Jangan Menangis Sayang 17


“Woii…!! Awak giler ke?? Lepaskan saya sekaranggg!!!” aku menjerit sekuat hati. Tekak kurasakan semakin perit. Hampir kelelahan aku dibuatnya. Sudah hampir sejam aku menjerit. Rasa-rasanya anak tekak pun boleh keluar ni...

Letih aku dibuatnya. Sedari tadi aku berhempas pulas meleraikan ikatan di tanganku namun hampa. Pedihdi pergelangan tanganku ini tak usah cerita la.. Bahuku juga sakit.. Kudratku sebagai seorang perempuan tidak mampu melepaskan aku dari masalah ini.. Tambahan pula dengan keadaan aku yang berbaring secara mengiring ini menyusahkan aku untuk cuba melepaskan diri.

Apa jenis lelaki Syariful, tak tahu lah aku.. Aku ingat sedikit belas kasihan pun tak ada dalam dirinya. Melihat aku terkial-kial cuba melepaskan diri hanya mengundang senyuman sinis yang menyakitkan hatiku di bibir Syariful.

Sudah dekat dua jam aku berada di kerusi belakang kereta Honda City milik Syariful. Aku tidak tahu ke mana aku di bawa pergi. Pertanyaan aku tidakterjawab dari tadi. Tiba-tiba perasaan kesal menyelinap di hati. Kesal kerana aku setuju untuk mengikutnya.

Aku cuba mencari wajah lelaki keparat itu. Pemanduannya yang menggila menakutkan aku. Gelak ketawanya berselang seli dengan suara radio yang terpasang. Kerancakan muzik yang lantang membingitkan halwa telingaku..

Aku cuba mengingati bagaimana aku boleh terikat begini.. Mungkin tadi Syariful tidak tahan dengan pertanyaanku, memberhentikan kereta di tepi jalan. Pintu dibuka lantas dengan tiba-tiba satu tamparan hinggap ke pipiku. Mataku berpinar-pinar lalu tidak sedarkan diri. Bila aku tersedar, aku menyedari aku kini berada di kerusi belakang dengan keadaan kaki dan tangan yang terikat.

Mati-mati aku ingatkan Syariful adalah Ipul yang aku cari selama ini, rupanya dia bukan Ipul aku! Ipul aku masih tidak ditemui lagi. Bagaimana aku boleh terpedaya dengan kata-katanya semalam?? Kata-kata ibu yang mengiyakan Syariful adalah Ipul ku..? Mungkin ibu turut terpedaya dengan kata-kata manis lelaki ini. Arghh….!!!

Syariful masih memandu lagi. Aku yang berada di belakang mula keletihan. Kata-kata Syariful sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinga,

“Berbulan-bulan saya ngorat awak, sedikit pun awak tak layan saya ye..! Awak ingat awak tu cantik sangat ke..?? Memang pada mulanya saya sendiri terpikat pada awak tapi bila mengetahui awak kepunyaan Fendi.., saya takkan berdiam diri. Huh, kalau bukan kerana dendam, saya pun takkan cari awak dan kidnap awak tu…! Dendam tu harus dilunaskan sekarang…!”

“Dendam? Apa maksud awak? Saya tak pernah berjumpa dengan awak sebelum ni, kenapa awak nak berdendam dengan saya?? Bile masa pula saya ni kepunyaan Fendi, hah??? Lepaskan saya…!!!”

“Lepaskan awak? Jangan mimpilah. Saya tak dapat Rina, awak pun boleh jadi gantinya..! Jangan ingat awak mudah terlepas dari saya… Haha…!”

“Dendam apa yang awak maksudkan ni, hah? Siapa Rina tu..? Apa kaitannya dengan saya..??” persoalan itu mula muncul di benak ku.

“Rina adalah tunang saya. Bekas tunang saya . Sekarang dia sudah menjadi arwah. Dia meninggal gara-gara Fendi.. Sebab tu, saya takkan lepaskan orang yang membuatkan saya kehilangan orang yang saya kasihi..”

“Ape kena mengenanya dengan saya..?”

“Saya dan Fendi dulu kawan satu universiti dan sebilik di kolej asrama. Saya dan Fendi selalu bersama. Sehingga pada tahun kedua, kami berdua terpilih sebagai AJK untuk menguruskan orientasi budak-budak tahun Satu yang baruk masuk di universiti itu. Dan di waktu itu, terdapat seorang pelajar perempuan yang menarik perhatian kebanyakan palajar senior lelaki. Salah satunya saya! Kerana kecantikan dia dan kelembutan dia yang memikat hati kami..” Syariful menarik nafas. Tangannya masih memegang stereng. Aku yang dibelakang merasa sedikit lenguh..

“Saye cuba tackle Rina banyak, memang susah nak dapatkan dia. Hampir setahun saye cuba kejar dia.. akhirnya cinta saya disambut baik. Masa tu hati saye memang berbunga-bunga. Siapa sangka gadis idaman satu universiti akhirnya jatuh ke tangan saya. Memang saye bangga dapat dia. Kerana saye dan Fendi berkawan baik, kami kerap kali berjumpe bertiga. Hanya bile kami perlukan masa private sendiri, baru saye keluar dengan Rina.. habis study kat u tu, saya terus dapat offer kerja. Setahun lepas tu saye dan Rina bertunang. Saye sangkakan hubungan saye selama ni baik saja tapi tak sangka Rina main kayu tiga di belakang saye. Dan yang saye paling tak sangka, lelaki yang menyebabkan tunang saye menduakan saye ialah kawan baik saye sendiri, Fendi..! Kerana die, saye purus tunang, tau tak! Awak ingat saye boleh maafkan orang yang menghancurkan hidup saye??” tengking Syariful.

Wah.. Berapi betul Syariful ni..! Aku yang baring kat belakang ni pun boleh kecut perut mendengar amarah lelaki ini. Semuanya kerana Fendi. Kemunculan Fendi dalam hidup Syariful mengkucar-kacirkan hubungan cintanya...

Tiba-tiba mindaku berlegar-legar dengan satu persoalan. Aku pernah menjadi pendengar setia masalah Fendi pada suatu ketika dulu. Sewaktu aku tidak tahan dikaca dek Syariful. Kenapa Fendi meminta aku tidak melayan Syariful lebih-lebih sedangkan mereka adalah kawan baik.

Cerita yang aku dengar dari mulut Syariful sekarang berlainan sekali dengan apa yang disampaikan Fendi waktu itu. Malah terdapat percanggahan di situ.

Fendi mengatakan Syariful adalah buaya darat yang sering mempermainkan kaum wanita seperti aku. Tambahan pula Syariful pantang melihat perempuan yang cantik-cantik. Semuanya dia nak sapu. Sifat Syariful yang playboy itu kurang digemari Fendi namun mengenangkan mereka adalah kawan, Fendi sekadar mampu memberi nasihat.

Namun tidak pula diceritakan tentang Rina, tunang Syariful tu.. Nampaknya ade cerita yang menarik perlu aku tahu di sini. Dan untuk megetahuinya, aku perlukan pastikan Syariful dan Fendi ada di depan aku supaya aku tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.

Mmm.. kalau lah benar Syariful buaya darat, habis Fendi pula bagaimana? Syariful mengatakan Fendi adalah pengacau dalam hubungannya dengan Rina.. Ah.. mana satu yang betul ni??

“Awak dengar sini! Kalau saye tak dapat ape yang saye mahu, Fendi jugak takkan dapat! Saye nak die rase apa yang saye rasa..! Berkali-kali saye tackle awak, awak tak layan saye.. Awak hanya layan Fendi saje.. Saya mahu bunga idaman saye hanya jadi milik saye seorang..Awak jangan ingat saya akan lepaskan awak kali ni.. Kite kawin lari di Siam..!!” ujar Syariful.

Syariful ketawa sekuatnya. Aku menjadi semakin geram. Kaki aku hentakkan pada pintu kereta dengan harapan pintu itu akan tercabut. Semakin aku hentak, semakin sakit kaki ini. Syariful menoleh ke belakang dan memandang aku. Melihat aku yang terkial-kial cuba melepaskan diri menyebabkan Syariful tersenyum sinis.

“Awak jangan ingat awak boleh larikan diri dari saya! Duduk diam-diam! Kejap lagi kita sampai..!”

‘Ya Allah, Tolong lah hamba Mu ini. Perjalanan yang jauh ini betul-betul memenatkan aku! Aku tidak mahu menjadi isteri lelaki keparat ini. Lepaskan aku dari masalah yang bukan aku cipta ini, Tuhan…!!’

******************

Fendi masih tercegat di dalam kereta. Segan rasanya untuk keluar menemui keluarga Shima, gadis yang ditolaknya untuk menjadi pasangan hidup dulu. Bagaimana penerimaan mereka nanti..? Malu yang ditanggung oleh keluarga itu pun belum lenyap lagi.

Semalam, Dato Azman memberitahunya mereka akan meminang sekali lagi Shima untuk dirinya. Fendi kaku mendengar kata-kata papanya. Betul ke?? Mahukah mereka menerima aku semula..?

“Tapi ingat…, papa sekadar bantu apa yang boleh papa bantu. Selebihnya Fendi kena usaha sendiri untuk tambat hati mereka. Dulu Fendi dah kecewakan mereka.. Kita yang mulakan dulu, kita jugak yang kena akhirkannya.. Fendi faham kan maksud papa..???”

Kata-kata Dato’ Azman seakan menusuk hingga ke kalbu. Aku yang mulakan, aku jua kena akhirinya..? Persoalan itu bermain-main di kotak minda Fendi.

‘Ya, aku perlu kuat untuk menerima apa yang bakal terjadi nanti.. !’ desis hati Fendi.

‘Tak kira sama ada mereka akan menerima aku kembali atau tidak, aku kena redha seandainya Shima bukan tertakdir milikku. Namun aku perlu pastikan janji yang aku buat mase kecik tu, akan terlunas kelak..! Cinta pertama yang membenihkan rasa saying itu akan aku ahkiri dengan ikatan suci itu.. Aku tak mahu aku dianggap penipu oleh Tembam…!’

Fendi melangkah keluar dari perut kereta. Sedikit goyah perasaannya kini. Bermacam-macam yang sudah bercampur aduk di dalam fikirannya. Hati Fendi berbelah bagi. Takut seandainya apa yang diimpikan tidak tercapai sebentar lagi.

MP3 yang dipasang dicuping telinga segera ditanggalkan. Lagu sama yang berputar sedari mereka bertolak dari rumah seperti masih terngiang-ngiang di telinga Fendi. Makna lirik lagu itu seakan sama dengan perjalanan hidup kisah Fendi dan Shima.. Ya, Ipul dan Tembam….!!

‘Sesuai benar lagu itu dengan kami.. Nadanya yang mendayu-mendayu benar-benar meruntun jiwa lelakiku.. Kalau impian itu tercapai, akan aku dengarkan lagu ini pada Tembam nanti..’

Fendi mula berjanji pada dirinya sendiri. Pandangan Fendi jatuh ke wajah Dato’ Azman.. Entah apa yang Dato’ Azman cuba sampaikan pada Fendi dengan mimic muka yang sebegitu. Mulut Dato’ Azman terjuih-juih cuba memberitahu sesuatu. Fendi cuba mengikut pandangan mata Dato’ Azman.

Kepala Fendi berpaling ke belakang. Di saat itu juga, mulut Fendi terus ternganga…

“Makk..!!!!”

8 Response to "Jangan Menangis Sayang 17"

  1. Anonymous Says:
    April 14, 2009 at 10:59 AM

    smbg cpttttttttttttt

  2. MiZZy MaDie says:
    April 14, 2009 at 11:14 AM

    alahai, kne kawen kat siam lak si shima tuh..cpt2 la fendi terus terang,pastuh selamatkan shima..huhuh

  3. Miss Kira says:
    April 14, 2009 at 3:16 PM

    apa sdh jd...
    cpt la smbg..

  4. keSENGALan teserlah.. says:
    April 14, 2009 at 3:43 PM

    haaaaa..
    ape jd lpas nieh??
    plis2..cpt smbung2..

  5. aisyah says:
    April 14, 2009 at 4:45 PM

    menarik gle cte nie!!!
    jgn laa kasi shima kawen kt siam...fendi cpt dtg!!

  6. MaY_LiN Says:
    April 14, 2009 at 6:37 PM

    la..pe yang fendi terkejut tu..

  7. ::cHeeSeCaKe:: says:
    April 15, 2009 at 1:50 AM

    alahai..jgnla shima kawin ngn syariful tu..fendi!!ni la masenye nk jd hero..hehehe..

  8. Anonymous Says:
    April 17, 2009 at 1:09 PM

    cepat fendi..heroin nak kena kawin tu...
    suspen je he3...

Post a Comment