Jangan Menangis Sayang 8



“Maafkan saye, Dato’! Mungkin perangai anak saye tu yang menyebabkan Fendi tak jadi nak bertunang dengan Shima. Tahu-tahu sajalah, Shima tu macam lelaki sikit perangai dia.. Dah banyak kali kami nasihat dia supaya berubah tapi budak zaman sekarang mana nak dengar cakap orang tua macam kite ni.. Mmm.. nampaknye tak jadilah kita berbesan yerr…?” suara Encik Nazri memecah keheningan petang itu. Sementara Puan Rafida baru keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi air minuman untuk tetamu yang datang.

Dato’ Azman mendongak kepala memerhati sekeliling ruang tamu itu. Nampak lain berbanding sebelumnya. Kelihatan cantik dihias. Sedikit keluhan terbit dari bibir lelaki itu. Sekejap kepalanya menggeleng. Hampa rasanya. Separuh persiapan sudah dilakukan.

Puan Rafida yang melihat telatah tetamunya turut mengeluh. Perlahan agar tidak didengari pasangan di hadapannya. Mulutnya yang sebelum ini becok tiba-tiba diam hari ini. Khabar yang diterima sebentar tadi seakan meragut bunga-bunga keriangan di sudut hatinya. Apalah agaknya nasib malang yang menimpa keluarganya kini? Sebelum ini lamaran yang datang singgah ke rumah ditolak mentah-mentah oleh anak tunggalnya. Alasannya, tidak bersedia!!

Kali ni bukan anaknya itu yang menolak lamaran sebaliknya keluarga pihak lelaki memutuskan ikatan yang bakal terbina.

‘Takpela, nak.. Barangkali bukan jodohmu dengan lelaki itu walaupun ibu mula menyukai dia tetapi lelaki itu tidak menyukaimu.. Mungkin persetujuannya dulu sekadar menggembirakan hati ibu bapanya. Atau mungkin lelaki itu bertemu perempuan yang lebih baik..’ Bisikan hati seorang ibu..

“Comel kan Shima masa kecil? Berisi betul pipinya.. Tentu nakal dia ni kan?” Dato’ Azman bersuara sambil memegang bingkai gambar Shima semasa kecilnya. Gambar yang diambil dari meja kecil di tepi kerusi itu ditatapnya. Shima yang comel memakai gaun merah yang besar sesuai sekali dengan badannya. Dengan mahkota yang terletak atas kepala, manisnya budak perempuan ni..!

Datin Zalia yang sama-sama melihat tersenyum.. Gambar bertukar tangan.

“Kalau tengok gambar ni, Shima nampak berisi sikit.. Bila dah besar, kurus pula..” Datin Zalia meluahkan isi hatinya. Sengaja tak ditekan perkataan ‘gemuk’. Takut tersinggung perasaan orang di hadapannya.

“Memang dia gemuk masa kecil.. Tapi tu la… masa naik tingkatan 3, dia demam panas. Terus jadi kurus…. Cuma kenakalanya waktu kecil tetap sama hingga habis sekolah..” beritahu Puan Rafida terus terang..

Agak lama Dato’ Azman dan Datin Zalia di rumah Encik Nazri dan Puan Rafida itu. Tujuannya bertandang ke rumah itu bersebab. Niat anaknya mesti diberitahu.. Biarpun lagi beberapa hari, majlis akan dilangsungkan. tuan empunya diri tidak mahu menyambung risikan yang dibuat dulu.. Bernasib baik kerana tetamu yang dijemput hanya saudara mara terdekat dan jiran tetangga. Tidaklah malu besar keluarga Encik Nazri.

Tiada diketahui puncanya. Apa yang Dato’ Azman dan Datin Zalia tahu, Fendi sudah ada kekasih hati.. Fendi, kenapa baru sekarang kamu bagitahu? Kenapa bersetuju untuk merisik perempuan ini andai di hatimu ada kasih untuk orang lain..??


*********


Tingginya matahari tegak di atas kepala. Kehangatan teriknya cahaya sang suria menggamit pandangan. Terasa bagaikan kelam. Sayup-sayup kedengaran lantang suara si ibu memanggil pulang anak lelakinya.

“Ipul..!! Balik.. Dah tengahari ni.. Kejap lagi nak solat jumaat.. Balik…makan..!!”

“Tembam, Ipul balik dululah yer.. Mak dah panggil tu. Esok sajalah kita main..!” ujar Ipul setelah menghentikan lariannya. Batasan sawah yang menghijau menerima kehadiran matahari sebagai sumber tenaga untuk pembesaran. Ipul berpusing ke belakang menghadap Tembam yang sedang menahan nafas yang tercungap-cungap.

Peluh yang menitik di dahi diseka dengan lengan. Tembam yang melihat keadaan itu pantas mengeluarkan saputangan berwarna kuning dari poket seluarnya. Dihulur kepada Ipul. Ipul teragak-agak untuk mengambil.

Tembam memandang Ipul yang keberatan mengambil saputangan itu. Tanpa diduga Shima mengelap dahi Ipul yang dibasahi peluh. Kaku tubuh Ipul sebentar. Tembam menarik tangan Ipul lalu mereka bergerak ke pohon yang rendung di tepi sawah. Sedikit redup berada di bawah pohon itu.

Ipul masih tidak bersuara. Badannya seolah-olah menerima kejutan elektrik.

“Ipul, kenapa ni? Senyap je.. Kata nak balik tadi..” Tiada reaksi dari Ipul. Seluar gambar Ultraman Ipul sudah dibasahi dengan lumpur sewaktu jatuh semasa bermain kejar-kejar tadi.

“Ipul….!!!” jerit Tembam nyaring. Berdesing telinga Ipul. Saat itu juga Ipul tersedar.

“Hah!! Nak ape? Main lagi ke?” balas Ipul sedikit kelam kabut. Selebihnya Ipul malu apabila sedar keadaannya tadi. Tentu Tembam fikir yang bukan-bukan. Ahh.. Apa sangatlah yang nak difikirkan oleh budak perempuan yang berumur 12 tahun ni.. Bukannya tahu apa-apa lagi..

“Bukanlah. Mak Ipul dah panggil tadi kann?? Kata nak balik.. Pergilah…”

“Petang ni main lagi ye..?”

“Eh, bukan Ipul nak main bola sepak dengan Ijam, Suresh dan lain-lain kat padang hujung kampung tu..? Semalam dah janji dengan mereka.. Tak baiklah lupa janji…” pesan Tembam.

“Ha’ah la.. Nasib baiklah Tembam ingatkan…” ujar Ipul lalu melipat kaki seluarnya hingga ke paras lutut.. “Teriam kasih yee…?” usik Ipul lantas mencubit pipi Tembam..

“Sakitla…” adu Tembam lalu menepis tangan Ipul. Ipul tersenyum lalu berlari meninggalkan Tembam. Tembam masih di bawah pohon dengan tangannya yang masih mengosok-gosok pipi. Shima menggelengkan kepala. Beberapa minit kemudian terpisahlah mereka mengikut laluan rumah masing-masing.

Tergedek-gedek Tembam berlari dengan gaun putihnya itu. Sampai di rumah,

“Ya Allah, Tembam!! Main kat bendang lagi..? Berapa kali mak cakap? Nak main pergilah tempat lain. Jangan kat sawah tu. Rosak padi orang nanti..” suara si ibu memarahi anak perempuannya.. Tersengih si Tembam mendengar bebelan si ibu.. Budak-budak… Masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

“Pergi mandi dulu. Pastu makan.. Mak dah masak ikan keli goreng kesukaan Tembam. Ajak ayah sekali..”

“Yeye… Makan..! Makan..!” Tembam menjerit kesukaan sambil bertepuk tangan..

Gembiranya Tembam.. Masa makan dah sampai. Tapi sebelum tu, mandi dulu… Lalala……..


*************

“Ipul nak pergi mana? Kenapa tinggalkan Tembam…??” Tembam mula menangis teresak-esak di tepi kereta yang bakal dinaiki Ipul sebentar lagi. Tembam mengesat air mata yang mengalir di pipi..

“Ipul nak pergi pekan. Mak kata kami duduk kat sana. Ipul pun belajar kat sana.”
“Jadi… Ipul nak tinggalkan Tembam lah ye…?”

“Taklah..”

“Ipul jangan lah pergi.. Cian kat Tembam.. Tembam nak main dengan siapa nanti?”

“Kan banyak kawan kat sini..” Ipul memujuk Tembam.

“Kawan Tembam… Ipul la…!”
“Janganlah macam ni.. Ipul janji.. Nanti Ipul datang lawat Tembam kat kampung ni.. Ipul pergi tak lama.. Nanti Ipul balik lah…”

“Huhuhu….. Ipul… jangan lah pergi… Nanti… nanti Ipul lupa kat Tembam…”

“Jangan menangis sayangku, Tembam! Tembam sentiasa dekat ingatan Ipul.. Ipul sayang kat Tembam… Ipul janji.. nanti Ipul datang jemput Tembam ye.. Kita sama-sama duduk kat pekan.. Boleh kita main bersama nanti..”

Ipul memujuk Tembam lagi.. Moga-moga hati Tembam sejuk..

“Ipul janji jemput Tembam nanti.. Jangan menangis lagi ye….”

Ipul mengesat air mata di pipi Tembam. Masa untuk berangkat. Ipul sudah masuk dalam kereta. Mak dan ayahnya sudah bersedia untuk bertolak. Ikatan sahabat antara keluarga Tembam dan Ipul akan terlerai tapi bukan untuk selamanya. Mak Ipul dan mak Tembam saling berpelukan.

Kereta mula bergerak.. Lori yang mengangkut barang-barang mereka mendahului kereta mereka.

“Tembam.. jangan nangis yee… Ingat Ipul selalu….” Ipul menjenguk keluar tingkap kereta sambil menjerit. Ipul melambaikan tangan hingga kereta hilang dari pandangan Tembam. Tembam turut melambaikan tanganya..

“Tembam.. jom balik….!” ajak mak Tembam…


**********


Shima terjaga dari tidurnya. Sedikit berpeluh tubuhnya. Diraup mukanya sambil bibir melafazkan ‘Astagfirullah’. Dicelik-celik kelopak matanya. Digagahkan juga anak matanya mencari-cari jam digital Mickey Mousenya. 4.30 pagi! Ya Allah, kenapa mimpi ini sering berulang? Kenapa kenangan lama tetap mengekori perjalanan hidupku?

‘Ipul, Shima rindukan Ipul! Ipul kat mane sekarang…? Sampai hati Ipul tak tunaikan janji Ipul dulu…’

Hati kecilku berbisik perlahan.. Pipi sudah dibasahi air jernih yang keluar dari kelopak mata. Lama mataku terkebil-kebil di atas katil. Kemudiannya aku rasa mengantuk lalu bantal kusorong di kepala. Terletak saja bantal di situ, mataku sudah terlelap…

Reaksi anda : 

cerpen : Kalau Dah Cemburu


10 Disember 2008

“Abang pergi mana tadi? Baru sekarang nak balik? Ingatkan dah tak tahu jalan balik ke rumah…” sergahan Suriani, isteri yang kukahwini enam tahun lalu. Pantas dada ku urut lantaran terkejut dengan sergahan itu. Tapi aku juga yang salah kerana memasuki rumah bagai pencuri lagaknya. Sebenarnya aku takut mengejutkan seisi rumah.. Jadi masuk rumah pun diam-diamla..

“Kenapa belum tidur lagi ni?” Aku tidak menjawab pertanyaan Suriani. Tali leher yang kupakai kulonggarkan ikatannya. Aku melihat mata Suriani yang membengkak. Barangkali Suriani tak cukup tidur kerana menungguku.. Kasihan Suriani.

“Sue menunggu abang..”

“Tak payah lah Sue tunggu abang. Bukannya abang tak balik langsung punnn…”
“Sekarang memang abang balik ke rumah ni lagi.. Tapi mana tahu suatu hari nanti…”

“Shh…Jangan cakap yang bukan-bukan. Sue dah tak sayang abang lagi ke?”

Aku sekadar menarik simpati dari Suriani. Dia satu-satunya isteriku. Suriani satu-satunya wanita yang suatu ketika dulu mampu menggetarkan jiwaku saat aku kesunyian. Dialah yang menghiburkan aku saat aku perlukan kasih sayang dari seorang wanita. Aku bahagia berkahwin dengan Suriani walaupun dia bukannya pilihanku.. Sekadar pilihan keluarga tapi hingga sekarang kami bahagia. Mungkin kerana restu mak dan ayah yang mengiringi perkahwinan kami.

Tapi.. akhir-akhir ini sikap cemburunya makin menjadi-jadi. Agaknya dia sudah tak sayang padaku lagi?? Atau mungkin sayangnya bertambah padaku.. Mungkin dia cemburu kalau-kalau aku ada simpanan di luar.. Siapa yang tahu..

“Oo… tau pulak nak suruh Sue sayang abang yee..?” Suriani bingkas bangun dari katil kami lantas menghampiri bakul pakaian yang terletak di tepi pintu masuk bilik air. Mataku meliar mengikuti pergerakannya. Suriani menyelongkar isi bakul pakaian itu. Suriani macam mencari sesuatu saja.

“Abang nak Sue sayang abang kan?? Tapi abang sendiri tak sayang dengan Sue.. Ape ni?? Boleh jelaskan pada Sue?”

Sue menghulurkan satu kemeja putih padaku. Ada tanda merah di kolar kemeja itu. Ya.. tanda lipstick Bukannya aku tak tahu angkara siapa. Tapi.. kenapa Suriani macam tak perasan sesuatu..? Agaknya otak Suriani ligat memikirkan rasa cemburunya berbanding jawapan yang logik.

Segera aku berpaling ke belakang. Langkah kuhayun. Aku tersenyum. Memang cemburu Suriani makin kuat. Aku rasa badanku sudah melekit.. Terasa bilik air tu memanggil namaku.

“Abanggg…! Abang belum jelaskan perkara tu lagi.. Sue nak tahu sekarang jugak! Abang berfoya-foya dengan siapa semalam..? Abang!!”

Suriani memekik meminta penjelasan dariku.. Ahh.. Biarlah dia.. Nanti kalau dilayan takut perang dunia ketiga meletus pulak.. Kang rumah ni sah kena bom.. Bedilan bom bebelan dan periuk belanga kat dapur tu.. Fuh.. Baik aku mengelak!

Kesan lipstick yang kecil tu pun tak dapat kesan. Bukannya Suriani tak tahu anak perempuan mereka sudah pandai melaram sekarang. Habis alat make-up mamanya digunakan. Dan itu kesan bibir si kecil itu.. Mesti Suriani tak siasat ni, tu yang main tuduh je…

Jirusan air pancut rasa sejuk bagai menggigit tulang belakang. Tu lah.. siapa suruh mandi malam-malam ni..?? Hehe.. Aku bukannya sengaja balik lewat macam ni.. Kerja bertimbun di pejabat.. Esok pagi-pagi lagi ada meeting…



Hari tu hari minggu. Sememangnya waktu sebegini lah yang aku gunakan untuk berehat bersama keluargaku.. Kelihatan Suriani menatang dulang berisi air teh dan sepinggan goreng pisang menuju ke teratak buatan kami di taman halaman rumah. Masa tu aku sedang mencuci kereta dibantu dua orang puteri dan putera kami, Syikin dan Najmi. Gelak ketawa puteri dan putera kami berdua cukup menghiburkan. Biasalah kanak-kanak kecil kan. Tak sah lah kalau tak main air ni..

“Okey, sekarang giliran Sue pula cuci kereta abang ni.. Tentu abang dah lapar kann?? Sue dah buat goreng pisang kegemaran abang tu. Pergilah makan..” kata Suriani lalu mengambil pili air dari tanganku. Suriani menyambung kerjaku.

“Syikin, Najmi! Meh dekat dengan papa. Kita isi perut dulu yee!!” aku memanggil anak-anakku.. Terkedek-kedek anak-anakku berlari mendapatkanku. Aku mendukung Najmi dan Syikin membontoti dari belakang. Basah kencun baju mereka berdua lantas ku bawa ke teratak. Aku duduk di sisi Syikin dan Najmi yang berebut mendapatkan goreng pisang. Mereka berdua mengunyah makanan petang kami itu dengan mulut yang penuh. Ish.. Gelojoh sungguh anakku!!

Aku perhati Sue. Tekun dia menyudahkan kerjaku tadi. Setelah menjirus air, dia mengelap kereta kesayanganku.. Mm.. nampak berkilat kereta itu. Suriani memang rajin. Padanlah Suriani selalu dipuji ibuku a.k.a ibu mertuanya itu. Mak memang selalu memuji Suriani. Suriani pandai masakla, pandai kemas rumah, pandai ambil hati orang tuala.. dan macam-macam lagi.. Almaklumlah Suriani menantu pilihan ibubapaku.. Aku sekadar bersetuju dengan pilihan mereka walaupun ketika itu aku punya pilihan sendiri..



2 Jan 2002

“Tia keluar dari rumah abang!! Abang jijik dengan Tia, tau tak!!” aku memekik. Hilang rasa hormatku pada perempuan di depanku. Bergegar aku rasa kondominium yang aku duduk sekarang ni.. Panas hatiku melihat kelibat perempuan itu di rumahku. Mendidih api kemarahan yang merajai hatiku. Perempuan yang menjadi tunangku lapan bulan yang lepas memandang sayu ke arahku.

“Sampai hati abang buat Tia macam ni! Abang tak sayang Tia ke??” Tia memancing rasa simpatiku.. Meminta belas kasihanku.

Maaf Tia! Aku jijik lihat perempuan yang tak tahu malu macam ko ni.. Dulu memang aku sayang kat ko, cinta pada ko. Segunung harapan aku agar istana cinta kita selama ni akan terbina. Tapi sejak kejadian lepas, sayang tu dah terkubur dalam pusara cinta yang aku cipta.

“Abang, Tia minta maaf! Tia tak sengaja! Hal tu juga bukan dalam jangkaan Tia. Tia mengaku Tia terlalu mengikut rasa hati. Tapi Tia memang takde perasaan kat dia. Percayalah kat Tia, bang!”

Kerdil saja tubuh Tia aku pandang. Rasa nak humban dia keluar dari rumah ni.. Aku tak mahu jadi apa-apa pula di rumah ni walaupun Tia tunang aku. Ya..aku cukup menjaga batas-batas pergaulanku. Itu yang ibubapa ajar sewaktu aku kecil hingga aku meningkat dewasa..

Aku melemparkan suratkhabar yang aku baca semalam. Sakit hatiku membaca apa yang terpapar di dada akhbar. ‘SEORANG MODEL TERKENAL DITANGKAP KHALWAT BERSAMA KEKASIHNYA’.

“Kekasih? Siapa kekasih Tia sebenarnya? Bukan abang ker? Bukan abang ke yang jadi kekasih Tia sekaligus merangkap tunang Tia?? Kenapa wartawan menulis tajuk begini kalau bukan Tia sendiri yang mengaku? Tia ingat abang tak tahu sebelum ni, Tia memang bercinta dengan dia. Tia masih sayangkan dia kan? Sebab tu Tia buat abang begini? Kasih sayang abang tak cukup ke? Abang ikat Tia supaya pergerakan Tia sebagai mode, terkawal. Dari dulu lagi abang tak suka Tia jadi model. Kenapa Tia degil sangat?” aku meluahkan isi hatiku.

Geram aku memikirkan perangai Tia yang melampaui batas. Aku mengikat dia sebagai tunangku supaya dia sedar akan statusnya sekaligus membataskan pergerakannya . Aku mahu perangai dan kelakuannya nampak cantik di pandangan ibubapaku agar mereka tahu aku tidak tersalah pilih. Tapi.. ini yang aku dapat. Kasih sayangku tidak dihargai. Tia seakan tidak menyedari cincin yang tersarung di jarinya.

“Pulangkan semula cincin tu! Cincin tu hanya untuk perempuan yang layak saja. Yang tahu menghargai abang sebagai kekasihnya. Sebagai tunangnya.”

“Abang, sayang merayu sangat kat abang! Maafkanlah Tia. Tia tak bersalah dalam hal ni. Sudah lama Tia putus dengan dia. Sejak kita bertunang dulu dan sebelum kita bertunang, bang..! Jangan tinggalkan Tia! Tia sayangkan abang.. Juga cincin ni…” balas Tia sambil memandang cincin di jarinya. Digenggam erat jarinya. Tia tidak mahu melepaskan cincin itu..

“Dasar mata duitan!!” pekikku nyaring. Aku menolak tubuh Tia yang memeluk kakiku. Tia jatuh. Tanpa berlengah lagi, aku menarik cincin itu dengan paksa.
“Abang, sakit!!” adu Tia apabila aku menarik kasar cincin itu.

“Hati abang lagi sakit, Tia!! Sudah! Sekarang Tia keluar dari rumah abang. Abang taknak tengok Tia lagi. Minggu depan abang hantar ibubapa abang untuk putuskan pertunangan kita. Muktamad!!”

Aku meolak Tia ke depan pintu. Aku tak mahu aku pula yang ditangkap basah bersama Tia pula. Aku serik bercinta dengan Tia yang popular dengan ceritanya. Sejak bertunang dengan Tia, bermacam cerita aku dengar tentangnya. Lebih-lebih lagi melibatkan bekas kekasihnya, Roy. Sering aku menidakkan hal itu bila kawan-kawan sering bercerita tentang Tia. Tia keluar dengan Roy la, mereka diajak berlakon bersama la.. Selagi tak nampak depan mata, selagi tu aku tak percaya.

Kadang-kadang kerja aku sebagai pilot juga membataskan pengetahuanku tentang dunia hiburan. Walaupun Tia, tunangku itu seorang model berjaya, aku jarang mengambil tahu hal di sekelilingnya. Aku sekadar berpegang pada satu janji. Andai benar Tia mencintaiku pastinya dia tidak membuat hal di belakangku. Tapi.. ini yang aku dapat.. Argh…!!





25 Oktober 2002

“Aku terima nikahnya Wan Suriani Binti Wan Syukri dengan mas kahwinya RM 80, tunai.”

Aku melihat saksi-saksi menganggukkan kepala tanda sah. Alhamdullillah, akhirnya aku mendapat juga teman hidupku biarpun aku tidak mengenali siapa dirinya. Majlis pernikahanku berjalan dengan lancar. Segalanya diuruskan keluargaku. Aku mengikut segala perancangan mereka yang tidak mahu aku bersedih setelah tali pertunanganku dengan Tia diputuskan.

Ibu yang memilih isteri buatku. Kata ibu, Suriani menantu pilihannya. Semasa Tia aku cadangkan sebagai bakal isteriku, ibu membantah keras. Perempuan yang terlibat dalam dunia glamour, tidak boleh jadi menantunya. Ibu memang cukup pantang dengan semua itu. Namun mengalah juga bila ayah masuk campur untuk bersetuju dengan pilihanku.


Malam pertama aku bersama Suriani tidak seperti pasangan lain. Aku sendiri kaku bila bersamanya. Aku teragak-agak untuk menyentuhnya. Mungkin sebab masih tiada rasa cinta dan sayang untuknya lagi. Ya.. aku akan pupuk bila aku tinggal bersamanya kelak…

Tiga bulan berlalu. Alam rumahtangga sememangnya menyeronokkan. Aku kini sudah bertukar kerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat kenalan ayahku.. Aku bebas melakukan segalanya bersama isteriku. Sayangku pada Suriani mula bercambah. Dan aku senang dengannya. Cuma satu yang menjadi masalah buatku. Sikap Suriani yang mudah cemburu sedikit membebankanku.

Benar kata orang, cemburu itu tanda sayang tapi cemburu Suriani bukannya tanda sayang. Suriani seakan ingin mengongkongku. Setiap pegerakanku cuba dikawalnya sebaik mungkin. Kemana saja aku pergi, aku mesti melaporkan padanya. Ahh.. Suriani! Suriani…!




“Abang, kasut siapa ni?” pekikan Suriani mengejutkan aku. Ish.. Ni satu lagi perangai Suriani. Suka memekik. Entah ikut perangai siapalah.. Adoii…

“Janganlah terpekik macam tu.. Suara tu nyaring sangat la..” aku membalas sambil menunjuk ke arak Syikin yang menutup telinga dengan tangannya.

“Kasut perempuan mana dalam kotak ni? Abang nak hadiahkan kat sape? Tengok harganya, bukan main mahal lagi..” Suriani bertanya. Mimik mukanya menunjukkan tanda dia tidak puas hati.. Alahai.. isteriku…!

Aku melihat gelagat isteriku yang cuba menyelongkar isi kereta ku. Sabar je la…

“Gaun hitam sape ni, bang? Abang ni memang tak sayang Sue kan? Abang nak duakan Sue ye? Abang nak kawin lagi ke? Siapa pompuan tu? Tia??” Aku terkejut mendengar satu nama yang pernah muncul dulu terluncur dari bibir Suriani. Teruk benar tahap cembur Suriani..

“Hal lama abang jangan Sue nak ungkit pulak! Pompuan dah takde kena mengena dalam hidup abang lagi..!” aku memarahi Suriani. Hilang sudah sabarku. Aku segera berlalu ke dalam rumah dan mencapai telefon. Satu jam kemudian ibu mertuaku sampai.. Aku meminta ibu mertua menjaga Syikin dan Najmi kerana ada hal yang ku nak uruskan bersama Suriani.. Ibu mertuaku membawa Syikin dan Najmi menaiki kereta menuju ke rumah keluarga Syikin yang tidak jauh dari rumah kami..

Aku menarik nafas lega melihat kelibat kereta yang mulai hilang dari pandangan. Aku tak mahu Syikin dan Najmi melihat kami bergaduh hal yang remeh sebegini. Sekarang aku boleh bertekak dengan Suriani..

Aku menarik tangan Suriani ke ruang tamu.. Tangannya aku lepaskan di situ. Dadaku mula berombak.

“Apa yang Sue cemburukan sangat ni..? Kenapa banyak bertanya ni? Suka hati abang la nak belikan kasut dan gaun tu untuk siapa? Duit abang.. bukan duit sayang..”

“Abang tu suami Sue! Sue memang layak untuk bertanya pada abang. Dalam diam abang menduakan Sue. Tak mungkin semua barang tu untuk Sue. Dah lama kita kahwin, mustahil abang belikan barang begitu untuk Sue.. Siapa perempuan tu bang? Abang dah mula cintakan dia ke?”

Soalan bertalu-talu Suriani hingga di cuping telingaku. Panas telingaku dengan amarahnya.

“Abang tak pernah main kayu tiga di belakang Sue. Selama ni abang pergi dan pulang kerja. Yang abang tahu abang kena cari duit untuk biaya keperluaan keluarga kita. Tak mungkin abang ada masa untuk semua tu..”

“Jangan nak tipu Sue, bang! Sifat lelaki.. bukannya Sue tak tahu.. Bila umur makin meningkat… lelaki makin gatal.. Miangnya mengalahkan orang muda. Tentu abang ada niat kahwin lain kan…? Siapa dia tu, bang..?”

Suriani tetap tidak mengalah untuk mengetahui gerangan yang beraja di hati suaminya. Memang sejak berkahwin dengan lelaki itu, Suriani mula meletakkan lelaki itu tinggi di puncak hatinya. Betul-betul di tempat pertama. Cintanya buat suami tersayang. Kasih itu buat insan yang memberinya zuriat di muka bumi ini. Suriani tidak mahu berebut lelakiu itu dengan perempuan lain.. Lantaran itu rasa cemburu sering bersarang di hatinya. Kerana cinta itu makin bergunung.. Tak mungkin Suriani akan menyerahkan satu-satunya lelaki yang dicintai kepada perempuan lain.

“Takde siapala.. Sue…! Takkan abang nak buat macam tu pada Sue.. Abang bukan lelaki yang macam kat luar tu..Sue, kita dah lama kahwin. Masakan Sue masih tak percaya pada abang?”

“Abang bukan macam dulu.. Kebelakangan ni, seringkali abang balik lewat.. Abang dah jarang makan kat rumah.. Abang dah jarang bercakap dengan Sue..”

“Sue.. cukup lah tu.. Abang tak nak bertengkar dengan Sue..”

Aku berlalu dari menghadap wajah Suriani yang sedang menahan marah itu. Biarlah, aku tidak ingin memanjangkan butiran pertengkaran kami. Takut andai ada hal lain yang terjadi.. Nauzubillah… Minta-minta dijauhkan perceraian itu dalam hidup kami..

Ketika panjang langkah kakiku keluar dari rumah, telingaku menangkap jeritan nyaring suara Suriani yang melaungkan namaku.

“Abangg…….!”

“Sue…”

*********

Mundar mandir aku berjalan di hadapan bilik Dr Fazilah itu. Dr Fazilah adalah kawan lama Suriani. Kawan semasa sekolah menengah dulu. Kami sekeluarga sudah lama mengunjungi kliniknya untuk mendapatkan rawatan.

Resah di hati tak usah ceritalah.. Macam-macam terbayang dalam mindaku.. Sakitkah Suriani selama ini..? Aku akui sejak kebelakangan ini, wajah pucat Suriani seringkali terlayar di anak mataku ini. Bila aku tanyakan padanya, Suriani sekadar menggelengkan kepala menidakkan pertanyaanku..

Keadaan Suriani sudah aku khabarkan pada ibu mertuaku.. Tidak mahu ibu mertuaku itu kebimbangan. Aku memesan pada ibu supaya menjaga anak-anakku itu untuk beberapa jam lagi.

“En Haziq..! Masuk..!” pelawaan jururawat yang baru keluar dari bilik Dr Fazilah, aku terima. Segera aku mendapatkan doktor muda itu untuk bertanyakan keadaan isteriku.

“Kenapa dengan isteri aku, Fazilah?”

“Sue tu dah tahu dia pregnant, kenapa masih buat kerja berat lagi..?”
“Pregnant??”

“Ye.. kandungannya masih di peringkat awal.. Sue tak perlu buat kerja berat-berat.. Bimbang memudaratkan kesihatan.. Patutnya kandungan dari awal ni la yang perlu dijaga. Sue buat kerja apa tadi, Haziq? Mmm… nanti aku tuliskan senarai ubatnya dan dapatkan kat kaunter, ok??”

“Ok.. Berapa usia kandungan Sue?”

“La…ko tak tahu lagi ke?” Aku sekadar menggeleng.

“Dah masuk 3 bulan tu.. Jaga Sue elok-elok, Haziq!” pesan Dr Fazilah, aku iyakan.

Kini, aku berada di halaman rumah. Enjin kereta sudah kumatikan. Ku pandang Suriani di sebelah. Sejak dari klinik lagi, Suriani seakan tidak mahu memandangku. Aku mula digamit rasa bersalah. Mungkin Suriani sakit hati kerana aku memarahinya. Ini kali pertama aku meninggikan suara padanya. Selama ini aku sentiasa berlembut dengannya.. Kerana aku tahu hati seoarang perempuan tidaklah sekeras mana. Aku tidak ingin menyakitinya.

Sebaik saja pintu dibuka, Suriani meluru masuk ke dalam bilik. Aku mendengar esak tangisannya. Tersedu-sedu dia menahan tangisan. Aku merapatinya.

“Sue, maafkanlah abang! Abang bukannya nak marah Sue. Sue terlalu cemburu pada abang.. Kenapa? Selama ni Sue tak pernah bersikap macam tu.. Apa yang buat Sue jadi begini…” aku cuba berdiplomasi.

Suriani tidak menjawab sebaliknya muka ditembam ke bantal. Di situ dia menghamburkan air mata.

“Sue tak tahu kenapa.. Mungkin sebab ni…” balas Suriani lalu tangannya menghala ke perut. Aku tersenyum.. Sian anak papa ye.. Mama salahkan anak papa..! Tak baik betul mama ni..

“Sue.. baby yang belum melihat ke dunia lagi tu tak bersalah.. Kasihan baby tu.. Mama dia kuat cemburu sangatlah…”

“Tapi kasut dan gaun tu….. Untuk siapa?”

Aku tidak menjawab sebaliknya keluar dari bilik tu…

“Sue…” aku memanggil isteriku. Aku duduk disebelahnya lalu ke peluk bahu lembut itu. Aku usap belakang Suriani.. Pinggangnya kurangkul erat. Suriani turut membalas dan mengeratkan pelukan kami. Aku bisikkan ke telinga Suriani,

“Sue sayang…. Hari ni anniversary kita kan…? Dah 6 tahun pun… Abang bersyukur sangat kita masih bahagia dalam perkahwinan ni.. Abang sayang Sue sangat-sangat... Cinta abang juga untuk Sue.. Tiada duanya… Percayalah Sue… biarpun dulu Sue bukan pilihan abang, abang bersykur dikurniakan isteri sebaik dan secantik Sue…”

“Abang….”

“Baby ni….” aku angkat baju Suriani dan tanganku merayap di perutnya. Aku usap lembut perut Suriani yang masih kempis itu…

“Terima kasih sayang memberikan abang ‘hadiah’ anniversary yang tak ternilai untuk tahun ni… Abang akan jaga Sue dan anak-anak kita hingga akhir hayat abang.. Itu janji abang.. Itu juga ikrar nikah dan tanggungjawab abang sewaktu kali pertama melafazkan akad nikah pada Sue dulu… Terima kasih menjadi permata dalam hidup abang…”
“Sue sayang abang….” ungkapan Suriani menembusi pendengaranku. Senyuman terukir di bibir kami.

“Sudi tak malam ni Sue menemani abang untuk dinner anniversary kita tu..?”

Aku seakan melamar Sue. Tapi bukan untuk berkahwin tetapi untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami… Suriani menganggukkan kepala lalu menggenggam tanganku.

“Gaun ni… kasut ni untuk Sue pakai malam ni…”

“Jadi ini untuk Sue la…?”

“Tentulah.. Abang beli untuk Sue.. Bukan untuk orang lain… Tu lah, cemburu tak tentu pasal.. Alih-alih pengsan pulak…! Ishh… buat takut abang je tadi…” aku mula menghidupkan suasana ceria antara kami. Aku cubit hidung Suriani…Lantas pinggannya ku geletek… Suriani ketawa..

“Jangan cemburu lagi ye…”

Suriani diam tetapi di bibirnya tergaris senyuman buatku… Aku memeluk Suriani…

‘Sue… cemburu tu perlu ada dalam rumahtangga cuma abang harap janganlah keterlaluan…Sebab abang dah berjanji dengan diri abang… hanya Sue isteri pertama dan terakhir abang… Kasih sayang abang hanya untuk Sue dan anak-anak kita… Abang tetap akan bahagiakan Sue seperti mana Sue bahagiakan abang….Terima kasih sayang… Untuk hadiah yang berharga itu…….’












Reaksi anda : 

Jangan Menangis Sayang 7


“Awak nak bawa saya ke mana ni?” aku bertanya keras. Sedikit marah kerana sakit di pergelangan tanganku. Perit sangat.

“Awak diam, boleh tak? Sehari kalau tak bising, tak boleh ke? Suara kalau sedap macam Siti Nurhaliza, takpela jugak! Ni macam king kong…!!” balas Fendi geram.

Aik! Aku digelarnya king kong. Kurang ajar betul mamat ni. Sedap mulut dia mengata aku. Nak dicilikan aje rasanya mulut dia ni. Mulut takde insurans betullah.

“Assalammualaikum, mama. Ada kat mane?” cuping telingaku pantas mendengar suara Fendi. Huh, dalam tarik-tarik tangan aku, sempat lagi telefon orang! Gila betul! Dah la kami kat tepi jalan ni. Saat tu juga, mata Fendi melilau ke kiri dan kanan. Aku cuba melepaskan pegangan tangan Fendi namun tak berjaya. Makin dierat kemas jarinya membalut pergelangan tangan.

“Tengahari nanti mama datang ofis. Bawak sekali semua baju lama yang mama dah tak pakai. Ye..semua sekali..!”

Apa kena lah dengan Fendi? Bawak baju lama mama? Takkan dia nak buat sesi lelongan pakaian kat ofis pulak! Mm.. dah jadi tauke pakaian ke apa dia ni?? Aku makin konfius ni. Nak pergi mana ni?

Kini aku berada di dalam kereta Fendi. Kelajuan tahap maksimum yang dipandu Fendi betul-betul meragut kebimbanganku. Nak cepat sangat tapi aku yang masih tak tahu hala tujunya.

Terkedu aku sekejap melihat pandangan dari luar cermin kereta Fendi. Kain rentang yang besar dan berwarna putih itu kutatap tulisannya. ‘Kursus Pra perkahwinan’?? Makin pelik aku dengan Fendi ni. Kenapa dia bawa aku ke sini? Hentakan kakiku menarik perhatian Fendi. Cerlung matanya tajam ke arahku. Geram lah tu…

“Ni, apasal macam budak-budak ni? Berlubang kereta saya nanti sebab hentakan kaki awak tu, bayar ganti ruginya tau.. Nak protes pulak dia!!” marah Fendi. Aku membentak.

“Awak buat saya macam ni, ingat saya suke ke? Entah nak bawak culik saya ke mana pun, saya tak tahu. Awak pegang tangan saya dari tadi, tak reti nak lepas ke? Ingat dah cukup terror pegang stereng dengan sebelah tangan aje..? Lepaskan tangan saya..”

“Okey! Saya lepaskan tangan awak.. Tapi jangan lari pulak…!”

Lari? Ish.. Fendi ni ingat aku budak kecil ke? Tak ada masa aku nak main kejar-kejar dengan Fendi kat sini. Aku dah pun keluar dari kereta Fendi. Fendi mengarahkan aku untuk mengikutnya.

Bila aku nampak Fendi memasuki bangunan itu, hatiku makin kecut. Entah apa yang nak dibuatnya kat tempat ni. Takkan nak daftar kursus kahwin pulak! Tadi cakap nak batalkan pertunangan kami. Alih-alih dibawanya aku ke sini. Pelik aku dengan perangai Fendi ni..

Kaunter pertanyaan di depan menjadi kunjungan kami berdua. Entah apa yang dibualkan Fendi dengan perempuan tu. Aku tak nak ambil peduli pun. Bukan hal aku..

“Bak sini ic awak!!”

“Nak buat apa dengan ic saya?”

“Jangan banyak soal la.. Ini arahan kerja, ok??”

Kerja? Kepala hotak awak.. Urusan kerja apa sampai kena bagi ic ni? Dahl ah bawak aku ke tempat macam ni.. Nak tak nak aku tetap hulurkan ic aku kat Fendi..


*********


Aku perhati pula jam di dashboard kereta. 2 petang! Tapi… masuk ni dah lima kali aku tengok jam tu. Mustahil aku kena lunch dalam masa macam ni. Dah lambat pun. Perut asyik berbunyi dari tadi. Kerja kat ofis tu berlambak atas meja yang belum kusiapkan. Baru semalam aku siapkan laporan mesyuarat yang Fendi aturkan dua hari lepas. Kelam kabut jugak aku dibuatnya sebab aku belum pandai dalam kerja-kerja sebagai setiausaha peribadi mamat kat sebelah ni..

Aku memandang wajah Fendi. Cuba meminta pengertian namun Fendi buat tak tahu saja. Eii.. geram rasanya!! Aku ni macam tunggul kayu je kat sisi dia ni. Sakit betul hati ni.. Sombong plus angkuh mamat ni. Nasib lah aku dapat bos macam Fendi ni..

Hampir setengah jam mencari tempat parking kat Jaya Jusco ni.. Melilau mata Fendi mencari tempat yang kosong. Aku kat sebelah ni pun jenuh mencari sama.

“Hah.. tu kereta kuning tu nak keluar. Cepat! Cepat!” aku mengarah Fendi bila ternampak kereta Gen-2 berwarna kuning bergerak keluar dari tempatnya.

“Saya taula..!! Sibuk aje awak ni.. Duduk kat tepi tu diam-diam sudah lah.. Ingat saya tak nampak ke kereta tu..!” marah Fendi dengan mata yang besar. Sengaja Fendi jegilkan biji matanya bila melihat gayaku yang sedikit terlompat-lompat dalam kereta.

“La.. saya nak bagitau aje..! Tu pun nak marah..”

“Ciss!! Kurang ajar betul kereta tu..!” Fendi mula marah-marah bila ada kereta lain yang masuk ke tempat yang dikosongkan kereta Gen-2 kuning itu. Fendi mendengus geram.. Mulutnya mula mengomel-ngomel tanda tak puas hati.

“Ni.. awak punya pasal la ni..!” marah Fendi.

“Saya pula yang disalahkannya.. Awak yang bawak kereta macam kura-kura..”

“Ulang balik kata-kata awak tu.. Melawan yee…!! Samakan saya dengan kura-kura? Abis tu awak arnab ke?”

“Tak! Saya manusia..!”

“Ishh.. Geramnya..!! Melawan lagi…” bising Fendi memarahi aku yang begitu tegar menangkis pertanyaannya tadi.. Tu la..siapa suruh lawan cakap ngan aku. Mestilah aku nak menang punya!! Haha… Padan muka!

Akhirnya dapat juga kami memarkir kereta setelah habis bertekak dalam kereta tadi. Pening kepala aku dibuatnya si Fendi ni. Tujuan kami ke sini pun dia tak bagitahu. Balik-balik dia cakap,

“Ikut saja, sudahlah! Saya bos kan, awak kena ikut apa yang saya suruh!”

Sekali lagi tanganku ditarik Fendi. Ganas betul mamat ni.. Main tarik-tarik aje.. kang putus tangan aku ni, siapa susah? Aku jugak.. Siapa yang nak kahwin dengan aku kalau dah cacat? Si Fendi ni pun awal-awal dah reject aku.. Ishh.. Menyampah!!

Aku terpaksa menurut langkah Fendi. Tiba-tiba aku dah terpacak kat depan satu butik. Tengok-tengok kat dalam semuanya pakaian perempuan. Kenapa Fendi bawa aku ke sini? Takkan nak shopping baju mama dia? Lama aku terfikir.. Eh, takkan aku kot..??

Khayalanku dicantas oleh suara Fendi yang memekik. Kurr… Kurus semangat aku! Gila apa Fendi ni.. Patut pun aku gelar dia ni harimau.. Baru lepas dari zoo la ni..

“Apa lagi tercegat kat situ..? Pilih lah semua yang ada kat situ.. tapi ingat jangan lebih 5 helai, tau??” arah Fendi. Terkulat-kulat aku depan butik tu..

“Awak, saya tak cukup duit nak bayar nanti. Saya mana dapat gaji lagi. Baru dua minggu saya keje dengan awak. Apa kata kita cari kat Masjid Jamek..? Lagi murah kat sana.. Kat sini, mahal lah awak..” aku dah mula membebel.. Pakaian kat sini.. fuhh… habis separuh gaji aku…

“Banyak cakap pulak! Saya yang bayarkan.. awak pilih aje..!”

Aku akur dengan ucapan yang terlintas dari bibir mamat tu.. Orang nak belanja, apa salahnya.. Aku pun apa lagi window shopping la dulu baru pilih mana yang berkenan. Dekat sejam juga aku habiskan masa untuk memilih baju.. tapi aku tetap tak berpuas hati. Aku dah berkenan dengan satu blouse tadi tapi Fendi berkeras meminta aku memakai baju kebaya.. Takkan semuanya baju kebaya? Sendat sana. Sendat sini. Nak berjalan pun susah. Tau lah pinggang aku ni ramping kan.. kot iye pun, jangan lah paksa aku.. Nak aku suarakan rasa hati yang menjeruk ni takut Fendi herdik aku kat depan jurujual ni pula.. Angin Fendi ni bukannya aku boleh baca pun..

“Dah siap!” aku meletakkan semua baju yang sudah kupilih di atas meja kaunter bayaran. Aku mengerling sekilas ke arah Fendi. Eii.. mamat ni, buat tak tau pula tugas dia.. Aku pijak kaki Fendi yang ralit merenung sekumpulan gadis yang enak-enak ketawa. Entah apa yang melucukan dalam perbualan mereka. Si Fendi ni boleh tahan juga gatal dia.

“Adoiii.. sakitlah…! Manusia jenis apa awak ni?” marah Fendi sambil menggosok kakinya. Hah, padan muka!

“Tolong bayarkan!” aku menunjuk ke arah pakaian yang sudah siap berbungkus. Juruwang perempuan tu tersengih-sengih memandang kami. Fendi mengeluarkan dompetnya lalu kad kreditnya dihulurkan pada juruwang itu.

“Jumlahnya RM 524, encik!”

“Shopping mengalahkan Datin ye awak ni..!” ujar Fendi lalu menurunkan tandatangannya atas slip bayaran. Lepas tu aku dah tak dengar ngomelannya.








Reaksi anda : 

Jangan Menangis Sayang 6

Panggilan intercom itu segera kujawab. Talian dari sebelah sana sudah dapat kucam.. Fendi!! Apa pula yang dia nak pagi-pagi ni..? Kerusi belum panas aku duduki, harimau kat dalam bilik tu dah panggil mengaum..

“Ye, Encik Fendi! Ada apa-apa yang saya perlu buat?”

Chewahh..! Skema giler ayat aku. Padahal aku berdepan dengan bakal tunang yang akan diisytiharkan sebagai tunang aku minggu depan. Patutnya kena lah berlemah lembut kan?? Tapi dengan Fendi ni, ntah la.. malas aku nak berlembut dengan dia. Dahlah garang nak mampus. Suke nak dera aku je.. Pertama kali dia datang ke rumah dulu, awal-awal aku nak reject dia ni.. Tapi, dia boleh setuju dengan hantaran kahwin tu. Hairan!!

Kadang-kadang tu aku rasa menyesal juga terima tawaran bekerja dekat sini. Aku rasa tak bebas je kat sini. Seolah-olah pergerakanku tersekat. Aku kena ikut segala syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian yang ku tandatangan dulu. Nurul cakap Fendi buat macam tu sebab tak nak staf dia lari tapi dari pemerhatianku, syarat-syarat yang dia kasi tu memang akan membuat mana-mana staf yang kerja bawah dia angkat kaki. Cuma aku aje yang melekat kat sini. Agaknya Fendi gam kuat-kuat kat kaki aku ni..

Aku merenung wajah Fendi sekilas yang sepertinya tidak sedar akan kehadiranku di dalam bilik itu. Fendi ni memang nak kena ni!!

“Encik Fendi!”

Aku pasti suara jeritan aku tu cukup kuat untuk Fendi dengar. Tapi.. tanpa memandang sedikitpun ke arahku, Fendi memberikan isyarat memintaku duduk. Aikk?? Suara aku tu tak cukup bingit ke untuk mencairkan taik telinga dia tu..?? Tak pun Fendi dah siap sumbat kapas kat telinga. Sebab tu dia tak dengar jeritan aku tu..

Entah apa angin Fendi hari ni. Takkan aku buat salah kot? Rasanya kerja semalam dah siap pun. Takkan pagi-pagi nak melenting dah kot..

“Majlis pertunangan kita pada minggu depan tu, kita batalkan!”

“Hah?? Batalkan??”

“Ye.. Batalkan!”

“Tapi…. kenapa?”

Serius wajahku melihat Fendi yang sedikitpun tidak mengendahku. Tangannya ralit mencatit sesuatu di dalam fail yang terbentang di atas meja.

“Saya tak sukekan awak! Cukup jawapan tu pada awak?”

“Kenapa awak tak sukekan saya?”

“Sebab… sebab… sebab tak suke lah.. Ish, awak ni banyak songeh pulak!! Yang awak duduk kat sini sape suruh hahhh…??”

“La… awak yang suruh saye duduk tadi..! Awak ni, kenapa? Dah nyanyuk ape?? Suruh cakap sebab kenapa nak batalkan pertunangan kita pun tergagap-gagap.. Awak macam ade buat salah jerr..” Aku cuba serkap jarang.. Ye..lah, suke-suke je nak batalkan pertunangan ni.. Mungkin dia ada kekasih lain kot..

“Saya punye suke lah nak batalkan ke atau tak? Susah sangat ke awak nak terime?”

“Memang susah pun. Mak ayah awak dah tau ke? Siapa yang nak bagi tahu kat famili saye? Entah-entah mereka dah siapkan semua persiapan pertunangan kita tu.. Ish.. Malu mereka nanti….”

“Awak cakap lah sendiri! Saya dah bagitahu kat famili saya. So..pandai-pandai lah awak nak uruskan dengan famili awak tu..”

Wahh..!! Tanduk setan dah nak tumbuh kat kepala ni.. Siap berasap lagi! Mendidih betul hati aku. Suka-suka dia aje nak batalkan pertunangan ni. Sombong giler! Tapi… mm.. elok jugak kan? Sebab aku pun memang nak batalkan pertunangan ni. Dah dua hari aku terfikir-fikir nak bagitau macam mana kat Fendi untuk batalkan pertunangan ni. Last-last dia yang jalankan misi aku tu. Bagus lah, tak lah aku kena marah nanti. Ingat aku suke sangat ke kat dia ni..? Bukannya aku yang terhegeh-hegeh kat dia.

“Awak jangan memandai batalkan pertunangan tu. Awak sendiri masuk cara beradat dulu. Kalau nak batalkan pun cara beradat jugaklah. Kite orang Melayu. Kaya dengan adatnya. Ikutlah.. Ni tak, bagitau macam tu aje kat saye.. Wah-wah!! Banyak cantikkk… muke awak ye.. Kalau betul awak tak suke saye, kenapa masuk merisik saye dulu..?”

Lelaki ni memang kena ajar! Sedap aje nak membatalkan segala persiapan yang famili aku dah buat. Macam mana nak bagitau kat ibu dan ayah ni?? Walaupun aku sendiri memang merancang nak batalkan pertunangan tu, tapi bila Fendi yang mulakan dulu, memang aku bersyukur sangat.

“Saye takde masa untuk semua tu. Saye harap awak akan uruskan..”

“Takde masa?? Apa yang menyebabkan awak takde masa? Urusan awak di ofis ni terlalu banyak ke sampai nak bagitahu kat famili saya tentang hal ini pun takde masa? Kerja awak tu saye yang siapkan! Awak cuma tahu mengarahkan itu dan ini. Saya yang berkejar ke sana ke mari untuk siapkan kerja awak! Awakk…. ”

“Cup! Cup! Cup! Siapa bos kat sini??”

“Awaklah… Takkan saye pulak?”

“Sedar pun.. Yang awak marah saye tadi tu, kenapa? Saya punye suke nak suruh awak buat ape! Dah puas hidup? Ke awak dah tak nak keje kat sini lagi??” soalan dari Fendi membuatkan aku kembali ke alam nyata. Betapa beraninya aku tadi menengking Fendi. Tapi Fendi juga yang buat aku sakit hati.

“Ni.. satu lagi, kenapa awak tak pakai baju kebaya ni? Saya dah bagi syarat hari tu kan.. Saya nak secretary saya pakai baju kebaya…”

“Baju kebaya tak basuh lagi..”

“Awak ni pemalas ke apa? Berapa helai baju kebaya yang awak ada?”

“Awak, sebelum ni kat tempat keje lama, saya tak pakai kebaya. Mana saya nak tau kat sini kena pakai baju kebaya hari-hari. Yang ada pun cuma 5 helai aje.. Awak ingat saya ni ada buka butik baju kebaya ke..?”

“Hantar lah dobi..!”

“Awak ingat saye tukang cop duit ke nak pergi dobi selalu? Muke saye ni ada muke bank ke..?”

“Awak ni kan.. Kuat melawan betullah.. Dah jom ikut saye!!”

Dengan pantas, Fendi menarik tangan aku. Kalut aku mengikutnya dari belakang.. Ah… sudah nak dibawa kemana pula ni? Takkan lunch kot… Belum timenya lagi…








Reaksi anda : 

Jangan Menangis Sayang 1



"Shima, apa yang kamu menungkan tu?" soal Puan Rafida kepada anak tunggalnya itu.

Angin pada petang itu sungguh menyamankan. Tenang rasa di hatiku menghirup udara sesegar itu. Bukan macam di Kuala Lumpur tu. Udara dah tercemar. Asap dari kenderaan dan kilang memenuhi persekitaran. Sesak hidung dibuatnya.

"Shima..!" jerit ibuku lagi bila aku tidak menjawab pertanyaannya sebentar tadi... Hehe...aku sekadar tersengih bila merasa cubitan ketam ibuku itu.

"Ibu ni, apela... Sikit-sikit nak cubit. Ketam sepit anaknya takdela sesakit macam ni.." ujarku sambil menggosok-gosok paha. Nasib baik tak berbirat pahaku itu.. Dah lah pahaku putih.. Tak nak la aku kalau sampai lebam.. Silap hari bulan boleh berparut kalau kena cubit setiap hari..

"Habis tu, dah anak ibu ni pekak sangat.. ! Panggil tak menyahut. Tanya tak berjawab!! Memang la ibu ketam akan sepit anaknya... Kalau boleh rasa nak piat telinga tu... Ishh...!" bebel ibuku. Aku hanya tersenyum mendengar celotehnya.

Memang itu la panggilan ibu padaku. Mana taknya, anak tunggalnya ini gemar sangat makan masak ketam cili api... Mau kopak poket ayah sebab kena beli ketam, makanan kegemaranku itu.. Harga ketam kan mahal sekarang.. Tapi nak buat macam mana kan, aku satu-satunya anak mereka. Terpaksala ikut...

"Tapi kan ibu, ketam mana ade telinga! Camne nak piat??' aku mengusik ibuku. Saja nak buat ibu marah..Hehe.

Ibu hanya menggelengkan kepala melihat telatahku yang tidak ubah seperti budak kecik.. Ala..aku kan anak manja. Anak kesayangan ibu dan ayah. Ibu ku lihat begitu tekun melipat kain yang diambilnya tadi dari ampaian belakang rumah.

Kalau ikutkan hati memang malas nak balik kampung ni. Perjalanan yang mengambil masa empat jam itu memenatkan. Jauh tu nak bawa kereta dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Ibu yang suruh aku balik. Katanya ada hal mustahak. Entah apa lah hal yang mustahak sangat tu sampai aku kena balik kampung.

Aku masih lagi di tepi jendela. Memandang ke perkarangan rumahku. Melihat-lihat ke arah jalan di depan rumah. Ahh...suasana kampung memang mendamaikan. Mampu menyejukkan hatiku yang tengah walang. Memikirkan kerja di pejabat yang sentiasa tidak habis dan juga memikirkan....

"Shima, kamu tak teringin ke nak jadi macam Atikah tu.. Baru minggu lepas ibu dengar dia hamil anak ketiga.." ibu kudengar bersuara perlahan. Cuba menarik perhatianku sekali lagi. Masuk kali ni entah beratus kali ayat yang sama kudengar setiap kali pulang ke kampung. Mesti nak suruh aku cepat-cepat akhirkan zaman bujang aku ni.. Bukannya aku tak tahu perangai ibu tu...

Mm.. Atikah...! Dah lama juga aku tak bertemu dengan Atikah, kawan sekolah menengahku. Kali terakhir aku bertemu dengan Atikah tiga bulan lepas.. Itupun kebetulan masa tu aku bercuti di kampung kerana sepupu buat kenduri kahwinnya. Masa tu aku nampak Atikah bersama dua anak lelaki yang masih kecil. Sangat comel anak Atikah.. Ikut muka Atikah la.. Atikah kan comel...!

Atikah, kawan ku yang paling ketika berada di sekolah menengah dulu.. Dia kawan semasa suka dan duka aku. Antara kami memang tiada rahsia. Tak mahu la jadi macam judul lagu Siti Nurhaliza tu, Biarlah Rahsia. Kami kan kawan rapat. Malah Atikah sudah ku anggap seperti adikku sendiri memandangkan usianya yang muda beberapa bulan dariku. Lagipun dulu Atikah selalu bertandang ke rumahku.. Selalu jugalah merasa cucur udang buatan ibuku..

"Ko ni kan, hari-hari datang rumah aku. Rumah ko tu nak letak mane? Rumah aku ni dah macam rumah sendiri pula!" aku membebel sambil memandang Atikah yang khusyuk mengunyah cucur udang. Ibu ku datang membawa dulang berisi air milo panas.

"Biarla, Shima. Ada juga kawan kamu tu yang datang meneman ibu kat rumah ni.. Bukan macam kamu tu, tiap-tiap petang nak main bola. Mainnya dengan budak laki pulak tu. Perangai mengalahkan orang jantan aje. Nak harapkan kamu tu, boringlah ibu duduk rumah sorang-sorang" ibu bersuara sambil menghulurkan cawan berisi air milo panas itu. Atikah menyambutnya dengan berhati-hati.

"Ibu pun satu, asyik buat cucur udang untuk Atikah aje.." aku cuba menyalahkan ibu.

"Siapa suruh kamu tak gemar makan cucur udang ni..? Hah, padan muka! Atikah ni sedap-sedap aje makan cucur ibu ni.. Makan free lagi.. Kamu tu tengok ajela... Spesel ibu buat untuk Atikah tau...!" ujar ibu lalu tersenyum pada Atikah.. Aku mendengus geram. Tak habis-habis nak mengusik aku. Mentang-mentangla aku cerewet sikit bab makan ni..

Aku hanya tersenyum mengingatkan kisah lalu. Ada titisan manik jernih yang menuruni pipi. Aku rindu kenangan lalu. Rindu segala-galanya. Kisah kenakalanku bersama Atikah. Kadang-kadang tak siap kerja sekolah, kami bersama-sama berdiri di luar kelas. Kami juga gemar mengoyakkan buletin-buletin yang tertampal di papan kenyataan sekolah. Bila guru displin dapat tahu, teruk juga kami kena marah. Hehe... aku dulu memang nakal. Namun kenakalan itu tidak pernah merosakkan pencapaian akademikku. Aku sentiasa menyandang gelaran pelajar cemerlang setiap kali peperiksaan. Atikah sentiasa berada di belakang sebagai orang nombor dua. Kami memang sama-sama pelajar pintar masa tu. Cuma bab kenakalan itu saja, sekadar hobi. Hanya sebagai rencah kehidupan..

Tapi yang paling aku rindu ialah zaman kecil aku dulu. Sedih tul berpisah dengan anak jiran sebelah rumah. Ipul namanya. Dulu kami selalu main bersama. Aku main anak patung dan Ipul akan main askar combatnya itu. Kadang-kadang kami main kahwin-kahwin. Ala..budak kecik main kahwin kan... Ipul jadi ayah dan aku jadi emaknya. Bila dipikirkan, kelakar jugalah. Siap potong sayur dengan pisau mainan lagi. Kononnya nak bagi makan kat Ipul la.. Sayur tu kami ambil dari belakang rumah Ipul. Masa tu emak Ipul rajin menanam sayur-sayuran kat belakang rumah. Bila emak Ipul dapat tahu kami yang mengambil sayurnya habis dikejarnya kami keliling rumah..

"Shima, tolong angkat kain ni. Bawa masuk bilik. Asyik termenung aje dari tadi.." suruh ibu sekaligus mematikan lamunanku...

Aku hanya menurut kata ibu. Pakaian yang sudah dilipat itu aku bawa masuk ke bilik. Ibu pula sudah ke dapur. Katanya nak buat air dan kejap lagi ada orang yang datang.

"Assalammualaikum...!" ada suara kedengaran menyapa gegendang telingaku. Nampak macam ramai pula yang memberi salam. Aku hanya membiarkan saja. Biar ibu yang pergi melihat orang yang datang itu.

Bila aku keluar dari bilik, aku tengok sudah ramai yang bertamu di ruang depan. Tetamu itu semuanya hampir sebaya dengan ibu dan ayah. Apa pula tujuan mereka datang ke sini?? Ayah pun sudah ada bersama mereka. Entah bila pula ayah kembali dari pekan tadi...

"Shima, air yang ibu buat tu, nanti tolong hidangkan pada tetamu.."

"La...malas la, ibu!! Ibu sajalah yang hidangkan pada mereka.."

"Jangan macam ni, Shima. Kamu tu saja seorang anak perempuan dalam keluarga ni. Tunjukkan perangai yang elok sikit kat tetamu kita. Macam mana diorang nak berkenan kat kamu kalau minta hidangkan air ni aje, kamu dah malas.. ni nasib baik juga mak sediakan air teh.. Kalau nak harapkan kamu, tak berasap la dapur tu.. Silap-silap air suam aje kamu kasi kat tetamu kita tu..." bebel ibu cuba mendesakku. Aku terkesima sebentar dengar ayat ibu. Kenapa pula mereka nak berkenan dekat aku ni??

"Ibu ni... kenapa susah-susah nak hidangkan air pada mereka. Sekejap saja diorang datang kan?? Tak payah la.." aku cuba membantah.. Ish..tak suke betul la buat kerja orang perempuan ni..

"Lagi satu, kamu tu pergi pakai baju yang sopan sikit. Kalau boleh, pakai baju kurung.. Jangan nak berlagak macam lelaki pula kat depan tetamu kita tu.. Mm.. jangan lupa apa yang ibu cakapkan tadi.."

Ish..ape ibu ni..? Suruh aku pakai baju kurung pula. Mane sesuai dengan gaya aku ni. Dah la rambut aku pendek macam rambut lelaki aje.. Nak lagi kena pakai baju perempuan tu.. Jalan nak kena kontrol ayu. Bencinya.. Ish..tak kena gaya langsung..! Hilang langsung kebrutalan aku..!!

Aku masuk semula ke dalam bilik. Kubuka pintu almari. Aku menyelak-yelak pakaian yang aku sangkutkan kat besi gantung baju tu.. Semuanya baju T-shirt dan seluar jeans kegemaranku. Mane aku nak cari baju kurung ni?? Dah lama tak pakai.. Entah kat mana aku letak baju kurung tu.. Hah, aku dah ingat! Aku beralih pula ke bawah katil. Di situ ada sebuah beg besar. Barangkali ada baju kurung lama yang aku simpan di situ.

Uhuk..Uhuk..!! Aku terbatuk kecil bila cuba menepis habuk-habuk yang mengharungi beg berwarna biru itu. Agak-agak korang la, berapa lama beg tu tersorok kat bawah katil tu..?? Tak dapat teka.. Aku bagitahu ajela ye.. Dah lima tahun.. Hehe.. lama kan..?

Sejak habis SPTM dulu, aku terus tak pakai baju kurung dan yang sama waktu dengannya. Bukannya ape, semasa aku ditawarkan ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dulu, jurusan yang kuambil memerlukan aku berpakaian seperti lelaki. Kejuruteraan Elektrik. Apa saja yang aku study dulu memaksa aku menjadi seorang yang lasak. Last-last aku terikut-ikut perwatakan sebagai lelaki. Tambahan pula kebanyakan studentnya adalah lelaki. Dalam kelas aku, hanya ada tiga student perempuan saja.

Eh, aku ni melalut entah ke mana pulak!! Baju kurung yang kucari semuanya bersaiz besar. Takde pun yang sesuai!! Camne ni..?? Masa pun dah suntuk. Kang tak pasal-pasal kena bebel dengan ibu..

Aduhh..! Mana nak cari ni. Habis semua pakaian lama dalam beg itu aku keluarkan.. Dah bersepah bilik ni.. Mm.. takpelah, kejap lagi bila tetamu tu semua dah pulang, baru aku kemas..

"Shima...." aku dengar suara ibu dari luar. Alamak, macam mana ni? Tak jumpa baju lagi ni.. Ahh.. lantaklah, aku sarung aje lah mana-mana baju pun. Bukan nya aku tak pernah pakai semua baju ni. Mesti sesuai dengan aku.. Cantik juga baju kurung biru ni. Bunga dia besar-besar...

Lagi satu, ini baju yang memang menjadi kesukaanku sejak remaja lagi. Pendek kata, dari Form 1 hingga habis SPTM, baju ni jugak yang aku pakai untuk kemana-mana. Lebih-lebih lagi bila ada majlis formal terutamanya kenduri kahwin. Ibu berulang kali memanggil aku. Dengan kelam kabut aku memakai baju kurung itu dan menempek bedak yang ada atas meja solek ke muka. Rambut ni pun nak kena sorok gak. Aku capai rambut palsu yang memang ada satu tu aje dan mengenakannya atas kepala.

Cepat! Cepat! Yesss, ni dia Cinderella datang dari kayangan akan keluar sekejap lagi...!!

"I'm coming!!"

'Bedebukk!!!'

Alamak!! Malunya!! Camne aku leh terjatuh kat depan pintu ni?? Tersembam muka aku dengan lantai. Jatuh tertiarap pulak tu. Aduh...! Sakit betul hidung aku yang mancung ni..! Tiba-tiba aje aku terdengar suara ketawa kecil dari ruang tamu. Aku segera berpaling mencari tuan punya suara yang menggelakkan aku tadi. Senyap pulak!! Tapi mataku dapat menangkap gelagat seorang makcik tu yang memukul perlahan paha seorang lelaki muda di sebelahnya. Dan tangan lelaki itu menekup mulutnya. Ooo..ini mamat yang gelakkan aku tadi ye.. Takpe! Takpe! Kau terima padahnya nanti.

Segera aku bangun dari situ dan berlalu ke dapur. Ish, apelah nasib! Kenapa lah bilik aku dekat dengan ruang tamu tu? Tengok, kan dah dapat malu! Mane nak letak muka ni? Dah lah banyak mata yang memandang tadi. Baju ni pun satu! Time orang nak cepat, time tu lah dia buat hal...Dah la besar, labuh pula skirtnya sampai menyapu lantai. Tak sesuai betul dengan badan aku yang kecik ni. Patut lah aku terjatuh tadi. Ni mesti pasal skirt labuh ni. Sure aku terpijak kainnya tadi..

Malu! malu! Mana nak cover malu ni..? Dah la kena hidang air kat depan diorang... Mesti diorang semua tu gelakkan aku lagi. Hah, tiba-tiba aje ade lampu kat kepala aku. Tu dia, tanduk setan dah muncul atas kepala. Hehe... aku dapat idea!! Aku nak kenakan mamat tadi tu..

**********

'Burr...!!'

Haha..padan muka! Tu la, gelakkan orang lagi... Sedap tak air aku tu?? Tapi.... kenapa pakcik-pakcik kat depan aku ni dok tersengih-sengih aje kat aku?? Buang tabiat ape?? Ni lagi satu, ayah pun sama macam pakcik tu.. Tersengih-sengih jugak! Sah lah semua orang tua kat depan ni aku dah buang tabiat!!

"Eh, Fendi! Kenapa kamu ni? Tak sedap ke air tu? Habiskan air tu.. Janganlah malukan orang yang buatkan air ni.." jelas makcik kat depanku itu kepada mamat tadi.. Ooo.. mamat ni namanya Fendi. Mesti makcik ni emak dia.. Mamat yang namanya Fendi tu hanya tersenyum saja. Gelas yang dipegangnya tadi sudah diletakkan kembali atas meja lalu dia merenung tajam padaku.

"Apa pandang-pandang? Ada hutang ke? Pandang macam nak telan orang!!" jerkahku sedikit kuat kepada mamat tu. Kedudukan aku dan mamat tu yang tak berapa jauh membolehkan aku membulinya. Ayah pula memandang dengan wajahnya yang seakan memberi amaran padaku. Tu.. nak warning la tu!!

Mamat tu menunjukkan tangannya yang sudah dikepal macam nak menumbuk aku. Ek eleh... Dengan perempuan pun nak cari gaduh! Dayus betul mamat ni. Malang betul siapa yang dapat laki macam dia ni..

"Apasal ko nak aniaya aku, hah?? Aku tak kacau hidup ko, tau tak! Dah lah masin, entah macam mana boleh tertumpah garam kat air tu ye?? Ke ko pakai air laut untuk buat air teh tu? Sah lah ko ni tak boleh dibuat bini!" bisik mamat tu pula dengan geram, cukup jelas kedengaran di telingaku..

Amboi..mamat ni! Sesedap rasa aje dia cakap aku tak boleh dibuat bini. Memangla aku tak boleh dibuat bini sebab aku nak jadi seorang isteri. Isteri yang mithali lagi.. Tapi bukan untuk ko, mamat sewel!!

Aku menjegilkan biji mataku kepada mamat tu. Mamat tu buat tak tahu saja. Geram betul aku! Huh, nasib baik ramai tetamu kat depan ni. Kalau tak, awal-awal lagi aku dah halau mamat ni berambus dari rumah ibu dan ayah aku ni. Buat menyakitkan mata aje!! Rasa nak sepak pun ada... Sakit betul hati aku..

"Kita tanya ajelah pada yang tuan punya badan ye!!" ucap ayah sambil memandangku.. Aku sedikit terkejut bila semua mata memandangku. Eh, kenapa pula diorang ni? Semuanya pandang ke arahku. Malu la pulak!! Mama mencuit pahaku.

"Berapa nak buat hantaran, Shima?" bisik ibu.

"Hantaran ape pulak ni, ibu?"

"Hantaran kahwin la..."

Mak oii.. Kahwin?? Bila masa pula aku nak kahwin?? Jangan-jangan rombongan ni rombongan merisik aku...?? Ish.. biar betul ni? Takkan nak tolak kot..? Kang malu pulak keluarga aku. Tapi aku tak bersedia lagi ni... Lagipun siapa lelakinya yang akan jadi suami aku tu??

"Siapa yang nak kahwin dengan Shima ni, ibu? Lagipun Shima tak bersedia lagi lah, ibu. Tak nak kahwin boleh tak?"

Satu cubitan hinggap di paha ku yang halus itu. Pedihnya..!! Ibu ni, memang lah ratu cubit. Tangan ibu ni memang tak boleh diam betul!

"Orang betul-betul, dia main-main pulak! Berapa nak buat hantaran?" keras sedikit suara ibu namun cukup perlahan di pendengaranku. Mungkin takut tetamu yang lain dengar percakapan kami pula.

"Siapa calon suami Shima, ibu??"

"Affendi! Yang duduk dekat dengan kamu tu!"

"Hah, mamat ni ke, ibu?"

"Yela...!"

"Kalau mamat ni, Shima kena jual mahal sikit, ibu..."

"Shima, jangan mahal sangat! Karang kamu tu tak laku...!"

"Ni kan tengah laku nii... RINGGIT MALAYSIA, DUA PULUH RIBU SERBA SATU!!" aku menjerit sedikit kuat. Biar semua orang dengar lebih-lebih lagi mamat sewel tu. Kenalah letak harga mahal sikit. Dah sah-sah aku bakal dapat suami garang nak mampus, gila campur sewel lagi. Lagi kena pertaruhkan seluruh hidup aku untuk lelaki yang aku tak kenal. Dah lah gelakkan aku tadi. Harap-harap biar dia reject.

"Setuju!!!"

Ternganga mulut aku bila mamat tu kata setuju. Biar betul Encik Affendi ni? Dua puluh ribu serba satu tu, banyak tuuu... Boleh beli kereta Kancil 3 biji tau!! Sah, memang gila mamat ni..

"Kalau macam tu, dua bulan lagi mereka berdua akan bertunang, dua bulan lepas tu akad nikah, dan dua bulan seterusnya kenduri kahwin dengan majlis persandingan. Harapnya segala urusan di belah pihak perempuan tiada halangan ye..." kata seorang pakcik itu kepada ayah dan ibuku. Ayah menganggukan kepala tanda faham. Aku yang masih tidak percaya itu masih kaku di tempat dudukku. Niatku supaya pinangan itu ditolak tak berhasil malah dipersetujui terus oleh mamat yang akan menjadi suamiku itu. Gila!!

Tiba-tiba sahaja dadaku berdebar. Kenapa pula ni? Takut semacam la pulak!!! Ibu, ayah! Shima tak nak kahwin lagi...! Huhu........













Reaksi anda : 

Hari ni genap seminggu aku bekerja di Pasak Bumi Holding yang terletak di Cheras. Ofis ini pula berdekatan dengan tempat tinggal aku, Nurul dan Ita.. Mudah bagi aku dan Nurul ulang alik dari rumah ke tempat kerja. Tapi kesian kat Ita sebab tempat kerjanya jauh dari kami berdua…

Tapi ada sesuatu yang menjadi hal buatku. Syarat-syarat yang bos aku kasi tu seakan membebankan buat aku. Banyak betul syaratnya. Mentang-mentang lah aku sekarang ni tengah terdesak nak cari kerja. Boleh pulak dia nak mengenakan aku.

Aku mencapai kertas yang mengandungi syarat-syarat kerjaku di Pasak Bumi Holding. Tanpa kuketahui rupa-rupanya Affendi adalah anak seorang Dato’. Ini bermakna aku bakal mengahwini anak Dato’. Tapi layak ke aku jadi menantu seorang Dato’ ni? Entahla.. Pening pulak bila memikirkan soal kahwin ni. Lebih-lebih lagi pasangan kita tu langsung kita tak kenal..

Punyalah besar Malaysia ni, aku boleh terjumpa jugak dengan Affendi ni. Sebolehnya aku taknak bertemu dengan dia. Aku tak mahu andai kata suatu ketika nanti bila aku sering berjumpa dengan dia, bibit-bibit cinta tu akan tersemai dalam hati ini. Aku takut akan ditinggalkan walaupun aku sendiri tak pernah merasai perpisahan itu.. Aku tak nak bercinta.. Tak suke!!!!!!!

Syarat-Syarat Berkerja di Pasak Bumi Holding

Berpakaian kebaya setiap kali ke tempat kerja.
Pastikan tumit kasut anda setinggi 3 inci.
Pastikan wajah anda sentiasa bermake-up
Rambut perlu disanggul

Tengok list ni aje aku dah naik menyampah. Semua gaya ni dah macam aku ni nak kena jadi pramugari pula. Nasib baik takde syarat yang kena pakai kebaya merah, kalau tak sah-sah orang ingat aku pramugari AirAsia tu.

Nak kata buang tabiat, Affendi ni bukannya orang tua pun. Empat syarat utama ni aje dah sentuh bab penampilan aku. Padahal aku ni paling tak suke orang sentuh tentang penampilan aku yang boleh dianggap simple ni. Nurul dengan Ita pun dah sedia maklum perangai aku kalau hal ni ditimbulkan. Yela.. aku punye diri kan, suke hati akulah nak corakkan macam mana sekalipun..

Ibu dan ayah kat kampung pun tak bising, janji aku pandai jaga diri. Itulah nasihat mereka padaku sewaktu aku mula-mula sampai kat Kuala Lumpur ni..

Pastikan anda datang kerja setengah jam awal dari pekerja lain.
Sediakan segala dokumen dan senarai temujanji di atas meja sebelum kedatangan bos di pejabat.
Kemas bilik bos. Pastikan bunga di atas meja bertukar setiap hari.

Hah, tengok ni! Bab berkemas ni yang malas ni. Lagi pulak kena tukar bunga tiap-tiap hari. Dahl ah aku ni alah pada bunga. Dulu masa aku kat universiti, ada saja pelajar lelaki yang memberikan aku bunga dan setiap kali bunga tu berada di tangan aku, mesti aku bersin punya. Lepas tu, confirm aku akan demam dua hari.. Ni dah kira kes naya ni.. Habis lah aku…!

Bersedia mengikut bos ke mana saja yang diarahkan dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Menemani bos sekiranya ada majlis makan malam.

Ni dah kira kena buat overtime ker? Mana ada kerja sampai waktu malam. Ke kerja secretary ni memang macam ni..? Ish.. takut aku.. Tak pasal-pasal ada skandal pula.

Mataku masih membaca segala senarai yang terpapar dalam tiga helai kertas itu yang telah ku tandatangan minggu lalu. Aduh.. rasa menyesal pula setuju dengan kerja ni.. Semua syarat bercanggah dengan cara aku. Tak pasal-pasal aku kena ubah cara hidup aku sekali.. Ni yang tak syok ni.. Nurul… Nurul.. Kenapalah aku kena kerja kat tempat ko ni..?

Sebenarnya sudah lama Nurul cuba mengajak aku bekerja di tempat kerja sekarang tetapi aku yang menolak. Padaku, biarlah kerja yang ku jawat bersesuaian dengan kelayakanku. Selaras dengan minatku selama ini.. Lagipun aku jenis yang lasak. Sesuai lah dengan jurusan dan minat aku.

Tapi bila dah dapat kerja ni, aku kena jadi perempuan tulen yang penuh dengan keayuan. Bab ni yang lemah ni. Dah seminggu jugaklah Nurul menjadi mak andam aku secara tak rasmi. Bukan mak andam yang kena make-up pengantin tapi mak andam yang memang aku bayar upahnya dengan duit angin. Nak tahu apa duit angin tu? Hah, duit angin tu duit yang patut nya aku beri sebagai upah kat Nurul tu tapi aku guna untuk belanja makan tengahari dia. Maknanya Nurul memang takkan pegang duit tu..Kalau setahun macam ni, maunya bankrap aku ni..hehe..

Tapi aku tengok Nurul pun macam tak kisah aje.. Dia kata terpulang pada aku nak belanja atau tak. Ikut kemampuan aku katanya. Entahlah.. Musykil aku dibuatnya. Kenapalah dia beria-ia sangat nak make-up aku ni..?

Radio Muzik f.m. waktu ini mendendangkan lagu jiwang zaman 90-an. Aku sememangnya minat dengar radio ni pada waktu malam. Sebab dengan radio ni jugak la aku dapat mengimbas kenangan lama. Aku yang turut terbuai mendengar bait-bait jiwang itu terkejut tiba-tiba.

“Woi…!! Takde keje lain ker? Nak berjiwang ajer keje ko ni.. Tangkap lentok la tu.. Dah dengar lagu jiwang pas tu asyik nak berangan pulak…!” sergah Ita lalu memanjat atas katilku..

“Malam berjiwang, siangnya rock nak mampus! Ganas semacam je.. Entah apa spesis ko ni. Konfius aku!!”

“Amboii.. sedapnya mengata aku yer… Sesekali nak berjiwang apa salahnya..! Bukan ganggu ko pun.Dah la tu main sergah orang je.. Nasib baik takde heart attack aku ni.. ! Ko tu pun takde keje lain ker..? Suke sangat jerit kat aku.. Aku bukannya pekak lagi.. cik adik sayang oii…!”

“Eii..naik berbulu telinga aku dengar..! Ko tu pompuan ekk.. Tak yah la buat tangan macam tu..”

Ita kegelian melihat tanganku yang mula merayap dan ala-ala pompuan gedik gitu.. Hehe..Saja nak menyakat si Ita ni… Aku mula menarik selimut..

“Ehh! Takkan nak tido dah..? Jom join kami tengok wayang malam ni..”

“Hah! Dah pukul 11 ni, wayang ape pulak tengah malam macam ni..?”

“Wayang skodeng!” Ringkas aje jawapan Ita. Aku pula dah terbeliak mata mendengar jawapannya. Biar betul minah sorang ni.. Lepas tu ake dah terdengar suara pompuan mengilai pulak! Ish.. Seramnye…

“Nak ikut kami pi skodeng tak? Hahaha….” Aku terdengar suara Nurul pula di balik pintu. Rupenya minah ni yang menggilai tadi.. Nurul dah siap dressing nak keluar pun. Ita pun sama.. aku je yang masih kaku atas katil ni.. Malas rasanya nak keluar.. Lagipun dah lewat sangat ni…

“Korang pegilah.. Aku nak tido.” Segera aku menarik selimut hingga ke muka. Dah macam hantu bungkus pula.

“Jangan nak mengada! Daripada ko sorang-sorang kat rumah, takde teman ni, baik ikut kami… Kang jadi ape-ape kat ko, kami yang susah nak menjawab ngan ibu dan ayah ko! Lagipun aku dah booking tiket untuk kita betiga…” Nurul menarik tanganku dan memaksa untuk mengikutnya. Nak tak nak terpaksa la aku ikut jugak.

“Keluar dulu.. Bagi aku bersiap!” arahku.

“La.. bersiap ajelah.. Takkan nak malu pula.. Kita kan sama aje..” bantah Ita sambil mlutnya tersenyum lebar.. Gatal!

“Takde-takde! Kuar dulu.. Ke nak aku wat tayangan free kat sini??”

“Tayangan free? Boleh ajer…”

Ita menjawab lalu duduk menongkat dagu di atas katil. Ciss.. Kurang asam punya kawan! Nak suruh aku berbogel pulak depan dia..

“Shuh..Shuh..Shuh!!” Lantas aku menghalau mereka dari bilik.. Sibuk jer…!

“Kok..kok..kok!” Ita mengipas-gipas lengannya lagak seekor ayam.. Nurul yang berdiri kat depan pintu tersengih memanjang… Lalu aku menutup pintu dan mula bersiap-siap.

Jadi malam ni, kami bertiga keluar menonton wayang. Wayang ape aku pun tak pasti, janji layan jerr…!




Affendi termenung resah di dalam biliknya. Bantal yang tersusun kemas di tepi katil itu dicapai lalu dipeluk erat. Beberapa minit bantal itu dipeluk, beralih pula tempatnya di riba. Berkerut dahi Affendi memikirkan apakah keputusannya nanti akan diterima baik oleh ibubapanya.

Terlintas di fikirannya, akal yang dicari seakan tidak logic untuk diterima. Bahkan mungkin gelak ketawa yang akan mengakhiri keputusannya. Tak mungkin keputusan itu diterima sebulat hati jika disuarakan nanti. Bagaimana mahu kukhabarkan hasrat hati ini?

Perlahan Affendi menapak turun tangga dari tingkat satu ke tingkat bawah. Suara televisyen yang didengarinyaa dari dalam bilik makin dekat. Suara sorakan si ayah yang kala itu menonton perlawanan bola sepak Liverpool melawan Manchester United saling bertelingkah dengan si ibu yang geram gara-gara siaran bertukar.

“Papanya, tukar semula siaran tu.. Nak tengok bola pun, pegilah dalam bilik tu.. Tadi elok-elok dok dalam bilik, tiba-tiba ajer datang kat sini,” rungut Datin Zalia. Masam mukanya memandang si suami.

Tanpa mempedulikan rungutan isterinya Dato’ Azman terus bersorak hingga bingit suasana di ruang tamu itu.. Geram dengan tindak tanduk suaminya, Datin Zalia membaling kusyen ke muka Dato’ Azman sambil menghentak kaki. Lalu segera punggung diangkat dan berlalu ke dapur.. Dato Azman tersenyum memanjang tatkala melihat Affendi yang sudah berada di sebelahnya.

“Papa… Ada sesuatu yang saya nak bincangkan dengan papa dan mama..” ujar Affendi memulakan perbualan.

“Apa dia? Sampai tak boleh tunggu esok ni? Kan dah lewat malam ni.. Esok nak keje. Nanti tak pasal-pasal bangun lambat pulak esok!” balas Dato’ Azman tanpa menoleh sedikit pun ke arah anaknya itu. Matanya terus tertancap di kaca televisyen.

“Papa… Fendi ingat nak batalkan pertunangan Fendi minggu depan..”

“Ape..!!”

Reaksi anda :