Bab 2

Bab II

“Kalau abang tetap nak cari dia, Mas akan bunuh diri!” ugut Mastura sambil berdiri di tepi anjung balkoni rumah mereka.

Rumah dua tingkat itu memang mempunyai balkoni yang bersambung dengan bilik tidur utama. Haziq mengeluh lagi. Tetapi di dalam hati,

‘Kalau nak terjun sangat, terjun lah! Bukan tinggi mana pun..’

Entah sudah berapa kali Mastura mengugut begitu. Susah benar hendak berunding dengan Mastura. Maria yang berdiri di tepi pintu menjerit memanggil ibunya. Takut barangkali melihat aksi tak terduga ibunya. Buatnya Mastura betul-betul terjun, macam mana??

Maria sudah berusia sembilan tahun. Sedikit sebanyak Maria tahu makna kata-kata ibunya, Mastura. Maria teringat akan kata-kata seorang ustaz di sekolahnya,

“Bunuh diri itu salah satu perkara yang Allah S.W.T murka! Allah S.W.T tak suka kepada hamba-hambaNya yang membuat perkara sia-sia.”

“Ibu, kalau ibu bunuh diri, ibu akan masuk neraka!” jerit Maria.

Haziq memandang Maria. Hatinya tersenyum. Pandai juga rupanya si Maria ni, desis hati kecil Haziq.

“Mas dengar tak tu? Budak sekecil Maria pun tahu bunuh diri tu perbuatan terkutuk yang amat dilarang oleh Allah. Mas tahu tak nyawa kita ni milik Allah. Jika Allah sudah tetapkan ajal kita, bukannya dengan cara macam ni. Sudahlah tu Mas! Mari masuk. Abang dah penat sangat melayan kerenah Mas selama ni. Sampai bila Mas nak buat abang macam ni?”

“Sampai abang ceraikan perempuan tu!”

“Ya Allah, Mas…”

“Kenapa? Permintaan Mas ni berat sangat ke? Masa abang kahwin dengan perempuan tu, ada abang ingat kat Mas? Tak kannn??”

“Bergegar tiang Arasy…..”

“Eh, sejak bila abang berlagak jadi alim…??”

“Sudah la tu, Mas.. Turun!”

Dalam tak mahu, Mastura menjejakkan kakinya masuk ke bilik mereka. Mastura menghentak-hentak kaki ke lantai. Berbalut rasa tidak puas melingkari jiwanya. Maria terus menerpa dan memeluk ibunya. Mastura menggosok-gosok belakang Maria. Namun di dalam hati, masih ada secebis geram yang sudah sarat bersarang di situ. Dendam itu masih terbuku lagi. Dah cara kasar tak boleh, buat cara halus lagi baik!

Mastura meletakkan tangan di dada. Rasa sakit di situ. Arghh.. Bilakah semua ini akan berakhir? Gara-gara Darmia, rumahtangganya kini diambang keretakan. Sejak mengetahui Haziq berkahwin dua, Mastura sedaya upaya mengikat Haziq untuk sentiasa bersamanya. Syarat-syarat diatur agar Darmia tidak boleh selalu bersama Haziq.

Mastura memang pandai membuat alasan. Semuanya kerana sakit hati yang bermaharajalela. Nasib Mastura sedikit baik selepas hampir lima belas bulan perkahwinan kedua suaminya itu, Darmia terus menghilangkan diri tanpa dapat dijejak. Eloklah begitu!

Pada Mastura, bagus juga kalau Darmia sudah tiada. Tidak lah Darmia menghubungi suaminya lagi. Tidaklah Darmia meminta agar gilirannya dipenuhi. Melihat perubahan itu, Mastura menarik nafas lega. Sudah tentu Haziq akan bagi perhatian yang lebih kepada Mastura dan anak mereka, Maria.

Seringkali Mastura melihat nama yang tertera handphone Haziq, ‘Darmia sayang’ bila berbunyi minta diangkat. Sumpah seranah tak pernah lepas dari mulut Mastura. Haziq ni sengaja membakar api cemburu terhadap dirinya. Sebenarnya banyak kali sudah Mastura menukar nama buat Darmia dan setiap kali itu juga, Haziq menukarnya kembali. Ahh.. geram betullah! Tak boleh jadi ni..!

* * * *

Akhir-akhir ini, Haziq jadi nanar. Tidak keruan dibuatnya. Merata tempat dicarinya Darmia. Entah mengapa dia seakan baru tersedar dari sesuatu. Seolah-olah baru bangun dari mimpi yang panjang. Puas difikirnya. Apakah yang berlaku sebelum ini? Kenapa wajah Darmia tiba-tiba menjelma berulang kali di layar matanya?

“Bang.. esok saya nak balik kampung! Boleh tak??”

“Bukan Mas dah balik ke, dua minggu lepas? Kenapa nak balik lagi ni? Mak dan ayah sihat kan??”
Haziq jadi hairan. Masuk kali ini, sudah tiga kali Mastura pulang ke kampung halamannya. Setiap dua minggu, Mastura akan pulang membawa Maria sekali. Nak kata emak dan ayah mertuanya sakit, baru semalam Haziq telefon mereka. Mereka berdua sihat saja. Lagipun adik bongsu Mastura ada tinggal sekali di sana. Sudah tentu adik ipar Haziq itu boleh jaga mereka.

“Mas dah selalu sangat balik ke kampung? Ada hal apa sebenarnya?” tanya Haziq.

Mastura yang sedang menyuapkan nasi ke dalam mulut tersentak tiba-tiba. Jarinya terketar-ketar. Aishh.. berdebar sungguhlah! Namun Mastura cuba sembunyikan reaksi mukanya yang sudah berubah tona.

Jangan lah rahsia ini pecah!!

* * * *

Haziq merenung kipas siling yang ligat berputar itu. Seraya ingatan melayang lalu ke masa lalu. Masa ke belakang. Terbayang-bayang wajah Darmia sebenarnya. Kelembutan hati Darmia dulu menyebabkan Haziq tekad untuk memperoleh gadis itu biarpun secara kasar.

Setelah beberapa bulan berkahwin, entah mengapa Haziq seolah-olah tidak menyenangi gadis yang telah bergelar isteri keduanya itu. Setiap kali Darmia menghubunginya, Haziq selalu saja menolak permintaan Darmia yang mahukan dia berlaku adil dalam rumahtangga yang mereka bina. Mulut Haziq menolak namun hatinya seakan mengiyakan kata-kata Darmia itu. Hatinya membentak meminta dia menunaikan giliran di rumah Darmia pula.

Haziq teringin bersama Darmia tetapi seolah-olah ada sesuatu yang menghalang Haziq untuk mengatakan ‘ya’ kepada Darmia. Kerongkongnya seakan tersekat dengan sesuatu.

‘Ahh.. kenapa tiba-tiba panas ni??’

Haziq berkata sendiri. Serasanya dia telah membuka aircond tadi. Aircond sudah rosak ke? Belum servis lagi?? Ingatan Haziq berputar lagi.

‘Bukan bulan lepas ke aku baru servis?’

Tangan Haziq ligat membuka T-shirt yang dipakai. Biarlah dia tidak berbaju. Tak tahan pula dia dengan suhu yang tiba-tiba membahang. Pandangan mata Haziq tertoleh di bingkai gambar sebelahnya. Gambar dia, Mastura dan Maria di Templer Park. Kalau orang lain tengok, pasti mereka ingat kami keluarga bahagia.

Hakikatnya, hanya Haziq dan Mastura saja yang tahu. Tidak orang lain. Aib orang tak perlu dihebohkan.

* * * *

Hari ini sudah hari ke-3, Mastura pulang ke kampong halamannya. Entah apalah yang dicari kat kampung tu, Haziq pun tak tahu. Kekerapan Mastura pulang ke kampungnya membuatkan Haziq keseorangan dan seringkali termenung. Sejak kakinya melangkah ke Masjid Kampung Paya Jaras beberapa bulan yang lepas dan berjumpa dengan seorang imam di situ, hatinya terus dihambat dengan rasa bersalah.

Dosa itu seringkali mendatangi mimpi malamnya dan menganggu lena. Haziq meraup muka dengan telapak tangannya.

‘Ah, tangan ini! Kaki ini, tubuh ini sering membuat onar. Sering nafsuku terjerat dengan dosa yang tiada hujungnya! Aku telah mendera perasaan seorang wanita yang sepatutnya aku bimbing, yang perlu menjadi makmumku setiap kali solat berlabuh di sejadah. Yang akan mengaminkan setiap doa yang terlafaz dari bibirku. Aku mempunyai dua makmum perempuan sebenarnya. Tapi seorang pun tidak aku didik dengan betul! Ya Allah, berdosanya aku hambaMu yang kerdil ini!’

P/S : Cerita ini adalah kesinambungan dari cerpen Kedua yang saya post baru-baru ini. Cerita ini saya buat dalam versi mini novel. Harap semua pembaca terhibur kerana ada pembaca mengatakan cerpen itu tidak habis jalan ceritanya. So harap mini novel ini akan beri kepuasan kepada pembaca! Muahhh..

Kedua

Dua tahun enam bulan yang lepas,

“Kau ni dah fikir masak-masak ke? Umur kita baru je 24 tahun… Banyak masa lagi.. Masih panjang waktu untuk kita, Mia! Kalau boleh, carilah yang bujang! Kau bukannya tak cantik. Manis, berlesung pipit, kulit kau gebu. Kau pun baik dan sopan. Mesti ada lelaki yang suka kat kau punya!”

Aku angguk kepala tanda mengiyakan. Ah, Mia! Jangan mudah perasan ya…??

‘Ju, kau tau tak, memang ada lelaki yang sukakan aku tetapi lelaki tu dah berpunya. Kalau dia single available, aku tak kisah nak tamatkan masa bujang aku lepas umur aku 30 tahun sekalipun. Tapi sekarang aku terpaksa, Ju!’

Hatiku sebenarnya sudah sebulat suara memutuskan perkara itu. Perkara yang hampir semua perempuan tidak mahu terjadi dalam hidup mereka. Poligami! Dan aku akan menjadi sebahagian darinya.

“Aku tak tahu la nak cakap macam mana lagi kat kau ni, Mia! Kesian kat famili kau di kampung tu..” Juwita bersuara lagi.

“Kau sedar ke perbuatan kau nanti akan lukakan banyak pihak? Kau tahu semua tu kan? Kau langsung tak simpati pada isteri pertama Haziq? Hati perempuan mana yang takkan luka bila dapat tahu suaminya mahu menikah satu lagi? Aku rasa… baik kau undur diri. Kasihan pada bakal madu kau tu. Kau fikirlah, kalau kau boleh buat begini pada isteri pertama Haziq tu, tak mustahil kau juga akan alami benda yang sama!”

Juwita tak putus-putus menasihatiku. Sejak malam tadi lagi hati Juwita berbelah bagi. Tak sanggup melihat teman baik sendiri dianiaya biarpun nasibku kelak belum pasti. Aku lah teman baik Juwita sejak sekolah menengah lagi. Susah senang kami tetap bersama. Satu sekolah dan satu universiti juga.

“Kau mendoakan aku begitu ke?” tanyaku lambat-lambat.

“Aku tak doakan macam tu cuma selalunya yang aku dengar memang akan terjadi begini. Aku cuma nak ingatkan kau saja. Nama pun lelaki. Dah dapat yang kedua, dia akan nak yang ketiga dan keempat. Mereka ni mana pernah cukup dengan apa yang ada.. Aku risaukan kau.”

Ahh.. kenapalah takdir selalu bermain dengan hidup perempuan??

“Kau doakanlah rumahtangga kami nanti baik-baik saja! Aku takkan berganjak dari keputusan aku ni. Muktamad!”

Aku memberi kata putus. Tegas bunyinya. Nampaknya aku memang sudah tekad. Bagiku, biarlah keputusan tu melukakan hati semua orang asalkan hatiku sendiri mampu dijaga dan apa yang hilang itu, aku dapat semula. Mana mungkin hal yang telah tercarik itu terbiar tanpa di bela.

Nak report polis? Aku rasa tak perlu. Kalau sampai dibawa ke mahkamah, aku juga yang tanggung malu. Keluargaku pasti malu andai wajah anak mereka terpampang di dada akhbar. Tapi tindakan aku ni nanti pun bawa malu pada keluarga juga. Ah, kelirunya!

Juwita sendiri tak tahu kenapa aku terpaksa buat begini. Biarlah rahsia. Aku tak sanggup nak buka aib sendiri. Malah aku tidak akan menceritakan hal yang memalukan itu pada orang lain. Aku sedar tiada orang akan mempercayainya.

****

“Kenapalah anak kita buat kita begini, bang? Tak tahu malu ke Mia tu? Ambil laki orang? Mana saya nak letak muka ni, bang?? Malu saya kat saudara kita, kat jiran tetangga kita, orang kampung ni.., bang! Mereka pasti akan hina kita! Seolah-olah kita tak pandai jaga anak!”

Mak Siti sudah mula meraung di ruang tamu. Tak dihiraukannya jiran sebelah rumah yang sedang ligat menyapu daun-daun kering di halaman rumah. Terjenguk-jenguk kepala Mak Bedah apabila mendengar bunyi bising dari rumah jirannya. Sudah tentu lah jeritan Mak Siti kedengaran hingga ke luar rumah. Mesti akan ada gosip nanti.

Aku pula sedang menggosok-gosok pipi yang berbirat dek penangan spontan ayah. Laju saja tangan ayah menghayun terkena tepat ke pipiku. Pak Leman sendiri terkejut dengan tindakan spontan itu namun benda dah jadi. Nak undur semula pun tak guna. Takkan nak minta maaf dengan anak sendiri? Dah jelas aku buat salah. Hasutan syaitan pula bermaharajalela ketika itu. Pasti syaitan bersorak ketika ini. Alahai..

“Kamu ni, Mia! Macam dah takde lelaki lain aje yang nakkan kamu.. Padahal ramai lagi yang bujang. Kenapa laki orang juga yang jadi pilihan?”

“Saya cintakan Haziq, ayah!” bohongku. Arghh.. berdosanya aku pada ayah.

“Ooo… Haziq nama dia! Kamu fikir hati kamu tu dah cukup kuat ke nak hidup bermadu ni? Rela ke kamu berkongsi kasih dengan bakal madu kamu tu? Selama ayah didik kamu dari kecil hingga besar begini, ayah tak pernah ajar kamu supaya ambil laki orang.”

“Ayah, saya tahu ayah nak beri saya didikan dan pelajaran terbaik tapi saya kena ambil hak saya semula. Itu hak saya, ayah!”

“Hak apa nya sampai rampas laki orang ni? Ishh.. budak zaman sekarang ni memang susah nak dengar kata orang tua. Malulah sikit, Mia! Jangan kamu pandai-pandai nak kata Haziq tu hak kamu. Dia tu milik isteri dia yang sah! Hak isteri dia! Lupakan saja hasrat kamu yang tak berapa nak murni tu.. Jangan nak malukan kami.”

“Hak saya, ayah… Hak saya…..” Mulutku seakan terkunci.

“Hak apanya? Baru belajar nak bercinta. Macam lah kamu dah kahwin dengan lelaki tu.”

Aku tidak sanggup untuk memberitahu ayah. Ayatku tergantung di situ. Ahh.. betapa susahnya menjadi seorang perempuan. Tiada kekuatan untuk mempertahankan hak sendiri. Macam mana ni…? Kalau aku beritahu mereka lagi malu. Mereka juga akan jijik dengan anak mereka sendiri.

Aku berlalu keluar. Dengan beg besar di tanganku, aku menggamit pandangan emak. Meminta agar emak faham dengan tindakan aku.

“Ayah tak izinkan kamu keluar dari rumah ni, Mia!”

“Maaf, ayah! Saya terpaksa..”

“Jangan keluar! Kenapa degil sangat ni..?”

Ayah cuba membangunkan emak yang masih kesedihan dengan tingkah lakuku.

“Halalkan makan minum saya!”

“Keras sungguh hati kamu, Mia. Mulai saat ini, kamu bukan anak kami lagi!”

Aku tergamam. Akhirnya apa yang aku takutkan sangat benar-benar terjadi. Tak sangka kata-kata itu terluncur dari mulut seorang lelaki yang bergelar ayah. Ahh.. hendak ku pujuk, tiada gunanya lagi..

“Restui rumahtangga saya kelak, ayah, emak…” aku cuba menyalami tangan ayah namun ayah menepis.

Rasa benci mula bermukim di hati Pak Leman. Gugur perasaan kasih buat anak yang pernah menjadi harapannya suatu ketika dulu. Anak yang ditatang dan dimanjai sepenuh hati

Aku beralih pula pada emak. Emak tidak mengendahnya. Hancur luluh hati seorang ibu!

****

“Abang, Mia takut la! Macam mana kalau Kak Mas marah saya nanti??”

“InsyaAllah.. Kak Mas takkan ‘makan’ Mia.. Jangan bimbang okey? Kak Mas tu baik tau….”

Haziq memujukku yang kelihatan takut-takut walapun ketika itu kami sudah berada di halaman rumah milik Haqiz dan isteri pertamanya. Sebenarnya hati Haziq turut berdebar namun dia cuba menyembunyikan. Takkan Haziq nak tunjuk yang dia lelaki pengecut!

Haziq telah pun memberitahu Mastura yang dia mahu berkahwin lagi satu sebulan yang lepas. Mastura seperti perempuan lain, tidak merelakan suaminya memadukan dirinya. Habis diamuknya Haziq. Perempuan mana yang sanggup hidup bermadu? Apatah lagi mahu berkongsi kasih.

Pintu rumah diketuk perlahan. Haziq kelihatan menghela nafas. Aku perasan akan reaksi di wajah suamiku itu. Lelaki ini telah menikahiku di sempadan Thailand seminggu yang lalu. Ayah pula tidak mahu menjadi waliku. Haziq menjadi lelaki pertama dalam hidupku untuk mengharungi bahtera kehidupan selepas ini. Moga-moga Allah merestui hubungan kami.

Beberapa minit kemudian kedengaran pintu dibuka. Kelihatan seorang wanita lebih kurang sebayaku muncul di depanku. Debaranku makin memuncak. Cuak pula rasanya. Apakah reaksi pertama wanita ini bila melihatku?

****

Ternyata Mastura terkejut dengan tindakan Haziq memperkenalkan aku sebagai madunya. Mastura mula mempertikaikan tindakan Haziq yang tetap mahu menikahiku.

“Apa lebihnya Mia berbanding Mas, bang? Sampai abang sanggup juga bernikah dengan dia? Abang tak bahagia ke bersama dengan saya? Apa kurangnya Mas ni?”

“Mas, abang dah bagitahu hari tu kan? Abang cintakan Mia. Lagipun Mia perempuan yang baik……,”

“Maknanya Mas ni bukan isteri yang baik la…? Abang tak cintakan Mas?”

“Abang cintakan Mas juga!”

“Macam mana abang boleh cintakan dua perempuan dalam satu masa? Yang abang kahwin dua ni, abang fikir abang mampu ke nak tanggung kami? Mampu nak bahagi kasih? Abang fikir Mas rela ke hidup bermadu? Bukankah Mas tak bagi izin? Kenapa nak kahwin juga?”

“Tolong lah faham keadaan kami, Mas! Abang betul-betul cintakan Mia.”

Mastura berpaling. Wajahku ditatap geram. Satu tamparan mengenai pipiku. Ahh.. kenapalah pipi ini sering menjadi mangsa??

“Hei, perempuan! Kau ni memang perampas rumahtangga orang kan?? Kau dah takde kerja lain ke? Macam lah lelaki lain takde dalam dunia sampai kau berkenan dengan laki aku ni.. Kau memang suka rosakkan kebahagian orang lain.. Kau jangan fikir aku restu hubungan korang ni! Jangan fikir aku akan buat kau macam kawan aku! Kalau dah perampas tu, memang sampai mati pun, aku takkan maafkan kau!! Kau dengar tu!!” tengking Mastura, menghamburkan rasa marah dan geramnya.

Mastura menjegilkan matanya. Kecut hatiku dibuatnya. Aku tahu aku yang bersalah. Haziq lah punca semua ni. Haziq pula berdiam diri tidak pula mencuba untuk meleraikan amarah Mastura. Betul ke Haziq ni cintakan aku?? Berbelah bagi aku dibuatnya.

“Abang keluar dulu! Pergilah mana-mana. Abang balik lepas dua jam dari sekarang. Mas nak sikit dengan perempuan yang tak tahu malu ni! Abang jangan pula nak cuba-cuba dengar apa yang Mas nak cakap dengan Mia! Keluar!”

Haziq meluru keluar. Aku pula muka sudah merah menahan malu dan sebak! Patutkah aku dikatakan sebagai perempuan yang tak tahu malu. Kalau bukan sebab laki Kak Mastura tu, aku pun tak ingin lah nak berlakikan Haziq.

Ahh.. Nampak sangat Haziq macam takut bini bila melihat dia keluar dari rumah sebaik diarah Kak Mastura! Aku membisu dari tadi setelah puas ditengking dan dihina macam-macam oleh Mastura. Aku terfikir apakah aku tidak layak mendapat kebahagiaan biarpun dengan suami orang?? Maruahku seolah dipijak-pijak tiada harganya. Di situ, sekali lagi air mataku merembes keluar.

****

Hari ini,

Aku hanya mampu menangis hiba. Usia dua tahun perkahwinanku tak memberi erti padaku. Sedih bila memikirkan haluan hidupku selepas ini. Ahh.. Betapa bodoh dirasakan tindakanku itu. Kerana aku isteri kedua, aku hanya menurut tanpa membantah. Apalah yang boleh aku lakukan?

Aku sedar akan kedudukanku namun entah mengapa malam itu akalku tidak menolak saranan dan aturan yang diatur Kak Mastura. Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju sahaja walaupun tahu ianya sekadar menjerat diri sendiri.

Entah berapa kali aku berendam air mata dengan perlakuan Haziq dan isteri pertamanya itu. Aku nak salahkan Haziq pun tak boleh juga. Aku sendiri yang bersetuju dengan syarat-syarat itu dan akibatnya, aku makan hati.

‘Kenapalah aku bodoh sangat masa tu? Bukannya aku tak tahu syarat-syarat tu akan mengenakan aku sendiri. Bukannya aku tak mengerti Kak Mastura sengaja memberi kata dua supaya pernikahan aku dan Haziq bermasalah. Padahal memang hidup berpoligami ni akan mengundang derita.’

Air mata yang cuba ditahan mengalir lagi. Hari ini, sudah masuk minggu ketiga Haziq tidak memenuhi gilirannya untuk bermalam di rumah ku. Rumah sewa yang dibayar dengan duitku sendiri sedangkan Kak Mastura bersenang lenang duduk di rumah yang mereka beli bersama.

Selama itu juga Haziq belum menunjukkan mukanya sedangkan aku sedang sarat menahan rindu. Hari ini, hari yang sepatutnya Haziq menunaikan giliran dan tanggungjawabnya sebagai suami.

“Hello, bang!”

“Mmm… Mia nak apa dengan abang Haziq ni? Abang dah tidur la..”

Bukan suara Haziq yang aku dengar tetapi suara Kak Mastura. Sinis sekali bunyinya menambahkan rasa resah dalam jiwaku.

“Kak Mas, boleh kejutkan abang tak? Patutnya hari ni giliran Mia.”

Aku sedaya upaya mengumpul kekuatan untuk memberitahu Mastura. Bimbang juga jika tiba-tiba Mastura akan menengkingku. Sama macam beberapa hari lepas. Mastura tentu tak beri Haziq keluar dari rumah tu.

“Hei, kau tak, laki aku tu penat! Lagi pulak anak kami demam.. Maria tu rindukan abang Haziq. Biarlah abang Haziq bermalam di sini. Bukan luak mana pun. Kau tu belum ada anak, kau takkan faham!!” herdik Kak Mastura kuat.

Aku mengusap perut yang masih kempis. Di dalam hati,

‘ Kak Mas.. saya akan ada anak juga! Sepatutnya saya yang dapat perhatian lebih dari abang! Kenapa Kak Mas tak nak bagi peluang tu kat saya??’

“Kau jangan nak menipu aku nak katakan yang kau hamil. Aku takkan tertipu macam kau.”

Aku terkejut. Bagaimana Kak Mastura boleh tahu apa yang aku bicarakan dengan hati?

“Tapi… ahhh…! Kak Mas, laki akak, laki saya juga! Patutnya abang kena adil. Dah tiga minggu abang tak tunaikan giliran dia.. Biarkan abang pulang ke rumah saya, kak! Kalau susah sangat, bawa lah sekali Maria tu, Saya tak kisah untuk jaga Maria..”

Aku bersuara cuba meminta izin. Hati ini aku kuatkan untuk meminta hak yang sepatutnya aku dapat.

Tak mungkin aku akan cakap yang aku sudah berbadan dua dengan Kak Mastura. Mana tahu lagi teruk Mastura buat pada Haziq. Mastura punya bermacam-macam helah untuk mengelakkan pertemuan antara aku dan Haziq. Susahnya hidup bermadu!

“Kau jangan nak memandai-mandai! Bukannya aku tak tahu jaga anak aku. Anak aku demam! Biarlah aku dan Abang Haziq yang jaga. Kau bukannya budak-budak sampai nak kena berteman.. Sudah la, buat sakit hati aje bercakap dengan orang yang tak faham-faham ni!”

Tutttttt….

Aku tergamam.

‘Ah, sampai hati Kak Mas buat aku macam n. Dia juga perempuan macam aku. Takkan dia tak faham. Sudah lah giliran aku hanya satu hari saja dalam seminggu. Hari isnin pula tu. Hari orang bekerja dan Haziq hanya bertemu dengan aku pada waktu malam saja.’

Betapa singkatnya masa giliran Haziq buat aku. Itulah syarat pertama yang diberi oleh Mastura kepadaku. Hari Isnin saja hariku bersama Haziq. Haziq pula bersetuju tanpa banyak soal. Bila diajukan persoalan itu kepada Haziq, aku sangat kecewa dengan jawapan suamiku itu.

“Itulah pengorbanan Mia untuk Kak Mas. Abang sudah bersusah payah untuk memujuk Kak Mastura agar merestui hubungan kita ni. Agar dia boleh menerima Mia sebagai madunya. Abang cintakan Mia. Terlalu cinta. Abang sanggup buat apa sahaja asalkan Mia menjadi milik abang!”

Bungkam aku dengan jawapan yang menyakitkan itu. Kak Mastura merestui hubungan kami? Aku rasa tak. Kalau betul Kak Mastura merestuinya, aku takkan diherdik dan dimarahi begini.

Terasa cinta yang Haziq hulurkan tidak seikhlas cinta yang aku berikan kepada lelaki itu sejak penikahan kami. Cinta Haziq bak debu, bila ditiup ia berterbangan pergi.

“Tapi kalau ikut hukum, abang dah berkira berdosa. Abang tak adil dalam rumahtangga kita ni. Tak kira lah, Mia ni isteri kedua abang sekalipun, kalau dah tanggungjawab, abang tetap kena tunaikan! Abang berdosa menidakkan hukum agama, bang!”

“Mia, itu kan syarat Kak Mas! Mia sendiri bersetuju dengan syarat dia!”

“Habis, apa guna abang jadi suami kalau tak boleh bincangkan semula syarat tu? Abang sendiri tahu syarat tu membebankan Mia, kan? Takkan Mia saja yang patut berkorban! Abang tahu syarat-syarat Kak Mas akan membuat Mia menderita!!!”

“Sudahlah, Mia! Abang penat! Di sana, Mas cakap macam ni.. Di sini pula Mia menuntut yang bukan-bukan! Kita dah jadi suami isteri pun. Mia kenalah faham hak Mia sebagai isteri kedua! Abang terpaksa kemudi dua kapal. Bukannya senang! Abang tak larat sangat ni. Abang nak tidur!”

“Kalau dah tak mampu, kenapa nak kahwin dengan Mia juga?? Kalau tak boleh berlaku adil, lepaskan Mia!” jeritku.

Haziq hampir-hampir mengangkat tangannya untuk dilepaskan ke mukaku. Aku terkesima. Dadaku berdebar kencang.

Baby, abah nak tampar mama..”

Mataku tertancap di perut. Sudah tiba kah masa untuk aku beritahu pada Haziq yang aku sudah mengandung?? Semudah itukah Haziq mahu mengasariku yang sedang membawa benihnya?

“Bukan abang yang nak kahwin, Mia yang paksa abang untuk jadi suami Mia! Jangan nak pandai salahkan abang pula!”

“Abang tahu kan kenapa Mia minta abang kahwin juga dengan Mia?? Abang jangan nak jadi lelaki dayus pula! Dah jelas abang yang salah!!! Malam tu abang yang buat dosa pada Mia. Mia sudah puas merayu kat abang tapi abang jadi macam setan! Bila Mia tolak cinta abang, abang rampas mahkota keagungan Mia. Abang rogol Mia. Abang, cinta takkan kita dapat kalau dipaksa. Allah dah tentukan kita akan berjodoh. Kenapa abang nak khianti takdir yang Allah buat? Kenapa abang nak jadi perosak wanita? Kalau bukan abang yang kahwin dengan Mia, lelaki mana lagi sanggup terima Mia? Dah dapat madu, sepah yang abang buang.”

Malam itu memang berlaku pertengkaran yang hebat antara Haziq dan aku. Pernghabisannya, hatiku semakin membengkak.

Sejak malam pertengkaran itu, Haziq sudah bermingu-minggu tidak menjenguk aku. Mastura pula pastinya gembira dengan tindakan Haziq itu. Aku juga keseorangan. Sedihnya..

****

Aku menahan sakit di perutnya. Dari pagi dia belum makan lagi. Sekarang pula dah jam 1 petang.

“Cikgu, kenapa ni? Sakit ke? Saya tengok muka cikgu pucat aje! Dah makan??”

Satu suara kedengaran dari belakangku. Aku berpaling mencari suara itu. Sebuah senyuman terukir di bibir Cikgu Najmi. Ya.. aku sudah bergelar guru sekarang. Sudah setahun aku mengajar di Kuala Selangor ini. Sejak aku berkahwin dengan Haziq, dua bulan selepas itu aku ditawarkan mengajar di sebuah sekolah menengah. Rezeki orang kahwin agaknya!

‘Ah.. cikgu ni terlalu prihatin dengan aku. Sejak aku mula mengajar di sini, selalu saja dia tegur aku!’

Hatiku berbisik sayu. Andai lah status aku bukan seperti sekarang, aku pasti menyapa setiap kata-kata Cikgu Najmi. Sebelum ini, sudah beberapa kali Cikgu Najmi meluahkan perasaannya padaku. Setelah dia mengetahui aku sudah berkahwin dan sejak dia mengetahui masalah yang melandaku, dia sering memintaku bersabar. Cikgu Najmi kata dia akan membantu aku mendapatkan keadilan dalam rumahtanggaku.

Ahh.. betapa berdosanya aku bila memikirkan yang aku dalam tak sedar menceritakan aib suami kepada orang luar.

Suami??? Ahh… aku semakin sakit hati bila memikirkan statusku yang seolah-olah digantung tak bertali. Sampai bila aku harus berlagak bujang sedangkan aku tahu aku mempunyai seorang suami. Aku juga seorang insan yang dahagakan belaian dan kasih sayang.

Bila usia kandungan mencecah lima bulan, aku keluar dari rumah sewaku. Aku memilih untuk tinggal berdekatan dengan sekolah tempatku mengajar sekarang. Haziq juga tidak tahu tempat tinggalku sekarang.

Sejak pergaduhan hebat itu, Haziq sudah tidak mempedulikan aku. Setiap kali menelefonnya, handphone dimatikan. Aku tahu, itu pasti perbuatan Kak Mastura.

“Cikgu, kalau cikgu sakit, elok rasanya cikgu balik rumah dulu. Baik berehat. Nanti jadi apa-apa, susah pula!”

Cikgu Najmi memberi nasihat. Aku menelan air liur. Entah berapa kali Cikgu Najmi memberi kata-kata yang serupa dari tadi. Aku sedar dia sedang mengelamun tadi. Lalu secalit senyum yang tak berapa nak ikhlas tersungging di bibir

“Janganlah cikgu risau! Saya tak apa-apa.”

“Cikgu Darmia, saya tahu cikgu belum makan lagi. Dari pagi tadi saya lihat cikgu belum makan apa-apa. Nah, ambil lah roti ni! Cikgu makan dulu. Saya ada kelas terakhir ni.. Saya pergi dulu!” balas Cikgu Najmi lalu dihulurnya roti berintikan coklat itu kepadaku.

Aku teragak-agak untuk mengambilnya namun bibir ini menutur ucapan terima kasih kepada cikgu Najmi.

“Jangan lupa makan ye! Saya tak nak tengok cikgu sakit!” laung Cikgu Najmi dari muka pintu sebelum kelibatnya hilang.

Aku menarik nafas lega bila menyedari tiada sesiapa pun di bilik guru itu. Bimbang kalau-kalau ada orang lain mendengar perbualanku dengan Cikgu Najmi. Tak pasal-pasal gosip pula nanti. Skandal dengan isteri orang? Ohh.. tak mungkin!

Baby, abah tak perasan pun kehadiran baby dalam perut mama ni.. Kita langsung tak dihargai. Mama sedih la. Mama kecewa sangat! Malangnya nasib kita berdua kan?? Takpelah, kalau abah tak ada pun, mama boleh jaga baby. Mama akan sayang baby sama macam mama sayangkan diri mama ni.. Baby sayang mama kan??”

Terasa sedikit pergerakan di perutku Aku senyum dalam tangis. Tak mengapalah, buah hatiku yang baru akan menyusul tak lama lagi. Buah hati yang lama sudah lenyap tiada khabar berita. Biarlah.. Aku sedar siapa diriku.

****

“Hello. Assalammualaikum, Fathi! Kak Darmia ni. Fathi sihat ke?” Aku bertanya sebaik pemanggil disebelahnya mengangkat telefon.

“Waalaikummussalam, kak! Akak sihat? Akak dah makan ke? Rindunya Fathi kat akak.”

Jawapan dan suara Fathi yang aku dengar itu kelihatannya teruja sebaik tahu aku yang menelefonnya. Tidak lama kemudian suara Fathi bertukar sebak. Kenapa ni?

“Akak dah lama tak balik kampong. Baliklah kak. Akak tak rindu kami ke? Kat Fathi??”

Fathi bersuara lemah. Kalau lah ayah dan mak tahu aku ada menelefon ke rumah, tak tahu lah bagaimana reaksinya mereka berdua. Aku pasti kedua ibu bapaku masih terguris hati dengan perlakuanku.

“Nantilah.. Kalau ada masa, akak akan balik kampung tapi bukan sekarang. Tunggulah mak dengan ayah baik sikit.”

“Ala… kak! Hati mak dengan ayah tak sekeras mana pun. Lama-lama okey la tu. Akak kena pandai pujuk mereka. Mana tahu, kalau akak selalu balik nanti, hati mereka akan lembut.”

“Entahla Fathi. Minggu lepas akak ada telefon ke rumah. Mak yang jawab. Teruk akak kena maki dengan mak. Mak masih tak setuju dengan tindakan akak ni. Tapi akak dah kahwin pun. Nak undur pun tak boleh. Dah ini keputusan akak! Akak tawakal aje la. Mudah-mudahan hati mak dan ayah akan sejuk nanti.

“Raya tak lama lagi, kak! Akak balik lah. Mana tahu mereka lembut hati dan setuju maafkan kesalahan akak.”

“Akak masih takut sebenarnya, Fathi!”

“Akak, kalau akak takut, sampai bila hubungan keluarga kita nak jadi begini? Takkan akak nak tunggu sampai mak dengan ayah menutup mata, baru akak nak datang menjenguk kami?”

“Fathi, jangan cakap begini!”

Aku mula hiba. Sedih hatiku. Kalau boleh, aku memang tak mahu jadi begini namun takdir sedang berjalan seperti yang dikehendaki-Nya. Perasaanku masih belum kuat lagi bagi menahan amarah mak dan ayah. Pujukanku melalui surat-surat dan panggilan telefon belum mampu menyejukkan hati orang tua itu.

“Begini lah, kak! Kalau akak rasa nak balik tu nanti, akak bagitau lah Fathi. InsyaAllah, Fathi akan cuba pujuk mak dan ayah lagi. Fathi… Fathi sebenarnya rindu sangat kat akak. Tak tahu la Fathi nak kata apa, kak! Fathi harapkan Fathi dapat jumpa akak lagi.. Fathi….”

“Apa Fathi cakap ni?? Jangan lah macam ni. InsyaAllah, bila tiba masanya, akak akan balik. Akak akan pulihkan semula hubungan keluarga kita.”

Fathi tersenyum di talian sebelah sana. Memang dia rindukan Kak Darmia nya. Fathi sedar sejak Kak Darmia pergi dari keluarga mereka, kesuraman itu telah menjengah masuk tanpa dipinta.

****

Kandunganku berusia lapan bulan. Kini aku menunggu hari untuk permata hatiku melihat dunia yang fana ini. Dunia yang telah meninggalkan kesengsaraan padaku.

Aku menangis mengingatkan kejadian petang tadi. Tak sangka
aku hampir-hampir bertembung dengan mereka di KLCC. Niatku untuk menikmati keseronokan hari minggu terbantut bila melihat wajah-wajah yang penuh ceria itu, aku pasti mereka sedang meniti rona-rona kebahagiaan. Aku??

Aku juga yang derita. Membawa satu lagi nyawa dalam perutku membuatkan aku berfikir dua kali. Patutkah aku meminta cerai dari Haziq sedangkan aku yang beria-ia untuk berkahwin dengannya dulu? Aku kecewakan perasaan kedua orang tuaku yang membantah perhubungan kami. Ah, betapa berdosanya aku!

Zaman moden sekarang, lelaki akan memilih perempuan yang bertudung, yang cantik manis dan paling paling penting, ada dara. Selain dari itu, mereka hanya jadikan perempuan ni tempat untuk berseronok saja. Aku…..??

Aku jadi mangsa keadaan. Sebab aku menolak cinta sang lelaki, mahkota ku jadi taruhan. Seandainya masa boleh berputar ke belakang, aku akan elakkan diri dari berjumpa dengan Haziq. Namun siapalah yang mampu menolak takdir kan?? Pertemuan aku dengan Haziq terjadi di dalam bas dalam perjalanan pulang ke kampung halamanku.

****

Haziq tersenyum sendiri di dalam bilik. Isterinya, Mastura dan Maria ke pasar membeli sedikit barang keperluan. Haziq teringat peristiwa yang lalu.

Esak tangis yang semakin mendayu-dayu itu langsung tidak menyuntik belas kasihan di hati Haziq. Baginya, dia puas dapat membuat perempuan itu serba salah dengan apa yang telah berlaku. Memang itu pun niat Haziq! Perempuan ini sangat keras hatinya. Begitu susah Haziq untuk menyakinkan yang cintanya hanya satu. Cinta Haziq adalah buat Darmia!

“Kau sangat kejam, Haziq! Sanggup kau aniaya aku sampai macam ni? Apa salah aku? Kau nak aku ulang berapa kali, hah?? Aku tak pernah cintakan kau! Tak pernah sedikit pun kasih sayang kau menyuntik di dalam jiwa aku. Takkan pernah! Kau tu suami orang! Mustahil aku nak rampas suami perempuan lain! Aku bukan perampas!!”

“Habis, kau nak aku buat macam mana?? Aku dah penat menagih cinta dari kau! Mulut aku ni pula tak pernah henti-henti ucap yang aku sayang dan cinta kan kau! Aku tak sanggup kehilangan kau! Aku nak kau jadi isteri aku! Kau yang sengaja buat tak layan kat aku.. Kau sengaja buat aku menderita dan terhegeh-hegeh nakkan kau!!”

“Habis, kau nak salahkan aku lah ni? Dah aku tak suka, kau tak boleh paksa aku. Kita baru berkawan, tak sampai setahun pun. Dalam tempoh ni juga, aku baru tahu yang aku berkawan dengan suami orang. Aku menyesal sangat kenal dengan kau.. ”

Haziq melihat nafas Darmia yang tidak teratur. Naik turun. Darmia memang marah sangat padanya.

“Sekarang, macam mana? Kau memang setan!! Kau dah ambil maruah aku! Kau rogol aku! Kau dah calarkan maruah aku yang tak dapat aku nak ganti sampai bila-bila! Aku nak berkahwin dengan siapa lepas ni??”

“Dengan aku lah! Kau ingat dengan keadaan kau yang tak suci tu, akan ada lelaki nak meminang kau? Kau jangan mimpi lah! Aku memang sengaja buat begini kat kau! Sebab aku memang nak kau jadi isteri aku.”

“Habis isteri kau tu macam mana? Kau nak cerai dia? Kau memang gila!”

“Huh, aku kahwin dengan dia bukan sebab aku cinta dengan dia!”

“Kau memang bodoh! Kau lelaki paling bodoh aku yang pernah aku jumpa. Isteri kau takkan hamil kalau bukan sebab kau cinta dia..”

“Kau diam, kalau kau tak tahu apa-apa!”

Itu peristiwa dua tahun lalu. Haziq senyum sinis lagi. Puas dia dapat mengenakan Darmia sebenarnya. Egonya yang melangit semakin kuat melihat penolakan Darmia. Cinta yang tiba-tiba berputik itu hanya bertepuk sebelah tangan.

Haziq tidak mampu menepis gelora cinta yang datang. Kelembutan Darmia dan manisnya senyuman gadis sunti itu menimbulkan rasa cinta di hati Haziq. Haziq bertekad, walau apapun yang datang, Darmia akan dimiliknya. Meskipun cara kasar!

****

“Abang, tolong saya, bang! Saya sakit sangat ni.. Arghh…!”

Aku menelefon Haziq bila aku mula rasakan sakit di bahagian pinggangku. Aku tak tahu kenapa jariku boleh tertekan nombor Haziq. Bukankah sudah lama kami tidak berhubung?

Sakit yang bergilir-gilir datang itu membuatkan aku merasakan nyawaku bagaikan tercabut. Tiada sesiapa di sini. Aku keseorangan. Bagaimana kalau aku bersalin sendirian nanti?

“Sakit apa pulak ni..? Abang ngantuk la.. Abang nak tidur ni..!” garau suara Haziq melayan panggilan telefonku. Aku mengerling jam yang terletak di meja solekku. 1.30 pagi!

“Abanggg.. tolonglah! Mia dah nak beranak ni!”

“Apa??? Beranak! Hahaha…”

Ketawa Haziq bergema di corong telefon. Aku betul betul sakit ni, tapi Haziq pula ketawa di sana. Ingat aku main-main ke?

“Kalau iye pun nak jumpa abang, nak lepaskan rindu tu, tak payahlah nak berlakon dengan abang! Berterus terang kan senang..”

“Abang, Mia sedang kandungkan anak abang. Kenapa pulak Mia nak berbohong? Lagipun, abang dah lama tak jumpa Mia, manalah abang tahu Mia ni dah hamil! Baby ni dah nak keluar! Tolonglah datang ke rumah segera, bang! Arghh…”

“Sudahlah, Mia! Masa abang jumpa Mia hari tu, abang tak nampak pun perut Mia membesar..” sindir Haziq.

“Kali terakhir abang jumpa Mia, lebih kurang enam bulan lepas! Badan Mia kan kecil, masa tu pun baru nak masuk tiga bulan, mana nak nampak! Abang nak datang ke tak ni..?”

“Tak!!!”

‘Tutttt…’

Aku merenung handphone. Geram! Handphone terus berkecai di dinding.

Darah terus mengalir ke kaki. Aku melihat cecair berwarna merah itu dengan hati yang berbalam. Kesedihan menggigit tangkai hati. Pandanganku mulai kelam. Aku mula merasakan badanku semakin lemah. Nak bangun pun dah tak larat.

“Ya Allah! Aku pasrah atas ketentuan-Mu.”

Selepas itu, aku tak tahu apa yang terjadi padaku.

****

Aku mengerling sebentar ke tubuh kecil yang berbalut dengan kain lampin putih itu. Lena sekali tidurnya. Aku tersenyum nipis. Seolah-olah segala penderitaanku lenyap dengan kehadiran amanah Allah ini. Wajah yang suci itu aku tatap.

Alhamdullillah, syukur pada Tuhan kerana menyelamatkan nyawaku dan anak itu. Dia mengirimkan seorang hamba Nya untuk membantu insan yang tidak berdaya ini.

Cikgu Najmi!

Aku tidak tahu bagaimana dan kenapa Cikgu Najmi boleh bertandang ke rumahku malam itu. Katanya, dia telah mengetuk pintu rumah banyak kali tetapi aku tidak menyahut dari dalam. Bimbang sesuatu yang buruk terjadi memandang aku sudah sarat, dia terus merempuh pintu itu. Dia terkejut melihat aku terbaring di atas lantai di rumahku dengan darah pekat yang mengalir. Tanpa berfikir panjang terus aku dibawa ke hospital.

Mungkin takdir menghendaki nafasku terus berhembus di muka bumi ini, aku berjaya diselamatkan. Nasibku juga baik kerana bayiku tidak dibiarkan terlalu lama di dalam perut, terus aku dibawa ke bilik pembedahan.

Aku terkedu sebaik Cikgu Najmi selesai mengazankan bayi lelakiku. Air mata sudah lama bertakung dan akhirnya aku biarkan juga ia jatuh. Keliru bercampur dengan sedih. Sepatutnya Haziq yang mengazankan bayi ini. Sebagai seorang suami, patutkah Haziq membiarkan aku terkapai sendirian menanggung derita yang tidak kutahu bila penghujungnya? Pada siapakah aku patut mengadu sedangkan ahli keluarga sendiri menghumbankan aku jauh dari hidup mereka?

Aku merenung bayi lelaki yang belum kuberikan nama ini. Cikgu Najmi yang ada di sisi melirikku dengan rasa simpati. Aku membuat keputusan. Andai aku bisa terbang jauh dari derita ini, akanku titipkan jasad dan rohku ke situ. Ya, akan kubuang jauh-jauh derita ini. Bersama si kecil ini, aku akan mulakan kehidupan baruku.

Baby, kita hanya berdua di dunia ini. Kiranya suatu hari baby bertemu abah, bisakah baby bertanya kenapa abah membuat mama begini? Kenapa abah membuat air mata mama luruh sebegini? Kenapa bila seorang wanita itu bergelar isteri kedua, wanita itu tidak boleh mengecapi bahagianya sendiri..?’

*tamat*

Kenapa mesti ada 'BERSIH'??

Hai, everyone..! Wahh.. rasanya dah lama aku tak berblogger.. E-Novel pun dok terperam aje.. Haha.. Citer dah siap cuma selalu lupa nak edit. Tak lama lagi aku nak post e-novel baru lak..! Tajuknya 'KEDUA'... Tapi sebelum tu, aku akan dulukan karya ni ke penulisan2u untuk tatapan korang tapi dalam bentuk cerpen la.. Then nanti aku akan panjangkan dalam versi novel di blog aku ni.

Hmm... ari ni nak citer.. pasal BERSIH.. Hebat betul penangan Dr Ambiga tu kann?? Aku nak pergi keje ke Bangi pun tadi jalan jem teruk! Then nasib baik keje aku ni memerlukan aku pergi ke site.. So tau lah sikit jalan-jalan sekitar Kajang dan Bangi ni. So.. untuk elakkan jem, aku ikut lah Sg Chua tadi..

Nasib kat Sg Chua tak jem teruk macam kat Silk Highway tu.. Kalau tak penat la kaki ni menekan clutch dan pedal minyak tu. Sure ramai orang dok menyumpah-nyumpah mereka yang buat perhimpunan BERSIH ni. Sebenarnya kalau diikutkan mereka boleh buat perhimpunan atau meluahkan apa yang mereka tak puas hati secara berhemah!

Apa guna ada media kan?? Kenapa tak salurkan kat situ..? Kan boleh buat secara aman..? Hairan betullah.. Akal digunakan untuk melakukan sesuatu yang bijak. Yang tak menyusahkan orang lain tapi sekarang dengan roadblocknya, dengan jem nya, dengan semua jalan menuju kl ditutup. Mm.. nampaknya semua orang tak boleh keluar rumah. Tak boleh dating, tak boleh nak jalan-jalan. Aku harap masa balik nanti, boleh lah aku balik rumah dengan aman.

Aku harap semua ni akan berakhir dengan baik. Tak mahu lah dengar ada orang cedera atau apa-apa yang buruk. Tak sanggup nak dengar yang Malaysia ni dah tak aman lagi. Kasihan datuk nenek moyang kita dulu bersusah payah mendapatkan kemerdekaan buat negara kita ni. Patutnya kita kena hargainya kan..?

Ok la..nak sambung kerja dah! Korang tunggu la je karya aku, ok???


MOod MalaS Dah DAtang!

Aduiyaaa..... kenapala mood ni selalu dtg..?
MALAS! MALAS! MALAS!
Sejak kawen ni... memang dh mula rasa malas nak update blog..lagi2
update e-novel yg selalu tertangguh tu.. ilham dh ade yg dtg tapi selalu tolak ke tepi..kesian kat ilham tu.. huhu..

INGAT! AWAK TU DAH ADE ANAK.. X LEH LA SELALU WAT MCM MASE MUDE2 DULU!...
Ahhh... asal pandai bahagi masa..mst blh buat kan..?
Tu la..betul kata orang bila status dh upgrade, life dh btukar.. suami dan anak akan jatuh di tempat pertama.. mereka ni yg selalu kt sbg isteri kena dahulukan.
Tak kira la baru penat balik keje, ambik anak dr rumah nenek sedaranya..tanya suami dulu dh mkn ke belum..klu penat sgt, mmg akan bungkus dr luar..klu stil ade tenaga lagi, masak ler.. mm.. nasib baik dpt suami yg memahami. THANKS ABANG SEBAB MEMAHAMI SAYANG!!

Sejak kena transfer ke bangi ni.. mmg aku selalu balik lambat..klu ikutkan, suami mana yg x marah bile isteri balik lewat..tapi cik abangku..x pernah nak marah..janji before nak balik ke rumah atau pergi site after working hour, kena cal bgtau dulu.. iyela..pompuan keluar malam,kan bahaya!

Kadang2 terfikir gak rasa nak berhenti keje..Ari tu aku update status kt facebook cakap nak berhenti keje, terus kecoh satu ofis. bos smpi cal..tp aku x angkat..entahla..malas rasanya. bukan bhenti sebab apa.. aku terkilan dgn dua org ceallogue aku ni.. x terfikir nk jaga kebajikan staff ke..? dh keje time org lain dpt public holiday, x kan x leh replace kot..? ni yg aku bengang sgt.. gaji x byr triple..pas tu bila mintk cuti gantikan semula cuti 2 ari tu, ckp tolak dr annual leave.. keje penat.. tp x bagi keistimewaan langsung..

2 ari lepas kes tu.. dtg jumpe bos..aku ckp ape yg aku x puas hati.iyela..ingt sng ke org melayu nk keje lama2 kat company org cina..aku dh keje lama tp setakat ke hari ni x penah aku berkira soal gaji nak naik ke atau benda lain..dan aku x mcm org lain pun yg asyik mintk naikkan gaji..bagi cuti lebih sikit kat staff lama.aku bkn jenis mulut bising.malas nk kecoh..ceallogue2 yg lain dh start pujuk supaya aku tak resign.. huhu..syg gak mereka kat aku.. (iye ke sayang??)

ahh..sekarang dh okey balik..bos pun blh bertimbang rasa.. skrg time aku masuk keje kul 10.. Alhamdulillah..dpt gak kelonggaran dr segi masa..sng nak urus anak yg semakin lasak n degil tu..

Tengok la nnt, klu ade masa aku akn masukkan e novel tu..dok peram lama2 kang, busuk la.. haha.. k la... adioss....!!

Dah Tak Nangis Dah 4

"Aku harap apa yang kau buat ni tak mendatangkan masalah kepada sesiapa..”

“Memanglah!”

“Tapi kalau kau hentikan rancangan kau tadi, rasanya lagi bagus kot!”

“Habis?? Dia yang membuatkan aku menderita begini, kau rasa dia tak bersalah??”

“Penderitaan kau ni sebab perbuatan kau yang bodoh tu…! Akal kau terlalu pendek! Sikap kau yang kebudak-budakkan tu mencerminkan peribadi kau yang terlalu murah di mata lelaki. Kau harus sedar hakikat ini! Kau sendiri yang mengundang derita tu..”

“Ahhh… persetankan semua tu! Memang dia yang patut dipersalahkan. Kalau bukan sebab perempuan tu, dah lama aku bahagia dengan Fendi. Apa istimewanya perempuan kalau nak dibandingkan dengan aku..?”

“Kau nak aku cakap jujur ke?”

Marina menganggukkan kepala.

“Kau tu bodoh!!!”

“Apa????”

“Lagipun dah itu jodoh mereka, kau kena redha!”

*******************

Aku hanya memandang penuh curiga kelakuan Fendi. Baru sebentar tadi Fendi balik dari pejabatnya. Tidak berbekas pun rasa bersalah terlihat di raut wajahnya yang tampan itu. Dan harus kuakui wajahnya itu pastinya menjadi kegilaan ramai suatu masa dulu. Mustahil semasa kami belum bergelar suami isteri, Fendi tidak mempunyai kekasih.

Mesej yang kubaca malam tadi tentu dari bekas kekasihnya. Kalau boleh aku cuba untuk menepis rasa cemburu yang bersarang dari hati. Tapi apakan daya, aku hanya insan yang lemah. Huhu…

“Abang dah makan??”

Persoalan aku mati di situ. Wajah masam Fendi aku pandang. Ah, kenapa dengan suamiku hari ni??

“Abang…”

“Abang penat la.. Jangan ganggu abang, boleh tak??” sedikit keras suara itu dilontarkan.

Aku hanya terdiam. Tak sangka Fendi meninggikan suara padaku sebentar tadi. Aiyaa… apa pasal ni..? Salah aku ke sebab nak ambil berat pasal dia..?

“Abang ade masalah kat ofis ni..? Cuba la cerita kan sayang. Mungkin sayang boleh bantu abang..” Aku kendurkan suara dan berlembut dengan Fendi. Mungkin hatinya akan sejuk. Mana tahu kalau dia boleh kongsikan masalah yang memberatkan fikirannya itu.

“Berapa kali abang nak bagitau kat sayang?? Jangan ganggu abang sekarang..”

“Sampai hati abang!! Kenapa nak tengking sayang ni? Mesti sebab pompuan tu kan?”

“Pompuan??”

“Ye la.. Kekasih lama abang dah contact abang balik kan?? Dok rayu-rayu. Main pujuk-pujuk. Sekarang hati abang dah berbelah bagi kan..?”

“Ape benda la yang sayang merepek ni..? Sudah lah, anak dah nangis tu. Pergi pujuk dia..”

Aku hentakkan kaki ke lantai. Tanda protes sebenarnya. Apa salahnya kalau Fendi bagitau aku hal sebenarnya.? Tak salah kalau berkongsi masalah. Alasan anak menangis aku rasa macam tak logic je.. Sebab aku tak mendengar pun tangisan anak kami. Atau sememangnya lelaki ni ego terlampau? Sengaja tak mahu beritahu apa yang bersarang di kepalanya.

Huh!! Entah apasal la… hatiku ni panas sangat! Seolah-olah disiram dengan api. Hatiku dah meronta-ronta minta penjelasan dengan Fendi. Melihat ketegangan di wajah Fendi membantutkan usahaku. Tak pasal-pasal je nanti, perang mulut tercetus antara kami. Kalau Fendi jadi api, aku kena jadi air nya.. Mmmm…

*****************

Fendi berada di bilik bacaan. Sambil tangannya memegang handphone, dia mengeluh.

Perempuan ni memang leceh! Desis hati kecil Fendi..

Dah aku reject pun, masih terhegeh-hegeh nak kan aku. Aku dah kata aku dah kahwin pun masih berminat nak meraih cinta lama itu. Ke rela nak hidup bermadu???

Upss.. Kalau lah Shima tau niat aku ni, mampus dijeritnya. Bergegar je rumah ni nanti. Tadi pun dah hentak kaki. Marah sangat! Aku tak pernah lihat Shima marah betul-betul! Macam mana agaknya kalau dia marah?

Huh, nak ke aku buat pasal kali ni? Sengaja nak membakar jerami di tengah sawah dan membiarkan apinya marak di bendang hati Shima tu. Perghh.. Kalau la Shima tahu aku ada niat macam ni….? Mm.. tak tahu lah aku nak kata apa??

Marina pun satu. Bukannya dia tak tahu aku dah beristeri. Atau dia sengaja mahu cari nahas? Mahu memporak perandakan mahligai yang aku bina ini. Arghh.. tension aku dibuatnya.

Selamat Kembali Dunia Blogger!

Hai.. maaflah, dah lama saya tak berblogger di sini..
Agaknya dah bersawang pun blog saya ni.
Rindu lak rasanya nak menyambung e novel saya yg rasanya dah
lama sangat saya tak tulis. Entah-entah idea ni pun dah berkarat..
Huhu.. harapnya saya dapat kumpulkan kembali idea2 utk e novel saya..
"Welcome bidadari cinta!!!!"

Kesian kat saya...

Bila lah saya nak punya masa free untuk tulis e-novel yg asyik tertangguh ni..?
Tentu korang ternanti-nanti n3 yg terbaru kan..?
Sejak baby dh ada ni, banyak sgt kerja kena buat sampai x sempat nak singgah blog sendiri..
Balik keje aje..dah ada job menanti di rumah..mana nak jaga baby, basuh kain la..n macam2 lagi..
huhu..penatnya...!

Dah Tak Nangis Dah 3

Pinggang yang sakit tak dapat aku nak kata apa. Seolah-olah ia mencengkam kedua-dua belah. Sakit yang berulang-ulang mengingatkan aku tentang kata-kata ibu semalam,

“Tanda-tanda orang yang nak bersalin ni, biasanya kalau ikut pengalaman ibu lah, kita akan sakit kat pinggang. Mula-mula tu sekejap. Lama-lama makin keraplah. Itu maknanya baby dah nak melihat dunia ni..”

Ya, masaku sudah tiba barangkali. Aku akan diberi rasa sakit yang dikurniakan Tuhan buat semua wanita yang mengandungkan bakal umatNya. Sewaktu mengandung, aku dapat rasakan pergerakan baby di dalam perut. Betapa aku gembira kerana perasaan itu terlalu sukar untuk aku ucapkan. Juga kerana ada nyawa lain sedang menghuni perutku.

Peluh mula keluar dari dahiku. Sakit yang teramat itu membuatkan aku mula menjerit-jerit memanggil Fendi. Tercungap-cungap Fendi yang ketika itu menonton TV bersama ibubapaku mendapatkan aku di dalam bilik kami. Di belakang Fendi, aku terlihat wajah kerisauan ibu dan ayah.

“Sayang, kenapa ni? Dah nak bersalin ye..? Jom….!” Fendi cuba menarikku. Lenganku ditarik ke bahunya.

"Fendi, sabarlah sikit! Jangan gopoh sangat!" ibu memberi amaran saat melihat kekalutan Fendi.

Pasti ibu tahu saat untukku melahirkan bayi dalam kandungan ini sudah tiba. Segera ibu mengangkat beg yang berisi pakaianku dan bayi di sisi katil. Memang beg itu sudah tersedia beberapa hari lalu.

Ibu meminta Fendi memapahku dengan segera lalu kami masuk ke dalam kereta. Sewaktu Fendi memapahku, aku sedar kain batik yang kupakai sudah basah lencun dengan air ketuban yang telah pecah tadi.

“Abanggg.. Kain.. Arghh.. Kain dah basah..”

“Ye, sayang. Abang tahu. Sabarlah ye.. Kejap lagi kita sampai kat hospital, ok?”

Aku angguk kepala. Ya Allah, minta-minta bayi dalam kandungan ini selamat!

Desis hatiku berdoa. Aku sedar terpapar wajah bimbang di raut muka suamiku.

“Fendi, hati-hati bawak Shima tu. Benda lain pula yang jadi nanti..” pesan ayah.

Fendi memang kalut. Aku tahu Fendi juga tidak sabar melihat bayi kami lahir ke dunia. Wajah Fendi yang panik itu hampir mengundang ketawaku namun aku simpan di dalam hati. Hilang ketampanannya di sebalik muka panik itu. Tambahan pula, ini anak pertama kami. Sudah tentu kami mahu semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.

Ayah memandu kereta dengan berhati-hati. Ibu yang berada di kerusi hadapan sekejap-sekejap bertanyakan keadaanku. Akhirnya perjalanan 15 minit itu berakhir apabila kereta sudah memasuki perkarangan hospital. Tiba-tiba pula rasa takut menyelubungi diriku. Sempatkah aku melihat bayi kami ini nanti??? Arghh.. entah kenapa perasaan kurang enak pula yang aku fikirkan..

******

“Ish..ish..! Comeinya anak papa ni kan..? Tengok baby ni, sayang. Ikut muka abang kan..? Besar nanti mesti handsome anak papa ni..”

Aku menjeling tajam. Tak habis-habis nak promote kononnya dia tu handsome. Huh, perasan betul laki aku ni! Aku rasa bengkak hatiku ni dah makin menjadi-jadi. Maklumlah, Fendi dah dapat geng dia. Aku juga yang sendiri. Kasihan kat aku.. Huhu…

Alhamdullillah.. Akhirnya aku selamat juga melahirkan bayi ini. Setelah bertarung nyawa hampir 2 jam, bayi yang diberi nama Hanif Mikail menjengah ke dunia. Sudah seminggu juga aku keluar dari hospital. Nasib baik aku jadi penghuni hospital tu hanya dalam sehari. Aku pernah dengar ada ibu-ibu bersalin yang duduk di hospital sampai seminggu. Agaknya itu ibu yang bersalin secara ‘operation’.

Sekarang ni, aku sedang berpantang di rumah dengan dibantu oleh ibu dan ayah. Keluarga mertuaku sudah datang melawatku semalam. Ada juga ayah mengajak mereka bermalam di rumah tetapi mereka menolaknya kerana ada urusan yang perlu diuruskan.

Aku tahu papa Fendi memang sibuk. Syarikat keluarga Fendi memang besar. Teringin jugak aku bekerja di sana tetapi akan jemukah aku bila setiap hari bertemu Fendi walhal di rumah kami seringkali ‘bertengkar’?

“Anak papa! Kenapa berkerut je muka ni..? Mesti berak ni kan..? Nah, sayang..” Fendi menghulurkan baby kami.

“Aik?? Kata anak papa tadi kan? Papanya lah yang kena uruskan…” sempat aku memerli.

“Busuk la, sayang!”

Fendi menutup hidung dengan jarinya. Nampak sangat Fendi tak boleh jadi papa mithali ni. Nak uruskan berak anak pun aku yang kena buat. Padahal dia yang main hari-hari dengan anak kecil itu.

Ibu yang mendengar rengekan anak kecil kami segera datang. Lantas aku beritahu baby sudah buang air besar. Dengan keadaan aku yang masih lemah, ibu tahu aku masih belum mampu membersihkan berak anakku sendiri. Malah ibu tidak membenarkan aku untuk menguruskan anakku itu. Ibu kata aku harus sembuh dengan cepat dan baik jadi aku tidak perlu bersusah payah membuat itu dan ini.

Aku bersyukur sangat ibu dan ayah sanggup membantuku semasa aku berpantang ni. Tak terbalas jasa ibu dan ayah. Teringat aku ketika membaca berita yang terpapar dalam akhbar. Anak sanggup hantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua, membiarkan mereka kelaparan di jalan dan ada juga anak yang sanggup menendang ibu bapa sendiri. Nauzubillah! Memang anak derhaka sungguh!

“Ibu, ayah dengan dah pergi mana? Sunyi je..”

Pertanyaan ku singgah di cuping telinga ibu. Ya, tiba-tiba baru aku perasan rasa sepi yang melanda di rumah kami. Yang kedengaran hanya rengekan manja permata hatiku itu.

“Entahlah, agaknya di bawah kot.. Mungkin tengah tengok tv..” balas ibu.

Aku terdiam. Saat itu aku dengar bunyi mesej masuk dari handphone Fendi. Dengan teragak-agak, aku mencapai handphone Fendi yang berada di meja lampu tepi katil kami. Entah mengapa, jariku terketar-ketar saat membuka mesej itu dan membacanya. Jantungku berdegup kencang.

‘Sayang??’

Siapa ni??

**********

“Macam mana?”

“Dah beres! Aku akan pastikan hidup dia hancur! Seperti mana dia hancurkan hidup orang yang aku sayang..”

“Kau tak rasa ke yang kau sedang buat hidup orang lain merana?”

“Ada aku peduli ke? Itu balasan buat dia. Jangan ingat sesenang aje dia buat hidup orang lain derita sebab harapan yang dia pernah bagi. Separuh mati sekalipun, aku takkan lupa apa yang dia buat tu..”

Gelengan kepala si perempuan itu dipandang sepi. Ah, peduli apa! Janji dendam berbalas. Dua wanita itu beredar dari kafe setelah membayar harga minuman mereka. Jam yang menunjukkan angka 6 petang itu mendesak mereka untuk segera pulang tambahan langit pula seakan mendung sebagai petanda rahmat Tuhan bakal kunjung mencurah ke bumi ini.

*********

Melayang sekejap ingatanku saat aku kandungkan Hanif Mikail beberapa bulan dahulu. Masih terbayang bagaimana keadaan perutku yang mem’belon’ dulu.

‘Belon’??

Hahaha.. Aku ketawa sendiri bila teringatkan bagaimana gelagat si Fendi menggelarkan aku mak belon. Ketawa senang hatinya masih terbayang di fikiranku. Betapa Fendi memanjakan aku disaat kehamilan itu. Gurauan yang pada mula menyakitkan hatiku namun aku terima dengan kerelaan hati kerana sudah mengerti akan sikap Fendi yang suka membuli itu.

Fendi yang kukenal dari kecil tidak akan berubah kenakalannya. Aku sedar tentang itu dan aku bahagia berada di sampingnya saat ini. Biarpun aku tahu jodoh itu berada di tangan Tuhan, pasti akan ada dugaan yang mendatang menimpa di dalam alam rumahtangga kami.

Itu lah perasaan yang kurasakan kini. Mesej yang kubaca malam tadi masih terbayang-bayang di mata. Gelaran 'sayang' itu telah merobek hatiku. Tak ku sangka dalam diam, Fendi mempunyai niat untuk berlaku curang dibelakangku. Dalam ketidaktahuanku, Fendi bermain mata dengan wanita lain. Tidak tahukah wanita itu Fendi telah beristeri? Apakah rasa sayang dan cinta yang selama ini ditunjukkan padaku sekadar topeng untuk menyembunyikan kecurangan dia??

Bingung rasanya memikirkan ini semua. Tak terdaya rasanya aku untuk menghadapi waktu ini di saat aku sepatutnya gembira dengan kehadiran cahaya mata yang didambakan. Apakah anak sekecil itu bakal kehilangan papanya suatu hari nanti. Mampukah aku untuk hadapi semua ini??

Malasnye la...

Huhu..mood nak sambung dua citer yg tengah terkandas mmg dh hilang skrg..
Lagi2 due next month ni, lagi la malas...
Buat semua pembaca 'Secarik kasih Di Hujung Nyawa' dan 'Dah Tak Nangis Dah tu',
sori sesangat ye.. nnt dh bila free, sy sambung ok???
Miss u guys!!!

Secarik Kasih Di Hujung Nyawa 12

Cikgu Syafik menyelongkar isi-isi kotak yang tidak tersusun itu. Bukan main banyak lagi 'warkah' tidak rasmi yang berjaya di ambil semasa 'spotcheck' tergempar yang dibuat semalam bersama guru displin, Cikgu Nordin. Dengan warna yang bermacam-macam serta bau wangi yang semerbak itu mengundang gelak sinis di hatinya.


'Hai... entah berapa kilo bedak agaknya ditaburkan pelajar-pelajar yang kemaruk sangat nak bercinta ni.' Hati Cikgu Syafik mengomel.


Entah apa sebabnya tiba-tiba sahaja Cikgu Nordin memberitahunya mahu membuat 'spotcheck' mengejutkan itu. Angin tidak, ribut pun tidak. Alih-alih semalam, bersama sepuluh orang pengawas sekolah Tingkatan 5, mereka meronda dari satu kelas ke satu kelas. Kebetulan waktu itu, ada mesyuarat diadakan melibatkan pengetua dan beberapa guru lain. Jadi, Cikgu Nordin mengambil kesempatan itu untuk menjalankan tugas yang sudah agak lama tidak dilakukannya itu.


Kesemua kelas dironda oleh mereka semalam. Tugas dibahagikan sama rata agar kerja berakhir dengan segera. Barang-barang yang sememangnya dilarang untuk dibawa ke sekolah seperti handphone, barang kemas, rokok, dan lain-lain dirampas. Habis diselongkar beg semua pelajar. Barang rampasan yang paling banyak ialah 'surat cinta'.


Kepala Cikgu Nordin tergeleng-geleng melihat anak buahnya menunjukkan surat cinta yang dirampasnya itu. Bukan main banyak lagi. Agaknya inilah salah satu punca kegagalan sesetengah pelajar dalam peperiksaan. Umur baru setahun jagung dah pandai bermain dengan perasaan.


"Hoii... syok membaca nampaknya!" sergah satu suara dari belakang.

Cikgu Syafik mengurut dadanya kerana terperanjat. Ditoleh ke belakang. Kelihatan Cikgu Naim tersengih-sengih sambil mengangkat keningnya. Buang tabiat lah tu..

"Tengah test nak tulis surat cinta sendiri ke? Hai cikgu, takkan nak belajar dari anak murid kot..?" perli Cikgu Naim.

"Kali ni, perempuan malang mana agaknya dapat surat dari Cikgu ni..?" sambung Cikgu Naim lagi. Memang itu sifat Cikgu Naim. Suka sangat memerli Cikgu Syafik yang bujang terlajak itu.

"Cikgu ni kalau tak menyindir saya dalam sehari, tak boleh ke? Macam lah takde kerja lain nak buat? Tu.. kertas ujian minggu lepas dah bertanda ke?" balas Cikgu Syafik mematahkan keangkuhan Cikgu Naim. Benci melihat senyuman Cikgu Naim.

Surat dalam sampul surat berwarna merah jambu itu diletakkan semula dalam kotak. Esok kotak itu akan diserahkan kepada Cikgu Nordin. Barangkali pelajar yang terlibat juga akan dipanggil.

"Huh..!!"

Cikgu Naik merungut. Lalu beredar dari situ.


Cikgu Syafik menarik buku laporan dari susunan buku yang bertimbun di depannya. Dibelek-belek jadual untuk hari esok. Sambil menanda sesuatu di dalam buku itu, ingatannya melayang melukis satu wajah di mata. Wajah yang ayu dan lembut itu seakan menggamitnya untuk merindui si dia. Seakan-akan memanggil namanya untuk dia terus menghampirinya angan-angan yang belum tentu akan tercapai.

Kalau lah bisa dia menulis suatu warkah bernada kasih sayang, apakah barangkali si dia sudi menyambut lalu bersama-sama berikrar untuk sehidup semati di bumi indah ciptaan Tuhan ini?

Mengingati saat-saat suara penuh sindiran Cikgu Naim tadi mematahkan terus mimpinya. Terasa kerdil dia mahu berdamping dengan si dia yang telah membuatnya mabuk kepayang hingga ke saat ini. Terkenang semula pertemuan yang tidak disengajakan itu. Wajah menahan rasa malu itu terasa sangat comel di pandangan matanya. Merah pipi si dia membuatkan dia tidak jadi untuk marah.

Walaupun memang kesalahan si gadis namun mana mungkin dia mahu menghamburkan rasa marah itu kepada si dia. Si dia yang selama ini dinantikan untuk satu pertemuan. Dan hari itu pertemuan yang sepatutnya di taman bunga beralih ke tandas guru. Ah malunya! Kalaulah dia mencanangkan kepada teman pertemuan pertama dengan buah hati di tandas, pasti ketawa yang hinggap di telinga.

Buah hati?? Kalau lah ia boleh direalisasikan...

"Kringggggg!!!"

Cikgu Syafik pantas mengurut dada. Ish, buat terkejut orang saja!, desis hati Cikgu Syafik.

Bilik guru yang tadinya sunyi sepi, riuh dengan suara guru-guru yang baru saja selesai mengajar. Masing-masing sibuk bercerita tentang aktiviti hari esok. Maklum sajalah, esok hari Sabtu. Sudah tentu banyak rencana mereka. Cikgu Syafik juga yang keseorangan. Kalaulah dia mempunyai kekasih, sudah lama diajaknya ber'dating' esok.

Cikgu Syafik menggaru kepala yang tidak gatal itu.

"Hai, cikgu! Fikir masalah ke?" tegur Cikgu Durriyah yang kebetulan baru sampai. Buku latihan yang dibawa diletakkan atas meja. Tersenyum Cikgu Durriyah melihat telatah kebudak-budakan Cikgu Syafik.


"Fikir masalah negara ke? Tak payahlah susah-susah, cikgu! PM kan ada. Biarlah dia kerah menteri-menteri dia yang fikir.."


Usikan Cikgu Durriyah menerbitkan senyuman di bibir Cikgu Syafik. Mm.. ada chance ni..

"Mmm..cikgu! Esok cikgu buat apa ye..?" tanya Cikgu Syafik.

"Kenapa, cikgu? Nak ajak saya jalan-jalan ke?"

"Kalau takde masalah....."

"Tu yang masalahnya, cikgu!"

"Kenapa?"

"Rasanya nak juga la saya ni merasa naik kereta Gen-2 cikgu tu tapi kan... tunang saya nak campak kat mana..?"


"Longkang kan banyak..!"


"Amboi, perli nampak!

"Hehe... maaf lah, cikgu! Saya bergurau saja. Dah tentu tunang cikgu tak bagi kita keluar berdua, jadi... mmm... apa kata kalau cikgu ajak sekali kawan baik cikgu tu?"

"Cikgu Safira?"

Cikgu Syafik menganggukkan kepala.

"Ala.. cikgu ni. Ada udang di sebalik mee ke?? Sebenarnya cikgu nak ajak Cikgu Safira keluar kan..? Tapi saja nak guna saya jadi orang tengah, betul tak?"

Tekaan Cikgu Durriyah mengundang senyum di hati Cikgu Syafik. Rasa kelakar pula bila ada yang mengetahui niat sebenar di hatinya. Memang pun, Cikgu Syafik dah lama terfikir-fikir akan idea untuk mengajak guru muda itu untuk keluar dengannnya namun rasa malu yang menghimpit membatalkan niatnya.



"Cikgu Safira nak ke keluar dengan saya ni? Maklumlah, apa lah sangat yang ada pada saya ni.."



"Eh, nak malu apanya? Bukannya cikgu takde hidung ke, takde mata ke, bisu ke.. Semuanya sempurna.. Cubalah cikgu ajak Cikgu Safira tu. Manalah tau, kalau dia pun sudi, kannn..??"


Cikgu Syafik tersenyum lagi.



























































































Secarik Kasih Di Hujung Nafas 11

“Apa??? Kahwin??”

“Ya.. Kahwin! Sekurang-kurangnya sengketa antara kau dan adik-adik kau boleh diselesaikan..”

“Kenapa kau boleh terfikir kahwin adalah satu-satunya cara untuk selesaikan masalah aku? Aku belum terfikir nak kahwin lagi buat masa sekarang ni. Kisah lama pun masih menghantui aku lagi. Benda macam ni akan bebankan aku nanti. Entah-entah, masalah aku makin kusut..”

Tiba-tiba bayangan suram Safira menjelma kembali di wajahnya. Kisah lampau seolah-olah terpapar di layar matanya. Tak ubah seperti drama. Satu persatu bermain di sinar matanya.

“Mengelamun lagi? Kau masih sendiri hingga kini. Arwah Fahmi dah lama pergi, Safira. Tak guna nak ingat lagi. Kita yang masih bernyawa ni kena teruskan hidup. Percayalah, mana tahu dengan adanya lelaki di dalam keluarga kau, adik-adik kau boleh dinasihati untuk menerima kau. Mana tahu lelaki itu akan menyatukan keluarga kau kembali.. Lagipun kau bukannya muda lagi. Umur begini memang layak untuk berumahtangga..”

Kata-kata Cikgu Durriyah menyapa lembut di telinganya. Otaknya mula mencerna kata yang berupa nasihat itu. Bila difikirkan, ada benarnya juga. Mana tahu, andai suatu hari nanti, semua adiknya akan menerima dia kembali dalam keluarga yang telah ditinggalkan itu. Tak salah andainya mencuba namun siapakah lelaki yang bakal mengetuk pintu hatinya itu?

*******
Safira membuka buku laporan di depannya. Pen biru dicapai dari bekasnya dan mula menari di catatan putih itu. Sudah 3 kelas yang dimasukinya hari ini. Sekejap lagi satu kelas lagi akan dicurahkan ilmu didik yang ada di dada. Masa terakhir persekolahan sekejap lagi dan itu kelas terakhirnya untuk hari ini.
Satu keluhan dilepaskan. Bila memikirkan gelagat dan kenakalan para pelajar di kelas yang akan diajarinya sebentar nanti, bibir Safira mengeluh lemah. Tidak tahu bagaimana dan apakah yang harus dilakukan supaya pelajar di kelas itu menyukai subjek yang diajar. Pengetua Sekolah Menengah Seri Andalas juga pernah memberitahu peratus kelulusan subjek Matematik di kelas itu memang merundum. Pelajarnya tidak meminati subjek itu. Sesuatu perlu dilakukan agar minat boleh ditanam di dalam diri setiap pelajar di kelas itu.

Safira mula mengemas peralatannya sebaik sahaja kedengaran loceng dibunyikan. Gilirannya mengajar sudah tiba. Langkah dihayun menuju ke tempatnya. Dari jauh telinganya sudah menangkap bunyi bising dari kelas di hujung koridor bangunan sekolah Blok B itu.

Baru saja kaki Safira mahu melangkah ke dalam kelas, satu roket kertas buatan tangan hinggap di kepalanya. Semua pelajar yang bising tadi diam menikus. Terdiam melihat wajah Safira yang sedikit merah.

“Siapa punya roket ni, hah??” suara garang Safira mula keluar. Safira mengambil roket yang mendarat di atas kepalanya itu.

Semua pelajar bergerak ke tempat masing-masing. Tidak pernah lagi mereka mendengar suara tengkingan yang begitu kuat dari guru perempuan itu. Walaupun Safira dikenali sebagai guru yang tegas namun entah kenapa terasa berlainan pula hari ini. Tiba-tiba saja datang angin puting beliung. Kecut juga perut dibuatnya.

Mata Safira meliar memandang sekeliling kelas itu. Semua pelajar menundukkan kepala ke lantai namun matanya terhenti di wajah seorang pelajar lelaki. Mulutnya yang berbentuk ‘0’ itu sedang bersiul tanpa wujud rasa bersalah.

Safira sudah dapat mengagak mesti kejadian tadi berpunca dari pelajar nakal itu. Kenakalan yang tiada tandingannya. Kedegilan yang tidak tahu bagaimana untuk dilunturkan. Kalau baju boleh juga dilunturkan dengan Clorox tapi mengahdapi kerenah pelajar nan seorang ini, haiiii...

“Naufal! Berdiri di luar sekarang sampai habis kelas ni..” arah Safira.

“Hish!!” satu keluhan bersama hentakan kaki kedengaran dari mulut Naufal. Sorotan matanya yang tajam seakan memberi amaran kepada guru muda di depan kelas itu. Safira tidak takut dengan pandangan mata itu.

“Kalaulah aku boleh tukar laluan matahari yang tengah mengelilingi dunia ni, dah lama agaknya Cikgu Safira ni rentung! Perasan bagus saja…! Menyampah betul!!..” Dalam kakinya melangkah menuju ke luar kelas, sempat lagi Naufal merungut.

“Apa yang rentung tu, Naufal?” tegur Safira. Bukannnya Safira tidak mendengar rungutan halus dari bibir pelajar itu. Entah apa-apa yang dibebelnya. Agaknya kalau memang betul si Naufal tu ada kuasa ghaib dah lama sekolah ni hilang bumbungnya.

“Betul-betul telinga gajah cikgu ni..” rungut Naufal lagi lalu tanpa sekelumit perasaan, kakinya sudah memijak lantai di luar kelas.

‘Bikin malu betul la. Jatuh saham aku kena berdiri di luar kelas ni.’

Hati Naufal berkata sendiri. Sekejap lagi pasti ada pelajar-pelajar yang melewati kelasnya. Buatnya pelajar junior perempuan yang lalu, macam mana? Muka handsome kalau kena berdiri kat luar ni, memang merundum sahamnya.

Safira menggelengkan kepala melihat telatah Naufal. Kenapalah pelajar itu sangat nakal? Suka sangat mengusik dia. Setiap hari Safira sedar dirinya menjadi bahan usikan dan gurauan kenakalan Naufal. Mungkin mereka ni sengaja hendak menaikkan suhu panas kemarahan guru-guru di situ. Memang guru sebelum ni pun pernah kena juga. Sebab ramai guru yang tak tahan untuk terus mengajar di kelas itu lalu meminta pengetua menukarkan mereka ke kelas lain. Mampukah Safira bertahan di situ sekurang-kurangnya hingga hari terakhir peperiksaan SPM nanti? Entahlah.. janjinya untuk menjadi pendidik yang berguna, adakah akan menjadi realiti??
******
Cikgu Syafik melepaskan penat lelahnya seketika. Hembusan nafas kedengaran perlahan. Cikgu Syafik memandang jam yang tergantung di dinding. 7.40 malam.

Tak sedar dia petang tadi waktu sudah senja. Perlawanan bola sepak peringkat negeri yang akan dilangsungkan pada minggu depan memaksanya mengerah tenaga pemain-pemain muda itu untuk menunjukkan aksi yang cemerlang. Biarpun dia tahu pemainnya sudah kelelahan namun amanat yang dipikulnya bukan sedikit.

“Kalau boleh, saya mahu cikgu harumkan nama sekolah kita ni. Jadikan pemain kita sebagai juara. Saya mahu orang dari jabatan pendidikan tu memandang tinggi keupayaan sekolah ini.. Bukan setakat cemerlang dari segi akademik, malah ko-kurikulum juga!”

Kata-kata pengetua bulan lepas masih terngiang-ngiang di deria pendengarannya. Cikgu Syafik mengeluh lagi. Azan Maghrib sudah berkemundang tadi. Segera dia bangun dari katil untuk menunaikan kewajipan yang satu itu.



Dah Tak Nangis Dah 3


“Aduhh……! Abang, perut sayang sakit ni…! Arghhh…!! Abang, bangun lah..!” jeritku separuh mamai.

Aku tak tahu jam pukul sekarang tapi sakit yang dirasa di bahagian pinggang mula mencengkam ari-ariku. Aku cuba mengejutkan Fendi di sebelahku yang agak liat nak bangun tu. Sudah kugerakkan badannya berulang kali tapi tetap tak bangun juga. Fendi ni tidur mati ke?? Ni yang terasa nak silat je ni.. Huhu..

“Aduh… sakitnyaa….! Abang, bangunlah.. Sayang sakit ni.. Bangggg!!!”

Aku menjerit lebih kuat. Sakitnya tak dapat ku tahan lagi. Kain pula sudah basah dengan air ketuban yang pecah. Melihat itu, aku tahu masa untuk aku melahirkan bayi ini sudah sampai. Aku lihat mata Fendi terbuka sedikit namun tertutup kemudiannya. Bilik kami yang gelap ku terangkan dengan lampu meja tidur disebelahku. Sempat kujeling jam disisi lampu itu. 4.20 pagi!

Ya Rabbi! Apa kenalah dengan Fendi ni? Aku sedang sakit ini tak diendahnya. Aku kejutkan Fendi lagi. Liatnya bukan main lagi. Aku dah takde cara lain lagi. Aku gerakkan cubitan ketamku.

“Adoiiii!! Sakitla.. Kenapa ni, sayang??”

Fendi bangun dengan serta merta dengan mata yang sedikit terbeliak sambil menggosok-gosok lengannya yang kucubit tadi. Tahu pula dia ni nak bangun bila dah kena gigit dengan ‘ketam’.

“Eh, kenapa basah ni, sayang?”

“Huhu… Abang tu la….”

“Kenapa, abang ada terajang sayang ke masa abang tidur tadi? Rasanya abang tidur tak ganas pun..”

Uwaaaa… Fendi ni, memang nak kena! Aku tengah sakit nak beranak ni boleh pula dia main-main. Air ketuban aku dah pecah pun dia tak tahu… Air mata juga sudah mula mengalir. Tiba-tiba pintu bilik kami dirempuh dengan ganasnya.

“Shima! Kamu dah nak bersalin dah ke..?"


“Ibu…! Shima rasa baby dah nak keluar ni. Dari tadi Shima kejutkan abang, dia tak bangun-bangun pun. Tolong Shima, bu…! Aduhhh….”

Aku dah mula menggenggam baju ibu. Tak terdaya aku nak menahannya lagi.

“Ya Allah! Dah basah katil ni.. Cepat bawak Shima ke hospital. Kang lemas pula bayi dalam perut tu. Fendi, hidupkan kereta cepat! Bawak Shima ke hospital sekarang juga. Ayah rasa dah lama Shima ni menjerit tadi. Kami dari dalam bilik pun boleh dengar…”

Ayah mula mengambil peranan. Fendi kulihat kelam kabut bila menyedari aku sakit nak bersalin. Ibu pula menyiapkan barang-barang untuk aku ke hospital. Dalam tergesa-gesa tu, entah berapa kali kepala Fendi terhantuk ke dinding. Itulah akibatnya kalau bangun dari tidurnya. Memang mamai dibuatnya. Tak reti aku gelarkan tidur si Fendi tu jenis apa. Sampai tak ingat dunia. Agak-agak kalau gempa bumi Malaysia ni atau letak bom, dia pun tak kan sedar dari tidur.

***********

“ Alhamdulllillah…!”

Itulah ucapan pertama Fendi sebaik bergelar bapa. Dapat dilihat dari wajah dia, kegembiraan yang menyaluti sanubarinya sebaik bertukar status itu. Dari suami, kini Fendi bergelar bapa. Ayah cakap Fendi tak henti-henti mengucapkan keyukuran atas kelahiran bayi kami.

Aku pula, tentunya teramat bersyukur kerana aku dan bayiku berada dalam keadaan sihat. Kini, aku sedang memegang bayi kami. Agak kekok sedikit. Memandangkan aku sendiri tiada pengalaman memegang bayi dan ini kali pertama aku merasa pengalaman ini.

Betul kata orang, sebaik bayi keluar dari rahim kita, naluri keibuan akan muncul dengan sendiri. Kesakitan dan keperitan yang dialami selama bertarung separuh nyawa untuk melahirkan seorang lagi kaum Adam itu akan hilang sebaik mendengar suara si kecil mengenali dunia baru mereka ini. Hati akan mudah tersentuh dan perasaan itu suatu anugerah tidak ternilai buat si ibu. Dapat membelai rambut dan menyentuh kulit bayi membuatkan sifat keibuan menyerlah. Kasih sayang yang tak terhingga tercurah ke bayi itu. Itulah yang aku rasa sendiri.

Namun aku hairan, dewasa ini pembuangan bayi semakin berleluasa. Tidakkah perempuan yang membuang bayi itu mempunyai sifat keibuan. Dimanakah nilai keperimanusiaan dan sifat kasih sayang mereka. Sehinggakan mereka tegar menamatkan riwayat si kecil yang tidak berdosa itu.

Mengingatkan itu, hatiku mula menangis di dalam diam. Aku memandang si kecil yang belum diberi nama itu. Tangisan yang tenggelam timbul membuatkan aku tersenyum. Fendi mengukir senyum melihat wajah si kecil. Sukalah tu. Dah ada ahli untuk team dia.. Aku juga yang kesian……

*********

“Hai, Fendi! Still remember me??”

Sapaan suara seorang gadis menghentikan perbualan Fendi bersama Syamir. Ketika itu, mereka berdua berada di Kopitiam menjamu selera. Tatkala memandang wajah gadis itu, jantung Fendi berhenti bergegup.

Matanya mula terkebil-kebil. Antara percaya atau tidak. Antara jelmaan atau bayangan seseorang. Tapi.. mana mungkin seorang sudah dijemput Tuhan akan muncul di depannya sekarang.

Tiba-tiba sahaja Fendi terkeliru. Syamir pula diam melopong melihat perlakuan Fendi. Mulutnya seakan ringan bergerak mahu mencetuskan pertanyaan namun entah apa yang menyekat kerongkongnya.


Thanks to Suara Sizuka Blog!








Cantik sangat award ni 'Suara Sizuka'.

Tak sangka, ni first time dapat award dr blogger lain.

Thank sbb sudi menjenguk blog yg x seberapa nak cantik ni..
Hehe.. Blog awak juga cantik.

Dah Tak Nangis Dah 2

“Eh, ibu! Buat ape kat sini?” ucapku separuh menjerit lantaran terkejut melihat kelibat ibu di depan mata.

Aku gosokkan mataku berulang kali mengharapkan ianya bukan mimpi. Ya! Bukan mimpi. Aku berpijak di alam nyata tatkala pelukan ibu terasa hangat ditubuhku. Air mata mula mengalir. Air mata gembira.

“Ishh.. kenapa menangis ni? Macam tak jumpe ibu bertahun-tahun..” usik ibu.

Aku kesat air mataku. Senyuman manis kuhadiahkan buat ayah yang berdiri di sebelah ibu. Ayah tersenyum melihat telatah kanak-kanakku. Mesti ayah kata,

“Hai.. bila nak berubah ni? Macam budak-budak je..!”

Ibu pulak mesti cakap,

“Alaa… ayah kamu tu memang jeles..!”

Ayat ayah dan ibu memang takkan berubah dari dulu. Dan aku mendengarnya lagi hari ini. Memang ayah takkan berubah dengan kata-katanya itu. Lagi pula, hanya aku seorang anaknya. Aku lah anak perempuan, aku juga lah anak lelaki. Perghh.. ayat tak boleh tahan.. Lelaki ke? Bukan lelaki la.. Cuma perangai je macam lelaki tapi aku masih pompuan tau!! Kalau tak percaya, tengokla buktinya ni…!!! Perut yang tengah memboyot ni.. hehe..

“Kandungan Shima macam mane? Ok tak? Cucu ayah ni ade nakal-nakal tak?” ayah pula mengusik sambil memandang ke perutku.

Aku bakal jadi ibu tau… Tak sabar betul nak tengok rupa babyku ini. Iras-iras aku ke atau suamiku yang sengal tu..? Haha!!! Tapi kalau ikut muka dia tu, takpelah jugak asal jangan ikut perangai dia tu. Tak mau aku dua lawan satu. Kalau jadi jugak, aku kena lahirkan seorang lagi. Biar aku ada geng pulak nanti.

“Ibu, ayah! Kenapa datang tak bagi tahu ni? Buat terkejut Shima je..” aku berkata.

“Ibu saja datang nak jenguk Shima ni.. Nak tengok bakal cucu ibu juga!” balas ibu lalu matanya pula tertancap ke perut aku. Tinggal lagi sebulan untuk sampai ke tempoh aku melahirkan bayi ini. Harapnya semua sihat termasuklah bayiku ini..

“Maknanya ibu dan ayah nak tinggal kat sini lah ye..?”

“Kalau suami Shima tu benarkan apa salahnya, betul tak, ayahnya? Eh, Fendi belum balik lagi ke?” ibu setelah meletakkan beg pakaiannya di tepi sofa.

“Belum. Biasanya dalam pukul 7 lebih, sampai la abang kat rumah ni.” Aku membalas.

Aku mengajak ibu ke bilik tamu sambil membawa beg pakaian mereka. Ayah membantah melihat aku mengangkat beg itu.

“Shima! Biar ayah bawa beg tu. Beg tu berat! Nanti macam-macam hal pula yang jadi! Kang bergusti pula dengan si Fendi tu..”

“Apalah ayah ni.. Takkan Fendi nak gusti dengan ayah pula. Kalau iye pun, Shima gusti dia dulu..”

Aku tergelak. Tak dapat nak bayangkan dengan perutku ini, macam mana agaknya drama ‘bergusti’ aku tu.

“Ishh.. abang ni! Jangan lah didoakan macam tu.. Tak baiklah!”

“Abang bukan mendoakan laaa…., abang cuma bagitahu aje. Awak tu la… bawak ‘barang-barang ajaib’ awak tu! Berat tau…! Macam batu je yang abang pikul sejak dari bas tadi…”

“Laa…saya kan bawak barang untuk digunakan masa berpantang anak kita ni..! Senang nak guna bila dah bersalin nanti! Abang lelaki, apa tau? Dulu masa saya berpantang, abang pergi mana? Bukan memancing ke?? Untung mak saya ada! Kalau tak, tak mungkin badan saya slim macam ni tau...” rungut ibu yang mula dengan aktiviti ‘membebel’ nya itu..
Perghh.. ibu dah start puji diri tu.. Hehe..


“Memang la abang lelaki takkan pondan pula! Kalau pondan, tak mungkin Shima tu ada..” ujar ayah berjenaka lalu ketawa kerana sempat mengenakan ibu. Ibu pula kulihat menjeling tajam pada ayah. Geram lah tu..

**********


Fendi menyanyi nyaring keriangan di dalam bilik air. Entah apa yang menggembirakan hatinya, pun aku tak tau. Suke sangat aku tengok Fendi hari ni. Mesti ade something nii…! Ni yang terasa nak korek rahsia ni..

Terdengar suaranya yang sumbang tu membuatkan mulutku ringan memberi komen. Picing pun lari.. Suara tak sedap pulak tu. Pakaian dah sah aku maki habis-habis. Mana tak nya peserta dok dalam bilik air. Mesti tak pakai apa-apa tu.. Haha.. Tengok dah kalah juri AF mengadili pesertanya, kan?? Layak tak aku ganti Adlin Aman Ramli tu??

“Sayang!!”

Jeritan Fendi yang kuat tu mengejutkan aku. Kuss, semangat!! Giler ape jerit-jerit.. Bukannya aku pekak lagi pun.

“Apehal??”

Kasar je suara aku menjawab. Tak sedar Fendi sudah berada di belakangku. Bila masa laki aku ni keluar dari bilik air tu?

“Aik, panggil pun nak marah ker..??”

“Bukan sayang yang marah, anak dalam perut ni yang marah! Dia tendang perut sayang suruh bagitau papa dia yang dia marah!”

Haha.. Saja nak wat gempak! Dari tadi memekaknya. Kalau suara macam Jamal Abdillah tu takpelah juga!

“Lama ke ibu dan ayah sayang tu kat sini? Nampak macam nak ber ‘kampung’ je kat sini…”
Fendi mula meluahkan rasa tak puas hatinya.

“Habis tu, abang tak suka lah ye..? Sekurang-kurangnya mereka ada buat peneman saya kan..? Bukan macam abang tu. Time malam je kita boleh jumpa. Siang?? Saya nak kerja pun tak bagi. Ni suruh duduk rumah, entah apa yang nak buat. Bosan!” komenku.

Hakikatnya aku memang bosan duduk di rumah yang tersergam indah ini. Seolah-olah aku seorang saja penghuninya. Aku bagaikan tawanan dalam penjara sendiri. Kesunyian yang menggigit tangkai hatiku ini sudah tak mampu nak ku bendung. Aku perlukan seseorang sebagai teman di sisi. Kalau digajikan seorang maid pun, jadilah.. Tapi, Fendi tak mahu. Tak nak ada orang ketiga, katanya. Entah apa maksud Fendi tu..

Pernah aku terfikir-fikir apa yang membuatkan Fendi enggan membenarkan aku bekerja di luar sana. Takut terjadi apa-apakah pada kandungan ini? Atau lelaki lain yang akan menguratku?? Ishh.. mengarut betul! Mustahil ada lelaki yang minat dengan isteri orang. Tapi tak mustahil jugak kan?? Dunia sekarang penuh dengan jenayah terlalu sukar untuk ditafsirkan. Ada yang tak terjangkau dek fikiran namun itulah yang berlaku.

“Wah.. dah pandai erk sekarang! Mengadu kat abang. Habis, selama ni abang selalu berada di sisi sayang kan..? Kadang-kadang abang terpaksa balik awal setiap kali sayang call abang. Dah lupa ke? Jangan jadi pelupa. Kang tak pasal-pasal anak dalam tu pun jadi pelupa macam mamanya..” ujar Fendi seraya mencubit hidungku. Serentak itu terhambur gelak kecilnya.

Sakit! Kenapalah dia ni suka sangat mencubit hidungku? Nak bagi kerja ke kat aku ni? Nak suruh aku jadi badut sarkas? Selalu sangat nak buat hidung aku merah.

“Abang, lepas sayang habis berpantang nanti, izinkan sayang kerja ye.. Kalau tak dapat kerja tempat lain, kerja ngan abang pun takpe! Jadi kerani pun boleh jugak!”

Aku memaniskan muka. Cuba memujuk Fendi lagi. Harapnya hati dia lembut kali ni.

“Mmm.. sekarang ni pun sayang kerja jugak kan dengan abang..!”

“Kerja apa…..???”

“Kejar ‘tuttttt’……! Haha…”

Korang faham ke maksud Fendi tu...? Aku? Buat-buat faham, sudahlah. Pandai-pandai la korang tafsirkannya.

Ishh… sakitnya hatiku apabila melihat dia sudah hilang meninggalkan aku. Arghh… kenapa kali ni cubitan ketamku tak menjadi? Awal-awal lagi Fendi dah lari.. Takut lah tu….

P/S : Terasa idea dah kurang. Tapi harap korang enjoy dgn n3 ni.. :)

Secarik Kasih Di Hujung Nafas 10


Safira merenung kipas siling yang berputar ligat di siling rumah. Akhbar yang baru dibaca sebentar tadi diletakkan di sisi. Pembacaannya hanya sepintas lalu. Tiada berita yang menarik padanya.

Angin malam berhembus ke telinganya. Kesejukan yang sederhana itu tidak menggamit sedikitpun khayalan yang berenang-renang di lautan minda. Hampir 5 minit Safira begitu. Entah mengapa hatinya berasa kurang enak. Sejak dari petang tadi sebenarnya namun Safira berusaha juga menepis perasaan halus itu.

Malam ini ingatan Safira melayang mengingati kenangan silam. Umpama mesin masa memutarkan semula peristiwa lampau yang menyayat hati mudanya suatu ketika dulu. Dan hari ini sekali lagi air matanya mengalir laju membasahi pipi. Pipi yang pernah menjadi sasaran tamparan tangan si ayah. Terkenang betapa berdosanya dia kerana tidak pernah sekalipun bertanya khabar sejak peristiwa dihalau dulu.

Memang Safira ada mencuba menghubungi mereka semua terutama ibunya, Puan Hanita tetapi ayahnya, Dr Zafwan menghalang Safira dari terus berbual-bual dengan mereka semua. Safira sedar juga, adik-adiknya pasti akan membenci dia. Menuduh dia yang telah menconteng arang hitam ke muka keluarga. Memaksa Safira untuk menerima tuduhan tidak berasas itu.

Angin malam meniup deras hingga membuka satu helaian akhbar yang berada di tepi Safira. Helaian yang tadinya tidak terlintas di anak mata untuk membacanya. Gambar satu kemalangan kecil membulatkan matanya. Gambar mangsa kemalangan itu turut terpampang di dada akhbar.

Tidak lama kemudian, bahu Safira mula terhenjut-henjut menahan tangis.

“Mak!! Ayah!!” jerit Safira. Terus pandangannya kelabu.

*******

“Safira! Tolong lah! Jangan macam ni. Dah ditakdirkan mak ayah kau pergi. Kita yang hidup ni kena redha. Banyakkan berdoa buat mereka. Sedekahkan Al-Fatihah, moga roh mereka berdua dicucuri rahmat ” Nasihat Cikgu Durriyah. Telah dua minggu kedua ibu bapa Safira menghadap Illahi.

Safira menggelengkan kepala berulangkali. Dia tidak percaya orang yang selama ini diharapkan akan memaafkan dia pergi jua meninggalkan dia. Safira tahu dia tidak bersalah namun dia tetap ingin meminta Dr Zafwan dan Puan Hanita memaafkan dia kerana melukakan hati mereka dulu. Bukan kah sebagai anak, perbuatan meminta maaf itu suatu yang mulia biarpun tidak melakukan kesalahan?

Renungan tajam sepasang mata itu seakan menyeksa Safira. Seakan menyalahkan dia atas segala yang berlaku. Mata itu melihat Safira dengan pandangan yang geram. Tanpa disangka-sangka, satu tamparan hinggap di pipi Safira. Terkesima dibuatnya. Cikgu Durriyah juga terkejut malah tidak menyangka.

“Puas hati akak, kan?? Orang yang akak benci sangat tu dah takde! Walaupun akak sayang mereka, akak tetap takde hak nak datang ke rumah ni lagi. Rumah ni bukan rumah akak.. Kenapa jasad mak dan ayah dah dua minggu bersemadi dalam tanah tu, baru akak datang jenguk kami?? Mana hilangnya tanggungjawab akak yang sepatutnya menjaga kami..??”

Marah benar Safura. Tangan halusnya tadi yang naik ke muka Safira. Air mata merembes keluar lagi. Rupanya Safira sudah tiada tempat di hati mereka.

Jahat sangatkah Safira hingga Safura membenci begitu sekali? Besar sangat kesalahan yang dilakukan itu?

“Fura. Bukan akak tak tahu tapi akak kena pergi kursus. Masa Kak Safira dapat tahu tu, perasaan akak membuak-buak nak datang sini. Nak jumpa dengan semua adik akak ni. Tapi akak tak berkesempatan. Akak….”

“Kursus tu lagi penting ke dari arwah ayah dan mak? Mereka tu siapa pada akak? Bukan mak ayah akak ke? Bukan mak ayah kami ke? Dah dua tahun akak hilang, baru sekarang nak jenguk kami..! Berhubung dengan kami jauh sekali! Akak memang tak guna!!”

“Fura! Kak Safira bukan macam tu! Bukan Kak Safira tak mahu berhubung dengan kamu semua. Kak Safira bimbang Kak Safira akan ditolak macam dulu. Bukan Kak Safira tak mahu jenguk kamu semua! Kak Safira dah takde tempat di hati kamu semua! Kak Safira tahu tentang itu..” luah Safira, sedih.

Dipandang wajah adiknya satu persatu. Syakila memandang Safira dengan pandangan yang tidak mengerti. Syakila masih kecil untuk mengenali perasaan orang-orang dewasa di depannya.

“Kenapa? Kak Safira takut kami akan ungkit kisah lama tu? Kak Safira sendiri yang buat dosa, tanggunglah akibatnya. Disebabkan dosa tu, kami malu nak mengaku Kak Safira tu kakak kami. Sepatutnya, sebagai anak sulung, Kak Safira jadi teladan pada kami. Bukannya menghimpit kami dengan perkara begitu. Dua tahun Kak Safira pergi dari kami. Tahu tak, apa yang terjadi pada kami? Pada emak yang sangat sayangkan Kak Safira?” Kak Safira tahu tak????” jerit Safura geram.

“Maafkan Kak Safira! Kak Safira dah tak berdaya nak menghadapi semua ni. Kak Safira insan lemah. Mudah putus asa. Kak Safira telah lupakan tanggungjawab Kak Safira pada kamu semua.. Maaf!” tutur Safira.

Cikgu Durriyah sekadar menjadi penonton yang datang tidak bertiket untuk menyaksikan drama dunia itu. Durriyah tahu mengapa semua ini berlaku dan dia bersimpati dengan Safira namun apalah kudratnya. Cikgu Durriyah hanyalah orang asing yang berada di tengah-tengah kemelut keluarga Safira. Takkan bisa mencampuri hal keluarga itu.

Cikgu Durriyah memandang sekeliling ruang tamu itu. Ada potret keluarga yang tergantung di situ. Ada wajah ceria Safira di situ. Juga wajah ibu bapa Safira. Alangkah beruntungnya Safira dulu. Dikelilingi keluarga yang ceria. Ya.. dulu! Sekarang…?

Wajah Safira dipandang sekilas lalu. Kemuraman wajah itu menceritakan segalanya. Ahh.. bagaimana dia boleh setabah ini? Bersedia menghadapi cemuhan adik-adiknya. Tiba-tiba sahaja rasa sebak menyelubungi diri Cikgu Durriyah.

********

“Kau okey, Safira?”

Safira anggukkan kepalanya. Cikgu Durriyah menghulurkan tisu dengan tangan kirinya kerana tangan yang sebelah lagi sedang memegang stereng. Cikgu Durriyah turut bersimpati dengan Safira.

Perjalanan yang telah memakan masa satu jam lebih itu memerlukan tiga jam lagi untuk ditamatkan. Terasa jauh perjalanan itu. Sejauh hati Safira. Di telinganya seakan terngiang-ngiang bunga-bunga pertengkaran yang berlaku tadi. Dedaun hati Safira seakan berkecamuk memikirkannya. Bagaimana lagi harus dipulihkan hubungan dia dan adik-adiknya itu?

Safira tidak sedar bilakah masanya kereta Cikgu Durriyah tersadai di halaman rumah mereka. Tahu-tahu sahaja Cikgu Durriyah membunyikan hon kereta dua kali.

“Dah sampai planet mane agaknye tu..?” perli Cikgu Durriyah.

“Agak-agak kau, aku dah sampai mane?” soal Safira semula sambil mengukir senyum. Tahu akan gurauan Cikgu Durriyah itu.

“Planet Pluto kot?” balas Cikgu Durriyah lalu membuka pintu kereta.

Pintu belakang dibuka lalu Cikgu Durriyah mengambil barang-barang mereka. Safira berfikir sejenak.

“Eh! Bukan ke planet Pluto telah digugurkan dari senarai bilangan planet?”

“Sejak bila kau jadi cikgu Sains ni..? Dah lah, jom masuk! Esok nak kerja. Pasal adik-adik kau tu, jangan lah difikirkan sangat. Lama-lama nanti mereka akan faham masalah kau tu dan sedar kau memang tak bersalah. Cuma… sekarang kau belum ada bukti, kan? Kalau kita di pihak benar, Allah s.w.t pasti akan tolong kau..”

Safira terdiam mendengar bicara Cikgu Durriyah itu. Benar, dia memang tidak bersalah tapi bukti apa yang dia ada??

P/S : Rupanya dah 3 bulan tak update blog ni. Sori kengkawan yerr.. Takde masa yang free untuk update blog n novel baru ni. Sekarang baru free. Apepun hope enjoy dgn n3 baru ni.. :)


Tension Sangat!!

Huhu..dah seminggu bos bagi warning,

"no facebook on working hour!!"

tersangat la boring biler x leh log ini facebook..
asyik2 wat drawing je smpi otak pun dh jadi bengong..
tp nasib baik lunch time dibenarkn bukak fb ni..
duk umah baru, line tenet tersgt la slow..
astro pun belum ada lagi.. mmg la sgt boring..
nak buat e novel or cerpen pun xde mood time mlm2 tu..
mcm dok kat ulu je...
dh nama tempat pun hulu langat kan.. mmg ulu betul la..!!

anyone help me?? advise for me mcm mane nk hilangkn boring yang superrrrr... ni...!!

Dah Tak Nangis Dah 1

Fikiran Fendi seakan berserabut. Keadaannya sudah tidak terurus. Rambut yang tadinya tersisir kemas sudah kusut. Sudah hilang kekacakan wajahnya yang sering menjadi igauan di malam hari oleh Shima. Sudah hilang resahnya kini. Berganti pula dengan kerisauan yang mula mengetuk gegendang hatinya. Bertalu-talu rasa risaunya itu.

Semuanya telah bercampur aduk. Kaki Fendi sudah kepenatan kerana mundar-mandir di depan bilik ICU tu. Lampu merah masih lagi menyala. Bila lah agaknya lampu ni nak bertukar warna..?? Asyik merah sahaja. Macam lampu trafik!

Beberapa bunyi derapan kaki saling berlaga kedengaran di telinga. Saat itu Fendi menoleh ke sisi. Di matanya, bayang Puan Farida dan suaminya yang berjalan sedikit tergesa-gesa menggamit hati. Pasangan suami isteri itu mendapatkan Fendi.

‘Alahai..mak dan ayah mertua aku dah datang dah..!’

Fendi berkata di dalam hati. Rasanya tadi dia telefon mama dan papanya tapi sekarang yang datang keluarga mertuanya pula. Cepat betul mereka dapat berita Shima masuk hospital ni. Tahu lah Shima tu anak kesayangan mereka kan…

“Fendi, anak ibu macam mane? Dah lama ke dalam bilik tu..?” tanya Puan Farida dengan matanya menunjuk ke arah bilik ICU.

Fendi menggeleng tidak tahu. Ya, memang Fendi belum tahu lagi. Entah berapa jam agaknya doctor mengambil masa di dalam. Fendi tidak kira pun. Bimbang semakin beraja di hati. Mudah-mudahan Allah S.W.T menyelamatkan kedua-duanya.

Hati ibu mana tidak risau melihat anak yang dikasihi kini bertarung nyawa di situ. Bukan nyawanya sahaja malah satu lagi nyawa yang baru ditiup rohnya itu. Tambahan pula masih ada sebulan lagi untuk bakal cucunya melihat dunia ini. Puan Farida mendoakan keduanya selamat. Dan paling penting supaya Shima selamat melahirkan bayinya.

Tiba-tiba pintu ICU terkuak dari dalam. Tiga orang yang berpakaian putih keluar dari situ. Fendi mendapatkan mereka.

“Doktor, bagaimane dengan isteri saye?”

“Awak, suami pesakit?”

Fendi angguk kepala.

“Lagi 3 hari awak boleh bawa die balik! Buat mase sekarang kondisisi die lemah. Jadi kami akan tahan die di wad.”

“Kandungan isteri saye..?”

“Kandungan isteri awak……..?”


Fendi membawa bungkusan buah epal itu ke wad bernombor 34. Muram sahaja wajahnya. Kenapalah agaknya..?

“Sayang dah sihat?”

“Dah..” aku menjawab pendek.

Kepala ku toleh ke tempat lain. Pendek kata, tak pandang langsung wajahnya namun tanganku tetap mengambil bungkusan yang dihulurkan. Semarah-marah aku pun aku masih taat padanya sebagai suamiku. Sudah dua hari aku berkelakuan begini. Seolah-olah aku menyalahkan Fendi atas apa yang berlaku.

Geram sangat. Dia lah punca segalanya. Kalau tak, aku takkan masuk hospital busuk ni. Busuk?? Ye la.. memang busuk pun. Busuk dengan bau ubat. Pening kepala aku dibuatnya. Tak tahan betul! Loya tekak ni bile membayangkan aku sedang menelan ubat yang banyak itu. Eiii…..!! Lagi pula, lautan manusia yang membanjiri hospital ni buatkan aku terasa macam di dalam kubur saja. Semuanya memutih!

“Baby kite pun sihat kan..? Abang ade bawakan makanan untuk baby kita ni. Sayang makan ye..” pujuk Fendi. Ditunjukkan bungkusan kuning tu padaku.

Buah epal?

“Untuk baby saja ke? Untuk sayang mane?” tanyaku sedikit geram. Fendi kata die beli untuk baby. Habis, untuk aku mane?? Nak kasi aku berlapar ke? Mahunya aku jadi ibu mengandung paling slim tahun ni..

“Laa… biol ke ape ni? Buah ni kalau sayang makan, baby pun akan makan jugak! That mean, abang belikan untuk kamu berdua, insane kesayangan abang!” penjelasan Fendi buat aku terkedu.

Gaya percakapannya, memang buat aku sakit hati. Ya, Tuhan! Mengapalah aku dapat suami macam Fendi ni? Dengan isteri pun main hentam je cakapnya. Tak reti-reti nak bersopan ke? Biol?? Bahasa apakah itu?? Huhuhu…

“Marah??” tanya Fendi. Serentak Fendi menjalarkan jarinya ke hidungku lalu dicubit manja.

“Biol?? Habis abang tu ape, sengal??” aku membalas. Patut ke dia panggil aku biol? Nak kena ni….

Dari semalam, sejak aku sedar, tiada ungkapan maaf keluar dari bibir suamiku. Ego sangatkah suamiku ini?? Kenapa susah nak minta maaf dengan apa yang dah terjadi tu? Mana mungkin Fendi boleh melupai peristiwa semalam. Atau dia beranggapan dia tidak bersalah dalam hal ini.

Dalam tempoh yang singkat, ahhh…! Aku yang merasainya. Aku yang hampir keguguran. Aku takkan lupe sakit yang aku alami itu. Aku hampir-hampir kehilangan permata buah hatiku. Syukur aku masih diberi kesempatan untuk menjadi seorang ibu.

“Abang dah tak sabar nak tunggu ‘belon’ meletup! Ingatkan dah meletup semalam…. Auchhh…!” Fendi menggosok pahanya yang telah kucubit tadi. Hilang terus muka muramnya. Muram yang sengaja dibuatkan. Buat sakit hati tengok mimik muke Fendi ni. Tahu main-main saje..

“Rasakan! Punyalah takut sayang ni kehilangan baby kite, abang boleh cakap macam tu pulak! Abang ni tak sayang sayang ke?”

“Sayang…”

“Habis tu, kenapa abang ni asyik main-main saje.. Cakap benda serius pun abang boleh main-main. Perangai abang macam budak-budak je. Tak mature langsung! Buatnya jadi betul-betul…!”

“Syhhh….”

Jari telunjuk Fendi hinggap tepat dibibirku. Menamatkan kata-kataku sebentar tadi. Tahu pun takut! Lihat saja muka Fendi, serius la pulak!

“Jangan cakap benda bukan-bukan! Abang tak suke! Abang bergurau ade tempatnya. Ape yang abang buat sebelum ni sebab abang nak sayang happy saja. Takde makna lain. Abang nak cipta kenangan antara kite. Kenangan mase kecil yang separuh jalan saja. Kenangan bile kite dah kahwin ni. Semua tu akan jadi memori kite bersama. Abang mahu jadi insane yang pertama dan terakhir dalam hidup sayang. Insan yang berkongsi segala-galanya. Abang nak bile abang dah tiada kelak, ape yang abang buat ni akan ingatkan sayang pada abang. Abang cintakan sayang. Forever! Takde siapa boleh pisahkan melainkan ajal yang dijemput malaikat maut..!”

Aku terpana. Betul ke apa yang aku dengar ni..? Aku rasa macam kembali ke zaman kami bercinta dulu. Ceh..sejak bila lah kami bercinta ni?? Rasanya boleh tak kalau aku labelkan yang kami ni pasangan yang bercinta selepas kahwin?? Bukan seperti zaman sekarang ni, kena bercinta dulu baru kahwin. Mm.. apa-apalah.

Ade air hangat mengalir laju di pipi. Terkebil-kebil mataku menampung lebatnya air itu membanjiri kelopak mata kecilku. Bicara romantis Fendi tadi terasa menyerap ke kalbu ku. Sehebat itukah cinta Fendi padaku?

“Tapi… abang kalau bercakap tak pernahnye nak serius! Asyik main-main aje..! Menyampah!!”

“Abang main-main dengan sayang je.. Takkan sayang masih tak faham abang lagi..?”

Aku hanya tersenyum. Macam mana lah aku nak faham? Soal serius pun Fendi ambil mudah. Aku yang hampir-hampir keguguran lagi takut. Takut akan kehilangan bayi kami ini.

Kalau bukan sebab cinta, mana mungkin Fendi akan melamarku dulu. Kalau bukan kasih, takkan kini aku bergelar isteri tercintanya. Betapa hebatnya lautan dugaan yang kami renangi bersama, bukankah itu tandanya cinta Fendi padaku..??

Aku mengusap perutku. Rasa tertumpah kasihku pada janin di dalamnya. Salah satu bukti kesetiaan Farid. Benih cinta yang telah kami bajai bersama biarpun suatu waktu dulu aku kurang percaya dengannya. Penipuan beberapa bulan yang dilakukan menguji kesabaran hati seorang perempuan seperti aku.

“Doktor cakap lagi 3 hari, sayang dah boleh keluar hospital. Nanti kite beli barang baby ye..”

“Barang baby? Baby lambat lagi nak keluar..”

“Lambat apanya! Lagi beberapa bulan je nak keluar, tau! Pejam celik pejam celik.. dah sampai masa. Takpelah, kite siapkan awal-awal. Nanti tak lah kite kelam kabut!”

“Tak sabar-sabarlah abang ni…”

“Mestilah, anak pertama kan..?”

“Oooo…. Kalau anak kedua, ketiga, keempat, kelima…abang tak pentingkanlah mereka tu ye…? Taknak lah beli barang mereka…??”

“Kelima?? Sayang larat ke…? Kalau abang…sampai anak ke-11 pun abang sediakan keperluan mereka. Janji anak lelaki semuanya. Sebab abang nak jadi pengadil nanti..!”

“Pengadil ape pulak?”

“Pengadil masakan..”

“Abang ingat anak sayang tu pondan ke? Pertandingan masakan konon! Kalau semua lelaki, takkan semuanya kena memasak? Abang jangan nak salah didik anak kite..”

“Ishh… ape yang sayang merepek ni..? Takkan abang nak diorang jadi macam tu..? Abang nak satu team bola sepak tau... Adel ah kawan abang nanti…”

“Kawan sayang??”

‘Kawan sayang, abang la.. Siapa lagi….!”

Terus terhambur ketawa Fendi. Sempat juga dia mengenakanku. Nak kena luku ni..!
‘Bukkk!’

“Padan muke!!”

Aku jelirkan lidah dan naikkan ibu jari lalu kugoyangkan pada Fendi.

“Ape sayang ni? Mane aci buat abang ni..!”
Fendi mengusap kepalanya. Padan muka! Kan dah kena ketuk! Mentang-mentang aku sakit terlantar kat sini, ikut sedap mulut je nak usik aku. Tak sah kalau tak diusiknya setiap hari.

“Aci kat India ye…!”

Aku membalas. Huhu..dendam dah dilunaskan..! Terjegil biji mata Fendi dengar aku membalas katanya tadi. Sakit hatilah tu…!!


“Boleh lah..bang!!”

“Bosan lah duduk kat rumah ni..”

“Tak yah! Duduk je kat rumah. Bukannye abang suruh sayang kemas rumah atau basuh baju ke…”

“Lagi bosan kalau macam tu.. Takkan suruh sayang goyang kaki..? Nanti sayang tembam macam mane?”
“Abang suke!! Boleh buat bantal peluk setiap malam, kan??”

“Eeeiiiii!!”

Memang mati kebosanan lah aku duduk dalam rumah sebesar istana ni. Kalau ada orang gaji, tahan lah juga! Ada juga teman berbual aku. Tapi Fendi tak mahu. Fendi mahu hanya kami berdua berada didalam rumah ini. Sejak aku disahkan hamil dulu, aku dilarang membuat kerja rumah. Semua kerja akan dibuat Fendi selepas dia habis kerja. Mmm.. tak penat ke Fendi tu?

Balik kerja dari ofis, sambung buat kerja rumah pula. Sapu sampah, mop lantai, memasak, cuci baju, dan macam-macam lagi la.. Tak sangka aku, dalam perangainya yang suka mengusik aku tu, dia seorang yang rajin! Kalah aku yang perempuan ni. Patutnya kerja sebegitu diserahkan padaku. Macam mana lah mak mertua aku boleh didik Fendi sampai rajin macam ni..?

Aku membuka siaran Astro. Cerita yang menarik mewarnai TV Plasma 32” itu. Tapi.. cerita tu langsung tak menarik perhatian ku. Entah lah.. tahap kebosanan aku makin menjadi-jadi ni. Tak best lah duduk kat rumah..