Jangan Menangis Sayang 20

“Eh, kenapa awak nangis ni, Shima? La..takkan tak biasa dengan saya pula?” tegur Yazid bila melihat aku mula merembeskan air mata. Entah la, dengan tiba-tiba aku teringat kat Fendi. Apalah agaknya yang dia buat sekarang? Fendi tak tahu ke aku dalam kesusahan ni? Takkan dia berdiam diri aje..? Atau dia memang langsung tak mahu pedulikan aku?

Aku memandang gelagat beberapa pasangan kekasih yang sedang menjamu selera di hentian rehat Tapah ini. Usik-mengusik dan bermanja dengan pasangan masing-masing. Bila lah agaknya aku akan dapat menikmati itu semua. Air mata ku makin deras keluar. Sedihnya hati bila mengenangkan selama ini aku tidak pernah bercinta dan memberi cintaku pada lelaki yang mencintai aku..

Contohnya yang sangat jelas adalah lelaki di hadapan ku kini. Aku tahu dulu Yazid pernah melamar aku untuk menjadi kekasih hatinya namun aku menolaknya mentah-mentah. Alasan yang kuberi, aku bukannya perempuan melayu terakhir yang selalu didambakan oleh lelaki sejati sepertinya. Perwatakanku yang seakan-akan lelaki itu telah menutup pintu hatiku untuk melihat cinta lelaki di luar sana.

Aku sebenarnya takut untuk menghadapi kenyataan yang suatu hari kelak lelaki-lelaki itu akan meninggalkanku kerana tidak boleh menerimaku seadanya. Aku lebih selesa dengan diriku yang dulu. Tiada gangguan dari lelaki miang bila aku jadi begini. Malah aku seronok kerana ibu bapa ku sendiri tidak menghalang cuma sejak beberapa bulan yang lalu sahaja, ibu sudah menegurku untuk berubah.

Sejak peminangan Fendi diterima dulu, aku mula berubah sedikit demi sedikit. Pada mulanya memang aku menentang keras lebih-lebih lagi sejak aku bekerja di bawah pengawasan Fendi yang merangkap bos aku. Tetapi lama kelamaan aku sudah terbiasa dengan pakaian wanita itu. Malah aku rasa bahagia sekali kerana aku mula menarik perhatian Fendi.

Walaupun ketika itu, kasih sayang aku terhadap lelaki yang bernama Fendi itu mulai bercambah, aku sering menafikannya dengan perbuatanku. Bermacam cara aku lakukan agar Fendi membenci aku. Niatku cuma satu. Aku percaya kan cinta pertama walaupun ianya sekadar cinta monyet.

Entah la.. Naluri ku kuat mengatakan aku akan bertemu dengan Ipul dan janji kami akan bersatu kelak. Aku tahu Ipul juga berharap sedemikian.

“Shima!” panggilan Yazid mengejutkan aku dari lamunan. Lalu aku tersentak. Lantas aku seka air mata yang menuruni pipi.

“Kenapa ni? Ada apa-apa yang saya boleh bantu, tak? Awak tak cerita pun kat saya bagaimana awak boleh berada di lebuh raya tadi keseorangan saja.. Itukan bahaya??” ujar Yazid lalu merenung aku meminta penjelasan.

Aku cuba membalas renungan Yazid tetapi kemudiannya aku menunduk memandang lantai konkrit berwajahkan marmar biru muda itu. Berat rasanya hatiku untuk meluahkan apa yang terisi di dada ini. Seolah-olah aku merasakan Yazid tidak sesuai untuk berkongsi masalah dan cerita denganku. Kenapa??

Mungkin kerana aku tidak rapat dengan Yazid. Mungkin juga kerana Yazid seorang lelaki yang tidak mampu menjadi pendengar setiaku. Aku lebih mengharapkan seorang lelaki yang mampu mendengar cerita dari bibirku ini. Seorang yang boleh membantu aku untuk ceria dan keluar dari masalah yang membelenggu.

“Shima, mungkin awak boleh kasi no telefon keluarga awak di kampung? Atau sesiapa sahaja yang boleh menjemput awak. Rasanya tak elok pula saya membiarkan awak mengikut saya balik kampung. Takut lain pula jadinya..”

Barangkali Yazid sudah lelah menanti aku membuka mulut sedari tadi. Aku faham kiranya itu yang Yazid rasakan. Namun kata-kata terakhir Yazid tadi menimbulkan persoalan.

‘Takut lain pula jadinya…’

Apa maksud Yazid ni? Apa yang ditakutnya? Sepatutnya aku yang lebih takut darinya. Manalah tahu kalau tiba-tiba Yazid ni bernafsu melihat aku lalu melakukan sesuatu yang di luar kawalan. Ya Allah! Jauhnya telahan aku ni. Yazid lelaki baik. Tak mungkin akan berlaku kejadian yang tak diingini antara kami. Minta-minta lah dijauhkan.. Aminnn…

Yazid mengeluarkan handphonenya. Yazid merenung kembali pada ku..

“Nombor..???”

Entah apa yang aku ingat. Tanpa aku sedar, bibirkan menuturkan satu nombor telefon seseorang…

**************


“Kenapa aku tengok ko monyok aje hari ni? Semalam dan semalam punya semalam..ko pergi mana? Puas aku dail nombor ko...! Langsung tak terangkat. Ko tau papa ko cari ko?”

Syariful memandang sekilas. Geram pula rasanya. Orang tengah penat dan dilanda masalah ni, dia ni pula menambahkan satu lagi masalah.. Huh, geram sungguh!!

“Kenapa ko tak cakap aku pergi outstation kat Sabah ke, Sarawak ke?? Bagi tutup mulut orang tua tu..! Kan senang?” marah Syariful.

Sedikit kecut wajah Natasya melihat wajah Syariful itu. Huh, kalau dah marah, habis hilang kehenseman wajah lelaki ini. Dah macam anak beruk aje..!

“Ko ingat aku kuli ko, staff ko? Yang nak kena berjawab dengan papa ko tu? Ini bapak singa yang tanya aku, ko tau tak? Takkan aku nak menipunya pula? Ko sedar tak yang dia tu papa ko? Bukannya papa aku.. Kenapa pula aku yang kena menjawabnya?” Natasya cuba menentang. Sakit hatinya bila kena marah begitu. Bukannya dia ada buat salah pun.

“Aku penat! Buatkan aku air!” arah Syariful lalu menghempaskan badan di sofa.

Syariful berhajat untuk bersembunyi di rumah Natasya. Syariful tahu kekecohan yang dilakukannya pasti membuatkan Fendi tidak akan berdiam diri. Syariful tidak mahu Fendi mencarinya. Untung juga Fendi tidak di mana terletaknya kediaman Natasya ni meskipun Natasya adalah setiausahanya.

Kondominium yang didiami Natasya itu memang luas. Cukup dengan perabotnya. Untung si Natasya ni. Walaupun tak kerja, rumah yang didiami bukan sebarang rumah. Hanya golongan elit atau orang ternama saja mampu memilikinya.

“Amboi.. kalau ko nak minum, pergila ambil sendiri! Rumah aku ni bukannya hotel yang nak kena layan makan minum orang saja. Tak kuasa aku nak layan ko!” balas Natasya lalu menghilangkan diri di dalam biliknya.

Syariful mendengus geram. Tak guna punya perempuan! Sepupu sendiri minta air pun tak nak buat? Perempuan apa lah dia ni.. Patutlah satu jantan pun tak lekat!

************


“Saya dah telefon orang tu. Nanti dia akan jemput awak! Saya akan turunkan awak di perhentian bas nanti. Awak naik bas ke Kuantan pagi esok. Malam ni saya akan teman kan awak. Saya pun dah penat memandu ni. Kita tempah hotel nanti. Kita tidur di hotel malam ni, okey?” usul Yazid.

Aku sekadar mengangguk lemah. Aku pun memang penat ketika ini. Beberapa minit kemudian, aku dan Yazid menapak masuk bilik hotel yang telah ditempah Yazid. Ruang bilik yang sedikit luas itu kupandang sepi. Entah kenapa kesunyian seakan menggigit tangkai hatiku sekarang ini. Kalau lah kini aku berada di rumah ku sendiri…

Tuala yang dilipat rapi di atas tilam itu aku capai lalu aku masuk ke bilik air. Nasib baik lah hotel ini ada menyediakan air panas jadi tidak lah aku kesejukan malam ini. Seusai mandi, aku memakai pakaian yang dibeli Yazid tadi. Dalam keadaan begini, Yazid masih sempat membeliku pakaian. Baiknya hati Yazid padaku. Aku harap Yazid tidak marah dengan tindakan ku yang menolaknya dulu.

Mataku mula terpejam.. Indahnya ku rasakan malam ini tanpa gangguan dari sesiapapun lebih-lebih lagi Syariful..!! Lenanya...

Ketukan pintu bertalu-talu menyapa gegedang telinga. Mata ku buka dan terpisat-pisat bangun. Siapa lah yang datang ni..?

Dalam keadaan sedikit mamai, aku melangkah untuk membuka pintu yang semakin kuat gegarannya. Saat ku buka,

“Fendi!!”

11 Response to "Jangan Menangis Sayang 20"

  1. Anonymous Says:
    May 17, 2009 at 10:23 AM

    wawa..bestnye..hero da dtg..yepiiii..ehehehe..
    suke2..nk lg..!

    -cheesecake-

  2. keSENGALan teserlah.. says:
    May 17, 2009 at 12:34 PM

    ngeeeeee..
    fendi dtg...
    huhu...
    skenyer..
    smbung cpt kak...

  3. Unknown says:
    May 17, 2009 at 12:44 PM

    yay!! fendi dh dtg...beshnye..hehehehe...cpt2 smbung..

  4. azzakiah says:
    May 17, 2009 at 4:02 PM

    wwaaaa bestnye...
    fendi datang...
    ala nape pendek sangat..
    x puas nak bace la..
    ehehhee... :D
    cepat2 sambung taw!

  5. MaY_LiN Says:
    May 17, 2009 at 5:31 PM

    aaaa..hero da smp..
    np lmbt smp..?
    jam ke..?
    hihihi

  6. bidadari cinta says:
    May 17, 2009 at 11:20 PM

    ha'ah..sebelum ni jalan jam sangat...hahaha..!

  7. Unknown says:
    May 17, 2009 at 11:23 PM

    yeee...smpai dh...
    tpi...cm tgesa2 je tme nulis cite ni...
    ad pkataan yg trtgal...
    tp x pe...phe2 sdri la nk bce...
    nicw job...

  8. bidadari cinta says:
    May 18, 2009 at 11:11 AM

    mm..thanks atas teguran ikinlivbear..sgala kesilapn akn dibetulkan..hehe..

  9. Anonymous Says:
    May 19, 2009 at 1:25 PM

    best2.....
    smbung lagi....
    thx 2 penulis

  10. cyah Says:
    May 20, 2009 at 8:59 AM

    suka2 fendi dah dtg..hehehe cptla sambung lg k

  11. Anonymous Says:
    May 22, 2009 at 9:16 AM

    suker yer fendi dtg
    cpt smbg yer

Post a Comment