Ketika ini, aku duduk berteleku di tepi birai katil. Malam sudah lama melabuhkan tirainya. Sinaran rembulan memantulkan cahayanya menerangi kegelapan malam ini. Kini aku merenung inai merah yang menyaluti sebahagian jari-jariku. Ibuku yang membantu meletakkan inai di jari ini, dua malam lepas. Tubir kelopak mata sudah kering disapa angin malam. Aku sendiri tidak berdaya lagi untuk bercanggah pendapat dengan ibu dan ayah tentang Fendi, lelaki yang kini sah bergelar suamiku. Dan di saat ini, aku bakal menghadapi malam pertama pernikahanku. Dadaku sudah lama berdegup kencang. Ahh.. kan elok kalau bukan aku yang jadi isteri mamat sewel tu..!
Sedikit demi sedikit, kisah beberapa hari lepas kembali menerjah ke dalam minda. Aku masih ingat kejadian petang itu, ketika aku baru pulang bersama Fendi,
“Ibu, ape makna semuanya ni..??” jeritan nyaringku memecahkan keriuhan suasana di rumah yang bagaikan ingin menyambut pesta.
Aku sendiri tidak pasti pesta apa yang bakal disambut di rumahku namun dari jenis hiasan yang tergantung di sekitar rumah membuatkan aku teringatkan sesuatu. Makcik-makcik pula aku lihat berada di dapur membuat kerja mereka. Semuanya memandang aku sambil tersenyum. Huh, tak pernah-pernahnya mereka ni nak tegur apatah lagi senyum. Ye la..semua tu sebab cara kasar aku ni.. Lebih-lebih lagi melihat seorang makcik tu.. Yang memang dari dulu tak suka aku sejak aku menolak pinangan anaknya itu.
Tambahan pula sewaktu aku melihat pakaian yang tergantung di sudut almari menguatkan lagi andaian yang bersarang ketika ini di fikiran. Tidakkah tindakan ini terburu-buru sedangkan aku sendiri belum bersedia untuk menghadapinya?? Bila pula keluarga Fendi datang mengulangi lamaran sebelum ini..? Semua ini menimbulkan kemusykilan di hati.
“Ibu minta Shima jangan lah terkejut dengan apa yang Shima nampak sekarang ni..! Kami buat semua ni bukannya untuk menyeksa Shima. Kami rasa keadaan sekarang dah tak selamat selagi Shima belum berkahwin. Kami rase ini mase yang elok untuk Shima berumahtangga. Sebab tu kami bersetuju dengan peminangan Dato’ Azman untuk menikahkan Shima dengan anaknya, Fendi secepat yang mungkin. Jadi… kami fikir ini saat yang pling sesuai untuk Shima..!” jelas ibu sebaik meluru masuk ke dalam bilikku.
“Shima, kenapa muka Fendi lebam aje ayah tengok?” tiba-tiba satu soalan menangkap di halwa telingaku. Ayah berdiri di belakang ibu. Mukanya mengharapkan jawapanku.
“Macam mana nak bersanding esok kalau dah muka biru macam tu..?” bicara ayah seolah-olah menyeksa batinku. Dengan persoalan yang belum terungkai itu membuatkan kepalaku seakan pening dibuatnya.
"Siapa kate Shima nak kawin ni?" aku cuba menolak apa yang sedang berlaku ini.
"Jangan buat malu kami, nak! Cukup lah dulu sekali kita dapat malu.. Mungkin dulu sebab Fendi yang mulakan dulu tapi sekarang takkan Shima nak batalkan pula..?"
“Fendi bertumbuk dengan kawan Shima, ayah!” aku berharap jawapan aku cukup untuk menghentikan bebelan ayah selepas ini. Lemah saja jawapanku.
“Habis, macam mana nak bersanding atas pelamin esok?” ulang ayah lagi. Aku meraup mukaku.
“Kita minta saja mak andan solek wajah Fendi tu, biar lebam tu tak nampak nanti..” usul ibu pula.
“Shima.. malam ni Shima akan dinikahkan, tau! Ibu harap Shima jangan lah menolak lamaran dari Fendi tu lagi.. Kalau boleh, jangan buat kecoh malam ni. Semua ni untuk kebaikan Shima juga..!”
“Tapi, ibu…. Shima tak cinta pun kat Fendi tu.. Fendi suka susahkan Shima. Suka memerintah Shima buat itu, buat ini. Shima benci lah kat Fendi tu. Lagipun perkahwinan tanpa cinta takkan bahagia..” tuturku membela diri. Sebolehnya aku cuba untuk mengelak dari menjadi isteri mamat yang pernah ku label kan gila dan sewel dulu.
Selebihnya aku cuba menutup rasa yang selama ini membaluti hatiku.. Aku akui selama ini aku cuba melindungi rasa cinta yang mula membuahkan benih-benihnya namun sikap Fendi membuatkan aku meluat dengannya. Sikapnya yang sering memaksa membuatkan aku berfikir semula haruskah aku menyintainya..??
Paling aku sakit hati bila Fendi menyembunyikan identitinya selama ini. Orang yang sekian lama aku cari sejak dulu tanpa aku sedar rupanya selama ini berada di sisiku. Aku memang tak sangka dia adalah Ipul yang sememangnya aku nantikan sekian lama. Aku ingatkan aku boleh gembira bila dapat menemuinya tapi sikap menipunya itu membantutkan hatiku yang ingin bergembira ini. Aku mengharapkan Ipul akan sentiasa menemaniku walaupun tindakannya kadang-kadang merimaskanku. Bisakah aku menerima lelaki penipu seperti Fendi itu??
“Fendi tak pernah berniat nak tipu Shima. Masa yang tidak mengizinkan Fendi untuk berterus terang.. Shima kena faham.. ” ibu mengusap-usap bahuku. Ibu seakan-akan mampu membaca fikiranku. Dibawanya aku duduk di tepi katil.
"Fendi tak pernah faham hati Shima, bu...!"
“Tak mudah seorang lelaki untuk meluahkan rasa sayangnya pada seorang perempuan. Ego sentiasa berada di carta paling atas di hatinya itu. Semua lelaki mempunyai ego yang tinggi. Itu lah sebabnya kita sebagai perempuan ditakdirkan mempunyai hati yang lembut. Hanya dengan kelembutan seorang wanita yang mampu mencairkan ego lelaki itu. Juga tidak bermakna cinta sebelum kahwin boleh membahagiakan kita. Walaupun berkahwin atas dasar suka sama suka, penceraian boleh juga terjadi.. Cuba Shima tengok pasangan zaman sekarang.. Ramai yang bercerai kan..? Biarpun dulu mereka kata mereka saling cinta-mencintai, kalau jodoh mereka setakat itu, nak buat macam mana? Cinta boleh dipupuk setelah berkahwin. Cara begitu lagi afdal kan..??” bicara ibu mula menusuk ke kalbu.
Lagaknya bagai pakar dalam soal cinta. Begitu arif membicarakan soal hati setiap kali kami berbual. Aku amat arif tentang itu. Selama ini pun, ibu yang banyak menasihatiku. Mungkin kerana hanya aku seorang anaknya, kami begitu rapat tak ubah seperti sahabat karib. Seiring itu, air mata terus mengalir. Ayah pula sudah lama menghilang dari bilikku.
“Ibu dan ayah dulu tak pernah bercinta pun. Kami hanya bercinta selepas kahwin. Percayalah, cinta sesudah kahwin lagi hebat nikmatnya. Kalau Shima sanggup hadapinya, Shima akan rasai kemanisan cinta itu.. Percaya pada ibu ye, sayang??” pujukan ibu membuatkan hatiku cair.
Kerana nasihat ibu, aku bersetuju untuk bernikah dengan Fendi. Aku bersetuju untuk menyerahkan segala aturan hidupku padanya. Masih jelas di pendengaran saat Fendi melafazkan akad nikahnya ke atas ku sekaligus saksi-saksi di sebelah mengucapkan ‘sah’ tanda akad itu diterima.
“Assalammualaikum, Shima!”
Satu suara yang sememangnya tidak asing lagi padaku kedengaran di hujung telinga. Segera aku mengangkat wajahku lantas melihat Fendi yang mula mengatur langkah masuk ke kamar pengantin kami. Ahh.. Jauhnya aku mengelamun hingga tak sedar malam semakin menghampiri siang.
Aku akui biarpun perkahwinan kami diadakan tergesa-gesa, ibu dan ayah tetap memastikan kesempurnaan dalam kenduri ini. Buktinya, lihat sahaja hiasan dalam kamar pengantin ini, cukup membuatkan aku kagum. Ibu tetap ingin melihat bilik pengantin anaknya yang seorang ini cantik. Ibu, terima kasih yee...!
Pastinya semua ini memerlukan belanja yang besar. Aku tahu keluarga Fendi banyak membantu melancarkan kenduri ini. Tentunya mereka tiada masalah dalam soal belanja. Duit hantaran yang kuterima sama seperti peminangan yang dulu iaitu RM20,000.. Duit itu cukup untuk segala belanja di rumahku ini.
Terpinga-pinga aku bila Fendi mula berada di sisiku. Aku terkejut tatkala merasakan bahuku diramas lembut oleh jemari Fendi.
“Ape ni, Fendi? Please jangan sentuh saye!” ucapku sedikit kasar. Tersentak Fendi mendengar kata-kata yang lahir dari bibirku. Aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh berkata kasar begitu. Agaknye sebab aku masih belum menerima hakikat yang aku adalah isterinya.
“Kenapa, Shima? Ape salahnya saya menyentuh awak? Awak dah sah sebagai isteri saye..” balas Fendi, lembut.
“Saye tak suke awak, tahu tak??” marahku. Dengan tiba-tiba, air mata mengalir lagi.. Fendi menyembamkan mukaku di dadanya. Dan aku terus menghamburkan air mata di situ. Ahh.. kenapa ayat ini yang keluar ni..? Ishh..lidah ni...
“Tapi.. saye suke awak! Saye suke awak dari awak kecil lagi, Shima. Hingga sekarang pun perasaan tu masih ade. Malah rase sayang tu makin dalam. Saye suke melihat sikap awak yang tak seperti perempuan lain tu. Awak tak gedik macam perempuan di luar sana. Mungkin sebab sikap awak yang kasar tu menyebabkan saye sayang pada awak. Saye boleh lihat ade kelembutan dalam kekasaran awak tu. Sebab tu, saye tak mahu lepaskan awak kali ni. Saye tahu pernikahan kite ini mengejutkan awak, tapi percayalah.. saye mampu untuk bahagiakan awak..” ucap Fendi sambil mengusap-usap kepalaku.
“Tapi saye tak suke awak menipu saye!!”
“Please awak..! Bukannya saye berniat nak menipu awak dulu tu.. Saye terpaksa. Melihat awak yang sedikit pun tak melayan saye.. membuatkan saye rase ingin selalu dekat dengan awak. Sebab tu saye buat macam-macam kat awak. Saye cuma nak awak ade selalu dengan saye.. Saye tak suke awak layan orang lain selain saye..”
“Saye… tetap tak suke awak..!!”
“Awak nak saye buktikan macam mana lagi, Shima? Saye dah lakukan segalanya demi awak. Saye sanggup bersusah payah nak selamatkan awak. Saye cintakan awak. Saye sakit hati bile tahu awak diculik Syariful hari tu. Saye tak mahu lihat orang yang saye sayang disakiti macam tu. Awak tau tak, saye hampir gile bile tau awak hilang dan diculik Syariful..? Saye hilang akal nak mencari awak di mana…”
“Awak sayang saye kan..? Cinta saye kann…? Dari dulu, sejak awak kerja dengan saye. setiap kali saye melihat sinaran mata awak.. ia memberitahu perasaan awak pada saye.. Cuma awak malu nak mengakuinya, kann?? Awak takut nak luahkannya. Awak memang ade simpan perasaan pada saye…. Lepas ni kalau boleh, saye nak awak terus pakai macam dulu tau.. Sama sewaktu awak jadi staff saye.. Penampilan ala-ala tomboy tak sesuai untuk isteri saye.. Seorang wanita harus jaga penampilannya, baru suami tambah sayang…” senyum Fendi mengejekku. Lantas saja aku menjarakkan tubuhku dari Fendi.
Siot betul! Mamat ni memang dah lama tau aku suke kat die.. Opps.. silap! Mamat ni dah bergelar suami aku pun. Tak baik tau panggil die mamat lagi. Sebab memang bukan namanya pun.. Tapi.. betul ke sinaran mataku yang memberitahunya? Entah-entah die tipu kot…
Aku hanya melihat senyuman kambing mulut Fendi. Huh, senyum-senyum kambing pun masih nampak hensemnya. Kambing pun ade yang hensem kan..? Cuma mereka ni, manusia selalu labelkan bahawa kambing memang tak mandi.. Korang fikir kan, macam mana kambing nak mandi kalau takde bilik air, sabun atau syampu..? Hah, cuba jawab soalan aku ni.. Hihi..
Aku tidak tahu hendak membuat apa. Lebih kepada melayan perasaanku sahaja. Sedangkan Fendi semakin erat memeluk tubuhku. Aku pula rasa bagaikan dihargai.. Fendi, kenapa awak mahu saya jadi isteri awak…? Mm… Soalan itu hanya berlegar-legar di fikiran..
“Kite tidur ye…! Hari pun dah lewat malam.. Esok ada kerja yang belum di settle kan..” Fendi menarik selimutnya..
“Tapi…..??”
“Kenapa..?”
“Takkan awak nak tidur sini..? Awak tidur la kat luar…” aku teragak-agak memberitahu. Sebenarnya aku takut.. kalau-kalau malam ni…
“Awak… Mane ade pengantin lelaki yang kena tidur kat luar di malam pertamanya. Nanti ibu awak bising la.. Jangan risau, malam ni takkan ade ape-ape yang berlaku. Take your time, okey!” bisik Fendi di cuping telinga. Serasa meremang bulu tengkukku..
Terus Fendi mencapai selimutnya lalu membalut tubuh. Aku terkebil-kebil melihat tindakan spontannya. Tidak tahukah dia, aku ada di sebelahnya ini..? Kot-kot la nak ucap selamat malam dulu ke atau bagi first kiss.. Haha.. Aku pula yang mengarut..!! Dah terlebih gatal la pulak...!
Belum pun sempat aku menutup mata, telingaku menangkap bunyi handphone Fendi. Aku sudah berkira-kira mahu menjawabnya atau membangunkan Fendi supaya dia sendiri menjawabnya. Belum pun sempat tangan aku mencapai handphone itu, tangan Fendi terkeluar dari selimut lantas menjawab panggilan itu..
“Okey, encik! Kami akan datang pagi esok ke sana!” balas Fendi lalu mematikan talian telefonnya.
“Kenapa, awak?”
“Esok kite ke balai polis. Ade berita tentang Syariful..!” kata Fendi. Aku hanya mendiamkan diri tatkala bibir Fendi menyebut nama Syariful. Bencinya aku mendengar nama lelaki kejam itu....! Arghhhh.....!!!
P/S : Hai..korang semua! Nantikan episod terakhir JMS ni.. Dah nak habis dah... Apepun thanks sebab setia and sudi membaca karya yang tak seberapa ni..
June 18, 2009 at 10:15 PM
haha.. sukenye fendi akhirnye kawen gak ngn shima..
best2..
cepat2 sambung taw da x sabar nak taw selanjutnye..
June 18, 2009 at 11:41 PM
cpt la smbg...xsabar nak bc last episod....
June 19, 2009 at 12:15 AM
waaaaaa...
final da..??
uhuhu..besh2..
cpt2 smbng ek..
June 19, 2009 at 12:49 AM
wawa..da nk final da ker?
akhirnye kawin gak fendi ngn shima..huhu..
dasatla..perasaan dr zaman kecik2..kagum lak..
June 19, 2009 at 1:40 AM
warghhhh.
nak final dah?
terkejut.ngeee
ahakzzz.comey2
ngee.suke2
-na'dz
June 19, 2009 at 8:41 AM
dpt juga fendi kawin ngn shima..
shima ni suka ke tidak...
trus trang je... dah sah pun...
anyway x sbr nk thu next n3...
cpt2 smbg cik penulis...
June 19, 2009 at 2:07 PM
akhirnya..
huhuhu
June 19, 2009 at 3:32 PM
BEST LA....
TP SCARIT KASIH CAM DA DIAM JER...
CPT2 TAU U N3 BARU..GUD LUCK!!!!!!!!
June 21, 2009 at 1:23 AM
at last dah nak smpi ke penghujung cerita dah...
tp aper gaknyer citer ttg syariful tu eekk??!!
suspen gak nak tau nih....
September 4, 2009 at 12:26 PM
mane final citer ni...tak kuar lagi ke...tak sabo nak baca dah ni....
September 4, 2009 at 12:31 PM
nak lagii....mane final citer ni...