Pinggang yang sakit tak dapat aku nak kata apa. Seolah-olah ia mencengkam kedua-dua belah. Sakit yang berulang-ulang mengingatkan aku tentang kata-kata ibu semalam,
“Tanda-tanda orang yang nak bersalin ni, biasanya kalau ikut pengalaman ibu lah, kita akan sakit kat pinggang. Mula-mula tu sekejap. Lama-lama makin keraplah. Itu maknanya baby dah nak melihat dunia ni..”
Ya, masaku sudah tiba barangkali. Aku akan diberi rasa sakit yang dikurniakan Tuhan buat semua wanita yang mengandungkan bakal umatNya. Sewaktu mengandung, aku dapat rasakan pergerakan baby di dalam perut. Betapa aku gembira kerana perasaan itu terlalu sukar untuk aku ucapkan. Juga kerana ada nyawa lain sedang menghuni perutku.
Peluh mula keluar dari dahiku. Sakit yang teramat itu membuatkan aku mula menjerit-jerit memanggil Fendi. Tercungap-cungap Fendi yang ketika itu menonton TV bersama ibubapaku mendapatkan aku di dalam bilik kami. Di belakang Fendi, aku terlihat wajah kerisauan ibu dan ayah.
“Sayang, kenapa ni? Dah nak bersalin ye..? Jom….!” Fendi cuba menarikku. Lenganku ditarik ke bahunya.
"Fendi, sabarlah sikit! Jangan gopoh sangat!" ibu memberi amaran saat melihat kekalutan Fendi.
Pasti ibu tahu saat untukku melahirkan bayi dalam kandungan ini sudah tiba. Segera ibu mengangkat beg yang berisi pakaianku dan bayi di sisi katil. Memang beg itu sudah tersedia beberapa hari lalu.
Ibu meminta Fendi memapahku dengan segera lalu kami masuk ke dalam kereta. Sewaktu Fendi memapahku, aku sedar kain batik yang kupakai sudah basah lencun dengan air ketuban yang telah pecah tadi.
“Abanggg.. Kain.. Arghh.. Kain dah basah..”
“Ye, sayang. Abang tahu. Sabarlah ye.. Kejap lagi kita sampai kat hospital, ok?”
Aku angguk kepala. Ya Allah, minta-minta bayi dalam kandungan ini selamat!
Desis hatiku berdoa. Aku sedar terpapar wajah bimbang di raut muka suamiku.
“Fendi, hati-hati bawak Shima tu. Benda lain pula yang jadi nanti..” pesan ayah.
Fendi memang kalut. Aku tahu Fendi juga tidak sabar melihat bayi kami lahir ke dunia. Wajah Fendi yang panik itu hampir mengundang ketawaku namun aku simpan di dalam hati. Hilang ketampanannya di sebalik muka panik itu. Tambahan pula, ini anak pertama kami. Sudah tentu kami mahu semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.
Ayah memandu kereta dengan berhati-hati. Ibu yang berada di kerusi hadapan sekejap-sekejap bertanyakan keadaanku. Akhirnya perjalanan 15 minit itu berakhir apabila kereta sudah memasuki perkarangan hospital. Tiba-tiba pula rasa takut menyelubungi diriku. Sempatkah aku melihat bayi kami ini nanti??? Arghh.. entah kenapa perasaan kurang enak pula yang aku fikirkan..
******
“Ish..ish..! Comeinya anak papa ni kan..? Tengok baby ni, sayang. Ikut muka abang kan..? Besar nanti mesti handsome anak papa ni..”
Aku menjeling tajam. Tak habis-habis nak promote kononnya dia tu handsome. Huh, perasan betul laki aku ni! Aku rasa bengkak hatiku ni dah makin menjadi-jadi. Maklumlah, Fendi dah dapat geng dia. Aku juga yang sendiri. Kasihan kat aku.. Huhu…
Alhamdullillah.. Akhirnya aku selamat juga melahirkan bayi ini. Setelah bertarung nyawa hampir 2 jam, bayi yang diberi nama Hanif Mikail menjengah ke dunia. Sudah seminggu juga aku keluar dari hospital. Nasib baik aku jadi penghuni hospital tu hanya dalam sehari. Aku pernah dengar ada ibu-ibu bersalin yang duduk di hospital sampai seminggu. Agaknya itu ibu yang bersalin secara ‘operation’.
Sekarang ni, aku sedang berpantang di rumah dengan dibantu oleh ibu dan ayah. Keluarga mertuaku sudah datang melawatku semalam. Ada juga ayah mengajak mereka bermalam di rumah tetapi mereka menolaknya kerana ada urusan yang perlu diuruskan.
Aku tahu papa Fendi memang sibuk. Syarikat keluarga Fendi memang besar. Teringin jugak aku bekerja di sana tetapi akan jemukah aku bila setiap hari bertemu Fendi walhal di rumah kami seringkali ‘bertengkar’?
“Anak papa! Kenapa berkerut je muka ni..? Mesti berak ni kan..? Nah, sayang..” Fendi menghulurkan baby kami.
“Aik?? Kata anak papa tadi kan? Papanya lah yang kena uruskan…” sempat aku memerli.
“Busuk la, sayang!”
Fendi menutup hidung dengan jarinya. Nampak sangat Fendi tak boleh jadi papa mithali ni. Nak uruskan berak anak pun aku yang kena buat. Padahal dia yang main hari-hari dengan anak kecil itu.
Ibu yang mendengar rengekan anak kecil kami segera datang. Lantas aku beritahu baby sudah buang air besar. Dengan keadaan aku yang masih lemah, ibu tahu aku masih belum mampu membersihkan berak anakku sendiri. Malah ibu tidak membenarkan aku untuk menguruskan anakku itu. Ibu kata aku harus sembuh dengan cepat dan baik jadi aku tidak perlu bersusah payah membuat itu dan ini.
Aku bersyukur sangat ibu dan ayah sanggup membantuku semasa aku berpantang ni. Tak terbalas jasa ibu dan ayah. Teringat aku ketika membaca berita yang terpapar dalam akhbar. Anak sanggup hantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua, membiarkan mereka kelaparan di jalan dan ada juga anak yang sanggup menendang ibu bapa sendiri. Nauzubillah! Memang anak derhaka sungguh!
“Ibu, ayah dengan dah pergi mana? Sunyi je..”
Pertanyaan ku singgah di cuping telinga ibu. Ya, tiba-tiba baru aku perasan rasa sepi yang melanda di rumah kami. Yang kedengaran hanya rengekan manja permata hatiku itu.
“Entahlah, agaknya di bawah kot.. Mungkin tengah tengok tv..” balas ibu.
Aku terdiam. Saat itu aku dengar bunyi mesej masuk dari handphone Fendi. Dengan teragak-agak, aku mencapai handphone Fendi yang berada di meja lampu tepi katil kami. Entah mengapa, jariku terketar-ketar saat membuka mesej itu dan membacanya. Jantungku berdegup kencang.
‘Sayang??’
Siapa ni??
**********
“Macam mana?”
“Dah beres! Aku akan pastikan hidup dia hancur! Seperti mana dia hancurkan hidup orang yang aku sayang..”
“Kau tak rasa ke yang kau sedang buat hidup orang lain merana?”
“Ada aku peduli ke? Itu balasan buat dia. Jangan ingat sesenang aje dia buat hidup orang lain derita sebab harapan yang dia pernah bagi. Separuh mati sekalipun, aku takkan lupa apa yang dia buat tu..”
Gelengan kepala si perempuan itu dipandang sepi. Ah, peduli apa! Janji dendam berbalas. Dua wanita itu beredar dari kafe setelah membayar harga minuman mereka. Jam yang menunjukkan angka 6 petang itu mendesak mereka untuk segera pulang tambahan langit pula seakan mendung sebagai petanda rahmat Tuhan bakal kunjung mencurah ke bumi ini.
*********
Melayang sekejap ingatanku saat aku kandungkan Hanif Mikail beberapa bulan dahulu. Masih terbayang bagaimana keadaan perutku yang mem’belon’ dulu.
‘Belon’??
Hahaha.. Aku ketawa sendiri bila teringatkan bagaimana gelagat si Fendi menggelarkan aku mak belon. Ketawa senang hatinya masih terbayang di fikiranku. Betapa Fendi memanjakan aku disaat kehamilan itu. Gurauan yang pada mula menyakitkan hatiku namun aku terima dengan kerelaan hati kerana sudah mengerti akan sikap Fendi yang suka membuli itu.
Fendi yang kukenal dari kecil tidak akan berubah kenakalannya. Aku sedar tentang itu dan aku bahagia berada di sampingnya saat ini. Biarpun aku tahu jodoh itu berada di tangan Tuhan, pasti akan ada dugaan yang mendatang menimpa di dalam alam rumahtangga kami.
Itu lah perasaan yang kurasakan kini. Mesej yang kubaca malam tadi masih terbayang-bayang di mata. Gelaran 'sayang' itu telah merobek hatiku. Tak ku sangka dalam diam, Fendi mempunyai niat untuk berlaku curang dibelakangku. Dalam ketidaktahuanku, Fendi bermain mata dengan wanita lain. Tidak tahukah wanita itu Fendi telah beristeri? Apakah rasa sayang dan cinta yang selama ini ditunjukkan padaku sekadar topeng untuk menyembunyikan kecurangan dia??
Bingung rasanya memikirkan ini semua. Tak terdaya rasanya aku untuk menghadapi waktu ini di saat aku sepatutnya gembira dengan kehadiran cahaya mata yang didambakan. Apakah anak sekecil itu bakal kehilangan papanya suatu hari nanti. Mampukah aku untuk hadapi semua ini??
Kerana Dia... Kamu! (Bab 1)
4 years ago
November 2, 2010 at 10:55 PM
o-o..
perang besarla jawapnya
February 4, 2011 at 7:40 PM
jgn lah bagi konflik yg berpanjangan ye... biarlah n3 yg ke-4 ni shima tahu akan kebenaran itu.. tak naklah baca novel yg mana heroinnya asyik dalam kecurigaan.. tak menarik rasanye... biarlah fendi menyelesaikan masalah ni dgn tenang dan bijaksana... buatlah fendi ni menyuruh penyiasat persendiriannya untuk menyiasat masalah ini dn dalam masa yg sama menjelaskan hal ini cepat2 kepada shima... x suke lah bila shima hidup dalam kecelaruan... x best nak bace... sy nak mereka tu bahagia selalu... biarlah anak mereka diculuk ke? ape ke? yg ptg hubungan mereka suami isteri bertambah erat... dah bosan ngan yg citer2 yg melibatkan konflik ni.. so, ada baiknya kalau author buat kelainan... biarkan mereka hidup dalam kebahgiaan dari awal novel sampai akhir novel... ini baru awal novel dah ada konflik... and one more, romantikkan lagi watak fendi ni and shima pulak kurangkanlah egonya sebagai seorang perempuan... tak naklah semua tu ada pada akhir noovel.. kalau dari awal novel kan lebih bagus... tentu kalau novel ni dibukukan ppasti mendapat sambutan hangat.. all the best to you author and i can't wait for the next n3...