Jangan Menangis Sayang 21


“Dah la tu, tak usah menangis lagi..! Awak kan dah ada dengan saya sekarang ni..?” pujuk Fendi bila melihatku menangis tidak henti-henti. Ketika ini kami berada dalam bilik hotel tadi. Kami duduk di atas katil. Yazid ada bersama-sama kami. Bahu sudah terhenjut-henjut menahan tangis.

Aku cuba bersandar di bahu Fendi namun Fendi menolaknya dengan lembut. Aku terkesima dengan tindakan Fendi itu. Mataku menyorot ke wajahnya minta pengertian. Nak bermanja sikit pun tak boleh ke??

“Yazid ada di sini..” bisik Fendi perlahan. Ahh.. Barangkali Fendi malu dengan perlakuanku sebentar tadi. Tapi… kenapa Fendi layan aku macam ni..? Bukan ke dulu dia juga yang ketagih dengan cintaku…? Sampainya hati Fendi.. Huhuhu… Bunga-bunga cinta tengah mekar dalam hati ni..

“Jangan menangis, sayang! Nanti kita bincang tau.. Tapi buat masa ni, cover la dulu walaupun tak sabar nak peluk saye ni… Nanti dah kawin, lebih dari peluk pun saye kasi tau…” gurauan Fendi membuatkan mata yang kecil kerana menangis tadi terbeliak. Aku terus menampar-nampar dada bidang Fendi. Langsung tak menyedari kelibat Yazid yang sedang memerhatikan kami.

“Tak malu..! Siapa nak kawin dengan awak..? Perasannn!!” aku mencebik bibir. Selebihnya aku dah malu.. Hihi..

Ahh.. kenapa indahnya perasaan ku saat ini?? Aku rase macam gembira sangat bile Fendi yang datang menjemputku. Semalam tu aku sebut nombor die ke? Entahlah.. aku tak perasan pulak, yang aku tau semalam memang dalam fikiran aku kosong sangat. Entah apa yang aku ingat. Cume yang aku tau, aku nak balik rumah aje.. Tak sabar nak jumpe ibu dan ayah..

Yazid pula sudah terbatuk-batuk kecil. Dia meluat kot tengok gelagat ala-ala manja kami. Memang aku sengaja buat begitu. Ada sebabnya. Naluri aku yang bagi tahu. Kata naluriku, nanti ada sesuatu yang akan berlaku antara aku dan Yazid. Entah apa agaknya. Ceh.. aku sekarang macam dah ade deria keenam pulak!


Sekarang aku dah kena tukar panggilan Yazid dengan menambah perkataan Encik di depannya. Lebih-lebih lagi Fendi dah ade depan aku sekarang. Kang tak pasal-pasal Fendi melenting. Bukannya aku boleh baca pun perangai tak normal Fendi ni. Kang angin puting beliungnya datang, aku yang naya. Tapi.. rase cam formal pulak! Teringat sewaktu aku menjadi staff Encik Yazid dulu

“Masa untuk check out! Mari…” ajak Yazid kepada kami. Aku dan Fendi sama-sama bangun. Sebelum langkah kaki terakhir meninggalkan bilik hotel itu, aku menoleh ke belakang. Rasanya tiada apa yang tertinggal. Lantas pintu aku tutup perlahan.

“Nanti sebelum balik, kita makan dulu ye..?” pelawa Yazid. Aku menganggukkan kepala. Fendi tidak berkata apa.

Kami duduk di sebuah meja yang berhampiran dengan meja reception tadi. Di situ kelihatan beberapa orang sedang menjamu selera. Ku toleh jam dinding yang tergantung di lobi hotel. Fendi turut memandang arah yang sama. Nampaknya Fendi sedikit resah. Kenapa agaknya..??

“Ada masalah ke?” aku bertanya. Yazid sudah hilang entah ke mana. Katanya nak jenguk kereta sekejap.

“Shima, saya mintak maaf. Saya datang terlalu awal. Sebaik terima panggilan, hati ni tak sabar nak jumpe awak...” beritahu Fendi.


Aik.. takkan itu yang merisaukannya sedari tadi? Tadi bukan main lagi.. Menggatal semacam pun ade juga... Aku pun dah ‘terjoin ‘ sama.. Hehe..

“Kenapa pula saya nak marah kat awak? Itu bukannya satu kesalahan pun. Ada sesuatu yang mengganggu awak ke?” balasku pula. Aku sedikit ragu dengan kelakuan Fendi. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

“Syariful…”

“Kenapa dengan dia? Dah kena tangkap ke? Baguslah.. dia tu hanya menyusahkan orang saja. Ingat saye ni perempuan apa, senang-senang nak ajak kawin. Secara paksa pula tu.. Seumur hidup, saye tak pernah diculik. Selalu orang culik budak-budak aje. Ni dah besar panjang macam ni, dah boleh jadi mak orang pun kena culik gak! Tak gentlemen langsung, Syariful tu.. Kenapa Syariful boleh jadi kawan awak, Fendi? Dia tu jahat tau..!!” kata ku dengan panjang lebar.


Fendi sudah ketawa kecil mendengar bebelanku. Aku pula nampak makin bersemangat mengutuk Syariful tu. Memang kalau sesiapapun berada di tempat aku, dah tentu hati pun panas. Habis semuanya aku keluarkan..

Kalau Syariful tu dah kena tangkap, baru senang hidup aku ni.. Tak lah kena kacau dengan dia lagi. Agaknya mesti Syariful berdendam dengan aku sekarang ni.. Ye la sebab dia tak dapat apa yang dia mahu..

Pandangan mata aku sorotkan pada Fendi. Kenapa lah mamat ni gelisah semacam aje? Tadi elok-elok aje dia ketawa. Lepas tu resah semula. Tak faham aku dengan mamat seorang ni. Macam laki mati bini aje.. Soalan aku pun tak berjawab.. Kenapa dengan Syariful tu..? Kan dah kena tangkap..? Agaknye la..

“Pihak polis masih belum dapat tangkap Syariful lagi.. Tak tahu dia di mana.. Saya takut…takut…”

“Takut? Takut ape?”

“Kalau-kalau dia berdendam dengan awak nanti.. Saya tak mahu awak diapa-apakan. Saya.. saya sayang kan awak, Shima!”

Luahan Fendi tu membuatkan jantung yang berdengup normal tadi tiba-tiba terhenti. Betul ke apa yang diluahkan Fendi ni..? Ayat yang sama, yang pernah diluahkan Fendi sebelum ini. Fendi bukan ke main-main lah sebelum ni? Sudah berulang kali dia meluahkan perasaannya. Selama ini aku anggap kata-kata itu tidak serius tapi hari ini telingan ini mendengarnya sekali lagi.

Lagipun aku tak rase aku ni perempuan taste dia pun. Namun jauh di sudut hati, aku pun suke kan dia juga tapi bagaimana Ipul buah hati kesayangan aku tu..? Kalau aku terima si Fendi ni, maknanye sia-sia lah penantianku selama ini.. Alahai… bila lah aku boleh jumpe dengan Ipul aku tu..? Entah kan hidup entah kan mati..

Selagi belum bertemu empat dengan Ipul aku tak dapat nak terima Fendi. Aku mahu tahu Ipul tu hidup lagi ke.. Kalau lah dia berpunye sekalipun, takpe. Aku redha andai telah tersurat di azali lagi dia bukan jodohku. Aku cuma mahukan kepastian supaya senang hatiku yang selama ini resah kerana nanar mencari cinta pertama yang tiada hujungnya itu. Yazid datang menghampiri kami. Di tangan terdapat sampul surat berwarna merah jambu. Tertulis namaku di situ. Sampul apakah itu..??

“Esok majlis kawin saya, Shima! Saya nak jemput awak datang. Awak.. mesti datang tau?” ajak Yazid sambil menghulurkan sampul itu. Aku menyambutnya. Lantas isi dalamnya ku tarik keluar.

“Bawak lah kawan Shima ni sekali ye?” sambung Yazid sambil menunjuk ke arah Fendi. Fendi mengumam senyum. Yazid pula tersenyum kelat. Entah kenapa.

“Agaknye kalau kami terus ikut Yazid pergi balik kampung Yazid terus pun okey gak kan? Lagipun kiranya dah dekat jugak la ni..” tanya Fendi seakan meminta pendapatku. Tak mau!! Aku dah penat ni.. Jomlah balik rumah terus..

Aku rasa nak menjerit aje tapi suaraku tak keluar pula. Pakaian pun takde bawa, inikan pula nak bertandang ke rumah orang. Pergi kenduri pula tu.. Buat malu aje..

“Soal pakaian, awak jangan risau.okey? Saya akan sediakan. Kite pergi ye..? Seronok jugak kalau dapat tengok orang jadi pengantin ni. Sekurang-kurangnye, kita tau apa yang patut dibuat bila time kita nanti pulak!” usul Fendi, perlahan. Aduhh.. Fendi ni macam serius pulak..!

Tapi betul ke ni..? Takkan aku nak terima dia kot..? Ipul aku tak ketemui lagi. Macam mana ni..? Nak pilih Fendi ke Ipul ye??

************


“Kenapa, Farida? Ipul yang telefon kan..? Dah jumpe Shima, kan? Sihat tak anak kita tu..?” pertanyaan yang bertalu-talu itu, menyesakkan nafas Puan Farida.

“Kot iye pun, tanya lah satu-satu. Ni tak, naik semput kita dibuatnya..”balas Puan Farida setelah meletakkan gagang telefon.

“Menantu saya okey kan?” Dato’ Azman pula mencelah. Puan Farida menggeleng-gelengkan kepalanya. Buang tabiat apa dua lelaki tua ni? Tak sabar-sabar. Bagilah duduk dulu ke..

“Entahnya abang ni.. Farida tak cakap apa-apa lagi kan? Jangan lah main serbu macam tu..” kata Datin Zalia pula. Kesian melihat bakal besannya terkial-kial mencari jawapan.

“Shima elok-elok aje, bang..! Sekarang ada bersama Ipul. Ipul bagitau mungkin mereka lambat balik sebab nak ikut kawan Shima tu pergi kenduri di Perlis tu. Kata Ipul, kawan Shima tu yang menyelamatkan Shima tu. Ipul rasa terhutang budi sebab tu dia setuju untuk hadiri kenduri kawan Shima tu. Sekurang-kurangnye kehadiran mereka berdua boleh lah dikatakan mengenang jasa kat kawan Shima tu..”

“Alhamdullillah, selamat juga Shima tu ye, bang! Kalau dah macam tu, kite terus kan planning kite yang semalam tu.. Rasenya tak perlu kite tangguhkan lagi.. Ni pun dah tangguh sempai setahun.. Kalau tak, agaknye sekarang ni kita bakal menimang cucu, kan bang?” balas Datin Zalia lalu tersenyum memandang Puan Farida.

Sekarang mereka sudah memanggil Fendi dengan panggilan manja semasa kecilnya. Elok rasenya dikembalikan semula nostalgia lama. Kerana menurut Fendi, sehingga sekarang, Shima belum tau siapa Fendi yang sebenarnya. Puan Farida sendiri memberitahu kenapa lamaran sebelum ini, Shima menolaknya. Semuanya gara-gara Ipul…….!!!!!!!

**************

“Sempat lagi bakal pengantin baru tu shopping kann?? Tapi kenapa riak wajahnya macam tak gembira aje..? Macam ade sesuatu yang merunsingkan Yazid tu..” bisik Fendi tatkala matanya menyorot tingkah laku Yazid yang sedang membelek pakaian wanita itu. Agaknye sedang membeli untuk bakal isterinya esok.. Mungkin untuk dijadikan hadiah buat isteri tercinta.

Aku memandang lesu wajah bekas bos lamaku. Lama kuperhatikan wajah itu. Dari semalam memang aku perasan keadaan Yazid. Yazid seolah-olah memendam rasa. Seolah-olah tidak gembira dengan apa dan yang akan sedang berlaku nanti. Yazid seperti tidak gembira dengan perkahwinannya esok. Apa yang berlaku sebenarnya?

Bila dikenang kembali, aku tidak menyangka akan bertemu lagi dengan Yazid. Seingatku sejak berhenti kerja dari kilang itu, kami terus tidak berhubung. Tambahan pula, kedudukan Yazid sebagai ketuaku sedikit sebanyak membataskan pergaulan kami. Level antara kami sangat berbeza. Yazid adalah seorang ketua sedangkan aku..? Sekadar pekerja biasa. Mana mungkin kami boleh menjadi kawan malah lebih dari kawan pun aku tak mampu. Masakan pipit boleh terbang bersama enggang..

“Jom makan.. Yazid dah siap shopping tu..”

Tersentak aku dari lamunan yang panjang. Jauhnya fikiranku melayang. Makan lagi ke? Maunye aku gemuk macam ni.. Rasanye baru tadi aje kami makan.

Yazid… kalau lah aku mampu memutar kembali waktu dulu, sudah pasti aku takkan melukakan hatimu.. Aku tahu mengapa kau bermuram hari ini..Namun aku juga tidak mampu menolak hati ini. Tengoklah.. Dengan Fendi pun hatiku masih belum terbuka. Hati ini dah terlalu lama memendam rasa terhadap teman lama. Teman lama yang aku nantikan sekian lama. Kalau lah dia tidak pernah muncul dalam hidupku, aku pasti aku akan menjadi milikmu..

***********

“Awak.. Saya nak pergi toilet jap. Berbual la dengan Yazid yer.. tapi jangan lebih-lebih tau!” pesan Fendi lalu mencuit hidungku. Tak sempat aku nak tepis, Fendi sudah berlalu dengan gelak ketawanya. Entah apa yang melucukan, yang pasti Fendi gembira dapat bertemu denganku.

Sebaik bayangan Fendi hilang dari pandanganku, Yazid dengan beraninya merenung dalam mataku. Tidak senang duduk aku dibuatnya.

“Shima, saya nak tanya satu soalan.. Siapa Fendi tu?”

Fuh…! Nasib baik milo ais yang ku sedut ini tidak tersembur keluar. Soalan jenis apa ini? Takkan aku nak jawab Fendi tu tunang tak jadi aku kot.. malu lah.. Nak kata boyfriend pun bukan sebab antara kami tak pernah declare pun..

“Bos saya!” itu saja yang mampu kujawab. Tak nak lah lebih-lebih.

“Tapi dari kata-katanya, saya tau ade sesuatu antara korang, betul kan? Berterus-terang aje lah, Shima! Tak perlu nak sorok-sorok!”

“Kenapa saya perlu sorok-sorok? Lagipun Encik Yazid sendiri nak kawin esok kan..? Takkan beri kesan pun dalam kehidupan baru Encik Yazid.. Rasenya takde kena mengena dengan Encik Yazid. Betul tak?”

“Ia memberi kesan dalam hidup saya lepas ni, Shima! Awak sendiri tau saya dah lama sukekan awak. Kenapa awak tolak saya? Saya ni tak cukup hensem ke? Tak cukup kaya? Semua yang pompuan nak, saye boleh kasi, Shima! Apa saja awak minta, saye boleh tunaikan.. Kalau awak sudi menerima saya sekaranag, saye sanggup batalkan majlis kawin saye tu.. Kite kawin ye Shima?”

What?? Kawin.. Yazid melamar aku ke ni..? Bermimpi kah aku..? Tapi darahku terus menyirap ni.. Dah nak mendidih. Boleh pulak Yazid ni samakan aku dengan perempuan lain yang mata duitan. Encik Yazid.. awak memang silap menilai saya!! Dan lagi satu, aku ni bukannya perempuan yang akan merosakkan kebahagiaan yang sedang dicipta esok. Tak mungkin aku akan menjadi punca pembatalan majlis seorang kaum hawa seperti ku..

“Memang Encik Yazid cukup hensem di mata pompuan lain tapi bukannya di mata saya! Saya tau Encik Yazid.. kaya orangnye tapi tak kaya langsung dengan budi bahasa. Kata-kata Encik Yazid tu dah membuktikan tahap budi bahasa Encik Yazid terhadap orang pompuan seperti saye. Saye tau Encik Yazid orang terpelajar, mempunyai kelulusan yang tinggi tapi saya bukan melihat semua itu. Saya melihat dari pangkal hatinya. Saya mahukan lelaki yang benar-benar menyayangi saya. Yang boleh terima saya sebagai teman sehidup semati hingga akhir hayat saye..! Saya bernasib baik bukan saya yang menjadi pengantin Encik Yazid hari esok.. Saye…”

“Shima.. dari dulu lagi saye cintakan awak.. saye…..”

“Cukuplah Encik Yazid. Baru sekarang saye mendengar dari mulut Encik Yazid sendiri, yang Encik Yazid tu cintakan saye. Maknanye. gosip tu dulu, betul lah.. Satu kesilapan kita bertemu semalam. Satu kesilapan juga bile Encik Yazid yang menyelamatkan saye.. Kalau lah orang lain mungkin saye akan berterima kasih kerana menyelamatkan saye.. tapi bile..Encik Yazid yang menyelamatkan saye..lebih-lebih lagi dengan kata-kata tadi tu.. saye terpaksa berfikir dua kali untuk ucapkan terima kasih.. Saye kecewa dengan sikap awak, Encik Yazid!”

Terus aku bangun dan cuba berlalu dari situ. Tapi tangan kasar Yazid merentap pergelangan tanganku.

“Lepas lah….”

“Kenapa saye perlu lepaskan awak..? Awak tahu dari dulu lagi saye mahukan awak.. Kenapa awak tak terima saye? Ape lebihnya Fendi nak dibandingkan dengan saye?”

“Sakitlah.. Lepaskan saye..! Jangan buat saye hilang sabar… Awak..!!!! ” aku memekik sekuat hati. Hilang sabarku. Semua orang yang ada di tempat makan hotel memandang gelagat kami. Malunya aku tak usah nak cerita lah.. Fendi ni pun satu.. Time macam ni lah, dia nak terkucil pulak! Huh…!

Dahiku dah berkerut menahan sakit. Kenapa Yazid berubah secara drastik ni? Semalam aku tengok elok aje.. Adakah dia pun nak buat macam Syariful buat aku jugak? Fendi……. Tolong saya…….

“Bukk!!”


13 Response to "Jangan Menangis Sayang 21"

  1. syah Says:
    May 22, 2009 at 1:12 PM

    yeahh..amik ko..kne sjibik ngn penangan maut 2..hoho..
    msty fendi la 2 yg tibai yazid..kn kn??
    wak..besh la ct ni..
    bl fendi nk gtau shima yg de 2 ipul?..
    cpt2 la smbg...

  2. keSENGALan teserlah.. says:
    May 22, 2009 at 1:47 PM

    haha..
    fendi dtg lgi..
    saviour d amor la dye nieh..
    tuumbuk2..
    isk2..
    yazid nieh pape nta..
    smbung2..
    ble la shima ngn fendi nk kawen nih..

  3. . says:
    May 22, 2009 at 1:53 PM

    kelakor ar shah nih..
    leh lak sambung.. hehe
    tp mmg pdn muka lah..

  4. MaY_LiN Says:
    May 22, 2009 at 1:57 PM

    aiyok..kena dush..dush..

  5. Nia Arissa says:
    May 22, 2009 at 2:19 PM

    alamak...suspen...
    sapa yg kena?...
    ish3....kesian...

  6. misz nana says:
    May 22, 2009 at 3:04 PM

    Erkk.. Ni sape yang tumbuk sape ni?
    Huhuhuhhuu~

  7. wafiyyah Says:
    May 22, 2009 at 4:22 PM

    sronoknya...
    padan muka yazid..
    erk....ye ke dia y kena...!!!
    erm....
    hihi...
    gud luck!

  8. azzakiah says:
    May 22, 2009 at 5:40 PM

    ish ni yg wat x sabar2 nak tunggu sambungan ni..
    cepat2 sambung taw!

  9. aisyah says:
    May 22, 2009 at 7:55 PM

    suspen laa cte nieee....

  10. Anonymous Says:
    May 23, 2009 at 5:17 AM

    hero da dtg..sure yazid yg kne tumbuk..! nak lg..!

    -cheesecake-

  11. Anonymous Says:
    May 24, 2009 at 5:02 PM

    kui2...
    pde mko yazid...
    kne sbijik...

  12. cyah Says:
    May 24, 2009 at 10:12 PM

    ala suspen nyer tul ke yazid yang kena tumbuk ngan fendi? ker shima yg kena tumbuk ngan yazid sebab dia meronta dan yazid nak culik shima plak hehe andaian sj. sbb org yg tgh bengang ni leh buat apa2pun....

  13. Anonymous Says:
    May 26, 2009 at 10:07 AM

    bestla...
    kasi tumbuk kaw kaw punya..
    hahaha.............

Post a Comment