Jangan Menangis Sayang 7
“Awak nak bawa saya ke mana ni?” aku bertanya keras. Sedikit marah kerana sakit di pergelangan tanganku. Perit sangat.
“Awak diam, boleh tak? Sehari kalau tak bising, tak boleh ke? Suara kalau sedap macam Siti Nurhaliza, takpela jugak! Ni macam king kong…!!” balas Fendi geram.
Aik! Aku digelarnya king kong. Kurang ajar betul mamat ni. Sedap mulut dia mengata aku. Nak dicilikan aje rasanya mulut dia ni. Mulut takde insurans betullah.
“Assalammualaikum, mama. Ada kat mane?” cuping telingaku pantas mendengar suara Fendi. Huh, dalam tarik-tarik tangan aku, sempat lagi telefon orang! Gila betul! Dah la kami kat tepi jalan ni. Saat tu juga, mata Fendi melilau ke kiri dan kanan. Aku cuba melepaskan pegangan tangan Fendi namun tak berjaya. Makin dierat kemas jarinya membalut pergelangan tangan.
“Tengahari nanti mama datang ofis. Bawak sekali semua baju lama yang mama dah tak pakai. Ye..semua sekali..!”
Apa kena lah dengan Fendi? Bawak baju lama mama? Takkan dia nak buat sesi lelongan pakaian kat ofis pulak! Mm.. dah jadi tauke pakaian ke apa dia ni?? Aku makin konfius ni. Nak pergi mana ni?
Kini aku berada di dalam kereta Fendi. Kelajuan tahap maksimum yang dipandu Fendi betul-betul meragut kebimbanganku. Nak cepat sangat tapi aku yang masih tak tahu hala tujunya.
Terkedu aku sekejap melihat pandangan dari luar cermin kereta Fendi. Kain rentang yang besar dan berwarna putih itu kutatap tulisannya. ‘Kursus Pra perkahwinan’?? Makin pelik aku dengan Fendi ni. Kenapa dia bawa aku ke sini? Hentakan kakiku menarik perhatian Fendi. Cerlung matanya tajam ke arahku. Geram lah tu…
“Ni, apasal macam budak-budak ni? Berlubang kereta saya nanti sebab hentakan kaki awak tu, bayar ganti ruginya tau.. Nak protes pulak dia!!” marah Fendi. Aku membentak.
“Awak buat saya macam ni, ingat saya suke ke? Entah nak bawak culik saya ke mana pun, saya tak tahu. Awak pegang tangan saya dari tadi, tak reti nak lepas ke? Ingat dah cukup terror pegang stereng dengan sebelah tangan aje..? Lepaskan tangan saya..”
“Okey! Saya lepaskan tangan awak.. Tapi jangan lari pulak…!”
Lari? Ish.. Fendi ni ingat aku budak kecil ke? Tak ada masa aku nak main kejar-kejar dengan Fendi kat sini. Aku dah pun keluar dari kereta Fendi. Fendi mengarahkan aku untuk mengikutnya.
Bila aku nampak Fendi memasuki bangunan itu, hatiku makin kecut. Entah apa yang nak dibuatnya kat tempat ni. Takkan nak daftar kursus kahwin pulak! Tadi cakap nak batalkan pertunangan kami. Alih-alih dibawanya aku ke sini. Pelik aku dengan perangai Fendi ni..
Kaunter pertanyaan di depan menjadi kunjungan kami berdua. Entah apa yang dibualkan Fendi dengan perempuan tu. Aku tak nak ambil peduli pun. Bukan hal aku..
“Bak sini ic awak!!”
“Nak buat apa dengan ic saya?”
“Jangan banyak soal la.. Ini arahan kerja, ok??”
Kerja? Kepala hotak awak.. Urusan kerja apa sampai kena bagi ic ni? Dahl ah bawak aku ke tempat macam ni.. Nak tak nak aku tetap hulurkan ic aku kat Fendi..
*********
Aku perhati pula jam di dashboard kereta. 2 petang! Tapi… masuk ni dah lima kali aku tengok jam tu. Mustahil aku kena lunch dalam masa macam ni. Dah lambat pun. Perut asyik berbunyi dari tadi. Kerja kat ofis tu berlambak atas meja yang belum kusiapkan. Baru semalam aku siapkan laporan mesyuarat yang Fendi aturkan dua hari lepas. Kelam kabut jugak aku dibuatnya sebab aku belum pandai dalam kerja-kerja sebagai setiausaha peribadi mamat kat sebelah ni..
Aku memandang wajah Fendi. Cuba meminta pengertian namun Fendi buat tak tahu saja. Eii.. geram rasanya!! Aku ni macam tunggul kayu je kat sisi dia ni. Sakit betul hati ni.. Sombong plus angkuh mamat ni. Nasib lah aku dapat bos macam Fendi ni..
Hampir setengah jam mencari tempat parking kat Jaya Jusco ni.. Melilau mata Fendi mencari tempat yang kosong. Aku kat sebelah ni pun jenuh mencari sama.
“Hah.. tu kereta kuning tu nak keluar. Cepat! Cepat!” aku mengarah Fendi bila ternampak kereta Gen-2 berwarna kuning bergerak keluar dari tempatnya.
“Saya taula..!! Sibuk aje awak ni.. Duduk kat tepi tu diam-diam sudah lah.. Ingat saya tak nampak ke kereta tu..!” marah Fendi dengan mata yang besar. Sengaja Fendi jegilkan biji matanya bila melihat gayaku yang sedikit terlompat-lompat dalam kereta.
“La.. saya nak bagitau aje..! Tu pun nak marah..”
“Ciss!! Kurang ajar betul kereta tu..!” Fendi mula marah-marah bila ada kereta lain yang masuk ke tempat yang dikosongkan kereta Gen-2 kuning itu. Fendi mendengus geram.. Mulutnya mula mengomel-ngomel tanda tak puas hati.
“Ni.. awak punya pasal la ni..!” marah Fendi.
“Saya pula yang disalahkannya.. Awak yang bawak kereta macam kura-kura..”
“Ulang balik kata-kata awak tu.. Melawan yee…!! Samakan saya dengan kura-kura? Abis tu awak arnab ke?”
“Tak! Saya manusia..!”
“Ishh.. Geramnya..!! Melawan lagi…” bising Fendi memarahi aku yang begitu tegar menangkis pertanyaannya tadi.. Tu la..siapa suruh lawan cakap ngan aku. Mestilah aku nak menang punya!! Haha… Padan muka!
Akhirnya dapat juga kami memarkir kereta setelah habis bertekak dalam kereta tadi. Pening kepala aku dibuatnya si Fendi ni. Tujuan kami ke sini pun dia tak bagitahu. Balik-balik dia cakap,
“Ikut saja, sudahlah! Saya bos kan, awak kena ikut apa yang saya suruh!”
Sekali lagi tanganku ditarik Fendi. Ganas betul mamat ni.. Main tarik-tarik aje.. kang putus tangan aku ni, siapa susah? Aku jugak.. Siapa yang nak kahwin dengan aku kalau dah cacat? Si Fendi ni pun awal-awal dah reject aku.. Ishh.. Menyampah!!
Aku terpaksa menurut langkah Fendi. Tiba-tiba aku dah terpacak kat depan satu butik. Tengok-tengok kat dalam semuanya pakaian perempuan. Kenapa Fendi bawa aku ke sini? Takkan nak shopping baju mama dia? Lama aku terfikir.. Eh, takkan aku kot..??
Khayalanku dicantas oleh suara Fendi yang memekik. Kurr… Kurus semangat aku! Gila apa Fendi ni.. Patut pun aku gelar dia ni harimau.. Baru lepas dari zoo la ni..
“Apa lagi tercegat kat situ..? Pilih lah semua yang ada kat situ.. tapi ingat jangan lebih 5 helai, tau??” arah Fendi. Terkulat-kulat aku depan butik tu..
“Awak, saya tak cukup duit nak bayar nanti. Saya mana dapat gaji lagi. Baru dua minggu saya keje dengan awak. Apa kata kita cari kat Masjid Jamek..? Lagi murah kat sana.. Kat sini, mahal lah awak..” aku dah mula membebel.. Pakaian kat sini.. fuhh… habis separuh gaji aku…
“Banyak cakap pulak! Saya yang bayarkan.. awak pilih aje..!”
Aku akur dengan ucapan yang terlintas dari bibir mamat tu.. Orang nak belanja, apa salahnya.. Aku pun apa lagi window shopping la dulu baru pilih mana yang berkenan. Dekat sejam juga aku habiskan masa untuk memilih baju.. tapi aku tetap tak berpuas hati. Aku dah berkenan dengan satu blouse tadi tapi Fendi berkeras meminta aku memakai baju kebaya.. Takkan semuanya baju kebaya? Sendat sana. Sendat sini. Nak berjalan pun susah. Tau lah pinggang aku ni ramping kan.. kot iye pun, jangan lah paksa aku.. Nak aku suarakan rasa hati yang menjeruk ni takut Fendi herdik aku kat depan jurujual ni pula.. Angin Fendi ni bukannya aku boleh baca pun..
“Dah siap!” aku meletakkan semua baju yang sudah kupilih di atas meja kaunter bayaran. Aku mengerling sekilas ke arah Fendi. Eii.. mamat ni, buat tak tau pula tugas dia.. Aku pijak kaki Fendi yang ralit merenung sekumpulan gadis yang enak-enak ketawa. Entah apa yang melucukan dalam perbualan mereka. Si Fendi ni boleh tahan juga gatal dia.
“Adoiii.. sakitlah…! Manusia jenis apa awak ni?” marah Fendi sambil menggosok kakinya. Hah, padan muka!
“Tolong bayarkan!” aku menunjuk ke arah pakaian yang sudah siap berbungkus. Juruwang perempuan tu tersengih-sengih memandang kami. Fendi mengeluarkan dompetnya lalu kad kreditnya dihulurkan pada juruwang itu.
“Jumlahnya RM 524, encik!”
“Shopping mengalahkan Datin ye awak ni..!” ujar Fendi lalu menurunkan tandatangannya atas slip bayaran. Lepas tu aku dah tak dengar ngomelannya.
Kerana Dia... Kamu! (Bab 1)
5 years ago
January 16, 2009 at 1:58 PM
ngeee...
ske2...
fendi dftar kawen dye nieh..
hehe..
xsba nk kawen upenyer,,ptot arh ptuskan tung...
best...
nk lgi....
January 16, 2009 at 2:51 PM
hahaha...stuju sgt dgn kate2 kesengalan 2..mst x jd tunang sbb nk kwin trus..hahaha...nk lg!!
January 16, 2009 at 5:37 PM
la igt kn putus tunang cz xjd kawen.
rupenye trus kawen ke
agagaga.
tol ke terus kawen?
smbung2.
agagaga.
suke2
-na'dz
January 16, 2009 at 5:48 PM
time kasih kepada korang yang bagi komen tu..sayang sgt ngan korang..saye jadi makin semangat nak menulis..ape pun tunggu n3 nya tau..muahh..!!
January 19, 2009 at 12:09 PM
Hahaha...tak sabar nak kawin rupanye...
January 21, 2009 at 6:57 PM
haha..nk kawen ter0s rupenyer..tp bt0l ek nk kawen?suke r citer nih..klaka..smbung cpt2 eh :)
April 26, 2009 at 2:37 AM
kawen...kawen...kawen...
x mo tunang tu...
wakaka...