Secarik Kasih Di Hujung Nafas 3


“Abang, usir perempuan tu dari sini! Perempuan tu bawa sial dalam keluarga kita! Perempuan tu dah malukan kita dan sekarang dia dah ragut nyawa satu-satunya anak lelaki kita! Usir dia, bang!! Saya benci diaaa….!” Datin Sofea memekik. Meraung dia di sisi jasad anaknya. Fahmi sambil cuba ditenangkan oleh suaminya. Tetamu yang hadir memandang cuma.

Tak disangka Fahmi akan meninggalkan mereka semua. Fahmi mengalami kemalangan teruk sewaktu mengambil pakaian pengantinnya. Keretanya berlanggar dengan lori minyak yang memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba. Kereta Fahmi terus mencium belakang lori itu menyebabkan separuh badan kereta masuk di bawah lori.

Semuanya persiapan yang dilakukan agak tergesa-gesa terpaksa dibatalkan.. Majlis akad nikah bertukar menjadi majlis tahlil arwah. Hati ibu mana yang tidak pilu mengenangkan satu-satunya anak yang lahir dari rahimnya meninggalkan dunia ini dengan keadaan begitu. Fahmi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kehilangan darah yang banyak. Sedih hatinya mengenangkan Fahmi. Bacaan Yassin bergema ke seluruh rumah.

“Kau keluar!! Aku benci tengok kau!! Kau ingat kedatangan kau kat sini boleh rawat hati yang sakit ni, hah?? Pergi…!”

Datin Sofea bersuara keras untuk menghalau Safira dari rumah agamnya.. Nafasnya turun naik menahan marah. Betapa degilnya perempuan yang dicintai sepenuh hati oleh Fahmi ini. Biar diherdik berapa kali pun, Safira tetap tidak berganjak dari rumah itu. Air mata Safira semakin laju menuruni pipi halusnya. Dato’ Razali memandang ke arah Safira. Timbul perasaan belas kasihan terhadap perempuan muda itu. Kerana tidak mahu Safira berterusan menjadi mangsa herdikan isterinya, dibawanya Safira ke bilik bacaan.

“Maafkan papa, Safira! Papa rasa kehadiran Safira tak diperlukan di sini. Papa harap Safira boleh pergi dari sini…” pnta Dato Razali dengan lembut.

Mana mungkin dia berkata kasar dengan gadis yang sedang dirobek hatinya itu. Dato’ Razali tahu, hanya dengan kelembutan yang bisa mencairkan hati gadis itu sekarang. Hanya kelembutan yang boleh menghentikan tangisan Safira. Panggilan papa sudah lama digunakan sejak Safira bercinta dengan Fahmi lagi. Dato’ Razali mengusap lembut rambut Safira. Safira tidak ubah seperti anaknya jua…

‘Kasihan gadis ini… Hidupnya tiada berteman kini. Orang sekeliling mula mencemuh.. Safira anakku, sabarlah.. Papa tahu kamu tidak bersalah. Papa tahu..!!’ desis Dato’ Razali.

Dato Razali jadi kasihan melihat Safira. Walaupun Safira yang dituduh membuat onar bersama anaknya, Dato Razali tidak menyalahkan Safira. Wajah polos Safira seakan menceritakan bahawa Safira dan Fahmi tidak bersalah. Barangkali takdir yang mengkehendaki begitu.. Dan takdir juga yang membawa anaknya pergi untuk selamanya. Dato Razali redha dengan semua itu.

Beribu simpati terbit di hatinya. Dato Razali kasihankan Safira. Dato Razali tahu betapa anaknya, Fahmi begitu menyintai Safira. Dato Razali tahu Safira keseorangan sekarang. Tiada sesiapa di sisi gadis itu. Bagaimanakah kehidupannya nanti? Lebih-lebih lagi setelah kehilangan Fahmi?

“Safira, anakku! Andai papa punya seorang lagi anak lelaki, akan papa kahwinkannya dengan Safira. Papa kasihankan Safira. Bersabarlah menghadapi dugaan hidup ni.. Papa tahu perit untuk Safira tanggung semuanya tapi percayalah andai Safira tabah, kebahagiaan pasti muncul di kemudian hari. Papa akan sentiasa doakan Safira. Moga Safira bertemu jodoh yang lain..” nasihat Dato Razali lalu dikesatnya air mata gadis itu.

Safira membisu seribu bahasa sejak memasuki bilik bacaan itu.. Cuma kedengaran tangisan kecil yang tidak kuat sahaja. Cuba dikumpulkan kekuatan di dalam diri. Sudahlah kehadirannya tidak diundang, pandangan serong dari puluhan mata yang memandang seakan mencucuk hatinya. Sakit rasanya. Safira merenung jarinya yang berinai. Inai yang tidak sekuat mana pun warnanya. Warna inai yang merah itu seakan pudar, sepudar hatinya kini. Inai yang dibuat sendiri lantaran tiada siapa yang ingin membantunya.

“Tidak mengapa, papa! Safira… Safira sedar siapa diri ini. Hajat di hati nak menumpang kasih dengan keluarga ini tapi sayangnya ia tak kesampaian. Mungkin bukan di sini kebahagiaan yang Safira cari. Takpelah, papa. Bukan jodoh Safira bersama Fahmi. Jika itu yang ditakdirkan, Safira redha… Terima kasih, papa sebab kasihan pada diri ini. Tiada siapa yang beri kekuatan pada Safira melainkan papa seorang..”

Kolam mata Safira dilimpahi lagi dengan air mata. Mudahnya air jernih itu mengalir. Barangkali ia turut bersimpati dengan nasib Safira. Dato’ Razali memeluk Safira. Dia berharap pelukan itu mampu menenangkan kemarau yang melanda hidup gadis itu.

Dato Razali bangun menghampiri rak buku-buku bacaannya. Di situ terselit satu buku kecil berwarna merah. Diraih buku itu dalam pegangannya. Dato Razali memandang Safira.

“Sehari sebelum Fahmi accident, Fahmi minta diari ini diberikan pada Safira. Fahmi jelaskan pada papa yang kes hari tu memang bukan salahnya. Tidak terlintas pun di hatinya nak dapatkan Safira dengan cara kotor tu. Safira, papa minta maaf! Papa ada terbaca diari ni. Bukan papa berniat buruk, papa cuma mahu tahu bagaimana hati anak papa tu pada Safira. Kalau Safira baca diari ni, papa pinta janganlah Safira terkejut besar dengan tulisan Fahmi. Rambut manusia sama hitam tetapi hati lain-lain. Papa sendiri tak menyangka! Andai Safira bertemunya kelak, jangan ada dendam terbuku di hati.”

“Jika Safira perlukan semangat dan nasihat dari papa, janganlah segan-segan menghubungi papa. Safira tahu nombor papa kan? Papa sentiasa ada untuk memberi semangat buat Safira. Papa dah anggap Safira macam anak papa sendiri,” sambung Dato’ Razali.

“Terima kasih, papa!” ucap Safira perlahan lantas diambil diari itu. Mungkin di sini akan terungkai apa yang sebenarnya terjadi dulu. Dato Razali menepuk-nepuk bahu Safira.

‘Hai, anakku… bersabarlah. Papa doakan dirimu sentiasa diulit kebahagiaan. Biarpun lambat, pasti ia akan mencari kamu kelak!’

10 Response to "Secarik Kasih Di Hujung Nafas 3"

  1. keSENGALan teserlah.. says:
    May 20, 2009 at 3:35 PM

    huhu.,..
    cian gler..
    argghh...
    sedehnye..
    huhu...
    ape la ader dsebalik kte2 dato razali tuh??
    misteri2..
    smbung2..

  2. Anonymous Says:
    May 20, 2009 at 3:48 PM

    best cepatla sambung

  3. Miss Kira says:
    May 20, 2009 at 4:49 PM

    apa yg fahmi tulis..
    cpt smbg ya..

  4. Anonymous Says:
    May 20, 2009 at 6:19 PM

    wawa..xsgke lak fahmi mati..sean fahmi..
    xsabar ni nk tau ape isi kandungan diari tu.coz nk tau sape dalang disebalik sume ni..huhu..

    -cheesecake-

  5. MaY_LiN Says:
    May 21, 2009 at 12:33 AM

    waaaa..
    cedihnye...
    fahmi...

  6. nurhakim says:
    May 21, 2009 at 11:26 AM

    sedihnya...
    fahmi dah meninggal...
    xsngka plk jdi cam 2..
    hope lpas nie safira tbah hdapi cbran dan dgaan dlm hdup..
    n jmpa llki yg btul2 tulus n ikhlas syg dia..
    sory writer...trlbih plk...hihiii

  7. Nia Arissa says:
    May 21, 2009 at 11:29 AM

    berat betul dugaan safira...
    sedeh la plak...
    sob3

  8. Anonymous Says:
    May 25, 2009 at 1:02 AM

    sambung la syg

  9. Anonymous Says:
    May 27, 2009 at 2:34 PM

    huhuhu.....
    sedey la...
    ni mesti banjir bumi mlaysia ni..
    hope cepat2 continue ey....

  10. Anonymous Says:
    May 27, 2009 at 2:37 PM

    nak lagi cite ni eh....
    jgn tak sambung lak.

Post a Comment