Terkedek-kedek aku berjalan membontoti Fendi dari belakang. Ketika ini, kami dah sampai di balai polis. Dari semalam lagi, aku tertanya-tanya, Syariful dah kena tangkap ke?? Tapi soalan aku tak berjawab pun.. Bengang pun ade dengan mamat sewel ni!! Ish.. Ape lah celupar sangat mulut aku ni.. Tak baik tau..!! Fendi kan dah jadi my hubby.. Huhu..
"Kenapa dengan awak ni? Sikit-sikit nak tau pasal 'Ipul penipu' tu..! Sikit-sikit pasal Ipul tu..! Awak dah jatuh hati ngan penculik awak tu ke??" Fendi memerliku. Agaknya dia bengang sebab mulut aku yang comel ni tak berhenti-henti dari tadi nak tahu tentang lelaki jahat tu.
"Saye cuma nak tau, 'Ipul palsu' dah kena tangkap ke? Kite pergi balai ni nak buat ape??" aku masih lagi bertanya soalan yang sama. Iyela, selagi tak dapat jawapan tu, hatiku yang panas ni takkan reda.
Tiba-tiba Fendi merentap kasar tanganku. Sakit rasanya hingga membuatkan mulutku berhenti dari bertanya.
"Saye tak suke dengar awak membebel, tau tak? Lagi-lagi tentang lelaki tu.." balas Fendi geram berbaur cemburu.
Aku hanya membisu. Melihat wajahnya yang kemerahan bagai dibakar api tu, membuatkan aku hanya mengikut langkahnya. Sesampai kami di depan kaunter pertanyaan, kami dibawa ke lokap yang terletak sedikit jauh dari ruang kami masuk tadi. Bahagian belakang ni menempatkan semua banduan yang ditangkap kerana melakukan kesalahan.
Akhirnya kami sampai di satu bilik kecil. Bila kami masuk, ada satu cermin besar yang menghadap kami. Tidak lama kemudian beberapa orang lelaki dibawa masuk ke bilik sebelah. Rupa-rupanya kami dibawa untuk pengecaman. Tiba-tiba sahaja mataku menangkap kelibat lelaki yang sangat kukenal. Hatiku membara tiba-tiba namun aku sembunyikan juga perasaan yang kurang baik tu.. Takkan aku nak tunjuk depan pengawai polis ni kot..?
Fendi menganggukkan kepala sambil jarinya menuding ke arah lelaki itu. Pengawai polis itu dan Fendi berbual sekejap. Aku tidak lagi mendengar perbualan mereka sebaliknya fikiranku sudah jauh berterbangan entah ke mana. Mengingat kembali saat aku diculik Syariful dulu. Memang menakutkan.. Sebab aku hampir-hampir dikahwinkan dengan dia yang gila tu..
"Awak, dah selesai semuanya! Jom kite balik.." ajak Fendi. Aku hanya mengikut dari belakang. Namun bibirku memuncung ke depan tanda tak puas hati.
“Eh, kenapa tak masuk dalam kereta lagi ni..? Cepat lah, kite nak balik dah ni.. Banyak lagi plan kite lepas ni..!!” desak Fendi setelah keluar dari kereta. Melihat aku yang masih berdiri di tepi pintu kereta, Fendi datang menghampiriku.
Lantas Fendi membuka pintu keretanya. Sambil matanya melirik meminta aku masuk ke dalam.. Aku masih kaku di situ. Memang aku sengaja memberontak.. Sakit hati ini..
“Tuan puteri… Silakan masuk yerr..!! Kita nak pergi bersantap lepas ni..! Takkan dinda sanggup lihat kanda kelaparan di sini…??” ucap Fendi bermadah pujangga bak orang zaman dahulu kala sambil mengusap-usap perutnya yang kempis itu.. Selepas itu, tangannya menyentuh daguku sambil Fendi memberi senyuman paling manis ku kira.
Tiba-tiba hatiku jadi lembut cair bak lilin dibakar dengan api.. Lalu aku masuk ke dalam kereta. Fendi menutup pintu kereta lalu kami memulakan perjalanan untuk menjamu selera. Di dalam kereta, aku merenung jari yang bersalut dengan inai yang kemerahan itu.
“Kenapa ni, sayang?? Masam aje.. Tak suke keluar dengan abang ke?? Asyik tengok jari tu aje.. Tak percaya yang sayang tu dah kawin dengan lelaki hensem ni..??” Fendi bergurau. Kemudiannya, jari Fendi bergerak-gerak mengikut kerancakan muzik yang mengalun di radio.
Entah mengapa aku tengok Fendi gembira sangat hari ni.. Kenapa ye?? Takkan dia gembira dengan tertangkapnya Syariful tu..? Atau memang dia suka sebab tiada pengacau lagi dalam hubungan kami ni..?
Sebenarnya aku masih tidak percaya yang aku sudah tiga hari bergelar isteri kepada lelaki di sebelahku. Sepatutnya aku gembira kerana cinta pertama yang aku harapkan berakhir dengan perkahwinan menjadi kenyataan. Tambahan pula, Fendi adalah rakan sepermainan sejak kecil lagi. Dan aku patutnya lagi gembira sebab janji dulu termeterai juga..
“Sayang nak pergi berbulan madu kat mane? Cakap aje kat mane, abang boleh bawakan.. Untuk buah hati tercinta rela abang berenang ke lautan api, sayang.. Cakap lah nak pergi mana??” tanya Fendi sambil tangannya ligat memusing stereng membelok ke kiri.
Nampaknye Fendi sudah berani memanggil aku dengan panggilan sayang. Rasa macam dihargai aje tapi entah lah, aku rase hatiku belum mampu menerima Fendi sepenuhnya. Pandanganku terpampang di satu sign board sebuah restoran. Nampak macam mewah aje restoran ni..
“Jom, kite makan dulu! Pasal bulan madu tu, kita bincang lagi nanti, ok?” kata Fendi lalu memimpin tanganku untuk masuk ke restoran mewah itu.
*************
“Sayang, kenapa ni? Dah sehari kita kat kota Paris ni.. Sayang tak suke ke kita berbulan madu kat sini..?” aku mendengar suara bisikan manja Fendi di telingaku sambil tangannya sudah melingkar di pinggangku..
“Fendi, saya tak suke la macam ni.. Lepaskan saya..!” pintaku cuba melepaskan tangannya di pinggangku.
Aku tahu aku berdosa membuat Fendi begitu. Sehingga ke hari ini, setelah usia perkahwinan kami menjangkau selama sebulan, aku masih belum menjalankan tanggungjawabku sebagai isterinya. Baik dari segi zahir mahupun batin. Entahlah, aku sendiri merasakan tidak selesa untuk berada di sampingnya. Tidak tahu kenapa.. Yang pasti aku sendiri tidak dapat menerima diri Fendi seadanya. Aku paling benci dengan penipu. Fendi sudah menipuku dulu. Aku cuba untuk memaafkan kesalahan yang dilakukannya. Aku tahu kesalahan itu tidak sebenar mana pun namun jiwa ini seringkali menafsirkan yang tidak baik sahaja tentang suamiku itu. Bagaimana kelak nanti dia akan menipuku lagi? Bagaimana nanti kalau dalam diam-diam dia mencari yang lain dan menyembunyikan dariku..?
Pertama kali Fendi menipuku. Tidak mustahil selepas ini pun dia akan menipuku lagi.. Ibu seringkali menitipkan kata-kata nasihatnya untuk aku menerima Fendi seadanya. Kata ibu, Fendi tidak berniat untuk menyembunyikan kenyataan bahawa selama ini kami memang berkawan. Bahawa selama ini kami adalah kawan sedari kecil. Fendi memang nak bagitau hal yang sebenarnya namun masa tidak mengizinkan. Tambahan pula dengan penampilanku yang sebegini membuatkan Fendi ragu-ragu samada aku akan menerima dia ataupun tidak. Fendi kata gayaku seperti ini membuatkan dia berfikir hatiku pastinya keras dan tidak akan mampu menerima kenyataan itu..
Aku ketawa di dalam hati.. Gayaku yang ala-ala tomboy itu membuatkan Fendi menipuku?? Aku tidak percaya!! Sudah dua hari kami di kota Paris, London. Fendi membawaku untuk berbulan madu namun bulan madu ini tiada ertinya buat kami berdua. Sebab aku masih begini. Hakikat yang terjadi membuatkan aku menolak untuk menikmati saat bulan madu yang sepatutnya menjadi detik terindah buat pasangan yang baru berkahwin seperti kami ini.
Agaknya sampai bila lah aku akan begini? Aku tahu aku sudah menghampakan Fendi. Aku juga kasihan melihat Fendi yang sering bermuram sejak kami di sini. Sudah banyak kali dia cuba memujuk namun hatiku sekeras batu. Fendi pun barangkali sudah letih melayan kerenahku ini..
Aku melihat Fendi berlalu ke bilik air. Mesti dia nak mandi tu.. Bangun aje dari tidur terus nak peluk aku.. Eii… Tak kuasa aku nak melayan dia.. Wajahnya yang gelisah dapat kulihat tadi. Aku tahu dia sedih dengan sikapku ini. Aku patut berubah.. tapi…
“Abang nak keluar sekejap! Malam ni mungkin abang tak balik.. Kalau sayang nak keluar, sayang keluar la.. Abang izinkan..!” beritahu Fendi setelah siap berbaju T-Shirt. Gaya santainya itu membuatkan aku jadi tidak menentu. Alahai.. hensemnya suamiku… Sejak kami di sini, Fendi sudah membahasakan dirinya abang dan aku sebagai sayangnya.
"Abang tak balik malam ni..!"
Apa maksud Fendi, dia tak balik..? Fendi nak pergi mana? Tiba-tiba aku keresahan.
“Awak tidur kat mana?” aku bertanya.
“Tidur kat hotel lain..”
“Kenapa tak nak tidur kat sini..? Kenapa nak bazirkan wang aje..?”
“Buat ape nak tidur dengan orang tu kalau dah dia sendiri tak sudi..? Dah dua hari abang di sini. Abang datang ke sini sebab nak berbulan madu dengan isteri abang tapi dia…? Abang cuma nak rasa kasih sayang dia aje.. Tapi dia sikit pun tak sayang kat abang. Asyik mengatakan abang ni penipu saja. Abang dah penat.. Abang bukannya tunggul kayu!” balas Fendi sedikit kuat. Aku tersentak. Fendi marah kah dengan kelakuan aku ni..?
“Sudah lah Fendi! Jangan nak merajuk pulak! Saya malas nak pujuk-pujuk ni..” aku membalas lembut.
“Abang bukan merajuk tapi abang tak suke..! Abang sakit hati, tau tak?” bentak Fendi lalu menghempaskan pintuk bilik hotel kami dengan kuat. Aku terperanjat! Fendi betul-betul merajuk dengan aku.. Aku sudah membuat dia marah..
Ya Allah! Adakah aku berdosa membuat dia begitu?? Tapi aku tak salah. Hati ini yang salah. Hati ini yang tidak mahu menerima dia.. Apa harus kulakukan..??
*************
“Huhuhu…. Kak Nurul!!”
“Laa.. ko kenapa ni, Shima? Apesal menangis lak ni..? Something wrong??” tanya Nurul Asnida. Tidak disangkanya pagi-pagi begini dia sudah menerima panggilan dari adik iparnya yang merupakan kawan serumahnya dulu. Siapa sangka mereka kini sudah menjadi satu keluarga.. Nurul yang sememangnya sudah tahu lama mengenai Shima begitu gembira bila kawannya itu kini sudah menjadi sebahagian dari keluarganya.
“Fendi tu…”
“Kenapa dengan adik kak Nurul tu? Die buat yang ‘tak baik’ ke? Bagus la tu..” ujar Nurul Asnida sambil tersengih-sengih.. ‘Tak baik’ yang dimaksudkan, sendiri faham lah kan??
Bukannya dia tak tahu aku tak suka dengan Fendi yang sedikit gatal itu sejak aku kerja di syarikat mereka lagi. Nurul Asnida tahu adiknya itu memang suka denganku cume perangai gila-gilanya yang membuatku meluat dan benci.
“Fendi dah dua malam tak balik hotel, kak Nurul! Tak tahu la die pergi mana?”
“Adelah tu die pergi mana-mana.. Shima jangan risau. Fendi tahu jalan balik.. Adik akak tu dah biasa kat kota Paris tu.. Apepun selamat menjalani bulan madu yang best yer… Haha…”
Nurul Asnida ketawa di hujung talian sebelum perbualan antara mereka ditamatkan. Aku jadi malu sendiri bercampur sedikit geram kerana diusik kakak iparku. Kakak ipar yang sebelum ini merupakan teman serumah dan sepejabatku. Tak disangka rupanya Nuruk Asnida tu adalah anak majikanku dulu. Nasib baik lah aku dah berhenti kerja sekarang. Kalau tak, mesti dah lama aku malu ni…
“Shima bahagia tak dengan Fendi sekarang.. Jangan lah bergaduh lagi macam dulu yer.. Fendi dah jadi suami Shima sekarang.. Kalau boleh korang mesti bertolak ansur.. Jangan selalu nak berperang aje.. lagi satu…..”
Aku teringat semula kata-kata Kak Nurul tadi. Wah.. Dengan panjang lebarnya, Kak Nurul bersyarah secara percuma dengan aku. Panas lah juga telinga ni sampai rasanya dah cair kot taik telinga ni.. Sekarang ni aku dah bertapak di luar hotel. Tiba-tiba aje pekerja servis hotel meminta aku keluar. Katanya nak bersihkan bilik. Aikk.. pelik bin ajaib ni.. Takkan semasa pelanggan menginap dalam bilik, mereka kena datang bersihkan bilik pula? Bukan ke setelah pelanggan meninggalkan hotel baru mereka datang ke? Tapi aku pun malas nak bertekak panjang lebar dengan pekerja hotel. Biarlah mereka bersihkan bilik tu.. Elok juga aku ambil angin kat luar ni. Menghirup udara sejuk di kota Paris.
Sebenarnya aku tak tahu nak pergi mana. Kalau lah Fendi ada kan seronok. Boleh juga aku berjalan-jalan dengan. Sekarang ni aku tak tahu Fendi kat mana. Agaknya dia tengah berseronok dengan minah-minah saleh kat sini. Sudah jauh aku berjalan hinggakan kaki aku sudah mula terhencut-hencut. Semuanya sebab kasut tinggi ni. Kasut hantaran nikahku. Sudah lah merah menyala, tumitnya pula dekat dua inci. Manelah aku minat pakai kasut macam ni. Melambatkan perjalanan aje..
Aku melihat bangunan tinggi yang terhidang di depan mata. Menara Eiffil!! Ya Allah, tak sangkanya aku akan dapat melihat dengan mata kepalaku sendiri. Tapi sayang aku tidak melihatnya bersama-sama pasanganku. Sedihnya bile melihat pasangan kekasih yang berjalan mengelilingi Menara Eiffil itu. Cemburunya melihat kemesraan mereka.
Tiba-tiba aku merasai ada tangan yang melingkari pinggangku. Segera aku menahan tangan itu dari cuba memelukku erat namun ada kucupan hangat di pipiku. Rasanya dah merah pipiku. Aku memandang ke belakang. Fendi! Ya Allah, rindunya aku pada dia…
“Sayang kenapa? Macam jeles je tengok couple tu..!” usik Fendi seraya mencubit hidungku. Aku cuba menepis tetapi tak sempat.
“Awak pergi mana? Dah tiga hari tak balik? Kalau datang ke sini semata-mata nak tinggalkan saye kat bilik hotel tu, baik tak payah bawak saye bulan madu kat sini!” marahku. Sebenarnya aku sudah tidak larat menanggung rindu yang terlalu sarat di dalam hati ini
“Aik..! Sayang marah ke?” Aku terperasan sejak akhir-akhir ni, Fendi kerap memanggil ku ‘sayang’.
“Nampaknye sayang macam tak sabar nak rasa berbulan madu dengan abang! Sayang nak abang peluk macam mane? Macam ni? Atau pun sayang nak lebih dari itu? Abang boleh bagi..” usik Fendi lagi.
Makin erat pelukan hangat itu aku rasakan hingga. Makin merah mukaku saat ini. Saat ini aku mula rasa bahagia itu mula datang menjelma dalam hidup kami. Tetapi……
“Sayang jangan lah masam muka macam ni lagi. Abang janji takkan tipu sayang lagi.. I’m promise! You are my angel now! Abang takkan tipu sayang.. Sebab sayang, kita ada kat sini. Ni impian kita masa kecik dulu kan..? Berjalan-jalan di kota Paris sama macam dalam TV yang kite tengok dulu..”
Aku terharu mendengar kata-kata Fendi. Memang ini impian kami. Rupa-rupanya Fendi masih ingat tentang impian olok-olok kami yang tak mungkin kesampaian itu tetapi hari ini kaki kami sudah menjejak ke bumi Paris ini. Menghirup udara di negeri mat salih ini. Tiba-tiba saja air mataku menitik ke pipi.
“Jangan menangis lagi ye! Abang tak suke tengok sayang menangis macam ni.. Buat abang rasa sedih aje..”
“Sayang bukan menangis lah.. Terharu sikit je..”
“Mm.. nampaknya sayang dah bahasakan diri sayang dengan panggilan sayang tu.. Abang suke lah..”
Mukaku merona kemerahan lagi.. Malunye … Agaknya kalau tengok kat cermin macam udang terbakar kot.. Hihi..
“Sayang bahagia tak?”
“Tak!”
“What??”
“Sayang say it, sayang tak rasa bahagia pun..!”
“Kenapa??”
“Sebab tak rase pun bahagia tu.. Takde rase manis pun…! Pahit adalah…” giliranku pula mengusik Fendi. Fendi ketawa kelucuan. Barangkali germbira melihat perubahan sikapku ini.
“Ish.. Nakal lah sayang ni!” Fendi lalu mencubit hidung kecilku.. Tak sempat aku nak lari dah..
**************
Pesanan dari Fendi tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Gaun berwarna merah yang berada dalam pegangan tangan ku jatuhkan di atas katil. Merahnya, mak ngah!! Fendi ni memang suke warna merah ke? Dah banyak barang yang dihadiahkan Fendi padaku dan kebanyakannya warna ini..
Hehe.. Aku fikir Fendi sudah buang tabiat barangkali. Apahal agaknya dia minta aku pakai gaun ni tadi? Sudah lah seksi di bahagian dadanya. Mahu tersembul biji mata Fendi melihat aku nanti kalau pakai gaun ni..
“Aik, masih tak pakai-pakai lagi baju tu..? Cepat lah, kita dah takde masa ni…” rungut Fendi setelah keluar dari bilik air, Keadaannya yang sekadar bertuala tanpa berbaju menampakkan dadanya yang bidang. Tak sangka bila berkeadaan begini, suamiku ini nampak hensem pula… Dan semaki hensem.. Ishh.. Dadaku tiba-tiba berdebar pula.. Kenapalah ni?? Secarik senyuman tersungging di bibir.
“Sayang senyum sorang-sorang ni, kenapa?” tanya Fendi lantas menutup dadanya dengan tangan.. Hihi.. kelakar la pula, macam pondan aje aku tengok gayanya itu..
“Takkan malu kot??” aku bersuara nakal.. Sengaja mahu mengusiknya.
Fendi sudah ketawa. Lantas mengambil tempat di sebelahku. Matanya menikam matanya. Kami berbalas renungan. Terlalu asyik hingga aku tidak menyedari tangan kanan Fendi sudah mengusap-usap di belakangku dan tangan kirinya memegang bahuku.
Melihat aksi yang sudah ‘melebih-lebih’, aku terus menolak tubuh Fendi. Gelinya bukan main lagi. Aku sendiri jadi alpa dengan tindakannya tadi..
“Sayang malu ke?” tanya Fendi berbasi-basa. Saja la tu nak kenakan aku. Mengada-ngada betul..
“Tak jadi la malam ni kite pergi dinner yer..? Kite ‘dinner’ dalam bilik aje, ok?” Fendi mengenyitkan matanya. Memang nakal suamiku ini..
“Jangan lah main-main, abang! Sayang tak suke lah.. Dah lah, abang ke tepi! Sayang nak bersiap ni..” bingkas saja aku bangun dari sisinya namun aku terduduk semula. Fendi mengelus-ngelus bibirku.
“Cantik bibir sayang ni..! Abang rasa nak cium-cium je bibir ni..!”
“Ape abang ni..? Kata nak pergi dinner kan? Jom lah bersiap-siap!” aku mula rasa segan dengan aksinya itu. Malu pun ada juga..
“Sayang.. sayang abang tak??”
“Kenapa ni? Tanya soalan macam tu..? Sayang memang sayang kat abang. Jangan lah risau, hati sayang memang khas untuk abang seorang je..!” luahku. Aku rase tak rugi untuk aku meluahkan segalanya malam ini. Aku pasti Fendi juga begitu. Fendi menggenggam erat tanganku. Lalu dikucup tanganku dan dibawa ke dadanya.
“Sayang janji ye dengan abang! Jangan tinggalkan abang. Hanya maut aje yang pisahkan kita..”
“Sayang janji bang! Dah lah, jom bersiap..”
Aku mengajak Fendi buat kali terakhir. Hampir setengah jam kami bersiap. Segalanya aku mahu nampak sempurna. Setelah puas dengan solekan yang menempek di mukaku ini, aku bangun lalu mendapatkan Fendi yang sedang membetulkan tali lehernya. Formal lah pulak. Tapi tempat yang kami nak pergi ni memang kena berpakaian formal. Fendi lah yang beritahu aku tadi. Mm..mesti restoran mahal tu..!
“Abang!!”
Fendi terpana melihatku. Matanya terkebil-kebil dengan mulutnya yang ternganga.
“Nanti lalat masuklah!” aku menutup mulutnya yang ternganga. Aku sendiri rasa kurang selesa dalam gaun ini. Bahagian dadaku sedikit terdedah. Mata Fendi pula tertumpu ke arah ‘situ’.
“Abang rase, elok kite ‘dinner’ atas katil malam ni.. Kita boleh…”
“Abang ni, kenapa? Kate nak dinner kat restoran mahal tu kan? Abang dah tempah kan..? Dah lah mahal, kalau tak jadi kan rugi? Abang ni sengaja tau! Cuti kat sini masih ada seminggu lagi kan..? Sabarlah..”
Aku mula rasa tak puas hati. Fendi sudah mula minta yang bukan-bukan. Aku malu. Aku rasa aku belum bersedia tetapi Fendi pasti akan meminta juga. Relakah aku nanti? Ya Allah, aku harap Kau bukalah pintu hati ini untuk aku menerima Fendi seadanya. Juga aku harap aku bersedia untuk menempuhi alam baru ini...
**************
Malam ini aku terlalu seronok. Aku terasa bagaikan di dunia Cinderella. Menari bersama kekasih hati dalam alunan muzik yang lembut dan mengasyikan itu. Aku terasa bagai terbang di awan biru. Berkhayal bahawa hanya dunia ini milik kami berdua. Sungguh syahdu saat ini. Memang aku terleka dalam alamku sendiri.
“My princess! Can we dance together..?”
Fendi menghulurkan tangannya lalu kusambut tangan itu. Lantas kaki kami bergerak mengikut alunan muzik yang dimainkan. Muzik yang bernada lembut dan romantik itu menenggelamkan kami di dunia kami sendiri. Pandai sungguh Fendi memilih restoran ini.
Aku meletakkan tanganku di bahu Fendi manakala Fendi mengeratkan pelukannya di pinggangku. Wajah kami saling berdekatan. Berbalas renungan hingga menikam ke kalbuku.
“Sayang cantik sangat hari! Thanks sudi pakai gaun yang abang belikan untuk sayang. Memang sesuai dan... dan seksi!" Fendi memujiku.
"Thank for everything. Sebab walau macam mane abang buat kat sayang dulu, sayang still terima abang.. Abang cinta sayang dari dulu sampai sekarang dan hingga ke akhir hayat kita ini.. Sayang begitu juga kan??” sambung Fendi lagi.
Fendi berbicara romantic padaku. Aku hanya tersenyum malu mendengar bait-bait romantis itu. Saat itu juga, Fendi mencium dahiku. Lama..
“Sayang juga cinta pada abang hingga akhir hayat ini. Kita akan bina mahligai cinta kita dan sayang akan pastikan kebahagian akan datang setiap masa dalam hidup kita..”
Aku menuturkan janjiku padanya. Padanya yang kini telah bergelar buah hati dalam arena hidupku. Padanya yang telah kujadikan tempat meluahkan rasa sayang dan cinta ini. Buat dia yang menjadi panglima agung dalam rumahtangga kami yang bakal dimeriahkan dengan benih cinta kami kelak.. Sungguh hebat perasaan ini, rasa cinta dan kasih sayang yang merupakan anugerah tiada ternilai buat setiap insan yang lahir ke dunia ini.
‘Aku bersyukur padaMu, ya Allah! Kerana menjadikan cinta pertamaku adalah cinta terakhir dalam kehidupan aku yang bernama Nazatul Shima!’
Sekian-Tamatlah sudah cerita novel ‘Jangan Menangis Sayang’.. Terima kasih kepada semua peminat novel ini yang sudi menunggu karya ini hingga ke akhirnya..
Kerana Dia... Kamu! (Bab 1)
4 years ago
July 18, 2009 at 10:26 PM
waaaa,,,sweetnyer,,:D
best-best....
July 18, 2009 at 10:46 PM
huhu...
akhirnye abis gak..
tahniah...
good job...
nice story...
July 18, 2009 at 11:12 PM
yea..yea..
hepi ending..
tamo wat seasons 2 ke..
hikhikhik
July 18, 2009 at 11:37 PM
season 2?hehe..tak terfikir lak saye nak wat..!tapi kalau korang semua support saye tuk wat season 2 'jangan menangis sayang' ni, insyaAllah, saye akn fikirknnye..
July 19, 2009 at 12:17 AM
waaaaaaaa..
epy ending..
ske2...
ske bangat..
hahaa..
oke gak wat season 2..
hihi...
besh2..
July 19, 2009 at 1:02 AM
ok gak season 2... buat je la... apa2 pun citer ni sweet sgt... best2..
July 19, 2009 at 1:38 AM
waaa... bestnye!! happy ending..
smg terus berkarya.. :D
July 19, 2009 at 3:30 PM
hu~
skwe nye..
best2..
July 19, 2009 at 10:32 PM
atlast bis gk..
waaa suke2..
season2?..hurm ok gk 2..
ct nih mmg dh sdia besh
kalo d smbg g
xmsthl tmbh besh =)
July 20, 2009 at 9:18 AM
hehehe
bgus2 sweet ending yeahh
suke2
July 20, 2009 at 1:01 PM
suka la...
da abes pon..........
punya lama tgu.....
ok tu continue u seoson 2 lak pas ni...
klu de idea t wat la eh...
wat lg gmpak k...
jgn lupa continue u secarik kasih dihujung nafas lak ye....
gud luck BIDADARICINTA...
July 23, 2009 at 10:59 PM
so...?
camana..
ramai yang supportive ni..
xpe..
take ur time..
kami blh tunggu..
gud luck sis
July 24, 2009 at 11:43 AM
hehe..akn difikirkn..blh jugk nk sambung for season 2 but kena la tunggu yer..hamba nak pergi bertapa dulu kat semua gunung di malaysia dulu..hihi...
July 28, 2009 at 2:19 PM
salam...bidadari,
cerita yang sangat menarik, saya terharu, terkesima membaca, berulang-ulang kali..moga allah swt memberi rahmat pada anda.
dan saya berdoa pada allah swt agar memberi kelapagan idea untuk terus berkarya..
November 11, 2009 at 11:42 AM
buat anak laut..
thanks atas doa anda..
sy juga amat menghargainya.