“Aaa…. Saya fikir dulu lah..”

Huh, malasnya aku nak keluar hari ini. Penat shopping semalam pun tak habis lagi ni.

“Saya rase awak free, jadi awak bersiap-siap lah sekarang. Lagi setengah jam saya sampai rumah awak!” Klik!

******

Senangnya dia menyuruh aku bersiap-siap. Entah hal apa agaknya sampai nak ajak aku keluar hari ini. Sejak pertunangan itu, aku dan dia tidak berhubung. Dating pun jauh sekali. Masing-masing sibuk tambahan kerjaya dia memerlukan dia kerja lebih masa.. Mana lah ada masa nak jumpe denganku. Aku saja yang berharap. Itu dulu lah.. Enam bulan lepas. Akhir-akhir ini, hati ku tawar dengan hubungan yang terikat ini. Mahu saja aku leraikannnya namun memikirkan ibu dan ayah yang akan mendapat malu, aku biarkan saja.

Baju apa lah yang aku nak pakai ni? Baju blouse kah? Atau baju kurung? Tak pun pakai skirt labuh? Atau baik aku pakai simple saja?? Ahh.. mana-mana sajalah. Yang penting jangan seksi. Tergugat iman tunang aku tu nanti.. Tak pasal-pasal pernikahan kami dipercepatkan pula.. Hehe..

*****

Bukit Menara Tinjau, Ampang menjadi tempat pertemuan kami buat kali pertama. Dapatku lihat ramai anak muda yang melepak di sini. Pemandangan seluruh Kuala Lumpur juga dapat dilihat di sini. Dan tempat ini, juga menjadi tempat aku dikecewakan oleh seorang lelaki.

Aku tergamam. Tak sangka ini yang dimintanya. Apa salahku sampai dia sanggup buat begini? Tak ingatkah dia pada keluarga kami yang bersusah payah menyatukan kami? Kalau kutahu begini akhirnya, mengapa tidak dikatakan dari dulu lagi? Kalau tidak, aku takkan bergelar tunangan dia sekarang.

“Please.. saya mintak sangat awak yang putuskan pertunangan ni! Kalau saya yang mintak putus, parent saya akan salahkan saya. Meraka akan marah dan halau saya dari rumah nanti. Mereka takkan mengaku saya sebagai anak mereka. Keluarga kita berkawan baik, itu saya tau. Saya tak mahu kahwin dengan awak. Saya dah jumpa kekasih hati saya yang menghilang dulu tu. Dia accident dan hilang ingatan. Saya cuba cari dia merata tempat. Keluarganya pun tak tahu dia di mana masa tu. Bulan lepas saya jumpa dia. Ingatan dah pulih semula. Saya cintakan dia. Cuma dia seorang. Dan.. saya mahu dia jadi suri di hati saya ni..” beritahu Akmal memegang dadanya, erat.

Aku terkesima. Rasa nak gugur jantung ni. Akmal sudah mempunyai kekasih? Kenapa tidak dikhabarkan dari dulu. Mengapa Akmal tidak membantah pertunangan ini? Kalau lah boleh kuputarkan waktu itu.. Aku ke yang mesti putuskan pertunangan ni? Tidakkah nanti keluargaku akan malu dengan tindakanku? Lagi pula bukan aku yang beria-ia mahukan pertunangan ni. Ahh.. serabut kepalaku.

Sewaktu mataku tadi ternampak wajahnya buat pertama kali, hati ini rasa nak melonjak-lonjak. Kacaknya dia. Matanya yang redup dan hidungnya yang tinggi membuatkan aku terpesona dengan dia. Dengan T-shirt putih lengan panjang yang dipakai menambahkan kekacakan dia. Ahh.. memang betul-betul buat aku jatuh cinta. Dia lelaki yang berkarisma. Punya kerjaya yang menjadi idaman semua orang. Dengan kerjayanya, pasti ramai gadis-gadis yang menghimpit dia. Bertuahnya aku bergelar tunang dia.

Tapi.. itu beberapa minit yang lalu. Sekarang, hatiku sudah dirobek rakus. Tanpa belas kasihan. Tanpa dia memikirkan perasaanku. Kenapa Tuhan memberi aku dugaan sehebat ini?

“Please..saye mintak tolong sangat dengan awak ni.. Cakap kat parents awak, yang awak nak mintak putus. Awak dah ade calon yang lain. Awak takkan rugi ape-ape. Cume belanja hantaran yang saye berikan separuh tu harap dipulangkan semula.. Saye tau famili awak tak keluarkan belanja untuk majlis kite dulu.. Semuanya parent saye yang tanggung…”

“What?? Saye tak rugi ape-ape? Awak sedar tak ape yang awak cakap ni? Kalau pihak perempuan putuskan pertunangan, maknanya segala belanja hantaran yang pihak awak hantar dulu tu, terpaksa dipulangkan semula pada awak. Kalau pihak lelaki yang putuskan, itu dah dikira hangus! Awak ingat, saye ni bodoh ke? Awak tahu tak, berapa belanja yang parent saye keluarkan dulu. Beribu-ribu, awak tau?? Awak tau berapa ramai tetamu yang datang..? Semua tu perlukan duit! Parents awak hanya keluarkan sedikit belanja yang selebihnya parents saye yang tanggung!” jeritku.

Sakitnya hati ini. Sudahlah terluka. Dia siap minta pulangkan duit hantaran pula. Dia ingat aku ni tak tahu adat Melayu ke? Dia yang nak putuskan, aku pula yang kena tanggung segalanya. Famili aku mengadakan majlis secara sederhana namun ramai yang datang waktu itu. Ayah mengajak semua rakan dan saudara menghadiri majlisku. Barangkali ayah gembira kerana anaknya yang terakhir akan melangkah ke alam baru. Beban yang ditanggung sebelum ini akan beralih kepada orang lain.

“Heii… susah sangat ke awak nak mintak putus? Ke awak memang nakkan saye? Awak cintakan saye ke? No wonder la, jejaka macam saye memang membuatkan semua gadis kat luar sana akan terpikat, tak terkecuali, awak!!”

Cis.. mamat ni berlagak sungguh! Ingat dia handsome sangat ke? Rupa setakat harga market, aku tak kisah la.. Perangai hodoh macam cipan. Nak berlagak pula dengan aku. Ingat aku yang hingin sangat ke kat dia? Dia fikir aku terhegeh-hegeh nakkan dia sebagai suami aku..?

“Awak yang nak putus, awak sendiri yang cakap kat ibu dan ayah saya! Saya tak mahu masuk campur. Bukan saya yang nak bertunang dengan awak dulu. Kalau awak fikir awak seorang yang rugi, saya lagi rugi banyak. Malu pun saya yang dapat! Awak lelaki, apa yang awak tahu? Awak ingat perempuan kat luar sana nak sangat dengan awak ke? Mereka tu semuanya nak kikis duit awak! Sedar lah diri sikit!” aku dah mula membebel. Tak terlawan rasa sakit di hatiku ini.

“Awak ni kan….! Ishh…! Baiklah, awak ingat saya tak berani ye..? Ok, hujung minggu saya datang rumah awak. Kita putuskan secara adat..”

Akmal memberi kata putus. Akmal rasa tercabar agaknya dengan kata-kataku tadi. Aku pun dah malas nak fikir. Aku masuk semula ke dalam keretanya.

“Baiklah. Hantar saya balik sekarang. Dah lewat ni..”

Akmal bergerak ke tempat pemandu. Baru saja Akmal mahu menghidupkan enjin keretanya, cermin kereta diketuk dari luar. Akmal memandang ke luar..

‘Siapa ni?? Tak kenal pula aku.’

Akmal bermonolog sendiri. Diriingi rasa hairan, Akmal menurunkan cermin kereta. Tanpa disangka, satu tumbukan mengenai muka Akmal. Akmal terkejut. Terus darah keluar dari hidung. Akmal cuba membalas semula tumbukan tadi namun apakan daya kekuatannya yang seorang untuk melawan tiga lelaki di hadapannya kini. Lelaki yang berada di luar membuka pintu kereta dan menarik Akmal keluar. Kepala Akmal dihentak dengan helmet mereka. Aku sangat terkejut melihat adegan tersebut lalu cuba menjerit namun ada lelaki lain yang membuka pintu disebelahku lalu menarik aku keluar.

Eh?? Apa yang berlaku sebenarnya ni..? Mulutku ditekup dengan lelaki yang berbadan kurus itu. Aku cuba meronta-ronta. Menjerit-jerit minta dilepaskan. Lelaki yang berbadan sedikit gempal itu memeluk aku sambil menyuruh aku diam. Akmal pula memandang aku dengan lemah. Perutnya telah ditendang beberapa kali. Aku dapat melihat darah yang keluar di anggota badan Akmal. Akmal barangkali tidak berdaya untuk membantu aku.

“Hei, perempuan cantik! Kau tak nak layan aku ke malam ni..? Dari tadi aku dok tengok kau dengan lelaki tu kat tempat gelap ni.. Kau buat apa dengan boyfriend kau kat sini. Nak beromen erk..? Rugi rasanya kalau tak dapat ‘merasa’ kau sama malam ni.. Jom, beb! Kita ‘try’ perempuan ni..” kata salah seorang pemuda tersebut.

“Aku?? Ok saja..!”

Gerun betul aku mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulutnya. Dasar mat rempit! Tak ada kerja.. Hanya tahu merosakkan anak gadis orang.. Dan sekarang aku….. akan jadi mangsa mereka?? Tidakkk!!!

*****

Menangis air mata darah sekalipun takkan mampu mengubah kenyataan yang terjadi. Aku telah dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki mat rempit! Memang tak kusangka perkara buruk ini akan terjadi padaku. Selama ini aku membaca berita di dada akhbar mengenai kejadian rogol ini.

Amira sudah keletihan mengetuk pintu bilikku. Aku pula tidak mengendahkan jeritannya yang memanggil namaku berulang kali. Amira jadi risau mendengar tangisanku. Amira cuba menghubungi keluargaku di kampung.

“Huda! Buka lah pintu ni. Janganlah menangis macam ni. Setiap masalah boleh diselesaikan. Kita berbincang ye, Huda??” pujuk Amira dari luar. Tangan Amira masih mengetuk pintu bilik. Sebelah tangannya lagi laju menekan nombor telefon.

“Ariffin, you boleh datang rumah I sekarang tak? I ada masalah ni.. I perlukan pertolongan you sangat-sangat!” Amira bersuara sebaik yang dipanggil menyahut. Tiada seorang ahli keluargaku di kampung yang mengangkat panggilan Amira. Entah ke mana mereka semua tu pergi.

Aku kebingungan bila diberitahu oleh Amira.. Huhu..siapalah yang sudi mendengar masalah yang membelenggu diri ini. Hendak ku luahkan pada Amira, aku malu. Aku perempuan yang sudah tidak bermaruah. Sanggupkah Amira menerima aku sebagai sahabatnya setelah mengetahui aku telah ternoda kini??

“Huda, please!! Bukalah pintu ni. Kita kawan kan?? Tak guna kita berkawan kalau kita tak mampu tolong kawan kita tu.. Mana sikap kau yang selalu mengalah tu? Bukalah! Demi aku sebagai sahabat kau.. Dengarlah cakap aku ni, Huda!!”

Fikiranku keliru. Aku tak tahu sama ada aku perlu mendengar kata-kata Amira atau tidak. Aku malu. Aku sendiri jijik dengan diriku.

Akhirnya aku buka juga pintu bilik. Amira menerpa ke arahku. Seraya memelukku.

“Kau kenapa, Huda? Kau ada masalah ke? Kongsikan dengan aku.. Aku sudi pinjamkan telinga aku ni untuk kau..”

“Aku.. aku… Ahh…!”

Bibirku terketar-ketar untuk memulakan ayat. Rasa takut yang merantai hati cuba aku leraikan. Amira yang seakan memahamiku menggenggam erat tanganku.

“Aku.. aku ..kena rogol!”

“What??” jerit Amira. Amira mengucap panjang mendengar ayat-ayatku. Sudahnya, aku juga yang malu. Tak tahu mana nak letak muka ni.. Dah tentu Amira pandang serong padaku. Dahi Amira kelihatan berkerut seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

“Siapa yang buat? Bila kau kena rogol ni? Kau tak lapor pada polis ke? Kau tak check di klinik?” soalan Amira yang tiba-tiba dan bertubi-tubi seakan menyerang mindaku untuk memberi jawapan.

Dahiku berkerut. Mengapa perlu check ke klinik?

“Kau perlu bersihkan rahim kau, Huda! Aku tak mahu ada nyawa bernafas dalam rahim kau. Seboleh mungkin jangan sampai famili kau tahu. Apa perasaan mereka kalau tahu anak mereka dah menconteng arang ke muka. Nanti mereka juga yang malu. Kau check saja.. Ini untuk kebaikan masa depan kau. Aku bukannya jahat sampai nak suruh kau gugurkan kandungan . Aku fikir tidak salah. Kau masih muda. Perjalanan kau masih jauh. Siapa yang lakukannya? Tunang kau ke?”

Aku mengerti niat baik Amira namun aku takut. Bagaimana agaknya penerimaan Akmal? Akmal kini terlantar di hospital. Aku sempat melawatnya semalam. Kepalanya berbalut. Nasib baik juga lah kecederaannya tak berapa teruk.

“Kau okey tak ni? Kita pergi klinik sekarang ye..?”

Aku gelengkan kepala. Aku tak mahu. Perasaan takut itu berlegar-legar di minda. Pengakhirannya belum tentu Akmal akan menerimaku semula. Mana mungkin dia akan terima aku yang sudah jadi ‘sisa’ orang. Tapi… itu bukan salahku!

*****

“Saya tetap tak mahu terima awak! Awak dah jadi 'bekas’ orang. Saya bukannya lelaki yang akan menjilat semula ‘ludahan’ orang. Saya tak mahu isteri yang bukannya anak dara lagi semasa saya kahwin dengannya kelak! Dan awak bukan isteri yang sesuai untuk saya! Baik awak keluar sekarang! Saya kata keluarrr…!!!!”

“Akmal! Awak kena bertanggungjawab atas saya. Awak yang bawa saya ke tempat tu. Awak langsung tak selamatkan saya! Inikah sifat seorang lelaki? Lepaskan tanggungjawab awak sedangkan sepatutnya awak yang menjaga saya. Awak tunang saya! Semasa kejadian ni berlaku, saya di bawah jagaan awak..”

“Eh, perempuan! Awak ingat saya ni lelaki apa, hah?? Saya takkan ambil ‘bekas’ orang! Saya bukannya Akmal kalau bukan mencari perempuan yang sempurna dan terbaik untuk jadi suri hati saya! Entah-entah awak upah orang untuk rogol awak dan paksa terima awak. Awak ingat semudah itu awak nak dapatkan cinta saya?? Jangan harap!!”

‘Ya Allah! Kenapa lelaki ini bersikap biadab padaku! Bukan aku nak semua ni terjadi. Aku sendiri tak rela tubuhku dimamah lelaki lain melainkan lelaki yang bakal menjadi suamiku kelak..’

Aku terkejut mendengar kata-kata yang terlontar dari bibir Akmal. Ya Tuhan! Hinanya aku di depan dia. Akmal tak mahu bertanggungjawab. Akmal tetap tak sudi menerima aku kembali. Memang dia yang mahu aku pergi dari hidup dia.. Tak mengapalah..

Aku tanggalkan cincin pertunangan yang tersarung di jari manis. Aku letakkan atas meja kecil yang ada di tepi katil hospital itu. Tanpa kata-kata segera aku beredar dari situ. Aku tidak mahu terhegeh-hegeh lagi memperjuangkan hubungan kami yang pastinya bukan berlandaskan cinta. Biarlah apa nak jadi selepas ini, aku tetap akan teruskan hidupku. Bukannya mati pun kalau aku tak dapat Akmal!!

*****

Dua tahun sudah berlalu. Dan dalam dua tahun itu juga hidupku tidak lagi dibayangi dengan wajah Akmal. Aku redha andai bukan dia yang tercatat di Loh Mahfuz sebagai pasanganku.

Aku tersenyum mendengar hilaian gelak ketawa anakku, Fatihah! Wajahnya persis suamiku, Ariffin. Ah.. memang hidup ini tak dapat nak dijangka. Aku tak menyangka akan menerima lamaran dari Ariffin, teman lelaki merangkap kekasih Amira sendiri enam bulan selepas peristiwa itu. Apa sudah jadi dengan hubungan mereka??

“Huda! Bukannya aku tak sayang pada Ariffin. Aku sayangkan dia.. tapi aku seorang perempuan.. sangat memahami hati perempuan lain. Lebih-lebih lagi setelah kau dikhianati oleh Akmal. Aku juga sayangkan hubungan persahabatan antara kita. Rela aku korbankan cinta aku demi melihat kau bahagia. Aku tak sanggup lagi melihat kau berendam air mata menangisi perkara yang dah terjadi. Hari-hari aku mendengar esak tangis kau. Aku tahu kau terseksa. Sudahlah kau putus tunang, maruah kau pula dah tercalar. Maaf kalau ayat aku ni kasar pada kau. Tapi ini hakikat yang tak boleh nak dielakkan. Aku dah bincang dengan Ariffin. Dia bersetuju untuk menerima kau. Dia juga bersedia untuk melindungi dan menjaga kau macam dia jaga aku dulu.. Terimalah Ariffin, Huda!”

Aku terkesima mendengar kata-kata Amira. Terpegun aku dibuatnya. Aku tak sangka Amira akan bertindak sejauh ini. Mengapa dia sanggup berkorban sehingga begini??

“Aku percaya Qada’ dan Qadar, Huda! Perbuatan baik, insyaAllah, Tuhan akan balas baik pada kita. Seminggu aku fikirkan tentang ini. Selama itu juga aku buat solat Istikharah. Aku tahu apa yang aku buat adalah betul dan ia berlandaskan naluri aku. Aku tak ragu-ragu untuk menyerahkan Ariffin pada kau. Kau juga mampu beri kasih sayang pada dia sama sepertiku. Hati kita sama, Huda! Sebab tu aku rela buat begini..”

Genggaman tangan Amira di tanganku erat sekali. Air mataku menitis saat aku khabarkan tentang keretakan hubunganku dengan Akmal pada keluargaku. Ayah dan ibu terkejut dengan tindakan Akmal. Mereka tak sangka Akmal sanggup melepaskan tanggungjawabnya padaku sedangkan perkara ini terjadi saat aku bersamanya. Kesudian Amira memberikan hati Ariffin dan kerelaannya melepaskan kekasih yang disayangi membuat ibu dan ayahku sangat terkejut. Mereka tak sangka masih ada insan semulia mereka berdua.

Aku dikahwinkan dengan Ariffin beberapa bulan setelah pertemuan aku, Amira dan Ariffin dengan keluargaku untuk menerangkan segala hal yang terjadi. Saat itu, aku bersyukur sangat kerana dikurniakan seorang sahabat yang mempunyai hati mulia dan juga seorang lelaki yang redha dan sanggup menerimaku seadanya. Di dalam hati, aku panjatkan beribu kesyukuran kerana dikelilingi orang-orang yang berhati baik.

Aku tidak lagi mengetahui khabar tentang Akmal. Kali terkahir aku mendengar dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya. Aku mampu berdoa dari jauh agar dia bahagia dengan hidupnya. Aku tidak akan berdendam dengan Akmal.. Seperti kata Amira,

“Tiada guna kita berdendam dengan dia, Huda! Memang pedih hati ini bila dilukai namun pasti ada yang akan menyembuhnya. Maafkan atas kesalahan dia yang lalu. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Kita tak tahu akan takdir kita..”

“Tapi Amira…? Hatiku sakit. Pedih. Sampai nyawa tercabut dari badan pun, aku akan ingat perbuatannya yang menyiksa jiwa ragaku. Mana mungkin aku mampu maafkan dia.” rintihku.

“Jadilah seperti aku! Seorang insan yang mampu memaafkan kesalahan orang lain. Aku juga pernah terluka. Bukan Ariffin yang lakukan tetapi orang lain. Aku maafkan kesalahan dia. Dan Tuhan membalasnya barangkali. Tuhan temukan aku dengan Ariffin. Layanan Ariffin memang baik. Sebab tu aku tak teragak-agak untuk berkorban kasih pada kau. Aku juga percaya pada jodoh yang Allah dah tentukan buat aku. Kau tengok ni..” Amira menunjuk cincinnya.

“Kau dah kahwin??” Tergamam aku seketika. Amira tak jemput aku ke majlis kahwinnya kah??

“Semalam aku dah bertunang. Alhamdullillah, dalam masa terdekat ni, aku akan berkahwin. Aku juga nak merasa macam yang kau rasa sekarang…” Amira tersenyum manis. Ikhlasnya senyuman dia. Amira memang ikhlas berkorban kasih padaku. Sanggup dia menyerahkan Ariffin buatku saat aku dilanda kecewa yang amat sangat.

“Aku percayakan Ariffin.Aku juga harap kau percaya pada dia.”

*****

Hari ini, hari perkahwinan Amira dengan seorang lelaki yang kukira baik orangnya. Pernah kami bertemu. Layanan lelaki itu pada Amira memang ikhlas. Aku tahu lelaki yang bernama Nizam itu menyayangi dan mencintai Amira. Sama seperti Ariffin. Aku memang tahu sahabat baikku ini pasti akan mendapat suami yang baik juga kelak. Bukankah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik??

Saat aku melihat Amira dan Nizam berada di pelamin yang dihias indah, Ariffin menggenggam tanganku sambil tersenyum manis. Di sebelahnya, anak kami dikendong dan bermain rambut Ariffin.

Benar kata orang, kadang-kadang seorang sahabat baik sukar nak dicari. Tetapi sahabat yang jahat dan sanggup menikam dari belakang memang ramai. Aku bersyukur dikurniakan sahabat seperti Amira. Tak mampu aku nak balas kebaikan dia. Cuma mampu mendoakan agar dia bahagia dengan hidupnya.

“Abang teringat saat kita berada di singgahsana seperti itu. Saat itu hati abang sudah terpaut pada Huda. Kelembutan hati Huda. Kesudian Huda menjamah cinta abang. Terima kasih sayang kerana memberi abang permata yang tiada ternilai itu..” bicara Ariffin menusuk ke kalbu sambil bibirnya menjuih ke arah anak kami yang kemudiannya leka bermain dengan beberapa orang budak sebayanya.

Aku tersenyum. Ya Allah! Indahnya rasa cinta itu. Aku bersyukur padaMu kerana mengurniakan perasaan indah ini dan menjadikan hidupku lebih baik dari dulu.


* sementara tunggu e-novel sy, sy hidangkan cerpen ni buat korang semua..actually cerpen ni dh disiarkan terlebih dulu penulisan2u.moga anda terhibur.

Maaf Dari Saya... !

Salam...
Hye kepada peminat blog bidadaricinta..
Maaf sesangat sebab lama tak update blog ni.
Dan juga lama tak masukkan n3 baru..lebih-lebih lagi
cerita 'Dah tak nangis dah' tu..
kekurangan idea sikit untuk story ni..
Rasanya dah sebulan tak update blog ni..
Buat masa sekarang,saya sgt sibuk menguruskn
kerja dan juga my wedding untuk bulan 12 ni..
Hmm..tak sabar rasanya nak menukar status dari cik kepada puan..
(hehe..gatal sekejap erk..!)
apepun..wish me goodluck for my wedding n doakan sy bahagia bersama
pasangan sy..
InsyaAllah, after my wedding nanti, sy akan masukkan n3 untuk kedua-dua story ni..ok??
Smile always for my reader.. :) :)

Secarik Kasih Di Hujung Nafas 9



“Isshh.. macam-macam lah keadaan sekarang ni! Selalu sangat accident berlaku! Polis dah beri garis panduan kat pemandu-pemandu di Malaysia ni pun, still lagi ada accident kat mana-mana. Entah di mana silapnya,” rungut Cikgu Noreen lantas menutup helaian terakhir surat khabar yang dibacanya sebentar tadi.

Ustazah Halimah yang melewati ruang rehat yang menempatkan sofa itu menyampuk,

“Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Kadang-kadang kita memang tak boleh jangka accident tu berlaku. Kalau bukan salah kita, orang lain pula yang melanggar kita. Lagi pulak, kalau dah ajal ditetapkan waktunya tu, kat mana sekalipun kita berada, ajal tetap menjemput kita. Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: kun faya kun ‘Jadilah’, maka jadilah dia.”

“Kasihan pada si suami. Dia sudah kehilangan isteri. Isterinya mati kat tempat kejadian. Kalau ustazah tengok gambar kereta mereka ni, ustazah pun terkejut agaknya. Teruk sangat!” komen Cikgu Noreen lagi

Ustazah Halimah meletakkan fail biru yang dibawanya tadi di atas meja. Handset disimpan dalam laci. Mejanya terletak berdekatan dengan ruang tamu bilik guru itu. Mudah untuk Ustazah Halimah bergerak ke situ lalu dicapai surat khabar itu. Sepintas lalu dibacanya..

“Kasihannya.. Itu lah… kalau dah ajal kann….?” bisik Ustazah Halimah.

“Cikgu ni takde kelas ke? Senang nampaknya hari ini,” tegur Ustazah Halimah, lembut.

Cikgu Noreen yang sedang membelek-belek wajahnya di cermin yang dibawa tersenyum. Kukunya pula di ditiup perlahan. Ustazah Halimah mengeluh perlahan agar tidak didengari Cikgu Noreen. Kuku Cikgu Noreen berwarna!! Apa nak jadi lah agaknya dengan isteri orang ni? Nama saja pakai tudung, itupun bukannya selalu pakai. Kejap buka, kejap tutup. Takkan lah Cikgu Faizal hanya membiarkan saja perlakuan isterinya itu? Larat ke nanti nak tanggung dosa tu..?

“Kelas saya dah habis, ustazah! Sekarang saya tunggu suami saya. Nak balik sama-sama nanti.”

“Ooo.. baguslah! Isteri yang baik memang kena tunggu suaminya untuk balik sama-sama kan? Tak begitu, cikgu? Sudah ada berita baik atau belum?” sinis sahaja pertanyaan Ustazah Halimah. Berlagak sedikit selamba dan takut kiranya Cikgu Noreen melenting pula.

Niat di hati mahu menegur guru muda itu namun biarlah dulu. Nasihat harus diberi perlahan-lahan. Mudah-mudahan akan diterima.

Keramahan Ustazah Halimah memang dikagumi ramai. Biarpun bertudung labuh dan litup, Ustazah Halimah tidak segan silu berbual-bual dengan guru perempuan mahupun lelaki asalkan ada batasnya.

Cikgu Noreen menggelengkan kepala. Menandakan belum ada benih yang bercambah dan mengisi rahimnya itu.

“Dah jam berapa sekarang ya?”

“Pukul 12. Tak sabar nak balik ke?”


“Bukanlah.. Boring menunggu ni.. Cik abang ni pun entah pergi mana, lambat sangat!” balas Cikgu Noreen dengan gaya mengada-ngadanya. Hampir saja membuatkan Ustazah Halimah ingin termuntah. Namun Ustazah Halimah menahannya. Nanti tak pasal-pasal bunga-bunga pergaduhan mekar pula di situ.

“Cikgu dah semak latihan para pelajar ke? Tak pun tengok-tengok aktiviti untuk esok? Taklah bosan menunggu. Jangan sia-siakan masa yang ada, cikgu!”

“Belum lagi. Esok kan masih panjang. Saya buat esok sajalah. Bukan nak kejar masa pun,” balas Cikgu Noreen sedikit angkuh.

Itulah tabiat manusia. Suka menangguhkan sesuatu pekerjaan itu. Bila dah sampai masa, terkejar-kejar nak siapkan.

Tidak lama kemudian beberapa orang guru yang lain masuk ke bilik guru itu. Mereka juga kelihatan sudah habis menjalankan tugas yang diberi. Ruang di bilik guru mula penuh. Masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri.

Safira mengorak langkah ke bilik guru sambil ditemani dua orang pelajarnya yang membawa buku latihan mereka.

“Cikgu, kami takut lah! Tak lama lagi SPM nak dekat dah. Kami rasa otak kami ni dah tepu. Satu ilmu pun macam tak masuk je,” rungut Masitah.

“Ya la, cikgu! Semalam punya pun tak masuk juga dalam kepala otak kami ni. Cikgu rasakan, kami ni bodoh sangat ke?” Suraya pula menyampuk.

Risau mula menerpa. Setelah dihitung dan dicongak, ada lagi tiga bulan sebelum mereka menghadapi SPM yang sebenar.

“Kenapa kamu cakap macam tu? Kamu semua bukannya bodoh. Kamu boleh jadi cerdik dan pandai andainya kamu berusaha. Sama dengan pisau, bila di asah, lama-lama tajam juga kan? Macam tu juga kamu. Kalau kamu belajar dengan rajin, sentiasa ulangkaji pelajaran kamu di rumah dan hadiri tuisyen yang cikgu buat pada waktu petang, insyaAllah kamu pun boleh jadi pandai. Cikgu sendiri tak pernah halang kamu dari hadiri tuisyen yang cikgu buat tu. Kamu saja yang memalaskan diri. Cikgu dah offer pada semua pelajar untuk belajar Sains ni. Tak kira dari kelas paling pandai atau yang kurang pandai, semua boleh ikut. Cikgu bukan minta bayaran pun.”

Pantas Safira memberi jawapannya. Itu sahaja yang termampu untuk Safira lakukan demi melihat pelajarnya berjaya. Safira tahu kalau berlembut pasti mereka juga akan ikut tusiyen yang diadakan dua kali dalam seminggu. Setakat ini, lebih kurang 50 orang yang menghadirinya. Safira perlukan lebih ramai lagi agar bila sampai waktunya kelak, prestasi untuk subjek Sains menjadi salah satu subjek yang diminati dan dibanggakan oleh pengetua.

Safira masih ingat minggu kedua bertugas, pengetua, Encik Ibrahim telah memanggilnya. Kepercayaan penuh diberi untuk Safira agar mampu meningkatkan prestasi subjek Sains yang pada tahun-tahun sebelumnya merosot. Safira menganggapnya sebagai cabaran dan mendoakan agar usahanya berjaya.

Safira tersenyum sendiri.

“Cikgu ingat boyfriend ya..??” tegur Masitah yang menyedari kelakuan pelik Cikgu Safira itu. Tiba-tiba tersenyum.

“Tak lah! Merepek saja kamu ni, Masitah!” ujar Safira seraya kaki kanannya memijak lantai bilik guru. Mereka bertiga menghampiri meja Safira lalu kedua-dua pelajar itu meletakkan buku latihan di atas meja.

Keadaan yang sedikit kecoh di ruang tamu tidak dipedulikan. Masitah dan Suraya meminta diri lalu pulang ke kelas. Tangan kanan Safira mencari pen merah di dalam bekas pensil yang diletakkan dalam laci manakala tangan kiri sudah mencapai buku latihan yang pelajarnya bawa tadi.

Helaian kerja rumah yang diberi semalam ditandanya dengan pen tadi. Suasana yang hiruk piruk itu sedikit pun tidak membantutkan tugas Safira. Kerja Safira berterusan hinggalah buku yang ke-32 sudah habis di tanda. Loceng berbunyi menandakan semua pelajar sudah boleh pulang ke rumah. Beberapa minit kemudian, kelibat Cikgu Durriyah kelihatan di bilik guru itu.

“Baru habis kelas ke, Durriyah?” sapa Safira memaniskan muka.

“Ya.. letih sangat hari ni..” balas Cikgu Durriyah, lemah. Wajahnya kelihatan monyok saja.

“Letih? Takkan puasa pula hari ni? Muka kau pucat semacam saja..” tegur Safira, prihatin.

“Memang aku puasa pun hari ni. Puasa ganti!”

“Ooo… patutlah aku tak nampak kau kat kantin tadi! Kenapa puasa kau tak ajak aku sekali? Boleh juga kita buka sama-sama nanti..”

Sorry lah..! Bukan tak nak ajak.. Tapi bukan ke kau tengah 'period'? Takkan nak ajak orang tengah seronok dengan ‘kawan’ yang datang setiap bulan tu..?”

“Ish..kau ni! Ke situ pula.. Seronok apanya? Dah habis lah.. Tak mengapa lah. Bukan salah kau pun..”

“Cikgu Durriyah, tak balik lagi..?” tegur Ustazah Halimah yang sudah bersiap-siap untuk pulang.

“Saya balik sekejap lagi, ustazah!”

Ustazah Halimah mengangguk. Lalu beredar dari situ. Cikgu Durriyah segera menapak di ruang tamu bilik guru itu. Surat khabar di tatapnya. Sesekali matanya terbeliak membaca berita yang dipaparkan. Hari ini banyak pula berita accident di dada akhbar itu.

“Kat Malaysia ni, dalam sehari mesti ada accident kan, Safira?”

“Lumrah lah tu.. Kalau bukan kita yang langgar orang, orang yang langgar kita pula. Kita dah bawa kereta elok-elok pun ada juga pemandu kat belakang atau depan kereta kita yang lalai. Pokoknya, samada kita yang cuai atau tak.. accident tetap boleh berlaku. Doa-doa saja kita tak kena macam tu..” balas Safira lalu menutup buku latihan terakhir yang sudah habis disemaknya.
"Setiap time perayaan, lagi banyak accident nya.. Kau dah baca akhbar ni ke?” tanya Cikgu Durriyah lagi.

“Belum lagi. Nanti lah..!”

“Kau baca lah.. Mana nak tau, kalau-kalau ada sangkut paut dengan kau ke?” teka Cikgu Durriyah lagi. Safira memandang Cikgu Durriyah. Tiba-tiba sahaja dadanya berdebar. Ish.. kenapa ni?

“Minta dijauhkan lah.. Kau ni pun satu, macam mendoakan aku pula..”

“Bukan lah! Aku cuma mengingatkan saja. Kau sendiri bagitahu dah lama tak berhubung dengan famili kau kan..? Kot-kot lah ada berita gembira kat akhbar ni..”

Safira duduk di sebelah Cikgu Durriyah. Teringin juga membaca berita accident yang dihebohkan hari ini. Baru saja tangannya membuka helaian akhbar itu, satu keluhan di sebelahnya dilepaskan.

“Kenapa? Penat ke?” tanya Safira. Akhbar diletakkan semula.

“Bukanlah.. Tangan aku ni lenguh sikit. Bila kau nak jadi tukang urut aku ni..?”

“Malam sikit ya..”

“Kau tak teringin nak beli kereta, Safira?”

“Kenapa tanya? Kau dah tak sudi nak tumpangkan aku ke?” ujar Safira lebih kepada gurauan.

Pantas jari Cikgu Durriyah menyepit lengan Safira. Safira mengadu sakit.

“Kau ni mencubit kalah mak ketam la.. Bapak ketam, datuk ketam..nenek moyang ketam pun keturunan kau agaknya. Sakit tau..!!” Safira menggosok-gosok lengannya.

“Mulut kau tu la.. Laser benar! Ada pula kata aku tak nak tumpangkan. Aku ni baik lah.. Takkan nak buat macam tu kat kau. Kurang-kurang pun kau boleh save minyak kan.. Lagi pun kita kan serumah.”

Cikgu Durriyah memuji dirinya sendiri.

“Ada orang angkat bakul sendiri la..” perli Safira lalu ketawa perlahan.

“Ish.. kau ni!!” Cikgu Durriyah mula menggerakkan sepitan ketamnya.

Stop!! Kau ni… sejak bila lah suka mencubit ni?” tanya Safira.

“Sejak kau keluar ayat kasihan kau tu tadi..”

Lalu keduanya menghamburkan ketawa masing-masing.

‘Gulpp..!!’

Tiba-tiba ketawa mereka terhenti. Memandang ke depan. Seseorang sedang memerhatikan tingkah laku mereka. Ishh.. anak dara apa ni..? Ketawa macam pontianak saja.

~~~~~~~~~~~

Hospital Kuala Lumpur penuh dengan orang yang datang. Ada yang melawat saudara yang sakit dan ada juga membuat rawatan. Semuanya datang dengan tujuan masing-masing.

Dua orang remaja begitu gelisah di ruangan menunggu di depan bilik kecemasan. Genggaman di tangan makin erat. Degupan jantung makin kencang menggila. Bagai dilanda tsunami. Seorang lagi remaja kecil yang berusia 13 tahun sedang menahan esak tangisnya. Beberapa orang polis mengawasi mereka.

”Kak Wita! Ayah dan mak takkan apa-apa? Semalam Ila tengok banyak sangat darah dalam kereta ayah yang kemek tu kat TV.. Ila takut, Kak Wita!” rengek Syakila cuba menahan air matanya.

Safwita menggosok-gosok kepala adik bongsunya itu. Adiknya yang masih kecil dan mentah itu takkan mengerti apa-apa. Syakila masih belum tahu bahawa emak mereka sudah tiada lagi. Meninggalkan mereka adik beradik dengan status sebagai anak yatim. Memikirkan nasib si ayah yang masih belum diketahui sejak enam jam yang lepas. Tempoh yang begitu lama untuk menyelamatkan ayah mereka.

Dari jauh, kelihatan seorang lagi remaja perempuan yang terkonco-konco mendapatkan mereka berdua. Diseka air mata dengan lengannya. Seorang pengawai polis wanita yang bersama mereka memandangnya dengan rasa hiba. Barangkali kasihan melihat mereka adik beradik. Siapa yang tak sedih bila kehilangan orang yang menjadi tempat bergantung harap. Perlahan remaja tadi merapati mereka berdua.

“Kak Wita!!” jerit Safura pula. Dilepaskan tangisannya di bahu Safwita. Terhenjut-henjut mereka menahan tangis.

“Betul ke… apa yang Safura dengar, Kak Wita? Mak.. mak.. kita dah tiada..? Macam mana dengan ayah? Macam mana boleh terjadi begini? Mak dan ayah pergi mana semalam?”

Ppertanyaan demi pertanyaan menusuk ke pendengaran Safwita. Lelah dengan apa yang berlaku dalam keluarganya. Safwita mengangguk perlahan. Melihat anggukan si kakak, makin kuat tangis Safura. Orang tersayang sudah pergi meninggalkan mereka semua. Bagaimana dengan nasib si ayah nanti? Adakah bakal menjejaki langkah emak mereka?

“Sampai hati mak tinggalkan kita, kak! Mak tak sayang pada kita lagi ke? Mak dah benci pada kita ke, kak?” Safura bertanya lagi.

“Safura, kenapa cakap macam tu? Mak tak pernah benci kita malah.. mak…mak sayang sangat kat kita. Kalau Allah S.W.T tu nak tarik ajal mak kita, kita kena redhakannya. Safura jangan la macam ni ya..? Kita kena banyak bersabar. Doakan ayah selamat!”

“Safura doakan ayah selamat, kak!” balas Safura perlahan.

Beberapa orang yang melihat telatah mereka hanya memberi pandangan simpati. Tidak mampu membantu. Sudah ditakdirkan hidup mereka begitu. Kehilangan orang disayangi memang amat memilukan hati mereka. Andai hilang keduanya, pada siapa lagi mereka nak mengadu??

“Kak Safira tahu pasal ni tak?” tiba-tiba satu pertanyaan muncul di bibir adik mereka, Syakila. Kini tahu emaknya sudah tiada. Makin hebatlah esak tangis yang cuba ditahan. Safura dan Safwita saling berpandangan. Kakak sulung mereka!

“Buat apa nak bagitahu pada Kak Safira. Dia tu siapa pada kita? Kak Safira tu tak patut jadi kakak kita. Dia kakak yang tak guna. Buat malu saja. Selama dua tahun ni, tiada khabar berita dari dia pun.. entah-entah dia dah gembira dengan Abang Fahmi tu.. Kita ni bukannya adik dia pun!!” tingkah Safura lancang.

“Safura!” jerit Safwita.

Dijelingnya Safura sekilas. Mengapa kata-kata itu yang dituturkan? Safira kakak mereka. Tetap kakak mereka biar sampai ke hujung nyawa sekalipun. Tak patut rasanya mempersoalkan kedudukan kakak mereka itu hanya disebabkan kesilapan lalu. Walaupun mereka ketika itu masih kurang mengerti dengan apa yang terjadi pada Kak Safira mereka, Puan Hanita seringkali menasihati mereka adik beradik agar tidak menyalahkan Safira dengan apa yang berlaku. Katanya, Safira tidak bersalah. Naluri seorang ibu, siapa yang akan menyangkalnya?

“Safura tak patut cakap Kak Safira macam tu. Dia tetap kakak kita. Kita patut bagi tahu dia tentang ni..” balas Safwita.

Lantas handset dikeluarkan dari poket. Safura mendengus geram. Benci bila melihat kakak keduanya menyebelahi kakak sulung mereka itu. Kebencian itu makin bertambah bila keadaan ayah mereka yang sedang bertarung nyawa di bilik pembedahan. Setiap bait-bait kata ayah kepadanya suatu ketika dulu masih diingatinya.

“Ayah tak mahu anak-anak ayah yang bertiga ni buat perangai tak senonoh macam Kak Safira kamu tu. Jangan sampai bawa lelaki masuk dalam rumah sedangkan kamu masih anak dara dan belum disunting orang lagi. Ayah mahukan yang terbaik buat anak ayah.”

“Ayah, kenapa ayah tak maafkan sahaja perbuatan Kak Safira tu? Kasihan kat dia, ayah!” ucap Safwita. Safwita memang anak gadis Dr Zafwan yang berhati lembut. Mudah memaafkan kesalahan orang lain.

“Apa, Kak Wita ni? Mana boleh maafkan kesalahan Kak Safira tu. Kak Safira dah malukan ayah, tau tak? Kita pun turut tanggung malunya. Kawan-kawan kat sekolah Safura semuanya pandang serong pada Safura. Safura malu tau??”

“Setiap orang tak terlepas dari buat salahnya, ayah! Sedangkan Nabi pun ampun kan umatnya. Kita yang manusia biasa ni, apatah lagi.. Kasihan kat mak, ayah. Menahan rindu pada Kak Safira. Sejak kejadian tu, mak mana pernah senyum pada kita. Kita tanya sepatah, sepatah jugalah yang mak jawab. Mak tu rindu sangat pada Kak Safira..” bela Safwita lagi. Safwita tahu hati maknya bagaimana.

“Ish.. Kak Wita ni..! Kenapa sebelahkan orang yang tak tahu malu tu..? Dahlah.. malas nak cakap!” bebel Safura. Panas betul hatinya waktu itu. Sikit-sikit Kak Safira. Macam lah dia buat jasa sangat sampai semua orang dalam rumah tu asyik menyebut tentangnya.

“Yang penting, ayah nak kamu jaga tingkah laku kamu tu. Cukuplah seorang anak ayah buat ayah begini. Jangan kamu ikut perangai Kak Safira kamu tu..” pesan Dr. Zafwan lagi.

“Baik, ayah! Safura akan ingat kata-kata ayah tu… tapi kalau Kak Wita ni, tak tahu la..”

“Apa kamu ni, Safura? Takkan Kak Wita nak buat macam tu pula? Akak tahu mana yang baik, mana yang buruk. Akak dah besar panjang lah..”

“Ala.. Kak Safira tu pun dah besar panjang, tapi kenapa nak malukan ayah? Kenapa nak malukan famili kita..? Ayah berkorban banyak untuk kita adik beradik, Kak Safira tu…….”


Ingatan Safura terhenti bila mendengar keluhan Safwita di sebelahnya.

“Kenapa, Kak Wita? Tak dapat ke?” tanya Safura.

Safwita menggelengkan kepala. Jarinya menekan sekali lagi nombor itu. Tidak puas hati. Barangkali Safira menutup handset nya.

“Dah lah, Kak Wita! Kita dah lama lost contact dengan Kak Safira kan? Buat apa nak bagitahu dia? Dia sendiri tak ingat nak tanya khabar kita..” tutur Safura. Riak wajahnya seperti mahu marah saja.

Geram bertandang di hati. Kalau diizinkan, dia juga tidak mahu tahu mengenai Safira. Walaupun Safira adalah kakak mereka namun bagi Safura, orang sebegitu tidak layak menjadi kakaknya. Pergi langsung tidak dapat dikesan. Mak mereka sudah meninggal pun Safira masih tidak tahu. Ayah mereka sedang bertarung hebat dengan ajalnya di dalam sana. Entah bagaimana nasibnya.

Jenis-jenis Air Mata

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis


1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis."..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?. kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ??Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat denganmeraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.


"Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.


"Air mata yang tiada di tuntut - Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.


Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 an moga-moga akan mendapat ampunanNya jua. Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."


"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"?? seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."


"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.


"Berkata Salman Al Faarisi .a


Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :


1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3) Aku tidak tahu sama ada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka. Air mata tanda rahmat Tuhan.


Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.


1) Apabila dahi nya berpeluh.

2) Airmatanya berlinang.

3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :


"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."


P/S : Buat teman-teman, n3 ni sy dpt dr email.. buat pedoman n pengetahuan semua. Dapat juga kita menambah ilmu di dada. Sementara menanti n3 terbaru yg tgh sy edit hari ini.. Salam sayang buat anda semua.. Rasenya masih belum terlewat lg, sy ucapkan

'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN!'

Secarik Kasih Di Hujung Nyawa 8

Zulaikha merenung album gambar di tangannya. Baru sekejap tadi dia mengemas barang-barang yang diletakkan bawah katil. Sudah berhabuk di bawah tempat tidurnya. Dari minggu lepas lagi, Zulaikha berkira-kira mahu mengemas biliknya. Baru hari ini dia berkesempatan.

Sudah habis dibelek-belek gambar di dalam album berwarna biru itu. Termenung seketika Zulaikha. Sudah hampir dua tahun kisah itu berlalu. Perbuatannya membantu seorang kawan untuk memfitnah kawan serumah yang baik dengannya. Alangkah berdosanya dia kerana melakukan perkara sekeji itu. Mengapa manusia tidak pernah terlepas dari mempunyai hati yang dengki dan busuk?

“Ya Allah! Aku berdosa padaMu. Menganiaya kawanku sendiri yang tidak mengetahui akan kebenarannya. Hingga dia mengalami kesusahan. Ampunkan dosaku..”

Rintihan Zulaikha yang diringi dengan doa itu dituturkan seikhlas mungkin. Entah mengapa saat matanya menatap wajah yang mulus di dalam gambar itu tadi, terbit pula rasa bersalahnya di sudut hati yang kecil itu. Tertanya sendiri mengapa dia sanggup buat begitu. Dadanya berdebar mengingatkan apa yang dilakukan tidak lama dulu. Perbuatannya telah menyebabkan kawannya itu kehilangan segalanya di dalam hidup.


"Di mana kau sekarang?" Zulaikah berbisik perlahan.

‘Mampukah aku mengutip kata-kata kemaafan darimu nanti?’

Zulaikha bertanya pada dirinya sendiri. Lantas album lama itu ditutup kembali lalu diletakkan atas tilam. Zulaikha bingkas bangun lalu menuju ke biliknya. Dirinya perlu dibersihkan. Terlalu banyak dosa yang dilakukan tanpa dia menyedari. Zulaikha mahu bersujud ke hadapan Tuhannya. Mahu memohon agar diberi kesempatan untuknya bertemu Safira kelak.


~~~~~~~~~

“Abang, terima kasih untuk makan malam tadi. Nita bahagia sangat dengan usia perkahwinan kita yang semakin lama ini, menambahkan lagi rasa sayang Nita pada abang.”

Luahan Puan Hanita didengari oleh Dr. Zafwan. Lalu Dr Zafwan menguntum senyum buat isterinya itu. Selama ini mereka kurang mesra gara-gara peristiwa lama. Puan Hanita kurang bersetuju dengan tindakan suami kesayangannya itu. Namun terpaksa diturutkan jua. Puan Hanita tidak mahu membantah kata suaminya kerana syurga seorang isteri terletak dalam keredhaan sang suami. Selama ini Safira berdiam diri saja.


Biarlah hatinya terluka. Anak yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari itu tetap juga hilang di pandangannya kini. Tetapi hasrat yang dipendam bertambah pedih untuk disimpan lebih lama lagi. Tak tertanggung rasanya.

Ketika itu, mereka dalam perjalanan menuju ke kereta setelah makan malam di sebuah restoran eksklusif.

“Baguslah Nita gembira. Selama ni, Nita tak ceria saja abang tengok. Abang memang berharap makan malam kali ni, meriangkan hati Nita,” balas Dr. Zafwan. Sebenarnya sudah sebulan Dr. Zafwan merancang makan malam itu. Niatnya hanya untuk menceriakan hati isterinya yang gundah gelana.

“Nita cakaplah apa yang Nita inginkan. Apa saja. Abang akan cuba tunaikan, insyaAllah! Lagipun sudah lama abang tak beri hadiah pada Nita kan?”

“Betul ke, bang? Apa saja?” riang Puan Hanita bertanya. Kelihatan bercahaya matanya yang suram. Perlukah aku khabarkan hajat yang terbuku sebelum ini? Walaupun bimbang bertandang di hati?

Ragu-ragu Puan Hanita membuka mulut. Keliru dan bimbang. Takut apa yang dihajati akan ditolak mentah-mentah oleh suaminya.

“Kalau abang menolak, macam mana?”

“Macam mana abang nak menolak, Nita sendiri tak cakap apa bendanya tu.. Cakaplah..Takkan takut pula?”

Dr. Zafwan membalas sambil tangan memusingkan kunci kereta untuk menghidupkan enjin kereta. Dibiarkan seketika. Setelah enjin dirasakan panas, Dr. Zafwan memusingkan stereng keluar dari tempat letak kereta.

“Nita mahu keluarga kita seperti dulu, bang! Nita mahu Safira kembali dalam keluarga kita. Nita…. Nita rindukan anak sulung kita tu..” luah Puan Hanita perlahan. Terdengar nafasnya yang bersatu dengan esak tangis.

Puan Hanita tidak tahu mengapa hatinya terlalu hiba bila bibir menyebut nama Safira. Mungkin kerana dia tidak larat lagi untuk menanggung rindu yang kian sarat itu. Dua tahun. Dua tahun tidak mendengar satu khabar pun tentang Safira. Entahkan masih hidup atau telah tiada di alam fana ini.

Biarlah orang mengatakan dua tahun itu baru sekejap namun hati seorang ibu takkan mampu menghilangkan rasa sayang yang selama ini mengiringi hidupnya. Mana mungkin anak kandung itu terus dilupakan

Dr. Zafwan yang mendengarnya terkesima. Tidak di sangka itu hajat si isteri. Mengapa tiba-tiba diungkit tentang anak yang satu itu? Anak yang telah memalukan dia dulu. Anak yang begitu tegar menconteng arang di wajahnya. Hinggakan dia terasa malu untuk berdepan dengan saudara mara.

Adik beradik menuding jari menuduh dia tidak tahu membela anak. Tidak tahu menjaga dan mendidik anak hingga sempurna. Walhal, tidak semua orang dilahirkan sempurna di dunia ini. Sikap jahat dan baik tetap ada di hati manusia.

Teringat kata-kata Dr Ikmal siang tadi. Kata berupa nasihat itu terngiang di hujung telinga.

“Kau tak kasihan kan dia ke? Kau sisihkan dia dari hidup keluarga kau. Dia masih mentah lagi. Air dicincang takkan putus, Zafwan! Hal tu pun dah lama berlalu. Tiada orang akan ingat kejadian tu lagi. Lagi pun aku percaya, anak kau tu tak bersalah.. Mana tahu kalau-kalau ada yang aniaya dia sebab tak puas hati ke..? Kau pun tak selidik hal tu dulu. Kau terus salahkan dia.. Kau langsung tak fikirkan nasib dia selepas kau halau dia dulu. Sebenarnya aku kasihankannya. Kau sendiri tahu kan, aku dah anggap dia macam anak aku sendiri. Safira tu pun dulu rapat sangat dengan isteri aku.”

Mungkin benar anaknya tidak bersalah dalam hal itu. Namun iblis tetap akan cuba menyesatkan anak-anak Adam hinggakan mereka bisa memecah-belahkan sesebuah keluarga itu.

Hatinya seringkali berbisik itu memang itulah sikap sebenar Safira. Tingkah laku baiknya itu hanya melindungi topeng wajah jahatnya. Anak itu tidak tahu mengenang budi. Telah cukup pelajaran dan didikan agama diberi. Namun ini yang dibalasnya. Mengapa hal itu berlaku juga? Ahh.. mengapa bisikan jahat itu masih kedengaran lagi?

“Safira bukan anak kita lagi, Nita! Abang tak mahu tahu tentang dia.”

“Kenapa, bang! Sebab hal dulu? Benda tu dah berlalu. Safira tu zuriat abang. Hasil dari benih cinta kita. Kenapa abang benci sangat kat dia? Naluri saya kuat mengatakan Safira tak bersalah. Kita yang menuding jari menuduh dia tanpa kita siasat hal sebenarnya. Sepatutnya sebagai ibubapa, kita menyebelahi dia, kita siasat perkara sebenar, kita bagi sokongan pada dia. Entah apa jadi padanya sekarang, kita tak tahu, bang!”

“Mengapa, Nita? Mengapa Nita sebut tentang dia? Bukankah abang dah cakap tadi? Abang tak nak tahu apapun dari dia.”

“Safira anak kita, bang! Air dicincang takkan putus. Sejauh mana Safira pergi biarpun ke hujung dunia, hubungan itu takkan putus. Abang mahu bila dia sudah tiada lagi di dunia ni, baru abang nak menyesal? Baru nak menangis air mata darah?”

“Kenapa Nita degil sangat ni?”

“Nita degil sebab abang! Abang yang degil! Ego tak bertempat! Dengan anak sendiri nak berkira. Yang abang tarik kad kredit dan kereta dia tu kenapa? Kalau abang tak ambil semua tu, kita boleh jejak Safira di mana. Abang sendiri yang tanya tadi, apa hajat Nita, kan? Sekarang Nita dah bagitau abang. Terpulang abang nak tunaikan atau tak. Tapi itu satu-satunya hajat dan hasrat Nita selama dua tahun ni. Kalau abang tak tunaikan, abang juga yang menyesal nanti..”

Puan Hanita meluahkan rasa marahnya. Berdosa rasanya meninggikan suara terhadap suami namun apakan daya. Rindu yang tiada penghujung itu memaksanya melakukan begitu. Naluri seorang ibu takkan mampu menghalang rindu itu.

“Jadi Nita ugut abang lah sekarang ni ya?”

“Nita bukan ugut, bang! Nita cuma mahu hasrat Nita ditunaikan. Bukan besar mana pun permintaan Nita. Mustahil abang tak rindu dia.” Puan Hanita mengendurkan suaranya. Diseka air mata yang keluar dengan tisu.

“Permintaan Nita terlalu berat!”

“Jadi, abang tak boleh penuhi hajat Nita tu?”

“Mmm…”

“Abang terlalu kejam!”

“Abang bukan kejam….”

“Abang tak mampu jadi suami yang baik buat Nita dalam dua tahun ini. Nita kecewa dengan abang..”

“Kenapa Nita cakap macam tu? Abang sayangkan Nita.. Abang juga sayang anak-anak kita kecuali……?”


“Baiklah! Andai sesuatu berlaku pada Nita, abang serahkan surat yang Nita simpan dalam almari kain kita pada Safira nanti. Nita luahkan segalanya dalam surat tu untuk Safira. Nita mahu abang maafkan Safira. Maafkan segala kesalahan dia. Nita sendiri sudah maafkan dia. Sebab Nita mahu hidupnya diiringi doa Nita walaupun dia berada jauh dari Nita.”

Dr. Zafwan menghentikan keretanya di tepi jalan. Cuba meredakan rasa sedih isterinya.

“Jangan cakap macam tu, Nita! Kalau Nita tiada, apa guna abang hidup? Abang terlalu sayangkan Nita. Nita sendiri tahu sayang abang bagaimana pada Nita. Sejak di universiti lagi kita dah bercinta. Abang perlukan Nita untuk menjadi tulang rusuk kiri abang ni.. Memang Nita yang ditakdirkan buat abang. Jangan sebab hal yang kecil macam tu…”

Dr. Zafwan mengenggam tangan Puan Hanita.

“Hal kecil?? Kecil pada abang tapi besar buat Nita. Abang takkan faham hati seorang ibu..”

Puan Hanita meleraikan genggaman suaminya.

Tanpa keduanya menyedari, sebuah lori treler datang dari belakang dengan kelajuan yang maksima. Lampu signal yang tidak terpasang, tambahan keadaan jalan yang gelap kerana tiada lampu jalan menyebabkan kereta dirempuh dari belakang.

“Bummmmmm!!!!”

~~~~~~~~~

Keesokan paginya, Berita Harian memaparkan,

‘Kemalangan Teruk Di TTDI’

TTDI 8 Sept.- Satu kemalangan teruk melibatkan lori treler dan sebuah kereta Proton Waja berlaku di TTDI malam tadi. Menurut laporan, keadaan jalan yang gelap menyebabkan pemandu lori treler itu tidak mengetahui sebuah kereta berada di bahu jalan lalu merempuhnya menyebabkan pasangan suami isteri yang berada di dalamnya tersepit.

Difahamkan, pemandu lori itu yang mabuk telah ditahan pihak polis. Keadaan suami isteri itu pula belum dapat dikenal pasti. Kereta yang hancur dan kemek itu telah dialihkan dan siasatan akan dijalankan.


Secarik Kasih Di Hujung Nafas 7

Papan tanda bilik air guru wanita itu diterbalikkan. Menandakan ada orang di dalamnya. Sekolah Menengah Seri Andalas memang kekurangan tandas untuk para guru. Mujurlah tiada guru yang berebut tandas setiap hari. Setiap bloknya hanya ada satu bilik tandas dan tandas akan dikongsi oleh guru lelaki dan perempuan. Hanya tandas di bilik guru sahaja yang besar. Sudah banyak kali pula pengetuanya memaklumkan kepada pihak yang terbabit untuk menambah bilangan tandas buat guru namun masih tiada jawapan yang diterima.

Ruang yang sempit itu pastinya menyukarkan pergerakan Safira untuk menyalin pakaian. Namun Safira terpaksa juga menukar pakaiannya. Kerana selepas ini ada kelas yang perlu diajar. Takkanlah nak mengajar dengan pakaian yang basah dan kotor itu?

Sudah lima bulan Safira mengajar di situ. Alhamdullillah, segalanya berjalan dengan baik. Safira juga sudah mempunyai kawan baru. Yang memahaminya malah sanggup membantunya tatkala dia kesusahan.

Baju kurung yang basah telah diganti dengan pakaian baru yang sememangnya dibawa hari ini. Macam tahu-tahu saja memang kena tukar pakaian lagi hari ini. Safira sudah agak pasti hal semalam akan berlaku sekali lagi. Kenakalan pelajar yang berada di bawah jagaannya agak sukar untuk diperhatikan. Ada sahaja yang dilakukan untuk mengenakan Safira. diSemalam pun dah kena sekali tapi yang semalam punya hal lagi teruk. Mm.. agaknya lepas ni boleh lah Safira jadi tauke pakaian pula kot..

Safira memutarkan kembali ingatan pada peristiwa kelmarin. Entah macam mana, ketika Safira sedang mengajar kelas 5 Anggerik itu sewaktu memberi penerangan tentang subjek yang diajar hari itu, Safira berjalan di belakang kelas lalu kakinya telah terpijak sesuatu benda yang licin menyebabkan Safira tersembam jatuh macam nangka busuk.

Keadaan jatuh Safira itu mengundang ketawa para pelajarnya. Tambahan pula tanpa Safira menyedari, mukanya terpalit dengan lumpur yang entah dari mana datangnya. Safira melihat ada satu baldi kecil berwarna merah yang mengandungi lumpur tumpah di depannya. Mata Safira mengecil. Geram. Lalu kelas 5 Anggerik gamat dengan suara bising dan gelak ketawa.

‘Ish…bila masa pula ada baldi kecil di sini?? Macam mana lah mereka bertiga tu boleh bawa masuk lumpur dalam kelas ni? Entah dari mana datangnya lumpur ni..?’

Pinggang Safira sungguh sakit ketika itu. Buntang mata Safira bila tahu dirinya menjadi bahan usikan. Safira naik geram melihat benda licin yang dipijaknya tadi adalah kulit pisang. Dalam fikirannya, Safira terfikir kantin sekolah ada menjual pisang ke semasa waktu rehat?

Puas difikir namun otaknya hanya memikirkan kenakalan pelajar kelas 5 Anggerik yang semakin nakal dari hari ke hari. Entah apa yang di fikiran pelajarnya sampai Safira diusik dengan teruk setiap hari. Insiden Safira jatuh tersembam menjadi isu harian kelas itu sejak dua hari lepas.

Soalan itu sekadar berlegar di fikiran Safira. Nak menghukum mereka yang membuatnya begitu, Safira tiada bukti. Namun Safira pasti, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya kan jatuh ke tanah jua..

‘Tunggu lah masanya nanti!’

Hanya itu kata-kata yang mampu lahir di hati Safira. Walhal di hatinya tiada sekelumit dendam pun untuk membalas perbuatan pelajarnya itu. Safira akui lama kelamaan pasti pelajarnya akan berubah sikap. Senakal-nakal mereka pun Safira tahu mereka akan berjaya juga dalam SPM tahun ini.

Safira tahu itu semua kerana dia juga pernah melalui zaman remaja. Kenakalan Safira tidaklah seteruk pelajar 5 Anggerik kerana waktu itu Safira adalah pengawas sekolah. Displin yang diberi melatih Safira untuk mematuhi peraturan sekolah. Hanya sekali sekala sahaja Safira berlaku nakal. Itupun kerana mengusik seorang pelajar baru ketika menjalani minggu orientasi sekolah.

Safira sudah siap menyalin pakaiannya. Lalu Safira membuka pintu tandas yang kecil itu, telinganya menangkap suara kesakitan di sebelah sana. Tak disangka pintu itu mengenai seseorang.

“Aduhhh…!”

Segera Safira menutup pintu tandas. Di depannya kini seorang guru lelaki sedang menggosok-gosok dahinya. Sakit agaknya sebab kena hentam dengan pintu tandas yang baru Safira buka sebentar tadi.

Safira mengagak lelaki itu pastinya salah seorang guru di situ setelah melihat pakaian yang dipakai lelaki itu. Kemas dan sedikit bergaya. Alah.. semua guru lelaki di situ pastinya segak berpakaian kemas begitu.

“Maaf kan saya! Saya tak sengaja!” segera Safira menutur kata maaf. Lelaki itu masih menggosok-gosok dahinya yang sedikit berbenjol.

Kepala lelaki itu terdongak ke atas. Lalu mata kedua-duanya bertentangan. Lama. Hingga kemudiannya Safira berdehem kecil.

“Agaknya mata awak ni buta ke apa?” terhambur kata-kata yang sedikit keras dan menyapa pendengaran Safira. Malu dengan apa yang dibuatnya sebentar tadi.

“Saya minta maaf!” ujar Safira sekali lagi. Kepala ditundukkan ke bawah. Takut menatap wajah yang kemerahan menahan marah.

“Lain kali sebelum buka pintu tu perlahan-lahan la sikit. Entah-entah ada orang kat luar yang sedang tunggu ke atau apa ke. Dah tahu tandas guru kat sekolah ni kecil lagi nak buat macam tadi..” bebel guru lelaki itu. Safira hanya diam. Takkan nak membalas sebab memang salahnya tadi.

“Ya..” balas Safira perlahan.

Hingga akhirnya terdengar bunyi loceng dibunyikan. Safira bergegas keluar dari tandas. Sekarang waktu rehat! Tak dipedulikan guru lelaki yang masih membebel marah padanya tadi.

“Eh, awak??” panggil lelaki itu. Ada sesuatu yang ingin dikatakan namun melihat bayangan gadis di depannya tadi yang mulai menghilang, hajatnya tidak disampaikan.

************

“Kau ni kelakar lah, Safira! Asal loceng bunyi, orang pertama yang aku nampak kat sini, mesti kau! Macam lah takde muka lain dah..” rungut Cikgu Durriyah manja. Sekadar mahu mengusik.

Safira tidak melayan usikan Cikgu Durriyah. Sebaliknya wajahnya masam sahaja. Cikgu Durriyah menyedari keadaan itu.

“Kau kenapa?”

“Tadi masa aku buka pintu tandas, pintu tu terkena seorang guru lelaki lah. Dahinya benjol sikit. Dia marah aku tadi,” jelas Safira. Safira memandang ke depan. Kelihatan Pak Cik Leman sibuk melayan pelajar yang datang membeli makanan di kantinnya.

“Siapa?”

“Entah lah. Aku tak kenal sangat guru lelaki kat sekolah ni.”

“Lupakan lah.. sekarang masa makan. Jangan buat muka macam tu. Nanti rezeki lari..”

Kata-kata Cikgu Durriyah dibalas dengan ketawa nipisnya. Senyumnya tidak lah terlalu besar. Malu dia untuk ketawa bagai orang gila bila mendengar rungutan Cikgu Durriyah yang entah berapa kali masuk ke pendengarannya. Lagipun ada guru lelaki yang sedang menjamu selera di situ juga.

Mata Safira cuba mencari guru lelaki itu. Ditatapnya satu persatu wajah-wajah di situ. Tiada. Agaknya dia tidak turun makan. Atau pergi cari ubat untuk dahi yang benjol itu.

“Betul lah kata kau. Aku rasa aku dah jadi orang terakhir ni..” Safira mengeluh kecewa bila apa yang dihajati tidak kesampaian. Dilirik meja makan yang biasanya mengandungi mangkuk-mangkuk sederhana besar itu. Kosong!

“Tu lah.. Masa aku sampai tadi pun dah tinggal sikit. Nasib baik aku sempat lagi.. Kesian pula kat kau.. Nak jamah aku punya?” pelawa Cikgu Durriyah.

“Mm.. takpe lah.. Yang kau pun dah tinggal sikit tu.. Tak cukup la..” balas Safira mengusik cikgu muda itu.

“Takpe.. Aku dah kenyang. Ambil lah.” Ujar Cikgu Durriyah lantas menolak mangkuknya ke arah Safira.

Safira menolak kembali mangkuk itu. Segan rasanya. Lagipun masih ada makanan lain. Cikgu Durrriyah sungguh baik hati. Memang perkara itu tak dapat dinafikan oleh Safira. Sudah lima bulan Safira mengajar di Sekolah Menengah Seri Andalas itu. Layanan Cikgu Durriyah padanya amat baik. Malu dibuatnya.

“Awal pula kau hari ini..”

“Macam tak biasa pula! Muka aku memang dah dicop di kantin ni..! Buku lima aku pun dah tebal pada Pak Cik Leman tu.. Kau bukan tak tahu, Safira.” balas Cikgu Durriyah, ketawa.

Sedikit rakus Cikgu Durriyah menghirup sup yang ada di mangkuk itu. Memang mee sup buatan Pak Cik Leman itu enak. Hingga menjilat jari. Sedap sangat! Sebab tu kalau menu hari Isnin saja, cepat habis. Sejak Safira menjadi guru di situ, menu makanan hari Isnin sudah pasti mee sup Pak Cik Leman. Semua guru di situ juga sama. Sebab tu kadang-kadang mee sup Pak Cik Leman tak cukup untuk guru-guru di situ.

“Mee sup pun dah habis. Apa aku nak makan ni..?”

Soalan Safira tergantung di situ. Cikgu Durriyah menghabiskan hirupan sup yang terakhir. Lalu lidahnya menyapu seluruh bibirnya. Nikmat tak terkata.

“Pak Leman! Mee sup dah habis ke?” tanya Cikgu Durriyah berbasi basa.. Kasihan Cikgu Safira! Cikgu Durriyah bertanyakan untuk Safira. Walaupun tahu makanan itu sudah habis, elok juga bertanya. Manalah tau kalau Pak Cik Leman masih menyimpannya.

“Dah habis lah!” jerit Pak Cik Leman. Sibuk melayan pelajar-pelajar yang datang membeli makanan. Memang tak menang tangan dibuatnya. Tambahan pula, pembantu Pak Cik Leman hari ini ada dua orang yang tak datang.

“Nampaknya bukan rezeki kau lah hari ini.. Kau masih tak mahu jamah mee sup aku ni?”
Soal Cikgu Durriyah lagi.

“Kau ni kan.. Saja je kan.. Bukan dah licin mangkuk tu kau kerjakan?”

“Eh! Ya lah.. Lupa pula aku makan habis. Maaf!” ujar Cikgu Durriyah, senyum malu. Kesilapan yang tak disengajakan.

Safira menggelengkan kepala. Cikgu Durriyah tersenyum.

Lantas Safira bangun dari kerusinya dan melihat makanan yang lain. Perutnya perlu juga di isi biarpun bukan dengan mee sup. Bukannya makanan yang tak sedap cuma mee sup tu terlebih sedap saja.

Akhirnya Safira mencapai tiga biji kuih karipap lalu diletakkan dalam pinggan kecil. Dibawanya ke tempat tadi lalu karipap itu dikunyah perlahan untuk mengisi perutnya. Safira menoleh ke hadapan. Dilihatnya pelajar nakal kelasnya sedang berebut-rebut membeli makanan. Safira cuma mampu menggeleng kepala melihat kenakalan pelajar itu yang sempat mengusik Pak Cik Leman yang kuat melatah.

************





Klinik Famili TTDI yang terletak di Taman Tun Dr Ismail itu menerima kunjungan pesakit yang tidak berapa ramai hari ini. Tambahan pula sekarang pertengahan bulan. Jadi ramai pesakit yang pergi ke hospital kerajaan untuk mendapat rawatan dan ubat percuma.

Seorang pembantu klinik dalam lingkungan umur 23 tahun sedang mencari ubat yang disenaraikan doktor untuk diberikan kepada pesakit yang sedang menunggu di luar. Seorang lagi memanggil nama seorang pesakit lagi untuk mendapatkan rawatan.

Satu jam telah berlalu. Dr Zafwan melihat jam di tangannya. Sudah hampir pukul satu. Masa untuk makan tengah hari. Tiba-tiba teringat sesuatu. Alamak!!!

Laju jarinya menekan punat telefon itu untuk menghubungi seseorang. Beberapa saat menunggu panggilannya dijawab.

Setelah berbual di talian dalam dua minit, Dr Zafwan membuka baju putihnya. Lalu pakaian putih itu disangkut di penjuru sudut dengan penyangkut baju yang disediakan.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki masuk ke dalam. Lalu mereka berjabat tangan dan bertanya khabar.

“Hari ni, duty aku setakat pukul satu saja. Kau stay la kat sini sampai malam ya.. Aku ada hal hari ini. Sorry sebab terpaksa susahkan kau kali ni.”

Bicara Dr Zafwan hanya mengundang senyum lelaki itu. Tahu apa yang menyebabkan tugas Dr Zafwan diberikan padanya. Lagipun memang tugasnya sekarang. Menggantikan Dr. Zafwan yang telah mengisi boring cuti setengah hari semalam. Walaupun mereka berdua adalah ketua di klinik tersebut, peraturan harus diikut juga.

“Tahniah atas ulangtahun perkahwinan kau, Zafwan! Sudah berapa tahun ya?”

“Sudah 27 tahun, Ikmal! Dah lama kan?? Aku pun dah dimamah usia ni.. Kau tengok sajalah rambut aku. Sudah ada yang berwarna putih..” ujar Dr Zafwan sambil menyentuh rambutnya yang memutih.

Dr. Ikmal tersenyum lagi. Mereka sebaya. Perkenalan mereka di Universiti Kebangsaan Malaysia mengeratkan hubungan mereka sehingga kini. Hingga mereka membina klinik sendiri biarpun berkongsi.

“Dah lama aku tak dengar pasal anak sulung kau tu? Dia sihat ke? Kau tak hubungi dia lagi?”

“Dah banyak kali aku pesan kat kau. Jangan disebut-sebut tentang budak kurang ajar tu.. Aku tiada anak begitu. Mustahil aku nak tahu khabar tentang dia. Perbuatan dia dulu buat aku malu saja. Orang sekeliling pandang serong pada aku. Kau tak tahu betapa malunya aku nak berdepan dengan orang,” luah Dr Zafwan.

Teringat semula tentang kejadian beberapa tahun lepas. Saat dia menghadiahkan ‘tamparan’ yang dikira hebat kerana sejak dia mempunyai anak, belum pernah lagi tangannya naik ke muka anaknya. Bila perasaan marah menguasai diri, akal sudah tidak dapat berfikir dengan waras lagi. Hinggakan tidak mahu menganggap anak itu sebagai anaknya lagi. Entah apa dosa yang dilakukan hingga kejadian itu terjadi dalam keluarganya.

“Kau tak kasihan kan dia ke? Kau sisihkan dia dari hidup keluarga kau. Dia masih mentah lagi. Air dicincang takkan putus, Zafwan! Hal tu pun dah lama berlalu. Tiada orang akan ingat kejadian tu lagi. Lagi pun aku percaya, anak kau tu tak bersalah.. Mana tahu kalau-kalau ada yang aniaya dia sebab tak puas hati ke..? Kau pun tak selidik hal tu dulu. Kau terus salahkan dia.. Kau langsung tak fikirkan nasib dia selepas kau halau dia dulu. Sebenarnya aku kasihankannya. Kau sendiri tahu kan, aku dah anggap dia macam anak aku sendiri. Safira tu pun dulu rapat sangat dengan isteri aku.”

Penjelasan Dr Ikmal membuatkan Dr. Zafwan tersentak tiba-tiba. Ahh.. rupa-rupanya dia turut memutuskan hubungan anaknya dengan keluarga angkatnya sendiri. Dr Ikmal telah menganggap Safira sebagai anak angkat sedari umur Safira tiga tahun lagi. Ketika itu, Dr. Ikmal belum mempunyai anak lagi.

Sejak umur Safira tiga tahun, Dr Zafwan seringkali membawa Safira untuk berjumpa dengan Dr. Ikmal dan isterinya. Keadaan itu berlarutan hinggalah Dr Ikmal mendapat anak dari zuriatnya sendiri empat tahun selepas itu iaitu ketika umur Safira menjejak ke angka tujuh tahun.

“Zafwan, kau memang tak cuba cari dia kan? Kau memang tak mahu tahu tentang dia langsung??”

Kata-kata Dr Ikmal sekadar di sapa angin lalu. Dr Zafwan mencapai briefcase nya.. Fail-fail yang mengandungi maklumat pesakit diletakkan dalam briefcase itu. Baju putih tadi dipegangnya lalu langkah dihayun. Sewaktu berada di muka pintu,

“Aku kira aku sudah tiada hal lagi dengan anakku itu. Aku tak mahu tahu apapun tentang dia. Anak angkat kau itu sudah menconteng arang ke mukaku dan aku takkan mudah melupakan kejadian itu. Aku balik dulu! Assalammualaikum!” ucap Dr Zafwan, keras bunyinya lalu menolak pintu dan keluar dari biliknya.

Dr Ikmal menggelengkan kepala. Keras hati sungguh sahabatnya itu. Perangai yang entah diwarisi dari siapa. Agaknya mak atau ayah Dr Zafwan? Anak kandung sendiri pun sanggup dilupakan. Kesalahan yang tiada seorang pun tahu siapa sebenarnya bersalah.

Dr Ikmal tahu bagaimana hati budi Safira. Anak itu sudah dijaga dan dibelai dari kecil. Diberi kasih sayangnya. Mana mungkin hati Safira masih tidak mampu diterokai oleh Dr Ikmal. Safira mempunyai hati yang suci murni.

Tiada apa mampu dilakukan Dr Ikmal. Sekadar doa supaya perjalanan hidup Safira dipermudahkanNya. Mana tahu, andai suatu hari nanti, akan ada yang mengubah hati sahabatnya itu. InsyaAllah! Dr Ikmal berdoa suatu hari nanti, keluarga itu akan bersatu semula. Dapat lah kelak dia berjumpa dengan anak angkat kesayangannya itu.

************

“Kau nampak tak cikgu tu?” suara seorang lelaki kedengaran sambil jarinya menunjuk ke arah seorang guru perempuan.

“Cikgu baru yang tak berapa nak baru tu. Kenapa?”

“Aku rasa aku sudah dilamun cinta la.. Dari semalam lagi. Hatiku ni dah berdegup kencang bila pandang wajahnya. Macam ada something la.. Entahlah, aku jadi macam kasihan bila tengok wajahnya. Macam ada sesuatu yang dipendam.. Kalau boleh aku nak kenal rapat dengannya.”

“Wah.. hebat kau! Sejak bila kau pandai bermadah ni? Geli pula aku mendengarnya. Kau belajar sastera dari Cikgu Naim ke? Dari mana pula kau belajar cara nak tahu tentang muka seseorang tu menceritakan masalah pada kau? Kau dah jadi tukang tilik nasib pula ya..”

“Ishh.. ada pula macam tu.. Aku cuma nak kenal dengannya saja..”

"Itu saja? Dan buat dia jatuh cinta pada lelaki bujang terlajak macam kau ni.."

"Ishh.. ayat kau ni! Pedih hulu hati aku ni mendengarnya. Aku tahu lah aku saja yang masih bujang kat sini.."

“Habis, kau nak buat apa?”

“Adalah..”

"Kau nampaknya perlu bersaing dengan seseorang ni. Kau tahu cikgu romeo tu kan..?"

"La.. betul ke? Mmm.. nampaknya ada persaingan ni.."

"Apapun, aku doakan jodoh kau lekat kali ni.."

"Thanks, kawan!"

Secarik Kasih Di Hujung Nafas 6

“Berlagak betul la cikgu baru tu! Baru je masuk sekolah kita ni, sudah nak tunjuk garang dengan kita. Dia belum kenal lagi kita ni siapa.. Ada ke patut ditengkingnya kita dalam kelas tadi..? Nak kena ajar cikgu ni..!” adu Naufal yang sakit hati itu. Tajam matanya memandang padang yang hijau di hadapan.

Memang dia ketua segala kenakalan dalam kelas 5 Anggerik tadi. Dua rakannya yang lain itu menjadi pengikutnya menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju dengan kata-kata Naufal. Mereka tahu kenapa Naufal bengang begitu. Semuanya gara-gara aksi spontan dalam kelas tadi.

“Eii..geram betul aku dengan Cikgu Safira tu..! Ada juga nak kena makan penumbuk aku ni..” sambung Naufal lagi, geram. Sisa kemarahan masih ada di dalam diri. Suasana hiruk piruk di kantin sekolah yang tidak jauh dari port mereka itu tidak dihiraukan.

“Kau ni biar betul, Naufal? Lagipun salah kita juga kan?? Buat aksi macam ‘monyet’ tadi.. Takkan hal sekecil macam tu kau nak jadikan kes besar pulak? Jangan sampai masuk paper atau lokap, dah la.. Sekarang ni, macam-macam kes aku dengar. Pelajar tumbuk guru la, tendang guru dan macam-macam kes lagi. Senakal-nakal kita pun sebelum ni, tak lah sampai ke balai polis..” balas Fakhri pula. Cuba menyejukkan hati yang panas membara itu.

Bimbang pula bila melihat riak wajah Naufal yang merona merah menahan marah. Mana tidaknya, ketika Cikgu Safira mengumumkan mereka hanya diminta melakukan sesi suai kenal itu tadi, Naufal dengan tidak semena-mena membuat aksi monyet dengan berjalan terkangkang dan kedua tangannya bertepuk ke atas. Pelajar yang lain bersorak melihat aksi spontan Naufal itu.

“Iye la, Naufal! Cikgu Safira tu cuma tegas sikit je.. kau janganlah nak ambil hati pula,” jawab Wafir. Naufal mengenggam penumbuknya.

“Apa korang ni? Kenapa back up cikgu tu pula?? Cikgu tu sindir kita tadi. Kita yang tercipta elok-elok macam ni disamakan dengan beruk pula..” Naufal tidak puas hati. Terngiang-ngiang di telinga Cikgu Safira mengatakan mereka macam monyet.

“Laa.. sedar pula! Yang kau buat aksi macam tu, siapa suruh? Bukannya apa, Naufal.. cuma…”

“Cuma apa?? Kau pun sama terkinja-kinja macam aku tadi..”

Naufal melihat Fakhri yang teragak-agak untuk menjawab. Wafir pula yang menjawab..

“Cikgu baru tu cun la.. Kau takkan tak tangkap cintun tengok cikgu tu tadi..? Lawa gila..! Tak tidur malam lah aku nanti.. Aku dah terbayang-bayang Cikgu Safira berdating dengan aku ni..”

Wafir sudah menongkat dagu sambil membayangkan Cikgu Safira berada di depannya. Senyuman nipis sudah terukir di bibir Wafir. Fakhri juga sama. Mula terbayang-bayang akan Cikgu Safira. Naufal yang terpinga-pinga melihat aksi kawannya itu segera menghadiahkan satu ketukan di kepala dua orang kawannya itu.

“Woiii! Apa ni? Main ketuk kepala pula..” marah Wafir sambil menggosok kepala.
“Korang tu yang gila! Boleh berangan nak kan cikgu baru tu.. Otak korang dah hilang kat mana? Kat lutut ke?” sindir Naufal.

Semalam semasa cikgu baru itu dikenalkan di depan perhimpunan..banyak mulut yang ternganga. Tak terkecuali guru lelaki. Apakan tidaknya, guru baru itu datang dengan pakej yang sempurna. Dengan wajah yang cantik mulus, berkulit putih, dengan hidung yang mancung dan manis berbaju kurung. Pendek kata, cukup membuatkan hati kebanyakan lelaki cair melihatnya.. Renungan matanya juga menikam kalbu mereka.

“Naufal, apa pendapat kau tentang Cikgu Safira tu..?” pertanyaan Wafir membuatkan Naufal membeliakkan mata.

“Kau ni dah gila lah, Wafir! Cikgu tu umurnya lebih tua dari kita.. Kalau minat sekali pun bukannya kau boleh kahwin dengan dia.. Lagi satu, tak mungkin pelajar macam kita ni, akan jadi pasangan Cikgu Safira…Kau jangan mimpilah nak bercinta dengan cikgu tu.. Eii..geli aku tengok korang ni.. Tiba-tiba jadi jiwang karat pulak..! Sedar lah diri sikit, kawan!!” perli Naufal lalu bangun dari tempat duduknya.

“Eh, cepatnya kau balik… Rehat pun tak habis lagi..”

‘Kringgg!!!!’

“Tengok, rehat dah habis kan?? Jom balik kelas!”

“Aik, apasal kau jadi baik ni?? Lepak lah dulu.. Lepan ni kan subjek Sejarah! Kita kan tak minat subjek tu..? So.. Kita pergi lepak kat port biasa kita, jom!!” ajak Fakhri.

“Mood aku hilang la.. Kita masuk kelas la..” balas Naufal perlahan.

Fakhri dan Wafir sudah membulatkan mata mereka. Tak percaya dengan perubahan Naufal itu.

“Agaknya sebab cikgu baru tu kot..? Tapi Cikgu Safira mengajar sejarah ke? Naufal suka cikgu tu kot..?” bisil Fakhri pada Wafir membuat andaian sendiri..

“Hah, cepat lah! Tercegat lagi kat situ!” pekik Naufal sedikit kuat.

Fakhri dan Wafir berlari pantas mendapatkan Naufal yang jauh di hadapan. Tidak lama kemudian, kantin menjadi lengang.

*************



Dato’ Razali yang sedang menyemak fail laporan pembinaan di Sepang itu menerima kedatangan tetamunya. Setiausaha Dato’ Razali meminta diri setelah membawa tetamu itu ke bilik CEO nya. Salam diberi lalu mereka berpelukan melepaskan rindu. Sudah lama mereka tidak bertemu. Rasanya sudah dua puluh tahun lebih mereka tidak bertanya khabar.

“Kau sihat, Hafiz? Dah bertahun-tahun, baru sekarang nampak muka kau? Lain sungguh kau sekarang ya??” ucap Dato’ Razali terlalu gembira. Senyum mekar di bibir. Girang hatinya dapat bertemu kembali dengan sahabat lama.
"Cantik ofis kau ya?? Siapa punya design? Sendiri buat?" tanya Encik Hafiz.
"Bukan lah.. Pekerja aku..! Dia yang reka dan hantar ideanya pada designer untuk reka bilik ni.."

Dato’ Razali menekan interkom dan meminta setiausahanya menghantar minuman.. Terlupa pula dia tadi mahu meminta setiausaha yang manis itu untuk membuat air.

“Ahh, Razali! Tak perlu susah-susah. Aku baru minum tadi..”

“Tak mengapa. Kau minum la lagi. Atau kau tak sudi sebab minuman kat ofis aku ni tak sesedap di luar sana??”

“Bukan macam tu. Mm.. takpe la..Aku minum saja..”

Encik Hafiz menguntum senyum. Melihat sahabatnya senyum itu, Dato’ Razali turut tersenyum. Teringat semula dengan kenangan masa lampau. Saat mereka mengikat tali persahabatan. Hinggalah masing-masing mendirikan rumahtangga dengan pasangannya.

Tiba-tiba Dato’ Razali teringatkan sesuatu. Sudah lama dia tidak mengetahui tentang perkara itu.

“Budak tu apa khabar sekarang?” soal Dato’ Razali. Encik Hafiz dipamit kehairanan..

“Kenapa kau tiba-tiba tanya soalan begitu? Bukan kau sendiri tak suka dia..?” balas Encik Hafiz.

“Itu dulu. Sekarang dah lain. Aku dapatkan rasakan dengan peredaran masa sudah tentu dia juga berubah. Berubah dari segi fizikal dan paras rupanya..”

Encik Hafiz ketawa tiba-tiba. Kedengarannya ungkapan terakhir dari mulut Dato’ Razali cukup lucu di hatinya.

“Kalau kau jumpa dia sekarang, kau fikir kau boleh terima dia ke? Sedangkan dulu kau yang bermatian tak mahukan dia..” sinis Encik Hafiz menyindir.

“Aku… aku tak seteruk yang kau fikirkan, Hafiz! Aku masih lagi mempunyai sifat perikemanusiaan itu. Kau sendiri kenal aku siapa kan..?”

“Ya, aku kenal kau! Malah terlebih kenal. Cuma kerana perkara itu, kau ubah sikap kau! Aku hairan bila kau bersikap demikian. Kau langsung tak kasihan dengan dia. Dia perlukan kasih sayang kau tapi kau berusaha untuk menidakkannya. Kau langsung tak simpati pada dia..”

“Aku mengaku silapku..”

“Dia serupa kau sekarang, Razali! Malas sebiji sama dengan kau. Perwatakannya dan kematangan yang ada pada dia sama dengan kau.. Cuma yang menghairankan aku, kenapa kau tak mahu dia dulu..? Sedangkan waktu itu, kau cukup suka dengan dia..?” pertanyaan Encik Hafiz membuatkan Dato’ Razali terkedu. Perlahan nafasnya ditarik.

“Bukan aku yang tak suka! Tetapi isteri aku.. Dia yang tak suka dengan budak tu.. Malah isteriku menggugutku untuk membocorkan rahsia kita. Aku takut masa tu.. Aku ingat dengan berbuat begitu, hidup kami akan aman. Mungkin pada isteri aku dia boleh hidup bahagia. Tapi aku…?” keluh Dato’ Razali.

“Kau masih menyimpan rahsia itu..? Aku tak sangka sudah berpuluh tahun, ia masih tersimpan kemas dalam kamus hidup kau. Kau tak rasa bersalah pada isteri kau ke? Setahun selepas kejadian itu, aku sudah berterus terang isteriku. Alhamdullillah, dia menerimanya…Aku sendiri takut juga masa tu tetapi aku kuatkan semangat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumahtangga kami…”

“Kau tidak kenal isteriku, Hafiz! Kalau lah kau tahu perangai dia…”

Encik Hafiz menggelengkan kepala. Tidak tahu bagaimana mahu membantu teman lamanya itu. Amanah yang diberi telah tamat tempohnya. Seharusnya kedatangan dia ke ofis Dato’ Razali adalah untuk memberitahu tentang amanah itu.

Rahsia yang tersimpan kemas antara dia dan Encik Hafiz akan terbongkar juga akhirnya. Cuma tunggu masa saja. Dato’ Razali tahu pasti budak itu akan menuntut haknya kelak.. Mampukah isterinya menerima kebenaran ini nanti..??

**************

Jam tepat menunjukkan angka 12. Sudah tiba masanya untuk makan tengah hari. Kesibukan Kuala Lumpur sebagai bandaraya sememangnya sudah dijangka tambahan pula waktu makan begini.

Dua orang perempuan muda yang anggun lagi bergaya keresahan menanti kedatangan kawan mereka. Sudah lima belas minit menunggu. Jam di tangan agaknya sudah pecah kiranya hati tidak sabar menanti.

“Ni yang buat aku geram ni.. ! Time lunch saja, mesti minah seorang ni lambat keluar dari ofis. Naik berapi kaki ni menunggu dia..!” laju saja mulut Fiza mengutuk kawannya yang seorang itu. Zulaikha yang turun awal dari Zurin hanya tersenyum. Sebab dia kenal siapa Zurin. Kenapa dia turun lambat, kalau lah bukan aktiviti ‘wajib’ nya itu..

“Alaa.. kau bukan tak kenal siapa Zurin tu.. Biasalah dia dengan aktiviti tak rasmi dia tu..Sekejap lagi turunlah minah tu..” balas Zulaikha.

“Kau ada pesan kat dia supaya turun awal tak?” soal Fiza.

“Ada la.. Hah, tu pun dia!” Zulaikha memuncungkan mulutnya ke satu arah.

Kelihatan seorang perempuan yang paras rupanya lebih cantik dari dua orang kawannya itu berjalan tergedik-gedik menuju ke arah Zulaikha dan Fiza sambil menguntum senyum di bibir. Sekumpulan lelaki melewati perempuan itu dan perempuan itu pula memberikan senyuman menggoda kepada kumpulan teruna itu. Fiza mencebik bibir.

“Tak habis-habis dengan gedik dia tu. Naik menyampah pula tengok!” perli Fiza.

“Kawan siapa lagi tu kalau bukan kawan kau jugak! Shh.. jangan kutuk depan dia pula! Dah dekat tu. Mulut dia tu bukannya boleh baca pun.. Kang kena sindir pula..! Masak kau kat sini nanti” balas Zulaikha yang sememangnya kenal dengan Zurin itu.

Sorry kawan! Ada kerja sikit kat atas tadi..” beritahu Zurin termengah-mengah. Segera nafasnya ditarik. Lega rasanya.

Fiza menjeling geram. Kalau urusan kerja tak mengapalah juga, ini…??

“Dah lah tu, perut aku dah berdondang sayang ni.. Kita pergi makan tempat biasa, ok??” ajak Zulaikha pantas, tidak mahu ada adegan perang mulut di lobi itu.

“Kan gaji baru dapat semalam, apa kata kalau kita makan kat tempat yang eksklusif sikit?” tanya Zurin sambil memasukkan handphone ke dalam handbag nya.

“Kat mana? Jangan tempat mahal dah la. Tak terbayar nanti. Lagipun tempat eksklusif macam tu, makanannya bukan sedap mana pun,” kutuk Fiza pula.

Saja nak menyakitkan hati Zurin yang sentiasa perasan bagus itu. Selalu saja mengajak mereka makan di tempat yang jauh dan kononnya ala-ala eksklusif itu. Walaupun gaji baru masuk, tak semestinya kena makan yang mewah-mewah saja. Tambahan pula bulan ini, kereta Fiza masuk bengkel, lagi banyak lah duit yang akan melayang.

“Ok tak?” Zurin bertanya lagi sekali untuk dapatkan kepastian.

“Baik kita makan tempat biasa la, Zurin! Dekat pun dekat! Nanti kalau tersangkut dalam jam, kita juga yang susah masuk ofis nanti..” putus Zulaikha pula. Sedar tentang bunga-bunga pergaduhan yang baru nak mekar di depannya. Lagi sekali Zulaikha menjadi orang tengah antara mereka.

Tak sanggup Zulaikha melihat mereka berdua bertegang urat di depan lobi ini. Nanti banyak mata yang memandang mereka. Malu pula dibuatnya. Zulaikha tidak mahu kes pada bulan yang lepas berulang kembali.

****************



Baru sahaja kakinya melangkah ke dalam kelas, tiba-tiba baju kurung dan tudung yang dipakai Safira basah! Safira menajamkan pandangan ke seluruh kelas 5 Anggerik. Masing-masing menutup mulut. Tak kurang juga yang menganga. Kelas yang tadinya bagaikan pasar senyap bagai berada di dewan peperiksaan.

Pandangan Safira terhenti di meja tiga orang pelajar yang sememangnya dikenali ramai. Kosong! Eh, bukan tadi mereka ada di sana? Cepat betul mereka lesap! Takut lah tu…

Safira mendengus lemah. Entah untuk kali berapa pakaiannya basah lagi. Buku yang dibawa turut basah kuyup! Habis nak kena berjawab dengan pengetua nanti.

‘Kalau aku ada kuasa alien, dah lama aku hantar budak bertiga tu ke planet Marikh! Menyusahkan orang betul lah..’

Safira monolog sendiri. Tak jadi dia menjalankan tugasnya sebagai pendidik pada hari itu. Safira berlalu meninggalkan kelasnya. Nasib baik ada bawa pakaian spare..

Pelajar kelas 5 Anggerik yang lain mula membuat hal sendiri. Ketiadaan guru untuk mengajar memang dinantikan. Entah apa lah yang nak jadi dengan pelajar sekarang..