“Saya dah janji dengan awak nak keluar hari ni kan?? Awak lupe ke? Atau awak nak saya cium awak baru nak ikut??
Mendengar kata-kata yang dibisikkan itu, terus aku menjarakkan diri dengan Fendi. Aku pandang tajam kepadanya. Fendi senyum melihat gelagat aku. Aku takkan terpedaya!!
Cium?? Ohh.. buat aku terkejut beruk! Fendi tu betul ke tak? Ishh.. tak boleh jadi ni!
Kelam kabut aku masuk rumah untuk bersiap. Siap dengan mulut ternganga plus terkejut..!
Macam mana lah aku boleh lupa? Ni mesti sebab malam tadi aku tidur lewat sangat. Melayan kerenah Nurul dan Ita yang ajak aku berbual tentang Fendi. Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang aku ceritakan pada mereka berdua. Yang aku tahu aku banyak nyatakan perasaan benci aku kat Fendi atas layanannya. Bukanlah aku minta dilayan bak seorang puteri.. cuma iyelah aku nak dilayan sebagai perempuan yang tak dipaksa-paksa untuk melakukan sesuatu yang aku tak suka.
Ahh..!! Memang aku benci kat Fendi tu. Disebabkan janji yang Fendi buat sendiri semalam sebelum pulang ke rumah, aku dah kalut pagi ni. Semalam selepas habis waktu kerja, Fendi panggil aku masuk biliknya.
“Benda ni dah lama saya saya aturkan cuma lambat sikit. Tahu-tahu sajalah, masing-masing sibuk kan..?” ujar Fendi memulakan mukadimahnya. Dahi aku dah tentunya berkerut. Tak faham langsung apa yang ingin Fendi utarakan.
“Esok, jam 8 pagi saya ambil awak di rumah awak. Saya nak awak bersiap-siap dan pakai baju kurung… Kita akan pergi ke suatu tempat..” sambung Fendi lagi. Lagi lah aku tak faham. Siap arahkan aku pakai apa yang dia suruh.. Ni memang tahap melampau ni.. Di luar waktu kerja pun Fendi nak arah aku..
“Esok cuti lah. Saya nak duduk rumah saja. Dan saya tak mahu diganggu!” aku berkeras.
“Saya tak kira! Saya nak awak ikut saya! Wajib!!” tengking Fendi.
Terkedu aku. Mamat ni kalau tak muncul dalam hidup aku walaupun sehari memang tak sah. Dia ingat aku ni kekasih dia ke nak usung aku ke mana sahaja yang dia suka?
“Saya tak suka awak paksa-paksa saya. Awak pergi sorang dah la.. Takpun ajak perempuan lain..” jawabku berani. Masa tu aku dah cekak pinggang pun. Bila-bila masa aja perang akan aku isytiharkan.
“Mana boleh awak takde. Saya dah register dan bayar atas nama awak sekali! Kenapa pulak awak tak nak pergi? Sudah, awak jangan nak tolak lagi. Ini perintah saya! Awak mesti ikut.. Kalau tak, saya potong gaji awak!!” herdik Fendi lagi.
“Potong lah.. ingat saya takut??”
Aku membalas semula. Tak suka betul hal kerja pun terikat sekali. Suka hati dia je nak aku ikut cakap dia..
“Kalau awak tak ikut jugak, saya buang awak dari kerja ni..!! Pilih antara dua..!!”
Fendi memberikan aku pilihan. Buang kerja? Takkan aku nak penganggur lagi sekali? Cukup lah aku menganggur di rumah dulu. Lama jugak tu, dekat enam bulan. Ibu pun dah mula bising. Katanya tak guna belajar tinggi kalau sekadar nak menghabiskan beras kat rumah. Bukannya nak kahwin lagi pun..
Uh.. jauhnya aku mengelamun.. Mulutku pula tak henti-henti membebel dari tadi. Tak sedar pula kaki aku dah melangkah ke dalam bilik air.. Malang memang tak berbau. Entah apa silapnya, mungkin lantai bilik air tu licin, terus aku jatuh tersembam di dinding bilik air.. Aduhh.. Sakitnya dahi aku..
Aku raba-raba dahi aku yang sedikit benjol. Bibir aku pula dah pecah dan mengeluarkan sedikit darah. Peritnya… Fendi punya pasallah ni.. Bencinyaaaa……..!!!!!!!
*************
“Jangan lah menangis sayang!! Sikit je tu… Meh sini, abang tuamkan dahi tu..!” pelawa Fendi dengan tuala putih yang dipegangnya. Sedikit basah tuala itu setelah direndam dengan air suam. Aku mencerlung mata ke arah Fendi. Sisa-sisa geram masih berbaki di dalam hati.
Sudah puas aku menangis di restoran itu. Banyak sudah manik-manik jernih yang menuruni pipi ini. Betapa hatiku sakit dengan apa yang terjadi hari ini. Bila aku ingatkan semula, sumpah, aku takkan mengikut Fendi lagi! Apa nak jadi pun jadilah!
Banyak mata yang memandang perlakuan kami. Peduli apa aku! Sakit hatiku tak sesakit dahi yang berbenjol ni. Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi. Aku menangis bukan kerana kesakitan di dahi, namun kesakitan di hati yang tercalar dek kelakuan Fendi. Aku perlu kuat untuk mempertahankan maruahku..
“Awak ni memang sengaja nak menyakitkan hati saya kan?? Ape awak bahasakan diri awak tu? Abang konon..” aku tolak tangan Fendi yang mula mendarat di dahi.. Bibir yang pecah aku raba. Masih terasa sakitnya.
“Shima, please! Maafkan abang! Abang tak sengaja nak malukan Shima hari ini. Semua tu di luar jangkaan abang. Abang tak berniat macam tu. Mari, abang bawakan ke klinik!” ajak Fendi merayu.
“Eii..tolong lah! Awak dah pijak-pijak maruah saya hari ini! Sedikit pun awak tak menepis kata-kata gurauan lelaki itu. Sebaliknya awak senyum tadi! Awak ingat saya ni boneka awak? Boleh dihina, dipermainkan sesuka hati! Apa hak awak nak ajak saya ikut kursus kahwin ni? Kita bukan pasangan kekasih pun! Jauh sekali pernah bercinta! Dan antara kita tiada perancangan kearah itu…”
“Awak tak pernah fikir sedikit pun perasaan saya! Saya terpaksa ikut segala arahan awak! Saya terpaksa berkelakuan seperti perempuan melayu terakhir. Untuk apa semua ni? Awak hantar pinangan dan bersetuju untuk bertunang tetapi awak hancurkan harapan keluarga saya! Awak terlalu kejam, Fendi! Terlalu kejam! Saya benci awak!!”
Aku memang sudah tidak dapat bersabar lagi. Apa, dia ingat dengan kata maaf tu boleh kutip balik maruah aku yang dah jatuh tu?? Perkataan maaf tu boleh putar semula kejadian yang berlaku sehingga sebelum aku bertemu dengan dia?? Apa salahku hingga dia membuat aku membenci dia??
“Lain kali kalau awak nak ambil kursus kahwin, awak ambil lah sorang-sorang!”
“Eh, awak ni! Kursus kahwin kena ambil sekali aje..! Takkan nak berkali-kali pulak? Mana ada orang ambil kursus kahwin tanpa bakal pengantin perempuannya…?”
“Siapa bakal pengantin awak tu? Jangan-jangan…..”
“Dah tentu awak! Siapa lagi?”
Yakin betul Fendi menjawab soalan aku. Sedangkan dia tak sedar segala kelakuannya selama ini sekadar menambahkan kebencian di hatiku. Mustahil aku nak jatuh cinta pada Fendi yang kuat memerintah.
Malu betul aku hari ni..! Gara-gara dahi yang berbenjol ni aku dimalukan depan orang ramai.. Mana nak letak muka ni…?? Teringat aku peristiwa pagi tadi,
“Wah..!! Bagus-bagus ye bakal pengantin zaman sekarang! Sakit-sakit pun datang jugak kursus kahwin ni…” ucap seorang ustaz di hadapan dewan sewaktu aku dan Fendi mengambil tempat duduk kami.. Kami sedikit lambat sampai ke dewan tu sedangkan peserta kursus yang lain dah separuh jam mendengar ceramah.
“Ala.. ustaz!! Mereka tak sabar nak kahwin tu… Kenalah cepat-cepat ambil kursus kahwin ni.. Hihihi…” sahut seorang peserta lelaki yang berbadan gempal diikuti gelak beramai-ramai peserta yang lain..
Malunya aku tak usah cakaplah.. Fendi pula tersenyum kambing.. Sakit hati aku tengok senyuman dia tu.. Masa tu aku rasa aku dah tak cair dengan senyuman Fendi sebaliknya dalam hati ni dah mengelegak api kemarahan aku tu.. Aku rasa muka aku pun dah merah..
“Eh.. agak-agaknya mereka dah kahwin semalam kot.. Tu yang berbenjol dahi tu…! Bibir pun bengkak semacam je.. Kena cium lah tu.. Ganas nya pasangan dia tu yee….” seorang lagi peserta lelaki mengusik aku. Geramnya.. Tapi aku terpaksa pendamkan dalam hati.. Dalam dewan tu ramai peserta. Aku kira mungkin dalam seratus lebih kot… Takkan aku nak bergaduh kat sini pulak?? Eii.. kalaulah Fendi di depan aku ni, dah lama aku terajang....
“Sudah! Sudah! Kita teruskan sesi ceramah kita pagi ni..” ustaz kat depan menamatkan sesi gurau senda yang langsung aku tak berkenan tu dengan sisa ketawanya.. Aku tengok ustaz tu geleng-geleng kepala. Dah tu, ustaz tu senyum pula.. Sama je dua kali lima dengan peserta yang perli aku tadi..
“Shima, i’ m so sorry! Mungkin sebab abang, Shima dapat malu tadi..” tutur Fendi perlahan. Fendi tetap menghulurkan tuala putih tadi. Gelagat kami dipandang beberapa pasang mata dalam restoran tu.. Fendi menekan dahiku dengan tuala tu.
“Jangan menangis lagi ye…! Abang betul-betul minta maaf! Abang tak sengaja..” sambung Fendi.
“Memang sebab awak, saya dimalukan macam ni..! Tak pernah lagi saya dikenakan macam tadi, tau tak?? Awak ingat dengan kata-kata maaf awak tu, saya akan lembut hati..? Awak ni…” aku tak mampu meneruskan kata-kata bila esak tangisku kembali menenggelamkan suara. Aku hiba sebenarnya. Tak pernah aku dimalukan sebegini.
Mungkin pada orang lain ia hanya perkara kecil. Disebabkan ini aku semakin membenci Fendi. Aku tak peduli. Lepas ni aku nak lancarkan mogok. Biarpun terpaksa bertahan hingga hari esok, aku tetap nak mogok pada Fendi.
************
Suara orang berbual kedengaran dari dapur. Saling bertingkah dengan bunyi kuali dan sudip. Haruman gulai ayam kampung membangkitkan selera. Sudah lama tak makan ayam kampung. Datuk Azman yang melewati ruang dapur masuk ke ruang tersebut.
“Rancak berbual!” sapa Dato’ Azman lalu melihat gulai yang sedang mendidih di dalam periuk. Aromanya yang mewangi menusuk ke hidung.
“Wanginya… Dah lama abang tak rasa gulai ayam kampung ni..! Entah berapa tahun kita tak makan, kan Lia?” ceria sungguh suara Dato’ Azman. Datin Zalia cuma tersenyum.
“Puan, saya hidangkan semua ni atas meja ye..” tanya Bibik Kina. Datin Zalia menganggukkan kepala.
“Memang dah lama, bang! Sejak kita pindah dari kampung tu… Bila berpindah ke bandar, kita beli ayam daging yang ada kat pasar tu.. Selalu pun macam tu dulu.. Susah nak dapat ayam kampung ni, bang! Selain harganya yang mahal, ayam kampung ni jarang kita boleh beli di bandar ni..” terang Datin Zalia panjang lebar sambil tangannya ligat menyusun pinggan untuk dibawa ke meja makan.
“Bibik kan ada. Kenapa susah-susah nak buat semua kerja tu..? Tak lembut dah tangan tu..” soal Dato’ Azman.
“La.. abang ni..! Tak salah pun buat kerja ni.. Ini memang kerja orang perempuan pun.. Lia dah tua, bang! Mana nak lembut tangan ni. Abang tu, hah! Pergilah kat depan. Tengok tv ke, baca paper ke…!”
“Ala.. abang datang sini nak bermanja-manja ngan Lia!” tutur Dato’ Azman lembut. Dato’ Azman mengusap tangan Datin Zalia.
“Ish.. abang ni! Tua-tua macam ni nak menggatal pulak! Nampak dek bibik nanti, kan malu?” Datin Zalia membalas sambil menepis tangan suaminya.
Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam di depan rumah.
“Mama! Papa!” jerit Nida. Segera beg di tanganya diletak atas lantai lalu memeluk Datin Zalia yang baru selesai meletak pinggan di meja makan. Bibik Kina berlalu ke dapur untuk mengemas.
“Laa.. Nida! Balik tak nak pun bagitahu kat mama ye…” ucap Datin Zalia lalu mencium pipi Nida. Nida anaknya yang sulung. Jarang balik ke rumah namun sentiasa menghubungi mereka mengkhabarkan tentang dirinya.
“Kawan serumah tak ikut sekali ke?” soal Dato’ Azman setelah mengambil tempat duduk di meja makan.
“Taklah.. Masing-masing ada hal, papa! Biasalah nak jumpa buah hati pada hari minggu, pa…!”
“Jom lah makan sekali! Untung Nida balik time lunch macam ni. Terus dapat isi tangki perut tu..” pelawa Dato’ Azman sedikit berjenaka. Nida tersenyum. Masing-masing sudah bersedia di meja makan. Setelah doa makan dibaca, mereka menjamu selera tengah hari itu.
Dato’ Azman, Datin Zalia dan Nida sudah selesai makan tengah hari. Setelah Bibik Kina mengemaskan meja makan, mereka beredar ke ruang tamu. Dato’ Azman mencapai remote control lalu menekan punat ‘ON’ tv Samsung di hadapannya.
Rancak pemberita TV3 itu menyampaikan berita terkini. Tekun pula Dato’ Azman mendengarnya. Belum pun panas sofa diduduki, Nida mengangkat punggung lalu menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
“Apa perancangan abang sekarang?”
“Perancangan apa? Lia izinkan abang kahwin satu lagi ke?” gurau Dato’ Azman.. Datin Zalia terus mencubit paha suaminya.
“Lia tengah serius ni, abang main-main yee…! Lia bercakap tentang Fendi tu.. Bila lagi kita nak rasa bermenantu ni?? Nak tunggu Nida tu, tahun depan baru merasa, bertunangnya dah lama kahwinnya yang lambat…”
“Nida tu kan tunggu tunang dia habis belajar kat oversea tu.. Kahwinkan Nida dulu baru Fendi..!” getus Dato’ Azman.
“Ala..bang..! Tunang Nida tu belum tentu lagi nak kahwin tahun depan, bang! Bukan apa tak tahu bakal menantu abang yang seorang tu suke sangat study. Kalau ada yang lagi tinggi dari Master atau Ph D tu, lagi budak tu nak sambung.. Apa kata kalau kita ulang semula meminang anak Rafida tu..? Saya memang dah berkenan dengan budak tu dari dulu lagi… Lagipun bukannya kita tak kenal mereka sekeluarga. Fendi suke atau tak kita paksa dia juga! Hantaran memang lah mahal tapi berbaloi, bang..! Shima tu memang sesuai untuk Fendi..” cadang Datin Zalia.
Entah kenapa sejak mereka hantar rombongan meminang tu, ingatan Datin Zalia tetap pada Shima. Walaupun nampak ganas macam lelaki, Datin Zalia tahu Shima sesuai untuk menjadi isteri anak lelaki tunggalnya itu. Di dalam diri Shima, masih ada kelembutan seorang wanita.
“Lia ni…, bukan ke kita dah batalkan peminangan tu? Nanti apa pula kata diorang ni, pasti mereka ingat kita ni suke memperbodohkan anak mereka.. Kita pun dah malukan keluarga mereka dengan membatalkan pertunangan tu.. Perkara macam ni mane boleh dibuat main-main aje…! Air muka mereka kita kena jaga juga..” nasihat Dato’ Azman.
Datin Zalia mencebik bibir. Kemudiannya terdengar keluhan kecil dari bibir itu.
“Hai mama! Kenapa ni? Masam je muka tu.. Takkan gaduh dengan papa kot??” jerit Nida berlari anak mendapatkan kedua orang tuanya. Selesai saja mandi dan solat, Nida turun ke tingkat bawah.
“Mama Nida ni, nak Nida kahwin hujung tahun ni..” bohong Dato Azman lalu mengenyitkan mata pada Datin Zalia. Datin Zalia menjegilkan matanya. Geram kerana namanya dikaitkan sekali dalam pembohongan tak dirancang itu.
“Iye ke, mama? Tapi rasanya Abang Zakuan tu belum bersedia nak kahwin lagi la, mama! Study pun tak habis lagi.. Biarlah dia habiskan study dia tu.. Ada jodoh kami, takkan ke mana punyela…” jelas Nida lalu mengambil tempat di sebelah Dato’ Azman.
Pantas saja tangannya mencapai remote control di genggaman Dato’ Azman lalu menukar siaran.
“Nida, papa nak tengok berita la..”
“Ala, tukar sekejap je..”
“Umur Nida sekarang dah 30 kan? Dah sampai masanya Nida berumahtangga! Nak tunggu sampai bila lagi? Nida tak bincang langsung perkara ni dengan Zakuan ke? Kahwin semasa belajar bukannya tak boleh pun..” nasihat Datin Zalia pula. Rasanya baik teruskan saja pembohongan tadi. Untung-untung dua anaknya sekailgus naik pelamin.
“Zakuan takut takde komitmen kalau kami kahwin sekarang! Fendi kan ada? Suruhlah dia kahwin dulu, ma!” usul Nida lagi. Bukannya Nida tidak tahu perangai adiknya yang seorang tu.. Beberapa bulan lalu, keluarganya sudah menghantar pinangan. Namun di saat akhir sebelum hari untuk bertunang, Fendi membatalkannya. Entah apa yang difikirkan Fendi hingga sanggup berbuat begitu sedangkan dia sendiri yang bersetuju.
Apapun, Nida tahu, pastinya sekarang Fendi sedang dilamun cinta. Fendi ada memberitahunya tentang perasaannya pada seorang perempuan. Dan bila diketahui gerangannya perempuan itu, memang Nida terkejut besar!!
Sudah Terbit!
2 years ago
February 23, 2009 at 10:57 AM
nggeeee.....
siannyer kat shima uh...
fendi soo caring..
rse2 nida mesty da taw yg shima uh shima yg zamn kecik2..
ngeeee...xsaba nk tggu smbungn nieh..
smbung2..
February 23, 2009 at 11:00 AM
aku sokong ko zaty.
maybe nide dh tau.
tp fendi dh tau ke yg shima2 si tembam yg dulu?
smbung2
-na'dz
February 23, 2009 at 7:19 PM
he..heee...
seronok dah nehh~
x sbar nk tgu fendi kawin ngan shima~
February 27, 2009 at 2:17 PM
thanks kpd mereka yg sabar menunggu...syg korang!!!