Deruan angin pantai yang sejuk mendinginkan tubuh Fendi yang berada di persisiran pantai. Angin sempoi-sempoi bahasa menyapa tubuhnya. Pantai Teluk Kemang itu dipandangnya sepi.
Kelihatan tiga orang kanak-kanak bermain kejar-kejar di tepian pantai itu. Ada gelak ketawa yang riang di wajah mereka. Biarpun pasir-pasir membalut kaki mereka, ia sedikit pun tidak mencacatkan kegembiraan mereka.
Segera tubir kenangan lalu disingkap kembali. Ada wajah kecil di situ. Yang menggamit pandangan hatinya. Ingin disentuh wajah itu namun bayangan semakin menjauh. Dlihat dua wajah kanak-kanak itu. Masing-masing bersuara namun tidak terdengar oleh pendengarannya.
Ya, kanak-kanak itu melontarkan janji. Janji untuk bersama seperti selalunya. Janji untuk tidak melupakan satu sama lain.
Tiba-tiba handphone Fendi bergegar di dalam kocek seluarnya menandakan ada panggilan masuk.
“Fendi ade kat mane ni? Kenapa off handphone tu? Dah dua minggu Fendi menghilang. Kalau iye pun nak merajuk, jangan lah bawa diri macam tu sekali..” lembut suara si kakak cuba memujuk adiknya, Fendi yang seorang ni.
“Tak jauh mana pun, kak Nurul! Nanti Fendi balik la..” janji Fendi.
“Fendi, kalau ada masalah bagitahu pada akak ye.. Kalau pasal Shima tu, nanti akak cuba bantu Fendi.”
Hampir lima belas minit mereka berdua berbual. Panggilan ditamatkan kemudian. Ada nafas lega yang terukir di bibir Nurul Asnida. Tenang rasanya bila sudah mengetahui keadaan Fendi. Boleh lah dikhabarkan tentang Fendi kepada ibubapanya yang semakin risau sejak dua minggu lalu.
************
Fendi merenung cermin tingkap yang mengasingkan biliknya dengan meja Shima dulu. Sudah tiga bulan meja itu didiami setiausaha baru. Terkadang Fendi perasan gelagat setiausahanya yang sedikit gedik. Fendi agak meluat melihatnya. Menyesal rasanya menjalankan interview untuk mencari pengganti Shima. Setiausaha itu tidak seperti Shima!
Seringkali staff baru itu menggodanya namun Fendi berjaya menepis godaan itu. Iman yang senipis kulit bawang itu harus dijaga sebaik mungkin. Ahh.. bagaimana lah aku boleh bersetuju untuk mengambil perempuan yang tak cukup kain ni…, fikir Fendi.
Saban waktu, rindu yang cuma secarik itu menyapa hatinya. Kadang kala rindu itu seakan membengkam jauh di sanubarinya. Betapa Fendi merindui telatah Shima yang sering marah-marah itu. Shima yang sering membuai perasaannya tiap ketika. Walaupun sering marah-marah, wajah itu tetap menarik pada pandangannya. Hinggakan Fendi tidak berasa jemu untuk mengusiknya.
Dapat dirasakan sudah mendung wajah seorang lelaki yang bernama Saiful Affendi itu. Biar sejauh mana pun dia menidakkan perasaan yang satu itu, ia tetap hadir di depan mata. Benarkah egonya mengatasi segala-gala?
Egonya Fendi kerana tidak ingin mengakui rasa hati itu sebelum ini. Kerana tersandung jatuh di medan janji, kerana wajah kecil itu yang sering menggamit rindunya membuatkan Fendi tekad akan mencari biar selama mana hayatnya masih bernafas di bumi Allah ini..
Betapa bertuahnya bila orang yang dicari sudah ditemui namun kerana rasa was-was dan bimbang apakah rasa itu masih mengikat janji mereka, idea yang gila tiba-tiba muncul di benaknya.
Ya! Fendi membuat perjanjian yang gila, yang seingatnya tidak akan termampu dilaksanakan oleh perempuan itu. Menurut segala kemahuan Fendi sendiri. Dan Fendi terkejut sendiri, perempuan itu sanggup melaksanakan syarat gila itu.
‘Shima, kali pertama aku memandang potretmu di kampungmu hari itu, aku sudah bertekad akan menjadikan dirimu permaisuri di hatiku.. Penyeri hidupku.. Namun begitu payah aku rasakan untuk meluahkan perasaan ini. Kerana peredaran waktu mencemburuiku. Usia kita yang makin meningkat tentunya akan mengubah perilaku kita. Masa tu, tertanya-tanya aku, adakah dirimu mengingati juga janji itu..? Aku takut andai hanya aku seorang yang berharap..’
Fendi berterusan berteleku di kerusinya. Sambil tangannya menyelak helaian album lama itu. Gambar Shima yang comel! Shima yang tembam yang kini berubah menjadi gadis yang kurus dan manis menawan. Yang meruntun hati siapa yang melihatnya. Dan Fendi adalah salah seorangnya. Biarpun perwatakan sedikit kasar, Fendi berjaya juga mencorakkan keperibadian Shima.
Tiba-tiba, pendengaran Fendi menangkap satu bunyi yang agak kasar di pintu biliknya. Kekecohan di luar bilik menarik perhatian Fendi untuk melihatnya. Ditarik kakinya untuk melangkah ke luar. Pantas tombol pintu dipulas..
“Uncle pekak ke apa? I dah bagitau tadi kan, tak boleh masuk! Encik Fendi tak mahu jumpa sesiapa pun hari ni. Lagipun Uncle tak buat appointment dengan Encik Fendi!” keras suara si gadis di hadapan Fendi melontar kata-kata kesat itu. Si gadis memandang lelaki tu itu dengan perasaan jelik.
“Hei, kamu siapa nak halang saya, hah?”
“I ni, secretary baru kat sini!” sinis saja suara itu menjawab memecah keheningan ofis.
Si gadis itu terus menghalang perjalanan lelaki tua yang dirasanya kurang ajar dan tidak mahu mendengar kata itu. Staff lain hanya terlopong melihat agedan itu. Wah, beraninya! Takkan tak kenal uncle tu..? Habislah…
“Huh! Baru keje kat sini, nak berlagak dengan saya ye..?”
“Uncle!! Jangan masuk!” pekik si gadis itu.
“Maaf, Encik Fendi! Uncle ni berkeras nak jumpe Encik Fendi!” beritahu setiausaha baru itu termengah-mengah..
Fendi yang berada di hadapan pintu biliknya hanya terdiam melihat kelakuan setiausaha baru itu. Fendi tiada mood untuk menyelesaikan perkara yang berlaku tadi.
“Dato’!!” lemah suara Fendi menyambut kehadiran papanya yang tidak disangka-sangka itu. Sememangnya itulah panggilan Fendi buat papanya ketika waktu pejabat.
“Saya nak berjumpa dengan kamu lepas ni!” keras suara Dato’ Azman memberitahu gadis tadi. Gerun pula gadis itu melihat wajah Dato’ Azman.
“And after lunch, I want meet U, Natasya...!” sambung Fendi pula.. Natasya menganggukkan kepala. Seraya duduk di tempatnya.
Setelah pintu ditutup dari dalam,
“Dari mana Fendi dapat secretary macam tu? Sudahlah kainnya macam tak cukup aje, berlagak sombong pulak tu! Cara bercakap macam kurang ajar aje.. Perempuan tu tak reti nak hormat orang tua langsung!” bebel Dato’ Azman lantas duduk di sofa yang sememangnya tersedia di bilik itu. Dato Azman memandang wajah redup anak bongsunya itu
“Hah, ni apasal macam ayam berak kapur aje?” tanya Dato’ Azman setelah menyedari keadaan Fendi yang tidak menjawab soalannya tadi.
“Takde apa-apa lah, papa! Cuma penat aje…” beritahu Fendi lalu mengeluh perlahan.
“Takkan penat sampai muka jadi macam tu. Banyak sangat ke kerja kat ofis ni? Kalau perlu, pergilah bercuti lagi, tenangkan fikiran tu! Tengok riak muka Fendi saja, papa dah tahu, Fendi ni mesti masih kecewa kan?”
Mm.. macam mana papa boleh tahu ni? Memang lah Fendi tengah kecewa ni papa, bakal menantu papa tu dah tinggalkan Fendi terkontang-kanting kat sini. Sedih hati ni, pa!
Ucapan itu hanya bermain di fikiran Fendi. Malu lah nak mengaku yang dirinya sudah jatuh cinta!
“ Kalau Fendi ada masalah, bagitahu la kat papa. Papa kan pakar cinta!” ujar Dato’ Azman lalu mengenyitkan matanya. Dato’ Azman mengangkat punggung lalu beralih ke meja anaknya. Terpandang satu album lantas di selaknya album itu. Tersenyum kecil Dato’ Azman di situ. Pasti anaknya sudah tahu siapa yang pernah dicalonkan menjadi menantunya dulu. Cuma dia tidak pasti, apakah Shima tahu bahawa Fendi adalah kawan sepermainannya dulu?
Fendi mengangkat wajah lantas memandang Dato’ Azman. Berkerut sedikit dahinya. Dialih pandangannya bila ternampak albumnya berada di tangan Dato’ Azman.
“Papa tahu, Fendi teringatkan Shima kan? Kenapa tidak dikejar Shima tu? Tak kira lah sejauh mana pun dia pergi, Fendi patut rebut cinta pertama Fendi tu.. Jangan mengalah sebelum pergi berperang! Fendi tu lelaki.. Tunjukkan sikit sifat lelaki Fendi tu.. Ni, lagi satu, kalau nak dapatkan sesuatu, buangkan ego tu..” nasihat Dato’ Azman menerpa di telinga.
Fendi mengangguk lemah. Memang betul apa yang dikatakan Dato’ Azman. Dan kata-kata itu tepat mengenai sasaran. Memang kerana ego, Fendi kehilangan orang yang disayanginya.
“Baiklah, papa! Saya akan cuba bawak balik cinta saya tu..” Fendi menuturkan janji.
“Mm… Papa tak berkenan dengan staff baru Fendi tu.. Gediknya tu melampau la.. Nanti tak pasal-pasal Fendi tersangkut dengan dia. Kalau perempuan macam tu, tak ingin papa buat menantu,tau! Jadi hantu boleh la.. Fendi cari lah secretary baru. Yang sesuai dengan cara kerja kita kat sini…”
“Nak buat macam mana, pa! Secretary lama tu mintak berhenti kerja. Saya dah suke dengan cara dia kerja tu, tapi tula…..”
“Fendi tak naikkan gaji dia ke? Staff yang bagus jangan dilepaskan, Fendi! Tu asset kita.. Macam mana lah Fendi jaga kebajikan staff kita kat sini?” keluh Dato’ Azman.
“Dia tak suke Fendi, pa…”
“Tak suke Fendi? Apa Fendi buat kat dia? Lain macam aje bunyi nya… Siapa secretary lama Fendi tu?”
“Shima!!”
“Apa??”
“Bakal menantu papa yang tak jadi dulu. Sekarang nak jadi, dia pula yang tak suke….”
“Astagfirullah, budak bertuah ni! Kenapa tak bagitahu papa, Shima tu kerja kat sini..? Kalau papa tahu, dah tentu papa boleh jemput dia tiap minggu datang rumah kita.. Mama Fendi tu selalu sebut pasal dia…Apa Fendi buat sampai dia lari dari sini? Mesti Fendi buat yang tak baik ni… kan???”
“Mana ada, papa! Fendi tak buat yang tak baik pun.. Fendi tahu apa yang elok, apa yang tidak. Mungkin cara Fendi tu yang dia tak suke..”
“Dah tahu cara tu tak elok, kenapa guna?”
“Fendi nak pikat Shima!”
“Nak pikat apenye..? Tengok cara kamu pikat dia tu, hah, dah lari kan???”
“Tapi…”
“Mm.. tengoklah nanti! Tahu lah papa ape nak buat. Tapi jangan mengharapkan sangat pertolongan papa ni. Fendi pun kena usaha jugak!”
“Baik, pa….!”
Sudah Terbit!
2 years ago
March 7, 2009 at 2:15 AM
sy x puas hati~
perkembangan citer lambat rrr...
nk fendi ngan shima b'baik..
asal la ego tinggi melangit~
March 7, 2009 at 2:22 AM
hehehe..at last..fendi mengaku jgk yg dia suka shima..hehehe...so sweet. cpt smbg k..
March 7, 2009 at 2:31 AM
haaaaaaaa.....kn dh kate...fendi 2 mmg ipul...hehehehe...cian fendi..rndu kt shima..xpe2..mst shima pom rndu die..jgn bmbg fendi...huhuhu
March 7, 2009 at 8:35 AM
hhihihi..apela fendi ni..
macam budak2
chayok fendi
March 7, 2009 at 9:58 AM
ala fendi nie...
cepat2 la..
cian shima..
ntah2 die tgh rindukan fendi gak..
yela..lm xkena marah2..arah2 ngan fendi..
March 7, 2009 at 11:20 AM
nak pasal shima...
sambung lagi ye..
March 7, 2009 at 11:52 AM
best2.
smbung2
shima xtau ke tu epul?
-na'dz
March 7, 2009 at 2:47 PM
wah...dato azman...sanggup tolong anak dia ni...bagus betul la...blh la klu watak ni btl2 wujud kan?
March 7, 2009 at 6:11 PM
huhu..
da kte da fendi uh epul..
malangnye shima tataw..
isk2..
fendi,,go n catch her...
chayok2..
nk lgi,nk lgi..hehehe...
March 7, 2009 at 7:26 PM
sambunglah cepat sikit ye...best cerita ni....