Jangan Menangis Sayang 1



"Shima, apa yang kamu menungkan tu?" soal Puan Rafida kepada anak tunggalnya itu.

Angin pada petang itu sungguh menyamankan. Tenang rasa di hatiku menghirup udara sesegar itu. Bukan macam di Kuala Lumpur tu. Udara dah tercemar. Asap dari kenderaan dan kilang memenuhi persekitaran. Sesak hidung dibuatnya.

"Shima..!" jerit ibuku lagi bila aku tidak menjawab pertanyaannya sebentar tadi... Hehe...aku sekadar tersengih bila merasa cubitan ketam ibuku itu.

"Ibu ni, apela... Sikit-sikit nak cubit. Ketam sepit anaknya takdela sesakit macam ni.." ujarku sambil menggosok-gosok paha. Nasib baik tak berbirat pahaku itu.. Dah lah pahaku putih.. Tak nak la aku kalau sampai lebam.. Silap hari bulan boleh berparut kalau kena cubit setiap hari..

"Habis tu, dah anak ibu ni pekak sangat.. ! Panggil tak menyahut. Tanya tak berjawab!! Memang la ibu ketam akan sepit anaknya... Kalau boleh rasa nak piat telinga tu... Ishh...!" bebel ibuku. Aku hanya tersenyum mendengar celotehnya.

Memang itu la panggilan ibu padaku. Mana taknya, anak tunggalnya ini gemar sangat makan masak ketam cili api... Mau kopak poket ayah sebab kena beli ketam, makanan kegemaranku itu.. Harga ketam kan mahal sekarang.. Tapi nak buat macam mana kan, aku satu-satunya anak mereka. Terpaksala ikut...

"Tapi kan ibu, ketam mana ade telinga! Camne nak piat??' aku mengusik ibuku. Saja nak buat ibu marah..Hehe.

Ibu hanya menggelengkan kepala melihat telatahku yang tidak ubah seperti budak kecik.. Ala..aku kan anak manja. Anak kesayangan ibu dan ayah. Ibu ku lihat begitu tekun melipat kain yang diambilnya tadi dari ampaian belakang rumah.

Kalau ikutkan hati memang malas nak balik kampung ni. Perjalanan yang mengambil masa empat jam itu memenatkan. Jauh tu nak bawa kereta dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Ibu yang suruh aku balik. Katanya ada hal mustahak. Entah apa lah hal yang mustahak sangat tu sampai aku kena balik kampung.

Aku masih lagi di tepi jendela. Memandang ke perkarangan rumahku. Melihat-lihat ke arah jalan di depan rumah. Ahh...suasana kampung memang mendamaikan. Mampu menyejukkan hatiku yang tengah walang. Memikirkan kerja di pejabat yang sentiasa tidak habis dan juga memikirkan....

"Shima, kamu tak teringin ke nak jadi macam Atikah tu.. Baru minggu lepas ibu dengar dia hamil anak ketiga.." ibu kudengar bersuara perlahan. Cuba menarik perhatianku sekali lagi. Masuk kali ni entah beratus kali ayat yang sama kudengar setiap kali pulang ke kampung. Mesti nak suruh aku cepat-cepat akhirkan zaman bujang aku ni.. Bukannya aku tak tahu perangai ibu tu...

Mm.. Atikah...! Dah lama juga aku tak bertemu dengan Atikah, kawan sekolah menengahku. Kali terakhir aku bertemu dengan Atikah tiga bulan lepas.. Itupun kebetulan masa tu aku bercuti di kampung kerana sepupu buat kenduri kahwinnya. Masa tu aku nampak Atikah bersama dua anak lelaki yang masih kecil. Sangat comel anak Atikah.. Ikut muka Atikah la.. Atikah kan comel...!

Atikah, kawan ku yang paling ketika berada di sekolah menengah dulu.. Dia kawan semasa suka dan duka aku. Antara kami memang tiada rahsia. Tak mahu la jadi macam judul lagu Siti Nurhaliza tu, Biarlah Rahsia. Kami kan kawan rapat. Malah Atikah sudah ku anggap seperti adikku sendiri memandangkan usianya yang muda beberapa bulan dariku. Lagipun dulu Atikah selalu bertandang ke rumahku.. Selalu jugalah merasa cucur udang buatan ibuku..

"Ko ni kan, hari-hari datang rumah aku. Rumah ko tu nak letak mane? Rumah aku ni dah macam rumah sendiri pula!" aku membebel sambil memandang Atikah yang khusyuk mengunyah cucur udang. Ibu ku datang membawa dulang berisi air milo panas.

"Biarla, Shima. Ada juga kawan kamu tu yang datang meneman ibu kat rumah ni.. Bukan macam kamu tu, tiap-tiap petang nak main bola. Mainnya dengan budak laki pulak tu. Perangai mengalahkan orang jantan aje. Nak harapkan kamu tu, boringlah ibu duduk rumah sorang-sorang" ibu bersuara sambil menghulurkan cawan berisi air milo panas itu. Atikah menyambutnya dengan berhati-hati.

"Ibu pun satu, asyik buat cucur udang untuk Atikah aje.." aku cuba menyalahkan ibu.

"Siapa suruh kamu tak gemar makan cucur udang ni..? Hah, padan muka! Atikah ni sedap-sedap aje makan cucur ibu ni.. Makan free lagi.. Kamu tu tengok ajela... Spesel ibu buat untuk Atikah tau...!" ujar ibu lalu tersenyum pada Atikah.. Aku mendengus geram. Tak habis-habis nak mengusik aku. Mentang-mentangla aku cerewet sikit bab makan ni..

Aku hanya tersenyum mengingatkan kisah lalu. Ada titisan manik jernih yang menuruni pipi. Aku rindu kenangan lalu. Rindu segala-galanya. Kisah kenakalanku bersama Atikah. Kadang-kadang tak siap kerja sekolah, kami bersama-sama berdiri di luar kelas. Kami juga gemar mengoyakkan buletin-buletin yang tertampal di papan kenyataan sekolah. Bila guru displin dapat tahu, teruk juga kami kena marah. Hehe... aku dulu memang nakal. Namun kenakalan itu tidak pernah merosakkan pencapaian akademikku. Aku sentiasa menyandang gelaran pelajar cemerlang setiap kali peperiksaan. Atikah sentiasa berada di belakang sebagai orang nombor dua. Kami memang sama-sama pelajar pintar masa tu. Cuma bab kenakalan itu saja, sekadar hobi. Hanya sebagai rencah kehidupan..

Tapi yang paling aku rindu ialah zaman kecil aku dulu. Sedih tul berpisah dengan anak jiran sebelah rumah. Ipul namanya. Dulu kami selalu main bersama. Aku main anak patung dan Ipul akan main askar combatnya itu. Kadang-kadang kami main kahwin-kahwin. Ala..budak kecik main kahwin kan... Ipul jadi ayah dan aku jadi emaknya. Bila dipikirkan, kelakar jugalah. Siap potong sayur dengan pisau mainan lagi. Kononnya nak bagi makan kat Ipul la.. Sayur tu kami ambil dari belakang rumah Ipul. Masa tu emak Ipul rajin menanam sayur-sayuran kat belakang rumah. Bila emak Ipul dapat tahu kami yang mengambil sayurnya habis dikejarnya kami keliling rumah..

"Shima, tolong angkat kain ni. Bawa masuk bilik. Asyik termenung aje dari tadi.." suruh ibu sekaligus mematikan lamunanku...

Aku hanya menurut kata ibu. Pakaian yang sudah dilipat itu aku bawa masuk ke bilik. Ibu pula sudah ke dapur. Katanya nak buat air dan kejap lagi ada orang yang datang.

"Assalammualaikum...!" ada suara kedengaran menyapa gegendang telingaku. Nampak macam ramai pula yang memberi salam. Aku hanya membiarkan saja. Biar ibu yang pergi melihat orang yang datang itu.

Bila aku keluar dari bilik, aku tengok sudah ramai yang bertamu di ruang depan. Tetamu itu semuanya hampir sebaya dengan ibu dan ayah. Apa pula tujuan mereka datang ke sini?? Ayah pun sudah ada bersama mereka. Entah bila pula ayah kembali dari pekan tadi...

"Shima, air yang ibu buat tu, nanti tolong hidangkan pada tetamu.."

"La...malas la, ibu!! Ibu sajalah yang hidangkan pada mereka.."

"Jangan macam ni, Shima. Kamu tu saja seorang anak perempuan dalam keluarga ni. Tunjukkan perangai yang elok sikit kat tetamu kita. Macam mana diorang nak berkenan kat kamu kalau minta hidangkan air ni aje, kamu dah malas.. ni nasib baik juga mak sediakan air teh.. Kalau nak harapkan kamu, tak berasap la dapur tu.. Silap-silap air suam aje kamu kasi kat tetamu kita tu..." bebel ibu cuba mendesakku. Aku terkesima sebentar dengar ayat ibu. Kenapa pula mereka nak berkenan dekat aku ni??

"Ibu ni... kenapa susah-susah nak hidangkan air pada mereka. Sekejap saja diorang datang kan?? Tak payah la.." aku cuba membantah.. Ish..tak suke betul la buat kerja orang perempuan ni..

"Lagi satu, kamu tu pergi pakai baju yang sopan sikit. Kalau boleh, pakai baju kurung.. Jangan nak berlagak macam lelaki pula kat depan tetamu kita tu.. Mm.. jangan lupa apa yang ibu cakapkan tadi.."

Ish..ape ibu ni..? Suruh aku pakai baju kurung pula. Mane sesuai dengan gaya aku ni. Dah la rambut aku pendek macam rambut lelaki aje.. Nak lagi kena pakai baju perempuan tu.. Jalan nak kena kontrol ayu. Bencinya.. Ish..tak kena gaya langsung..! Hilang langsung kebrutalan aku..!!

Aku masuk semula ke dalam bilik. Kubuka pintu almari. Aku menyelak-yelak pakaian yang aku sangkutkan kat besi gantung baju tu.. Semuanya baju T-shirt dan seluar jeans kegemaranku. Mane aku nak cari baju kurung ni?? Dah lama tak pakai.. Entah kat mana aku letak baju kurung tu.. Hah, aku dah ingat! Aku beralih pula ke bawah katil. Di situ ada sebuah beg besar. Barangkali ada baju kurung lama yang aku simpan di situ.

Uhuk..Uhuk..!! Aku terbatuk kecil bila cuba menepis habuk-habuk yang mengharungi beg berwarna biru itu. Agak-agak korang la, berapa lama beg tu tersorok kat bawah katil tu..?? Tak dapat teka.. Aku bagitahu ajela ye.. Dah lima tahun.. Hehe.. lama kan..?

Sejak habis SPTM dulu, aku terus tak pakai baju kurung dan yang sama waktu dengannya. Bukannya ape, semasa aku ditawarkan ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dulu, jurusan yang kuambil memerlukan aku berpakaian seperti lelaki. Kejuruteraan Elektrik. Apa saja yang aku study dulu memaksa aku menjadi seorang yang lasak. Last-last aku terikut-ikut perwatakan sebagai lelaki. Tambahan pula kebanyakan studentnya adalah lelaki. Dalam kelas aku, hanya ada tiga student perempuan saja.

Eh, aku ni melalut entah ke mana pulak!! Baju kurung yang kucari semuanya bersaiz besar. Takde pun yang sesuai!! Camne ni..?? Masa pun dah suntuk. Kang tak pasal-pasal kena bebel dengan ibu..

Aduhh..! Mana nak cari ni. Habis semua pakaian lama dalam beg itu aku keluarkan.. Dah bersepah bilik ni.. Mm.. takpelah, kejap lagi bila tetamu tu semua dah pulang, baru aku kemas..

"Shima...." aku dengar suara ibu dari luar. Alamak, macam mana ni? Tak jumpa baju lagi ni.. Ahh.. lantaklah, aku sarung aje lah mana-mana baju pun. Bukan nya aku tak pernah pakai semua baju ni. Mesti sesuai dengan aku.. Cantik juga baju kurung biru ni. Bunga dia besar-besar...

Lagi satu, ini baju yang memang menjadi kesukaanku sejak remaja lagi. Pendek kata, dari Form 1 hingga habis SPTM, baju ni jugak yang aku pakai untuk kemana-mana. Lebih-lebih lagi bila ada majlis formal terutamanya kenduri kahwin. Ibu berulang kali memanggil aku. Dengan kelam kabut aku memakai baju kurung itu dan menempek bedak yang ada atas meja solek ke muka. Rambut ni pun nak kena sorok gak. Aku capai rambut palsu yang memang ada satu tu aje dan mengenakannya atas kepala.

Cepat! Cepat! Yesss, ni dia Cinderella datang dari kayangan akan keluar sekejap lagi...!!

"I'm coming!!"

'Bedebukk!!!'

Alamak!! Malunya!! Camne aku leh terjatuh kat depan pintu ni?? Tersembam muka aku dengan lantai. Jatuh tertiarap pulak tu. Aduh...! Sakit betul hidung aku yang mancung ni..! Tiba-tiba aje aku terdengar suara ketawa kecil dari ruang tamu. Aku segera berpaling mencari tuan punya suara yang menggelakkan aku tadi. Senyap pulak!! Tapi mataku dapat menangkap gelagat seorang makcik tu yang memukul perlahan paha seorang lelaki muda di sebelahnya. Dan tangan lelaki itu menekup mulutnya. Ooo..ini mamat yang gelakkan aku tadi ye.. Takpe! Takpe! Kau terima padahnya nanti.

Segera aku bangun dari situ dan berlalu ke dapur. Ish, apelah nasib! Kenapa lah bilik aku dekat dengan ruang tamu tu? Tengok, kan dah dapat malu! Mane nak letak muka ni? Dah lah banyak mata yang memandang tadi. Baju ni pun satu! Time orang nak cepat, time tu lah dia buat hal...Dah la besar, labuh pula skirtnya sampai menyapu lantai. Tak sesuai betul dengan badan aku yang kecik ni. Patut lah aku terjatuh tadi. Ni mesti pasal skirt labuh ni. Sure aku terpijak kainnya tadi..

Malu! malu! Mana nak cover malu ni..? Dah la kena hidang air kat depan diorang... Mesti diorang semua tu gelakkan aku lagi. Hah, tiba-tiba aje ade lampu kat kepala aku. Tu dia, tanduk setan dah muncul atas kepala. Hehe... aku dapat idea!! Aku nak kenakan mamat tadi tu..

**********

'Burr...!!'

Haha..padan muka! Tu la, gelakkan orang lagi... Sedap tak air aku tu?? Tapi.... kenapa pakcik-pakcik kat depan aku ni dok tersengih-sengih aje kat aku?? Buang tabiat ape?? Ni lagi satu, ayah pun sama macam pakcik tu.. Tersengih-sengih jugak! Sah lah semua orang tua kat depan ni aku dah buang tabiat!!

"Eh, Fendi! Kenapa kamu ni? Tak sedap ke air tu? Habiskan air tu.. Janganlah malukan orang yang buatkan air ni.." jelas makcik kat depanku itu kepada mamat tadi.. Ooo.. mamat ni namanya Fendi. Mesti makcik ni emak dia.. Mamat yang namanya Fendi tu hanya tersenyum saja. Gelas yang dipegangnya tadi sudah diletakkan kembali atas meja lalu dia merenung tajam padaku.

"Apa pandang-pandang? Ada hutang ke? Pandang macam nak telan orang!!" jerkahku sedikit kuat kepada mamat tu. Kedudukan aku dan mamat tu yang tak berapa jauh membolehkan aku membulinya. Ayah pula memandang dengan wajahnya yang seakan memberi amaran padaku. Tu.. nak warning la tu!!

Mamat tu menunjukkan tangannya yang sudah dikepal macam nak menumbuk aku. Ek eleh... Dengan perempuan pun nak cari gaduh! Dayus betul mamat ni. Malang betul siapa yang dapat laki macam dia ni..

"Apasal ko nak aniaya aku, hah?? Aku tak kacau hidup ko, tau tak! Dah lah masin, entah macam mana boleh tertumpah garam kat air tu ye?? Ke ko pakai air laut untuk buat air teh tu? Sah lah ko ni tak boleh dibuat bini!" bisik mamat tu pula dengan geram, cukup jelas kedengaran di telingaku..

Amboi..mamat ni! Sesedap rasa aje dia cakap aku tak boleh dibuat bini. Memangla aku tak boleh dibuat bini sebab aku nak jadi seorang isteri. Isteri yang mithali lagi.. Tapi bukan untuk ko, mamat sewel!!

Aku menjegilkan biji mataku kepada mamat tu. Mamat tu buat tak tahu saja. Geram betul aku! Huh, nasib baik ramai tetamu kat depan ni. Kalau tak, awal-awal lagi aku dah halau mamat ni berambus dari rumah ibu dan ayah aku ni. Buat menyakitkan mata aje!! Rasa nak sepak pun ada... Sakit betul hati aku..

"Kita tanya ajelah pada yang tuan punya badan ye!!" ucap ayah sambil memandangku.. Aku sedikit terkejut bila semua mata memandangku. Eh, kenapa pula diorang ni? Semuanya pandang ke arahku. Malu la pulak!! Mama mencuit pahaku.

"Berapa nak buat hantaran, Shima?" bisik ibu.

"Hantaran ape pulak ni, ibu?"

"Hantaran kahwin la..."

Mak oii.. Kahwin?? Bila masa pula aku nak kahwin?? Jangan-jangan rombongan ni rombongan merisik aku...?? Ish.. biar betul ni? Takkan nak tolak kot..? Kang malu pulak keluarga aku. Tapi aku tak bersedia lagi ni... Lagipun siapa lelakinya yang akan jadi suami aku tu??

"Siapa yang nak kahwin dengan Shima ni, ibu? Lagipun Shima tak bersedia lagi lah, ibu. Tak nak kahwin boleh tak?"

Satu cubitan hinggap di paha ku yang halus itu. Pedihnya..!! Ibu ni, memang lah ratu cubit. Tangan ibu ni memang tak boleh diam betul!

"Orang betul-betul, dia main-main pulak! Berapa nak buat hantaran?" keras sedikit suara ibu namun cukup perlahan di pendengaranku. Mungkin takut tetamu yang lain dengar percakapan kami pula.

"Siapa calon suami Shima, ibu??"

"Affendi! Yang duduk dekat dengan kamu tu!"

"Hah, mamat ni ke, ibu?"

"Yela...!"

"Kalau mamat ni, Shima kena jual mahal sikit, ibu..."

"Shima, jangan mahal sangat! Karang kamu tu tak laku...!"

"Ni kan tengah laku nii... RINGGIT MALAYSIA, DUA PULUH RIBU SERBA SATU!!" aku menjerit sedikit kuat. Biar semua orang dengar lebih-lebih lagi mamat sewel tu. Kenalah letak harga mahal sikit. Dah sah-sah aku bakal dapat suami garang nak mampus, gila campur sewel lagi. Lagi kena pertaruhkan seluruh hidup aku untuk lelaki yang aku tak kenal. Dah lah gelakkan aku tadi. Harap-harap biar dia reject.

"Setuju!!!"

Ternganga mulut aku bila mamat tu kata setuju. Biar betul Encik Affendi ni? Dua puluh ribu serba satu tu, banyak tuuu... Boleh beli kereta Kancil 3 biji tau!! Sah, memang gila mamat ni..

"Kalau macam tu, dua bulan lagi mereka berdua akan bertunang, dua bulan lepas tu akad nikah, dan dua bulan seterusnya kenduri kahwin dengan majlis persandingan. Harapnya segala urusan di belah pihak perempuan tiada halangan ye..." kata seorang pakcik itu kepada ayah dan ibuku. Ayah menganggukan kepala tanda faham. Aku yang masih tidak percaya itu masih kaku di tempat dudukku. Niatku supaya pinangan itu ditolak tak berhasil malah dipersetujui terus oleh mamat yang akan menjadi suamiku itu. Gila!!

Tiba-tiba sahaja dadaku berdebar. Kenapa pula ni? Takut semacam la pulak!!! Ibu, ayah! Shima tak nak kahwin lagi...! Huhu........













2 Response to " "

  1. Unknown says:
    January 16, 2009 at 2:15 PM

    best gle cite ni..klako sgt2..leh plak tersembam time org nk risik die..arp2 bnde2 g2 x jd kt aku..wakakakaka..gud job bidadari..

  2. Anonymous Says:
    August 23, 2011 at 3:23 PM

    logik ke anak dara yg letak duit hantaran? ntah ape2

Post a Comment